CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21184|Reply: 10

PUSAT KHIDMAT GUAMAN SYARIAH

[Copy link]
Post time 26-9-2006 09:17 AM | Show all posts |Read mode
Pusat Khidmat Guaman Syariah Ampang

-telah ditubuhkan dengan kerjasama Persatuan Peguam Syarie Malaysia
- ianya ditubuhkan bagi memberi khidmat guaman percuma untuk golongan wanita yang teraniaya, ditinggalkan suami tanpa tuntutan nafkah srta meliputi semua masalah berkenaan syariah seperti pembahagian harta mengikut syarak dan sebagainya
- ianya bertempat di dewan orang ramai di Kampung Melayu ampang.
- dibuka setiap hari
- perkhidmatan kaunselling serta khidmat guaman diberkan secara percuma

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-9-2006 09:19 AM | Show all posts
- Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pusat khidmat Guaman Syariah ini bolehlah lawati laman web
www.pu3ampang.org
- Pusat khidmat Guaman Syariah ini dikelolakan oleh Puteri Ampang bersama Persatuan Peguam Syarie Malaysia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2006 01:01 PM | Show all posts

salam

Bagus gak usaha Puteri Umno ni...

Sekarang ni memang ramai isteri & ibu yg teraniaya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2006 01:59 PM | Show all posts
itulah memeang ramai sebenarnya wanita/isteri atau ibu yang teraniaya, tapi mereka tidak tahu akan hak2 mereka jadi ambilllah kesempatan ini untuk mendapat khidmat nasihat percuma dari peguam-peguam syarie yang bertugas untuk pusat khidmat guaman tersebut.

Jika sesiapa yang tidak mempunyai masalah tetapi hendak bertanya tentang hak2 wanita di sisi undang2 syariah pun boleh pergi ke sana dan ambillah peluang ini untuk bertanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 01:48 PM | Show all posts
Ni satu lagi tempat yang boleh dituju untuk mendapatkan khidmat nasihat berhubung perceraian...
nasihat yang diberikan adalah percuma...
then kalau nak lawyer dan layak (lawyer2 ni untuk mereka yang kurang berkemampuan)..
bulehlah request lawyer...

LAC Legal Aid Centre
Address :  Kuala Lumpur Bar Committee
Tingkat 8, Wisma Kraftangan
No. 9 Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur  Tel :  603-2693 3585 (Hunting Line)
E-mail :  klbc@klbar.org.my  Fax :  603-2691 1090
603-2694 0068
http://www.klbar.org.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2006 09:25 AM | Show all posts
Assalamualaikum..

Saya sebenarnya baru jer masuk forum NGO ni...kebetulan sorang sahabat baik saya ada masalah dan terainiaya.  Di tinggal suami tanpa nafkah cuma lately ni bila dia nak failkan kes tetiba suami bagi nafkah tp kesiannya 5 anak nafkah cuma RM300 jer sedangkan anak yg bongsu tu masih menyusu dan guna lampin pki buang lg.

Dia kerani sekolah dan buat kuih utk tampung hidup.  Last week dia pergi kg Melayu Ampang ni...tp lawyar tu kata kena bayar +-3000. memang dia kata dpt bnyk info.  Kesian gak tp dia kata x per sebab blh byr sikit2. harap2 bantuan dpt selesaikan atau ringankan beban dia..selalu dgr citer -ve psl kes syariah ni...tu yg takut tu..sian kat dia dah bertahun susah, umur muda lg...saya cuma mampu bg sokongan & tlg cari2 info utk dia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2006 09:27 AM | Show all posts
LAC Legal Aid Centre ni, mmg handle kes Syariah ker...maaf la bertanya sebab sy x tau
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2007 09:11 AM | Show all posts
Peguam Syarie Menulis: Memperluas khidmat guaman syarie
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar


MAIWP sedia bantu golongan miskin tuntut keadilan di Mahkamah Syariah

APABILA sesuatu kes di ketengahkan di Mahkamah Syariah, pihak bertikai selalunya menggunakan peguam untuk mewakili mereka sepanjang perbicaraan. Walaupun orang awam boleh membawa sendiri kesnya, tatacara yang perlu diikuti kadang-kadang sukar difahami. Dengan menggunakan khidmat peguam, maka peguam dilantik akan mewakili, membantu dan memudahkan anak guam terutama dalam hal membabitkan prosiding yang rumit dan sangat teknikal.

Namun, kita terpaksa menerima hakikat untuk mendapat khidmat peguam, apatah lagi yang lebih kanan dan berpengalaman memerlukan jumlah wang yang bukan sedikit. Pada masa sama, pihak kurang mampu dan memenuhi syarat ditetapkan boleh menggunakan khidmat Biro Bantuan Guaman (BBG) yang akan bertindak mewakilinya di mahkamah dengan jumlah bayaran sangat minimum.

Melihat kepada keperluan membantu golongan memerlukan, ada beberapa badan mula memperkenalkan skim bantuan untuk mereka. Antaranya, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) sendiri menerusi Biro Khidmat Guaman Syarie, Majlis Peguam, Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Usaha terbaru sudah diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi Bantuan Zakat Baitulmal. MAIWP menubuhkan skim bantuan zakat yang dinamakan Bantuan Guaman Syarie.

