CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: thcheok

PERSATUAN PENTERJEMAH MALAYSIA (MALAYSIAN TRANSLATORS ASSOCIATION)

[Copy link]
Post time 21-12-2007 04:29 PM | Show all posts
Originally posted by thcheok at 18-12-2007 06:28 PM


Anda boleh memohon untuk menjadi ahli PPM jika anda telah memiliki diploma atau ijazah dalam bidang penterjemahan dari mana-mana institusi
penterjemahan (misalnya ITNM, DBP-PPM), atau mana- ...


Macam mana nak cari tandatangan penyokong ni...i tak kenal sapa pun ..can u help me
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-12-2007 01:23 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 20-12-2007 07:54 PM
I sekarang sedang dlm usaha menyiapkan terjemahan ke B Melayu utk satu buku 423 muka surat

Tajuk tak boleh kasi penuh... LIFELINES OF HISTORY dot dot dot

Kalo tak der sijil akhtisas... bol ...


Saudari mampu menterjemah sesuatu
teks ke dalam bahasa sasaran.
Kecekapan menterjemah (translating competence) ini sudah memadai untuk melayakkan saudari dipanggil sebagai seorang penterjemah (translator)
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2008 12:11 AM | Show all posts

Reply #22 thcheok's post

i selalu translate japanese-malay english..vice versa
for my company lah

ingat nk amek jugak course ni
what ur advise yek
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2008 05:11 PM | Show all posts
i ada ambik minor translation kat usm. perlukah i ambil exam lagi untuk join persatuan penterjemahan atau just apply jadi penterjemah bebas. your advice pls?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2008 07:44 AM | Show all posts
Thcheok,
bila next kursus terjemahan di ITNM? Slalu check website dorg, tapi tak updated
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2009 07:05 PM | Show all posts

Mesyuarat Agung Tahunan PPM Ke-27

Mesyuarat Agung Tahunan PPM Ke-27

Majlis Penyampaian Diploma Penterjemahan Profesional PPM-DBP 2007-2008 dan Mesyuarat Agung Tahunan PPM Ke-27 telah berlangsung pada 20 Disember 2008 (Sabtu) di Hotel Melia, Kuala Lumpur.

Seramai 78 lulusan diploma penterjemahan profesional PPM-DBP menerima sijil mereka dalam majlis ini yang dirasmikan oleh Y.Bhg Encik Abd. Halim Ismail, Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, mewakili Ketua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia.


[ Last edited by  thcheok at 16-2-2009 07:38 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-2-2009 07:08 PM | Show all posts

Persatuan Penterjemah Malaysia kini menjadi Ahli Pemerhati FIT

Persatuan Penterjemah Malaysia kini menjadi Ahli Pemerhati FIT

Persatuan Penterjemah Malaysia telah diterima keanggotaannya sebagai Ahli Pemerhati
di Mesyuarat Majlis prakongres FIT XVIII di Shanghai, China pada 2 Ogos 2008.


Berikutan ini, PPM kini tersenarai di laman web
FIT (
International Federation of Translators)
http://www.fit-ift.org/en/asia.php    FIT flash


http://www.fit-ift.org/en/flash-e.php

[ Last edited by  thcheok at 2-3-2009 08:18 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2009 07:10 PM | Show all posts

Persatuan Penterjemah Malaysia akan menaik taraf Jurnal Penterjemah

Persatuan Penterjemah Malaysia akan menaik taraf Jurnal Penterjemah


Gambar: Para peserta dari Persatuan Penterjemah Malaysia bergambar kenangan bersama penceramah- Encik Roosfa Hashim (duduk di tengah) di Bengkel Menaik Taraf Jurnal Penterjemah pada 14 Feb 2009.

Persatuan Penterjemah Malaysia akan menaik taraf Jurnal Penterjemah yang mula diterbitkan sejak 1987, berikutan sebuah bengkel menaik taraf jurnal penterjemah diadakan pada 14 Februari 2009 di Hotel Quality City Centre, Kuala Lumpur.  Terbitan 2009 akan memperlihatkan wajah baru apabila ia dilancarkan pada bulan Julai 2009.  
Seramai 14 ahli Persatuan Penterjemah Malaysia menyertai bengkel sehari ini yang dikelolakan oleh Encik Roosfa Hashim (UKM) selaku penceramah dan fasilitator bengkel.

