View: 17559|Reply: 63
|
XXIV SEA GAMES Korat '07
[Copy link]
|
|
Official website : [url=http://www.koratseagames.com]http://www.koratseagames.com[/url]
The 24th Southeast Asian Games (also known as SEA Games) will be held in Nakhon Ratchasima (Korat), Thailand from December 6 to December 16, 2007. The Thai Olympic Committee is planning the event to coincide with the commemoration of 80th birthday of King Bhumibol Adulyadej. Officials are studying the possibility of doing the events in multiple venues like what was done in Vietnam and the Philippines.
It would be the sixth time Thailand has hosted the SEA Games. Thailand had hosted the 1959 (inaugural games), 1967, 1975, 1985 and 1995 SEA Games. The 2007 games were to be hosted in Singapore, but the city-state gave up the chance in 2004 as the future SportsHub in Kallang would be still under construction.
On 24 February 2006, northeast Thailand's Nakhon Ratchasima Province authorities met to discuss the 2007 SEA Games schedule, and progress on the province's under-construction US$77 million sports complex. Presided over by governor Somboon Ngamlak, the meeting provided an overview of facilities, and ended with reassurances that facilities would be ready for SEA Games in 2007. Thus, Thailand will hold individual events in parts of the country other than just Bangkok. Two indoor stadiums - 5,000 seating and 2,000 seating - a 20,000 capacity outdoor stadium, 50 meter Olympic pool, bicycle race track, shooting range, and other facilities are being built.
Provincial list of 43 sports for 2007 SEA Games: Athletics, aquatics, archery, basketball, bowling, badminton, boxing, billiards and snooker, bodybuilding, dance sport, canoeing, cycling, chess, equestrian, fencing, football, golf, gymnastics, hockey, handball, judo, karate, lawn bowls, Muay Thai, netball, petanque, silat, rugby, rowing, sepaktakraw, squash, softball, sailing, shooting, table tennis, taekwondo, triathlon, tennis, traditional boat race, volleyball, wrestling, weightlifting, wushu.
http://en.wikipedia.org/wiki/2007_Southeast_Asian_Games
[ Last edited by riccckyyy at 4-12-2007 02:54 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nestle launch signature campaign to inspire contingent
| Full support: Youth and Sports Minister Datuk Seri Azalina Othman Said putting her signature down on the launch of the Milo Malaysia Boleh signature campaign for 24th SEA Games.
|
PUTRAJAYA: Nestle Malaysia launched a nationwide Malaysia Boleh signature campaign yesterday to inspire the Malaysian contingent to excel at the 24th SEA Games in Thailand from Dec 6-15.
Nestle Malaysia managing director Sullivan O'Carroll said that 20 Milo sampling vans will be deployed all over the country and they were targeting to secure no less than 2.5 million signatures from Malaysians from all walks of life.
揟he Malaysia Boleh signature campaign and battle-cry was first initiated by Milo for the 1993 Games in Singapore, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cayalah..kasi up balik thread ni since Korat 2007 tak lama gi..:victory: |
|
|
|
|
|
|
|
Sukan Sea XXIV: Roslinda tekad lepasi 4.10m
Jaguh lompat bergalah negara sasar kelayakan kategori A Sukan Olimpik
KETIKA kemenangannya dalam acara lompat bergalah bukan lagi satu keraguan, Roslinda Samsu bertekad mengatasi catatan kelayakan kategori A ke Sukan Olimpik Beijing sekalipun sudah layak ke temasya itu atas tiket kategori B.
Malah seharusnya kelayakan kategori A ke Beijing menjadi matlamat Roslinda memandangkan dia sememangnya tiada tandingan di peringkat Asia Tenggara dengan pencabar terdekatnya dari Indonesia sekadar mempunyai ketinggian terbaik sekitar 3.90 meter.
Roslinda, dengan prestasi terbaik musim ini 4.32 meter, tidak seharusnya gagal melainkan dia melakukan kesilapan ataupun dilanda kecederaan.
