CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Orang Kurang Upaya (OKU)

[Copy link]
 Author| Post time 31-1-2007 09:35 AM | Show all posts
OKU antara 9 mat rempit kena dakwa


KUALA LUMPUR: Sembilan mat rempit termasuk seorang orang kurang upaya(OKU) didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas tuduhanberasingan menunggang atau membonceng motosikal yang dipandu secaramelulu dan berlumba sehingga membahayakan pengguna jalan, minggu lalu.

Mohd Fazrul Idris, 19; Mohd Al-Hafiz Muhamad Rasdei, 22; Mohd HafisSaman, 19; Fazly Mahadi, 18 dan Azhar Osman, 21 (OKU yang mempunyaijari tangan dan kaki pendek), masing-masing didakwa menunggangmotosikal secara melulu serta berlumba-lumba sesama sendiri.

Mereka didakwa melakukan aksi mengangkat tayar depan motosikal ke udara(willie) dan zig-zag ke kiri dan kanan jalan tanpa sebarang isyaratmengubah haluan sehingga membahayakan diri sendiri dan pengguna jalanraya lain.

Bagi tuduhan itu, kelima-lima mereka didakwa mengikut Seksyen 42 (1)Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ) yang membawa hukuman maksimumpenjara lima tahun atau denda RM15,000 serta lesen memandu bolehdigantung selama dua tahun, jika sabit kesalahan.

Mohd Al-Hafiz, Mohd Hafis dan Fazly, mengaku bersalah terhadap tuduhan itu, manakala dua yang lain mengaku tidak bersalah.

Mohd Al-Hafiz dan Mohd Hafis juga mengaku bersalah terhadap tuduhan lain iaitu memandu tanpa lesen dan perlindungan insurans.

Majistret Wan Titihani Wan Hamid menetapkan 5 hingga 9 Mac ini untukmenjatuhkan hukuman dan sebutan kes serta membenarkan masing-masingdijamin antara RM1,500 dan RM3,000 dengan seorang penjamin.

Semua mat rempit dijamin oleh ibu atau bapa masing-masing yang hadir ke mahkamah untuk membuat rayuan.

Sementara itu, Azhar juga menghadapi tiga tuduhan lain iaitu memandutanpa lesen dan cukai jalan serta tidak mempunyai polisi insurans.

Bagi ketiga-tiga tuduhan itu, Azhar didenda RM200.

Azhar dalam rayuannya berkata dia seorang OKU, bekerja di kilangplastik dengan pendapatan RM450 sebulan dan ketika ditangkap menaikimotosikal bapanya.

Ketika disoal Wan Titihani, Azhar berkata dia masih boleh menunggang motosikal walaupun OKU.

Ibu Mohd Fareez dalam rayuan untuk mengurangkan jaminan berkata beliauseorang ibu tunggal yang mempunyai lima anak dan sudah beberapa bulantidak bekerja kerana masalah kesihatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2007 09:08 AM | Show all posts
Jiran OKU boleh dapatkan bantuan


BATU PAHAT: Penduduk berjiran dengan orang kurang upaya (OKU) dan orang tua uzur diminta bekerjasama dengan ketua kampung atau penghulu untuk memastikan mereka menerima bantuan sewajarnya akibat banjir baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semarang, Datuk Samsol Bari Jamali, berkata kemungkinan besar golongan terbabit menghadapi masalah kerosakan rumah atau kehilangan harta benda, tetapi nama mereka tercicir dari senarai penerima.

Beliau berkata, jiran mereka bertanggungjawab memaklumkan kepada ketua kampung atau penghulu seterusnya kepada wakil rakyat mengenai masalah ditanggung golongan itu.

"Banjir yang melanda baru-baru ini agak luar biasa sehingga membuatkan keadaan agak kelam-kabut. Kita tidak mahu dalam keadaan seperti ini kita terlepas pandang golongan itu.

"Agak mustahil bagi saya sampai ke setiap rumah dan mencari mereka yang tercicir dari senarai itu, sebab itu saya meminta penduduk kampung supaya bekerjasama memastikan jiran masing-masing terutama golongan berkenaan mendapat bantuan, " katanya.

Beliau berkata demikian k pada Program Penyampian Bantuan Kembali ke Rumah di Kampung Parit Haji Ali, Parit Raja, di sini.

Seramai 153 penduduk kampung berkenaan menerima bantuan makanan dan keperluan harian yang disumbangkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Samsol berkata, banyak lagi bantuan akan diterima mangsa banjir tetapi meminta mereka bersabar.

"Jangan pula ada antara kita cuba mengambil kesempatan membolot bantuan disediakan ini ataupun menimbulkan kesulitan dengan membandingkan bantuan yang diterimanya orang lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2007 10:21 AM | Show all posts
Melahirkan usahawan OKU melalui perkongsian bijak
Oleh: ROSMAH DAIN



MOHD. RIZAL WAFA (kanan) berharap impiannya untuk membantu warga OKU tercapai menerusi Badan Bertindak OKU Malaysia.
--------------------------------------------------------------------------------

ALLAH S.W.T berfirman: Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan sesuatu kaum itu sendiri yang mengubahnya. (Ar-Ra抎, ayat 11)

Ayat ini jelas menunjukkan, setiap orang diberikan ruang dan peluang untuk mengubah keadaan nasib mereka. Apa yang diperlukan ialah usaha.

Ini yang mahu dibuktikan oleh seorang warga orang kurang upaya (OKU), Mohd. Rizal Wafa, 40, yang bertindak menubuhkan sebuah Badan Bertindak OKU Malaysia sejak tujuh bulan lalu bersama rakan-rakan prihatin yang lain.

Badan Bertindak OKU Malaysia yang ditubuhkan pada 27 Julai 2006 bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup OKU menerusi ekonomi, pendidikan dan modal insan.

Selain itu, persatuan ini juga bermatlamat memupuk semangat berdikari dan berani menghadapi cabaran kehidupan di kalangan OKU, di samping mempromosi taraf hidup yang lebih selesa di kalangan OKU melalui pendidikan, kegunaan teknologi terkini, jati diri serta hak asasi manusia.

