CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 21268|Reply: 22

Wujudkan pusat jagaan khas (isu buang bayi)

[Copy link]
Post time 8-2-2007 09:40 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 27-12-2010 22:08

Wujudkan pusat jagaan khas


KUALA LUMPUR 7 Feb. - Sebuah pusat penjagaan khusus untuk bayi-bayi yang tidak diingini oleh ibu bapa mereka wajar diwujudkan bagi menghentikan kejadian buang bayi.


Timbalan Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Datuk Ramani Gurusamy berkata, dengan adanya pusat sedemikian, ibu bapa yang mengalami tekanan serta tidak mahukan anak mereka mempunyai tempat untuk menyerahkan bayi tersebut.


憫Itu lebih baik daripada bayi dibuang dan dibiar mati kerana mereka tidak bersalah dan berhak untuk hidup,拻 katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Kelmarin, mayat seorang bayi ditemui terdampar di Flat Lobak, Seremban di sini dengan kepala dan hidung yang masih berlumuran darah serta tali pusat masih terlekat, dibuang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Gurusamy berkata, kebanyakan wanita yang melahirkan anak luar nikah akan menghadapi tekanan perasaan dan fikiran mereka menjadi buntu.


Tambahan pula, menurut beliau, orang ramai lebih cenderung menghukum daripada membantu wanita tersebut menyebabkan mereka mengambil langkah singkat untuk menyembunyikan masalah dengan membuang bayi.
憫Justeru penubuhan pusat itu akan dapat membantu bayi dan juga ibu bermasalah ini,拻 katanya.


Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah turut bersetuju agar sebuah pusat penjagaan diwujudkan khas bagi menjamin keselamatan bayi yang tidak diingini.


Josiah berkata, pusat tersebut perlu berfungsi sebagai pusat perlindungan kepada wanita terbabit sehingga selamat bersalin sebelum membuat keputusan sama ada hendak menjaga anak itu atau menyerahkannya kepada orang lain.


憫Ini bukan untuk menggalakkan seks luar nikah atau berkaitan isu moral semata-mata, tetapi ia alternatif terbaik bagi mengelak daripada bayi itu dibuang dan mati,拻 jelasnya.


Beliau menambah, kejadian melahirkan anak tanpa bapa bukan perkara jenayah tetapi isu moral yang wajar ditangani oleh semua pihak.


憫Jenayah boleh diselesaikan melalui hukuman tetapi masalah sosial memerlukan pendekatan ilmiah dan berlembut,拻 ujarnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2007 09:55 AM | Show all posts
BERIKAN HAK HIDUP KEPADA SEMUA BAYI

Rencana Pengarang

NYAWA insan yang baru hendak bernafas di alam ini bagaikan tidak ada harga apabila saban hari kita membaca kisah bayi atau janin dibuang di merata-rata bagaikan sampah.

Bagi yang mempunyai sedikit perasaan kemanusiaan, bayi yang tidak 慴erbin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2007 09:02 PM | Show all posts
oh sedihnya, setelah sekian lama kes ini berlaku baru mereka terfikir hendak menghukum si bapa...alahaiiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2007 11:10 AM | Show all posts
Peruntukan khas kes buang bayi

BEBERAPA hari lalu kita dikejutkan dengan berita seorang bayi yang masih merah dan tali pusatnya masih terlekat lagi di badan telah dibuang di kawasan Flat Lobak, Seremban, Negeri Sembilan.

Perbuatan membuang bayi yang baru lahir dalam apa keadaan sekalipun dan ia mengakibatkan kematian bayi tersebut sebenarnya adalah pembunuhan.

Sesiapa sahaja yang membuang bayi itu atau terlibat dengan perbuatan tersebut adalah melakukan pembunuhan.

Definisi dalam Seksyen 46, Kanun Keseksaan (Akta 574) menyatakan bahawa:

揚erkataan mati dalam peruntukan ini adalah bermakna kematian seorang manusia, kecuali dinyatakan sebaliknya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 02:06 PM | Show all posts
tahun lepas ada ura2 nak wujudkan satu pusat untuk tempatkan baby yang baru lahir... maknanya kalau mak baby tu tak nak baby tu... tinggalkan baby tu kat sebuah bilik kat spital... dalam beberapa saat selepas baby tu diletakkan... maka ada siren yang akan berbunyi menandakan ada baby... so... secara tak langsung dapat mencegah ibu baby tu daripada buang anaknya kat tempat2 yang tak sepatutnya... dan secara tak langsung gak... baby tu akan mendapat pembelaan yang sewajarnya...

tapi malangnya, bagi sesetangah pihak...  idea ini dilihat sebagai satu galakkan untuk individu tu buat maksiat... dan tak diterima oleh banyak pihak... rasanya dah terus terkubur cadangan ni...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 05:35 PM | Show all posts
C forwarded email yg i dpt.Info lanjut call PN. arfidah @016-3968703
Dear guys,


