CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 182416|Reply: 1296

ANGGUR

[Copy link]
Post time 10-10-2006 03:24 PM | Show all posts |Read mode
Suatu hari tu saya ziarah kawan... tepi rumah dia ada para utk pokok merayap..... saya kata ' dari u tanam pokok ni, lebih baik tanam anggur'.  Isteri kawan saya kata.... itu merupakan komen yang kedua beliau terima pasal tanam anggur.

Soalan: SIAPA EXPERT ATAU EXPERIENCE TANAM ANGGUR? cerita sikit.....

[ Last edited by  noor_hannah at 13-10-2006 10:31 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2006 05:08 PM | Show all posts
UKM Kaji Ekologi 75
Spesies Anggur Liar



MASYARAKAT di negara ini mungkin tekejut jika mengetahui bahawa Malaysia mempunyai jumlah spesies anggur liar yang agak besar berbanding negara lain.

Kejutan itu berikutan masyarakat hanya biasa mendengar kewujudan buah anggur biasa yang dijual di kedai dan pasar raya atau diimport dari negara luar, terutama Thailand.

Ramai juga di antara kita yang tidak pernah melihat pokok anggur, lebih-lebih lagi pokok anggur liar kerana kita tidak pernah mengenali spesies buah berkenaan.

Menurut Pengarah Bersekutu (Kepelbagaian Biologi) Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof A Latiff Mohammad, usaha untuk menanam anggur di Malaysia gagal dijalankan kerana anggur memerlukana iklim Mediteranean atau monsun yang mempunyai tempoh kemarau yang tekal (konsisten).

"Bagaiamanapun, petani di Thailand dan Jawa berjaya menanam anggur dengan baik sehingga mereka dapat mengeksportnya. Usaha seperti itu juga dijayakan di ladang Universiti Putra Malaysia (UPM)," katanya dalam buletin UKM.

Menurutnya, famili anggur atau nama sainsnya Vitaceace mengandungi 15 genus dan lebih kurang 850 spesies dan kebanyakannya terdapat di kawasan tropika serta subtropika di semua benua.

"Di Malaysia kajian taksonomi dan ekologi famili buah itu dijalankan oleh saya dengan menggunakan peruntukan IRPA dan saya mengiktiraf sebanyak 9 genus dengan 75 spesies.

"Oleh kerana, anggota famili ini terdiri daripada pemanjat ia sering kelihatan di habitat terbuka seperti di tepi hutan, sawah dan di ruang hutan memanjat tumbuhan lain dan menjadi komponen ekosistem terdedah yang amat penting," katanya.

Menurutnya, famili anggur boleh dikenali dengan beberapa sifat memanjat dengan menggunakan tendril yang digunakan untuk memegang tumbuhan lain dan tendril itu setentang dengan daun.

"Buah anggur liar adalah serupa dengan anggur makan tetapi ia mempunyai biji besar, isi sedikit dan hablur yang banyak membuatnya tidak sedap dimakan, malah mungkin membahayakan mulut dan esofagus.

Untuk makluman dan pengetahuan umum, katanya, beliau menghuraikan beberapa genus utama di Malaysia iaitu ampelocissus yang mempunyai 20 spesies, Cissus (10 spesies), Cayratia (7 spesies), Nothocissus (1 spesies) dan Tetrastigma (18 spesies).

A Latiff berkata, genus anggur lain terdapat di Malaysia ialah Ampelopsis (1 spesies), Parthenocissus (1 spesies) dan Vitis (1 spesies).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 05:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 05:10 PM | Show all posts
KANGAR 10 April - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyarankan supaya semua kerajaan negeri memberi perhatian terhadap projek tanaman yang boleh membawa pulangan hasil lebih tinggi termasuk pokok anggur.

Perdana Menteri berkata, saiz tanah yang kecil bukan alasan sesebuah negeri itu tidak berdaya maju dan kehilangan sumber hasil sehingga terpaksa bergantung sepenuhnya kepada Kerajaan Pusat.

``Kalau mahu tanam sayur, tanamlah sayur yang mahal dan bungkuskannya sebaik mungkin supaya dapat dijual dengan harga yang tinggi,'' katanya pada majlis Taklimat Pembangunan Negeri Perlis di Dewan Warisan di sini hari ini.