Seiring dengan itu, ia juga bertujuan mewujudkan pusat pembelajaran teknologi matlumat (IT) dan perkara-perkara berkaitan bagi melahirkan golongan 慤sahawan OKU
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2007 10:37 AM | Show all posts
Memastikan keselesaan OKU
Oleh: SITI FATIMAH ABDUL RAHMAN

DALAM sebuah rancangan televisyen, telah dipaparkan kehidupan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) di Amerika Syarikat yang dilahirkan tanpa tangan. Namun, beliau hidup bebas seperti ahli masyarakat yang lain. Keretanya diubah suai sehingga beliau boleh memandu (kakinya yang mengawal stereng); digambarkan juga bagaimana beliau menggunakan perkhidmatan pandu masuk (drive thru

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2007 12:14 AM | Show all posts
good info, Syd...keep it up
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2007 11:52 AM | Show all posts
Lampu isyarat berbunyi untuk orang buta
20-06-2007 09:15:53 PM  

KOTA BARU:  Kerajaan Kelantan akan mempertimbangkan cadangan mengadakan lampu isyarat berbunyi di simpang jalan utama di negeri ini bagi kemudahan orang buta melintas.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Kelantan Datuk Husam Musa berkata perkara itu merupakan beberapa cadangan Persatuan Orang Buta Kelantan dalam satu pertemuan dengannya baru-baru ini.

"Antara lain, mereka juga mencadangkan supaya longkang besar di bandar ditutup sepenuhnya bagi mengelak golongan itu terjatuh ke dalamnya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan RM10,000 kepada Mohd Fikri Abdullah, 13, yang mengalami masalah paru-paru tidak berfungsi, di Hospital Universiti Sains Malaysia di sini, hari ini.

Bantuan daripada Tabung Orang Kurang Upaya Kelantan itu diberi bagi pembinaan bilik khas di rumah kanak-kanak itu di Tok Burung, Bachok.

Mohd Fikri dirawat di hospital itu sejak tiga bulan lepas berikutan mesin oksigen di rumahnya rosak sementara dibaiki HUSM.

Husam berkata persatuan itu juga mencadangkan supaya kerajaan memastikan golongan buta terutama yang sudah berkeluarga mendapat tawaran harga murah bagi mana-mana taman perumahan yang baru dibina di negeri ini.

Husam berkata beliau akan memanjangkan cadangan persatuan itu kepada pemaju perumahan dan pihak berkuasa tempatan di negeri ini termasuk Majlis Perbandaran Kota Baru.

Sementara itu abang Mohd Fikri, Mohd Hafizi berkata adiknya mengalami masalah pernafasan itu sejak berumur enam tahun dan terpaksa bergantung kepada mesin pernafasan sepanjang hayat. BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2007 12:22 AM | Show all posts
Rasa empati pada anak-anak istimewa....
Tapi masih ramai ibu bapa dan penjaga yang rasa rendah diri kerana mempunyai anak-anak istimewa.....janganlah begitu... anak-anak istimewa ini adalah insan terpilih...Sebagai ibu bapa kita perlu sedar bahawa anak-anak ini juga berhak mendapat pendidikan. Menurut Akta Pendidikan (Seksyen 29A Pendidikan Wajib) mereka perlu dihantar sekolah. Sekiranya mereka gagal mengurus diri anak-anak boleh dihantar ke Program Pemulihan Dalam Komuniti di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.Bagi yang tidak upaya kesekolah..surat pengecuali  Menteri perlu diperolehi melalui Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2007 02:11 PM | Show all posts
Banyak hentian bas sekitar KL tak mesra OKU

KUALA LUMPUR: Kemudahan tempat menunggu bas masih berada di tahap kurang memuaskan kerana tidak dilengkapi kemudahan tertentu untuk memudahkan golongan orang kurang upaya (OKU) menggunakannya, malahan kebanyakan daripada prasarana berkenaan tidak mesra pengguna.

Tinjauan Harian Metro di sekitar ibu kota semalam mendapati sebahagian besar perhentian bas yang disediakan untuk orang ramai berada dalam keadaan tidak memuaskan, ruang tempat duduk terhad dan tidak diselenggara dengan baik, sekali gus memerlukan tindakan diambil segera supaya ia dapat memanfaatkan orang ramai, terutama golongan OKU.

Pengguna, Abd Hamid Hussin, 39, berkata pihak berkuasa tempatan dan syarikat bas perlu berbincang terlebih dahulu sebelum menyediakan perhentian bas khas bagi golongan OKU.

揓ika perhentian bas untuk golongan kurang upaya diwujudkan tetapi bas khas untuk golongan OKU tidak disediakan, pasti ianya tidak dapat membantu mereka.

揝aya cadangkan laluan khas bagi golongan kurang upaya perlu diwujudkan bagi memudahkan mereka menggunakan perkhidmatan awam,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2007 09:54 PM | Show all posts
OKU kagum layanan mesra pekerja restoran makanan segera
Oleh Ong Boo Siong


DALAM kempen membina masyarakat penyayang, kita sering dihidangkan melalui media mengenai pelbagai kisah cabaran hidup Orang Kurang Upaya (OKU). Cabaran hidup OKU termasuklah kegiatan harian mereka dalam mencari rezeki, pelajaran, perubatan, riadah dan sebagainya.

OKU biasanya dikategorikan mengikut jenis kecacatan seperti anggota, penglihatan, bisu dan akal. Tahap kecacatan mereka pula menunjukkan sejauh mana cabaran mereka dalam kegiatan harian yang terbahagi kepada tahap ringan, sederhana, berat dan tahap amat berat.

Tahap ringan ialah mereka yang mempunyai kecacatan sedikit dan segala urusan harian boleh dilakukan tanpa sebarang bantuan orang lain atau peralatan khas. Contohnya, OKU yang kudung sebelah tangan sama ada di pergelangan tangan mahupun dari siku ke atas, OKU pekak bisu dan lain-lain.

Tahap sederhana pula ialah OKU yang menggunakan peralatan khas untuk kegiatan harian mereka dan boleh melakukan kerja tanpa bantuan orang lain dengan ada peralatan berkenaan, contohnya OKU mengguna kerusi roda dan OKU penglihatan menggunakan tongkat.

OKU tahap berat ialah mereka yang memerlukan bantuan orang lain dalam sesuatu kegiatan. Ini mungkin disebabkan anggota mereka seperti kedua-dua belah tangan dan kaki tidak dapat berfungsi dengan sempurna atau kudung.

OKU tahap amat berat ialah mereka yang mempunyai gabungan kecacatan, iaitu anggota, pancaindera atau mental. Contohnya, kedua-dua belah kaki dan tangan cacat dan pada masa yang sama tidak dapat bertutur dengan jelas.

Kehidupan OKU yang serba mencabar memberi mereka semangat untuk mengharungi liku hidup ini. Tidak dinafikan juga ada OKU yang tidak dapat menerima cabaran berkenaan dan akhirnya kecundang dalam dugaan hidup.

