CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 28680|Reply: 26

BEKAS BANDUAN

[Copy link]
Post time 9-10-2006 09:49 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 30-9-2010 15:07

aku dlm seminggu nih dok kusyuk baca kisah 2 bekas banduan yang baru saja dibebaskan dari penjara.

Pak Leh dan Pak Jamil. dan jugak betapa terharunya aku atas sikap prihatin banyak pihak dlm hal nih.

first, peribadi pak leh sendiri, jasa orang no satu penjara pak leh dipenjarakan, sultan kedah, dan seterusnya pihak lain
yang turut menyambut baik inisiatif itu. betapa aku tgk ramai pihak cuba berbuat sesuatu yang baik demi utk memberi motivasi dan memberi contoh teladan yang baik pada orang lain, dgn motif: jgn pinggirkan bekas banduan.

dan aku pun tingin nak tahu, jika ada apa2 persatuan utk bekas banduan?

mungkin nanti aku akan paste sedikit cerita pasal pak leh nih. as for pak jamil, tak banyak sangat. coz dia pun tak berapa sihat dan masih lagi cuba menyesuaikan diri dgn kehidupan baru.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2006 09:55 AM | Show all posts
Memberi peluang kedua kepada bekas banduan

CERITA Salleh Talib dan Jamil Ahmad yang dibebaskan dari penjara dengan pengampunan setelah mencipta sejarah sebagai tahanan paling lama menjalani hukuman penjara di negara ini bukanlah setakat cerita yang tiada pengajarannya.

Cerita benar ini boleh dijadikan teladan kepada insan-insan lain terutama sekali bagi mereka yang sering bertindak mengikut nafsu.

Apabila dibebaskan dengan pengampunan, kedua-duanya memanjatkan rasa syukur tidak terhingga kepada Allah s.w.t kerana kini mereka dapat menghirup udara bebas selepas lebih separuh usia dihabiskan di dalam penjara.

Kedua-duanya yang bersahabat dijatuhkan hukuman sepanjang hayat pada 1976 selepas terbabit dalam rompakan bersenjata api dalam satu kejadian di Alor Star. Setelah menjalani hukuman penjara selama 30 tahun, 11 bulan dan 9 hari, mereka diberi pengampunan oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan telah dibebaskan.

Jika disoroti kisah hidup mereka berdua, tentu sekali apa yang berlaku dan kesan kepada kehidupan mereka boleh dijadikan sebagai teladan dan pengajaran hidup insan lain.

Warna-warna kehidupan ada kalanya tidak secerah seperti yang diinginkan. Seringkali perkara yang berlaku dalam hidup adalah sesuatu yang tidak pernah difikirkan akan dialami. Tiada insan yang inginkan derita dalam hidupnya. Kesemuanya adalah dugaan Allah s.w.t untuk menguji sejauh mana manusia beriman kepada-Nya.

Kesilapan dalam hidup juga ada kalanya terlalu mahal harganya. Oleh kerana mengikut nafsu, kesannya juga tidak terbawa badan untuk menanggungnya. Seperti mana rasa hati Jamil Ahmad yang menjelaskan, 搆erana terlalu ikutkan nafsu, saya dan rakan-rakan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang tanpa memikirkan kesannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 12:07 PM | Show all posts
tak penah dengar pula
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 12:17 PM | Show all posts
sebenarnya tahun 2002, , Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat ada suruh opis uzi compile kan semua persatuan yang ada di Malaysia
Tahun 2004... buku tu dikeluarkan oleh Kem tu... memang my opis dapat satu...
tapi sebab dah tak keje skrg... so... susahlah nak cari alamat mana2 persatuan...
Kalau nak lebih maklumat... kena call Kem Wanita tu... lagi senang...

so... Ini jer yang uzi tahu... Harap ianya membantu...

Association to help ex-convicts Selangor & WPKL
  
English Name : Association to help ex-convicts Selangor & WPKL
Malay name : Persatuan Membantu Bekas-Bekas Banduan Negeri Selangor dan W.P

Contact information
Address c/o Bahagian Kebajikan Penjara Sg Buloh
47000 Sungai Buloh
State Selangor
Telephone 03 - 2142 6611 / 2148 7155 / 6038 4690

About the CBO
Main area of work Social welfare
Main beneficiaries Mixed
Main Activity Mixed
Objectives To offer facilities to convicts and ex-convicts to rehabilitate by:
Offering social welfare support
Provide financial assistance to the the families
Refer conctis to the Ministry of Huamn Resource to get work
Providing couselling for convicts and their families

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2006 01:02 PM | Show all posts
TQ uzi...