"Atas kertas memang saya pilihan," kata Roslinda semalam. "Tetapi itu tidak bermakna saya akan menang dengan mudah kerana masih lagi perlu bertanding dengan baik dan mengelak daripada melakukan kesilapan. Bagi saya untuk menangi emas saya perlu melepasi ketinggian 4.10 meter.
"Ia mungkin tidak sukar bagi saya tetapi pada hari pertandingan macam-macam boleh berlaku termasuk keadaan angin yang agak kencang dan cuaca dingin. Semuanya boleh menjadi penentu kepada prestasi saya.
"Memang saya mahu melakukan catatan terbaik dan cuba mengejar kelayakan kategori A Sukan Olimpik. Mungkin itu menjadi insenstif paling penting buat saya ketika ini," katanya.
Atlit lompat tinggi berusia 26 tahun dari Kedah itu beraksi dalam Sukan Sea keempat dengan aksi pertama pada 2001 di Kuala Lumpur apabila meraih perak. Dua tahun kemudian di Hanoi, dia gagal dengan begitu buruk apabila gagal melepasi sebarang ketinggian.
Bagaimanapun, selepas dua kekecewaan itu, dia bangkit untuk memenangi emas di Manila dan kini di Korat, dia turun selaku atlit pilihan.
Roslinda berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Beijing di bawah kategori B tetapi tidak layak mendapat imbuhan Skim Insentif Sukan Olimpik kerana Majlis Sukan Negara (MSN) tidak mengiktiraf kategori B sebagai kelayakan berdasarkan merit.
Roslinda, melakukan 4.30m pada kejohanan Jemputan Kazakhstan pertengahan bulan ini, untuk menyamai syarat kelayakan kategori B kelayakan Olimpik ditetapkan Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF). |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sukan Sea XXIV: Atlit kita dihantui kecederaan
Bryan Lomas, Mew Choo, Eei Hui cetus suasana tidak menentu di kem Malaysia
Dari kiri, Bryan Lomas, Mew Choo dan Eei Hui
DI ambang Sukan Sea XXIV akan dibuka dengan rasminya hari ini, kontinjen Malaysia berterusan ditimpa malang dengan berita kecederaan beberapa atlit yang menjadi sandaran utama untuk memenangi sekurang-kurangnya empat pingat emas.
Penerjun Bryan Nickson Lomas, perseorangan badminton wanita, Wong Mew Choo serta pemain beregu Chin Eei Hui masing-masing membawa kecederaan yang menimbulkan tanda tanya mengenai penyertaan pada temasya ini kerana ketiga-tiga ini bakal menyumbangkan sejumlah empat pingat emas.
Selain itu, skuad hoki lelaki turut dilaporkan ditimpa malang dengan dua pemainnya mengalami kecederaan manakala empat pemain lagi masih terbabit dalam kejohanan hoki Trofi Juara-Juara, kemungkinan besar pasukan Sukan Sea XXIV bakal melayari saingan peringkat kumpulan dengan hanya 10 pemain.
Apakah nasib malang kontinjen negara pada ketika ini adalah petanda buruk dalam usaha Majlis Sukan Negara (MSN) mensasarkan 64 emas untuk dibawa pulang dari temasya ini?
Namun, Ketua Pengarah MSN Datuk Zolkples pantas menepis keraguaan itu dengan melahirkan keyakinan kontinjen negara mampu mencapai sasaran yang ditetapkan biarpun menerima tamparan.
"Tidak dinafikan kecederaan atlit utama ini menjejaskan sedikit moral kontinjen negara," kata Zolkples. "Memang kita tidak menjangkakan perkara seperti ini akan berlaku tetapi ia di luar kuasa kita tetapi saya masih berkeyakinan atlit kita akan dapat mencapai sasaran melebihi 61 emas.
"Ketiga-tiga atlit yang cedera ini sememangnya sandaran utama memenangi pingat dan daripada mereka saja kita boleh memenangi empat emas tetapi malangnya sekarang mereka sudah mengalami kecederaan dan status penyertaan mereka belum dapat disahkan.
"Tetapi saya mahu kontinjen melupakan masalah yang melanda ketika ini dan menumpukan kepada persaingan yang akan bermula," kata Zolkples.
