CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Derma Organ

[Copy link]
 Author| Post time 6-10-2007 12:11 PM | Show all posts
Peranan NTRC jayakan pendermaan organ

KEJAYAAN dalam menggerakkan kesedaran tentang keperluan menderma organ serta mempertajamkan kefahaman mengenainya di kalangan rakyat di negara ini banyak disumbang oleh kewujudan Pusat Sumber Transplan Kebangsaan (NTRC).

Sejak penubuhannya pada 1 November 1997, bukan sedikit usaha, kempen dan program dibuat oleh pusat berkenaan demi memenuhi matlamatnya.

Laman web NTRC beralamat www.hkl.gov.my/content/ntrc.htm menyebut fungsi utama pusat ialah mengumpulkan serta menjalankan pendaftaran pengikrar (pledgers) atau bakal penderma organ dan tisu daripada masyarakat seluruh negara.

Ia turut berfungsi sebagai sebuah pusat maklumat berterusan kepada masyarakat dalam menyalurkan informasi dan pengetahuan berkenaan dengan pendermaan organ dan tisu serta transplantasi. NTRC juga berfungsi melaksanakan dan memastikan program kesedaran pendermaan organ dan tisu berjalan lancar di seluruh negara.

Selain itu ia melaksanakan proses pendaftaran para pengikrar atau bakal penderma organ dan tisu ke dalam sistem pangkalan data untuk tujuan rekod dan rujukan.

Ia seterusnya menyebut NTRC berfungsi menjalinkan hubungan serta bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta media massa dalam mempromosikan dan menyebarkan maklumat yang betul berkenaan dengan pendermaan organ dan tisu serta transplantasi.

NTRC juga memberikan penerangan menerusi kempen-kempen dan ceramah-ceramah kepada masyarakat berkenaan dengan isu pendermaan organ dan tisu serta transplantasi, tambah laman web berkenaan.

Lebih daripada itu, fungsinya ialah mengekal dan memastikan rekod-rekod bakal-bakal penderma dalam pangkalan data sentiasa dikemas kini.

Pada akhirnya, matlamat NTRC ialah untuk mencapai kejayaan dalam program transplantasi dan pendermaan organ di Malaysia dengan meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat dalam isu pendermaan organ.

Sementara itu, mungkin ada bertanya, apabila kita terlintas niat di hati untuk menjadi penderma, apakah langkah seterusnya?

Sudah tentu perkara pertama ialah membuat pendaftaran. Dengan mendaftarkan diri kepada Daftar Penderma Organ Nasional, anda akan membenarkan organ dan tisu digunakan bagi tujuan transplan, selepas meninggal dunia.

Ini akan mengubahkan kehidupan beberapa orang yang mengalami kegagalan organ supaya menjadi lebih selesa dan sempurna serta dapat menyelamatkan nyawa mereka daripada maut.

Dalam pada itu, kita sedar bahawa isu pendermaan organ dan tisu merupakan hal yang menimbulkan banyak persoalan.

Berikut adalah penjelasan kepada beberapa persoalan yang sentiasa ditimbulkan.

* Siapa layak menjadi penderma?

Sesiapa sahaja, tua atau muda boleh mendaftar sebagai penderma organ dan tisu. Bagaimanapun mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu.

* Apakah itu pendermaan organ?

Ia adalah proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk tujuan transplan selepas meninggal dunia. Pemindahan organ ialah pembedahan yang melibatkan penukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsi dengan organ atau tisu yang berfungsi dengan lebih memuaskan daripada seseorang penderma yang telah meninggal dunia.

Apakah organ dan tisu yang boleh didermakan?

Pada umumnya organ-organ yang boleh didermakan adalah buah pinggang, jantung, hati (hepar), paru-paru dan pankreas.

Tisu-tisu yang boleh didermakan pula mata, tulang, kulit dan injap jantung.

* Bilakah organ dan tisu si penderma itu diperoleh?

