CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Orang Kurang Upaya (OKU)

[Copy link]
 Author| Post time 29-11-2006 03:29 PM | Show all posts
Kesal sambutan Fespic hambar


SAYA dapati sambutan orang ramai terhadap Sukan Orang Kurang Upaya Timur Jauh dan Pasifik Selatan (Fespic) 2006 begitu hambar. Sambutan dan sokongan masyarakat Malaysia yang kononnya terkenal dengan sifat prihatin terhadap Orang Kurang Upaya (OKU) ternyata meleset berdasarkan sambutan dingin dalam setiap acara yang dipertandingkan terutama acara olahraga yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Berdasarkan publisiti yang diberikan oleh media sebelum kejohanan bermula, saya jangka Sukan Fespic kesembilan kali ini sudah tentu akan menerima sambutan hebat penonton tempatan.

Tetapi apa yang berlaku selepas hari keempat, hampir kesemua acara mendapat sambutan amat dingin dan memalukan.

Saya berpendapat rekod kejohanan atau bintang sukan terkenal tidak harus menjadi taruhan, sebaliknya semangat waja, kegigihan dan keupayaan mengatasi rintangan fizikal diri sepatutnya menjadi contoh dan teladan buat kita warga yang sempurna tubuh badan.

Saya juga tertanya-tanya ke manakah menghilangnya sokongan pelajar sekolah yang sedang bercuti. Adakah kesemuanya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)? Ke manakah beribu-ribu bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikatakan semakin patriotik?

Mengapakah Putera Umno tidak mengerahkan beratus-ratus ribu ahlinya menyaksikan acara sukan ini? Adakah semua terbabit dalam usaha menjinakkan mat rempit?

MAT DERIH,
Kampung Gajah, Perak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2006 03:31 PM | Show all posts
Buku panduan perkhidmatan OKU percuma


PETALING JAYA: Jawatankuasa Kerja SS2 Cares dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menerbitkan edisi kedua buku panduan perkhidmatan yang ditawarkan golongan kurang upaya (OKU) di sekitar Petaling Jaya.

Buku yang memuatkan maklumat peribadi OKU, termasuk jenis perniagaan atau produk yang diusahakan akan dikemas kini kerana dianggarkan lebih 1,000 OKU menetap di sekitar bandar raya berkenaan.

Ahli Dewan Undangan (Adun) Damansara Utama, Datuk Lim Choon Kin, berkata edisi pertama yang diedarkan percuma kepada orang ramai tahun lalu mampu memperluaskan perniagaan golongan sasaran, sekali gus memudahkan pelanggan.

Katanya, maklum balas orang ramai berpendapat pengedaran buku berkenaan menunjukkan keprihatinan masyarakat membantu insan istimewa, selain sebagai promosi berterusan terhadap perniagaan yang diusahakan mereka.

揝emua warga SS2 bersatu padu dalam menjadikan kawasan kejiranan ini mesra OKU. Selain pengedaran Buku Panduan Perkhidmatan OKU Edisi kedua, kami turut menganjurkan karnival sempena sambutan Hari Antarabangsa Orang Kurang Upaya 2006.

揚elbagai acara dijadualkan berlangsung 3 Disember ini khusus untuk mengeratkan hubungan sesama penduduk dan mengisi dana beberapa badan kebajikan,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2006 09:35 AM | Show all posts
Ning Baizura rai sukan insan kurang upaya

Beberapa penyanyi terkenal termasuk Ning Baizura dan Kelvin Lau akan tampil di pentas persembahan majlis penutup Kejohanan Persekutuan Sukan Kurang Upaya Timur Jauh dan Pasifik Selatan (Fespic) 2006 di Stadium Bolasepak Cheras, Kuala Lumpur, esok.

Majlis anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia itu bermula pukul 6 petang hingga 12 malam.

Acara sukan untuk para insan kurang upaya ini telah bermula sejak Sabtu lalu. Majlis perasmiannya telah berlangsung dengan jayanya di Stadium Bolasepak Cheras, Kuala Lumpur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah merasmikan majlis tersebut yang dihadiri lebih 20,000 orang kurang upaya.

Seramai 410 atlet negara terdiri daripada orang-orang kurang upaya telah tampil menjayakan acara sukan istimewa sepanjang minggu ini termasuk selebriti, Ras Adiba Radzi.