Beliau berkata, kejayaan Belanda menjadi pengeluar makanan kedua terbesar di dunia perlu dijadikan contoh kerana negeri itu lebih kecil daripada Semenanjung.

Katanya, negara Eropah itu berjaya kerana mereka memanfaatkan sepenuhnya teknologi dalam bidang pertanian bagi menghasilkan produk berkualiti tinggi dan mempunyai pasaran yang baik.

Sempena lawatan kerja sehari ke negeri ini, Perdana Menteri turut melawat Ladang Anggur Perdana yang diusahakan Jabatan Pertanian Negeri Perlis di Bukit Bintang 2 dan Taman Herba yang diuruskan oleh Jabatan Perhutanan di Sungai Batu Pahat.

Menanam

Abdullah yang diiringi Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim turut memetik dan merasai sendiri buah anggur di ladang seluas enam hektar itu selain melawat gerai pameran di situ.

Beliau turut menanam pokok anggur daripada jenis Black Opal sebagai tanda kenangan.

Ladang Anggur Perdana itu adalah hasil penyelidikan sejak 1987 dan merupakan projek perintis di Bukit Bintang yang dimulakan pada April tahun lalu.

Kumpulan pertama pokok anggur di ladang terbabit iaitu sebanyak 800 pokok jenis IAC ditanam di kawasan seluas 0.8 hektar manakala empat jenis lagi diusahakan di atas tanah seluas lima hektar.

Empat jenis tersebut ialah White Malaga, Black Queen, Black Opal dan Loose Perlitte yang kualitinya lebih baik dan mulai ditanam di ladang seluas enam hektar sejak Ogos tahun lalu.

Perdana Menteri kemudiannya turut merasmikan Dewan 2020 di sini dan melancarkan tapak Halal Hab di Padang Besar dekat sini yang mendapat peruntukan awal sebanyak RM10 juta daripada Kerajaan Pusat.

Ia adalah sebahagian daripada pembangunan kawasan Koridor Utara tanah air.

Berucap pada majlis pelancaran Halal Hab, Abdullah melahirkan keyakinannya terhadap potensi kawasan tersebut untuk dijadikan hab barangan halal, sekali gus menampung pasaran tempatan dan juga negara jiran.

Menurutnya, produk Halal Hab tidak semestinya berasaskan pada makanan sahaja tetapi juga melibatkan barangan farmasi dan kosmetik yang diproses secara halal.

Kata beliau: ``Kerajaan negeri juga perlu memikirkan sesuatu untuk menjadikan Halal Hab ini sebagai pusat perdagangan import eksport barangan halal yang juga digunakan oleh bukan Islam.''
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 01:01 AM | Show all posts
kena tunggu Mr Nice kita masuk sini sbb kat umah dia memang ada pokok anggur nih...dah banyak kali tuai hasil....


hmmm...bilalah pokok anggurku nak besar nih...:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 08:28 AM | Show all posts
Originally posted by Arwen at 11-10-2006 01:01 AM
kena tunggu Mr Nice kita masuk sini sbb kat umah dia memang ada pokok anggur nih...dah banyak kali tuai hasil....


hmmm...bilalah pokok anggurku nak besar nih...:bgrin:



emm ha a la. Tunggu setahun setengah kot baru dapat hasilnya Arwen.

civic plak... bilalah boleh buat pergola untuk anggur ni.. cepat betul pokok tu membesar...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2006 09:03 AM | Show all posts
Originally posted by CivicSI at 11-10-2006 08:28 AM



emm ha a la. Tunggu setahun setengah kot baru dapat hasilnya Arwen.

civic plak... bilalah boleh buat pergola untuk anggur ni.. cepat betul pokok tu membesar...


Kui kui kui....

Komer berdue4 kena ler TUKOR TUKOKAN barang....

Arwen kasi pergola kat Civic, Civic plak kasi pokok anggur kat Arwen.

Kui kui ku kui kui amacam???:
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 09:28 AM | Show all posts
i punya pokok anggur blom kuar daun.... lama benor nk tunggu dia kuar daun baru...dah dua bulan tanam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2006 09:45 AM | Show all posts
anggur ni standard 8 bulan dah bole petik buah
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 01:01 PM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 11-10-2006 09:03 AM


Kui kui kui....

Komer berdue4 kena ler TUKOR TUKOKAN barang....

Arwen kasi pergola kat Civic, Civic plak kasi pokok anggur kat Arwen.

