CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 86368|Reply: 80

Orang Kurang Upaya (OKU)

[Copy link]
Post time 28-9-2006 03:22 PM | Show all posts |Read mode
Sumbangan ringankan beban orang kurang upaya
Oleh ROSMAH DAIN


SEBAHAGIAN ahli-ahli Kelab Kecacatan Fizikal Klang sedang menunggu giliran untuk menerima sumbangan pada satu majlis baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------

MUNGKIN tidak ramai yang mengetahui mengenai kewujudan Kelab Kecacatan Fizikal yang berpusat di Klang, Selangor. Ditubuhkan pada tahun 1996, ia merupakan satu-satunya kelab orang kurang upaya (OKU) cacat fizikal yang diwujudkan di negara ini.

Pada tahun 2003, sebuah bangunan didirikan di atas tanah yang diwakafkan oleh seorang penduduk yang prihatin, Shamsuddin Sudar, 67, untuk keperluan kebajikan golongan ini.

Kelab ini berfungsi sebagai tempat menghimpunkan golongan OKU di samping menganjurkan pelbagai aktiviti kelab itu.

Objektif terpenting penubuhan kelab berkenaan adalah untuk mengumpul dana dan sumbangan daripada masyarakat setempat untuk diagih-agihkan kepada ahli-ahlinya.

Penubuhan kelab ini dicetuskan oleh OKU sendiri iaitu Mohd. Yusof Ahmad, 62, yang merupakan Presiden kelab ini dengan bantuan beberapa ahli jawatankuasa lain.

Perkhidmatan mereka dalam kelab ini adalah secara sukarela demi membantu rakan-rakan senasib yang berjuang untuk meneruskan kehidupan.

Penulis berkesempatan bertemu ahli-ahli kelab ini pada Majlis Penyampaian Bantuan Sempena Persediaan Menyambut Bulan Ramadan di Klang baru-baru ini.

Tersentuh hati penulis melihat kegigihan mereka menempuh kehidupan yang sukar.

Biarpun lokasi majlis itu agak jauh, tetapi demi mendapatkan sumbangan makanan untuk keperluan harian, warga OKU ini sanggup bersusah payah asalkan mereka sampai ke destinasi berkenaan tepat pada masanya.

Mohd. Yusof yang cacat di bahagian kaki telah berumah tangga serta mempunyai seorang anak.

Katanya, setakat ini ahli-ahli kelab ini berjumlah 118 orang yang berumur 18 tahun ke atas. Mereka berasal dari sekitar Lembah Klang.

Pada mula-mula diwujudkan dulu kelab ini hanya dianggotai oleh 15 orang ahli.

Ditanya bagaimana tergerak hatinya untuk menubuhkan sebuah kelab seperti ini, Mohd. Yusof memberitahu, dirinya merupakan bekas ahli Persatuan Orang Cacat Malaysia yang terpanggil untuk menubuhkan kelab ini bagi menghulurkan bantuan kepada rakan-rakan senasib.

揔elab ini bergantung sepenuhnya kepada sumbangan orang ramai yang prihatin. Kami menerima apa sahaja bentuk bantuan dan sumbangan untuk diagih-agihkan kepada ahli-ahli.

揇i samping itu kami turut menjalankan apa sahaja aktiviti yang diperlukan,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-10-2006 02:52 PM | Show all posts

Tasputra Perkim




Address
         

Tasputra Perkim
3498, Jalan Ampang Hilir 5, 55000 Kuala Lumpur
Tel: +60-3-4251 6100
Fax: +60-3-4251 8619
E-mail: info@tasputraperkim.org.my
Website: www.tasputraperkim.org.my

Contact person: Hajjah Elahe Norman
Designation: Chairman
Type of service offered: Day care and training centre
Target group: Handicapped children from lower income groups
Office hours:
Monday

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2006 04:51 PM | Show all posts
Masih ada yang sayang
Teks  Sharifah Salwa Sayed Hassan

WALAUPUN tidak sesempurna anak-anak biasa, insan istimewa tetap mengharapkan ada sedikit ruang bagi mereka di hati insan lain.

