CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23179|Reply: 117

SENATOR DIDERA SUAMI --

[Copy link]
Post time 20-12-2006 02:58 AM | Show all posts |Read mode
'Suami dera saya fizikal dan mental'
20-12-2006



  
KLANG:  Serik. Senator Datin Paduka Norhayati Onn Ismail mahu berpisah kerana mendakwa rumahtangganya dipenuhi penyeksaan mental dan fizikal.

Beliau juga berkata dirinya sudah tidak sefahaman dengan suaminya Mohd Sufian Abdul Aziz kerana tidak pernah memberinya nafkah sejak mereka mendirikan rumahtangga.

Norhayati, yang menjadi perhatian umum mutakhir ini kerana tersebar fotonya dengan seorang ahli Parlimen, memfailkan permohonan tuntutan fasakh di Mahkamah Syariah di sini hari ini.

Mengenai penderaan fizikal, Norhayati memberitahu hakim syarie Mohd Fouzi Mokhtar bahawa ia telah berlarutan sejak beberapa tahun lepas, apabila Sufian menggunakan bermacam-macam objek untuk memukulnya.  

"Apabila kami bertengkar, dia akan memukul saya dengan tangannya, atau menendang saya. Ada juga waktu-waktunya dia menggunakan kayu golf, kunci, kasut dan malah pisau," kata Norhayati.

Beliau menambah, dia pernah mendapatkan rawatan perubatan apabila mengalami pendarahan akibat serangan suaminya itu.

Norhayati mendakwa, dalam satu insiden pada 1992, Sufian memukulnya dengan kuat sehingga mukanya berdarah.

Seorang temannya membawa beliau ke sebuah pusat perubatan swasta untuk rawatan.

"Saya beritahu doktor yang saya terjatuh. Tetapi kawan saya kemudian memberitahu doktor bahawa saya sebenarnya dipukul," kata Norhayati.

Terdapat satu laporan perubatan, tambahnya, pada 1997 yang menunjukkan tangannya retak akibat pukulan Sufian.

"Pada waktu itu juga, saya beritahu doktor bahawa saya terjatuh," kata Norhayati.

Walaupun anggota keluarganya mengetahui penderaan yang dialaminya, beliau tidak pernah membuat laporan polis terhadap Sufian kerana mahu menjaga namanya dan memberinya peluang untuk berubah dan menjadi seorang yang baik.

Mengenai penderaan mental pula, Norhayati berkata Sufian banyak kali memanggilnya pelacur dan "betina sundal" jika suaminya itu melihat beliau bercakap dengan lelaki lain.

"Selain itu, dia sengaja menyuruh saya melakukan kerja rumah walaupun dia tahu saya waktu itu mahu menghadiri aturcara parti atau majlis politik.

"Saya sering terlambat hadir di banyak majlis dan terpaksa memberikan alasan yang meyakinkan. Ia terjadi terlalu kerap sehingga kerja-kerja saya terganggu, menyebabkan ramai orang di sekeliling saya merungut," kata Norhayati, sebagai Ketua Wanita Umno bahagian Klang.

Beliau berkata, pertengkaran sering terjadi antara mereka berdua sejak bernikah pada 1983.

"Tetapi pertengkaran menjadi lebih tegang dan kerap sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Saya banyak bersabar kerana memikirkan anak-anak saya dan bagi memberikannya peluang berubah sikap.

"Sekarang, anak-anak sudah besar dan mereka boleh berfikir sendiri. Kami berdua tidak serasi dalam banyak hal.

"Sekalipun mahkamah ini memutuskan saya kembali semula kepadanya, saya tidak akan berbuat demikian kerana saya sudah serik," beritahu Norhayati kepada mahkamah.

Beliau menambah Sufian tidak pernah membayar nafkah sejak mereka diijabkabulkan.

Walau Norhayati mengakui Sufian kadang-kadang membayar makanannya apabila mereka makan di luar, Norhayati berkata beliau tidak pernah diberikan jumlah yang khusus.

Malah, dakwa senator itu lagi, beliau membayar sewa rumah, makanan dan juga hutang lapuk Sufian, termasuk pinjaman dengan ceti haram.

"Dia pernah meminta wang daripada saya, walau untuk pergi bermain golf. Jumlahnya berbeza-beza, daripada ratusan kepada ribuan ringgit.

"Pernah sekali, walaupun selepas saya memberinya wang, saya melihatnya mengambil lagi dari beg duit saya," kata Norhayati kepada peguamnya Khardee Mohd Shaari.

Apabila diperiksa balas oleh peguam Sufian, Mohd Burok, Norhayati menafikan tidak membuat laporan pada 1992 kerana beliau juga bersalah.

Menjawab soalan lain, Norhayati berkata beliau tidak pernah memberitahu doktor siapa yang mencederakannya atau bagaimana kecederaan itu terjadi.