Mereka memilih untuk menagih simpati orang ramai sebagai sumber rezeki, iaitu sebagai peminta sedekah. Ini berbeza pula sekiranya, OKU berkenaan menggunakan apa saja anggota yang masih ada untuk mencari rezeki, contohnya OKU penglihatan menggunakan kepandaian bermain alat muzik untuk menghiburkan orang ramai di kaki lima.

Bagi saya, duit yang dilontar kepada mereka bukanlah duit sedekah, tetapi bayaran atas hiburan yang diberi.

Kita lihat pula bagaimana orang ramai yang digolongkan sebagai 憈idak mesra OKU
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2007 04:41 PM | Show all posts
Kanak-kanak kurang upaya juga mampu untuk berdikari
06-08-2007 03:46:14 PM
Oleh DALILAH IBRAHIM  


BAGI kanak-kanak yang dilahirkan normal, ibu-bapa tidak sabar-sabar untuk menunggu anak-anak kesayangan mereka bertatih, memanggil mereka mama dan abah serta bermain kejar-kejar bersama-sama kanak-kanak yang lain.

Namun bagi mereka yang mengalami kecacatan mental yang teruk seperti adik Nur Atikah Ariffin, menganggukkan kepala tanda setuju atau mengucapkan 'helo' adalah sesuatu yang amat sukar untuk dilakukannya.

Nur Atikah atau lebih mesra dengan nama Manja kini berusia 11 tahun. Manja tidak boleh menggunakan anggota badannya atau bertutur kerana mengalami kecacatan mental sejak dilahirkan.

Ibunya, Norizah Ramli berkata Manja dilahirkan hanya seberat 1.05kg dan terpaksa diletakkan di dalam inkubator selama 44 hari.

Menurut Norizah, Manja hanya mampu menjerit dan mencampak atau membuang alat-alat atau mainan di sekitarnya apabila kecewa kerana tidak dapat berinteraksi dan bertahun-tahun Norizah dan suaminya yang bekerja sebagai seorang pemandu teksi mencari pusat kebajikan yang boleh menolong anak sulung mereka itu.


Manja disuap oleh ibunya Norizah sambil diperhatikan oleh dua daripada lima adik-adiknya, Nur Afizah dan Mohd Afiq.
(Foto The Star oleh Sia Hong Kiau)

Malangnya Norizah tidak mengetahui di mana anaknya itu boleh mendapat pertolongan kerana tidak ada pusat jagaan atau taska yang mahu menerima Manja.

Hanya sejak setahun yang lalu Manja dimasukkan ke pusat kebajikan Persatuan Orang Yang Amat Cacat Akal atau Society For The Severely Mentally Handicapped Selangor dan Wilayah Persekutuan (SSMH) di Sea Park, Petaling Jaya.

Manja kini belajar meningkatkan keupayaannya untuk bergerak dan bertutur serta membuat aktiviti-aktiviti untuk merangsang otak serta mengenali fungsi deria-deria asasnya.

Manja kini memahami sedikit sebanyak arahan yang diberikan oleh ibunya seperti membuka mulut untuk makanan disuapkan dan bersalam serta mencium tangan orang yang lebih tua.

Sesekali Manja akan cuba membuang mainan yang diletakkan di hadapannya tetapi faham apabila perbuatannya itu ditegah oleh salah seorang guru yang sentiasa berinteraksi dengan kanak-kanak di SSMH.

Manja kini mengharapkan ada pihak yang akan menaja sepasang kaki palsu untuk membolehkannya belajar untuk berjalan tetapi banyak lagi cabaran yang perlu dilaluinya sebelum impian itu tercapai.

Menurut Naib Presiden 1 SSMH, Fadillah Yakin, pusat tersebut kini memberi penjagaan dan latihan kepada 14 orang kanak-kanak yang mengalami kecacatan mental yang teruk pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8pagi sehingga 1.30 tengahari.

Menurutnya lagi, program-program khas latihan khas diadakan pada hari Sabtu dan Ahad untuk 10 orang bekas pelajar pusat tersebut.

"Pihak kami kini sedang merancang untuk mencari lebih ramai ahli-ahli terapi yang boleh memberikan khidmat mereka supaya kanak-kanak istimewa ini mendapat bimbingan pakar setiap hari.

"Sekarang ini kami hanya mempunyai seorang fisioterapi sambilan dari Jerman yang berkhidmat di Malaysia tetapi beliau hanya dapat datang seminggu sekali pada hari Selasa," katanya.

SSMH, menurut Fadillah lagi, bercadang menggaji lebih ramai ahli-ahli terapi untuk fisio dan pertuturan, misalnya, dan ianya merupakan salah satu agenda utama SSMH.

Fadillah ditemui di majlis penyampaian cek untuk SSMH yang disumbangkan oleh pasaraya Giant yang berjumlah RM258,463.01, hasil kutipan dari orang ramai di pasaraya-pasaraya Giant seluruh Malaysia sejak setahun lalu.

Ho menyerahkan cek replika kepada Dr Wong sambil diperhatikan oleh  Fadillah sementara duduk di belakang adalah Datuk Ruby, Miss Chinese Cosmo 2006 Sunnie Ng dan anak-anak istimewa SSMH.
(Foto The Star)

Pasaraya Giant diwakili oleh pengarah pemasaran GCH (Malaysia) Sdn Bhd, Ho Mun Hao dan penyerahan tersebut disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Kampung Tunku Datuk Dr Wong Sai Hau.

Turut hadir adalah Presiden SSMH Datuk Datin Paduka Ruby Lee

Fadillah berkata sumbangan Giant yang terbesar setakat ini yang diterima oleh SSMH benar-benar membantu pusat tersebut yang memerlukan RM20,000 sebulan untuk beroperasi.

"Bayangkan, segala perabot seperti meja dan kerusi dan semua keperluan asas perlu ditempah khas untuk mereka.

"Mujurlah ibu-bapa kanak-kanak istimewa ini banyak membantu kami dalam menguruskan penjagaan harian pusat kebajikan ini," katanya lagi.



Aisya Elena Awan yang berusia sembilan tahun gembira apabila menjalani terapi Snoezelen di SSMH.
(Foto The Star)

Pusat tersebut juga memiliki bilik terapi Snoezelen yang dibina khas untuk meransang deria, yang telah dibuktikan melalui kaedah saintifik bahawa ianya membantu kanak-kanak istimewa ini bertindak balas dengan lebih baik kepada latihan dan terapi.

