CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11391|Reply: 164

All About ~~ ANUGERAH BINTANG POPULAR 2006

[Copy link]
Post time 9-10-2006 02:07 PM | Show all posts |Read mode
Pencalonan ABPBH 2006 dibuka
Oleh Akmal Abdullah


Semua pihak dalam industri tanah air diminta hantar senarai nama calon sesuai, penuhi syarat ikut kategori tertentu


  


MAJLIS penganugerahan industri hiburan yang berprestij kembali lagi. Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) memasuki edisi ke-20 tahun ini.

Sejajar penganjurannya, pencalonan awal bagi musim 2006 kini dibuka kepada semua artis dan selebriti tempatan yang terbabit dalam kegiatan perfileman, muzik dan penyiaran di Malaysia.

Penganjur kini sedang mengenal pasti calon yang layak untuk disenaraikan pada peringkat awal menerusi borang pencalonan yang akan disiarkan bermula 2 November ini menerusi akhbar Berita Harian dan Berita Minggu.

Justeru, bagi membantu penganjur menyenaraikan calon yang layak, semua pihak dalam industri hiburan terutama syarikat rakaman, syarikat produksi drama atau filem, selain stesen radio dan televisyen boleh mencalonkan artis dan selebriti masing-masing mengikut kategori tertentu untuk dicadangkan kepada penganjurnya.

Bagaimanapun, pencalonan itu tertakluk kepada syarat iaitu semua artis atau selebriti itu harus mempunyai produk atau program yang dihasilkan bermula 1 Januari 2006 hingga 31 Oktober 2006.

Semua 16 kategori yang disediakan itu ialah sama seperti tahun sebelumnya iaitu membabitkan Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Artis Berkumpulan Popular, Penyanyi Nasyid Popular, Pelakon TV Lelaki Popular, Pelakon TV Wanita Popular, Artis Komedi Lelaki Popular, Artis Komedi Wanita Popular, Artis Baru Lelaki Popular, Artis Baru Wanita Popular, Pengacara TV Lelaki Popular, Pengacara TV Wanita Popular, Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular.

Pengerusi Jawatan kuasa Induk ABPBH 2006, Hanizam Abdullah, berkata ABPBH musim ini akan memulakan kempennya bermula 2 November ini menerusi undian daripada pembaca bagi pencalonan awal artis dan selebriti yang disenaraikan kali ini.

揚emilihan untuk kali ini ialah bagi menentukan siapa calon yang layak meneruskan cabaran ke peringkat final. Bagi mengemaskini pencalonan untuk disiarkan menerusi borang pemilihan kelak, penganjur berharap pihak terbabit seperti syarikat filem, drama, stesen televisyen dan radio, selain syarikat rakaman dapat mencalonkan artis atau selebiriti mereka.

揚encalonan ini juga diurus oleh ahli jawatan kuasa pencalonan yang turut memantau mana-mana artis yang terbabit dalam kerja seni dan penyiaran sepanjang tahun ini bagi tempoh ditetapkan.

揢ntuk tahun ini, penganjur menetapkan syarat penyertaan ialah haruslah mereka yang mempunyai produk sama ada dalam bentuk filem, drama, album mahupun program televisyen atau siaran radio dalam tempoh 10 bulan tahun ini iaitu dari 1 Januari 1006 hingga 31 Oktober 2006.

揔ita jangkakan seramai 600 pencalonan dapat menyertai saingan peringkat awal kali ini,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2006 02:10 PM | Show all posts
.. . cepat nyaa pulak  ..  awal tahun depan yerrr.. . .

ps: mawi menang lagi . . .. :pompom: . . ...

ps: saya tak menang moto . . . :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 02:19 PM | Show all posts
Originally posted by adik_nazgul at 9-10-2006 02:10 PM
.. . cepat nyaa pulak  ..  awal tahun depan yerrr.. . .

ps: mawi menang lagi . . .. :pompom: . . ...

ps: saya tak menang moto . . . :bgrin:


mawi
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 02:22 PM | Show all posts

Reply #3 fairytale's post

MAWI :pompom::pompom::pompom:
CT SAERAH OPS SARAH mesti x tercalon sbb x ada lagu2 baru :clap:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2006 02:23 PM | Show all posts
Nanti bila calon calon dah kuar....aku nak buat GAME lagik....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 03:20 PM | Show all posts
hem..~ sape yer yg jd fofular.. adakah Ina Naim / Datuk K??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2006 03:34 PM | Show all posts
Suki pasti menang...hahahhahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 04:14 PM | Show all posts
Originally posted by ColbyRaikkonen at 9-10-2006 02:23 PM
Nanti bila calon calon dah kuar....aku nak buat GAME lagik....



bagus...bagus...:hatdown:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2006 04:15 PM | Show all posts
Originally posted by AyieBoyZ at 9-10-2006 03:20 PM
hem..~ sape yer yg jd fofular.. adakah Ina Naim / Datuk K??


emmm

itu dlm kategori pasangan artis fofular kot....dlm kategori tambahan :nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 04:21 PM | Show all posts

Reply #7 Munc's post

tadek SMS.. susah :ah:
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 04:26 PM | Show all posts

Reply #10 jac_diehard_fan's post

lebey baik takde...
klu x tu, pembaziran akan berleluasa skali lagik...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 04:27 PM | Show all posts
Originally posted by ColbyRaikkonen at 9-10-2006 02:23 PM
Nanti bila calon calon dah kuar....aku nak buat GAME lagik....


besh2...:pompom:
nak join...:setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 04:27 PM | Show all posts
Originally posted by DTECCONAN at 9-10-2006 02:22 PM
MAWI :pompom::pompom::pompom:
CT SAERAH OPS SARAH mesti x tercalon sbb x ada lagu2 baru :clap:


bukan main suke lagik ko yer...:jeler:
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 04:46 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by ColbyRaikkonen at 9-10-2006 02:07 PM
揔ita jangkakan seramai 600 pencalonan dapat menyertai saingan peringkat awal kali ini,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2006 04:48 PM | Show all posts
Tahun depan Mawi berlakon, bolehlah conquer semua....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 04:49 PM | Show all posts

Reply #14 fairytale's post

satu lagu baru tapi syarat dia sebelum ni memang mcm tu ka?
kalau ikutkan, campur2 ngan album lain banyak jugak la
CT Nurhaliza pon x ada lagu baru tapi bersandarkan album Konsert Live boleh plak :hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2006 04:51 PM | Show all posts

Reply #16 DTECCONAN's post

skang derang dah wat syarat baru...
jd kalau betol la mawi ada satu lgu baru jer, alamat nya xleh masok la kan? :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 04:54 PM | Show all posts
maknanya Jamal Abdillah pon x layak ler? mcm nak sabotaj saja
tarikh tutup pencalonan pon rasa2nya awal sangat 31/10
hazami pon tak layak,abis tu saper yg layak?
ramai ker yg buat album baru tahun ni?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 04:56 PM | Show all posts
Originally posted by fairytale at 9-10-2006 04:51 PM
skang derang dah wat syarat baru...
jd kalau betol la mawi ada satu lgu baru jer, alamat nya xleh masok la kan? :pompom:


Mamat tu ada dua lagu baru dalam album al-jannah dia..pastu 2 lagu baru OST filem.
Takder Mawi..ABP takder maknernya...muahahaha (penetik)
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 04:57 PM | Show all posts

Reply #18 DTECCONAN's post

ntahla...
tp yg pasti, klu mawi xmasok, aku nak wat kenduri doa selamat... :cak:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.178073 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list