Penerjun muda Bryan yang menjadi sandaran dua emas daripada acara terjun platform dilaporkan terkoyak ligamen pergelangan kaki manakala Mew Choo pula diserang kecederaan lutut selepas beraksi cemerlang di Terbuka China apabila muncul juara perseorangan.
Terbaru membabitkan pemain beregu wanita Eei Hui, beregu yang bergandingan dengan Wong Pei Tty dengan dikatakan mengalami sakit belakang.
Sebelum ini, Malaysia sudahpun kehilangan satu pingat dalam acara olahraga apabila pelari 400 meter berpagar wanita Noraseela Khalid terpaksa menarik diri selepas disahkan mengalami kecederaan hamstring.
"Saya masih berharap terutama sekali Bryan akan dapat beraksi dalam Sukan Sea kerana saya yakin dia mempunyai cukup masa untuk pulih daripada kecederaan," kata Zolkples. |
|
|
|
|
|
|
|
Sukan Sea XXIV: Daniel bersedia tawan kolam Pusat Akuatik
DANIEL Bego bersedia menawan kolam renang Pusat Akuatik Kompleks Sukan Ulangtahun ke-80 Raja Thai sekalipun prestasi atlit berkenaan musim ini kurang memberangsangkan selepas memberi fokus kepada pelajaran menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ketika ditemui menjalani latihan semalam, perenang dari Sarawak itu berkata dia akan cuba sedaya upaya untuk mempertahankan dua pingat emas dimenangi di Manila pada 2005 dalam acara 100 meter kuak kupu-kupu dan 200m gaya bebas lelaki tetapi tidak berani meramal nasib dalam enam lagi acara.
Daniel diletakkan untuk bertanding dalam enam acara individu dan dua acara berpasukan dan bersedia untuk beraksi dalam semua acara ini.
揝aya akan mencuba yang terbaik, |
|
|
|
|
|
|
|
Sukan Sea XXIV: Rayzam isi kekosongan Robani
ATLIT muda negara, Rayzam Shah Wan Sufian bersedia untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Robani Hasan - juara bertahan acara 110 meter berpagar lelaki - yang tidak dapat bertanding pada Sukan Sea di Korat akibat kecederaan.
Pelari berusia 19 tahun dari Sabah itu yang memiliki catatan masa terbaik 14.15 saat berkata pencabar utamanya dalam acara itu adalah rakan senegara, Mohd Faiz Mohamed, pemenang pingat perak Sukan Sea di Manila dua tahun lalu serta juara Terbuka Thailand Jun lalu.
揚elari Thailand Narongdech Janjai, pemenang gangsa di Manila mungkin juga pencabar yang kuat tetapi Faiz dengan catatan masa terbaik 13.93 saat perlu diberi perhatian, |
|
|
|
|
|
|
|
Sukan Sea XXIV: Salah percaturan bawa padah kepada pasukan wanita
PERCATURAN menurunkan pemain utama, Beh Lee Wei sebagai perseorangan kedua, acara berpasukan ping pong wanita jelas memerangkap diri apabila skuad negara terpaksa akur kepada kelebihan teknikal milik pemain Thailand yang menang 3-2 dalam saingan separuh akhir, semalam.
Apapun, kegagalan itu tetap membutirkan pingat gangsa untuk barisan muda negara di Kompleks Beli-belah Plaza Klang, di Korat bagi edisi kali ini.
Jurulatih skuad wanita, Hao Peishu, sebelum ini meletakkan Lee Wei sebagai perseorangan utama ketika saingan awal peringkat kumpulan tetapi menukar strategi menyedari perseorangan utama Thailand, Komwong Nanthana, sukar ditewaskan.
Dalam permainan pertama, Nanthana nyata tidak mempunyai masalah untuk menewaskan pemain kebangsaan, Chiu Soo Jin, 11-15, 11,7, 11-7 dan perlawanan kedua menyaksikan Lee Wei bangkit menyamakan kedudukan untuk Malaysia meskipun terpaksa dikerah sehingga ke tie-break.