Dr Wong di dalam ucapannya berkata peranan yang dimainkan oleh SSMH samalah seperti peranan yang dimainkan oleh wakil-wakil rakyat untuk kawasan-kawasan mereka.

"Bantuan yang diberikan oleh SSMH kepada anak-anak ini besar kesannya kepada perjalanan dan kualiti hidup mereka serta dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh ibu-bapa dan keluarga mereka," katanya.

Manakala di dalam ucapannya, Ho berkata Giant berharap agar sumbangan mereka dapat membantu kanak-kanak di SSMH memperbaiki kualiti hidup di samping memaksimumkan kemahiran asas mereka.

SSMH ditubuhkan pada tahun 1985 dan telah membantu beratus-ratus kanak-kanak seperti Nur Atikah untuk menjalani hidup mereka sebaik mungkin dan mengurangkan pergantungan mereka kepada orang lain.

Bagi mereka yang ingin menghubungi SSMH untuk menghulurkan bantuan atau mendapatkan keterangan lanjut tentang khidmat pusat ini, telefon 03-7874 6703 atau layari www.ssmh.com.my
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2007 10:55 AM | Show all posts
Rencana

--------------------------------------------------------------------------------
07 Ogos, 2007 09:47 AM     

Sinar Harapan Buat Anak-Anak Kurang Upaya Akal


Oleh Rosparadila Abdul Rahman

SEREMBAN, 7 Ogos (Bernama) -- Sebuah bangunan era kolonial terletak kira-kira 3km daripada sini, bersebelahan dengan Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), mungkin mencuri pandangan sesiapa yang melalui jalan menuju Taman Ulu Temiang.

Tiada apa yang luar biasa tentang bangunan ini. Tapi ia adalah tempat berteduh yang memberi sinar harapan buat 126 anak-anak kurang upaya akal.

Kebanyakan daripada anak-anak yang ditempatkan di sini adalah daripada keluarga yang susah. Kesempitan hidup tidak mengizinkan mereka mendapat penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan yang diperlukan.

Keluarga mereka terpaksa melepaskan anak-anak ini untuk dijaga dan diberi latihan yang sewajarnya supaya mereka mampu berdikari dan menguruskan diri mereka sendiri.

PELBAGAI PROGRAM DIJALANKAN

Taman Sinar Harapan dibuka secara rasmi oleh Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tunku Ampuan Najihah, pada 1979.

Kanak-kanak yang dimasukkan ke sini perlu mendapat kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terlebih dahulu dan disahkan oleh pegawai perubatan sebagai mereka yang cacat dan berdaftar di bawah JKM atau kanak-kanak yang dimasukkan melalui perintah mahkamah di bawah Akta Kanak-kanak 2001.

Institusi ini hanya menerima masuk kes-kes kurang upaya akal dari Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, dan Kuala Lumpur.

Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah sentiasa berusaha memberi harapan demi masa depan anak-anak di sini melalui pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan.

Menurut Pengetua institusi ini, Roziah Osman, pelbagai aktiviti dan perkhidmatan disediakan untuk membantu anak-anak ini berdikari dalam semua lapangan hidup sesuai dengan kebolehan dan keupayaan mereka berdasarkan kecacatan yang dialami.

"Bagi anak-anak yang tidak tahu menguruskan diri sendiri, mereka diberi latihan asas kemahiran hidup yang melibatkan kebersihan diri seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian, makan dan minum, mengemas katil serta bergaul dengan rakan sebaya.

"Anak-anak yang boleh menguruskan diri dan boleh dilatih kemahiran tertentu pula akan terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang meliputi kegiatan sosial seperti berkebun, berenang serta mengikuti kelas persekolahan," kata Roziah.

KELAS KRAFTANGAN

Anak-anak yang berkebolehan dalam bidang kraftangan berpeluang mengikuti kelas kraftangan.

Dibantu oleh dua orang guru khas, anak-anak ini diajar membuat pelbagai jenis seni kraftangan seperti membuat bakul pelbagai bentuk dan saiz daripada kertas suratkhabar.

Menurut Roziah, pihaknya merancang untuk menjadikan hasil kraftangan anak-anak ini sebagai cenderamata kepada pelawat yang datang ke institusi ini.

Aspek penjagaan kesihatan diberi tumpuan utama di institusi ini.

Selain daripada khidmat seorang jururawat terlatih yang bertugas di institusi ini, seorang pegawai perubatan dari Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan juga akan datang setiap dua minggu sekali untuk memberi rawatan.

Di institusi ini juga disediakan kemudahan rawatan pergigian. Klinik pergigian ini dikendalikan oleh kakitangan Klinik Pergigian Daerah Seremban yang dianggotai oleh seorang doktor gigi, seorang jururawat dan seorang atendan.

Klinik ini juga akan beroperasi setiap dua minggu sekali. Di samping mendapat rawatan pergigian, anak-anak di institusi ini juga mendapat tunjuk ajar cara-cara menjaga kebersihan gigi.

KELAS PEMULIHAN

Kelas pemulihan disediakan bagi melatih kanak-kanak yang kurang upaya anggota, bertujuan meningkatkan perkembangan motor halus dan motor kasar mereka.

Institusi ini juga mempraktikkan satu kaedah alternatif pemulihan yang dikenali sebagai 'Motor Action Training (MAT)' bertujuan membantu kanak-kanak tersebut mengembalikan fungsi pergerakan normal di samping meningkatkan motivasi kanak-kanak tersebut dengan menggunakan kaedah psikologi.

Menurut Roziah, kaedah yang dicipta di Jepun ini telah mula diperkenalkan di Malaysia sejak 1989 lagi namun ia hanya dipraktikkan di institusi ini pada tahun 2005.

"Institusi ini juga telah dipertanggungjawabkan sebagai pusat latihan bagi kanak-kanak kurang upaya fizikal daripada pusat Pemulihan Dalam Komuniti di sekitar Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor bagi menerima rawatan melalui kaedah MAT ini," tambah beliau.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2007 09:22 AM | Show all posts
Khatijah sering membela golongan OKU
Oleh ROSMAH DAIN

Namanya sinonim dalam bidang kebajikan sebagai insan yang sentiasa peka kepada kehendak orang kurang upaya (OKU).

Minatnya yang mendalam dalam bidang kebajikan menjadikan sikapnya untuk membantu golongan ini sentiasa membara di jiwa. Niatnya cuma satu agar nasib insan-insan OKU terbela dan dapat berdikari.