Pls take some time to read the article kat bwh ni. Actually dah lama Ive wanted to help the kids kat chow kit ni but tak tau who to contact.anyway I just called the penyelia and apparently dia kata the kids kat sini ada yg as young as 14 dah jadi prostitute bcoz mother dah tak laku but they need money to eat so anak pun terpaksa jadi pros.and then dia kata usually the kids kena fend for themselves.Ada yg even kena raped. Tat lady ckp the parents (sometimes bukan parents pun bcoz for anak pros stimes they don抰 even know siapa the father) sewa bilik je and the room tu can fit satu tilam nipis (yg single tu) and plates to eat je and tat room ada 2 adults and anak 2 org (satu dlm perut satu lagi yg 5 yrs old).sometime they will get high in tat room in front of the kids.



Boys as young as 10 dah hidu gam coz they don抰 know wat to do with their time since the mothers tidur in the morning, bf the mothers pulak drug addict.



So these kids selalu terbiar coz jabatan kebajikan masyarakat bukan nak turun padang and tgk these kids , byk sgt red tapes so selalu terbiar. Some of the kids are as young as 3 yrs old.



So my intention now is to provide food and clothes or games/toys to these kids. So if you guys nak contribute sekali tak kisahlah anything please inform me.     





Cahaya di lorong gelap

Oleh Ahmad Najib Ahmad


YA Allah, kurniakanlah kepadaku ketenangan untuk menerima hakikat yang aku tidak boleh ubah dan Kau berikanlah aku keberanian untuk mengubah perkara yang aku mampu. Dan kurniakanlah aku ilmu supaya aku tahu membezakan antara baik dan buruk.





Kata-kata menyayat hati itu adalah sebahagian moto yang menggambarkan realiti kehidupan yang terpaksa ditelan kanak-kanak di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK), Chow Kit, di ibu kota.

Kanak-kanak terbiar itu tabah menghadapi kehidupan dan menjalani rutin harian sama seperti kanak-kanak lain di sebalik kesugulan lorong gelap dan permasalahan sosial yang sudah lali dilihat mereka sejak kecil.

Sekalipun dihantui latar belakang ibu bapa yang kebanyakannya penagih dadah, pekerja seks dan kaki mabuk, kanak-kanak ini tidak pernah berputus asa mengharapkan perubahan yang akan membawa mereka bebas daripada belenggu kehidupan sekarang.

Bagaimanapun, mereka diceriakan seketika apabila persatuan ibu Alice Smith International School tampil menghulurkan sumbangan berupa stokin Krismas yang diisi pelbagai barangan keperluan kepada 50 kanak-kanak PAKK sempena Krismas, baru-baru ini.

Namun, usaha PAKK membantu kanak-kanak terbiar di sekitar lorong gelap itu memang menguji sesiapa sahaja apatah lagi jumlah mereka kira-kira 500 orang.

Mereka berusia dalam lingkungan 12 hingga 18 tahun, tiada tempat bergantung dan sebahagian besar terjerumus dalam aktiviti kurang sihat seperti penyalahgunaan dadah.

Perunding Yayasan Salam, Dr Hartini Zainudin, berkata kehidupan kanak-kanak itu terbiar selepas jam lima petang kerana pekerjaan ibu bapa mereka yang sentiasa dicari pelanggan.

Mereka tidak dapat pulang ke rumah dan terpaksa tidur di kaki lima, gerai kosong dan ada juga yang menumpang di rumah saudara mereka disebabkan kemiskinan keluarga.

揔eadaan kanak-kanak di sini amat menyedihkan dan menyentuh hati sesiapa saja. Ada di kalangan mereka didapati menghidu gam seawal usia 10 tahun.

揑ni adalah satu kerugian kepada negara kerana mereka tidak diberi peluang sepertimana kanak-kanak lain,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2007 08:51 AM | Show all posts

Reply #6 glump's post

pernah dengar yang memang ada satu persatuan yang membantu anak2 yang mana ibunya merupakan prostitude...

sepatutnya itu adalah tugas kerajaan... tapi kerajaan selalu suruh NGO bertindak...

kalau dalam kes macam ni... memang dah jadi tanggun jawab kerajaan untuk sediakan makanan dan tempat tinggal untuk kanak2 dari keluarga macam ni... pekerja kerajaan kene turun padang selalu... jangan hanya duduk kat pejabat jer...