Kui kui ku kui kui amacam???:



Boleh boleh..no problem ? Boleh tak Arwen ??
hehe hee..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 03:15 PM | Show all posts
Originally posted by CivicSI at 11-10-2006 08:28 AM



emm ha a la. Tunggu setahun setengah kot baru dapat hasilnya Arwen.

civic plak... bilalah boleh buat pergola untuk anggur ni.. cepat betul pokok tu membesar...



belilah pergola satu....cehh mcm RM1 jer satu...hehehe

pokok anggur tu dulu dah okay tingginya, one day arwen buat pruning, sekali terpotong kat pangkal pokok tu...ingatkan yg arwen potong tu hujung2nya rupanya kat pangkal...sabo jelah...
skrg ni tinggal  dalam 1/2 kaki jer....:jeling:

psst...mesti marah mr. nice lepas nih kat arwen...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 03:18 PM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 11-10-2006 09:03 AM


Kui kui kui....

Komer berdue4 kena ler TUKOR TUKOKAN barang....

Arwen kasi pergola kat Civic, Civic plak kasi pokok anggur kat Arwen.

Kui kui ku kui kui amacam???:

Boleh boleh..no problem ? Boleh tak Arwen ??



lol
apa punya idea la...:lol

kalau mcm tu back to square one la...arwen takde pergola, tapi ada 2 pokok anggur...
civic lak ada pergola tapi xde pokok anggur.....:pmuka:

[ Last edited by  Arwen at 11-10-2006 03:21 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 03:19 PM | Show all posts
Originally posted by nazurah at 11-10-2006 09:28 AM
i punya pokok anggur blom kuar daun.... lama benor nk tunggu dia kuar daun baru...dah dua bulan tanam...



kalau belum kluar daun, cuma ada batang pokok jelah yer...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 03:23 PM | Show all posts
Originally posted by Arwen at 11-10-2006 03:19 PM



kalau belum kluar daun, cuma ada batang pokok jelah yer...


yelah arwen....batangnya ajee...

i dpt btg tu from my fren...kerat dr pokok anggur dia. i cucuk kat pasu...ingat dah reput...coz dah macam kayu mati. tp bila i cabut...nmpk berakar. bila tgk kat celah2 ranting tu...mcm ada kekapas nk kuar daun...tp dah dua bulan menunggu ni... suspen betul...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 03:24 PM | Show all posts
ooo .... jap nak panggil nice...
mana dia pegi...nice.....
ni mai kasi tolong nazirah...apsal jadi lagu tu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 03:28 PM | Show all posts
mekasih....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2006 03:37 PM | Show all posts
kat mana nak dapat benih pokok anggur nie....cam best jer...nak cuba gak
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 04:47 PM | Show all posts
tengok paklah pegang buah anggur tu....cam best jer nak makan
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 08:14 AM | Show all posts
Originally posted by Arwen at 11-10-2006 03:18 PM





lol
apa punya idea la...:lol

kalau mcm tu back to square one la...arwen takde pergola, tapi ada 2 pokok anggur...
civic lak ada pergola tapi xde pokok anggur.....:pmuka:



Ha a la.
Apa punya idea NG nih..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 09:16 AM | Show all posts
Originally posted by Arwen at 11-10-2006 03:24 PM
ooo .... jap nak panggil nice...
mana dia pegi...nice.....
ni mai kasi tolong nazirah...apsal jadi lagu tu...

from Nazirah....
yelah arwen....batangnya ajee...

i dpt btg tu from my fren...kerat dr pokok anggur dia. i cucuk kat pasu...ingat dah reput...coz dah macam kayu mati. tp bila i cabut...nmpk berakar. bila tgk kat celah2 ranting tu...mcm ada kekapas nk kuar daun...tp dah dua bulan menunggu ni... suspen betul...


Assalamualaikum Arwen,

Sorry.....cuti last Monday.
SEmpena Nuzul Quran.....kui kui kui

Wokey....Nazirah.
Kalau ada akar dan semacam kapas yg tumbuh di bahagian 'buku' batang tersebut.....
Miker sepatut nya potong di bawah nya dan tanam secepat mungkin.

Kalau tidak.....akar tersebut akan mati n kering.

Kalau miker mahukan benih nya...
Insyaallah....bley teman post kan.

Sila PM ur address to me.

Wsalam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.336875 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list