Selain Malaysia, antara negara-negara lain yang turut mewakilkan atlet masing-masing ialah China, Hong Kong, Indonesia, Thailand, Jepun, Korea, Australia, dan Pakistan.

Menariknya pada majlis perasmian tersebut, D`Media & Event Entertainment telah membawa seramai 60 pelajar-pelajar kurang upaya dari Sekolah Menengah Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor, Stamping, Kuching, Sarawak untuk tampil mengadakan persembahan tarian kebudayaan.

Sebelum itu, khalayak telah dihiburkan dengan nyanyian lagu tema oleh Liza Hanim. Sementara Too Phat dan Khatijah Ibrahim menghiburkan khalayak menerusi lagu-lagu popular mereka antaranya One Moment In Time, Doa Buat Kekasih, Alhamdulillah dan Malaysia Truly Asia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2006 09:40 AM | Show all posts
Ekspresi jemari penghargaan kepada pelajar OKU
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH


ASMAHAN GHAFARUDIN (tengah) menunjukkan piala dan sijil yang dimenangi bersama ibu bapanya, Wan Sham Wahidin dan Ghafarudin Osman.
--------------------------------------------------------------------------------

Kesedaran untuk menimba ilmu pengetahuan tidak terbatas kepada golongan normal sahaja, bahkan insan istimewa seperti golongan orang kurang upaya (OKU) jugal memerlukan ilmu untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Alam persekolahan adalah waktu yang paling penting bagi proses pembentukan kesedaran, membuat perancangan serta membuat keputusan berhubung dengan pendidikan, kehidupan sosial serta kerjaya pada masa hadapan.

Mungkin ramai yang sudah mengetahui tentang kewujudan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV), Shah Alam, Selangor, yang merupakan satu daripada empat buah Sekolah Menengah Pendidikan Khas di bawah Pentadbiran Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ditubuhkan pada Januari 1987, ia memberi peluang kepada pelajar istimewa yang kurang daya pendengaran untuk bersaing dan seiring dengan insan normal lain.

Dalam proses perkembangan kerjaya, tidak dinafikan bahawa wujud tekanan dan halangan yang mungkin dihadapi oleh mereka, tetapi wujud juga pelbagai peluang pekerjaan dan kemudahan khas untuk golongan istimewa ini.

Secara umumnya, pelajar juga perlu peka dan mengetahui tentang bidang latihan dan pekerjaan yang ada di persekitaran mereka. Mereka juga perlu memusatkan diri dengan bidang kerjaya yang sesuai dengan minat, keupayaan dan pencapaian.

Begitu juga impian yang ingin dilaksanakan oleh pengetua, tenaga pengajar dan seluruh kakitangan SMPKV, Shah Alam.

Pada awal penubuhannya, SMPKV hanya mempunyai 27 pelajar dan 13 guru. Pada tahun ini, enrolmen pelajarnya ialah seramai 247 orang iaitu 152 lelaki dan 95 perempuan serta 58 orang guru.

Peningkatan bilangan murid setiap tahun menunjukkan ibu bapa kini semakin peka terhadap keperluan pendidikan anak-anak yang istimewa.

Kecemerlangan

Penulis berkesempatan bertemu guru, pelajar-pelajar istimewa yang cemerlang bersama ibu bapa mereka pada majlis penyampaian hadiah, Ekspresi Jemari 2006.

Seunik namanya, Ekspresi Jemari 2006 bertujuan memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan, mengasah bakat dan potensi mereka dalam bidang yang diceburi, di samping mendorong kreativiti dan inovasi pelajar dalam mereka cipta sesuatu rekaan yang baru.

Program tahunan ini telah dirasmikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Mokhtar Jaafar. Hadir sama, Pengetua SMPKV, Samsudin Md. Noor.

Kehadiran ibu bapa pelajar yang datang dari seluruh negara turut memeriahkan program, sekaligusa dijadikan pembakar semangat ke arah mencapai kecemerlangan pada masa akan datang.

Bagi Mohd Shairi Mahasan, 19, sokongan ibu bapa, keluarga dan guru-guru telah memberi kekuatan untuk dia meneruskan kehidupan dan berjaya dalam pelajaran walaupun mengalami masalah pendengaran.