Proses perolehan organ dan tisu daripada tubuh seseorang penderma itu hanya akan dilakukan apabila kematiannya telah disahkan oleh dua orang doktor yang bertauliah. Doktor-doktor yang terlibat dengan pengesahan kematian seseorang penderma itu adalah bebas dan tiada kaitan dengan pemindahan organ dan tisu.

* Bagaimana organ pendermaan itu dipindahkan?

Proses pemindahan organ dan tisu membabitkan pembedahan yang benar-benar bersih. Ia dijalankan di dewan bedah hospital oleh pakar bedah yang berpengalaman. Perolehan organ serta tisu seseorang pendermaan ini tidak akan mengalami apa-apa kecacatan fizikal. Segala proses pembedahan pemindahan ini dijalankan penuh hormat dan tertib.

* Bagaimana jika seseorang itu berubah fikiran kemudiannya?

Boleh dan berhak membatalkan hasrat tersebut pada bila-bila masa. Tiada sesiapa dipaksa untuk menderma organ dan tisunya selepas kematian. Sekiranya anda menukar fikiran untuk tidak menderma organ dan tisu, anda hanya perlu memberitahu keluarga anda mengenainya dan memulangkan kad penderma organ anda kepada NTRC.

Bagaimana prosedur kepada yang berhajat menjadi penderma?

Anda perlu mengisi borang akuan penderma dan kad penderma. Borang yang telah dilengkapkan perlu dihantar kepada NTRC, sementara kad penderma hendaklah disimpan dalam dompet dan dibawa bersama anda pada setiap masa.

NTRC terletak di lobi bangunan Hopsital Kuala Lumpur (HKL) dan mempunyai tiga cawangan iaitu di Ipoh (Hospital Ipoh); Pulau Pinang (Hospital Pulau Pinang) dan Johor (Hospital Sultanah Aminah).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2007 12:12 PM | Show all posts
Kempen derma organ jangan bermusim
Oleh NORAINI ABDUL RAZAK (WARTAWAN UTUSAN)

PERIHAL menderma organ telah lama diperkatakan. Dalam konteks negara kita, fatwa yang mengharuskan pendermaan organ telah dikeluarkan sejak 30 tahun lalu.

Bersama fatwa tersebut turut ditetapkan satu garis panduan untuk rujukan umat Islam seperti yang dipersetujui oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Namun kesedaran orang ramai terutama yang beragama Islam untuk mendermakan organ selepas menghembus nafas terakhir masih di tahap yang amat rendah.

Jika agama dijadikan alasan keengganan untuk berbuat demikian, fatwa mengenainya amat jelas. Islam tidak pernah menghalang umatnya berbuat demikian malah ia amat digalakkan.

Jadi apa sebenarnya faktor yang menghalang orang Melayu semestinya beragama Islam daripada mendermakan organ mereka.

Kekangan paling penting semestinya akibat kurang pendedahan tentang pentingnya organ didermakan untuk menyelamatkan orang lain sementelah orang yang telah meninggal dunia tidak memerlukannya lagi.

Kempen menderma organ hanya rancak diperkatakan apabila ada insan malang merayu supaya diberikan organ untuk membolehkannya menyambung hidup dengan sempurna.

Apabila tiada kes seumpama itu ditonjolkan oleh pihak media, semua pihak membisu sehingga fatwa yang telah diputuskan sejak 30 tahun lalu dirasakan tidak pernah wujud.

Sebab itu masih timbul kekeliruan dan salah faham tentang amalan menderma organ, termasuk kononnya jenazah yang dikebumikan itu kelak akan dibangkitkan dalam keadaan tidak sempurna semata-mata kerana organnya telah didermakan.

Justeru, rentetan kisah Tee Hui Yee yang terpaksa merayu kepada orang ramai untuk mendapatkan jantung baru sewajarnya dijadikan titik tolak tentang perlunya kempen menderma organ dilakukan secara berterusan dan besar-besaran.

Jika Hui Yee menjadi pendorong kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) untuk mengajak 3.9 juta ahlinya supaya mendaftarkan diri sebagai penderma organ maka hasrat murni itu mesti diteruskan.

