Pengalaman menunaikan fardhu haji
Pada tahun 1993,aku berpeluang menunaikan fardhu haji,rukun islam ke lima.
ALhamdulillah,syukur kpd Allah krn memberi peluang aku menunaikan ibadat mulia itu ketika masih muda dan kuat.
Ibu bapa tidak berpeluang menunaikannya.
Hari pertama setelah niat ihram,aku dan rombongan bergerak ke mina menaiki bas.bermalam 1 malam.
Keesokannya kami ke ARafah menaiki bas untuk bermiqat di sana sehingga petang.Ketika itu pokok2 di Arah masih kecil2.Pada masa kini aku dengar dah besar tinggi melambai2....
Masa hari tuh mmg panas terik.Ada1 ahli rombongan membasahkan kpala dgn air batu.
AKibat panas terik ,tiba2 dia pingsan.
Setelah dikipas dan diberi air,dia sedar dan tercungap2 bernafas.Mujur dia selamat...
Kami meneruskan perjalanan berjalan kaki ke MUzalifah di mana disunatkan kami bermalam di sana.
Ada jemaah menaiki bas,kereta,unta ,basikal dll.
Kami lebih seronok berjalan.Smbil takbir,melihat jutaan manusia serba putih.
Laungan takbir,tahmid bergema di angaksa...
MMg syahdu melihat keadaan trsebut.Semua putih x kira bngsa,warna kulit,kaya,miskin,datok,tan sri apa sahaja...
Insaf diri bila berada dlm keadaan itu.
Benarlah sabda saw " Semua manusia sama seumpama gigi sikat".
Bila sampai Muzalifah,makan malam dan berehat.Then tidur..
Keesokan pagi brlepas ke MIna menaiki bas.
Kami melontar jamrah Kubra.Mmg org padat sebab hari itu semua manusia brkumpul melontar hanya 1 jumrah sahaja.Berasak-asak.AKu kena juga 3,4 biji batu yg dibaling jemaah dr jauh.AKu ke depan utk memudahkan melontar.Keluar dari kumpulan sesak.selipar pun putus dan hilang...
Selepas selesai melontar,kami ke Mekah menunaikan tawaf haji.Bagi yg berani,memnag tawaf di keliling kaabah kerana dekat dan cepat habis.Bgmanapun jumlah jemaah trllau padat,tolak menolak berlaku.Ada 1 jemaah wanita jatuh,mujur ada beberapa elaki yg kuat membuat kepungan agar wanita trsebut mampu bangun dan berjalan ke hadapan.Jikatidk,myb meninggal dipijak.
Ramai juga jemaaf yg tawaf di tingkat 2 dan tiga.Namun jauhnya berganda2....Hanya yg sabar boleh melakukannya.AKu pun ambil risiko tawaf dekat kaabah.ALhmduillah,tawaf berjalan lancar walaupun kena tolak dan brhimpit2.Lps tawaf, sai haji dan begunting.ada yg bercukur.
Kami makan di Mekah.
Selepas makan,kami brtolak ke MIna brmalam di sana.
Esoknya melontar 3 jumrah.Org ramai juga tp lebih ok dr semalam krn jemaah melontar 3 jumrah .
Begitu juga keesokannya.
Hari trakhir meninggalkan MIna.mmg syahdu meninggalkan Mina.SLps melontar kami bejalan kaki ke mekah smbil bertakbir dan mengerjakan tawaf selamat tinggal di Mekah.
Maka brakhirlah fardhu haji...
Inilah kali pertama dan trakhir aku menunaikan haji.
Trlalu byk pengalaman manis yg dapat dikutip.ANtaranya :
1.AKu dapat mengutip nilai kesabaran.
Berhadapan jutaan manusia dari pelbagai bangsa,warna,perangai,sikap dan lain-lain memang memerlukan kesabaran.
AKu ingat ketika melontar Jamrah di Mina hari ke 10,ada mamat Afrika yang menemani isterinya dengan melebarkan kedua-dua tangannya.Bukan setakat melebar tangan,tapi disiku dan dihayun tangan kepada org lain krn takut ada yg menolak isterinya.
Byangkan tangan Mamat tuh yg besar dan kental.Yang kena pasti terasa pedihnya!
Manakala di Arafah,Muzalifah dan MIna masih banyak kekurangan.Jutaan jemaah tp tandas dan bilik air amat kurang.SMpai kena beratur2...
AKu masih ingat kat Arafah,ada seorang mamat tuh hilang sabar.DIketuk2 pintu tandas berkali2 tp org kat dalam x buka2.Dia geram,dia tendang pintu tandas,nmpak mamat sdg bercangkung buang air besar......
Kwan aku berseloroh kalu DR Mahathir jadi Raja Arab Saudi,dah tentu beliau bina tandas 100 tingkat untuk kemudahan jemaah haji.
Kerajaan saudi x byk buat kemudahan sbb depa fikir kawasan tuh hanya digunakan setahun sekali...mgkin sebab itulah kurang kemudahan...
Macam2 peel dan karenah manusia akan ditemui.Positif dan negatif.
Sebab itu kita kena bersabar dan sabar.Sabar dgn karenah manusia dan kekurangan yg wujud.
2.INsaf.
Macam2 jenis manusia ditemui.Ada yg hitam,putih,coklat dan mcm2 wrna dan bau.
Bila melihat manusia pelbagai ejnis ,aku rasa ersyukur dan insaf kerana menajdi manusia bukan batu atau kayu.
melihat Kaabah buat prtama kali,mmg kagum x trkata2.....Rasa mcm bermimpi dapat menjejakkan kaki ke masjidilharam di mana digandakan 100 ribu kali ganda solat.
Jika ada rezki dan sihat,aku mahu menunaikan fardhu haji buat kedua-dua ibu bapa trsayang krn mereka telah tiada....
....
to be continued.......................................................................
..............................................................................................
P/s : kpd muslimin dan muslimat yg bakal mengerjakan fardhu haji nanti,selamat menuanikan rukun islam dengan baik dan moga mendapat haji mabrur.
[
Last edited by saatcham at 21-10-2008 06:30 PM ]