Mohd Shairi mendapat tempat pertama dalam Kejohanan Tangan Emas untuk kategori memasak.

揝aya memang minat memasak sejak di rumah lagi. Tentunya saya gembira kerana mendapat hadiah ini dan ia menjadi pendorong saya untuk belajar lagi.

揝elepas ini, saya akan mengambil borang politeknik untuk melanjutkan pelajaran,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2006 11:52 AM | Show all posts
OKU mahu daki gunung
Oleh Rosman Shamsudin


Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Felda Gugusan Trolak hantar 40 peserta daki puncak Kinabalu

TROLAK: "Kami mahu buktikan bahawa orang kurang upaya (OKU) juga mampu mencipta sejarah mendaki Gunung Kinabalu iaitu gunung yang tertinggi di Asia Tenggara," ikrar peserta Program Ekspedisi OKU (PEOKU) dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Felda Gugusan Trolak, Trolak Selatan, di sini.

Jika semua persiapan berjalan lancar semua 40 peserta program itu akan memulakan ekspedisi pendakian Gunung Kinabalu, Sabah, awal Januari ini.

Kejayaan menjalani latihan pendakian sebelum ini di Gunung Irau, Cameron Hinglands; Gunung Bujang, Melaka serta Gunung Liang di Hutan Simpan Behrang, di sini memberi semangat baru untuk peserta PEOKU menakluk Gunung Kinabalu pula.

Walaupun terpaksa meredah hutan serta cerunan curam yang memerlukan kekuatan fizikal yang bukan sedikit, bagaimanapun itu dapat diatasi dengan semangat dan keazaman kuat.

Bagi peserta PEOKU, kekurangan yang ada bukan faktor penghalang untuk mencipta kejayaan bagi membuktikan kepada masyarakat bahawa OKU juga mampu melakukannya dengan kekuatan fizikal yang ada.

Peserta ekspedisi, Muaahmad Mat Nayan, 26, yang menghidap penyakit Polio sejak kanak-kanak berkata, walaupun terpaksa menggunakan tangan ketika menjalani latihan dia tetap bersemangat menyahut cabaran mendaki Gunung Kinabalu.

Beliau berkata, bukan mudah untuk menggapai impian kerana sememangnya memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi.

"Setiap hari saya bersama rakan ekspedisi lain menjalani latihan fizikal di gimnasium PDK.

"Tujuan saya menyertai PEOKU ini adalah untuk menguji kekuatan diri dan membuktikan kepada masyarakat bahawa OKU juga mampu melakukannya," katanya yang percaya dengan sokongan ibu bapa serta rakan seperjuangan semua cabaran dapat diatasi.

"Latihan sebelum ini memberi kesan kepada saya dari segi motivasi diri dan fizikal, apatah lagi jika berjaya mendaki Gunung Kinabalu sudah pasti ia memberi lembaran baru dalam hidup saya," katanya yang tidak sabar menyertai ekspedisi itu.

Seorang peserta, Badli Mat Jiai, 28, berkata dia menyertai ekspedisi itu bukan bertujuan untuk bermegah tetapi sekurang-kurangnya dapat mencipta sejarah sendiri walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

"Saya percaya PEOKU akan membuahkan hasil dengan adanya sokongan daripada semua pihak terutama semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh peserta dalam latihan sebelum ini," katanya.

Seorang lagi peserta, Rosli Ahmad, 22, menyifatkan peluang menyertai PEOKU akan digunakan sepenuhnya mengenali lebih dekat keindahan alam flora dan fauna serta budaya masyarakat di Sabah.

"Saya percaya ekspedisi kali ini akan memberi saya satu pengalamam baru yang amat berharga dan tidak ternilai dalam kehidupan sebagai OKU," katanya.

Seorang lagi peserta ekspedisi, Ahmad Zaidi Sulaiman, 20, berkata dia bersyukur dan berterima kasih kepada pihak PDK yang memilihnya menyertai PEOKU

"Saya menyahut cabaran mendaki Gunung Kinabalu demi mengharumkan nama PDK Trolak Selatan yang banyak menabur bakti kepada saya dan rakan yang lain," katanya.

Sementara itu, Bendahari PDK Felda Trolak Selatan, Rosliah Ibrahim, 35, berkata semangat tinggi yang ditunjukkan peserta PEOKU amat membanggakan walaupun mereka tidak sempurna namun segala cabaran dapat diatasi dengan tabah.