alahai... teremosi lah plak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2007 09:11 AM | Show all posts
itu hari ada buat thread pasal yang nak bantu ibu dia pros tuh kat bod nih jugak rasanya

sat naaa..p carik kat belakang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2007 06:11 PM | Show all posts
bukan da ada ka rumah yg semcama ini : Rumah Anak2 Terdampar..tak silap aku, krajaan punya, penah kuar d tv suatu masa dulu, untuk anak2 tarap bayi sj sampai sekian umoq, da besaq, anta umah anak yatim..

tp satu kenyataan yg mengguruih hati masa dokumentai tu :dek sebba anak2 ni kurang kasih ibu bapa, sebahagian besar mereka mempunyai pesonaliti yg pasif, malah kecerdasan jugak kurang
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2007 02:19 AM | Show all posts

Reply #9 PEPPERMAN's post

Ada.. rumah kanak-kanak
semua kanak-kanak nie dibawah Akta Kanak-kanak 2001
some of them under perintah mahkamah - perlindungan
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2007 02:20 AM | Show all posts
Sket masa dulu sibuk pasal baby bank
lepas tuh senyap jer tatau cerita
time tuh rasanya dpt byk tentangan drp pelbagai pihak
semuanya bermula dgn isu buang bayi la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2007 03:35 PM | Show all posts

Yang mcm nih eh?

Abandoned Baby - Will Malaysia Accept this Solution?.


In Rome, a baby abandoned in the safest way
Hospital welcomes unwanted babies



By Elisabetta Povoledo
Tuesday, February 27, 2007

ROME: In the Middle Ages, new mothers in Rome could abandon their unwanted babies in a "foundling wheel"
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2007 02:23 AM | Show all posts
aiyooo....pro and cons juga cara mcm di Rome tu...tapi ia lebih baik dari lahirkan baby buh dlm beg skolah mcm kes yg latest tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2010 09:49 AM | Show all posts
Wujudkan rumah perlindungan beroperasi 24 jam

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Wujudkan rumah-rumah perlindungan yang beroperasi 24 jam bagi menangani masalah sosial terutama kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi!

Pengerusi Yayasan Suara Wanita, Tan Sri Zaleha Ismail menyarankan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bekerjasama merealisasikan cadangan itu.

Beliau yakin langkah itu akan dapat membantu masyarakat terutama golongan wanita yang mungkin tidak tahu di mana mendapatkan bantuan apabila berhadapan dengan masalah peribadi seperti mengandung anak luar nikah.

“Apabila mereka ini tidak tahu tempat mana boleh pergi maka tindakan akan menjadi terdesak. Maka mereka mengambil jalan singkat membuang bayi di mana yang sempat.

“Sekiranya mereka tahu ada rumah perlindungan yang dibuka sepanjang hari, mungkin masalah ini boleh berkurangan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kes-kes pembuangan bayi yang berlaku sejak Isnin lalu.

Semalam, mayat seorang lagi bayi perempuan yang dihurungi semut ditemui di pintu pagar Masjid Jamek Permatang Duyong di Melaka.

Zaleha berkata, kebanyakan wanita yang mengandung anak luar nikah enggan mendapatkan bantuan daripada kerajaan dan lebih selesa dengan NGO.

Oleh itu, katanya, kerajaan perlu membantu NGO-NGO yang menguruskan rumah perlindungan wanita terutama dalam soal peruntukan.

Dalam pada itu, Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang turut mengutuk perbuatan tidak bertanggungjawab membuang bayi itu berkata, terdapat banyak saluran yang boleh digunakan mereka bermasalah untuk mendapatkan bantuan.

Beliau berkata, sesiapa juga yang tidak mahu memiliki bayi atau anak-anak kecil tidak perlu bertindak kejam sehingga membunuh mereka yang tidak berdosa.

Menurutnya, mereka yang terlibat dengan kes pembuangan bayi perlu dikenakan hukuman setimpal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2010 09:57 AM | Show all posts
Banyakkan Rumah Perlindungan

Apalah dosa bayi ini sehingga menjadi mangsa perbuatan tidak berperikemanusiaan.

Apakah hak perlindungan dari segi kelahiran bayi menurut undang-undang ke atas ibu yang hamil di luar nikah ini?

NOOR AZIAH: Sebenarnya semua wanita sama ada yang berkahwin atau pun tidak berhak kepada penjagaan semasa mengandung dan melahirkan anak. Penjagaan mengikut piawaian antarabangsa kerana kita sebahagian daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kita juga menandatangani konvensyen berkaitan Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) di mana artikel 12 menjelaskan bahawa:

1) Negara yang menjadi ahli kepada konvensyen hendaklah membuat cara sesuai untuk menghapuskan diskriminasi terhadap wanita dalam hal kesihatan untuk memastikan, dan berasaskan kesamarataan di antara lelaki dan wanita, mendapat akses kepada penjagaan kesihatan, termasuk perancangan keluarga;

2) Apa pun yang dinyatakan oleh para (1), negara ahli hendaklah memastikan setiap wanita mendapat perkhidmatan kesihatan berhubung dengan kehamilan, semasa berpantang dan selepas melahirkan anak, memastikan semua perkhidmatan adalah percuma di mana-mana yang perlu serta pemakanan yang berkhasiat semasa mengandung dan menyusukan anak.