Wanita itu, Khatijah Suleiman, 60, sudah berpuluh tahun mendekatkan dirinya dengan dunia kebajikan.

Memegang jawatan sebagai Presiden Rumah Amal Cheshire Selangor yang ditubuhkan sejak tahun 1970 adalah tanggung jawab yang sebati di jiwa.

Sepanjang penglibatan beliau dalam bidang kebajikan menerusi rumah amal berkenaan, banyak pencapaian yang telah diraih. Antaranya, Anugerah Pertubuhan Cemerlang Selangor 2006, Pemenang Anugerah Kualiti Perdana Menteri 1995 dan terbaru memenangi Anugerah Mayang Seri Endon 2006 bagi kategori Pertubuhan Sukarela Kebajikan Cemerlang yang diadakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dalam mendekatkan diri dalam bidang kebajikan, golongan OKU dan ahli-ahli keluarga mereka menjadi sasaran utama, begitu juga individu dan kumpulan yang tidak bernasib baik dan miskin, individu dan kumpulan pesakit yang memerlukan terapi dan kaunseling serta sukarelawan dan organisasi yang berminat dengan aktiviti kesukarelawan masyarakat umum.

Mindanya sentiasa mencari idea bagaimana untuk memperkembangkan pelbagai perancangan program jangka pendek dan jangka panjang untuk OKU di samping memperkembangkan program komuniti, kursus dan bengkel-bengkel perlindungan.

憫Saya melihat masyarakat kini sudah mula kehadapan membantu insan-insan yang memerlukan.

憫Malah ibu bapa tidak malu lagi untuk mengetengahkan anak-anak istimewa untuk diberikan bantuan dan pendidikan yang sempurna,拻 katanya apabila diajukan pertanyaan perbezaan masyarakat dahulu dan sekarang dalam bidang pembangunan jati diri OKU sepanjang 50 tahun Merdeka.

Tambah Khatijah, dahulu masyarakat tidak begitu bersungguh dengan nasib yang menimpa ahli-ahli keluarga mereka yang OKU. Bukan tidak mahu membantu, tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk membantu insan-insan istimewa memandangkan tidak banyak pengetahuan dan maklumat yang didapati untuk membantu golongan ini.

Bahkan, pada awalnya badan-badan kebajikan OKU juga banyak diasaskan oleh orang-orang asing.

Katanya lagi, masa depan golongan ini semakin cerah menerusi pelbagai akta yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam membela nasib golongan ini.

憫Pembinaan bangunan-bangunan juga sekarang sudah banyak yang prihatin dengan OKU yang mana pembinaannya dilakukan memenuhi ciri-ciri yang sesuai dengan golongan ini,拻 katanya.

Khatijah berkata, selagi hayat dikandung badan, kerja-kerja kebajikan akan diteruskan selagi kesihatannya termampu.

憫Masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk golongan ini dan memperjuangkannya menerusi pengumpulan maklumat agar dapat memudahkan kerajaan menggubal satu akta yang berkesan untuk membantu OKU,拻 katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2007 09:07 AM | Show all posts
OKU berenang tanpa jaring 13 kilometer


KUCHING: Seorang warga emas yang hanya mempunyai sebelah kaki, berjaya berenang melintasi kawasan perairan antara Pulau Satang dan Pantai Santubong sejauh 13 kilometer, di sini, petang kelmarin.

Renangan solo Junaidi boleh dianggap yang pertama dilakukan oleh mana-mana perenang di negara ini kerana faktor usia dan keadaan fizikalnya yang dikategorikan sebagai golongan kurang upaya (OKU).

Mengulas mengenai kejayaannya itu, Junaidi berkata dia bertekad untuk melakukan renangan berkenaan selepas mendapati ramai rakan seusianya menganggap mereka tidak mampu melakukan apa-apa ketika usia menganjak lebih 50-an.

"Cabaran paling besar adalah faktor umur dan bukan disebabkan keadaan saya yang hanya mempunyai sebelah kaki kerana ramai rakan yang meminta saya melupakan niat untuk berenang dalam jarak yang dianggap 'jauh' oleh warga emas seperti kami," katanya ketika ditemui pemberita sejurus selepas dia menamatkan renangannya.

Ditanya berapa lama masa yang diambil untuk cabaran itu, Junaidi berkata dia tidak dapat mengiranya kerana dia mula berenang pada jam 8 pagi untuk memeriksa arus air dan keadaan angin laut.

"Selepas mendapati keadaan sesuai, saya terus berenang dengan diawasi oleh rakan dan anggota Bomba yang bersedia untuk menyelamatkan saya jika mengalami kecemasan seperti disengat obor-obor.

"Dua kilometer pertama memang memeritkan dengan bahagian lengan dan kaki kanan disengat obor-obor membuatkan saya seperti mahu membatalkan niat serta keadaan ombak yang bergelora ketika itu," katanya.

Junaidi berkata, semua dugaan itu dianggapnya sebagai cabaran yang harus ditempuh dengan dia tiba di Pantai Santubong kira-kira jam 4 petang selepas mengharungi ombak lebih lapan jam dengan jarak lebih tujuh batu nautika.

"Saya hadiahkan renangan solo ini untuk kemerdekaan Malaysia dan kepada seluruh rakyat Sarawak. Generasi muda seharusnya menyedari segala kemewahan dan kesenangan yang dinikmati hari ini tidak diperolehi dengan mudah," kata anak jati Kampung Santubong ini.

Turut hadir menyaksikan renangan itu ialah Ahli Parlimen Santubong, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, penduduk kampung bersama ahli keluarga Junaidi yang menanti sejak jam 3 petang lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2007 02:04 PM | Show all posts

ONE-LEGGED MAN: Junaidi Pauzan (centre) being escorted by Fire and Rescue Department personnel after completing his swim from Pulau Santang to Santubong beach in Sarawak on Saturday evening
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2007 09:43 AM | Show all posts
2 persekitaran latih anak istimewa, kurang upaya
Oleh Samsudin Awang


Program PDK Taman Guru Kuantan babitkan keluarga beri peluang kanak-kanak nikmati hidup normal

PENEKANAN terhadap peranan ibu bapa dalam usaha pemulihan dan pendidikan kanak-kanak istimewa, menjadi pendekatan berkesan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Taman Guru, Kuantan untuk pembangunan golongan kurang upaya di situ.