Puan Norwati Mohd Yusof (UKM), Ketua Biro Penerbitan PPM menjadi Ketua Editor manakala ahli Sidang Editor termasuk Puan Hajah Zaiton Ab Rahman, Dr Fadilah Jasmani, Encik Muhammad Razin Ong Abdullah, Dr Hasuria Che Omar (USM), Tuan Syed Nurulakla Syed Abdullah (UPM) dan Dr Norizah Ardi (UiTM).

Sebuah lembaga  penasihat antarabangsa akan dilantik di bawah ketua lembaga penasihat Y.Bhg Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Presiden PPM.





[ Last edited by  thcheok at 3-3-2009 10:12 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-2-2009 07:35 PM | Show all posts

the 12th International Conference on Translation (PPA12)

Invite For Papers For Translation Conference
Bernama, Malaysia - 13 Feb 2009
Invite For Papers For Translation Conference
KUALA LUMPUR, Feb 13 (Bernama) -- For the 12th International Conference on Translation (PPA12), professional translators, reseachers and interested individuals worldwide are invited to submit papers based on the general theme - Sustainability of the Translation Field.

The PPA12, is co-organised by the Malaysian Translators Association (MTA), Malaysian National Institute of Translation (ITNM), Dewan Bahasa and Pustaka (DBP), and Universiti Sains Malaysia (USM) - selected as the main host.

Twelve topics will be discussed and are primarily on translation and media, interpreting and internalisation, machine translation, translation and localisation, sociolinguistics and calibration.

The Chief Executive Officer of ITNM, Mohd Khair Ngadiron told Bernama the reason behind the general theme was because translation had become a prime knowledge communication medium in this borderless world.

The PPA12, which is also under the patronage of Education and Higher Education ministries, will be held at the Parkroyal hotel, Penang from Aug 18 to 20.

The abstracts may be submitted via email to Professor Emeritus Abdullah Hassan (prof.abdullah@fb.upsi.edu.my or profabdullah@pts.com.my) with a copy sent to Dr. Hasuria Che Omar (hasuria@usm.my or pppa12@usm.my) by March 28.

The deadline for full submission is May 30.

-- BERNAMA


International Conference On Translation


CALL FOR PAPERS The Organizing Committee welcomes the participation of professional/amateur translators, scholars, researchers, teachers, and interested individuals worldwide. The Committee invites proposals for individual/joint papers to be presented at the 12th International Conference on Translation

[ Last edited by  thcheok at 2-3-2009 10:35 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 10:45 PM | Show all posts
betulke aku dgr tiada penyertaan dari sorg pun ahli persatuan penterjemah malaysia dalam laman2 popular seperti wikipedia, opensource project..
walaupun artikel wikipedia yang diterjemah hampir 50 ribu jenis artikel.
apa pndangan ahli penterjemah malaysia?...

http://ms.wikipedia.org/wiki/Laman_Utama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2009 12:01 PM | Show all posts
UiTM Shah Alam akan menjadi Tuan Rumah PPA Ke-13

