Agama Islam & Muslim
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

niceaniesz This user has been deleted

Fav
| Credits    
Pengalaman di Mekah N Madinah During Haji N Umrah



Salam untuk sumer....teeringin nak dengar cerita, dari sahabah dan sahabiah sekelian, samada diri sendiri atau famili or kenkawan yang sudah ke mekah masa perfom umrah ke haji ker....apa pengalaman derang, how they've changed....atau apa-apa la yang menariknya....perubahan mereka tu mendadak ke, statikker...or menegak...:re:







.

[ Last edited by  ibnur at 28-3-2007 12:16 PM ]
54.8K Views
190 Reply Positive sequence

ADVERTISEMENT


melati00 Lv.8 191#

Honour | Credits 2625   

Reply #194 waddda's post

Betul tu waddda....dan jangan lupa bila dah sampai disana, doa supaya kita dapat lagi menjadi tetamuNya...

waddda Lv.1 190#

Beginner | Credits 310   
salam semua ...

nk menjadi tetamu Allah ni pn bkn sng ... kena jaga niat betul2 ... bkn semua dpt jd tetamu Allah ni. pepun sblm pergi , bersihkn hati dulu
kalau kite ade buat byk maksiat di sini ... x mustahil kt sana nnt , Allah tnjuk balik.

yg penting, ibadah kita diterima ...

pengalaman di sana dulu, ketika ingin mengucup Hajarul Aswad ... mmg kena berebut2. sy niat ms tu, kalau dpt kucup sekali ni pun cukuplaa.. alhamdulillah, mmg dpt . then, 2 , 3 hari pastu nk try ler lg .. kot2 ade peluang, berebut cmne pun ... mmg x dpt. mgkin laa sbb niat sebelum tu. hehhe

alhamdulillah dpt gi umrah 3 x. niat di hati nk gi haji lak pasni. Insya Allah

melati00 Lv.8 189#

Honour | Credits 2625   

Reply #190 babasai's post

Nanti ada la tu....janji ada niat nak pergi....
Lambat atau cepat Dia yang menentukan... kita cuma berdoa jer....
Masa mimpi pergi dengan Erra tu mesti waktu tu dia belum ada Emran lagi kan..........
Follow Us

hanyakoygmampu Lv.3 188#

Senior | Credits 530   
Quote: Originally posted by melati00 at 24-11-2008 11:32 AM
Ingat lagi masa menunaikan haji kat sana...bila bas berenti jer kat check point nanti adalah pak arab yg naik bas agihkan air mineral yg botol besar tu sebotol sorang....  Ada sorang jemaah lelak ...


bewrlagak ceritew padew owrang.Kalew yew pown kayew.Jgn lew nawk mewnunjuk dawpat pewi hajiew bwnyak kaliew:@

melati00 Lv.8 187#

Honour | Credits 2625   
Ingat lagi masa menunaikan haji kat sana...bila bas berenti jer kat check point nanti adalah pak arab yg naik bas agihkan air mineral yg botol besar tu sebotol sorang....  Ada sorang jemaah lelaki minta extra, jawab pak arab tu "haram" maksudnya tak boleh minta lebih la tu... pas tu ada pulak sorang lagi jemaah lelaki cakap kat pak arab tu "Sheikh... 1 haram 2 halal" sambil menggayakan botol air... Pak arab tu punyalah ketawa... last-last sekali dia offer sapa nak air lagi...halal..halal.. katanya ... satu bas gelak dibuatnya

babasai Lv.5 186#

Minder | Credits 968   

Balas #188 melati00\ catat

Mungkin belum adA rezeki lagi..
Best nyer Melati dh pg banyak kali
Pernah skali tu mimpi dpt pegi Umrah satu group dgn Erra Fazira
Punya la suka sbb dh la teringin nk pg pas2 dpt plk satu group dgn Erra
...