Justeru, PDK Taman Guru mengimbangi peranan pemulihan di pusat itu dengan peranan pendidikan dan kasih sayang daripada ibu bapa sendiri terhadap anak mereka yang dikategorikan orang kurang upaya (OKU).

Kaedah itu diharap dapat mengubah mentaliti ibu bapa yang hanya lepas tangan terhadap penjagaan dan pemulihan anak OKU mereka sebaliknya diserahkan 'bulat-bulat' kepada pihak PDK sedangkan peranan ahli keluarga lebih berkesan dalam melaksana tanggungjawab itu.

Dengan keyakinan tinggi bahawa semua kanak-kanak OKU mampu diberi bimbingan untuk menjalani kehidupan normal, lima pengasuh dan pengajar di PDK Taman Guru, gigih memberi bimbingan kepada apa jua kategori kanak-kanak istimewa yang dihantar ke situ.

Tanpa mengira batas usia dan latar belakang keluarga, seramai 22 OKU diterima masuk ke situ yang berusia antara tiga hingga 20 tahun dari kategori palsi serebrum, spastik, sindrom down, lembam dan hiperaktif.

Kesemua mereka diambil daripada penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Panching melalui pemilihan dan bantuan kebajikan daripada Persatuan Pemulihan Orang Cacat (PPOC), Pahang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Panching, Datuk Abdul Manan Ismail, berkata OKU terbabit hanya dibimbing empat jam saja setiap hari di PDK itu, manakala waktu selebihnya, keluarga masing-masing perlu membimbing sendiri di rumah.

"Dengan demikian, setiap yang diajar di PDK akan dapat dipraktikkan di rumah melalui pemantauan ahli keluarga supaya OKU dilatih secara berterusan di dua persekitaran, manakala ibu bapa pula tidak lepas tangan.

"Berbeza dengan PDK lain, kebanyakannya memberi jagaan OKU sehingga lapan jam sehari iaitu hingga habis waktu bekerja ibu bapa, seolah-olah PDK berkenaan berfungsi seperti taman asuhan kanak-kanak (Taska).

"Pendekatan salah itu menyebabkan kanak-kanak OKU terus kekal membesar dengan keadaan sedemikian tanpa dapat dipulihkan hingga ke peringkat mampu belajar di sekolah, berkerja dan sebagainya," katanya.

Abdul Manan berkata, selain bimbingan di pusat berkenaan, pengajar dari PDK itu juga akan melawat ke rumah mereka pada setiap dua minggu untuk melihat perkembangannya dan kaedah pemulihan oleh keluarga mereka di rumah.

Sementara itu, pengasuh di PDK berkenaan, Nurshamsiah Abdul Kadir, berkata dengan yuran hanya RM30 sebulan bagi seorang OKU, mereka akan dibimbing untuk menguruskan diri sendiri seperti mandi, makan, menukar pakaian dan berkomunikasi.

"Bagi yang sudah berusia belasan tahun pula, mereka dilatih untuk membuat kerja ringan seperti menyiram bunga, mencuci pinggan, kerja di kedai runcit dan sebagainya. Walaupun kemahiran berkerja yang dilatih itu tidak mampu memberikan mereka majikan atau mendapat pekerjaan, memadailah sekiranya dapat membantu aktiviti harian keluarga masing-masing.

"Bagi kanak-kanak pula, sasaran kami di PDK ini adalah untuk memastikan mereka dapat meneruskan pendidikan di sekolah apabila sudah cukup umur kelak, dan bukannya berterusan bergantung di pusat ini," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2007 01:32 PM | Show all posts
Orang Kurang Upaya Dan Hak Mereka


Oleh Rosliwaty Ramly

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Seperti mereka yang berupaya, orang kurang upaya (OKU) juga melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti seperti melancong, bekerja, membeli rumah dan menguruskan perniagaan.

Justeru, bagi memenuhi keperluan dan kehendak khas mereka, Kerajaan telah mewujudkan garis panduan dan peraturan.

Ini termasuklah membina bangunan-bangunan yang mesra OKU, membantu mereka membeli kediaman, mencari rezeki dan pelbagai peruntukan lain yang dianggap penting bagi kebajikan mereka.

Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) menggariskan beberapa garis panduan dan peraturan sedia ada yang menjamin kebajikan OKU, sebagaimana yang terkandung dalam buku panduannya mengenai Kewangan Peribadi.

Peraturan-peraturan itu ialah:

* Akta Cukai Jualan 1972

* Akta Pembaharuan Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian), 1976

* Akta Wanita Berkahwin dan Kanak-kanak (Penjagaan), 1950 (Pindaan 1981)

* Akta Harta Pusaka (Peruntukan Keluarga), 1971



PERATURAN

Akta Cukai Jualan, 1972

Sudah sedia maklum bahawa peralatan bantuan atau sokongan untuk OKU boleh menjadi agak mahal. Oleh itu, Kerajaan telah memberi pengecualian cukai jualan ke atas peralatan sokongan, yang diklasifikasikan sebagai peralatan perubatan atau pendidikan.

Dengan mengecualikan cukai jualan, kos yang dijimat disampaikan kepada mereka yang kurang upaya. Justeru, peralatan menjadi lebih murah dan lebih senang perolehi oleh mereka.

Alat-alat sokongan ini termasuk peralatan ortopedik, bantuan pendengaran dan kerusi roda.

Selain pengecualian cukai jualan, mereka juga boleh memohon untuk mendapatkan dana khas untuk membeli motosikal roda tiga dan peralatan lain daripada Yayasan Kebajikan Negara.



Akta Pembaharuan Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian), 1976

Telah dinyatakan dengan jelas dalam Akta ini bahawa jika berlaku sesuatu perceraian, mahkamah akan membuat peruntukan mengenai penjagaan dan pengendalian kanak-kanak hasil perkahwinan itu. Namun, perintah itu tidak lagi terpakai jika berlaku salah satu daripada keadaan berikut:

* kanak-kanak telah mencapai usia matang iaitu 18 tahun; atau

* kanak-kanak kurang upaya daripada segi mental atau fizikal tidak lagi menderita daripada ketidakupayaan itu.

Dengan peruntukan ini, hak kanak-kanak, terutama yang kurang upaya, dilindungi.

Jadi, jika kanak-kanak kurang upaya diletakkan di bawah jagaan ibu mereka, misalnya, si ibu tidak perlu bimbang kerana perlu mencari pendapatan tambahan untuk menyara kanak-kanak kerana ia adalah tanggungjawab si ayah.

Dan jika si ayah sengaja mengabaikan perintah itu, mahkamah boleh mengambil tindakan terhadapnya.