Malah MBM mesti sentiasa mengemas kini data ahli-ahlinya yang rela berbuat demikian dan menyalurkannya kepada pihak berkenaan supaya kelak ia dapat dimanfaatkan.

Merayu

Jangan hanya kerana Hui Yee telah berjaya mendapatkan jantung baru maka kempen yang belum pun bermula itu tergantung begitu sahaja dan ia hanya akan kedengaran jika ada satu lagi nyawa merayu diberi organ baru.

Paling penting ialah usaha berterusan Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC) menggerakkan kempen menderma organ. Pusat yang telah berusia 10 tahun itu seharusnya turun padang mendekati masyarakat pelbagai peringkat umur dan bangsa.

Apa salahnya jika pusat itu mengadakan pameran dan ceramah bergerak di sekolah-sekolah supaya penerangan lengkap mengenai pendermaan organ dapat dilakukan.

Bukankah di peringkat usia belasan tahun lebih mudah untuk diterapkan pemahaman mengenai amalan murni itu lantaran kumpulan pelajar itu masih bebas daripada dakyah-dakyah palsu kononnya ia tidak dibenarkan dari sudut budaya dan agama.

Oleh itu mulai detik ini NTRC mesti melebar-luaskan kempen mereka di segenap pelosok negara, tanpa mengenal batas usia dan bangsa.

Selain NTRC, kalangan pemimpin kerajaan, parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan juga mesti membantu menggerakkan kempen itu. Lebih penting lagi mereka mesti menunjukkan kesungguhan dengan mengikrarkan diri sebagai penderma organ. Jika ini berjaya dilakukan sudah pasti masyarakat di negara kita tidak teragak-agak untuk menyertai kempen tersebut sekali gus menyuntik semangat untuk mendermakan organ masing-masing.

Tidak lupa juga peranan pemimpin agama, mufti dan imam-imam. Alangkah manisnya jika kumpulan ini dilihat secara terang-terangan membantu menjayakan kempen tersebut. Lebih indah lagi jika ada kalangan mereka yang berikrar untuk mendermakan organnya, tentu ia memberi gambaran bahawa kumpulan itu bukan sekadar mengeluarkan fatwa malah melaksanakan fatwa yang dikeluarkan itu.

Langkah itu juga tentu akan menghilangkan segala kekeliruan dan kebimbangan yang membelenggu umat Islam tentang pendermaan organ. Dan semestinya juga ia akan merangsang umat Islam untuk turut berbuat demikian.

Jika semua lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat usia, agama dan bangsa mengambil bahagian dalam kempen derma organ, kita percaya kelak tidak akan kedengaran rayuan seperti Hui Yee lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2007 11:37 AM | Show all posts
ORGAN DONATION INFO

For more information on organ donations, contact the National  

Transplant Resource Centre at 03-2694-2704/2705, or the individual centres:  

> Ipoh Hospital (05-5222324/2533333 at ext 2324),  

> Penang Hospital at (04-2002436/2293333 at ext 435)  

> Sultanah Aminah Hospital in Johor Batu (07-2231666 at ext 2751).

The national toll-free number is 1-800-88-9080.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2007 09:11 AM | Show all posts
Derma organ: Keluarga tidak boleh halang

KUALA LUMPUR 8 Okt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2007 10:15 AM | Show all posts
Organ anak saya tidak sia-sia
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2007 04:07 PM | Show all posts
I guess sudah tiada alasan lagi utk org Islam menolak derma organ
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2007 07:11 PM | Show all posts

Reply #46 sherrina's post

hello sherrina dan forumer yang lain ...
haku mempunyai pendapat yang berbeza sedikit kut .. aku tak baca pun seme kat atas tu ... sbb panjang sangat ...

