CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Derma Organ

[Copy link]
 Author| Post time 6-11-2006 10:01 AM | Show all posts
Manusia mati meninggalkan organ

ISU menderma organ sama sahaja seperti isu menderma darah pada 20 tahun yang lalu. Pada masa itu, ramai orang yang enggan menderma darah dengan memberi pelbagai alasan dan menyelubungi diri dengan rasa takut.

Malah, tidak kurang juga ramai yang mementingkan diri kerana tidak tahan sakit dan tidak berani melihat darah menjadi dalih untuk tidak menderma darah. Walau bagaimanapun, persepsi itu bertukar apabila banyak media massa memikul tanggungjawab bagi menyebarkan isu menderma darah, banyak pertubuhan bukan kerajaan mengambil langkah menjayakan kempen-kempen menderma darah, pihak tabung darah yang memberi bantuan termasuk hari cuti dan hari minggu serta pelbagai pihak yang menerajui kempen-kempen kesedaran tentang pendermaan darah.

Penghijrahan minda ini banyak juga berlaku apabila mereka yang enggan menderma darah mula memerlukan darah. Ramai yang membuka minda untuk menderma darah apabila diri sendiri memerlukan darah atau terdapat saudara- mara yang perlu diselamatkan nyawa. Sungguhpun begitu, kadar pendermaan darah kian meningkat dan ada sesetengah tabung darah menerima berpuluh-puluh penderma setiap hari. Di mana-mana sahaja kita kedengaran ada kempen menderma darah.

Namun, berlainan pula dengan pendermaan organ. Ramai yang masih ragu-ragu untuk mengikrarkan diri sebagai penderma selepas meninggal nanti. Apabila isu kematian dibangkitkan, ramai juga yang tidak senang hati. Masih ramai yang terperuk dalam persepsi sendiri yang salah mengenai isu agama yang tidak membenarkan pendermaan organ selepas meninggal dunia. Malah, ramai yang belum pernah mendengar tentang pemindahan organ dan tidak sedar yang organ boleh diderma selepas meninggal.

Oleh sebab itulah, tidak hairan penulis begitu gembira apabila Utusan Malaysia, memaparkan tentang isu ini. Bahkan paparan itu diterbitkan di muka hadapan dengan tajuk besar untuk dua hari berturut-turut.

Baru-baru ini juga, Anita Sarawak turut mendukung isu ini apabila isu ini dibincangkan melalui rancangan Bersama Anita yang disiarkan di Astro Ria. Banyak kempen menderma darah sekarang turut menyediakan kemudahan untuk mereka yang ingin menjadi pengikrar pendermaan organ. Seminar-seminar agama mengenai isu ini hebat dibincangkan pada awal kempen kesedaran menderma organ, malah ada yang disiarkan melalui RTM.

Penulis percaya, dengan adanya teknologi moden dan Internet sekarang, perkara ini tidak perlu mengambil masa berdekad-dekad untuk diterima oleh rakyat. Di negara Sepanyol, lebih daripada separuh populasinya adalah pengikrar penderma organ.

Penulis banyak mengikuti perkembangan isu ini sejak mengikrar menjadi penderma organ semasa umur 13. Pelbagai langkah telah diambil untuk menangani masalah yang dihadapi oleh penderma atau pengikrar. Satu kad penderma organ seragam untuk rakyat Malaysia telah dikeluarkan pada tahun 1995 dan satu badan khas, Pusat Sumber Transplan Nasional telah ditubuhkan.

Sebelum itu, penderma mengikrar untuk menderma buah pinggang melalui Yayasan Buah Pinggang Nasional (NKF), mata melalui Persatuan Orang-Orang Buta Malaysia (MAB) dan hepar melalui Yayasan Hepar Malaysia. Kerajaan juga pernah berbelanja banyak untuk mengiklankan pendermaan organ.