ADVERTISEMENT


eastrun Lv.12 185#

Defender | Credits 11881   
Rasanya nak pergi UMRAH dulu la next year, this year nak pergi Beijing dulu

melati00 Lv.8 184#

Honour | Credits 2625   

Reply #187 babasai's post

InsyaAllah Babasai... kalau dah ada niat dalam hati diikuti pulak dengan doa satu hari nanti sampai jugak kesana....

Melati first time pergi umrah tahun 2001 waktu tu telaga zamzam masih ada lagi, 2003 pergi haji telaga zamzam dah ditutup, pergi tahun 2006 pulak banyak betul perubahan/pembangunan yg berlaku...2008 ni entah macammana pulak perubahan disana agaknya...cepat betul membangun...

babasai Lv.5 183#

Minder | Credits 968   
semoga Allah makbulkan doa sy utk menunaikan umrah/haji suatu hari nnti..AMIN

eastrun Lv.12 182#

Defender | Credits 11881   

Pengalaman Pelik Ketika Berada Di Tanah Suci

Assalammualaikum,

Nak tanyalah..

Kepada mereka-mereka yang permintaan mereka yang telah dimakbulkan Allah untuk mengerjakan Haji di Tanah Suci atau yang tak minta, tapi pergi secara tanpa dirancang....

Ada tak korang mengalami peristiwa-peristiwa pelik sepanjang berada di sana?. Ceritalah sikit...

Adakah peristiwa-peristiwa pelik tu korang anggap hanya dugaan atau sebagai kifarah di atas segala kesilapan yang pernah korang lakukan di tanahair sebelum berangkat ke sana?

Ceritalah gak kat sini, pengalaman best kat sana.

[ Last edited by  eastrun at 15-11-2008 08:47 PM ]