Jika dilihat dari konvensyen ini, Malaysia terikat dengan artikel 12 kerana kita telah menandatangani dan meratifikasi CEDAW. Maka setiap wanita mempunyai hak mendapatkan perkhidmatan kesihatan semasa mengandung, semasa melahirkan anak dan semasa menyusukan anak.

Perlindungan yang mereka berhak perolehi adalah hak perkhidmatan kesihatan. Oleh yang demikian, tanpa mendiskriminasi, semua wanita yang hamil berhak kepada perlindungan ini dan hospital di Malaysia mesti atau wajib memberikan mereka perkhidmatan tersebut.

Jika yang hamil luar nikah, Akta Kanak-kanak 2001 membuat peruntukan perlindungan bagi gadis yang mengandung luar nikah di mana seksyen 41(2)(d) membenarkan kanak-kanak perempuan berumur bawah 18 tahun yang mengandung luar nikah ditempatkan di tempat selamat di atas permohonannya sendiri untuk ditempatkan sedemikian.

Dua peruntukan ini memberi perlindungan perundangan kepada ibu yang mengandung tanpa nikah terutama jika ibu tersebut masih kanak-kanak.

Di hospital atau di rumah perlindungan, tentu mereka mendapat jagaan yang rapi untuk membolehkannya melahirkan anak dengan selamat dan semasa mengandung mendapat jagaan yang rapi termasuk makanan berkhasiat.

Bagi gadis di bawah 16 tahun, kehamilannya adalah disebabkan rogol (kesalahan jenayah mandatori - mengadakan hubungan seks dengan gadis di bawah 16 tahun) dan pelaku boleh dihukum penjara dan rotan.

Bagi wanita Islam, jika kehamilan tidak disebabkan rogol malahan kerana perzinaan secara suka sama suka, maka ia adalah suatu kesalahan jenayah syariah jika didakwa dan disabitkan.

Pasangan yang berzina boleh dipenjara sehingga 3 tahun, atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya. Jika wanita tersebut sedang hamil, hukuman boleh ditangguhkan sehingga beliau melahirkan anaknya.

Apakah punca sebenar kes-kes begini berdasarkan kajian?

NOOR AZIAH: Saya baru selesai menjalankan kajian yang bertajuk 'Hak Anak Tak Sah Taraf di Malaysia'. Kajian ini saya buat bersama tiga rakan yang lain iaitu Dr. Che Norlia Mustafa, Mohd Al Adib Samuri dan Hafilah Musa.

Dalam kajian, saya menemu bual 58 responden yang hamil luar nikah dari sebuah rumah perlindungan. Apabila ditanya kenapa mereka mengandung luar nikah mereka menjawab sedemikian:

Alasan / Punca Kejadian dan Kelahiran Anak Tidak Sah Taraf

# Suka sama suka (23 kes)

# Terlalu percayakan lelaki sebagai kekasih (8 kes)

# Suka bebas/terlalu bebas (6 kes)

# Ingin mencuba seks (3 kes)

# Kurang didikan agama (2 kes)

# Dirogol (11 kes)

# Pengaruh kawan-kawan (7 kes)

# Sebab-sebab lain seperti tekanan keluarga, diabai ibu bapa, jika mengandung ibu bapa akan bagi kahwin dan lain-lain.

Bagaimana mengambil jalan tengah antara membantu ibu yang hamil luar nikah dengan hukuman?

NOOR AZIAH: Sebenarnya tiada jalan tengah dalam isu mengandung luar nikah. Kita semua manusia yang dijadikan Allah sebagai hambanya. Kita semua ada peranan masing-masing dalam kehidupan seharian kita di dunia ini.

Dunia kita hari ini telah terlalu moden dan mendidik anak di dunia yang serba moden dan tanpa sempadan ini bukanlah suatu perkara yang mudah.

Perlakuan seks bebas di kalangan remaja kita semakin menjadi-jadi. Ini bukan soal tiada didikan agama atau ibu bapa kurang peka. Godaan amat besar dan anak-anak kita teruja minda, emosi dan iman.

Bagi kanak-kanak perempuan, jika hamil luar nikah, mereka tidak ditangkap. Mereka diberi perlindungan jika berumur bawah 18 tahun. Bagi yang atas 18 tahun, biasanya juga tidak ditangkap kecuali selepas melahirkan anak, mereka tidak dapat mendaftarkan kelahiran anak kerana tiada surat nikah.