Akta Wanita Berkahwin dan Kanak-kanak, 1950 (Pindaan 1981)

Di bawah Akta Wanita Berkahwin dan Kanak-kanak (Penjagaan), 1950, si isteri mempunyai hak untuk menuntut biaya penjagaan daripada suami sebelum perbicaraan perceraian di mahkamah diadakan.

Dan jika si isteri mengalami ketidakupayaan daripada segi mental atau fizikal, mahkamah akan juga mempertimbangkan keadaannya apabila mengeluarkan perintah penjagaan.

Malah, jika si ayah gagal menyediakan biaya penjagaan untuk kanak-kanak kurang upaya, mereka akan membuat pemohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan perintah memaksa si ayah membayar elaun bulanan mereka.



Akta Harta Pusaka (Peruntukan Keluarga), 1971

Akta ini melindungi hak kanak-kanak kurang upaya seandainya ibu bapa mereka meninggal dunia.

Di bawah Akta ini, harta si mati akan diagih secara adil di kalangan semua yang bergantung kepada ibu bapa. Mereka yang bergantung kepada ibu bapa ini merujuk kepada kanak-kanak lelaki atau anak lelaki, yang kurang upaya daripada segi mental atau fizikal, tidak mampu untuk menjaga dirinya sendiri dan seorang anak perempuan yang belum berkahwin atau sesiapa, yang kurang upaya daripada segi mental atau fizikal, dan tidak mampu menjaga dirinya sendiri.

Akta ini seterusnya menjelaskan bahawa jika wasiat si mati tidak menyediakan biaya penjagaan yang mencukupi untuk mereka yang bergantung kepada ibu bapa ini, mereka ada hak untuk memohon supaya peruntukan itu dibahagikan berlainan daripada apa yang ternyata dalam wasiat.



INSENTIF

Selain undang-undang ini, terdapat beberapa insentif lain yang khususnya diwujudkan untuk orang kurang upaya.

Antaranya ialah:

Perumahan

Untuk mengurangkan bebanan kewangan bagi memiliki rumah, Kerajaan, melalui Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus kepada OKU yang berpendapatan rendah. Ini adalah untuk membolehkan mereka memiliki rumah kos rendah atau sederhana.



Pendidikan

Bagi mengurangkan bebanan kewangan ibu bapa yang mempunyai anak-anak kurang upaya, elaun bulanan diberikan kepada setiap anak untuk menghadiri persekolahan. Pelajar kurang upaya di sekolah rendah dan menengah diperuntukkan wang sebanyak RM25 setiap seorang; dan RM300 untuk mereka yang menuntut di institusi pengajian tinggi.

Pengangkutan

Sehingga 50 peratus diskaun untuk tiket diberikan kepada orang kurang upaya untuk membantu mereka bergerak. Antara syarikat pengangkutan yang menyediakan khidmat sedemikian ialah Penerbangan Malaysia (MAS), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Transnasional dan Syarikat Prasarana Negara. Malah mereka turut dikecualikan daripada membayar cukai jalan.

Bagaimanapun, ia hanya terpakai untuk kenderaan-kenderaan yang diperbuat dalam negeri. Dan mereka juga diberi diskaun 50 peratus ke atas duti kerajaan untuk kenderaan-kenderaan buatan dalam negeri.

Perhubungan

Untuk memastikan akses sama rata untuk berkomunikasi, Telekom Malaysia, melalui Pakej Penyayang, menawarkan sewa bulanan percuma dan kemudahan telefon percuma merangkumi panggilan menunggu dan khidmat panggilan pindahan untuk orang kurang upaya.

Bagaimanapun, untuk menikmati faedah ini, mereka perlu menjadi ahli berdaftar Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) atau mana-mana badan kerajaan yang lain.

Menubuhkan Perniagaan

Orang kurang upaya juga diberi geran permulaan berjumlah RM2,700 untuk tujuan memulakan perniagaan. Geran tambahan turut diberikan untuk memperbesarkan perniagaan.

Persatuan Bagi Orang Buta mempamerkan contoh yang baik dalam menggalakkan semangat keusahawanan apabila mereka menubuhkan rangkaian Kedai-kedai francais, memberi peluang kepada orang buta untuk menjalankan perniagaan mereka sendiri.

Insentif-insentif yang banyak diberikan kepada OKU direkabentuk dengan tujuan mengurangkan pergantungan kewangan dan lebih penting, untuk membantu mereka meneruskan kehidupan dengan lebih selesa.

Namun untuk membolehkan mereka menikmati manfaat ini, paling penting, mereka perlu mendaftarkan diri mereka dengan JKMM yang kemudiannya akan mengeluarkan Kad Pengenalan Orang Kurang Upaya yang melayakkan mereka meraih faedah-faedah itu.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2007 01:17 PM | Show all posts
Sumber Kewangan Bagi Orang Kurang Upaya


Oleh Rosliwaty Ramly

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Orang Kurang Upaya (OKU) sering dipandang serong sebagai `membebankan' dan kebajikan mereka perlu ditanggung oleh keluarga atau kerajaan.

Tetapi ini tidak benar. Sebenarnya, jika diberi peluang, mereka juga boleh menyumbangkan kepada pembangunan ekonomi negara.

Malangnya, disebabkan wujud beberapa halangan, yang bukan kesemuanya berkaitan dengan ketidakupayaan, OKU diketepikan khasnya daripada segi pekerjaan dan ini menyebabkan kerugian besar daripada segi ekonomi kepada seluruh dunia.

Bank Dunia menganggarkan bahawa pada tahun 2000 berlaku kerugian berjumlah antara RM5.2 trilion dan RM7.37 trilion dalam keluaran kasar dalam negara di seluruh dunia ekoran peminggiran golongan OKU daripada arus utama masyarakat.

Bagi Malaysia, angka itu dianggarkan antara RM4.48 bilion dan RM6.38 bilion.

Persatuan Akauntan Berkanun Bertauliah (ACCA) dalam buku panduannya mengenai Kewangan Peribadi berkata dalam mengiktiraf potensi golongan OKU, kerajaan melancarkan Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya (Kod OKU) pada 2001.

OBJEKTIF

Antara objektif yang digariskan dalam kod itu:

- Untuk menyediakan garis panduan mengenai peluang pekerjaan bagi mereka yang cacat dalam sektor swasta. Garis panduan itu adalah bagi jabatan-jabatan kerajaan, majikan, kesatuan sekerja dan golongan kurang upaya.