Katanya, sebelum menyertai sesuatu ekpedisi peserta PEOKU diberikan latihan fizikal di gimnasium PDK dan motivasi secukupnya sebagai persediaan mendaki gunung.

"Pengalaman latihan sebelum ini membuktikan bahawa semua cabaran berjaya diatasi dan yang mengejutkan ada antara mereka (OKU) yang pertama berjaya sampai ke puncak," katanya ketika di temui di PDK Trolak Selatan, baru-baru ini.

Rosliah berkata, cabaran menakluk Gunung Kinabalu adalah juga bertujuan mempertingkatkan pengetahuan peserta mengenai keindahan alam semula jadi flora dan fauna yang terdapat di kawasan tinggi di negara ini.

Beliau berkata, ekspedisi itu juga dapat meningkatkan keyakinan diri OKU dan menyedarkan mereka bahawa kecacatan bukanlah penghalang untuk mencipta kejayaan.

Katanya, di samping itu, guru PDK juga dapat mengesan kelemahan dan kemampuan OKU dengan lebih mendalam sebagai panduan ketika menjalani latihan dan pembelajaran di PDK.

Bagaimanapun, katanya, untuk merealisaikan impian itu pihak PDK memerlukan peruntukan kira-kira RM84,000 untuk membiayai keseluruhan perbelanjaan peserta di sepanjang perjalanan sehingga selesai ekpedisi.

Rosliah berkata, pihak PDK amat mengalukan sumbangan daripada kerajaan, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan golongan korporat bagi menampung kos perbelanjaan ekspedisi itu.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan atau tajaan boleh menghubunginya (Rosliah) telefon 019- 5959646 atau ke akaun Maybank 108150021672 atas nama JKPP Dalam Komuniti, Gugusan Trolak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2006 03:41 PM | Show all posts
Wah! Malaysia kutip 44 emas, 59 perak dan 71 gangsa.  Syabas!!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2006 11:14 PM | Show all posts
sayang aku baru jrk terbaca..
kalo idak bleh jadik sukerelawan..
kebetulan mmg ada seorang anak OKU
di samping berbakti, bleh jugak kenal lebih dekat dgn OKU dan ahli keluarga OKU..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2006 02:32 PM | Show all posts
OKU sukar dapat lesen memandu


SAYA menyokong usaha Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) untuk mengkaji semula modul sekolah memandu bagi melahirkan pemandu berkemah dengan tujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Saya berharap hak Orang Kurang Upaya (OKU) tidak dilupakan untuk memiliki lesen memandu seperti orang awam lain bagi memudahkan mereka melaksanakan urusan seharian.

Masalah ini dihadapi adik saya dan rakannya daripada golongan OKU. Kadangkala mereka meluahkan isi hati sesama sendiri dan keluarga. Salah satu perkara yang diluahkan mereka ialah kesukaran untuk mendapatkan lesen memandu.

Golongan OKU terutama yang hanya cacat pendengaran dan tidak boleh bercakap seharusnya diberi kelonggaran dari segi modul sekolah memandu untuk mendapatkan lesen memandu kerana mereka mempunyai fizikal sempurna seperti orang awam lain.

Masalah timbul apabila mereka dikehendaki menjawab soalan dalam ujian lesen memandu dalam bentuk ayat. Seperti yang kita tahu, golongan ini belajar di sekolah dan berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat.

Ia menyukarkan mereka untuk menjawab soalan berkenaan. Tidak adakah cara lain yang disediakan oleh MKJR dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membolehkan golongan OKU memahami soalan berkenaan dengan lebih baik?

Seharusnya pihak berkenaan memikirkan pendekatan sewajarnya untuk membolehkan OKU memiliki lesen memandu yang sah kerana ini akan memudahkan mereka melaksanakan urusan seharian dan menikmati kemudahan di negara ini seperti orang lain.

Saya berharap pihak berkenaan mengambil pendekatan sewajarnya.