cuma bebaru ni ade kes derma organ .. yg mana penderma tu muslim dan penerima tu non muslim ... persoalan dia .. kalaulah yang penerima tu .. membuat maksiat, melakukan kemungkaran .. dan organ yg didermakan itu terlibat sama ... atau contribute dalam apa cara sekali pun .. sudah pasti dosa berkenaan jua mengheret mereka telah tiada yang juga penderma organ berkenaan ... kalau buat kebaikan gerenti dapat pahala.. tetapi kejahatan jua tidak terlepas daripada dosa..

yang kedua.... kalau tengok fitrah atau kejadian semula jadi ... organ badan yang bukan sebahagian daripadanya akan menolak organ baru (perkara yang biasa dipanggil sebagai tissue rejection). Kenapa agaknya Allah s.w.t. telah meletakkan perlindungan sedemikian??? kalau berjaya pun tissue atau organ transplant .. gerenti bergantung sepenuhnya dengan anti rejection medication ... setiap sesuatu itu adalah hak kepada sesuatu. Ini bermakna jantung haku takdenyer boleh menggantikan ..atau dengan relanya badan sherrina nak terima jantung tu bulat2.

Ketiga... adanya organ transplan .. lebih kepada improving quality of life .. atau prolong the lifespan ... in the end .. semua akan mati atau meninggal dunia.

Rasanya tidak salah berubat akan apa yang ada dengan badan kita tanpa menokok tambah. Sebab hak kita untuk memperbaiki apa yang kita ada. Tetapi bila organ transplan berlaku .. kita telah menokok tambah apa yang ada di dalam badan. Sekiranya Allah s.w.t. berkehendakkan kita hidup lama, tanpa organ transplant pun kita akan hidup lama. Tetapi kalau sudah kehendaknya, buat la macam mana pun .. kita akan pergi juga menghadap Nya.

Semoga Allah s.w.t. sentiasa memberi kita petunjuk di dalam perkara-perkara yang kabur seperti ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2007 02:43 PM | Show all posts
Make blood and organ donation fashionable and trendy
26-11-2007 03:08:12 PM
by MANSOR PUTEH  

I WENT to the National Blood Bank at Jalan Tun Razak three weeks ago, as I would every two weeks, to donate blood for the 254th time, and I had a thought on how the government should do in order to further encourage more Malaysians to donate or pledge their organs.

From what I can see, the only thing that they are doing now is to distribute catalogues and forms to the public. Out of the thousands that were distributed, only a handful were returned.

There is a negative effect on the psychology when a person signs the form. He will feel like he is giving away his organs and that he is walking around without them.

Worse, when it is stated that the organs are only taken from them in the advent of their death, this certainly does not make any potential donor feel at ease, like the ministry and agency concerned are 憄raying

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2008 01:30 AM | Show all posts

Reply #47 sibel's post

err tak de ke yg nak respond ... dah lama dah ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2008 04:30 PM | Show all posts
salam....
M|cKeY nak tanya...
mcm mn nak daftar utk derma organ???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2008 01:01 PM | Show all posts

Reply #50 Pr|nCeSS^M|cKeY's post

cuba refer #43
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2009 07:20 AM | Show all posts
Derma organ selamatkan nyawa

MENDERMA atau memberi sedekah sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat negara kita. Bagaimanapun, bila ditanya tentang menderma organ, ramai yang skeptikal lebih-lebih lagi di kalangan umat Islam.

Pelbagai persoalan bermain di fikiran terutama sama ada Islam benarkan atau tidak menderma organ?

Antara sebabnya, pemindahan organ adalah satu kaedah rawatan yang tidak disebut secara spesifik di dalam al-Quran mahupun sunnah Rasulullah SAW.

Bagaimanapun, pada tahun 1970, Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan pendermaan organ daripada penderma kadaverik (selepas mati) kepada penderma hidup.

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto ZAKARIA IDRIS menemu bual Pakar Rujuk Pusat Sumber Transplan Nasional yang juga Pengarah Eksekutif Yayasan Ilmuwan, Shaikh Mohd. Saifuddeen Shaikh Mohd. Salleh bagi mengupas isu ini.

MEGA: Apakah asas kepada pengharusan menderma organ oleh Islam?