Walaupun kelihatan berbeza dari segi paras rupa, mereka juga pandai ketawa, menangis, mengadu kepada orang dewasa jika sakit atau cedera.

Tanpa betul-betul mendekati, bermesra dan melayan mereka, tidak ada sesiapa menyangka keistimewaan anak-anak luar biasa ini.

Ketika mereka menunjukkan kebolehan, pasti ramai lupa mereka sebenarnya insan istimewa yang kadang-kala dipinggir ibu bapa sendiri.

Bagi anak istimewa Taman Sinar Harapan (TSR), Kuala Terengganu, keceriaan terpancar di wajah mereka apabila mendapat layanan cukup istimewa daripada `ibu dan bapa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2006 07:53 PM | Show all posts
klau x silap thn ni ada kejohanan sukan utk OKU
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2006 09:40 AM | Show all posts
ye kalau tak silap
adik aku yang dok kat U tuh ckp
cuti semester ni
dia nak jadik sukarelawan

nanti tanya details lanjut ngan dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2006 12:50 PM | Show all posts
OKU mampu pikul tanggungjawab


KUCHING: Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) berpotensi dibangunkan sebagai sumber tenaga kerja mahir, yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara, terutama dari segi ekonomi.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Pusat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata usaha itu boleh dilaksanakan sekiranya mereka diberi peluang, selain latihan yang mencukupi.

"Dalam menjayakan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), antara perkara yang diberikan perhatian ialah pembangunan modal insan, khusus dalam menyediakan pekerja mahir bagi membantu membangunkan negara.

"Ini perlu membabitkan sama golongan OKU sebab saya lihat ada di antara mereka yang mahir dan berpengetahuan dalam pelbagai bidang. Cuma, mereka tidak diberi peluang dan latihan secukupnya," katanya kepada pemberita, di sini.

Terdahulu, beliau berbuka puasa dan menyampaikan bantuan raya kepada 161 OKU dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut dan Pantai Damai anjuran Pusat Khidmat Parlimen Santubong.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi dan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Demak Laut, Wan Hamzah Wan Paie.

Beliau turut menggesa supaya kepentingan OKU tidak diketepikan dalam pembangunan pelbagai projek yang dilaksanakan kerajaan, termasuk projek perumahan dan infrastruktur lain seperti jalan raya.

"OKU juga sebahagian daripada rakyat negara ini, yang hak dan kepentingan mereka perlu sentiasa diambil kira. Justeru, kita mahu lebih banyak kemudahan disediakan untuk golongan ini.

"Kita tidak mahu nanti, dalam usaha menyediakan kemudahan kelas pertama untuk rakyat, golongan OKU dipinggirkan. Padahal, mereka juga berhak untuk hidup selesa juga seperti orang lain," katanya.

Katanya, sudah tiba masa pihak jurutera, perancang bandar dan arkitek memikirkan pembinaan rumah, jalan raya dan pelbagai projek lain yang lebih mesra OKU.

"Di Malaysia, belum banyak lagi kemudahan yang mesra OKU seperti di negara luat. Jadi, saya fikir usaha perlu disegerakan dan mahu kerajaan memberikan perhatian serius terhadap hal ini.

"Ini sejajar dengan usaha memulihara hak dan kepentingan golongan itu, selain memastikan mereka tidak merasa tersisih dalam masyarakat," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2006 01:16 PM | Show all posts

salam

Actually I ada pengalaman beberapa tahun mengajar kanak2 Pendidikan Khas.  Memang diorg kategori OKU....Sebelum mengajar, memang rasa mcm tak lalu nak melibatkan diri dgn mereka.... geli pun ada...

Bila dah terlibat, terlebih2 pula rasa sayang pd diorg...  tapi memang memerlukan kesabaran dan kerajinan utk melayan & membantu mereka.... basuh najis & kesat hingus diorg tu dah perkara biasa...

Bila dah tak mengajar mereka lagi... rasa mcm satu beban dah terlepas... its the truth...