INSAN PRIHATIN,
Teluk Intan, Perak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2006 10:07 AM | Show all posts
慍acat tak halang kejayaan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2006 09:51 AM | Show all posts
Tolong prihatin dengan kebajikan kami!
Oleh: RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH



SEBAHAGIAN golongan orang kurang upaya (OKU) yang berkerusi roda menghadiri persidangan 慉kses Untuk Kehidupan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2006 11:34 AM | Show all posts
OKU mahu catat sejarah main drum
Oleh Mary Victoria Dass


JOHOR BAHRU: Percubaan buat julung kali seorang warga kurang upaya (OKU) bakal mencatat rekod baru dalam Malaysia Book Of Records dengan bermain drum sebelah tangan selama 12 jam.

Malah, banyak pihak tidak sabar menyaksikan bakat Parijan Bidik, 34, yang cacat fizikal dan mengalami masalah kesihatan lain, untuk memasuki buku rekod berkenaan.

Pengerusi penganjur program, Mohd Rafi Veran, berkata Parijan dijangka ditemani lebih 200 pengunjung termasuk ahli keluarganya ketika mencatat rekod baru itu 7 Januari ini.

Beliau berkata, usaha memecah rekod akan dimulakan jam 3 pagi sehingga 3 petang di kompleks Masai Holiday Plaza, di sini.

"Keadaan kesihatan Parijan menjadi keutamaan kami ketika percubaan mencatat rekod baru dan kami meminta Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) menyediakan bantuan kecemasan sekiranya diperlukan," katanya.

Beliau berkata, lebih menarik apabila beberapa pihak yang menghubungi pihaknya untuk menyampaikan sumbangan kepada Parijan.

Katanya, antara syarikat yang bersedia menaja program berkenaan termasuk Buitonlands Group of Companies iaitu pihak pengurusan Masai Holiday Plaza.

Minat Parijan bermain drum sebelah tangan muncul apabila melihat seorang artis antarabangsa era 1980-an, Richard John Cyril Ailen (kumpulan Def Leppard) bermain drum menggunakan sebelah tangan.

Beliau mula berlatih bermain drum sejak berusia 13 tahun dengan bantuan seorang ahli muzik bergelar Abang Lan (bekas ahli kumpulan Lefthanded).

Ahli muzik berkenaan menjadi pendorong untuknya berlatih bermain drum di Studio SM Masai Centre, Masai termasuk mengajarnya mengendalikan peralatan drum menggunakan sebelah tangan.

Percubaan itu menjadi sesuatu yang baru buat dirinya yang juga pernah menyertai beberapa pertandingan seperti di Rock Unite (separuh akhir) pada awal tahun ini dan Asian Beat di Danga Bay (naib juara) pada bulan lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2006 09:57 AM | Show all posts
Kemudahan awam tidak mesra OKU
Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin


PETALING JAYA: Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor sedih dengan sikap kurang prihatin pihak tertentu dalam menyediakan kemudahan dan pengangkutan awam yang praktikal untuk golongan orang kurang upaya (OKU).

Beliau berkata, walaupun masalah pengangkutan dan kemudahan awam yang tidak mesra OKU sudah banyak dibangkitkan sejak sedekad lalu, namun ia masih menghantui golongan OKU sehingga kini.

Justeru, Rosmah yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), berharap pihak bertanggungjawab dapat memberi keutamaan terhadap keperluan OKU dalam menyediakan kemudahan dan pengangkutan awam.

揥alaupun sudah lama dibangkitkan, namun isu ini seperti tidak berkesudahan. Golongan OKU yang berkerusi roda tidak menikmati kemudahan asas paling penting untuk mereka bergerak seperti pengangkutan awam.

揔ita boleh mengambil contoh usaha yang diamalkan di Australia dan Amerika Syarikat dalam merapatkan jurang kritikal pengangkutan awam di kalangan OKU di negara ini,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2007 03:43 PM | Show all posts
Mengapa OKU dipinggirkan
Oleh SITI FATIMAH ABDUL RAHMAN

Baru-baru ini sekumpulan orang kurang upaya (OKU) berkempen untuk menyatakan hakikat hidup yang mereka alami. Kehidupan yang telah pun tercabar akibat kekurangan yang mereka miliki, menjadi lebih sukar apabila pengangkutan awam di negara ini tidak mesra OKU.

Bukan itu sahaja, malah pengguna-pengguna lain perkhidmatan tersebut yang sempurna anggotanya juga tidak mesra OKU.