Lee Wei terpaksa mengatasi tekanan sokongan padu terhadap lawannya, Muangsuk Anisara untuk menang di set pertama 11-7 tetapi tewas dua set selepas itu 11-13, 12-14, sebelum bangkit memastikan kemenangan pada dua lagi set terakhir, 11-8, 11-5.
Kejayaan Lee Wei dituruti Ng Sock Khim yang berjaya menumpaskan Rattanaprayoon Suttilux selepas lima set 14-12, 11-9, 7-11,7-11, 12-10, membuka peluang untuk pasukan Malaysia mencipta kejutan untuk meraih sekurang-kurangnya satu pingat.
Namun, Lee Wei yang turun kali kedua untuk berdepan dengan Nantaha, gagal menyaingi kelebihan perseorangan tuan rumah itu dan dia tewas 11-9, 12-14, 9-11, 9-11. Chiu Soo Jin yang turun dalam permainan kelima, gagal menyerlah apabila tewas 7-11, 11-5, 11-5.
揗emang sayang kerana kita melepaskan peluang ini. Kita sebenarnya mampu menyaingi mereka tetapi nasib tidak begitu baik. Saya diarahkan untuk mendapatkan mata kemenangan Malaysia, tetapi gagal melaksanakan, |
|
|
|
|
|
|
|
Sukan Sea XXIV: Anak didik Holloway dapat 'layanan' kelas kedua
BIARPUN tampil dengan status sebagai antara terbaik di rantau Asia, skuad bowling negara terpaksa menerima 'layanan' kelas kedua apabila tidak dibenarkan menguji lapangan di SF Strike Bowl, Bangkok, pagi semalam.
Dengan alasan mahu menyapu minyak pada lapangan berkenaan sebelum boleh digunakan, penganjur menghalang skuad negara memasuki kawasan berkenaan dan semua pemain negara terpaksa menunggu selama lebih tiga jam sebelum dibenarkan masuk.
Tetapi apa yang menghairankan, pemain Thailand dibenarkan mengadakan latihan di situ dan tindakan menghalang negara lain memasuki kawasan itu mungkin disebabkan mereka tidak mahu pemain luar melihat latihan dilakukan tuan rumah.
Pasukan Indonesia turut mendapat layanan sama sebelum diberi peluang hanya melihat lapangan itu pada kira-kira jam 12 tengah hari.
Ketua jurulatih negara, Holloway Cheah berkata, mereka tiba di situ sejak pagi untuk mencuba lorong tetapi langsung tidak dibenarkan masuk dengan alasan kerja-kerja sedang dilakukan di situ.
"Saya tahu pasukan Thailand sedang berlatih di situ tetapi mereka kata sedang meletak minyak pada lorong dan melakukan sedikit kerja-kerja pengubahsuaian.
"Tapi saya rasa mereka sebenarnya sudah siap melakukan kerja pada sebahagian lorong utama untuk memberi ruang pasukan tuan rumah menggunakannya terlebih dulu berbanding negara lain," katanya.
Pengurus pasukan, Cheah Ban Cheng pula berkata adalah menjadi perkara biasa buat tuan rumah memberikan kelebihan terlebih dulu buat pasukan mereka menggunakan lorong yang baru disempurnakan.
"Ini kerap berlaku tetapi untuk tidak membenarkan kami masuk, mungkin agak keterlaluan. Mereka mungkin takut kepada kita dan perlukan apa saja untuk mengurangkan kelebihan pasukan negara," katanya sambil menjelaskan latihan rasmi hanya akan dijalankan hari ini.
Acara bowling bermula Sabtu ini yang akan mempertaruhkan dua pingat emas masing-masing menerusi acara perseorangan lelaki dan wanita.
Kontinjen wanita negara akan diwakili Esther Cheah, Shalin Zulkifli, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi,Sharon Koh, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Zatil Iman Abdul Ghani.
Dalam kategori lelaki pula ialah Alex Liew, Zulmazran Zulkifli, Daniel Lim, Adrian Ang, Aaron Kong dan Mohd Syafiq Ridhwan Abdul Malek.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sukan Sea XXIV: Hanya sasar tempat ketiga
Keruntuhan ekonomi pada 1997 jejas pembangunan sukan Indonesia
INDONESIA yang satu ketika gah mendominasi carta pungutan pingat Sukan Sea berharap dapat menghuni tangga ketiga keseluruhan dengan merangkul antara 65 dan 70 pingat emas pada temasya di Korat yang bermula secara rasmi, hari ini.
