CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 32204|Reply: 72

Derma Organ

[Copy link]
Post time 11-10-2006 01:32 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 22-12-2009 13:15

Derma organ selamat nyawa
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

APA reaksi atau perasaan anda apabila diminta menjadi penderma organ kardaverik iaitu memberikan organ tertentu apabila meninggal dunia kelak? Adakah anda bersedia, ragu atau tidak mahu?

Pilihannya terletak di tangan sendiri. Bagi kita yang tidak pernah berhadapan dengan masalah memerlukan organ pengganti untuk meneruskan hidup, kita mungkin kurang faham perasaan pesakit dan ahli keluarga mereka mahupun terhadap kepentingan pendermaan organ.

Mengikut ulama terkenal, Dr Yusuf al-Qardhawi, Allah akan memberikan ganjaran besar kepada orang yang mendermakan kerana dianggap sebagai sedekah jariah untuk memberi peluang dan membantu menyelamatkan nyawa orang lain.

Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri memutuskan mendermakan organ sama ada membabitkan orang mati atau masih hidup kepada pesakit yang memerlukan hukumnya harus.

Pada Jun 1970, Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan empat garis panduan yang mengharuskan pendermaan organ iaitu:


Pemindahan organ itu boleh dilakukan selepas tiada pilihan lain atau jalan akhir untuk menyelamatkan seseorang yang organnya tidak berfungsi.


Penderma atau pengikrar organ sudah disahkan meninggal dunia.


Kebenaran diperoleh daripada ahli keluarga si mati.


Tidak ada unsur perdagangan atau jual beli bagi organ itu.

Hampir semua organ boleh didermakan seperti buah pinggang, hati, jantung, mata, paru-paru dan pankreas. Manakala tisu yang boleh diderma pula ialah mata, tulang, kulit dan injap jantung.

Namun antara organ yang paling diperlukan ialah buah pinggang dan sehingga kini ada 6,000 pesakit yang saban hari menanti dengan penuh harapan untuk mendapat buah pinggang baru.

Masalahnya ialah kita kekurangan penderma dan tidak ramai antara kita yang sanggup mendermakan organ walaupun proses pendermaan itu hanya dilakukan selepas kita menutup mata.

Malah Malaysia mencatat jumlah terendah berbanding negara lain. Bagi nisbah setiap juta penduduk, Malaysia mempunyai kurang daripada satu penderma berbanding lapan di Singapura, 12 di Britain dan 35 di Sepanyol.

Saban tahun jumlah orang yang mendaftar menjadi penderma semakin kurang. Catatan Daftar Transplan Kebangsaan penurunan daripada 9,000 orang pada 2004 kepada kurang daripada 6,000 permohonan tahun lalu.

Jika dilihat pada angka memang agak banyak tetapi jumlah penderma sebenar adalah amat sedikit. Penderma buah pinggang misalnya menurun daripada 25 hingga 30 orang sepanjang 2001 hingga 2003 kepada 16 orang pada 2004 dan 13 orang tahun lalu.

Menurut Perunding Nefrologi, Datuk Dr Zaki Morad, masalah ini bukan disebabkan kekurangan kesedaran tetapi ramai terutama di kalangan Orang Melayu yang tidak bersedia menjadi penderma.

Halangan keluarga menjadi antara faktor utama proses pendermaan organ terpaksa dibatalkan. Sesetengahnya menggunakan alasan agama untuk menghalang organ ahli keluarga mereka diambil.

揝ebenarnya semua agama sama ada Islam, Buddha, Hindu atau Kristian membenarkan pendermaan organ. Malah Majlis Fatwa Kebangsaan juga sudah mengeluarkan fatwa yang mengharuskan perkara ini. Jadi tiada masalah untuk orang Islam menderma atau menerima organ.