Banyak lagi langkah-langkah yang perlu dijalankan untuk meneruskan usaha murni ini. Internet harus digunakan untuk memperluaskan kempen-kempen kesedaran dalam isu ini. Borang pendermaan organ harus didapati dengan mudah melalui Internet. Penulis sendiri menyediakan ruang di laman web peribadi untuk tujuan ini. (Silalah layari http://fredjef.com/orgs/form.html)

Statistik menunjukkan lebih daripada 30 peratus pengikrar pendermaan organ adalah dalam lingkungan umur 20-an dan 30-an. Langkah-langkah perlu diambil untuk menarik lebih ramai pengikrar yang lebih tua. Tidak dinafikan memang masih banyak halangan persepsi golongan tua tentang budaya, kepercayaan dan adat masing-masing.

Agama juga memainkan peranan penting dalam isu ini. Sebagai contoh, semasa Hari Wesak sahaja lebih daripada 600 borang pengikrar pendermaan organ diterima. Jika langkah ini berjaya menarik minat penganut agama itu, penulis dengan rendah diri mencadangkan isu ini dijadikan topik semasa sembahyang Jumaat dan borang pendermaan organ disediakan di masjid. Langkah yang sama boleh dilakukan di kuil dan tokong.

Walau apa langkah yang dilakukan, semuanya tidak akan berkesan jika manusia sendiri tidak membuka minda untuk menerima isu ini. Justeru, penulis menyeru agar orang ramai dapat berganding tangan dalam membantu saudara sejagat kita menerima cahaya baru apabila 揺njin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2006 10:17 AM | Show all posts
Derma organ: Antara mitos dan realiti
Oleh Mohd. Shauki bin Abd. Majid

SYARIAT Islam merupakan syariat terakhir yang membawa petunjuk Ilahi bagi seluruh umat manusia. Di antara keistimewaannya, ia bersifat umum, abadi dan meliputi segala lapangan kehidupan.

Di dalamnya, di samping diletakkan dasar-dasar dan hukum-hukum yang mampu memenuhi keperluan umat manusia di sepanjang zaman, juga diberikan pula beberapa faktor kelapangan dan keluasan serta hak untuk berijtihad, terutama bagi para ulamanya, dalam masalah-masalah yang tidak ditetapkan oleh dalil qath抜 (pasti)

Dengan ijtihad ini, syariat Islam akan mampu menghadapi persoalan-persoalan baru yang semakin kompleks yang belum diputuskan seperti pemindahan organ badan dari orang yang mati kepada yang masih hidup. Justeru sesuai dengan perkembangan zaman, banyak masalah yang memang menuntut kehadiran ijtihad khusus dalam mencari pemecahan hukum yang sesuai dengan nilai-nilai ajaran Islam.

Hal ini perlu dilakukan demi memelihara kehidupan manusia. Prinsip ijtihad, selama tetap dipraktikan akan merupakan elemen yang dinamis dalam hukum Islam. Ijtihad memang perlu dilakukan sekalipun syarat dan tentangan yang berkembang semakin berat dan kompleks.

Menderma organ telah lama dijelaskan oleh ulama kita untuk menghilangkan keraguan yang timbul dalam masyarakat. Walau bagaimanapun ia hanya pandangan ijtihadiah semata-mata. Dan setiap pandangan ijtihadiah itu pastilah memerlukan perbincangan daripada ulama hari ini. Ini terutamanya mengenai masalah-masalah yang baru timbul yang belum didapati dari pandangan ulama yang terdahulu.

Umumnya kita mengetahui bahawa seseorang itu didalam sesuatu masalah ijtihadiah (khilafiah) tidak boleh mengakui pendapatnya sahaja yang betul dan tepat. Justeru Imam Syafii pernah menegaskan terhadap pandangannya dalam masalah khilafiah ini dengan mengatakan bahawa 損andanganku betul dan tepat tetapi berkemungkinan silap, sedangkan pendapat orang lain adalah salah tetapi berkemungkinan adalah betul
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2006 03:28 PM | Show all posts
Budaya derma organ mesti disuburkan


JIKA dulu hanya darah yang boleh didermakan. Kini dengan kemajuan berterusan bidang perubatan, senarai organ dan tisu yang boleh didermakan turut bertambah. Perkembangan ini sedikit sebanyak memberi harapan kepada pesakit.