Ketua kontinjen Indonesia, Achmad Soetjipto berkata persatuan sukan di republik itu masih mengalami kesukaran bangkit kembali daripada krisis kewangan yang melanda rantau ini pada 1997.
揔risis ekonomi itu melanda banyak persatuan. Kami mengambil masa yang lama untuk pulih kembali kerana banyak program pembangunan terjejas, |
|
|
|
|
|
|
|
Sukan Sea XXIV: 'Green' beri kelebihan buat atlit Malaysia
KONTINJEN lawn bowl negara tampak akan memiliki kelebihan sama seperti dimiliki mereka di tanah air apabila lapangan di Queen Sirikit Sports Center, Pathum Thani memiliki 'green' yang sama seperti tempat latihan di Bukit Kiara.
Ia jelas memberi kelebihan kepada skuad pemain berpengalaman negara mengekalkan rentak balingan, seterusnya meneruskan pencapaian baik dalam sukan itu seperti dilakukan sepanjang tahun ini.
Setiausaha Agung Persekutuan Lawn Bowl Malaysia (PLBM), Ramble Oxley, berkata pihaknya sudah memeriksa lapangan yang baru menggunakan 'green' berkenaan dan mendapati ianya sesuai buat pemain negara.
Lapangan itu, katanya, sama seperti tempat latihan di Bukit Kiara dan ia mampu memberikan balingan sempurna buat pemain negara yang akan beraksi di situ buat kali pertama.
"Ia akan serba sedikit memberi kelebihan kepada pemain kita yang sudah biasa menggunakan lapangan seperti itu," katanya.
Sebelum ini, pengurus pasukan, Syed Zainal Abidin Syed Zin, risau masalah yang mungkin terpaksa dihadapi pemain negara ketika berdepan lapangan baru itu sehingga skuad itu tiba awal berbanding perancangan asal sebelum ini kerana kejohanan akan hanya bermula pada 9 Disember ini.
Bagaimanapun, katanya, lapangan baru yang akan mula digunakan pada Sukan Sea kali ini turut mendapat bantuan bahagian teknikal yang terdiri dari pakar-pakar PLBM sendiri yang sudah lama terbabit dalam sukan berkenaan.
PLBM mensasarkan semua emas dalam enam acara di pertandingkan kali ini berdasarkan tahap pemain negara yang nyata berada satu tahap di depan pemain-pemain lain di rantau ini.
Pencapaian terbaik skuad negara ialah pada Sukan Sea Kuala Lumpur 2001 apabila memungut lima emas dan satu perak manakala pencapaian 2005 di Manila adalah yang terburuk apabila mencipta tiga emas, dua perak dan satu gangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
Sukan Sea XXIV: Luncur layar pertaruh enam pingat emas
BERBANDING sukan pelayaran, sukan luncur angin mungkin agak kurang dikenali di peringkat Asia Tenggara lebih-lebih lagi pada Sukan Sea Korat edisi ke-24 pada kali ini.
Acara yang berlangsung di Jomtien Beach, Pattaya City itu mempertaruhkan enam pingat emas dengan tuan rumah, Thailand dikatakan mahu memburu lebih banyak pingat emas dalam acara berkenaan.
Pada Sukan Sea Manila 2005, acara berkenaan tidak ditawarkan manakala hanya dua acara dilangsungkan membabitkan sukan pelayaran tetapi kali ini, 18 emas ditawarkan dalam kedua-dua acara oleh pihak penganjur.
Tanpa sebarang sasaran utama, dua peluncur layar negara akan memulakan cabaran pada kali ini membabitkan gabungan tenaga muda dan lama untuk menyekat dominasi Thailand.
Malaysia akan diwakili Ian Low Yee Han dalam acara Radial Remaja yang juga acara Sukan Olimpik manakala Yap Leong Soon akan beraksi dalam acara Formula dengan kedua-duanya akan memulakan saingan esok.