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 01:23 PM | Show all posts
welcome... welcome... welcome...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-10-2006 12:26 PM | Show all posts
Syed Nadzri on Tuesday: Back to the future for Pak Rashid
10 Oct 2006
Syed Nadzri


--------------------------------------------------------------------------------
THE story of Pak Rashid makes me wonder. What has he missed? What has this person, who has just come out of prison and is seeing the outside world for the first time in 30 years, missed out?

Plenty. Oh so plenty. It抯 like he stepped off the Earth and came back on again.

I won抰 be surprised if he suddenly asks when Elvis or Sudirman would be releasing their next albums. Or if he gets back into the 1970s fashion, sporting an Afro hairstyle, thick belt and platform shoes. Or if he faints when he sees the Petronas Twin Towers.

Pak Rashid (real name Mohd Salleh Talib), the country抯 longest-serving prisoner, must have been caught in a time warp. Stuck in time.

His world must have stopped turning in 1976 when he was sentenced to spend his entire natural life in prison for armed robbery in Baling, Kedah.

A "natural life" term means that the prisoner is in jail until the day he dies. His only way out is through a pardon.

In contrast, when a person is sentenced to life imprisonment, it means that he serves a maximum of 20 years in prison, but often this is reduced to 14 years for good behaviour.

Pak Rashid applied for

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2006 12:44 PM | Show all posts
Raja Dr Nazrin wajar dicontohi: PSSLM


KUALA LUMPUR: Keprihatinan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang sanggup membantu bekas banduan, Salleh Talib memulakan penghidupan baru seharusnya diteladani rakyat negara ini.

Mahaguru dan Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Datuk Omardin Mauju, berkata sikap mulia itu tentunya lebih afdal dicontohi sepanjang Ramadan untuk meringankan beban golongan yang serba kekurangan.

Beliau berkata, pertemuan Salleh atau lebih dikenali sebagai Pak Rashid dengan Raja Dr Nazrin Shah itu diharap membakar semangat beliau selepas diberi peluang kedua untuk meneruskan kehidupan bersama masyarakat.

揓ika Raja Dr Nazrin berkenan menerima menghadap Pak Rashid, tentunya rakyat tanpa mengira kedudukan atau bangsa wajar bersikap sedemikian dan sedia menghulurkan bantuan bukan saja kepada Pak Rashid, malah sesiapa saja untuk meringankan beban mereka.

揔adang kala bukan wang ringgit yang menjadi ukuran, sebaliknya sokongan moral juga mampu menaikkan semangat untuk golongan kurang mampu berusaha membaiki kehidupan,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2006 09:28 AM | Show all posts
Menjalani 慼ukuman

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 09:06 PM | Show all posts
errr...di penjara dorang tak tgk tv atau baca paper ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2006 09:29 AM | Show all posts
tgk tgk
aku tgh carik artikel lama nih

pak leh ckp

dorang ada time tuk acara bebas

boleh baca paper, tgk tv etc
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2006 11:32 AM | Show all posts

nyelit sket info

Anak banduan tetap dibantu
Oleh Amir Abd Hamid


Penjara Taiping, Kelab Rotary beri sumbangan peralatan persekolahan kepada 110 pelajar, ringan beban keluarga

TAIPING: Biarpun sedang menjalani hukuman penjara kerana kesilapan yang dilakukan, kebajikan anak banduan atau penghuni penjara tidak pernah diabaikan golongan yang prihatin.

Amat menyedihkan jika anak penghuni penjara menderita sekiranya penjaga, terutama ibu atau penjaga mereka tidak mempunyai sumber pendapatan atau berpendapatan kecil bagi menampung keperluan hidup.

Selain untuk makan minum, keadaan tentu lebih perit apatah lagi bagi menyediakan keperluan peralatan sekolah menjelang bermulanya musim baru persekolahan tidak lama lagi.

Menyedari hakikat itu, Penjara Taiping dengan kerjasama Kelab Rotary Taiping dan Persatuan Bekas Penghuni Penjara Taiping (DPAS), baru-baru ini menyampaikan sumbangan peralatan persekolahan kepada 110 pelajar daripada 50 keluarga anak banduan yang menghuni penjara berkenaan.

Pengarah Penjara Taiping, Narander Singh, berkata sumbangan yang dibuat kepada anak banduan terbabit sedikit sebanyak diharap dapat membantu meringankan bebanan penjaga mereka.

"Sebahagian besar dari penghuni penjara ini sudah berkahwin dan mempunyai anak yang masih bersekolah.

"Anak ini sebenarnya menjadi mangsa keadaan di atas kesalahan yang dilakukan oleh bapa atau penjaga mereka," katanya pada majlis sumbangan bantuan persekolahan anak penghuni Penjara Taiping, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Orang Besar Jajahan Larut, Matang dan Selama, Datuk Dr Wan Mohd Isa Wan Ahmad dan Pengerusi Kelab Rotary Taiping, Laurence David.