Selagi tiada kaedah baru bagi merawat masalah kerosakan fungsi organ, selagi itulah pesakit yang menderita penyakit berkenaan terpaksa bergantung pada teknologi pemindahan organ.

Sungguhpun begitu teknologi ini nampaknya tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana bilangan organ yang didermakan terlalu kecil seakan-akan tidak signifikan berbanding bilangan pesakit yang menunggu dan sekali gus meletakkan harapan yang ada itu rupa-rupanya masih jauh daripada kenyataan.

Pendedahan mengenai ribuan pesakit yang memerlukan pemindahan organ terutama buah pinggang, sedikit sebanyak menaikkan melankolia dan menyentuh perasaan ramai. Penting diketahui bahawa mereka berpeluang meneruskan kehidupan yang sihat sekiranya mendapat organ gantian yang sesuai menerusi pendermaan organ.

Tetapi, perlu juga diakui bahawa derma organ tidak sama seperti menyerahkan sebahagian harta bagi tujuan kebajikan dan sebagainya.

Oleh itu apa juga perkara yang menghalang dan menakutkan kebanyakan bakal penderma perlu ditangani secara psikologi supaya mereka berasa bebas, berani dan tidak rasa kerugian.

Walaupun ramai menyayangi badan sendiri, ia bakal menjadi sisa-sisa tanah apabila meninggal dunia. Sekiranya dipindahkan kepada pesakit yang memerlukan, ia menjadi sumbangan yang tidak terhingga nilainya terhadap pemulihan status kesihatan golongan yang memerlukannya.

Derma organ adalah peluang keemasan bagi kita untuk membantu golongan pesakit tanpa mengira status dan kedudukan. Jangan jadikan penantian mereka seakan-akan menunggu buah tidak gugur. Budaya fikir perlu berubah supaya tindakan menderma organ menjadi kelaziman di negara ini. Kita perlu berfikir untuk orang lain juga, selain diri sendiri!

KAK B
08400 Merbok, Kedah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2006 11:16 AM | Show all posts
Berwasiat dengan anggota badan
SOALAN: Adakah harus kita berwasiat untuk berderma dengan anggota badan sesudah meninggal nanti dan bolehkah orang Islam menerima anggota badan daripada orang bukan Islam?

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 01:17 PM | Show all posts
thanks Syd for all the articles. I guess sudah tidak ada alasan lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2006 09:35 AM | Show all posts
Pindah organ penderma jalani ujian teliti
Oleh ZUNAIDAH ZAINON

PENDERMAAN organ masih lagi mencetuskan kebimbangan masyarakat kerana wujudnya pelbagai tanggapan berhubung tindakan tersebut terutama berkaitan isu agama dan kesihatan.

Selain isu agama, misalnya, ada yang menganggap, tahap kesihatan mereka akan terjejas sekiranya salah satu buah pinggang telah didermakan kepada orang lain.

Ketua Unit Nefrologi dan Dialisis, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Datin Dr. Norella Kong menjelaskan, sebelum pemindahan organ dilakukan, penderma yang masih hidup perlu menjalani ujian-ujian yang ditetapkan bagi memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan baik. Ujian sebanyak tiga kali akan dilakukan berkenaan dengan fungsi buah pinggang.

Sekiranya penderma mengalami masalah seperti tekanan darah abnormal, kandungan glukosa dalam darah yang tinggi atau fungsi buah pinggang terjejas walaupun sedikit, mereka tidak akan diterima sebagai penderma organ.

揝elain ujian ke atas penderma, kami akan berikan kaunseling kepada penderma supaya mereka bersungguh-sungguh untuk menderma dan bukannya paksaan sesiapa.

Contohnya, Dr. Sabrizan bertuah kerana kakak kandungnya secara sukarela mendermakan buah pinggangnya,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-11-2006 09:36 AM | Show all posts
Organ menyambung nyawa Dr. Sabrizan dan Mazlan
Oleh ZUNAIDAH ZAINON



DR. NABIHAH Shamsuddin banyak membantu suami, Dr. Sabrizan Osman dalam menjaga kesihatannya termasuk makan minum dan sokongan moral.
--------------------------------------------------------------------------------

PERNAHKAH terlintas di fikiran kita walau sesaat atau seminit untuk berkongsi derita dengan orang lain yang berada di persimpangan antara hidup dan mati? Atau pernahkah kita menyoal diri sendiri tentang kesanggupan kita mendermakan organ akan memberikan kehidupan baru kepada kepada pesakit yang benar-benar memerlukan organ baru?