Bagi pengurus negara, Malik Sulaiman, kedua-dua atlit negara tetap memiliki peluang walaupun tuan rumah tampak lebih gagah apatah lagi bersaing di tempat sendiri.
"Kita ada gabungan peluncur muda kali ini dengan Ian baru berusia 17 tahun manakala Yap sudah pastinya lebih berpengalaman pada usia 45 tahun.
"Acara ini sebenarnya agak kurang popular di rantau ini dan mungkin kerana mahu memungut pingat lebih banyak, tuan rumah menawarkan acara ini pada Sukan Sea kali ini," katanya.
Walaupun begitu, dua peluncur negara tetap mendapat pendedahan berguna untuk Sukan Sea kali ini terutama Ian yang sudah berada di sini hampir sebulan lalu kerana menyertai kejohanan luncur angin di sini.
Kejohanan berkenaan adalah pemanas badan sempena Sukan Sea dan menurut Malik, ia adalah saingan paling baik untuk memberi peluang buat atlit muda itu meningkatkan prestasinya.
"Bagi Yap pula, dia kini menghuni tangga ketiga ranking peluncur di Asia Tenggara dan sudah menimba lebih banyak pengalaman dengan menyertai pelbagai pertandingan tahun ini termasuk di New Zealand dan Australia," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sukan Sea XXIV: Tiga pemain veteran perkuat skuad negara
BIMBANG sekiranya pingat emas temasya Sukan Sea XXIV Korat terlepas daripada genggaman, Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) memanggil semula tiga pemain lama - S Kuhan, K Keevan Raj dan K Logan Raj bagi memperkuatkan skuad negara dalam acara hoki lelaki.
Tiga pemain yang kali terakhir beraksi pada temasya Sukan Asia Doha 2006 itu adalah antara 16 pemain dalam senarai terakhir pasukan kebangsaan yang turut dianggotai lima pemain skuad Trofi Juara-Juara yang sedang berlangsung.
Timbalan Presiden PHM Tunku Abdul Majid Idris Sultan Iskandar (gambar) berkata pihaknya yakin skuad yang dipilih mampu membawa pulang pingat emas yang kali terakhir dimenangi di Kuala Lumpur pada 2001.
"Kami tidak mahu mengambil risiko terlepas pingat emas Sukan Sea kerana tanpa tiga pemain ini, cabaran kita mungkin tidak begitu kuat.
"Lagipun pemain skuad remaja masih belum begitu bersedia untuk menggalas cabaran di peringkat tertinggi seperti Sukan Sea," kata Tunku Majid pada satu sidang akhbar di Bukit Jalil, semalam.
Lima pemain skuad Trofi Juara-Juara - penjaga gol Khairulnizam Ibrahim, pakar sudut penalti Baljit Singh, Nabil Fiqri Mohamad Nor, Muhammad Razie Abdul Rahim dan Hafifihafiz Hanafi - turut disenaraikan.
Skuad negara akan berlepas ke Korat hari ini dengan 11 pemain dan penolong jurulatih V Muraleedharan manakala lima pemain lagi bersama ketua jurulatih Sarjit Singh hanya akan ke Sukan Sea selepas berakhirnya Trofi Juara-Juara Ahad ini.
Malaysia akan membuka kempen Sukan Sea menentang Myanmar Sabtu ini diikuti Singapura (Ahad) dan tuan rumah Thailand (11 Disember) dengan perlawanan penentuan pingat emas pada 13 Disember. |
|
|
|
|
|
|
|
Pendayung Malaysia gagal menyerlah
PATTAYA |
|
|
|
|
|
|
|
takde dapat emas baru ker? |
|
|
|
|
|
|
|
mintak2 la ari nie msia dpt emas byk especially acara renang... |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia baru mng emas olahraga pertama, relay 4x400m lelaki!! |
|
|
|
|
|
|
|
apsal kat tv tak byk promosi yeh..bukan mcm sea games sebelum2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
relay emas wow......bangga... |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia rangkul emas 4 x 400m
KORAT 8 Dis. |
|
|
|
|
|
|
| |
|