揂da yang beranggapan proses ini akan menyeksa mayat. Anggapan ini tidak benar kerana pembedahan akan dilakukan dengan berhati-hati sama seperti ke atas orang hidup. Jika pembedahan tidak sempurna, organ akan rosak dan tidak boleh digunakan,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2006 12:57 AM | Show all posts
sherrina nak derma tapi mak tak kasi....susah lah kalau tak terdedah kepada banyak ilmu ni. sedangkan derma darah pun dia marah.....walhal yg banyak amik darah org Islam. bila pergi menderma tu biasanya sherrina sorg je lah melayu, yg lain cina dan india....kenapalah terlalu sempit pikiran org kita?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2006 08:59 AM | Show all posts
mcm tu jugak lah aku
aku rasa waris2 aku sure tak kasik
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 08:59 AM | Show all posts

salam

Ambil darah sikit kat jari pun I menjerit2...he he he he... dasar lemah semangat..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 12:25 AM | Show all posts
hmm...tu yg sherrina slalu kata kat mak sherrina "darah ibu ni kalau derma, bleh isi 2 bag tau...bukan 1 bag mcm org biasa"....hahaha...yalah my mom bersaiz besar tp penakut ya amat

saya suka derma darah sebab lepas tu rasa fresh. lagipun suka nak kasi cantik buku derma darah tu. cuma lately ni tak lepas derma darah sebab sangkut kat BP...ada terbabas sedikit :p

p/s: bleh ke kita register utk derma organ secara senyap2?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2006 09:26 AM | Show all posts
sherrina,
kita ada waris
nanti kalau ada apa2 jadik kat kita
dorang lah yang dirujuk

buat senyap2 tu boleh
tapi kemudian hari nanti
berbalah mcm2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2006 09:07 PM | Show all posts
betul jugak tu...nak sarankan supaya ulama banyak bercakap/berceramah mengenai organ transplant lah..ramai org Islam yg masih x paham hukum nya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2006 11:14 AM | Show all posts
Kesediaan keluarga Mohd Fikry derma organ dipuji


ALOR STAR: Jawatankuasa Transplantasi Pendermaan Organ Kebangsaan memuji kesediaan keluarga Mohd Fikry Fazail yang mendermakan empat organ remaja itu yang mati, Ahad lalu, selepas koma kerana terbabit dalam kemalangan baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Awam Mengenai Pendermaan Organ, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata keluarga remaja itu mengambil keputusan tepat dan wajar disanjung.

揔eputusan keluarga itu adalah satu usaha murni yang mana ia dapat membantu mereka yang memerlukan," katanya dalam satu kenyataan yang dihantar ke sini, semalam.

Lee yang juga Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) berkata, pihaknya turut berbangga di atas amal jariah remaja berkenaan kerana Allahyarham Mohd Fikry adalah bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 2 Siri 3/2006 dari Kem Kisana Beach Resort, Kelantan.

Beliau mengulas laporan Berita Harian semalam, mengenai kesediaan bapa Mohd Fikry, Fazail Mat, 51, bersetuju mendermakan jantung, hati, buah pinggang dan kornea anak keenam daripada lapan beradik itu yang meninggal dunia di Hospital Alor Star (HAS) di sini, Ahad lalu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2006 12:25 PM | Show all posts
sherrina,

saya pledge derma organ senyap2, semua buat sendiri. dah dapat kad hijau tu baru bgtau husband & parents. setakat ni diorang macam tak kisah. tapi bila saya dah mati nnt tak tau la kot jadi kontroversi pulak. biasa la, org kita ni... anggap derma organ tu mcm siksa mayat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2006 02:11 PM | Show all posts
sebenarnya saya terpikir sejak pagi tadi
saya rasa saya nak buat nih senyap2 gak
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 05:30 PM | Show all posts
betul. saya mmg takleh nak convince mak saya walaupun ayah saya ilmu tinggi dlm bab2 agama begitu juga mak saya pun bukan jahil tapi bab2 derma darah, derma organ lagi lah.....jenuhlah saya nak explain.

maybe sebab mak saya sejak abis SPM terus keje gomen dan dia sentiasa secure (sy dah tepu mendengar saranan dia suh keje gomen sebab ada pencen) menyebabkan dia takde pemikiran untuk mende2 yg sounds extraordinary (walhal biasa aje). Sebab tu projek saya utk umah anak yatim sy tak citer kat dia sbb dia jenis payah lah nak di explain. nnt saya nak tanya pusat transplan mengenai keadaan begini dan kalau dpt contact badan Agama Islam (klau ada cara direct ngan Harun din ka Hassan din ka lagi best) supaya saya dapat statement mengenai hal ini bagi situasi saya.