Bagaimana pun kalo berpeluang terlibat lagi... I tidak akan menolak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2006 01:19 PM | Show all posts
Originally posted by sherrina at 7-10-2006 07:53 PM
klau x silap thn ni ada kejohanan sukan utk OKU



semalam, adik balik.
dia study kat UPM
dia ckp, masih kekurangan lagi 1000 sukarelawan tuk kejohanan nih

tgh carik info nih
pasal sukan tuh
nak taruk kat sini

moga2 ramai yang sudi jadik sukarelawan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2006 10:12 AM | Show all posts
Yayasan Minda berusaha rapatkan jurang OKU
Oleh YULPISMAN ASLI (WARTAWAN UTUSAN)

YAYASAN Minda Kebangsaan (MINDA) ditubuhkan pada Ogos 2006 dengan misi meningkatkan tahap pembangunan intelektual individu berkeperluan khas dan orang kurang upaya (OKU).

Penubuhan MINDA antara lain hasil cetusan idea Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga penaungnya, yang mahu melihat jurang pendidikan antara komuniti berkeperluan khas (special education needs) dan komuniti perdana (golongan normal), jika tidak dapat dihapuskan, sekurang-kurangnya dapat dirapatkan.

Ia seterusnya akan dapat membolehkan kesaksamaan hak dalam sistem pendidikan kebangsaan dapat dicapai.

Menurut Pengerusi Eksekutif MINDA, Kamarulzaman Kamdias, penubuhan yayasan itu bertujuan untuk memberi pandangan kedua kepada Jabatan Pendidikan Khas bagi memastikan tahap pendidikan OKU di negara ini dapat dipertingkatkan.

Antara lain, peranan MINDA adalah membantu mewujudkan satu model pendidikan khas terbaik misalnya untuk peringkat prasekolah yang boleh dijadikan rujukan oleh pihak lain.

Beliau yang juga Exco Pemuda UMNO berkata, MINDA ditubuhkan khusus bagi memperjuangkan agar setiap individu mendapat hak kesaksamaan tersebut tanpa meminggirkan mana-mana komuniti masyarakat termasuk komuniti berkeperluan khas dan kurang upaya.

憫Justeru, program pengupayaan pendidikan bermasalah pembelajaran adalah di antara fokus utama MINDA agar golongan tersebut dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan komuniti perdana di dalam sistem pendidikan negara,拻 katanya dalam satu pertemuan dengan Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurut Kamarulzaman, ketika ini terdapat jurang dalam bidang pendidikan antara golongan komuniti perdana dengan masyarakat atau individu berkeperluan khas dan OKU.

Objektif MINDA yang akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi, antara lain adalah:

* Membangun dan mengkoordinasi perkembangan kanak-kanak bermula seawal kelahiran hingga ke pendidikan prasekolah, melalui program kecemerlangan intervensi awal pendidikan berkeperluan khas bagi tujuan persediaan ke pendidikan khas bermasalah pembelajaran.

* Menjalankan usaha perkongsian kemahiran, mengusahakan penglibatan meluas pakar-pakar dari pelbagai disiplin berkaitan, menyediakan akses kepada pentadbir, guru-guru pendidikan khas dan ibu bapa untuk mempertingkatkan kemahiran. MINDA juga menjalankan kerjasama pengurusan dan kepimpinan, membangunkan model kurikulum pendidikan khas serta mewujudkan kesatuan dan kelompok setara tanpa adanya pengasingan.

* Membantu memperkasakan sistem Pendidikan Khas Bermasalah Pelajaran (PKBP) yang sedang dilaksanakan di beberapa sekolah di bawah Kementerian Pelajaran melalui kajian keberkesanan pelaksanaan, memberi maklum balas dan cadangan pembaikan terutamanya mengenai infrastruktur, sumber, kurikulum dan sistem penyampaian agar keberkesanan program dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

* Memastikan komuniti berkeperluan khas diiktiraf kedudukannya di dalam masyarakat, mendapat akses kepada pendidikan dan latihan seperti mana pendidikan perdana. Dalam erti kata lain, menyediakan peluang pekerjaan dan kerjaya yang seimbang, persekitaran bebas kepada golongan terbabit supaya mereka dapat menjalani kehidupan lebih sempurna.

