CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

Wujudkan pusat jagaan khas (isu buang bayi)

[Copy link]
 Author| Post time 27-12-2010 10:09 PM | Show all posts
KPJ-ISH wujudkan pusat perlindungan bayi pertama di hospital


2010/12/27

IPOH: KPJ Ipoh Specialist Hospital (KPJ-ISH) di sini mewujudkan sebuah pusat perlindungan bayi, yang pertama seumpamanya diwujudkan di hospital di negara ini, bagi membendung gejala pembuangan bayi di samping mengurangkan risiko kematian bayi yang baru lahir.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Nasirruddin Harun, berkata pusat itu ditubuhkan bagi menyediakan tempat jagaan terbaik kepada bayi malang serta yang tidak diingini oleh keluarga mereka.
"Ia ditubuhkan atas rasa tanggungjawab sosial KPJ-ISH bagi membendung gejala pembuangan bayi yang tidak berdosa ini. Pusat ini hanya mahu menyelamatkan nyawa bayi serta memberi perlindungan sebaik-baiknya kepada mereka," katanya selepas pelancaran pusat berkenaan di KPJ-ISH di sini, hari ini.
Beliau berkata, pusat itu dibuka 24 jam bagi membolehkan mereka yang tidak menginginkan bayi yang dilahirkan boleh meletakkannya di tempat yang disediakan dan akan dikendalikan oleh sekumpulan tenaga mahir serta perunding.

Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan, Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Datuk Hamidah Osman turut dihadiri Pengarah Perubatan KPJ ISH, Datuk Dr Fadzli Cheah Abdullah.

Ahmad Nasirruddin berkata, KPJ-ISH tidak mempunyai kepentingan untuk mengetahui identiti ibu atau individu yang menghantar bayi ke pusat berkenaan.

Sementara itu, Hamidah berkata, kerajaan negeri menyokong penuh program yang dijalankan KPJ ISH kerana ia membantu menangani masalah pembuangan bayi di negeri ini.
Bagaimanapun, katanya, kewujudan pusat itu bukan penyelesaian kepada masalah pembuangan bayi tetapi sekurang-kurangnya ia dapat memberi kesedaran di kalangan pihak berkaitan bagi menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa.

"Sebelum ini ada beberapa kes membabitkan kematian bayi berikutan dibuang di tempat berbahaya. Jadi kewujudan pusat perlindungan itu dapat dijadikan satu alternatif bagi menangani masalah itu," katanya. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2011 05:20 PM | Show all posts
sekarang dah makin menjadi2 semula kes2 pembuangan bayi nih.  mungkin ini semua benih2 14 feb ari tu..  tapi kesian jugak kat ibu2 muda nih.  depa tak tau nak ngadu kemana gak nya.

aku cadang kan pihak2 NGO cam kewaja nih, gi la wat ceramah2 kat skolah2 menengah nih, bagi pengajaran kat bebudak pompuan n lelaki nih skalin tayang gambar baby2 tu.  pastu bagi nombo talipon kat remaja2 perempuan.  at least dia tidak menjadi pempunuh.

bukan untuk menggalak kan zina, cuma kalau dah terjebak camnih, depa takde hala tuju..  sedih tengok berita hari2 mengenai bayi2 nih.

yang yantan nya pulak, haaaa tangkap charge as perogol.  DNA pun boleh amik dah masa nih, sumbat dalam penjara n rotan skali.

hadehhhh akak plak emosional nihhhhh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 08:02 PM | Show all posts
kita nak branak pnyer lah susah..diorg dah branak senang2 jer buang sepah2 macam anak kucing jerr..:@
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.426749 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list