gam,
itulah susah org kita. kita lebih percaya pada 'anggap' daripada yang hakiki tertulis oleh Allah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2006 09:22 AM | Show all posts
Takut derma organ -- 9,000 pesakit terpaksa menunggu ganti buah pinggang
Oleh NURUL ANUAR KARI

KUALA LUMPUR 1 Nov.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 09:49 AM | Show all posts
cuba la buat senyap2 (batu api ni...)

klw kita meninggal nnt, keluarga tak benarkan, anggap je la takde rezeki.
tp mana la tau kan, bila kita meninggal nnt, Allah bukakan hati diorang utk merestui niat kita nak derma organ tu, Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 05:24 PM | Show all posts
ataupun saya buat wasiat siap2 (will writing) supaya perkara tu dibenarkan selepas saya mati....tapi of course saya register lah dulu masa hidup ni...what do u think?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2006 05:28 PM | Show all posts
sape waris yang boleh argue benda nih ek?
mana tahu
nak bawak p mahkamah laa
ini laa itu lah

kalau belum kawin? mak bapak lah ya?

kalau kita dah kawin, suami kita izinkan.

then waris yang lain berhak tak bantah?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 05:55 PM | Show all posts
yg saya tau, paling berhak, husband & parents la....

klw dah kawin pun, parents masih berhak lagi kan. ke dah tak berhak dah?
waris lain tu tak tau lak....

mungkin boleh tanya sendiri kat national transplant.
saya pernah call opis ni, sampai gaduh ngan yg angkat tepon tu, sgt la tak mesra alam minah tu. mintak nak cakap ngan org yg incharge, dia kata doktor2 tu semua ada patient la, ada operation la... masa tu mmg ingat nak pi sendiri opis tu, nak berdepan je.

camna la diorang nak approach org utk donate organ klw jabatan tu sendiri mmg hampehhh. klw org nak donate pun boleh cancel tgkkan perangai depa ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2006 10:50 PM | Show all posts
ye ke gam....meh sherrina cuba call nak tgk berhemah ke tak...pusat darah negara pun mcm tu gak. nak amik darah tp muka masam
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 10:05 AM | Show all posts
try la sherrina. saya dulu yg buat naik angin tu pasal dah antar form tu punya la lama, tp dpt2 gak kad hijau tu. so saya call la nak buat follow up

saya tanya la prosedur & proses permohonan etc sbb nak tau gak apa yg diorang buat sampai lambat sgt nak keluarkan kad hijau tu. tp yg angkat tepon tu takleh jawab. bila saya nak cakap ngan org lain, dia kata semua org takde, tinggal dia jer.

saya pun kata la, kalau camni la punya servis yg diorang bagi, jgn harap la kempen derma organ ni akan berjaya. sedangkan saya yg mmg volunteer nak derma ni pun dah naik fed-up. saya yg nak derma, saya lak kena follow up. patutnya diorang la kena hantar aknowledgement / call org2 yg nak derma tu, apa la salahnya bgtau yg borang dah diterima & sedang diproses etc

saya bgtau jugak, klw proses nak keluarkan kad tu sendiri amik masa berbulan, mmg teruk la. buatnya saya mati dlm tempoh tu, kan diorang dah rugi pasal saya takde bukti yg saya ni nak derma organ.  berapa ramai gak yg rugi sbb tak dpt manfaat dr kematian saya tu.

klw nak tau, kad hijau tu tersangat la low class, ntah haper2 jer, senang terkoyak & klw kena air, mmg boleh kembang smp tak nampak tulisan. tu yg diorang nasihatkan kita laminate kad tu. klw kad tu standard sgt, berbaloi gak la nak tunggu lama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2006 11:59 AM | Show all posts
Organ bukan hak milik mutlak kita

Pendapat

RASA tamak terhadap hak milik peribadi menjadi antara sebab kempen pendermaan organ tidak begitu mendapat sambutan. Senario ini menyebabkan 9,000 pesakit yang menunggu untuk mengganti buah pinggang misalnya, dikatakan berkemungkinan akan menutup mata lebih awal daripada sepatutnya.