Ikuti pengalaman mereka yang memperoleh kehidupan baru setelah ada insan mulia yang sanggup mendermakan organ demi melihat orang lain hidup bahagia.

Pengalaman 1

Ruang hidupnya tiba-tiba gelap. Masa depan yang disangkanya menjanjikan kehidupan bahagia di sisi keluarga tercinta seolah-olah kabur. Yang kelihatan, hanyalah jalan-jalan samar menuju ke puncak kejayaan. Kehidupan bahagia yang ditempuh Dr. Sabrizan Osman tergugat apabila beliau menunjukkan tanda-tanda mengalami kerosakan buah pinggang yang serius.

Ketika itu, beliau berada di tahun dua Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sukar menerima hakikat dirinya sakit pada usia muda menyebabkan Dr. Sabrizan berperang dengan perasaannya sendiri. Bagi mendapatkan rawatan lanjut, beliau kemudiannya dirujuk ke Klinik Nefrologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

揝aya dinasihatkan berjumpa dengan Timbalan Dekan Fakulti Perubatan untuk memaklumkan tentang penyakit yang saya alami. Beliau kemudiannya bertanya kepada saya, sama ada mampu atau tidak meneruskan pengajian kerana sebagai bakal doktor saya perlu berada pada tahap kesihatan yang baik.

揘amun, saya tetap yakin boleh meneruskan pengajian dan menjalankan tugas sebagai doktor dengan sempurna,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2006 09:41 AM | Show all posts
Fatwa derma organ

Sejarah awal mengharuskan pendermaan organ dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Perlis pada 6 November 1965 iaitu menerusi pendermaan kornea. Majlis Fatwa Kebangsaan sejak 23 Jun 1970 menetapkan garis panduan tertentu yang mengharuskan pendermaan dilakukan iaitu:

- Pemindahan organ boleh dilakukan selepas tiada pilihan atau jalan akhir untuk menyelamatkan seseorang yang organnya tidak berfungsi.

- Penderma atau pengikrar organ sudah disahkan meninggal dunia.

- Kebenaran diperoleh daripada ahli keluarga si mati.

- Tidak ada unsur perdagangan atau jual beli bagi organ itu.

Fatwa derma organ

Kategori: Sosial/Syariah

Tajuk: Hukum Pemindahan Organ Dan Mati Otak

Isu: Pemindahan organ atau derma organ dan hukum mereka yang telah mati otaknya menurut doktor perubatan.

Keputusan Lujnah Fatwa:

1. Pemindahan atau pendermaan organ adalah haram dalam keadaan bukan darurat, manakala hukumnya harus dalam keadaan darurat.

2. Orang yang mati otak adalah dihukumkan mati.

Bagaimanapun sebelum dibenarkan untuk melakukan pemindahan atau pendermaan atau melakukan ke atas orang yang mati otak, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi untuk memelihara kesucian Islam:

i) Pemindahan organ ada dua keadaan iaitu:

a) Keadaan penderma masih hidup

- Menjalankan kajian perubatan dengan cara terperinci dan profesional tentang kebaikan dan keburukan pemindahan ini, kejayaan dan kegagalan pemindahan.

- Dengan reda penderma, tanpa paksaan.

- Sudah dipastikan pemindahan itu berjaya pada kebiasaannya.

- Keadaan darurat yang mendesak bagi menyelamatkan nyawa orang yang didermakan kepadanya, terutama yang ada hubungan nasab dan keluarga.

- Organ yang dipindahkan bukan dijadikan dagangan dan jual beli, dagangan dan jual beli hanya akan mengundang perbuatan khianat yang memberi mudarat kepada penerima, memberi keuntungan kepada orang tengah dan juga kesempatan kepada doktor-doktor yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan.