Mereka boleh mendaftarkan kelahiran anak dan memberi anak nama tapi anak tak ada nama ayah. Itupun setahu saya Jabatan Pendaftaran Negara tak pernah lapor kepada pejabat agama pun. Biasanya tindakan pendakwa syarie akan dibuat berasaskan siasatan dan aduan.

Sebenarnya menjadi kewajipan semua orang Islam menghalang kemungkaran berlaku. Dalam kes ini ia telah berlaku. Yang perlu ialah pesalah menjalani hukuman dunia terhadap kesalahannya.

Sebagai orang Islam, dia mesti tahu bahawa berzina itu berdosa besar dan mesti dihukum. Jika tiada tindakan diambil, maka yang melakukan kesalahan tidak akan merasa berdosa dan bersalah. Salah tetap salah.

Tetapi anak luar nikah yang dilahirkan itu tidak bersalah. Maka jika ibunya tidak berkemampuan maka kerabatnya berkewajipan melindungi anak tersebut dan jika tiada, maka kerajaanlah bertanggungjawab terhadapnya.

Sebagai langkah pertama, ibu yang mengandung luar nikah hendaklah dipastikan sebab dia mengandung luar nikah. Jika sah kerana zina, dia mesti menjalankan hukuman selepas melahirkan anaknya.

Dia juga perlu dibantu untuk boleh hidup berdikari selepas menjalani hukuman. Hukuman itu pula mesti memberi kesan kekesalan, keinsafan dan bukan rasa benci terhadap agama atau penghukumnya.

Masyarakat kita umumnya sukar memberi sokongan kepada mangsa terlibat. Adakah ini turut menyumbang kepada peningkatan kes membuang bayi?

NOOR AZIAH: Masyarakat kita masyarakat yang berpegang kepada adat dan agama. Namun dalam masa yang sama kita lebih senang menghukum dari membantu mangsa.

Kata orang "berat mata memandang, lebih berat bahu memikul". Tiada seorang wanita pun mahu mengandung luar nikah jika diberi pilihan. Semuanya berlaku di atas kehendak Allah dan kita mesti melihatnya sebagai pengajaran dan perlu diambil iktibar.

Malangnya kita manusia yang sangat lemah. Apabila kejadian seperti ini berlaku, kita tuding jari, cari salah siapa. Dah berlaku, semua orang salah… ibu bapa salah, masyarakat salah…pemimpin salah, semua salah…Jangan cari salah.

Cari macam mana nak hindar dan baiki keadaan. Sebab itu apabila tahu saja mengandung, anak gadis panik. Lari dari rumah, cuba gugurkan dan akhirnya jika semua ikhtiar gagal, mereka buang bayi.

Fikiran mereka buntu dan mereka tiada siapa nak mengadu. Semua salahkan mereka, mereka juga malu. Saya yakin memang sikap kita secara tak langsung menyumbang kepada pembuangan bayi.

Bagi yang tidak kena batang hidung, mereka tidak melihat perlunya diwujudkan rumah persinggahan untuk golongan ibu hamil di luar nikah ini. Kata mereka, ia hanya akan mendorong lebih banyak kes sedemikian. Benarkah?

NOOR AZIAH: Rumah Perlindungan atau Persinggahan untuk ibu yang hamil sangat perlu kerana ia boleh mengurangkan jumlah pembuang bayi. Tapi ia mestilah tanpa syarat dan no question ask?

Kita bukan nak galakkan mereka berzina. Itu anggapan yang biasa dibuat masyarakat umum. Itu anggapan salah. Rumah ini boleh menyelamatkan nyawa ibu dan anak.

Kita boleh beri peluang untuk anak tak sah taraf hidup normal sebagai anak angkat. Ibu yang terlanjur boleh diberi peluang kedua membaiki hidupnya dan memulakan kehidupan yang baru. Mesti ada modul yang sesuai untuk memperbaiki diri dan sahsiah mereka.

Kehamilan tidak akan berlaku tanpa penglibatan lelaki. Apa pula tindakan yang perlu diambil ke atas lelaki terlibat.

NOOR AZIAH: Kata orang Inggeris, It takes two to tango. Yang malangnya, wanita membawa bukti yang jelas. Kita ada teknologi.

Kita boleh buat DNA pada anak dan pada lelaki yang dikatakan menyebabkan seseorang wanita itu hamil. Kita hadapkan kedua-duanya ke mahkamah, jika Islam, lelaki mesti menjalani hukuman juga.

Satu lagi ialah mereka patut diperintahkan membayar nafkah anak tak sah taraf tersebut bukan kerana nasab tetapi sebagai hukuman. Itu lebih berkesan kerana mereka akan lebih berhati-hati di masa akan datang.

