CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7620|Reply: 11

Peluang Bantu Keluarga Miskin / Fakir / Daif

[Copy link]
Post time 11-10-2006 04:16 PM | Show all posts |Read mode
via email (e-group)

Askm wbth.

Gabungan Anak-anak Asnaf Malaysia (ANAS) mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang tajaan Berbuka Puasa untuk anak-anak Yatim, miskin dan saudara baru.


Kini ANAS mempelawa kepada muslimin muslimat yang dermawan untuk membantu 12 keluarga di Sabak Bernam, Tanjung Karang dan Sepang yang miskin dan amat memerlukan sumbangan dari kita semua untuk persediaan AidilFitri.

Ada antaranya kisah seorang ibu di Sabak bernam yang kematian suami, beliau tiada pekerjaan tetap dan perlu menyara 8 orang anak-anaknya yang masih kecil dan bersekolah. Dengan pendapatan sekitar RM300-400 sebulan, beliau tetap tabah dan sabar meraikan anak-anaknya membuat persiapan Aidilfitri. Salah seorang anaknya kini tinggal di asrama Haluan Penyayang dan dibiayai pendidikan persekolahannya untuk meringankan tanggungan si ibu.

Kisah kedua, juga di Sabak Bernam, sepasang suami isteri yang serba kekurangan tinggal di rumah kotak yang kecil namun bagi mereka rumah yang ada ini ibarat istana yang indah. Si suami tidak boleh lagi bekerja kerana mengidap penyakit lemah paru-paru dan mudah lelah. Si ibu sekadar mengambil upah menjual ikan di tepi jalan. Akibat kesempitan kewangan, 2 orang anaknya diserahkan kepada saudara mara untuk dipelihara dan disekolahkan dgn sempurna.

Kisah ke tiga di Sepang, melihat telatah 8 orang adik beradik yang masih kecil namun sangat tipis berpeluang memiliki baju raya kelak. Tinggal dengan ibu di sebuah rumah pusaka yang usang....

Ini yang kami temui di saat kami mengadakan program menziarahi mereka. Mungkin ada di luar sana yang berada dalam suasana kesempitam, semoga Allah melindungi mereka dan menambahkan kesabaran di hati mereka.

Maha Suci Allah....sebak rasanya apabila Allah swt memberi peluang kepada Kami di ANAS bertemu dengan keluarga-keluarga tersebut, lantas memberi petunjuk kepada kami bahawa hidup tidak bererti jika sekadar mengumpulkan harta untuk diri sendiri dan mengeyangkan perut masing-masing sedangkan ada saudara seIslam  yang wajar kita bantu. Walaupun RM1.00 yang anda sumbangkan bukanlah menjadi hak kita untuk menilai besar mana pula ganjaran pahalanya, kerana kita membantu bukan untuk di nilai oleh manusia, tetapi kita memberi sumbangan untuk di nilai oleh Pemilik Harta dan wang kita....Allah swt.

Keterangan lanjut, hubungi Sekretariat ANAS - Sdr. Ghazali Maarof ( 019 333 8484)untuk menyalurkan sumbangan anda.

[ Last edited by  Syd at 19-10-2006 09:43 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2006 09:45 AM | Show all posts
Aidilfitri tidak lagi meriah bagi Noraini


BAGAN SERAI: "Saya tidak mempunyai wang untuk membeli susu anak-anak saya, apatah lagi membuat persiapan Aidilfitri," kata Noraini Ahmad, 36, suri rumah yang hidupnya berubah sejak suaminya disahkan menghidap kanser hati lapan bulan lalu.

Noraini sedar Aidilfitri kali ini berbeza daripada sebelumnya, melihatkan keadaan suaminya, Nek Ye Nek Akib, 45, terlantar di rumah selepas Hospital Alor Star membenarkannya pulang kerana kansernya ditahap kritikal dan tiada harapan lagi.

"Hari raya tahun ini berbeza daripada tahun lalu, tahun ini tidak ada apa, saya tidak berkemampuan untuk membuat persiapan, suami saya sakit, dua anak saya masih kecil," katanya ketika ditemui Berita Harian di sini, semalam.