- Kebenaran bertulis daripada penderma dan penderma dibolehkan menarik balik pada bila-bila masa.

- Organ yang diperlukan lebih dari satu.

b) Keadaan penderma yang telah mati

- Menjalankan pemeriksaan perubatan dengan cara terperinci dan profesional tentang kebaikan dan keburukan pemindahan ini, kejayaan dan kegagalan pemindahan, ia memerlukan pemeriksaan rapi.

- Dengan reda penderma, melalui wasiat ataupun waris-waris dan perakuan daripada kerajaan.

- Sudah dipastikan pemindahan itu berjaya pada kebiasaannya atau dalam erti kata lain, pemindahan itu dijamin berjaya.

- Dilakukan pemindahan itu dengan penuh disiplin ilmu, iman dan takwa, penghormatan yang sewajarnya kepada si mati mengikut hukum syarak serta tiada unsur-unsur penghinaan.

- Keadaan darurat yang mendesak bagi menyelamatkan nyawa orang yang didermakan kepadanya, terutama yang ada hubungan nasab dan keluarga.

- Organ yang dipindahkan bukan dijadikan dagangan dan jualbeli, dagangan dan jualbeli hanya akan mengundang perbuatan jenayah yang memberi mudarat kepada penerima, memberi keuntungan kepada orang tengah dan juga kesempatan kepada doktor-doktor yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan.

ii) Mati otak

- Menjalankan pemeriksaan perubatan dengan cara professional tentang berlakunya mati otak.

- Digalakkan mendapat persetujuan dari keluarga terdekat dari suami, anak, ibu, bapa.

- Perakuan tentang berlakunya mati otak hendaklah dilakukan oleh sekurang-kurangnya tiga doktor profesional (doktor Islam diutamakan)

- Sekiranya dengan kecanggihan rawatan perubatan (sains dan teknologi) boleh mengubat, maka suasana ini gugur.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2006 09:37 AM | Show all posts
99,000 rakyat ikrar derma organ

KUALA LUMPUR 28 Nov.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2006 09:42 AM | Show all posts
ada tgk iklan kat tv semalam tak?

yang pasal penderma organ?

kak nita salah sorang yang dah mdaftar tuk mderma organ.

tahniah!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2006 11:29 PM | Show all posts
dah discuss tadi ngan satu ahli famili
kira dia mmg orang dptanggungjawabkan di rumah
dia mcm terkedu
masa ckp niat tuh
then rayu kat dia soh ptimbangkan

hmm...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2006 12:35 PM | Show all posts
Syd,
kak nita, anita sarawak ke? yg dipertanggungjawabkan di rumah tu apa? kurang paham lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2006 09:45 PM | Show all posts
a ah
aku nampak kak nita sarawak kat tv
dia salah sorang pderman organ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2007 03:28 PM | Show all posts

nyelit skit berita dari negara jiran kita...

Fatwa benar Muslim Singapura derma organ

SINGAPURA 27 Julai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2007 10:46 AM | Show all posts

secebis kisah....

KATA SAYA: Keluarga patut sokong wasiat derma organ
Oleh Norhayati Md Said


KETIKA ditemui Khamis lalu, seorang ibu muda yang berusia 30 tahun berkata: 揔alau nyawa tidak panjang, saya berpesan pada suami, ambillah organ saya yang masih elok, dermakan kepada mereka yang memerlukan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2007 09:12 AM | Show all posts
Muslim boleh derma organ untuk bukan Islam
Oleh SITI AINIZA KAMSARI

KUALA LUMPUR 1 Okt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-10-2007 09:51 AM | Show all posts
Masalah kefahaman derma organ kalangan Melayu

Rencana Pengarang

JANTUNG amat mustahak bagi manusia dan haiwan. Apabila degupan jantung terhenti bermakna kehidupan sudah sampai ke penghujung.

Sehubungan itu tidak ada siapa pun di dunia mahu perkara ini berlaku, lebih-lebih lagi dalam usia yang muda. Kita tidak boleh bayangkan perasaan antara hidup dan mati yang bersarang di dada Tee Hui Yee sejak setahun lalu.