Pada majlis itu, Kelab Rotary Taiping menyumbangkan kelengkapan persekolahan termasuk beg, kasut sekolah dan peralatan alat tulis.

Narander berharap lebih ramai pihak tampil menghulurkan bantuan kepada keluarga penghuni penjara bagi membantu anak yang kehilangan tempat bergantung dan mencari nafkah selama ini.

Sementara itu, Sara (bukan nama sebenar), 14, berkata dia tidak menjangka menerima kelengkapan persekolahan baru kerana selama ini persiapan yang dibuat hanya ala kadar.

Katanya, dia terharu dengan sumbangan yang diterima kerana dapat mengurangkan beban datuknya membeli peralatan sekolah, termasuk untuk dua adiknya menjelang penggal baru persekolahan Januari ini.

"Mujur ada datuk dan nenek untuk saya dan adik-adik mengadu, menumpang kasih dan menumpang teduh," katanya yang ditemui selepas majlis berkenaan.

Sara berkata, sejak bapanya ditangkap dan dipenjarakan enam tahun lalu atas kesalahan dadah, dia dan dua adiknya berusia 13 dan 9 tahun berasa amat kesempitan.

Tambahan pula, emak mereka menghilangkan diri dan pendapatan datuknya sebagai pesara kerajaan tidak seberapa.

"Sumbangan ini menyuntik semangat saya untuk lebih gigih belajar dan sebagai kakak yang sulung, saya akan terus mendorong adik-adik mencapai kemajuan dalam pelajaran," katanya.

Seorang penjaga, M Murugan, 45, yang hadir pada majlis itu, berkata dengan sumbangan peralatan persekolahan itu akan dapat meringankan bebanan yang ditanggungnya memandangkan musim baru persekolahan akan bermula.

"Sekarang perbelanjaan persekolahan mahal, memang saya membantu anak saudara tapi dengan pendapatan kecil sebagai pemandu lori mengehadkan perbelanjaan saya.

"Lagipun saya juga ada keluarga untuk ditanggung," katanya yang kini mengambil tanggungjawab menjaga lima anak saudaranya.

Anak saudara Murugan, Evelyn, 12, (bukan nama sebenar) yang bakal memasuki sekolah menengah tahun hadapan pula amat bersyukur dengan pemberian peralatan sekolah berkenaan.

"Memang sedih bapa tiada tapi melihat adik-adik gembira selepas mendapat peralatan sekolah yang baru sekurang-kurangnya dapat mengubat kesedihan," katanya.

Laurence pula berkata, pihaknya menganjurkan projek itu bertujuan meringankan beban keluarga penghuni penjara berkenaan.

Beliau berkata, sumbangan itu bagi memberi peluang kepada anak banduan melakukan persiapan persekolahan lebih awal serta meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung penjaga mereka.

"Diharapkan juga projek seperti itu akan membuka minda dan mata semua pihak untuk tampil membantu pihak yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.

"Idea menjayakan projek ini dicetuskan demi kebaikan bersama ke arah mewujudkan masyarakat prihatin dan penyayang," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2006 09:53 PM | Show all posts
Jejak: 4 tahun tunggu jerut tali gantung
Oleh Nurashiqin Omar


Zainuddin huni penjara 22 tahun, terlepas hukuman mati selepas bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan




MERINGKUK 28 tahun dalam penjara dan menjadi banduan kedua paling lama di negara ini menjalani hukuman penjara bukanlah satu pengalaman indah untuk diceritakan sepanjang zaman, tambahan pula menghadapi hukuman gantung kerana tuduhan membunuh.

Mungkin keadaan akan menjadi semakin memalukan kerana ketika ditangkap, dia masih lagi berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), malah menyandang jawatan pegawai berpangkat Leftenan.

Bagaimanapun penyesalan dan keinsafan yang benar-benar ikhlas menjadikan Zainuddin Lela, 46, manusia yang cukup berdisiplin, akur serta taat di dalam penjara menyebabkannya dilepaskan enam tahun lebih awal dan hanya berada dalam penjara selama 22 tahun saja.

Sebelum terjebak, dia adalah seorang anggota tentera yang sangat berdisiplin dan tidak pernah melakukan sebarang masalah sepanjang perkhidmatannya sehingga boleh merosakkan reputasi baiknya.

Sayangnya, dia terperangkap dengan perangai buruknya yang suka berjudi dan bermain nombor ekor di luar waktu bekerja dan kerana sikap negatifnya itulah dia terjebak sehingga menyebabkan terbabit dengan jenayah pembunuhan.