Saya pernah cadang dulu lelaki membayar diat (denda) kepada wanita yang dihamilkannya itu. Dia juga perlu membayar pampasan kepada anak biologinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2010 04:29 PM | Show all posts
Tokoh Islam setuju penubuhan Baby Hatch

2010/05/31





PERTUBUHAN Kebajikan dan pengurusan Anak Yatim (OrphanCARE) melancarkan Baby Hatch, tempat perlindungan bayi 'tidak dikehendaki' ibu bapa pertama di Kampung Tunku, Petaling Jaya.

KUALA LUMPUR: Tokoh Islam dalam negara bersetuju dengan penubuhan Baby Hatch atau Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini yang pertama di Malaysia, yang boleh menyelamatkan bayi yang tidak diingini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata bayi yang tidak lagi diingini mesti diselamatkan, manakala ibu bapa bayi berkenaan harus dikenakan tindakan yang keras supaya memberi pengajaran kepada orang lain.
“Saya menyokong langkah Kementerian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Baby Hatch dalam isu ini kerana bayi berkenaan tidak berdosa.
“Dulu kita tidak bersetuju dengan idea seperti ini kerana takut menghantar mesej yang salah kepada orang ramai terutama remaja, tapi pada masa sekarang kita sangat perlukan tempat sebegini untuk bayi yang tidak berdosa,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Kelmarin, Penaung OrphanCARE yang juga Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom melancarkan Pusat Perlindungan Bayi Tidak Diingini atau Baby Hatch pertama dalam negara.

Presiden OrphanCARE, Datuk Adnan Mohd Tahir, berkata organisasi itu bercadang mewujudkan banyak lagi pusat perlindungan bayi di seluruh negara bagi menyediakan tempat untuk bayi yang dibuang atau tidak diingini lagi. Baby Hatch yang beroperasi 24 jam menyediakan tempat perlindungan sihat dan selamat kepada bayi terbabit sebelum diserahkan kepada keluarga angkat.

Bekas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz pula berkata, usaha mewujudkan Baby Hatch adalah baik kerana ia menjadi tempat perlindungan bayi yang tidak bersalah serta boleh menjamin masa depan bayi itu.
“Kalau kita pandang dari segi satu sudut memang menggalakkan zina tapi kita tak boleh biarkan bayi yang dilahirkan dibuang dan meninggal begitu saja.
Malahan bayi berkenaan boleh diberikan kepada pasangan suami isteri yang mahukan anak dan Islam menganjurkannya,” katanya.

Penasihat Majlis Agama Negeri Johor, Datuk Noh Gadut, berkata gejala buang bayi pada masa kini sudah semakin teruk dan kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan wajar mengambil tanggungjawab menyelesaikan perkara berkenaan.

“Anak-anak kecil ini tidak berdosa dan wajib kita sediakan perlindungan kepada mereka, mana tahu mereka ini membesar menjadi anak yang soleh dan menjadi pejuang negara pada masa depan.

“Yang bersalah adalah ibu bapa anak kecil itu. Masyarakat harus bersama mencegah penyakit sosial ini termasuk melaksanakan undang-undang cegah zina yang ketat,” katanya.

Beliau turut menyarankan masyarakat supaya berfikiran terbuka dalam menyelesaikan masalah buang bayi serta bertanggungjawab mencegah perbuatan zina di kalangan remaja seperti yang disyorkan oleh Islam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-6-2010 10:01 AM | Show all posts
OrphanCare atasi buang bayi
Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan

2010/06/07


AKIBAT perlakuan tidak bermaruah remaja yang terlalu asyik mengikut nafsu tanpa memikirkan dosa pahala, akhirnya bayi tidak berdosa menjadi mangsa, dibuang begitu saja tanpa rasa belas.

Malah kes pembuangan bayi kini makin menjadi-jadi dan kebanyakannya berakhir dengan kematian kerana ingin menyembunyikan bukti kelahiran akibat rasa malu kepada masyarakat.


Bagaimanapun kini, atas usaha badan bukan kerajaan (NGO), OrphanCare dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, membuka pusat pentadbiran dan operasi OrphanCare bagi menempatkan bayi terbuang untuk diserahkan sebagai anak angkat kepada pasangan memerlukan.


Menurut Presiden OrphanCare, Datuk Adnan Mohd Tahir, penubuhan pusat seperti ini bagi memastikan bayi tidak berdosa tidak menjadi mangsa kekejaman mereka yang enggan memeliharanya.


Katanya, ini bersesuaian dengan matlamat penubuhan pusat itu yang percaya setiap bayi memerlukan kasih sayang dan perhatian sebuah keluarga sekiranya ingin membesar menjadi insan berguna.


"Lebih baik mereka ditempatkan di pusat ini daripada ditanam dan dibuang seperti sampah yang tidak berharga.