Penantian selama setahun untuk mendapatkan jantung baru belum kesampaian. Semua rakyat negara ini sudah maklum dengan kisah penderitaan penerima jantung mekanikal ini.

Bukan mudah untuk mendapat seseorang yang mengambil tindakan berani dengan mendermakan organ jantungnya kepada gadis ini.

Apatah lagi Malaysia serta banyak negara lain tidak membenarkan pendermaan organ orang yang masih hidup, sebaliknya lebih tertumpu kepada penderma yang hampir meninggal dunia.

Sebenarnya bukan Hui Yee seorang yang menunggu ajal tetapi kira-kira 9,000 orang pesakit buah pinggang masih mengharapkan organ baru daripada penderma yang sesuai.

Kita turut sedih dan bersimpati kepada mereka yang bernasib malang ini dan berkemungkinan menutup mata lebih awal daripada sepatutnya.

Masyarakat berbilang kaum dan agama negara ini sekali lagi dituntut untuk berkorban demi memastikan insan yang layak untuk terus hidup tidak dibiarkan menderita.

Pada hakikatnya, pendermaan organ tidak ditegah oleh agama, jadi soal tidak sanggup menderma atau enggan mewasiatkan organ yang diperlukan oleh mereka yang masih punya sisa-sisa hidup tidak sepatutnya timbul.

Soal penderma yang mahu penerima organnya hanya insan seagama dengannya adalah hak masing-masing tetapi sikap demikian juga menutup peluang orang bukan seagama untuk terus hidup.

Masalah utama penderma dan penerima organ di negara kita ialah kekeliruan mengenai status agama dan kaum penderma dan penerima. Golongan ulama mesti tampil menjelaskan kekeliruan ini.

Umat Islam juga perlu diberi kesedaran betapa besarnya pahala jika mereka menderma organ demi memberi kehidupan kepada insan lain yang memerlukannya.

Hukum agama Islam pun ada menyebut, apabila seseorang meninggal dunia, roh akan pergi meninggalkan jasad. Tiada lagi perasaan takut atau disakiti.

Daripada jasad itu ditanam dan menjadi busuk serta tidak berguna lagi, lebih besar pahalanya jika organ tertentu seperti kornea mata, buah pinggang dan jantung didermakan kepada ribuan pesakit yang sedang menunggu.

Jika berdasarkan kepada 99,000 rakyat negara ini yang mendaftar sebagai penderma organ sehingga September 2006, kaum Cina merupakan golongan paling tinggi iaitu sebanyak 62,233 orang, diikuti India (23,172), Melayu (10,620) dan lain-lain (2,975). Kita renungkanlah apa yang patut dilakukan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2007 04:07 PM | Show all posts
Pemimpin, ulama wajar jadi contoh penderma organ

SAYA merujuk kepada paparan muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 2 Oktober 2007 yang bertajuk Mencari jantung untuk Hui Yee. Saya tertarik untuk meluahkan buah fikiran saya mengenai fenomena pendermaan organ selepas kematian di Malaysia pada masa kini.

Sebagai salah seorang penderma organ, saya merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk kita bangkit dari tidur dan bertindak menjadi salah seorang penderma organ.

Pendermaan organ selepas kematian di Malaysia masih boleh dikategorikan pada tahap yang rendah. Lebih 50 peratus daripada rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk menjadi penderma organ. Kenapa dan mengapa hal ini boleh berlaku? Tepuk dada, tanya diri sendiri. Sudahkah anda mendaftar sebagai penderma organ?

Pada pendapat saya, perkara ini boleh diselesaikan jika disokong oleh pemimpin kita sendiri. Saya merasakan para pemimpin kita perlu dengan sukarela menjadi salah seorang penderma organ.

Mereka merupakan golongan berpelajaran dan sudah pasti mereka tahu bahawa pendermaan organ selepas kematian itu suatu usaha yang murni. Namun, kenapa mereka masih belum mendaftar?

Jika mereka mendaftar, saya pasti dan yakin bahawa akan ramai lagi yang ingin menjadi penderma organ di Malaysia ini.