Noraini yang kini menumpang di rumah adik iparnya di Lot 6, Estet Sungai Gedong di sini, sejak seminggu lalu, berkata sambutan Aidilfitri tahun ini sukar dibayangkan selepas melihatkan keadaan suaminya yang semakin tenat.

Beliau berkata, anak bongsunya, Diana Nurfitriah, 2, jatuh sakit selama seminggu kerana kerap diberikan teh dan makan apa yang ada kerana tidak mampu membeli susu.

Noraini yang berasal dari Taiping berkata, mereka sekeluarga termasuk dua anaknya, Diana dan Amjad Shafie, 4, tidak mempunyai rumah tetap dan kerap berpindah menetap di rumah saudara.

"Kami tidak mempunyai rumah sendiri, kami sebelum ini tinggal bersama ibu saudara di Teluk Kandih di Alor Star, Kedah tetapi adik ipar mengajak tinggal bersamanya baru-baru ini.

"Walaupun pihak hospital mengatakan tiada harapan, kami tidak putus asa dan cuba merawatnya cara kampung pula.

Keadaan Nek Ye berbeza setahun lalu, beliau bekerja sebagai seorang buruh mempunyai tubuh badan yang sihat serta tidak pernah sakit kecuali kira-kira lapan bulan lalu mula mengalami demam dan kekuningan pada badan.

"Apa yang saya bimbangkan ialah masa depan anak-anak saya, jika apa-apa berlaku kepada suami saya, siapa yang hendak menjaga mereka, saya tahu saya tidak boleh terus menumpang di rumah saudara lagi, mereka juga hidup susah," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2006 09:43 AM | Show all posts
Nasib 7 beradik daif dapat perhatian warga kita di Perancis

ALOR STAR 18 Okt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2006 10:29 AM | Show all posts
Lebih baik beri 憄ancing
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2006 10:17 AM | Show all posts
Kemiskinan: AIM bebaskan 157,000 keluarga

SUNGAI PETANI 31 Okt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2006 12:11 PM | Show all posts
Beri maklumat orang miskin


MELAKA: Orang ramai diminta menyalurkan maklumat mengenai golongan miskin di kawasan masing-masing bagi membantu kerajaan mencapai sasaran kemiskinan sifar.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri, Md Yunos Husin, berkata keselesaan dan kemiskinan satu keluarga tidak boleh dinilai secara luaran semata-mata.

"Melaka mencatatkan jumlah golongan miskin tegar terendah di negara ini dengan hanya 501 orang fakir miskin.

"Maklumat boleh disalurkan kepada saya dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) supaya dapat membantu mereka, sekaligus mengatasi masalah kemiskinan," katanya di sini baru-baru ini.

Md Yunos berkata, pendapatan purata keluarga miskin tegar ialah RM387 sebulan manakala golongan miskin pula adalah RM600 ke bawah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2006 05:32 PM | Show all posts
saya setuju dengan idea beri pancing tapi jangan lah beri aje, guide dan ikuti pergerakkan mereka kerana bila org tau mereka diberi pancing, takut disabotaj atau disalahgunakan nnt. mereka mesti diberi guide setiap waktu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2006 10:50 AM | Show all posts
Anak nelayan akui bantuan ibarat 憄ancing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2007 09:56 AM | Show all posts
Asrama anak miskin tegar dibina di Balik Pulau


GEORGETOWN: Projek pembinaan asrama bernilai RM5 juta khusus bagi menempatkan anak golongan miskin tegar yang pertama di negara ini akan dibina di Balik Pulau, tahun ini.

Naib Presiden Persekutuan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam (Peyatim), Datuk Seri Mohd Yussof Latiff, berkata projek perintis itu yang dijangka siap awal tahun depan mampu menempatkan kira-kira 200 penghuni dari negeri ini.