Dengan kadar 2,500 pesakit buah pinggang kronik setiap tahun, keperluan pendermaan buah pinggang menjadi sangat terdesak, justeru usaha-usaha untuk memberi kesedaran tentang peri- mustahaknya pendermaan organ mesti dijadikan misi nasional.

Oleh kerana pendermaan organ tidak ditegah oleh agama, maka soal tidak sanggup menderma organ termasuk mewasiatkan pendermaan organ-organ yang diperlukan oleh mereka yang masih ada sisa-sisa hidup tidak sepatutnya timbul sama sekali.

Jika dihalusi, difikir dan direnung dalam-dalam, kita akan sedar bahawa hakikatnya apa sahaja yang kita miliki termasuk pancaindera bukan hak milik kita mutlak. Buktinya kita tidak mampu untuk menjadikan pancaindera kita berfungsi sebagaimana yang kita mahukan. Sebaliknya kita kena akur dengan apa yang telah ditetapkan oleh pemilik hakiki iaitu Allah Maha Pencipta.

Sebagai contoh, kita tidak boleh mengarahkan mana-mana bahagian pancaindera kita supaya jangan rasa sakit apabila sakit, termasuk perut supaya jangan lapar atau kenyang walaupun tidak menjamah makanan.

Itu adalah antara bukti bahawa pancaindera yang kita dakwa adalah hak mutlak peribadi kita pada hakikatnya bukan hak kita, tetapi hak Allah. Justeru kenapa kita mesti tamak terhadap apa yang bukannya hak mutlak kita.

Oleh itu kita mesti sanggup menderma organ-organ kita, khususnya apabila tempoh hayat kita sudah berakhir dan ada orang lain yang masih panjang hayatnya memerlukan organ untuk hidup dengan sihat.

Lagipun pahala paling besar dalam ibadah derma dan sedekah jariah ialah dengan menderma dan menyedekahkan apa-apa yang kita miliki dan yang paling kita sayangi. Kalau kita masih ada hayat, buah pinggang adalah antara organ yang kita sayangi.

Ertinya kalau dengan menderma sebelah buah pinggang tidak mengganggu kesihatan kita dan pada masa yang sama membantu memulihkan kesihatan orang lain, ia merupakan sedekah jariah yang sangat tinggi nilainya.

Begitu juga kalau kita menderma mana-mana organ melalui wasiat apabila kita dipanggil pulang ke alam barzakh, balasannya adalah pahala.

Oleh kerana itu alim ulama bertauliah mesti secara jujur memberi fatwa supaya kekeliruan tentang boleh atau tidak boleh, halal atau haram pendermaan organ dapat difahami dengan jelas.

Dalam pada itu setiap orang mesti sedar tentang konsep tangan di atas lebih mulia daripada tangan di bawah dalam soal derma dan sedekah.

Ertinya setiap orang kena berusaha untuk mengelak daripada ditimpa penyakit yang sengaja dicari sendiri seperti merokok.

Walaupun mungkin dengan pemindahan organ orang lain kita akan sembuh, namun dari segi nilainya, penderma organ adalah lebih mulia daripada penerima organ, lebih-lebih lagi yang mendapat penyakit kerana sengaja dicari sendiri.

Maknanya mengambil langkah ke arah pencegahan kepada kemungkinan menghidap sesuatu penyakit adalah langkah terbaik daripada mengharapkan derma organ orang lain untuk mengubati penyakit yang sengaja kita cari kerana kecuaian dan tabiat buruk kita sendiri.

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2006 09:39 PM | Show all posts
akak gam,
bleh tak akak tuliskan satu surat email pada Utusan sebagai balasan kenapa org taknak derma akibat faktor yg akak citer diatas tu. Management need to know how slow the service is, layanan buruk, kad buruk dsbnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.103838 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list