CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gambiaq

Encylopekedia KedahPerlis

[Copy link]
Post time 9-1-2007 09:32 PM | Show all posts

Reply #60 Bunga_ketela's post

buat buboq....??
munggai nie mak aku buat gulai jugak kot kalau tak silap.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2007 09:32 PM | Show all posts
Originally posted by Bunga_ketela at 9-1-2007 09:30 PM



buah munggai (INDIA panney kelor) ada lagi kak geb.... selalu gak beli...... kalu Perlih joi ikat, kat KL ni joi timbang kilo! :geram:
anak2 ku makan bauh munggai segala ni....

buah  ...



betui le...lg pucuk gheti sayuq lemak
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 09:32 PM | Show all posts
Originally posted by gebang at 9-1-2007 09:30 PM



ada ke ubi kayu..ubi ni kecik2 besaq ibu jari je


dak...maksud kami rasa dia tu cam ubi kayu jugak ka?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 09:33 PM | Show all posts
Originally posted by jj at 9-1-2007 09:32 PM
buat buboq....??
munggai nie mak aku buat gulai jugak kot kalau tak silap.....



ni sahih baca skip2 ni.....
"buboq" tu buah BELINGGAI la! baling kat pala, sahih pecah.........:pmuka:
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 09:33 PM | Show all posts
Originally posted by Bunga_ketela at 9-1-2007 09:30 PM



buah munggai (INDIA panney kelor) ada lagi kak geb.... selalu gak beli...... kalu Perlih joi ikat, kat KL ni joi timbang kilo! :geram:
anak2 ku makan bauh munggai segala ni....

buah  ...


buah munggai...buah belingai...penin...

jadik blur bila dengaq nama buah2an ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 09:35 PM | Show all posts

MERUNGGAI


Merunggai juga dikenali sebagai ramunggai, rembugai, lembugai, pemanggai dan kacang kelur. Nama sainsnya ialah Moringa oleifera dan sinonim dengan nama moringa ptergyosperma. Dalam bahasa inggeris ia disebut horse-raddish tree yang bermakna pokok lobak kuda.

Pokok ini berasal dari India dan ia tumbuh liar di kawasan utara India tetapi ditanam juga sejak dahulu kala. Kini pokok ini banyak ditanam dipelbagai kawasan Tropika dan Subtropika. Buah muda, buah matang yang belum keras dan daun merunggai sering dibuat lauk, biasanya dimasak kari atau digoreng seperti sayur. Buah merunggai biasanya dikaitkan dengan orang India kerana kaum India yang biasa menanam pokok merunggai. Di India, kari merungggai di tin dan dieksport. Biji muda merunggai boleh dimasak seperti kacang pea dan bijinya yang matang juga dipangggang seperti kacang goreng. Orang Filifina juga memakan dan menanam merunggai. Orang Bahamas dan Jamaica meminum air rebusan daun merunggai seperti meminum teh atau kopi.

Akar merunggai mengandungi sejenis glukosit yang menghasilkan rasa pedas seperti biji sawa atau lobak putih. Akar merunggai boleh dibuat sos seperti sos lobak kuda yang tulin. Ranting, daun, bungan dan buah juga boleh digunakan sebagai perisa tetapi tidak kuat seperti akar. Merunggai mempunyai pelbagai kegunaan dalam perubatan tradisional. Daun merunggai dikatakan boleh mengubati buah dada yang bengkak, terutama dikalangan ibu yang baru bersalin. Akarnya ditumbuk dan disapu kepada perut inu yang baru bersalin sebagai bebat memulihkan badan ibu. Makanan dari daun dan buah merunggai boleh bertindak sebagai pelawas sembelit. Daun dan akar merunggai dikatakan boleh mengubati sifilis dan busung darah. Sementara daunnya dimakan untuk mengubati penyakit gonorea. Walau bagaimanapun terlalu banyak memakan akar merunggai dikatakan boleh menggugurkan anak dalam kandungan.

Dalam perubatan India, akar merunggai digunakan sebagai ubat sapu pada bengkak atau bisul yang dalam. Sementara daunnya digunakan sebagai penawar gigitan anjing, muntah-muntah dan untuk mengurangkan aliran susu ibu. Di Jawa, akar merunggai digunakan untuk mengubati rasa kebas, penyakit beri-beri dan pelbagai penyakit kulit. Batang pokok yang luka akan mengeluarkan sejenis gam yang berguna sebagai ubat di India dan Jawa. Orang India menggunakannya untuk mengubati kelenjar yang bengkak dan orang Jawa menggunakannnya untuk mengubati sakit usus. Di kawasan Amerika Tengah terutama di Curacao akar merunggai di cuci bersih dan cecair dalam akar dihisap dan ia dikatakan boleh menjadi penawar selesema. Di sesetengah negara lain, kulit dan akar yang dihancurkan dijadikan ubat sapu, bijinya dibancuh seperti teh dan diminum untuk melegakan demam panas dan juga sebagai pelawas buang air

besar. Ada juga yang menggunakan akar kering sebagai penawar untuk mengubati penyakit malaria dan penyakit buah pinggang. Orang Puerto Rico memakan daun merunggai sebagai pelawas buang air besar. Di Bahamas, air rebusan bunga merunggai dicampur dengan limau nipis sebelum diminum juga untuk sebagai pelawas buang air besar. Orang Aruba menghancurkan biji merunggai dan menyapukannya pada badan yang ada ketuat untuk menghilangkan ketuat itu. Di Venezuela, air rebusan daun dan biji merunggai boleh diminum sebagai julap dan untuk mengeluarkan cacing yang ada di dalam perut dan usus. Orang Curacao merendam akar yang telah dihancurkan didalam rum dan digunakan sebagai ubat sapu bagi menyembuhkan sakit otot jenis reumatisme.