Kamarulzaman berkata, MINDA yang bertindak sebagai Lembaga Pemegang Amanah akan mengkoordinasi jaringan seluruh negara melalui program naungan pusat-pusat sedia ada dan pusat-pusat baru di kawasan yang dikenal pasti dan juga badan-badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan.

憫MINDA hendak membantu mereka yang benar-benar komited untuk membangunkan komuniti OKU,拻 katanya.

Sumbangan

Dalam hal ini kata beliau, yayasan akan berusaha untuk mencari dana sama ada melalui sumbangan orang perseorangan atau syarikat korporat bagi membiayai operasinya.

Justeru Kamarulzaman mengalu-alukan penyertaan syarikat swasta bagi bersama-sama menunaikan tanggungjawab sosial dengan menghulurkan bantuan kepada MINDA bagi membolehkan lebih banyak program pembangunan pendidikan OKU dilaksanakan.

Syarikat swasta boleh memanfaatkan insentif kerajaan yang mengecualikan cukai ke atas setiap sumbangan yang diberikan.

Mengenai persoalan akan berlaku pertindihan tugas dan tanggungjawab dengan agensi atau jabatan kerajaan sedia ada, Pengerusi Eksekutif MINDA itu menjelaskan, perkara tersebut tidak akan berlaku.

Ini kerana katanya, setiap pihak akan mengambil inisiatif masing-masing bagi membantu membangunkan pendidikan komuniti OKU di negara ini.

憫Justeru perlu ada sikap saling membantu antara satu sama lain. Antara lain melalui penubuhan satu pusat bagi membolehkan perkhidmatan dikongsi bersama.

憫Masalah sekarang, tidak ada pangkalan data yang begitu lengkap mengenai OKU yang boleh diakses oleh semua pihak,拻 katanya.

Kamarulzaman berpendapat, ketika ini antara masalah melibatkan pendidikan OKU di negara ini ialah kekurangan guru terlatih untuk memberikan pendidikan sempurna kepada golongan terbabit.

Masalah lain katanya, ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas atau OKU kurang pendedahan tentang cara terbaik untuk melatih dan mendidik anak terbabit. Sedangkan, kata beliau, golongan berkenaan sangat memerlukan khidmat sokongan bagi membolehkan mereka mendapat pendidikan sewajarnya.

憫Dalam konteks inilah MINDA wujud dengan fokus kepada pendidikan golongan berkeperluan dan masyarakat OKU,拻 katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2006 10:45 AM | Show all posts
Golongan OKU diberi siaran sempena Ramadan di IKIM.fm
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL

BUAT pertama kali, stesen radio IKIM.fm menampilkan golongan orang kurang upaya (OKU) sebagai penyampai radio dan tetamu untuk rancangan Ramadan Untuk Yang Istimewa yang ke udara setiap Sabtu pukul 9 pagi bermula 30 September lalu.

Rancangan tersebut menampilkan Noor Muha Abdul Aziz sebagai penyampai, moderator dan juga motivator. Noor Muha cacat penglihatan sejak dua tahun lalu.

Program ini diadakan sebagai rasa tanggungjawab IKIM memartabatkan golongan istimewa.

Selain daripada Noor Muha, IKIM.fm juga menjemput Presiden Kelab Kecacatan Fizikal Klang, Mohd. Yusof Ahmad membantu dan berkongsi rasa tentang pengalaman kehidupan seharian golongan berkenaan.

Pada Sabtu lepas, tetamu istimewa bagi program ini ialah Amin Sharif Abdullah, 22, yang juga merupakan seorang yang cacat penglihatan dan telah dibesarkan oleh ibu angkatnya, Kathleen Muna Othman di England. Amin menceritakan mengenai tahap kesedaran masyarakat Barat mengenai golongan sepertinya berbanding masyarakat di Malaysia.