Keengganan rakan baiknya yang turut berkongsi 'kegemaran' berjudi untuk membayar habuan kemenangan sebanyak RM40,000 ketika itu membangkitkan kemarahannya sehingga menyebabkan dia hilang kawalan dan terpaksa bertanggungjawab di atas kematian rakannya itu.

Dia masih ingat ketika api kemarahan yang membara dalam hatinya semakin marak menyala. Biarpun dicuba mengambus perasaan dendam yang sedang menguasai kewarasan akal fikiran, namun benaknya masih sebal dengan perbuatan khianat lelaki itu.

Selepas sekian lama menanti habuan hasil pertaruhan haram empat nombor yang dimenanginya, dia bosan apabila hanya disogok janji kosong tidak pernah dikota oleh lelaki itu. Dia benci pada orang yang mungkir janji sehingga menyebabkannya terpaksa menagih 'haknya' sendiri dan selagi dia berdiam diri, tidak bertindak mendapatkan wang pertaruhannya, Lim Chee Wah, lelaki Cina yang sebaya usianya ketika itu tidak mungkin membayar walau sesen pun dari habuan kemenangannya.

Akhirnya dia mengambil keputusan berlembut dan bagi meredakan ketegangan antara mereka berdua, Zainuddin merencana melakukan aktiviti riadah kegemaran bersama iaitu memburu dan kali ini babi hutan bakal menjadi mangsa buruan mereka.

Di situlah segala kisah hitam itu bermula, tatkala kemarahan menguasai fikiran, tangannya terus mengacu hulu senapang patah yang sepatutnya digunakan untuk berburu itu ke belakang badan lelaki Cina berkenaan sebelum sedas tembakan dilepaskan.

Bukan mudah untuk Zainuddin melupakan dosa dan kesalahan yang pernah dilakukan. Biar menyesal sehingga menitiskan air mata darah sekalipun, segala perbuatannya tidak mungkin dapat ditarik balik, tambahan pula jenayah yang dilakukan itu didorongi perasaan marah semata-mata.

Jatuh maruahnya sebagai seorang pegawai tentera ketika pihak polis menahannya di sebuah bengkel kereta milik seorang rakan berhampiran Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang kerana dituduh terbabit dengan kehilangan seorang lelaki Cina.

Selepas menjalani sesi soal siasat di Balai Polis Pekan, akhirnya Zainuddin mengaku membunuh lelaki berkenaan dengan menembaknya dari belakang di sebuah kawasan hutan di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Paloh Hinai dalam daerah Pekan.

Dia kemudiannya membawa polis ke tempat kejadian lalu menemui mayat lelaki itu yang masih terbaring di situ. berikutan penemuan itu polis memfailkan dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Ketika mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap dirinya pada 27 Oktober 1988, fikirannya hanya terkenangkan perasaan isterinya yang sarat mengandung anak ketiga mereka ketika itu serta nasib dua anak lelakinya yang baru berusia satu dan dua tahun.

Perasaan kesal, pilu dan sebak menerjah di hatinya, tatkala melihat isteri yang dinikahinya pada 1980, Kariah Mat Arif, (kini berusia 54 tahun) tidak sedarkan diri ketika mendengar keputusan hakim dan juga ketika menatap wajah sedih ibu serta ayahnya yang turut hadir di mahkamah bagi mendengar keputusan hakim.

Sejurus mendengar keputusan mahkamah, dia yang sebelum ini sudah menjalani tahanan reman selama enam tahun di Penjara Kuantan, Jalan Penjara, Kuantan kemudiannya dihantar ke Penjara Pudu di Jalan Pudu, Kuala Lumpur untuk sementara bagi menanti hukuman gantung.

Empat tahun menanti giliran untuk digantung, pelbagai pengalaman dirasai. Pelbagai ragam banduan hukuman gantung turut diperhati. Ada menakutkan, ada juga memberi keinsafan dan keadaan itu menggamit seribu penyesalan buat dirinya.

"Saya masih ingat lagi, ketika menanti hukuman gantung di Bilik Gantung, Penjara Pudu, saya 'dihidangkan' pelbagai ragam banduan yang akan menghadapi hukuman gantung di situ.

"Ada yang meraung-raung tak tentu masa seperti orang gila dan ada juga yang hanya duduk diam dan asyik mengerjakan solat. Setiap malam, pasti ada yang menangis. Mungkin kerana takut atau menyesal dengan perbuatan sendiri.

"Kami tidak diberitahu bila akan dikenakan hukuman gantung. Pihak penjara hanya akan memberitahu kami akan digantung 24 jam sebelum hukuman dijalankan.

"Setiap banduan yang dipanggil ke bilik Pengarah Penjara untuk dimaklumkan bahawa mereka akan digantung pada keesokan harinya, pasti terpaksa diusung pegawai penjara ke sel tahanan mereka selepas itu.