Buah merunggai juga mempunyai kegunaan daalm istiadat kepercayaan tradisional iaitu bagi menghalau hantu. Jika ada orang yang dirasuki hantu, kepalanya atau badannya disebat denagn merunggai segar untuk menghalau hantu keluar dari badan mangsa dan meninggalkan tempat itu. Biji merunggai didapati mengandungi minyak yang boleh digunakan untuk memasak, membuat sabun dan sebagai minyak pelincir mesin. Ia juga adalah digunakan sebagai minyak asas bagi minyak wangi. Minyak ini sesuai untuk campuran salad dan ia jernih dan tidak berbau. Minyak ini jika terbakar akan mengeluarkan api yang terang dan tidak berasap.

Walau bagaimanapun, kegunaan merunggai sebagai bahan ubatan perlu dilakukan dengan berhati-hati. Kulit kayu merunggai mengandungi B-sitosterol dan beberapa jenis alkaloid. Daun segar yang dihancurkan dan disapu pada kulit jika berlebihan akan menyebabkan kulit berasa gatal dan di peringkat yang ekstrem boleh melecurkan kulit.

[ Last edited by  jj at 9-1-2007 09:41 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2007 09:36 PM | Show all posts

Reply #60 Bunga_ketela's post

o0o0o0 tau dah buah belinggai tu yg mana. hat mkn ngan santan tu!
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 09:37 PM | Show all posts
gambaq jj :bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2007 09:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 09:44 PM | Show all posts
tima kaseh abang jj. :bgrin:

rasa cam penah nengok. tp mungkin buah len kot. buah bentuk yg sama org india suka masok lam kari depa. apa nama dia..karipulai...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 09:47 PM | Show all posts
Originally posted by Claudia_Lestat at 9-1-2007 09:44 PM
tima kaseh abang jj. :bgrin:

rasa cam penah nengok. tp mungkin buah len kot. buah bentuk yg sama org india suka masok lam kari depa. apa nama dia..karipulai...



karipulai aka karapole tu daun la adik manis.....:lol
buah tu  india panggey buah kelor.... :lol
mmg kari dalam masuk juga......
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 09:47 PM | Show all posts

Reply #69 jj's post

o0o0o ayu tau buah ni. ayu suka mkn mak msk buat gulai. ahaks! mkn ja tau tp nama buah tu tak tau!
tp buah ni tak brapa elok mkn utk oghang yg sakit orat
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 09:47 PM | Show all posts

Reply #70 Claudia_Lestat's post

itu daun kari laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 09:49 PM | Show all posts
Originally posted by Bunga_ketela at 9-1-2007 09:47 PM



karipulai aka karapole tu daun la adik manis.....:lol
buah tu  india panggey buah kelor.... :lol
mmg kari dalam masuk juga......


hahaha..karapole.
eh...dia kasik buah bentuk cam gitulah kak long. bukan daun.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 09:50 PM | Show all posts
Originally posted by Bunga_ketela at 9-1-2007 09:47 PM



karipulai aka karapole tu daun la adik manis.....:lol
buah tu  india panggey buah kelor.... :lol
mmg kari dalam masuk juga......


kak long... hang bukak la thread  "Mari Mengenal Bahan2 Asas Untuk Memasak"

pakat fail abih depa nie... buat malu kat aku jaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 09:50 PM | Show all posts
Originally posted by Bunga_ketela at 9-1-2007 09:33 PM



ni sahih baca skip2 ni.....
"buboq" tu buah BELINGGAI la! baling kat pala, sahih pecah.........:pmuka:


:setuju: :setuju: :setuju:  


tp apa yg pecah? buah belinggai ka kpala yang pecah? hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2007 09:52 PM | Show all posts
Originally posted by jj at 9-1-2007 09:50 PM


kak long... hang bukak la thread  "Mari Mengenal Bahan2 Asas Untuk Memasak"

pakat fail abih depa nie... buat malu kat aku jaaaaaa


:nyorok:
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 09:55 PM | Show all posts
Originally posted by jj at 9-1-2007 09:50 PM


kak long... hang bukak la thread  "Mari Mengenal Bahan2 Asas Untuk Memasak"

pakat fail abih depa nie... buat malu kat aku jaaaaaa




erkkk... tu klod kata karipulai tu buah, bukan daun....

aku takut buka thread hang suruh tu bukan depa makin pandai.... aku yang makin konpius... :lol
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 09:56 PM | Show all posts
Originally posted by ayugirl23 at 9-1-2007 09:50 PM


:setuju: :setuju: :setuju:  


tp apa yg pecah? buah belinggai ka kpala yang pecah? hehe



kalu pala jj hat keraih tu, buah belinggai tu kalah kot.... :devil:
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 09:57 PM | Show all posts
Originally posted by Bunga_ketela at 9-1-2007 09:55 PM




erkkk... tu klod kata karipulai tu buah, bukan daun....

aku takut buka thread hang suruh tu bukan depa makin pandai.... aku yang makin konpius... :lol


hang kan ada buku herba2 masakan....? refer hat tu laaa...
beli mahai2..... share la ilmu... ekekekekke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.071355 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list