SHAIKH MOHD. SAIFUDDEEN: Pada asasnya, memang tidak ada nas yang jelas tentang menderma organ di dalam al-Quran dan sunnah Nabi SAW. Bagaimanapun, hal ini diperhalusi oleh para ulama khususnya ahli fikah berdasarkan ijtihad dan juga qias.

Dalam Islam, kita dituntut untuk menjaga maqasid syariah (matlamat syariah) iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda. Apabila berlaku darurat atau sesuatu itu boleh mengancam nyawa, maka ketika itu kita diharuskan membuat pemindahan organ.

Prinsip-prinsip syariah yang digunakan untuk mengeluarkan fatwa mengenai kaedah pemindahan organ ini termasuklah keperluan mengatasi larangan, memilih jalan yang paling kurang mudarat dan mudarat perlu dirawat dengan berikhtiar.

Pada 23 Jun 1970, Majlis Fatwa Kebangsaan menggariskan empat syarat yang mesti diambil kira dalam menfatwakan hukum menderma organ sebagai harus:

* Pemindahan organ dibenarkan jika ia merupakan jalan terakhir untuk menyelamatkan nyawa seseorang yg mengalami kegagalan organ.

* Penderma organ mesti disahkan telah mati.

* Mendapat kebenaran dari keluarga penderma.

* Tidak melibatkan urusan jual beli. Dalam kata lain, organ tubuh bukan barang dagangan tetapi mesti dianggap sebagai derma.

Ulama kontemporari termasuk Dr. Yusuf Qaradawi sepakat menderma organ atau sel stem adalah harus dengan syarat-syarat berikut:

* Tidak ada unsur perdagangan.

* Terbukti ia boleh memanfaatkan atau meningkatkan kualiti hidup.

* Tidak mendatangkan mudarat kepada penderma.

* Dilakukan untuk kepentingan umum.

* Dilakukan dengan kebenaran penderma.

* Dilakukan dengan ikhlas tidak ada unsur paksaan.

Ada juga yang bimbang bolehkah kita derma organ kepada yang bukan Islam?

SHAIKH MOHD. SAIFUDDEEN: Ini tidak sepatutnya menjadi isu di Malaysia. Sebabnya, orang bukan Islam di sini dikategori sebagai kafir zimmi yang memberi taat setia kepada negara. Oleh sebab itu, kita wajib membantu mereka semasa mereka susah.

Bagaimanapun, menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi, tidak dibenarkan menderma organ kepada tentera bukan Muslim yang memerangi Muslim dan juga orang yang menganjurkan perang ke atas Islam.

Begitu juga tidak dibenarkan menderma kepada seorang yang Murtad kerana dia tiada apa melainkan seorang pengkhianat kepada agama dan orang-orangnya.

Namun, jika terdapat Muslim dan bukan Islam yang kedua-duanya memerlukan derma organ atau darah, Muslim tersebut mestilah diberi keutamaan.

Ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain... (at-Taubah: 71)

Ada juga yang bimbang pemindahan organ itu akan menyeksa mayat. Benarkah?

SHAIKH MOHD. SAIFUDDEEN: Dakwaan itu barangkali bersandarkan kepada kisah seorang penggali kubur yang tanpa sebab munasabah mematahkan tulang-tulang mayat. Lalu perbuatan itu ditegur oleh baginda SAW.

Telah bercerita kepada kami Syuja
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 03:06 AM | Show all posts
Adeh jumpa gak aku thread pasal derma organ ni
Aku mendaftar derma organ pada tahun 2001
Time tu family aku amukan syaitan lepas dapat tau
Tapi aku slow talk la kat dorang so sekarang dah boleh terima
Korang tau tak ada benefit ke apa ke untuk pemegang kad derma organ?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2009 09:50 AM | Show all posts
aku baru je bukak mulut nak jadik penderma..
sampai skrg family aku bising dan tak boleh terima..
tak tercapai jugak laa kot
impian aku nehh
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 11:04 AM | Show all posts
Syd,
ko pepelan cucuk jarum kat family ko
insya-Allah niat yang murni tu akan tercapai gak

p/s:thanks bagi kacang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2009 05:17 PM | Show all posts
masih tak jalan lagi, kekura.
hmm.. tapi my adik badik support.
try lagi laa nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2009 09:49 AM | Show all posts
Kikis stigma derma organ