"Tidak ada seorang pun yang dapat menerima keputusan penggantungan mereka dengan tenang. Mereka kemudian tidak makan, tidak minum, tidak membuang air kecil atau besar. Mereka hanya berbaring lemah sehingga dijemput pegawai penjara untuk menjalani hukuman.

"Ketika hukuman dijalankan, kami menggendang tong air yang berada di dalam sel sekuat hati untuk menimbulkan bunyi bising supaya kami tidak terlalu gerun mendengar bunyi tali menjerut leher banduan ketika hukuman dijalankan.

"Selain itu, kami juga 'menghiburkan' banduan yang menjalani hukuman supaya mereka tidak terlalu sunyi dan menjadi semakin lemah ketika menjalani hukuman gantung," katanya.

Pada 1990, Zainuddin cuba menulis surat rayuan kepada Mahkamah Tinggi meminta hukumannya diringankan, bagaimanapun permohonan rayuannya itu ditolak dan hukuman gantung tetap dijalankan.

Biarpun sudah hampir berputus asa, dia tetap ingin mencuba mengubah nasib buruk yang akhirnya menyebelahi dirinya berikutan abangnya mengambil inisiatif menulis surat rayuan kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, memohon supaya hukuman gantung yang perlu dijalaninya itu ditukarkan kepada hukuman penjara seumur hidup.

Ketika mendengar Pengarah Penjara membacakan titah Sultan Pahang yang berbunyi, "Beta ampunkan rakyat beta daripada hukuman mati dan ditukar ke penjara 20 tahun", hatinya mengucap syukur yang tidak terhingga dengan keampunan itu.

Sejurus selepas itu, dia dipindahkan ke Penjara Kajang. Di situ, dia diajar pelbagai kemahiran. Dia yang sememangnya berminat dan mahir dengan kerja-kerja bengkel turut dipertanggungjawab mengendalikan peralatan di bengkel, selain mempelajari cara pembuatan besi dan memperbaiki alat-alat mekanikal.

Lima tahun menjalani hukuman di Penjara Kajang, dia kemudian memohon untuk dipindahkan ke Penjara Penor di Kuantan bagi memudahkan isteri serta anak-anaknya datang menziarah dan permohonannya diluluskan pada 1997.

Zainuddin kemudiannya menjalani hukuman penjara selama 15 tahun di Penjara Penor sebelum dibebaskan pada 18 Januari 2006 yang lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2007 11:50 AM | Show all posts

nyelit sket info

Saya sudah insaf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2007 09:32 AM | Show all posts

nyelit sket kabar gembira...

Banduan dianugerah Tokoh Maal Hijrah
Oleh: IRMAN HASHIM

MARANG 23 Jan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2007 09:14 AM | Show all posts
Banduan tawar khidmat urut untuk masyarakat
26-02-2007 11:01:27 PM  

SEREMBAN:  Warga sekitar bandar ini tidak perlu lagi membayar mahal untuk mendapatkan perkhidmatan urut refleksologi, kerana Penjara Seremban akan menawarkan kemudahan itu dengan bayaran minimum, bermula pertengahan Mac ini.

Pengarah Penjara Seremban Ku Nawawi Ku Hamid berkata perkhidmatan itu akan diberikan oleh banduan penjara yang terlatih bagi memberi peluang mereka menerima sedikit pendapatan.

"Program ini dimulakan di Penjara Kajang dan Penjara Seremban merupakan lokasi kedua," katanya pada majlis penutup kursus latihan 14 hari urut refleksologi itu yang disertai 10 banduan di sini.

Katanya banduan yang dipilih ialah mereka yang telah mengikuti pelbagai fasa dalam program pemulihan insan yang diperkenalkan Jabatan Penjara.

Seorang pelatih program itu berkata beliau berasa bertuah kerana masih boleh mendapatkan ilmu bermanfaat walaupun berada di dalam penjara.

"Ilmu ini boleh dijadikan bekalan apabila keluar kelak untuk saya berdikari dan membuka perniagaan sendiri," katanya. BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2007 09:47 AM | Show all posts
Skim Tekun bantu Pak Rashid
Oleh Mohd Roji Abdullah


Bekas banduan paling lama terima RM5,000 perbesar perniagaan buat kasut



KLUANG: Bekas banduan paling lama dipenjarakan di negara ini, Mohd Salleh Talib, 58, menerima pinjaman Yayasan Tekun Nasional (Tekun) sebanyak RM5,000 bagi memperbesarkan perniagaan membuat kasutnya di Perak.

Beliau yang dikenali sebagai Pak Rashid dan dipenjarakan lebih 30 tahun, berkata, wang itu akan digunakan untuk membeli peralatan baru termasuk kulit bermutu tinggi bagi menghasilkan kasut berkualiti.