Beliau berkata, asrama itu bakal dilengkapi kemudahan pengajaran dan pembelajaran terkini bagi memudahkan penghuninya sama ada lelaki dan perempuan berumur lapan tahun hingga dewasa mendapat pendidikan sempurna.

Katanya, konsep asrama itu sama seperti asrama Peyatim di seluruh negara, cuma yang membezakan kemasukannya adalah secara percuma khusus untuk anak daripada keluarga miskin tegar.

"Tidak dapat dinafikan anak golongan ini mendapat bantuan kerajaan namun menerusi kemudahan seperti ini membolehkan mereka mendapat pendidikan yang lebih sempurna berbanding di rumah sendiri.

"Di asrama ini nanti, semua kemudahan disediakan tanpa sebarang bayaran dan membolehkan mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran dan menjadi rakyat yang berguna," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis sambutan Hari Anak-anak Yatim SeMalaysia 2007/1428 di Batu Feringghi di sini, kelmarin.

Majlis itu disempurnakan bekas Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Haidar Mohd Noor.

Seramai 80 anak yatim yang menghuni asrama Peyatim di sini menghadiri majlis tahunan itu yang dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik termasuk sukaneka.

Pada majlis itu, Haidar turut menyampaikan sumbangan derma RM4,000 kepada anak yatim yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Mohd Yussof berkata, bagi merealisasikan usaha pembinaan asrama itu, pihaknya sudah mengenal pasti tapak tanah wakaf seluas dua hektar di Balik Pulau.

Beliau berkata, buat masa ini, pihaknya masih berunding dengan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) bagi membangunkan tanah itu yang terbiar sejak 40 tahun lalu.

Peyatim yang ditubuhkan sejak 15 tahun lalu, kini mempunyai sebanyak 47 cawangan di seluruh negara yang menampung 4,000 orang anak yatim.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2007 08:56 AM | Show all posts
Lima anak yatim kembali semula ke sekolah
Oleh HAPIZAH AZIZ

MACHANG 7 Feb.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2007 10:47 AM | Show all posts
Klinik sukarela Maim bantu penduduk miskin
Oleh Amir Mamat


Ali Rustam puji usaha dilakukan Majlis Agama Islam Melaka tidak kenakan caj rawatan kesihatan

MELAKA: Kerajaan negeri memuji langkah Badan Sukarelawan Al-Taqwa, Majlis Agama Islam Melaka (Maim) yang berjaya menubuhkan sebuah klinik perubatan bagi memberikan rawatan percuma kepada orang ramai, di samping menyediakan kemudahan kebajikan lain membabitkan kesihatan dan kemasyarakatan.

Ia termasuk kempen derma darah yang bertujuan membantu menambah Tabung Darah Hospital Melaka, selain ceramah kesedaran kesihatan, kursus pertolongan cemas serta program berkhatan beramai-ramai, yang mampu mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan penduduk setempat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata klinik kesihatan yang terletak di Kompleks Al-Ehsan Maim di Kampung Tujuh, Tengkera di sini juga mampu dijadikan medan penyelamat khususnya di kalangan masyarakat kurang berkemampuan di negeri ini.

Katanya, ia selaras dengan objektif penubuhan Badan Sukarelawan Al-Taqwa iaitu membantu dan meringankan beban masyarakat yang tidak berkemampuan serta memberi khidmat terbaik kepada mereka yang memerlukan, selari dengan dasar kerajaan melalui Dasar Sosial Negara.

Beliau berkata, usaha itu secara tidak langsung mampu mengeratkan perpaduan kaum, agama dan budaya rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

"Justeru, saya mahu rakyat memberi sokongan penuh kepada badan sukarelawan ini supaya ia mampu bersaing dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain demi mencapai matlamat membantu golongan memerlukan.

"Sokongan padu yang diberikan bukan saja dari sudut sumbangan tenaga dan wang ringgit semata-mata, malah dari aspek psikologi seperti program kaunseling, motivasi dan program untuk santapan rohani," katanya.