Oleh SITI AINIZA KAMSARI

JIKA merujuk pada zaman Rasulullah SAW berlakukah apa yang dipanggil rawatan secara pemindahan organ? Dikatakan apa yang berlaku pada masa itu lebih berbentuk kepada peletakan semula (replantation) organ yang tercabut ke tempat asalnya.

Ini apabila Rasulullah pernah meletakkan semula organ mata seorang sahabat bernama Qatadah bin Nu'man ke tempat asalnya. Iaitu setelah tercabut ketika bertempur dalam Perang Badar dan berikutan itu mata Qatadah mampu berfungsi lebih baik daripada sebelumnya.

Begitu juga apabila baginda pernah meletakkan semula tangan seorang lagi sahabat, Miwaz bin Afra ke tempat asalnya setelah dipotong oleh musuh daripada bahagian bahu dan juga tangan Habab bin Yusuf yang terputus dalam peperangan Badar. Peristiwa-peristiwa ini tentu tidak syak lagi adalah sebahagian mukjizat Rasulullah.

Namun peristiwa-peristiwa ini dikira boleh menjadi satu asas perundangan hukum yang kuat apabila kita membicarakan rawatan pemindahan organ sebagai satu prosedur atau alternatif terakhir dan terbaik bagi menyelamatkan nyawa.

Wajarkah ia masih menjadi polemik mahupun ikhtilaf di kalangan umat Islam terutama di kalangan para ulama hanya kerana prosedur ini tidak pernah berlaku pada zaman-zaman lampau.

Ini apabila dikatakan peletakan semula organ seperti yang dilakukan oleh Rasulullah itu tidak dijadikan sandaran oleh para ulama yang mengharuskan pendermaan dan pemindahan organ.

Begitupun apabila dalam banyak perkembangan perundangan hukum yang akhirnya mengharuskan prosedur mendermakan organ ini boleh dilakukan oleh umat Islam, namun ia masih tidak memberi kesan yang banyak kepada 'kemampuan' umat Islam untuk melakukan pendermaan organ ini!

Sejak fatwa mengharuskan pendermaan ini dibuat 30 tahun lalu, data Pusat Sumber Transplan Nasional (PSTN) menunjukkan 15 peratus daripada 134,569 pengikrar derma adalah Melayu. Ia angka yang jauh ketinggalan dibanding kaum Cina (59 peratus) dan India (24 peratus).

Malah di kalangan penderma itu sendiri, kalangan Melayu Islam hanya 15 orang (enam peratus) yang melakukan pendermaan organ iaitu sejak PSTN ditubuhkan pada tahun 1997.

Sedangkan kalangan kaum India seramai 68 orang (26 peratus) telah mendermakan pelbagai organ mereka dan kaum Cina adalah lebih terkehadapan apabila 146 (56 peratus) orang melakukan amalan yang mulia ini.

Data ini merupakan antara yang didedahkan oleh Pengarah Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Azmi Shapie semasa berucap pada Perasmian Seminar Pendidikan Fatwa Peringkat Kebangsaan 2009 'Pendermaan Organ Dari Perspektif Islam' di Masjid Wilayah Jalan Duta, baru-baru ini.

Seminar yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Perdana (JPM), Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim turut dihadiri oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Datuk Abdul Shukor dan ramai tokoh-tokoh agama.

Ini termasuklah mantan Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut, Tan Sri Kadir Talib, Dr. Uthman el Muhammady dan seramai hampir 300 para peserta yang mewakili pelbagai agensi kerajaan, swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Namun elok kita menoleh kembali kisah yang amat menyentuh perasaan. Penderma organ misteri seorang pelajar tahfiz dari Perak yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu.