- Untuk mewujud dan meningkatkan kesedaran di kalangan majikan sektor swasta supaya lebih banyak peluang pekerjaan disediakan bagi OKU.

- Untuk menerapkan kesedaran di kalangan OKU akan pentingnya belajar kemahiran dan menimba pengetahuan untuk membolehkan mereka bekerja.

Bagi penggajian OKU dalam sektor awam, kerajaan telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan No. 10/1998 yang memperuntukkan 1 peratus daripada peluang pekerjaan kepada OKU.

INSENTIF KEWANGAN

Selain daripada peluang-peluang kewangan, juga terdapat insentif kewangan bagi majikan dan juga OKU seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang berikut:

* Akta Cukai Pendapatan, 1967

Amnya, seorang warganegara yang membayar cukai layak menuntut pelepasan RM8000 bagi diri, RM3000 bagi isteri dan RM1000 bagi setiap anak. Sekiranya pembayar cukai adalah daripada golongan OKU, pelepasan tambahan RM5000 dibenarkan.

Bagaimanapun, jika isteri adalah OKU pelepasan tambahan RM2500 dibenarkan dan jika anak pula OKU, satu pelepasan sebanyak RM5000 dibenarkan.

Selain daripada itu, satu pelepasan maksimum sebanyak RM5000 juga dibenarkan bagi pembelian peralatan asas sokongan bagi pembayar cukai OKU ataupun bagi isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya.

Bagi majikan, mereka akan menikmati potongan cukai dua kali bagi gaji dan manfaat yang dibayar kepada setiap kakitangan OKU dan kerana melatih mana-mana OKU yang bukan kakitangan mereka.

* Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), 1991

KWSP mempunyai skim pengeluaran khas bagi mereka yang hilang upaya fizikal atau mental.

Di bawah skim ini, anggota-anggota dibenar mengeluarkan wang simpanan dalam usaha mengurangkan beban kewangan mereka. Bagaimanapun, syarat-syarat ketat dikenakan di mana OKU perlu kemukakan dokumen berikut:

1. Borang KWSP 9B (AHL);

2. Borang KWSP (3A) (AHL);

3. Satu laporan perubatan yang dikeluarkan oleh seorang doktor. Laporan itu mesti mengesahkan tahap ketidakupayaan dan orang berkenaan tidak lagi boleh bekerja, dan status kesihatan semasa;

4. Kad Pengenalan;

5. Salinan Surat Peletakan Jawatan atau Pemberhentian Khidmat daripada majikan; dan

6. Satu salinan buku akaun simpanan atau akaun semasa bank yang masih aktif.

Setelah kesemua syarat dipenuhi, KWSP akan terus mendeposit wang itu kepada akaun bank OKU. Selain daripada itu, sebagai tanda prihatin, KWSP juga membayar tambahan RM5000

* Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso), 1969

Perkeso menyediakan skim perlindungan terhadap:

- kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja atau pulang dari tempat kerja

- kemalangan di tempat kerja; atau

- penyakit di tempat kerja yang disebabkan oleh pendedahan kepada pelbagai bahaya di tempat kerja. Sebagai contoh, kehilangan pendengaran kerana terdedah kepada bunyi kuat di tempat kerja.

Jika kemalangan menyebabkan hilang upaya kekal, kakitangan berhak mendapatkan faedah hilang upaya kekal.

Menurut maklumat daripada laman web Perkeso, jika kehilangan upaya kekal di nilai sebagai 100 peratus, kadar bayaran harian adalah bersamaan dengan 90 peratus daripada anggaran upah harian purata, tertakluk kepada kadar minimum harian sebanyak RM10.

DOKUMEN

Untuk melayakkan diri bagi manfaat itu, OKU perlu menyediakan dokumen berikut:

- satu permohonan bertulis kepada pejabat Perkeso tempatan bagi rujukan ke Lembaga Perubatan;

- laporan perubatan; dan

- satu borang tuntutan (Borang 10).

Kesemua undang-undang di atas dirumuskan untuk melindungi mereka yang cacat, sejak lahir atau akibat kemalangan di tempat kerja.

Perlindungan itu turut dilanjutkan kepada anggota keluarga terdekat seperti isteri, anak dan ibu bapa untuk meringankan beban kewangan keluarga.

Bagaimanapun, apa yang diperlukan ialah lebih banyak peluang pekerjaan bagi OKU.

Sementara mengurangkan kerugian daripada segi keluaran kasar dalam negara, peluang-peluang pekerjaan akan memberikan mereka peluang untuk membuktikan keupayaan masing-masing yang seringkali dipandang remeh oleh masyarakat.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2007 12:39 PM | Show all posts
OKU nikmati kehidupan di Rumah Insaniah
Oleh Zuhayati Yazid



Siti Ruhani Mohd. Yunos (belakang berkaca mata) bersama-sama sebahagian penghuni Rumah Insaniah Dr. Siti Hasmah.
--------------------------------------------------------------------------------



Kewujudan Rumah Insaniah Dr. Siti Hasmah yang dibuka sejak 19 tahun dianggap salah satu kemudahan kepada orang kurang upaya (OKU) mendapatkan latihan dan kemahiran.

Bagi kumpulan sasaran yang terdiri daripada golongan OKU, ia disifatkan sebagai dahan berteduh lebih-lebih lagi dalam mengharungi kehidupan yang penuh mencabar.

Gelak dan ketawa yang sering didengari dari sebuah banglo di kawasan elit itu membuatkan masyarakat sekeliling yang tidak tahu kewujudan rumah tersebut, mungkin beranggapan ia kediaman sebuah keluarga besar yang dilimpahi kebahagiaan. Hakikatnya, golongan yang istimewa dan berhati waja telah menghidupkan suasana rumah tersebut.

Rumah yang terletak di Taman Kanagapuram, Jalan 18/22, Petaling Jaya, Selangor, itu mampu memuatkan seramai 60 orang penghuni. Bagaimanapun, buat masa ini ia hanya mempunyai 26 orang penghuni berdaftar dan mengalu-alukan kemasukan golongan OKU yang berminat mendapatkan kemahiran dalam bidang-bidang yang disediakan.

Walaupun hanya 慸itumpangkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2007 10:27 AM | Show all posts
Dr. Ismail, Senator OKU pertama


Ismail Md. Salleh.
--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR 18 Dis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2007 09:46 AM | Show all posts
OKU cipta kerusi roda bermotor pertama buatan tempatan

KUALA LUMPUR 21 Dis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.088945 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list