"Di sini mereka akan diserahkan kepada pasangan yang menginginkan kehadiran cahaya mata selepas bertahun berkahwin tapi masih belum memiliki anak," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran pusat penempatan bayi terbuang, OrphanCare di Kampung Tunku, Petaling Jaya, baru-baru ini.


Pusat berkenaan di Kampung Tunku, Petaling Jaya dibuka 24 jam menyediakan kotak pelindung bayi yang digunakan untuk menempatkan bayi malang yang tidak diingini ataupun lahir tanpa ikatan perkahwinan sah.


Apa yang perlu dilakukan, ibu terbabit meletakkan bayi dalam kotak pelindung yang disediakan. Kemudian, dia perlu mengisi borang pengesahan yang diletakkan di bahagian tepi kotak menandakan persetujuan menyerahkan bayi berkenaan kepada pusat terbabit untuk dijadikan anak angkat.


Selepas ibu terbabit meninggalkan kawasan berkenaan, barulah penjaga di OrphanCare akan mengambil bayi terbabit.


Adnan berkata, selain borang terbabit golongan ibu yang ingin meletakkan bayi mereka di pusat ini perlu menyediakan dokumen perubatan yang sah bagi memastikan kelancaran proses dokumentasi anak terbabit pada masa depan.

"Maklumat diberikan ibu malang berkenaan akan dirahsiakan bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa depan.


"Pusat ini bukan ditubuhkan bagi menggalakkan kewujudan bayi tak sah taraf tetapi untuk menyelamatkan mereka yang tidak berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu hingga akhirnya memberi kesan pada kehidupan mereka. "Pusat ini juga bukan rumah kebajikan ataupun rumah anak yatim kerana kami hanya menjadi perantara kepada pasangan yang menginginkan cahaya mata.


"Bayi terbabit akan dijaga dan ditempatkan di pusat ini paling lama pun selama seminggu sebelum diserahkan kepada keluarga angkat mereka.


"Malah hingga kini terdapat 200 pasangan mendaftar dengan OrphanCare bagi proses pengambilan anak angkat dan sudah pastinya kehadiran bayi ini akan memberikan sinar baru dalam kehidupan mereka," katanya.

Orang ramai yang ingin menjadikan bayi terbabit sebagai anak angkat boleh menghubungi pusat berkenaan yang akan mengendalikan proses pengambilan anak angkat secara rasmi.


Hadir merasmikan pelancaran pusat pengoperasian OrphanCare terbabit ialah Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom Abdullah dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.


Berdasarkan laporan Polis Diraja Malaysia pada 2005 hingga 2009, dianggarkan 407 kes membabitkan pembuangan bayi berlaku di seluruh negara, menurut Shahrizat.


Mengikut statistik hingga April lalu, ia menunjukkan 24 kes baru dilaporkan. Sungguhpun angka ditunjukkan sedikit tapi ia tetap menjadi satu gejala yang perlu ditangani segera.


Menurutnya, kerjasama yang ditunjukkan NGO ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam menangani masalah ini kerana jika bersendirian tidak banyak yang mampu dilakukan kerajaan bagi menyedarkan masyarakat betapa seriusnya perkara ini.


"Malah masyarakat juga tidak boleh terlalu bergantung kepada kerajaan tanpa melakukan sebarang pembaharuan kerana daripada segi perundangan sudah banyak yang dilakukan tapi gejala pembuangan bayi ini masih berterusan dan menjadi semakin buruk.


"Disebabkan itu, keluarga memainkan peranan penting kerana setiap perkara yang berlaku bermula dan perlu berakhir dengan keluarga," katanya.


Untuk memastikan pusat ini dapat beroperasi dengan sebaik mungkin, kementerian turut menyumbangkan RM100,000 bagi menampung kos yang diperlukan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai OrphanCare, hubungi talian 03-78761900.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2010 10:08 AM | Show all posts
OrphanCARE terima bayi lelaki pertama

2010/06/29



Terselamat daripada dibuang: Wajah bayi pertama yang dihantar ke Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini (Baby Hatch), di Petaling Jaya. Bayi berusia lima hari seberat 2.7 kilogram itu diserahkan Sabtu lalu oleh ibu bapanya berumur awal 20-an yang masih belum berkahwin dan merahsiakan kandungan itu daripada pengetahuan keluarga serta rakan masing-masing. Baby Hatch diwujudkan bagi mengelakkan bayi terutama dilahirkan luar nikah dibuang di merata tempat. (berita lanjut di BH Online - Nasional)


KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki seberat 2.7 kilogram yang dilahirkan pada Jumaat lalu, menjadi bayi pertama diserahkan kepada Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak Yatim (OrphanCARE) untuk Baby Hatch atau Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini yang julung kali dilancarkan di negara ini pada 29 Mei lalu.