"Sebelum ini Kerajaan Perak memberi mesin untuk perusahaan membuat kasut," katanya.

Cek pinjaman itu diterima daripada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada majlis pelancaran Program Tekun Peluang Kedua, di Penjara Kluang, di sini, petang kelmarin.

Mohd Salleh yang berpengalaman 24 tahun dalam penghasilan kasut, membuat kasut khas sebagai hadiah kepada Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah sempena perkahwinan baginda dengan Raja Puan Besar Tuanku Zara Salim, 19 Mei lalu.

Sementara itu, Mohamed Khaled, berkata kementerian menyediakan RM2 juta untuk program peluang kedua yang bertujuan membantu bekas banduan menceburi bidang keusahawanan.

Ketika ini, 330 banduan didaftarkan untuk mengikuti program peluang kedua dengan 240 daripadanya sudah menjalani latihan di tujuh penjara iaitu di Penjara Kluang dan Penjara Simpang Renggam; Penjara Taiping ; Penjara Kajang; Penjara Pokok Sena, Kedah; Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, dan Penjara Pengkalan Chepa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2007 08:51 AM | Show all posts

Reply #14 Syd's post

baguslah dia dah insaf sekarang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2007 10:04 AM | Show all posts
Zakwan hafal 11 juzuk lima tahun dalam tahanan


SEGAMAT: 揂pabila hakim mengatakan saya tidak bersalah membunuh Bakarudin Busu, doa saya selama lima setengah tahun di penjara akhirnya sudah dimakbulkan Allah,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2009 12:12 PM | Show all posts
'Temui Diri' Di Balik Tabir Besi: Kisah Bekas Tahanan Reman Kanak-kanak

Oleh Melati Mohd Ariff

KUALA LUMPUR, 18 Nov (BERNAMA) -- Ketika dikepung polis, Paul (bukan nama sebenar) membonceng motosikal kawannya. Kawannya bolos, dia dicekup.

Di dalam bakul motosikal, polis menemui bahan yang disahkan kemudiannya sebagai heroin, seberat 500 gm, kesalahan berat yang boleh dihukum mati (gantung).

Apabila dia dibawa ke mahkamah dan mendengar tuduhan yang dibacakan, Paul menganggap tamat sudah riwayat hidupnya. Dia tidak dibenar jamin dan ditahan reman di Penjara Kajang, sementara menunggu perbicaraan.

Paul bernasib baik kerana dia bukan sahaja tidak sepi daripada sokongan moral dan kasih sayang ibu bapanya tetapi usianya ketika ditangkap ialah 17 tahun dan mengikut undang-undang, dia masih ditakrif kanak-kanak.

Apabila Paul dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada Oktober 2009 atas tuduhan yang lebih ringan, dia dibebaskan oleh hakim pada hari yang sama kerana dia sudah meringkuk di dalam penjara untuk tempoh masa yang sama.

Paul ditangkap pada 2004 pada usia 17 tahun dan bebas dari penjara, tiga hari sebelum hari jadinya yang ke-22 tahun.

SEMASA KANAK-KANAK

Ketika kecil, Paul bercita-cita menjadi anggota polis dan dia mempunyai sepasang gari mainan yang sering dibawanya semasa bermain dengan kawan-kawan.

Berbadan tinggi lampai, dia juga unggul dalam bidang sukan semasa di sekolah iaitu dalam acara larian 100 meter dan 200 meter. Paul yakin dia berkebolehan untuk menjadi pelari pecut yang baik jika bakatnya digilap meskipun dia sememangnya malas bersekolah.

Menurut Paul, 'masalah hidupnya' bermula apabila melangkah ke sekolah menengah dan mula merokok.

"Saya bau wangi rokok jadi teringin nak tahu bagaimana rasanya merokok. Saya mula merokok, tak boleh berhenti. Di sekolah tak boleh merokok, jadi saya mula ponteng dan melepak.

"Saya menjadi semakin malas pergi sekolah dan suka melepak, tak fikir masa depan. Saya hanya fikir untuk bersuka-suka sahaja," demikian pengakuan Paul dalam wawancara dengan Bernama baru-baru ini.

KISAH PONTENG DAN LEPAK

Rekod disiplin Paul menjadi lebih teruk apabila dia berada di tingkatan tiga. Masanya banyak disia-siakan dengan kumpulan lepaknya di kafe siber. Dari wang saku sekolah RM10, RM3 dibelanjakan di kafe siber, RM3 untuk makan sementara RM4 untuk membeli rokok.

Dia memberitahu penulis yang dia akan pergi ke sekolah seperti biasa tetapi hanya sampai pukul 3 petang sebelum dia menyelinap keluar dari pintu belakang kelas.