Tahukah anda betapa besarnya jasa yang ditinggalkan oleh Allahyarham? Walaupun organ jantung yang didermakannya gagal membantu pesakit jantung kronik, remaja Cina, Tee Hui Yee namun dua buah pinggang yang arwah dermakan berjaya memberi 'kehidupan' kepada dua pesakit buah pinggang yang sangat-sangat memerlukan organ tersebut bagi menyelamatkan nyawa mereka.

Organ paru-paru Allahyarham pula memberi kehidupan yang sihat dan normal kepada pemuda dari Sarawak. Bayangkan betapa besarnya jasa yang ditinggalkan oleh remaja itu.

Demikian juga kepada pihak keluarga yang membenarkan agar jasad yang Allah pinjamkan kepada anak mereka itu dapat dimanfaatkan sehinggakan memberikan nyawa dan kehidupan kepada orang lain.

Satu amaran bahaya

Masih sukarkah lagi umat Islam meneladani apa yang ditinggalkan oleh remaja itu? Apabila di saat ini untuk kes kegagalan buah pinggang sahaja, hampir setiap tahun negara menerima seramai 5,000 pesakit baru.

Satu angka yang begitu memberikan satu amaran bahaya dengan jumlah mereka yang melalui rawatan dialisis sahaja kini adalah seramai 10,000 pesakit.

Daripada jumlah itu, 75 peratus boleh menerima pemindahan organ dan sehingga kini seramai 6,000 pesakit sedang menunggu untuk menerima pemindahan organ.

"Bagaimana pula dengan masalah pesakit-pesakit yang memerlukan pemindahan organ dan tisu lain seperti injap jantung, jantung, hati, pankreas dan kornea," tanya Dr. Azmi.

Sementara itu, Ahli Dilantik Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof. Madya Datin Dr. Paizah Ismail menjelaskan keharusan menderma organ termasuk kornea mata di kalangan umat Islam telah berkuatkuasa sejak tahun 1970. Ia hasil keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

"Malah kita tidak ada masalah juga jika membabitkan pendermaan organ dari individu yang mati otak, yang dihukum oleh Islam sebagai mati.

"Asalkan pemindahan penderma atau pihak keluarga reda, keadaan darurat bagi menyelamatkan nyawa orang lain dan tidak dijadikan sebagai bahan dagangan atau jual beli," jelasnya yang juga Pensyarah Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sehubungan itu, kata Paizah, umat Islam hari ini tidak sepatutnya mempersoalkan aspek hukum mengenai soal pendermaan organ, tisu dan tulang ini.

"Persoalan sama ada pemindahan atau pendermaan organ itu harus atau sebaliknya tidak begitu berbangkit lagi sekarang.

"Apa yang menjadi isunya sekarang penerimaan secara meluas yang memungkinkan berlakunya amalan yang selaras dengan hukum yang difatwakan itu," katanya.

Menjawab pertanyaan mengenai pendermaan organ membabitkan haiwan dalam keadaan darurat, Paizah berkata, tidak ada istilah darurat bagi membolehkan manusia menerima organ daripada haiwan.

Kenyataan itu disokong oleh seorang peserta yang juga seorang doktor, bahawa dari aspek etika, teknik xenograft (pemindahan organ dari haiwan) adalah tidak dibenarkan.

Ada juga peserta yang musykil mengenai soal dosa pahala yang kononnya akan ditanggung oleh penerima organ daripada penderma yang melakukan banyak dosa dan kesalahan semasa hayatnya.

Namun kita mungkin boleh mengambil kira cadangan mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kadir Talib yang menyarankan agar anggota-anggota pasukan keselamatan terutamanya polis dan tentera 'diwajibkan' mengikrarkan organ badan mereka untuk tujuan derma.

"Ini kerana tugas-tugas mereka yang berhadapan dengan risiko bahaya termasuk nyawa," katanya.

Namun, tidak dinafikan soal dosa pahala penderma yang kononnya akan ditanggung oleh penerima menyebabkan umat Islam dan penerima ragu-ragu untuk menjayakan proses pemindahan organ termasuk derma darah, turut membelenggu mereka terutama di luar bandar.