Bayi itu yang berada dalam keadaan sihat diserahkan pada Sabtu lalu oleh ibu bapanya berumur awal 20-an yang masih belum berkahwin dan merahsiakan kandungan itu daripada pengetahuan keluarga serta rakan masing-masing.

Presiden OrphanCARE, Datuk Adnan Mohd Tahir berkata, pasangan itu masih belum membuat keputusan untuk membesarkan sendiri anak mereka itu ataupun menyerahkannya kepada keluarga angkat.

Menceritakan detik penyerahan itu, beliau berkata, pasangan terbabit tiba di pusat berkenaan pada kira-kira jam 10 pagi dengan si bapa memasuki pusat berkenaan untuk meninjau terlebih dulu manakala si ibu dan anaknya itu menunggu di dalam kereta, sebelum mereka dijemput masuk kemudian.

Pasangan berkenaan akan membuat keputusan nanti sama ada mahu anak mereka itu diserahkan kepada keluarga angkat, katanya.

Baby Hatch yang beroperasi 24 jam di alamat 6, SS1/24A, Kampung Tunku di Petaling Jaya, dikendalikan OrphanCARE dan penaungnya Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2010 04:12 PM | Show all posts
Reply 18# Syd


    (1)Comey nya bayi niih...

    (2)Harap juga Orphan Care ni boleh sediakan kaunselor/ pembimbing bagi muda-mudi/ (yg dah tua pun ada kot!) yg telah
        ber zina niih... Jadi, walaupun muda/mudi yg berzina ni dah ter silap -langkah, kita juga mesti menyediakan / menasihat kan
        pasangan niih... supaya kembali ke pangkal jalan... Supaya isu ZINA ni tak lah di remehkan tetapi  di ambil berat sebagai   
        langkah pencegahan.

   (3)Apapun, betul lah...mencegah lebih baik daripada merawat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2010 03:23 PM | Show all posts
Melaka tubuh sekolah pelajar hamil

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 23 Julai - Kerajaan negeri bercadang menubuhkan sebuah sekolah khas bagi pelajar yang mengandung akibat terlanjur atau mereka berkahwin pada usia muda.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, beliau serius mewujudkan sekolah tersebut kerana ia bertujuan menangani gejala pembuangan bayi yang kini semakin berleluasa.

Menurut beliau, adalah lebih baik remaja-remaja yang bermasalah itu terus bersekolah daripada terbiar dan mungkin bertindak membuang bayi.

"Cadangan itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran kerana undang-undang di negara ini tidak sebut pun bahawa murid yang bersekolah tidak boleh mengandung.

"Saya akan kemukakan cadangan ini dalam tempoh terdekat dan jika kementerian tak setuju, kerajaan negeri sendiri akan tubuhkan sekolah murid mengandung ini," katanya.

Mohd. Ali berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Rendah Arab (SRA) Jabatan Agama Islam (JAIM) Batang Tiga Timur di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Yaakub Md. Amin; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Ghazale Mohamad; dan Pengarah Pelajaran negeri, Isa Abu.

SRA JAIM Batang Tiga Timur dibina dengan kos RM1.2 juta dan mula beroperasi pada awal Januari lalu dengan 378 murid.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berkata, selain dibuka kepada remaja di negeri ini, kerajaan negeri juga sedia menerima pelajar mengandung dari negeri lain.

"Kalau ada pelajar dari negeri lain yang mengandung dan nak belajar di sekolah itu pun boleh, kita terima asalkan ia dapat membanteras gejala pembuangan bayi," katanya.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan mengelakkan maksiat daripada terus berlaku dan bukan menggalakkan pelajar berkahwin dan mungkin bercerai pada usia muda.

"Apa yang penting kita nak selesaikan masalah remaja berzina dan selepas itu pada masalah buang bayi.

"Soal cerai itu nombor dua. Sekarang orang yang kahwin tua pun ramai juga yang dah bercerai," katanya.

Sehubungan itu, katanya, sebagai galakan kepada remaja yang masih bersekolah untuk berkahwin pada usia muda, kerajaan negeri juga telah mempunyai dasar memberi saguhati kepada pasangan remaja terbabit sebanyak RM500 untuk urusan perkahwinan.

Tambahnya, dasar tersebut telah dibincangkan bersama MAIM dan diluluskan pada mesyuarat Exco dua bulan lalu.

"Kalau ada remaja yang masih bersekolah dan bercadang berkahwin, kerajaan negeri akan beri mereka RM500 untuk mengadakan kenduri secara ringkas dan kecil-kecilan.

"Bila sudah ramai berkahwin, kita akan tempatkan mereka di sekolah murid mengandung dan untuk teruskan pembelajaran," katanya.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.074991 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list