Tempat lepak pertamanya ialah di kedai makan yang berhampiran setelah menukar kemeja sekolah dengan kemeja-T yang sedia ada di dalam beg sekolah. Habis makan, dia dan kawan-kawan lepaknya akan ke kafe siber sehingga tamat waktu sekolah. Setelah menyarung balik kemeja sekolah, dia akan pulang ke rumah.

"Jika baju sekolah bersih sangat, saya buat kotor-kotor sikit, lepas tu balik ke rumah," jelas Paul dengan menambah di rumah, dia memang berkelakuan baik, 'pijak semut pun tak mati.'

Semasa di tingkatan tiga, pihak sekolah akhirnya menghantar surat kepada ibu bapa Paul mengenai rekod buruknya bermula dari tingkatan satu. Paul memberitahu bapanya kemudian, yang dia tidak mahu lagi bersekolah, sebaliknya dia berminat untuk masuk sekolah vokasional.

Paul bercerita, dia pernah lari dari rumah ketika di tingkatan dua dan bekerja menjual kemeja-T di Jalan Petaling.

"Saya tinggalkan rumah selama enam hingga tujuh bulan dan tinggal di rumah kawan. Pagi saya pergi kerja, tengah hari pergi sekolah. Bapa saya ada cari saya tapi saya selalu lari kalau nampak dia sehingga dia datang ke kelas pada satu hari. Dia duduk sebelah saya dan pujuk saya pulang.

"Bapa saya menangis, dia minta maaf pada saya kalau dia ada buat salah. Masa itu saya terasa juga, saya menangis dan hari itu, saya balik ke rumah," kata Paul, dengan menambah meskipun dia sudah berhenti sekolah, dia masih perlu mengambil peperiksaan PMR kerana dia sudah mendaftar dan membayar untuk peperiksaan itu.

"Saya hanya belajar seminggu sebelum peperiksaan. Bukan serius sangat belajar tapi saya suka Bahasa Malaysia, Sains dan Bahasa Inggeris. Bila guru besar serahkan keputusan peperiksaan, saya terperanjat, saya dapat 6C dan 1D. Guru Besar kata saya boleh jadi pandai kalau saya belajar bersungguh-sungguh," katanya.

KENA TANGKAP

Selepas berhenti sekolah, Paul terus dengan tabiat buruknya melepak dan menjadi 'pengikut' seorang yang dikatakannya 'kawan jahat'. Hidup bebasnya berakhir apabila dia ditangkap polis dan direman 14 hari sebelum dikenakan tuduhan mengedar dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Menurut Paul, tanpa segan-silu, dia menangis apabila melihat ibu bapanya di mahkamah. Dia merayu bapanya memohon ikat jamin kerana dia amat takut dihantar ke penjara.

Memandangkan tuduhan dikenakan ke atas Paul tidak boleh diikat jamin, dia terpaksa dibawa ke Penjara Kajang sementara menunggu perbicaraan.

"Saya hanya pernah tengok penjara dalam cerita Tamil. Dalam cerita itu, saya tengok keadaan di dalam penjara teruk. Saya juga tak pernah merasa begitu takut sehinggalah saya ditangkap.

"Polis kata saya akan digantung. Sampai di penjara pun saya diberitahu perkara yang sama. Setiap malam saya menangis. Saya menyesal, mengapa saya tidak dengar cakap ibu bapa saya dan menjadi anak yang baik," kata Paul sambil mengeluh.

HIDUP DALAM PENJARA

Menurut Paul, tempoh setahun setengah pertamanya dalam penjara berlalu tanpa sebarang aktiviti yang membina.

Dia berkongsi sel penjara dengan 16 orang lagi tahanan yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan termasuk membunuh, merogol, menjual VCD haram dan mencuri. Tahanan paling muda berusia 15 tahun kerana dituduh mencuri motosikal.

Tahanan-tahanan ini hanya dibenar keluar dari sel untuk dua perkara sahaja iaitu bertemu dengan ahli keluarga setiap Ahad atau untuk rawatan perubatan.

"Pada awalnya, saya merasa putus asa, fikiran saya kosong dan saya banyak menangis kerana saya fikir saya akan mati di penjara. Ada juga tahanan yang baik hati dan beritahu saya jangan menangis, jangan putus asa. Kami banyak berkongsi kisah hidup kami.

"Selain kata-kata nasihat kawan satu sel, saya juga bernasib baik kerana ibu bapa saya sentiasa menyokong saya. Kali pertama mereka melawat saya, mereka menangis dan saya minta maaf. Mereka suruh saya tabahkan hati dan akan tolong saya carikan peguam," kata Paul.