Sementara itu, bagi siaran 21 Oktober pula, panel jemputan untuk Ramadan Untuk Yang Istimewa akan menampilkan Pegawai Penempatan Persatuan bagi Orang Buta Malaysia (MAB), Zainuddin Jasmi, Jacqueline Emmanuel, Sharif Baharom dan Mohd. Khairi Sulaiman.

Untuk siaran sempena menjelang Aidilfitri itu, Zainuddin akan menceritakan tentang berbagai bidang kemahiran yang disediakan oleh pihak MAB untuk golongan OKU dengan harapan golongan ini akan diberikan peluang pekerjaan sama seperti golongan lain.

Dengan terbitnya rancangan istimewa ini, IKIM.fm mengharapkan agar para pendengar dapat sama-sama menghayati keperitan dan kegigihan golongan ini untuk menikmati kemudahan dan kesenangan yang telah sedia terbentang.

Rancangan selama setengah jam yang diterbitkan oleh Zamri Zainal Abidin ini akan diteruskan selepas Ramadan nanti.

Frekuensi IKIM.fm di Lembah Klang ialah 91.5fm, Ipoh, Perak-102.7fm, Kuantan, Pahang-89.6fm, Negeri Sembilan-102.7fm, Pulau Pinang/Perlis/Kedah/Langkawi-89.0fm, Johor Bahru-106.2fm,, Melaka-89.5fm, Kota Bharu-89.8fm, Kuala Terengganu-100.2fm, Kota Kinabalu-93.9fm dan Kuching-93.6fm.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2006 04:15 PM | Show all posts
Originally posted by sherrina at 7-10-2006 07:53 PM
klau x silap thn ni ada kejohanan sukan utk OKU


FESPIC daa.. atau KL06.
Aku terlibat, jadi teknikal penganjur.
Juga akan menjadi pengadil salah satu sukan nanti.
Setakat ni confirm, dekat 50 negara turut serta.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2006 05:16 PM | Show all posts
agaknya sukarelawan ramai taknak join sbb ramai tertipu sejak jadi sukarelawan SUKOM dulu gamaknya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2006 11:55 AM | Show all posts
Beri peluang pada orang kurang upaya
Oleh LOKMAN ISMAIL

ORANG kurang upaya (OKU) dikategorikan sebagai individu tidak sempurna anggota, pancaindera dan mental sejak dilahirkan atau akibat penyakit, kemalangan dan unsur-unsur lain.

Bagi OKU masih di peringkat usia kanak-kanak, mereka lebih dikenali sebagai kanak-kanak istimewa.

Kehadiran anak kategori OKU merupakan satu cabaran besar bagi ibu bapa dan keluarga. Anak yang dianggap penyeri dan membawa suasana kegembiraan bertukar sebaliknya.

Kehidupan keluarga mempunyai anak atau ahli keluarga terdiri OKU sedikit sebanyak melalui perbezaan dari segi suasana dan cabaran. Sudah pasti tanggungjawab menjaga anak kategori OKU lebih mencabar dan memerlukan perhatian lebih.

Biarpun cacat, anak tetap memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa. Kecacatan tidak menjatuhkan taraf kemanusiaan terhadap individu berkenaan.

Ibu bapa yang mempunyai anak OKU tetap perlu menjalankan tugas rutin yang sepatutnya terhadap anak. Anak perlu diberi kasih sayang, didikan akhlak dan pendidikan akademik, mengikut kemampuan masing-masing.

Anak mengalami kecacatan penglihatan, pertuturan dan pendengaran mempunyai potensi untuk berjaya seperti anak normal jika diberi latihan dan pendidikan khas. Mereka sebenarnya mempunyai kemampuan mental dan perasaan seperti anak normal.

Di negara kita, banyak sekolah khas disediakan untuk mendidik pelajar dalam kategori OKU. Hasil semangat dan ketekunan, ramai OKU mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik sama seperti pelajar normal.

Dalam bidang kerjaya, ada antara OKU yang berjaya menjadi profesional dalam pelbagai bidang seperti akauntan dan peguam. Tidak kurang juga menjadi pensyarah, pakar ekonomi, usahawan dan pentadbir yang berjaya.