Dari segi perangkaannya, dianggarkan bahawa satu peratus penduduk setiap negara adalah terdiri daripada OKU. Ini bermakna, di Malaysia, terdapat seramai 260,000 OKU dalam pelbagai kategori yang memerlukan perhatian kita. Kerajaan Malaysia, melalui Dasar Kebajikan Masyarakat Negara menawarkan perkhidmatan rawatan, pemulihan, pendidikan dan latihan kepada golongan ini dengan hasrat untuk menggabungkan mereka dalam masyarakat.

Iltizam kerajaan adalah satu perkara, namun perlaksanaan iltizam tersebut adalah satu perkara yang lain. Kegagalan para petugas memahami iltizam kerajaan ini menyebabkan timbulnya rungutan demi rungutan daripada pihak sasaran yang mengalami kesulitan dalam mendapatkan segala bentuk bantuan dan kemudahan.

Tanggungjawab

Selain itu, usaha kerajaan ini memerlukan kerjasama daripada pihak lain, khususnya pihak swasta. Banyak aduan mengenai bangunan serta perkhidmatan yang tidak mesra OKU menunjukkan bahawa pihak swasta tidak menyokong usaha-usaha kerajaan dalam menyediakan persekitaran yang mesra OKU. Walaupun setakat ini kerajaan belum mewajibkan pihak swasta untuk menyediakan kemudahan-kemudahan, namun, tanggungjawab masyarakat sepatutnya memadai untuk menggerak mereka untuk menyediakan kemudahan-kemudahan yang mesra OKU.

Jika selama ini kita sering memperkatakan tentang persekitaran jasmani yang tidak mesra OKU, bagaimana dengan masjid-masjid dan surau-surau kita? Apakah ia mesra OKU bagi memudahkan mereka beribadat?

Bagaimana pula dengan dana orang Islam? Sejauh manakah dana itu digunakan untuk membantu golongan OKU ini? Lazimnya, dana yang terkumpul diagihkan kepada golongan terpinggir dari kalangan anak yatim. Bagaimana dengan golongan OKU? Apakah hanya kerana ia tidak disebutkan secara langsung di dalam al-Quran maka ini bermakna mereka tidak perlu dibantu?

Bagaimana pula dengan usaha memberi kefahaman Islam terhadap golongan ini? Apakah kita memiliki sekumpulan pendakwah yang terlatih khusus untuk menunjuk ajar golongan ini mengenai fardu ain selaras dengan kekurangan-kekurangan yang mereka miliki?

Sejauh mana pula badan-badan Islam menyahut seruan kerajaan agar satu peratus pekerjanya terdiri daripada orang kurang upaya?

Suka atau tidak, kita tidak boleh menafikan bahawa negara Barat adalah lebih terkehadapan dalam mewujudkan persekitaran yang mesra OKU. Jika mereka boleh, kita - negara Islam - seribu kali boleh melakukannya kerana agama kita menuntut ia dilakukan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2007 09:49 AM | Show all posts
Orang kurang upaya kecewa
Oleh Faizatul Farhana Farush Khan

SELAYANG: Sekumpulan kira-kira 50 orang kurang upaya (OKU) yang mahu menyerahkan memorandum bantahan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) semalam kecewa kerana keengganan Yang Dipertuanya, Zainal Abidin Azim turun daripada pejabatnya untuk menemui mereka.

Mereka yang datang berkerusi roda pulang hampa selepas menunggu lebih sejam di depan pintu bangunan MPS. Zainal hanya menghantar Pegawai Perhubungan Awam MPS, Helda Syima Abu Talab yang kelihatan turun naik sebanyak empat kali ke pejabat ketuanya itu di tingkat sembilan.

Zainal Abidin ketika ditemui selepas kumpulan OKU dari Rawang, dekat sini itu beredar, berkata jika ingin berjumpa dengannya mereka perlu naik sendiri ke pejabatnya dan bukan beliau yang turun berjumpa mereka.

揓ika mereka ingin menyerahkan memorandum itu naiklah sendiri. Kenapa saya perlu turun ke bawah jumpa mereka kerana saya tidak menjemput mereka pun.

揥alaupun mereka OKU tetapi saya tidak perlu turun berjumpa mereka seperti yang diarahkan mereka,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2007 09:53 AM | Show all posts
OKU ke IPT layak terima elaun RM300 sebulan

PUTRAJAYA 10 Jan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2007 10:29 AM | Show all posts
Suami, isteri rayu bantu rawat anak cacat


KULIM: Sepasang suami isteri merayu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya menghulurkan bantuan bagi merawat anak lelaki mereka berusia 12 tahun yang cacat akibat demam kuning.