Beliau juga menegaskan bahawa Sufian memanggil nama-nama yang tidak baik padanya, walaupun di depan orang lain, dan dia berhasrat menghalang kegiatan politik beliau.

Norhayati mengakui bapanya Yang Dipetua Dewan Undangan Negeri Selangor, Tan Sri Onn Ismail pernah bertanya padanya untuk kembali kepada Sufian.

Beliau juga bersetuju dengan Mohd Burok bahawa Sufian pernah memohon untuk berbaik-baik semula.

"Tetapi saya tidak akan berbaik semula kerana saya sudah tidak tahan -- dengan apa yang dia lakukan pada saya," kata Norhayati, bila disoal oleh Mohd Burok jika beliau berniat melanggar hasrat bapanya sendiri dan suaminya.

Kes ini bersambung pada 9 Januari.

[ Last edited by  dexa at 20-12-2006 08:18 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2006 04:06 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 20-12-2006 02:58 AM
'Suami dera saya fizikal dan mental'
20-12-2006



  
KLANG:  Serik. S ...

awat dexa..............gemmpaqqqqqqqqqqqqqqq
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 07:58 AM | Show all posts
kes cepat inzal la ni!!!! 2 2 tolo.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2006 08:17 AM | Show all posts
kes abusive cam ni -- memang banyak pompuan diamkan
bukan orang di malaysia sahaja  malah di negara negara
barat juga -- cuz this is psychologically matters --

tengoklah  23 freakin' years punya marriage -
baru now  nak bersuara - i mean baru now really take an action -
saya rasa dulu tu masih mengharap suami tu 'berubah' -
come on -- kalau suami tu abusive --  tak kira lal u ni senator ka
anak raja ka  president ka --  dia tak kan berubah kalau dia
tak nak --- semua tu within himself --  u tak boleh 'change' a person
kalau the person himself  memang dah ada disease ni dan tidak
mahu berubat --
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 08:40 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 20-12-2006 02:58 AM
'Suami dera saya fizikal dan mental'
20-12-2006



  
KLANG:  Serik. S ...



kwang kwang kawang.. kita tgk sapa yg kena...............
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 09:18 AM | Show all posts
Senator ni bukan ke yg ada skandal ngan senator lain baru2 ni :hmm:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2006 09:30 AM | Show all posts
siapa laki dia huh???

si minah ni pun satu. nama jer senator.. tapi tak kuat nak ambil tindakan terhadap suami yg abusive camtu.. ishhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 09:38 AM | Show all posts
Originally posted by yipun78 at 20-12-2006 09:18 AM
Senator ni bukan ke yg ada skandal ngan senator lain baru2 ni :hmm:


Hahaha.... macam ada alasan je :nerd:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2006 09:43 AM | Show all posts
yg aku herannya napa 'org' ambik dia jd senator sdgkn ramai org2 tedekat dgnnya tahu yg dia ni ada problem...nk jd pemimpin sekurang2nya diri s'dri tepimpin dulu...takkan tak de org yg lebih layak masa dia dilantik tu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 09:44 AM | Show all posts
Originally posted by yipun78 at 20-12-2006 09:18 AM
Senator ni bukan ke yg ada skandal ngan senator lain baru2 ni :hmm:



yup,

yang pic yang didakwa tersebar tuh

so yipun?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 09:47 AM | Show all posts
?t=1164693727

Credit 4 Deadsoul

[ Last edited by  yipun78 at 20-12-2006 09:48 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 09:48 AM | Show all posts
[/img]

loyarr@IG

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 09:50 AM | Show all posts
Walauwey, skandal org tua bernafsu...... :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 09:51 AM | Show all posts
laaaaa

bukan ker

nak masuk 40 mmg semua jenis getah birah keluar dari badan?

haha
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 09:59 AM | Show all posts
Pelik kan, kalo suami abusive, dan dan gak bini dia leh nak mencari chenta ngan lelaki lain... bukan ke depa ni akan jadi takut nak berhubung ngan lelaki lain pe :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 10:00 AM | Show all posts
jawapan : alasan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2006 10:01 AM | Show all posts
Sorry lah, wa memang bukan jenis feminist yg nak perjuangkan hak wanita, for me some women can be real bitchy just like men ....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 10:04 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 20-12-2006 10:00 AM
jawapan : alasan


Tu le aku cakap. Alasan je. Kenapa sebelum ni tak mo buat laporan. Dan-dan sekarang ni pulak nak buat laporan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 10:04 AM | Show all posts
Originally posted by yipun78 at 20-12-2006 09:47 AM
?t=1164693727

Credit 4 Deadsoul


Yip, sape partner dia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 10:05 AM | Show all posts
shida,
aku dah upkan thread yang berkenaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.069713 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list