Selain itu, kenapa tidak boleh untuk kita merangka suatu undang-undang bagi menyatakan bahawa organ seperti buah pinggang merupakan hak milik kerajaan seperti yang dilakukan di Singapura.

Menyeksakan

Hal ini membolehkan sebahagian besar pesakit buah pinggang meletakkan titik noktah bagi rawatan dialisis yang begitu menyeksakan serta membebankan.

Tambahan pula, sebahagian besar kos rawatan dialisis ditanggung oleh kerajaan. Hal ini sangat merugikan dari satu sudut namun dapat diatasi jika kesemua rakyat Malaysia menjadi penderma organ. Betul bukan?

Saya juga merasakan bahawa sudah tiba masanya kerajaan Malaysia menetapkan bahawa semua rakyat Malaysia yang lahir ke dunia adalah penderma organ. Jika ada yang tidak bersetuju, mereka boleh mengisi borang untuk menolak bagi menjadi penderma organ setelah mereka meningkat dewasa.

Hal ini bukan suatu paksaan tetapi sebagai salah satu usaha bagi menggalakkan ramai lagi rakyat Malaysia untuk menderma organ. Usaha ini telah dilaksanakan di negara jiran kita iaitu Singapura.

Seperkara lagi yang ingin saya tambah adalah mengenai taburan penderma organ selepas kematian di Malaysia.

Jika kita perhatikan kaum bukan bumiputera merupakan golongan majoriti bagi penderma organ di Malaysia. Di manakah bumiputera yang merupakan kaum majoriti terbesar dan terbanyak di Malaysia?

Realitinya, kaum bukan bumiputera yang sering kita lihat begitu bersemangat menyertai apabila terdapatnya kerja-kerja sukarelawan seperti program menderma darah, kempen pendermaan organ dan sebagainya.

Jika kita lihat dari sudut agama Islam pula, kita amat digalakkan untuk menderma organ kita selepas kematian. Baca dan kajilah ayat ke-272 Surah Al-Baqarah khususnya serta al-Quran secara keseluruhannya.

Oleh itu, saya seru juga kepada ulama, mufti dan ahli agama agar dapat menjadi salah seorang daripada penderma organ selepas kematian agar timbul keinginan untuk menderma organ di kalangan lebih ramai umat Islam.

Ingat, jangan fikirkan apa yang kita boleh terima daripada orang, tetapi fikirkanlah apa yang kita boleh berikan kepada orang.

Akhir kata, pendermaan organ selepas kematian di Malaysia; siapa lagi kalau bukan kita?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2007 11:58 AM | Show all posts
Diharuskan: Derma organ tidak bercanggah dengan ajaran Islam

PUTRAJAYA 5 Okt. - Umat Islam tidak harus ragu-ragu untuk menderma organ bagi membantu golongan yang malang kerana ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan adalah diharuskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin.

Beliau berkata, sejak lebih 30 tahun lalu, Majlis Fatwa Kebangsaan telah menetapkan garis panduan yang mengharuskan pendermaan organ dilakukan dengan mengambil kira empat pertimbangan:

* Dalam keadaan mendesak bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada pemindahan anggota itu dan pemindahannya difikirkan berjaya;

* Dalam keadaan pemindahan jantung, penderma telah disahkan meninggal dunia;

* Tidak ada unsur perdagangan atau jual beli bagi organ itu;

* Kebenaran diperoleh daripada penderma sebelum pemindahan sebarang organ dalam kematian biasa, atau daripada anggota keluarga, jika kematian secara mendadak seperti kemalangan.

揔ita telah memfatwakan pemindahan jantung dan organ lain termasuk mata dalam muzakarah jawatankuasa fatwa pada 1 dan 2 Oktober 1970 dan telah dibincangkan lagi pada tahun 1973,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2007 12:08 PM | Show all posts
Akta pertama derma organ



JENNIFER Sutton melihat jantungnya di Wellcome Collection抯 Heart Exhibition, London. Beliau yang menjalani pemindahan jantung pada 4 Jun 2007 lalu di Papworth Hospital Cambridge menyerahkan jantung lamanya kepada Wellcome Collection untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya menderma organ.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.081312 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list