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa
Ke-13 akan diadakan pada tahun 2011 dan UiTM Shah Alam akan menjadi Tuan Rumah. Tema yang akan dibincangkan adalah Terjemahan dan Globalisasi Ilmu. Tema ini akan dimurnikan lagi, dan pengumuman awal akan dibuat setelah sebuah Jawatankuasa Induk ditubuhkan.
Blog Prof. Emeritus Abdullah Hassan: PPA-13 akan diadakan di UiTM Shah Alam pada tahun 2011http://profabdullah1.wordpress.com/2009/08/21/ppa-13-akan-diadakan-di-uitm-shah-alam-pada-tahun-2011/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2009 12:03 PM | Show all posts
Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-12 berakhir
Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-12 yang dianjurkan oleh USM selaku Tuan Rumah dengan kerjasama Persatuan Penterjemah Malaysia, Institut Terjemahan Negara Malaysia,Dewan Bahasa dan Pustaka, dan ditaja oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah dilangsungkan dengan jayanya di Hotel Parkroyal, Batu Ferringhi,
Pulau Pinang. Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli bin Abdul Razak, Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia merasmikan Persidangan ini pada hari Selasa, 18 Ogos 2009. Majlis penutup pula disempurnakan oleh YB Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia pada hari Khamis, 20 Ogos 2009. Persidangan ini turut dihadiri oleh Puan Marion Boers, Presiden Persekutuan Penterjemah Dunia (FIT). Prof Madya Dr. Zaini, Timbalan Naib Canselor UiTM menghadiri majlis penutup bagi menerima tanggungjawab mengadakan persidangan penterjemahan antarabangsa ke-13.Lebih seratus kertas kerja dibentangkan dalam bahasa Melayu dan Inggeris oleh peserta dari dalam dan luar negara. Semua kertas kerja ini dikumpulkan dalam prosiding persidangan
(Jilid 1:Kelestarian Bidang Terjemahan, Jilid 2: The Sustainability of the Translation Field) setebal 1200 halaman, dengan setiap jilid 600 halaman, diterbitkan oleh Persatuan Penterjemah Malaysia.

Blog Prof. Emeritus Abdullah Hassan:
Prosiding Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-12
Facebook ITNM: Foto Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-12
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2009 12:06 PM | Show all posts
Presiden Persekutuan Penterjemah Dunia (FIT) di PPA Ke-12 Puan Marion Boers , Presiden Persekutuan Penterjemah Dunia (FIT) turut menyampaikan kertasnya bertajuk “Accreditation – A South African Experience” dalam sidang pleno PPA Ke-12. Beliau menceritakan pengalaman bagaimana Institut Penterjemah Afrika Selatan (SATI), sebuah persatuan penterjemah yang tertubuh sejak 1956, tersisih daripada arena penterjemahan antarabangsa semasa era Aparteid, memperkenalkan sistem akreditasi berdasarkan prestasi di kalangan ahli penterjemahnya yang melibatkan 11 bahasa rasmi setelah dasar Aparteid berakhir.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2009 12:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by thcheok at 2-9-2009 12:11

Pelancaran ‘Jurnal Penterjemah’ berwajah baru

‘Jurnal Penterjemah’ yang berwajah baru dan diterbitkan sempena ulang tahun PPM yang ke-30 telah dilancarkan oleh Prof. Ahmad Shukri Mustapa Kamal, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Malaysia di Majlis Makan Malam sempena Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-12
yang berlangsung pada jam 8.00 malam di Andaman Ballroom, Hotel Parkroyal, Batu Ferringghi, Pulau Pinang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2009 11:48 AM | Show all posts
PENTERJEMAH PERLU JADI KERJAYA PROFESIONAL
http://www.usm.my/my/berita-penuh.asp?id=7098&idform=7
PULAU PINANG, 20 OGOS: Kerjaya sebagai penterjemah wajar diberikan pentauliahan kerjaya profesional kerana tugas tersebut menuntut kepakaran dan kualiti kerja yang tinggi dalam memastikan penyuburan budaya ilmu di dalam masyarakat, , khususnya ketika menterjemah bahan-bahan ilmiah dan bersifat akademik.

Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia berkata pentauliahan profesional ini harus seiring dengan lain-lain kerjaya yang menerima pentauliahan tersebut seperti dalam bidang kejuruteraan, perubatan, seni bina dan sebagainya.
“Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dan Institut Terjemahan Negara Malaysia boleh menjadi dua badan yang bertanggungjawab di dalam memberikan akreditasi profesional kepada penterjemah-penterjemah di negara ini.
“Pada masa yang sama, kedua-dua badan tersebut juga perlu dibangunkan dengan lebih giat lagi agar ia setanding dengan badan-badan luar yang disegani dunia seperti American Translators Association dan Institute of Translation and Interpretation, United Kingdom. Ini penting kerana usaha membangunkan kerjaya penterjemah yang profesional menuntut supaya kita mempunyai badan pemantau yang kukuh dan berupaya memastikan apa yang dihasilkan diterima dan dipercayai oleh masyarakat dunia,” kata beliau ketika berucap di majlis penutup Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-12 di sini hari ini.
Tambah beliau lagi, institusi pengajian tinggi di negara ini harus turut memainkan peranan di dalam melahirkan lebih ramai penterjemah yang berkaliber selain memperluaskan skop serta peringkat program pengajian dalam bidang tersebut.
“Setakat ini, hanya USM yang menawarkan program pengajian khusus untuk bidang terjemahan hingga ke tahap Doktor Falsafah. Ini harus diberi pujian dan wajar diperluaskan ke institusi pengajian tinggi lain di negara ini.
“Tanpa peluang pengajian yang luas, pastinya negara kelak akan turut mengalami kesukaran di dalam membangunkan bidang terjemahan, apatah lagi untuk menggiatkan aktiviti-aktiviti menterjemah bahan-bahan ilmu dari pelbagai bahasa untuk manafaat kita di negara ini,” ujar beliau lagi.
Dalam majlis yang sama, Dato’ Saifuddin turut melancarkan sejumlah 29 tajuk buku terbitan USM, Institut Terjemahan Negara Malaysia dan PTS Publication and Distributors Sdn. Bhd. selain turut menyaksikan penyerahan logo Persidangan Penterjemahan Antarabangsa kepada Universiti Teknologi Mara yang bakal menjadi hos persidangan tersebut pada tahun 2011.
Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Profesor Emeritus Abdullah Hassan, Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia, Dato’ Dr. Wan Hashim Wan Teh, Pengerusi Institut Terjemahan Negara Malaysia, Dato’ Haji Termuzi Abdul Aziz, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Prof. Dato’ Abu Talib Ahmad, Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM mewakili Naib Canselor USM, serta Prof. Madya Dr. Zaini Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UiTM yang turut mewakil Naib Canselor UiTM.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2009 11:59 AM | Show all posts
Translation under the spotlight in Malaysia
The Malaysian Translators Association, a recent member of FIT, welcomed FIT president Marion Boers to their 12th international congress, with the theme "The Sustainability of the Translation Field". The programme highlighted many of the problems experienced in a country with a language of limited diffusion.
http://www.fit-ift.org/doc/en/news/malaysia.pdf
http://www.fit-ift.org/en/news.php
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-10-2009 11:27 AM | Show all posts
Syarahan Perdana dan Majlis Penyampaian Diploma 2009

http://www.ppm-mta.com/portal/

Persatuan Penterjemah Malaysia akan mengadakan Majlis Penyampaian Diploma kepada peserta yang berjaya dalam kursus penterjemahan dalam tahun 2009. Majlis itu akan diadakan pada pukul 11.00 pagi, hari Sabtu 7 November 2009 di Hotel Melia, Kuala Lumpur.

Diploma akan disampaikan oleh Puan Ainon Mohd. Pengerusi dan Pemilik Syarikat PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Puan Ainon Mohd. adalah bekas, Ketua Bahagian Terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka, sebelum meletakkan jawatan bagi menubuhkan Syarikat PTS dalam tahun 1981.

Semasa mengetuai Bahagian Terjemahan, beliau mengasaskan penubuhan Persatuan Penterjemah Malaysia. Dengan usaha beliau dan rakan-rakan di Dewan bahasa dan Pustaka, PPM sempurna ditubuhkan dan didaftarkan sebagai sebuah persatuan pada 4 Oktober 1979. Beliau sentiasa melibatkan diri dalam semua aktiviti PPM.

Melalui Persatuan Penterjemah Malaysia dan Bahagian Terjemahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, beliau berusaha pula menyediakan sebuah Kertas Kabinet bagi menubuhkan Biro Terjemahan Negara. Usaha ini adalah bertujuan mengaktifkan lagi usaha menterjemah ilmu ke dalam bahasa Melayu. Cadangan ini diluluskan oleh Kabinet, dan apabila ditubuhkan, nama Biro tersebut ditukar kepada Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Sekarang, Institut ini lebih terkenal dengan nama ITNM saja.
Sempena majlis ini juga, Puan Ainon Mohd. akan menyampaikan sebuah sayarahan dalam program Syarahan Perdana PPM. Syarahan beliau bertajuk Trend Terjemaan dalam Industri Perbukuan.