Perkara ini didedahkan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Abdul Jabar Ahmad.

"Ini berdasarkan kajian di sebuah kampung, didapati hanya 23.3 peratus yang percaya bahawa penerima organ tidak akan menanggung dosa si penderma tetapi apabila persepsi mereka itu diperjelaskan, peratus itu meningkat kepada 68.3 peratus," katanya.

Kajian juga mendapati hanya 48.32 peratus umat Islam yang mengetahui bahawa hukum pemindahan organ itu adalah harus. Bagaimanapun, apabila diberi penjelasan mengenainya, peratusan itu naik sehingga 100 peratus. Begitu juga bahawa menderma kepada yang bukan Islam naik dari 33.3 peratus sehingga 85 peratus apabila diberikan penjelasan mengenainya.

Kata Abdul Jabar, ini menunjukkan persepsi negatif terhadap pendermaan organ di kalangan umat Islam boleh diubah dan diperbetulkan.

"Malah usaha ini tidak boleh bermusim malah perlu dilipat gandakan sepanjang masa lebih-lebih lagi bagi umat Islam mendermakan organ ini merupakan satu amalan yang paling mulia kerana tidak timbul soal jenazah akan terseksa atau menjadi masalah di akhirat kelak.

"Segala perundangan hukum adalah jelas dan tidak ada apa yang boleh kita ragukan lagi mengenainya," katanya.

Antara individu yang komited memberi kesedaran menderma organ di kalangan masyarakat ialah Datin Dr. Fadhilah Zowyah Lela Yasmin Mansor.

Penglibatannya bukan sahaja kerana tugas beliau sebagai Ketua Penyelaras Pusat Sumber Transplan Nasional Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam prosedur pemindahan organ-organ di negara ini, katanya, beliau tidak menemui sebarang alasan dan keadaan di mana umat Islam tidak boleh mendermakan organ mereka.

Menurutnya, seseorang itu hanya terhalang untuk mendermakan organ-organnya apabila didapati mengidap penyakit berjangkit seperti HiV, Hepatitis B dan C.

"Ini termasuk juga mengamalkan cara hidup yang berisiko, mengidap penyakit kanser (kecuali barah otak), mengidap penyakit-penyakit kronik yang lain termasuk jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya tetapi jika terkawal, pesakit diabetes dan darah tinggi masih boleh menderma," katanya.

Institut Jantung Negara (IJN) contohnya terkenal dengan kepakaran mereka melakukan prosedur pemindahan organ jantung dan paru-paru.

Apabila mendapat sahaja organ dari penderma, mereka mampu menjalankan pembedahan dengan jayanya walaupun suasananya begitu tertekan dan cemas.

Namun malangnya, kata Dr. Lela Yasmin sehingga kini seramai 37 pesakit jantung kronik meninggal dunia kerana tidak sampai hajat mereka menerima organ jantung yang baru.

Sedangkan kata beliau, negara ini mempunyai kadar kematian terutama akibat kemalangan jalan raya yang agak tinggi iaitu 6,000 - 7,000 kematian setahun.

"Kebanyakan mangsa terdiri dari golongan muda yang mana organ mereka masih lagi dalam keadaan baik dan sempurna.

"Sekurang-kurangnya jika hanya 10 peratus daripada kes-kes mangsa kemalangan ini, keluarga membenarkan pendermaan organ, pesakit yang memerlukan tentunya tidak payah menunggu begitu lama untuk mendapatkan transplan organ bagi menyelamatkan nyawa mereka," tambah beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 03:22 AM | Show all posts
56# Syd
Syd,
camne dah slow talk dengan family ko?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2009 09:54 AM | Show all posts
58# kekure

masih tak lepas...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 02:12 PM | Show all posts
Takpe la Syd..
Kekure doakan agar niat Syd tu berjaya
Insya-Allah tercapai cuma lambat ngan cepat jeh nak dapat approval family

Tumpang kempen kat sini jap eh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.273135 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list