Pasangan Abdul Azizi Saad, 58 dan Zainab Ahmad, 50, dari Kampung Gajah Merangkak, meminta bantuan bagi membeli makanan seperti beras, susu dan lampin untuk anak mereka, Mohd Nikmat.

"Anak kami mengalami kecacatan selepas menghidap demam kuning ketika dilahirkan dan sejak itu keadaannya lemah. Mohd Nikmat tidak boleh bercakap dan duduk untuk tempoh yang lama kerana badannya tidak seperti kanak-kanak seusianya dan sering mengalami kekejangan tangan serta kaki.

"Dia tidak boleh makan seperti biasa dan hanya diberi bubur dan susu, serta perlu memakai kain lampin sepanjang masa," katanya yang mempunyai sembilan anak.

Beliau berkata, pendapatan RM150 diperolehi hasil mengasuh anak orang dan sumbangan serba sedikit daripada anak-anak yang bekerja tidak mencukupi untuk menampung kos penjagaan Mohd Nikmat.

Beliau tidak bekerja kerana terpaksa menjaga Mohd Nikmat manakala suaminya juga sudah tidak bekerja selepas ditimpa kemalangan jalan raya.

Katanya, keluarga itu memerlukan kira-kira RM300 untuk merawat anak dan membeli keperluan makanan termasuk lampin.

"Pendapatan yang ada digunakan untuk perbelanjaan rumah dan kos penjagaan Mohd Nikmat dan persekolahan dua lagi anak berusia 14 dan 15 tahun," katanya pada majlis penyerahan bantuan oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Padang Serai, Abdul Rahman Mahamud.

Beliau pernah pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Kulim dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk memohon bantuan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) tetapi sehingga sekarang masih tiada sebarang jawapan.

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Daerah Kulim, Zaini Osman meminta Zainab dan Abdul Aziz datang ke pejabatnya untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2007 09:26 AM | Show all posts
KTMB Rawang tak mesra OKU


PADA 30 Disember lalu, kira-kira jam 8.40 pagi, saya membeli tiket kereta api di Stesen Rawang untuk ke Butterworth dengan anak kecil saya. Tiket itu untuk perjalanan jam 9.28 malam pada 1 Januari.

Ketika membeli tiket, saya memaklumkan kepada petugas kaunter bahawa saya adalah Orang Kurang Upaya (OKU) dan memohon bantuan serta ihsan untuk menaiki koc memandangkan pergerakan saya agak terhad.

Saya tiba di stesen jam 8.15 malam pada hari perjalanan itu dan terus ke tempat menunggu sambil memaklumkan kakitangan bertugas mengenai situasi saya bagi mengelakkan sebarang masalah apabila kereta api tiba.

Kereta api tiba lewat di stesen Rawang menyebabkan orang ramai berasak-asak kerana bimbang ditinggalkan kereta api.

Malangnya, tiada petugas yang membantu saya menaiki kereta api. Ini menyukarkan saya kerana selain membawa beg pakaian, saya juga mempunyai anak kecil.

Dalam kepayahan membimbit beg, membawa anak untuk naik, kereta api mula meninggalkan stesen Rawang dan saya ketinggalan kereta api.

Dalam keadaan yang bingung, sedih, kecewa dan marah, saya terus ke pejabat ketua stesen bagi mengadu perkara berkenaan.

Jawapan yang saya terima sungguh mengejutkan serta mengecewakan. Katanya, beliau tidak boleh berbuat apa-apa dan menyuruh saya membeli tiket baru.

Beliau menyuruh saya merujuk kepada peraturan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) seperti yang tertera di belakang tiket.

Persoalannya kenapa tiada petugas yang sudi membantu OKU seperti kami menaiki kereta api bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini walaupun telah dimaklumkan lebih awal?

Apakah jika berlaku sesuatu insiden buruk baru pihak KTMB akan lebih prihatin? Kenapakah kecuaian serta sikap tidak bertanggungjawab KTMB Rawang dalam kes ini menyebabkan saya menjadi mangsa serta perlu membeli tiket baru?