Mohd Ali yang juga Pengerusi Maim berkata demikian ketika merasmikan Klinik Al-Ehsan Badan Sukarelawan Al-Taqwa Maim di Kompleks Al-Ehsan Maim di Kampung Tujuh, Tengkera di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Exco Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Perpaduan negeri, Datuk Ramlah Abas. Hadir sama, Timbalan Pengerusi Maim, Ab Wahab Ab Latip; Setiausaha Maim, Abd Halim Tawil serta Ketua Pasukan Perubatan Al-Ehsan, Dr Ehsan Osman.

Sementara itu, Mohd Ali berkata, sejak penubuhan badan sukarelawan berkenaan, pertambahan ahli dan perkembangan aktiviti amal yang dijalankan oleh badan terbabit amat memberangsangkan.

Katanya, ia bermula dengan keahlian seramai 60 orang di awal penubuhannya, kini jumlah berkenaan meningkat kepada 450 orang yang terdiri daripada individu daripada pelbagai cabang profesion seperti pensyarah institut pengajian tinggi (IPT), doktor perubatan, pesara kerajaan dan suri rumah.

Beliau berkata, kepelbagaian itu apabila digarap berupaya menjadikan badan terbabit sebuah badan yang mantap dari aspek memberi bantuan kebajikan kepada masyarakat yang memerlukan.

"Dalam menjalankan fungsinya sebagai sebuah badan sukarelawan yang efektif, empat biro ditubuhkan yang terdiri daripada Biro Kebajikan, Kaunseling, Pendidikan dan Kesihatan.

"Ia memenuhi keperluan golongan yang perlukan bantuan dan memastikan ia dapat bergerak secara fokus terhadap isu yang dibangkitkan melalui kemahiran dan kepakaran yang terdapat di biro berkenaan.

"Saya harap, ia akan dapat bergerak lebih aktif dan sempurna dalam memenuhi keperluan yang ada untuk meningkatkan lagi kemampuan ummah,' katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2007 10:45 AM | Show all posts
Kaji semula takrif miskin

TRAGEDI kebakaran yang meragut nyawa Allahyarham Kasmuri Jasman dan empat lagi ahli keluarganya di rumah sewa di Kampung Tengah Kluang, Johor sungguh menyayat hati dan dengan sekelip mata pula empat beradik menjadi yatim piatu.

Seperti kita sedia maklum, tragedi itu berlaku akibat kebakaran yang tercetus daripada api lilin yang dinyalakan menyambar sesuatu objek yang mudah terbakar tanpa disedari penghuni rumah pada masa itu.

Punca utamanya adalah kerana kemiskinan telah menyebabkan bekalan elektrik mereka dipotong ekoran tidak mampu membayar bil elektrik yang tertunggak.

Kemiskinan juga telah mendorong keluarga tersebut menggunakan lilin sebagai cahaya untuk menerangi kehidupan mereka pada waktu malam.

Dalam hal seperti ini, takrif kemiskinan sesebuah keluarga itu perlu dikaji semula kerana pendapatan sesebuah keluarga mestilah juga mengambil kira jumlah ahli keluarga terbabit.

Menanggung

Sebuah keluarga yang mempunyai ahli yang ramai terutama yang masih lagi belajar juga boleh ditakrifkan sebagai miskin kerana terpaksa menanggung kos perbelanjaan keluarga yang tinggi.

Disebabkan kos perbelanjaan yang tinggi bagi menampung keperluan ahli keluarga yang ramai, kebiasaannya sesebuah keluarga terlibat akan dibebani dengan hutang yang banyak.

Sehubungan itu, bantuan berterusan perlu diberikan kepada empat beradik yatim piatu itu seperti memberikan biasiswa dan dijaminkan pekerjaan setelah tamatnya pengajian mereka nanti selain bantuan lain serta dihadiahkan rumah untuk mereka sekeluarga.

Dalam perkara seperti ini, pihak Baitulmal dan jabatan zakat hendaklah juga membuat garis panduan dan membantu penduduk Islam yang ditakrifkan sebagai miskin tegar dengan pegawai zakat sendiri 憈urun padang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.226812 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list