Anak muda ini juga memberitahu dia banyak bersembahyang (Paul seorang Kristian) dan membaca novel yang dibawa oleh ibu bapanya. Novelis kesukaannya ialah Ramlee Awang Murshid yang terkenal dengan novel 'thriller'nya.

MENCARI DIRI

Kehidupan dalam penjara Paul yang membosankan bertukar apabila pihak Penjara mendapatkan bantuan Shelter, sebuah pertubuhan kebajikan berdaftar untuk mengadakan kelas motivasi untuk tahanan reman.

Kelas-kelas itu, yang dimulakan pada 2004 berterusan sehingga 2007. Shelter (www.shelterhome.org) diasaskan pada 1981 untuk membantu antaranya kanak-kanak yang didera, ditinggalkan atau diabai.

Menurut Paul, dia tidak berminat dengan program Shelter pada peringkat permulaan tetapi menyertai kelas tersebut sekadar mengisi masa.

"Apa yang membuka minda saya ialah kami diberitahu kami masih mempunyai peluang. Encik James Nayagam, Pengarah Eksekutif Shelter yang mengasaskan program ini minta kami jangan berputus asa," jelas Paul.

Tambahnya, selepas menghadiri beberapa kelas Shelter, dia mampu melihat ke dalam dirinya, dan merenung kembali segala kesalahan yang telah dilakukannya. Dia juga banyak berfikir tentang keluarganya terutama sekali ibunya yang masih datang melawatnya di penjara meskipun pada satu ketika dia sakit.

"Saya tanamkan tekad saya mesti berubah, saya mesti pilih jalan yang lurus," kata Paul bersungguh-sungguh. Dia juga berlatih bercakap ketika sesi terapi berkumpulan, bukan sahaja untuk berkongsi pengalaman tetapi juga untuk mengatasi perasaan gentar bercakap di hadapan khalayak ramai.

Paul mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2007 semasa masih di dalam penjara tetapi gagal. Namun dia tidak berputus asa dan mengikuti beberapa kelas, iaitu Kemahiran Asas IT dan Asas Grafik Foto.

"Saya merasa begitu bangga apabila menerima sijil Kemahiran Asas IT daripada Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Syed Hamid Albar. Kalaulah ibu bapa saya boleh melihat saya pada hari itu, sudah tentu mereka juga merasa bangga," kata Paul.

TANDA NOKTAH

Bercakap mengenai pembebasannya dari penjara, Paul berkata masih segar di ingatannya ketika dia berdiri di hadapan hakim. Dia yang biasanya keras hati menitiskan air mata tatkala hukuman dibacakan iaitu lima tahun penjara dari tarikh ditangkap.

"Tuan Hakim beritahu mereka yang datang ke mahkamah biasanya akan menangis tetapi tak semestinya dia menangis dia akan berubah. Perkara ini kena ingat. Hakim juga suruh saya fikirkan ibu bapa saya, mereka bersusah-payah untuk saya. Hakim juga baca laporan akhlak saya dan nasihatkan saya supaya jaga diri saya.

"Hakim juga ingatkan saya jangan ulangi perbuatan lama saya. Beliau kata memang susah nak dapat duit tapi jika dari mula kita susah, kemudian kita akan senang," kata Paul.

Perkara pertama yang Paul lakukan sebaik sahaja bertemu ibu bapanya selepas dibebaskan ialah memeluk erat kedua orang tuanya, setelah tidak dapat berbuat demikian selama lima tahun.

Dia juga berjanji kepada kedua ibu bapanya dia tidak akan melukakan lagi hati mereka.

Paul 'menemui dirinya' melalui proses yang getir, merengkuk lima tahun di sebalik tabir besi. Dia juga sudah meletakkan noktah kepada kehidupan silamnya dan berikrar dia tidak akan lagi menjejakkan kakinya ke penjara.

Anak muda ini sudah bersedia untuk membuka halaman baru dalam diari kehidupannya. Dengan bantuan Shelter, dia sedang mencari peluang pekerjaan untuk membina kehidupan dan membantu ibu bapanya.

Paul mempunyai sijil dalam automekanik. Dia juga bercita-cita mengikuti pengajian undang-undang suatu hari nanti supaya dia boleh membantu mereka yang mungkin mengalami nasib sepertinya.

Kepada mereka yang masih di bangku sekolah, Paul ingin memberi nasihat ini:" Fikir terlebih dahulu kalau mahu melakukan sesuatu yang tidak baik, fikirkan ibu bapa, pengorbanan mereka dan akibat yang terpaksa ditanggung akibat perbuatan yang tidak baik itu. Ingat pepatah Melayu, 'Tepuk Dada Tanya Selera' dan 'Sepandai-pandai Tupai Melompat, Akhirnya Jatuh Ke Tanah juga!'

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.099942 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list