Di manakah sikap mesra penumpang dan keikhlasan kakitangan KTMB Rawang? Apakah slogan itu hanya untuk sedap didengar?

Pihak atasan KTMB perlu lebih peka bagi memastikan insiden begini tidak berulang, sesuai dengan konsep masyarakat penyayang yang ingin diterapkan kerajaan.

Janganlah menganaktirikan golongan OKU seperti kami sehingga membuatkan kami serik untuk menggunakan perkhidmatan kereta api.

OKU KECEWA,

Kepala Batas, Pulau Pinang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2007 02:21 PM | Show all posts

dari email (e-group)

Keluarga anak lumpuh rayu bantuan  


Ekmal Yusof
Fri | Jan 12, 07 | 02:28:39 AM  

TAIPING, 12 Jan (Hrkh) - Seorang bapa kepada bekas murid Tadika Kemas, Kampung Cheh, Bukit Gantang dekat sini, Fatihah Omar,13, merayu kepada pihak agensi kerajaan supaya dapat memberikan sebarang bantuan ke atas anaknya yang terlantar lumpuh sejak tujuh tahun lalu.

Bapa berkenaan Omar Dollah, 47, merayu khususnya kepada Kementerian Pelajaran negeri Perak agar anaknya dapat dimasukkan ke sekolah murid-murid Orang Kurang Upaya (OKU) seperti di Sekolah Menengah Bukit Jana di sini yang mengutamakan murid-murid sebegitu.

Sebelum ini, jelas beliau anaknya itu pernah belajar di sekolah biasa kerajaan di kampungnya tetapi tidaklah memberangsangkan sangat di atas kemampuannya.

"Kerana dia tidak seperti murid-murid lain. Ke sekolah terpaksa dibantu menggunakan kerusi roda. Makan bersuap, Hendak bangun terpaksa dibantu. Yang paling sukar sekali adalah ketika hendak buang air kecil dan besar. Begitullah derita yang dialaminya," kata Omar.

Beliau yang bekerja di kampung itu juga mengharapkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal Pejabat Agama Islam Perak agar dapat membantu memberikan sumbangan sebagai meringankan tanggungan perbelanjaan keperluan hariannya.

Ini disebabkan, beliau terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk menanggung keperluan hidup anaknya itu, ditambah lagi dengan tidak memiliki pendapatan yang mencukupi serta terpaksa menampung lagi perbelanjaan hidup untuk empat lagi anak-anaknya yang lain.

Menurut beliau, antara perbelanjaan wajib setiap bulan adalah ubat-ubatan, susu khas dan lampin dewasa yang agak mahal harganya.

Ketika diziarahi Harakahdaily semalam, beliau yang dibantu sama oleh isterinya Ramlah Awang, 37, mengimbau kembali kejadian yang menimpa anaknya sehingga terlantar lumpuh dari paras pinggang ke kaki ketika ini.

"Ianya berlaku pada minggu pertama di pagi hari kelimanya semasa bersekolah di Tadika Kemas di Dewan Orang Ramai, Kampung Cheh, Bukit Gantang itu tetapi pada pagi itu saya tidak dapat terus menunggunya di situ kerana terpaksa pergi keluar ke pekan sebentar kerana ada urusan lain,"jelas beliau.

Maka, katanya, "sekembalinya selepas itu, saya dapati anak saya telah terbaring lesu dan apabila ditanya kepada Guru Tadika Kemas dan seorang pembantunya mereka menjawab, anak saya telah tergelincir ketika pergi tandas."

Mengulas lanjut peristiwa itu, Omar melahirkan rasa terkilannya kerana anaknya itu tidak mendapat sebarang perlindungan keselamatan seperti Insurans Takaful yang sepatutnya dikenakan pada setiap murid-murid pra-sekolah Tadika Kemas.

Oleh yang demikian, bagi yang ingin membantu dan meringankan beban tanggungan keluarga Omar amatlah dialu-alukan dan bolehlah menyumbang melalui akaun Bank Simpanan Nasional berikut: 0822841000009943. - mks.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2007 09:55 AM | Show all posts
OKU perlu terus diberi peluang
Oleh: ALI MAHMOOD

RAUB 21 Jan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2007 08:43 AM | Show all posts
慖bu bapa jangan malu hantar anak istimewa ke PDK
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.103913 second(s), 61 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list