saatcham 181#

Banhammer | Credits -226   

Pengalaman menunaikan fardhu haji

Pada tahun 1993,aku berpeluang menunaikan fardhu haji,rukun islam ke lima.
ALhamdulillah,syukur kpd Allah krn memberi peluang aku menunaikan ibadat mulia itu ketika masih muda dan kuat.
Ibu bapa tidak berpeluang menunaikannya.
Hari pertama setelah niat ihram,aku dan rombongan bergerak ke mina menaiki bas.bermalam 1 malam.
Keesokannya kami ke ARafah menaiki bas untuk bermiqat di sana sehingga petang.Ketika itu pokok2 di Arah masih kecil2.Pada masa kini aku dengar dah besar tinggi melambai2....
Masa hari tuh mmg panas terik.Ada1 ahli rombongan membasahkan kpala dgn air batu.
AKibat panas terik ,tiba2 dia pingsan.
Setelah dikipas dan diberi air,dia sedar dan tercungap2 bernafas.Mujur dia selamat...
Kami meneruskan perjalanan berjalan kaki ke MUzalifah di mana disunatkan kami bermalam di sana.
Ada jemaah menaiki bas,kereta,unta ,basikal dll.
Kami lebih seronok berjalan.Smbil takbir,melihat jutaan manusia serba putih.
Laungan takbir,tahmid bergema di angaksa...
MMg syahdu melihat keadaan trsebut.Semua putih x kira bngsa,warna kulit,kaya,miskin,datok,tan sri apa sahaja...
Insaf diri bila berada dlm keadaan itu.
Benarlah sabda saw " Semua manusia sama seumpama gigi sikat".
Bila sampai Muzalifah,makan malam dan berehat.Then tidur..
Keesokan pagi brlepas ke MIna menaiki bas.
Kami melontar jamrah Kubra.Mmg org padat sebab hari itu semua manusia brkumpul melontar hanya 1 jumrah sahaja.Berasak-asak.AKu kena juga 3,4 biji batu yg dibaling jemaah dr jauh.AKu ke depan utk memudahkan melontar.Keluar dari kumpulan sesak.selipar pun putus dan hilang...
Selepas selesai melontar,kami ke Mekah menunaikan tawaf haji.Bagi yg berani,memnag tawaf di keliling kaabah kerana dekat dan cepat habis.Bgmanapun jumlah jemaah trllau padat,tolak menolak berlaku.Ada 1 jemaah wanita jatuh,mujur ada beberapa elaki yg kuat membuat kepungan agar wanita trsebut mampu bangun dan berjalan ke hadapan.Jikatidk,myb meninggal dipijak.
Ramai juga jemaaf yg tawaf di tingkat 2 dan tiga.Namun jauhnya berganda2....Hanya yg sabar boleh melakukannya.AKu pun ambil risiko tawaf dekat kaabah.ALhmduillah,tawaf berjalan lancar walaupun kena tolak dan brhimpit2.Lps tawaf, sai haji dan begunting.ada yg bercukur.
Kami makan di Mekah.
Selepas makan,kami brtolak ke MIna brmalam di sana.
Esoknya melontar 3 jumrah.Org ramai juga tp lebih ok dr semalam krn jemaah melontar 3 jumrah .
Begitu juga keesokannya.
Hari trakhir meninggalkan MIna.mmg syahdu meninggalkan Mina.SLps melontar kami bejalan kaki ke mekah smbil bertakbir dan mengerjakan tawaf selamat tinggal di Mekah.
Maka brakhirlah fardhu haji...
Inilah kali pertama dan trakhir aku menunaikan haji.
Trlalu byk pengalaman manis yg dapat dikutip.ANtaranya :
1.AKu dapat mengutip nilai kesabaran.
Berhadapan jutaan manusia dari pelbagai bangsa,warna,perangai,sikap dan lain-lain memang memerlukan kesabaran.
AKu ingat ketika melontar Jamrah di Mina hari ke 10,ada mamat Afrika yang menemani isterinya dengan melebarkan kedua-dua tangannya.Bukan setakat melebar tangan,tapi disiku dan dihayun tangan kepada org lain krn takut ada yg menolak isterinya.
Byangkan tangan Mamat tuh yg besar dan kental.Yang kena pasti terasa pedihnya!
Manakala di Arafah,Muzalifah dan MIna masih banyak kekurangan.Jutaan jemaah tp tandas dan bilik air amat kurang.SMpai kena beratur2...
AKu masih ingat kat Arafah,ada seorang mamat tuh hilang sabar.DIketuk2 pintu tandas berkali2 tp org kat dalam x buka2.Dia geram,dia tendang pintu tandas,nmpak mamat sdg bercangkung buang air besar......
Kwan aku berseloroh kalu DR Mahathir jadi Raja Arab Saudi,dah tentu beliau bina tandas 100 tingkat untuk kemudahan jemaah haji.
Kerajaan saudi x byk buat kemudahan sbb depa fikir kawasan tuh hanya digunakan setahun sekali...mgkin sebab itulah kurang kemudahan...
Macam2 peel dan karenah manusia akan ditemui.Positif dan negatif.
Sebab itu kita kena bersabar dan sabar.Sabar dgn karenah manusia dan kekurangan yg wujud.
2.INsaf.
Macam2 jenis manusia ditemui.Ada yg hitam,putih,coklat dan mcm2 wrna dan bau.
Bila melihat manusia pelbagai ejnis ,aku rasa ersyukur dan insaf kerana menajdi manusia bukan batu atau kayu.
melihat Kaabah buat prtama kali,mmg kagum x trkata2.....Rasa mcm bermimpi dapat menjejakkan kaki ke masjidilharam di mana digandakan 100 ribu kali ganda solat.


Jika ada rezki dan sihat,aku mahu menunaikan fardhu haji buat kedua-dua ibu bapa trsayang krn mereka telah tiada....


....
to be continued.......................................................................


..............................................................................................


P/s : kpd muslimin dan muslimat yg bakal mengerjakan fardhu haji nanti,selamat menuanikan rukun islam dengan baik dan moga mendapat haji mabrur.