Bagi anak mengalami masalah kurang kemampuan otak atau Sindrom Down dan mungkin turut melibatkan kelemahan di bahagian lain anggota badan, pemulihan khas perlu dilakukan agar kemampuan mereka dapat ditingkatkan.

Kini terdapat kira-kira 313 pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang boleh menampung lebih 8,000 orang anak mengalami Sindrom Down. PDK merupakan satu program alternatif yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memberi latihan dan pemulihan dalam masyarakat.

Membiarkan anak kategori OKU tanpa usaha pemulihan dan pendidikan yang sewajarnya akan menjadikan keadaan lebih buruk. Jika mereka diasuh dan diberi latihan, sudah pasti sedikit sebanyak penggantungan terhadap ibu bapa dapat dikurangkan apabila kemampuan fizikal dan mental bertambah baik.

Sikap ibu bapa tidak mahu menghantar anak kategori OKU ke pusat pendidikan berpunca kurang keyakinan kesannya dan juga rasa malu mempunyai anak sedemikian. Perasaan tersebut perlu dikikis.

Kerajaan mengambil usaha untuk membela nasib OKU. Pembelaan tersebut bukan setakat memberi bantuan latihan khas dan bantuan alat sokongan, tetapi memberi peluang untuk OKU sama-sama menyumbang tenaga dan fikiran untuk kemajuan negara.

Usaha berterusan kerajaan melalui kementerian dan jabatan, serta sokongan pihak swasta, pertubuhan kebajikan dan orang ramai memperlihatkan kesan positif dalam meningkatkan taraf hidup OKU. Di samping itu, sikap prejudis dan diskriminasi orang ramai terhadap OKU semakin berkurangan.

Apa pun, usaha paling berkesan perlulah datang daripada ibu bapa dan OKU sendiri. Segala usaha dilakukan kerajaan tidak mencapai matlamatnya jika masih ramai ibu bapa mempunyai anak OKU tidak memberi kerjasama menjayakannya. Bagi OKU yang sudah dewasa, usaha mereka sendiri menentukan kejayaannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2006 06:19 PM | Show all posts
found the website:

KL '06 FESPIC

tapi takde info pasal sukarelawan punnnn

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2006 12:46 PM | Show all posts
3 beradik cacat hilang tempat bergantung
Oleh ABDUL RAZAK DIN

TAIPING 13 Nov.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2006 02:01 PM | Show all posts
Pegawai Banting lewat keluar kad OKU


TIDAK lama dulu, Orang Kurang Upaya (OKU) digalakkan mendaftar di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan kad ahli OKU bagi menikmati pelbagai kemudahan.

Saya yang lumpuh dari paras pinggang ke bawah bersusah payah mengambil borang dan membawanya kepada doktor untuk pengesahan kemudiannya mengembalikan borang itu ke pejabat JKM Banting.

Selepas hampir setahun saya pun ke pejabat berkenaan di Banting untuk bertanyakan mengenai kad ahli yang dipohon itu dan diberitahu bahawa ia masih dalam proses.

Saya kecewa dengan jawapan yang diberikan pegawai JKM itu kerana dalam setahun, sudah lima kali saya bertanya sedangkan orang lain yang senasib dengan saya di daerah lain mendapat kad mereka dalam seminggu.

Saya berharap pejabat JKM Banting membantu saya mendapatkan kad berkenaan secepat mungkin.

OKU TELOK PANGLIMA GARANG,
Sijangkang, Selangor.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2006 10:30 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2006 03:22 PM | Show all posts
Pahang Sedia Atur Majlis Kahwin Beramai-ramai OKU

KUANTAN, 22 Nov (Bernama) -- Dewan Undangan Negeri Pahang hari ini diberitahu kerajaan Pahang sedia mengatur majlis mencari jodoh dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU), malah sanggup menganjurkan majlis perkahwinan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan dan Hal Ehwal Orang Asli Datuk Ishak Muhamad berkata perkara itu boleh dilakukan jika usaha menemukan jodoh golongan itu dapat dijayakan di setiap peringkat dan majlis perkahwinan mereka boleh dilakukan secara beramai-ramai.