Selepas meninggalkan Dewan bahasa dan Pustaka, Puan Ainon Mohd. berusaha pula menubuhkan PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. Selepas sembilan tahun, PTS sudah berkembang menjadi sebuah syarikat penerbitan yang berjaya menerbitkan buku karya asli dan terjemahan.

Sebagai orang yang terlibat secara langsung dengan terjemahan dan industri perbukuan dalam negara Malaysia pada masa ini, beliau adalah orang yang mempunyai banyak maklumat untuk dikongsi bersama dengan ahli PPM dan para penterjemah.
Kepada ahli yang ingin menghadiri Syarahan ini sila hubungi Puan Suzana Saari di pejabat PPM. Telefon 03-21424381, atau melalui telefon bimbit beliau 0122811814.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2009 09:15 AM | Show all posts
Mesyuarat Agung Tahunan PPM Ke-28

Mesyuarat Agung Tahunan PPM Ke-28 akan diadakan pada 21 November 2009(Sabtu) di Hotel De Palma Ampang, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Mesyuarat dimulakan dengan makan tengah hari jam 12.00 tengah hari. Semua ahli PPM di jemput hadir.  Notis Mesyuarat dan Borang Pencalonan Ahli Majlis PPM bagi 2009/2011 sedang diuruskan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2010 01:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by thcheok at 24-5-2010 13:56

Pengalaman Menterjemah Kartun
Majlis Siri Diskusi Terjemahan & Jamuan Makan Tengah Hari

Tajuk Ceramah: Pengalaman Menterjemah Kartun
Penceramah: Prof. Madya Dr. Naimah Abdullah Pensyarah Bahasa Arab/ Timbalan Dekan Pelajar & Alumni UiTM, Shah Alam  
Tarikh:   27 Mei 2010 (Khamis)
Masa: 9:30 pagi hingga 12:30 tengah hari
Tempat: Dewan Bankuet, Tingkat 1, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Abstrak: Penterjemahan komik Budak Kampung oleh Datuk Lat ke dalam bahasa Arab merupakan satu perkembangan positif dalam usaha melebarkan pengaruh dan pasaran komik tersebut ke negara-negara Timur Tengah. Kerja menterjemah komik ini yang pernah diterjemahkan  ke dalam bahasa-bahasa lain, dilakukan secara berkumpulan oleh seramai 16 orang melibatkan hampir semua tenaga pensyarah bahasa Arab. Hasil gabungan dan kerjasama para penterjemah daripada pelbagai latar belakang dan kelulusan negara timur tengah dan tempatan, dapat menghasilkan kualiti terjemahan yang baik dan memuaskan. Kerja menterjemah yang mengambil masa kira-kira enam bulan, dibuat dalam beberapa bengkel bertujuan menyelaraskan hasil terjemahan yang dilakukan dengan diketuai oleh seorang penyelaras. Menterjemah komik yang sarat dengan istilah, ungkapan dan budaya masyarakat setempat ini, merupakan satu cabaran bagi penterjemah untuk mencari padanan istilah dan ungkapan yang sesuai memastikan penggunaan gaya bahasa yang mudah, santai dan tepat.   
Unit Bahasa Arab, Akademi Pengajian Bahasa Universiti Teknologi MARA (UiTM) diberi kepercayaan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) untuk menterjemah komik Budak Kampung ke dalam bahasa Arab dan komik terjemahan ini dilancarkan sempena Pesta Buku KL 2010 yang lalu.   

Bayaran Penyertaan:
Ahli Persatuan Penterjemah Malaysia- percuma, Bukan ahli-RM10.00   
Sila hubungi : Jawatankuasa Kecil  Forum, Ceramah dan Bengkel
Persatuan Penterjemah Malaysia
Dr Norizah Ardi  
Puan Sa’odah Abdullah 0122067076
Pn. Aliah Abdul Rahim
Pn. Nor Suzana Saari  0122811814  
Tel/Faks: 03-2142 4381
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 12:43 AM | Show all posts
Pernah daftar ahli penterjemah tahun 1986. Dah lama tak ingat dahh. Masa tu kat UUM.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.076162 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list