[ Last edited by  saatcham at 21-10-2008 06:30 PM ]

Sweetmama Lv.12 180#

Defender | Credits 10782   

bas berhenti, cx point



bas berhenti, cx point, before tiba di hotel madinah, dari jeddah..(kawasan ni adalah madinah dah)

mycos78 179#

Deactivate | Credits 661   

Reply #180 AniSani's post

sori mungkin aku silap paham.aku setuju ngan kesimpulan yg kau buat tu...apa2 pun urusan kita perlu merancang terlebih dahulu..dapat dilaksana atau tidak perkara ke2...bukan main sangkut jer....

areguard Lv.9 178#

Adventurer | Credits 3821   

Reply #178 aily's post

Sori lambat balas pos u. Forum ni tak boleh masuk dekat a few days server load exceeded..Anyway mengenai renovation work di tempat saei tu ,masa saya berada di sana last week, kerja-kerja masih dijalankan. Tapi kerja-kerja pembinaan laluan saei baru di sebelah laluan sedia ada hampir siap. Masa Raja Saud datang melawat, kerja2 diberhentikan dan kami dpt lihat bahgian tingkat bawah hampir siap, yg masih belum selesai adalah bahagian laluan tingkat atas...Kerja2 melebarkan dataran MasjidilHaram masih berterusan, hotel2 berhampiran dalam lingkungan 700 meter dirobohkan. Bukit2 batu disekitar Masjid dipecah dan diratakan. Habuk dan debu jgn cakaplah..saya terpksa pakai facemask untuk elak batuk dan asma. Saya tinggal di hotel di sekitar Masjid Kucing...bazar dan kedai2 di situpun menunggu masa untuk dorobohkan..tapi masih buleh dapat dialog-dialog "Haji..Hamsa Riyal" atau "Dua Capluh"...

ADVERTISEMENT


Sweetmama Lv.12 177#

Defender | Credits 10782   
Quote: Originally posted by iza_yuss at 16-11-2007 07:10 PM
sume ni jadik sbb madinah n mekah adalah tanah haram......so memang mustajab la apa2 yg kita doakan

~nak tanya korang .......especially pompuan la.....korang dpt peluang x merapati makam rasul ...


alhamdulillah iza, masa mama pg umrah few years back, dapat ke raudhah....few times jugak lar..

tapi tahun 2007 - 2008 ni, waktu menunaikan haji, peraturan dah berubah dan macam-macam...

alhamdulillah jugak dapat ke raudah, berkali jugak lah....walau penuh sesak dan sebagainya...
hingga sekali tu ada jemaah dari negara mana ntah, beramai2 mengasak penghadang2 kayu tersebut...
RUNTUH penghadang tersebut, masya allah.....

di raudhah, sekali tu mama solat berdiri sahaja lah....

AniSani Lv.9 176#

Adventurer | Credits 3275   
Originally posted by mycos78 at 3-9-2008 08:08 AM niat untuk membuat kebaikan mendapat pahala niat untuk melakukan kejahatan tidak akan mendapat dosa selagi perbuatan jahat tersebut tidak dilakukan..Apa kau nak cakap sebenarnya , kau faham tak point aku tu ?niat bukan semata2 sebutan tetapi keikhlasan yg terbit dalam hati untukmelakukannya tiada siapa yg tahu hanya tuhan dengan dia saje..bukansaje2 niat dengan tujuan spy terlepas dari tanggungjawab..Sah-sah aku tak baca betul-betul post aku tumana yg lebih baik antara org yg ada kemampuan, ada peluang tetapi idakmahu melaksanakan tanggungjawab, dengan org yg x mampu,tiada peluangsentiasa bertekad dan berusaha untuk memenuhi tanggungjawab ????x ada istilah naya untuk menunaikan suruhan tuhan yg memberikan kitanyawa yg x boleh ditukar ganti n dicipta sendiri..tuhan tak perlukanharta/wang tp tuhan nak tgok kesyukuran manusia supaya tak lupa asalusul... Kesimpulannya , bila nyawa kau , kau tak pegang sendiri , tak ada apa-apa yang kau boleh buat. Merancang memang boleh tapi melaksanakannya pasti tidak boleh

opie5662 Lv.14 175#

Fighter | Credits 25104   
rindu nye nak pegi tanah suci...saya pegi bulan syaaban last year...