"Sekarang ini mereka kahwin senyap-senyap (tanpa majlis sedemikian), kita boleh adakan majlis temukan mereka dan majlis menyatukan (kahwin) mereka," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri bagi menjawab soalan Ahmad Jaafar (BN-Tahan) mengenai usaha mengadakan majlis perkahwinan beramai-ramai bagi OKU.

Menjawab soalan asal Datuk Mohamed Jaafar (BN-Jenderak) berkenaan jumlah OKU di Pahang, Ishak berkata sehingga September 2006, seramai 12,516 OKU didaftarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Katanya dalam usaha membantu Orang Kurang Upaya yang berdaftar, kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti bantuan kewangan iaitu bantuan am, bantuan mendapatkan alat tambahan dan sokongan serta elaun pekerja cacat bagi mereka yang sedang bekerja.

Katanya terdapat dua buah institusi latihan dan perlindungan yang dikendalikan pertubuhan bukan kerajaan iaitu OKU Akal di Rumah Sinar Suria, Temerloh dan OKU Penglihatan di Taman Harapan, Temerloh.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Datuk Ahmad Munawar Abdul Jalil pula berkata operasi pencegahan jenayah dan pelaksanaan operasi secara khusus dilakukan di semua peringkat daerah bagi menangani kes jenayah di Pahang.

Menjawab soalan Datuk Mohd Hayani Abdul Rahman (BN-Kemayan) berkenaan kes-kes rompak, samun, bunuh dan rogol yang semakin membimbangkan, beliau berkata pelbagai operasi seperti Ops Rantau, Ops Kargo dan Ops Bersepadu dilakukan oleh polis bersama-sama jabatan lain yang berkaitan.

Sementara itu Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata projek penggantian paip-paip lama telah dimulakan melalui Rancangan Malaysia Ketujuh lagi dengan peruntukan berjumlah RM140 juta melibatkan penggantian 624 km paip.

Menjawab soalan Datuk Rosni Zahari (BN-Kuala Sentul), beliau berkata bahawa dalam Rancangan Malaysia Kelapan, sebanyak RM138 juta diluluskan bagi penggantian paip sepanjang 811km.

"Dan bagi Rancangan Malaysia Kesembilan sejumlah RM155 juta telah diluluskan dan dijangka 865km paip dapat ditukar," katanya.

Adnan berkata kira-kira 6,000 km paip belum digantikan.

-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2006 09:36 AM | Show all posts
Butik pengantin Norhalim buktikan kreativiti OKU
Oleh: RAHANA MD



HALIM tekun menjahit labuci yang menghiasi pakaian pelanggannya di butik Bridal Mate di Plaza Shah Alam, Selangor.
--------------------------------------------------------------------------------

Sebagai butik perunding perkahwinan, perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bridal Mate mungkin tidak ada bezanya dengan butik perkahwinan lain. Segalanya ada, daripada hiasan pelamin, gubahan hantaran, persalinan pengantin, hiasan bilik tidur hingga kepada bunga telur.

Namun, apa yang membezakan ialah tuan punya butik pengantin ini merupakan dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Melihat kreativiti dan kehalusan kerja-kerja gubahan serta jahitan manis yang dihasilkan, sukar mempercayai dilakukan oleh seorang OKU seperti Norhalim Talib atau lebih mesra dengan panggilan Halim.

Lebih 10 dekad berkecimpung dalam dunia perniagaan yang melibatkan perkahwinan, kekurangan diri bukan satu alasan bagi Halim sentiasa menadah tangan mohon simpati.

Kurang selesa dengan panggilan cacat walaupun hanya mempunyai sebelah tangan kanan, Halim, 40, lebih gemar bercerita tentang kemahirannya dalam bidang gubahan dan jahitan.

揕azimnya apabila cuti sekolah hujung tahun seperti sekarang, adalah masa yang paling sibuk di Bridal Mate,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2006 11:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.179279 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list