ade beberapa insiden yg berlaku...saya pergi berlima, suami, mak nenek & ayah mentua...ade satu hari nak pegi semayang zohor, mak & nenekmentua saya hilang duit...kene asak dgn peminta sedekah...tp mmg tak sedar bile die mencopet...saya & suami cuba lepaskan...derang pegang kuat2...kebetulan mase tuh bawak duit utk tukar kt money changer...dekat la 1k....tgh org sibuk nak ke masjid, sempat jugak depa mencopet...tp takpela, kami redha...ujian tuhan...kalu takde ujian, kite sentiase pikir nasib kite baik jer kan...dgn ujian nih kite lebih dekat ngan Allah

ape2 pon masih rindu kat Tanah Suci....cume lepas nih berhajat nak gi haji plak...buat yg wajib dulu..pas tuh bebila nak gi urah dah takde masalah lagi

aily Lv.10 174#

Survivor | Credits 5968   
Quote: Originally posted by areguard at 3-9-2008 02:53 PM
Aku baru balik dari Umrah last week bawa ibu dan adik perempuan serta anak buah, syukur tiada insiden buruk yang berlaku...Allah menguji kesabaran hati aku..memang tak boleh kaawal asik nak menca ...


Areguard, memang kadang kadang kesabaran kita tercabar dengan situasi macam ni sebab tu digalakkan kita untuk solat sunat taubat tiap kali masuk masjid.

Akak nak tanya kat kawasan Saei tu dah siap ke renovation nya? Pasal masa akak buat umrah June lepas masih dalam construction. Kami masuk dari Marwah sesak sangat kat situ, mana nak bertahlul, jemaah yang nak keluar, nak masuk ke Masjid, yang buat saei bertembung tembung. Duduk kat area mana masa Umrah tu?

[ Last edited by  aily at 3-9-2008 03:14 PM ]

aily Lv.10 173#

Survivor | Credits 5968   
Quote: Originally posted by sejuknya at 2-9-2008 12:55 PM
assalamualaikum semua

lama betul tak menjenguk ke cari forum ni...

sebenarnya saya ada kemusykilan sedikit...nak tau la kot2 ada sesiapa yang ada pengalaman cam saya ni...

camni...sebena ...



Salam semua

Sejuknya, itu perkara biasa pengalaman gitu ramai yang alami terutama yang pergi pertama kali. Tentu seronokkan sebab tu masih termimpi mimpi lagi. Ada termimpi tak sedang melalukan tawaf?

areguard Lv.9 172#

Adventurer | Credits 3821   
Aku baru balik dari Umrah last week bawa ibu dan adik perempuan serta anak buah, syukur tiada insiden buruk yang berlaku...Allah menguji kesabaran hati aku..memang tak boleh kaawal asik nak mencaci perangai org2 Arab yang sombong...tapi bila tersedar klekas2 berisytifar dan solat sunat taubat. Kaabah memang indah, pertama kali terpandang terasa hati sebak, tenang dan bercampur2. Susah nak describe. Bila setiap kali masuk MAsjidil HAram dan menatap Kaabah macam dapat melihat kekasih yg lama ditinggalkan. Hati terasa tenang dan sentiasa di bawah pengawasan Allah. Walaupun kerja2 construction untuk melebarkan masjid giat dijalankan menghamburkan debu dan asap dalam cuaca sekitar 40 C tetapi umat manusia masih berpusu2 mengerjakan umrah, tawaf dan sa'i. Bila lagilah aku nak pergi lagi..masih ternampak2 dan termimpi2 bayangan aku berada di masjidilharam dan kaabah.
1234.. 10Next