Skim itu memberi bantuan kepada mereka yang layak untuk membayar yuran guaman syarie di Mahkamah Syariah. Ia adalah skim baru yang diperkenalkan MAIWP dan belum pernah dibuat oleh mana-mana negeri di Malaysia.

Skim itu diperkenalkan dengan objektif membantu umat Islam yang bermastautin di Wilayah Persekutuan yang menghadapi masalah membiayai yuran guaman mereka di Mahkamah Syariah dalam kes tuntutan mal. Untuk tujuan itu, MAIWP bekerjasama dengan PGSM bagi menjayakan sebahagian operasi skim berkenaan.

Terdapat syarat yang diperhatikan sebelum seseorang berhak mendapat bantuan ini. Golongan yang layak terdiri daripada asnaf fakir, miskin, mualaf dan fi sabilillah. Pemohon hendaklah seorang Islam, warga negara Malaysia, bermastautin di Wilayah Persekutuan, menepati had al-kifayah (ujian bagi memastikan mereka terdiri dari golongan fakir atau miskin) dan mereka juga perlu mengemukakan bukti bertulis mengenai tuntutan di Mahkamah Syariah.

Bagaimana penetapan tahap menentukan seseorang termasuk dalam golongan yang layak mendapat khidmat itu? Dari segi penakrifan, fakir adalah seseorang yang tidak mempunyai sebarang harta benda atau seseorang yang bekerja, tetapi pendapatannya kurang 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan kurang 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang tanggungannya.

Golongan miskin di sini merujuk kepada seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya, tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan orang tanggungannya.

Muallaf juga berhak mendapatkan bantuan ini iaitu seseorang yang dijinakkan hatinya atau diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi mungkin belum kukuh Islamnya).

Istilah fisabilillah pula adalah mana-mana orang atau pihak yang membabitkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti untuk menegak, mempertahankan atau mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.

MAIWP memperuntukkan RM400,000 setahun bagi tujuan itu dan ia sudah mula beroperasi. Peruntukan itu sangat besar ertinya bagi mereka yang memerlukan dan secara tidak langsung, menggambarkan keperluan mendesak di kalangan umat Islam bagi melicinkan perjalanan kes mereka di Mahkamah Syariah.

Usaha murni MAIWP tidak harus dilihat sebagai pesaing kepada agensi lain yang menyediakan khidmat guaman syarie kerana ia memberi peluang dan pilihan lebih banyak bagi orang awam mendapatkan bantuan.

PGSM sendiri sebenarnya sudah lama memberikan khidmat guaman syarie kepada golongan tidak berkemampuan. Khidmat itu diberikan mengikut kelayakan yang ditetapkan dan pemohon hanya dikehendaki membayar bayaran minimum.

Dengan adanya kerjasama dengan MAIWP, perkhidmatan diberikan akan disalurkan dengan lebih sistematik dan telus di samping dapat meningkatkan profesionalisme di kalangan peguam syarie.

Kerjasama MAIWP dan PGSM akan berlangsung selepas seseorang disahkan memerlukan peguam untuk mewakilinya di mahkamah. Permohonan perlu dibuat kepada Baitulmal MAIWP dan Baitulmal akan menyiasat kelayakan pemohon sama ada memenuhi syarat ditetapkan.

Selepas siasatan selesai dan pemohon disahkan berkelayakan, Baitulmal akan menyerahkan borang berkenaan kepada PGSM. Panel PGSM akan mengkaji kedudukan kes yang sudah atau akan difailkan itu dan seterusnya mengagihkan kes yang dirujuk di kalangan ahli PGSM untuk dikendalikan.

Bayaran guaman dibayar terus oleh MAIWP kepada PGSM yang bertindak sebagai pengurus yang akan membayar kepada peguam syarie berkenaan secara berkala bagi memastikan kes berjalan seperti di harapkan.

Segala prosiding di Mahkamah Syariah akan dijalankan ahli PGSM yang terlatih mengendalikan kes di Mahkamah Syariah. Semua kes terbabit akan dilaporkan perkembangannya kepada pihak Baitulmal dari semasa ke semasa.

Di pihak persatuan, kami akan sentiasa memastikan ahli yang diserahkan kes menjalankan amanah dan tanggungjawab sosial ini dengan berkesan di samping mempertingkatkan kualiti kes yang dibawa.

PGSM akan sentiasa membantu Mahkamah Syariah mencapai keadilan menerusi perkhidmatan guaman syarie di samping menyuarakan hak anak guam dengan berkesan dan sistematik.

Kerjasama unik antara MAIWP dan PGSM sudah tentu memanfaatkan golongan tidak berkemampuan untuk membayar yuran guaman syarie. Ia sejajar hasrat kerajaan untuk membantu golongan tidak berkemampuan dan selari dengan matlamat serta moto PGSM iaitu 慚eletakkan Hak kepada yang Berhak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2007 09:40 AM | Show all posts

Reply #6 mah76's post

Pusat Khidmat Guaman ni memang ditubuhkan utk memberi khidmat nasihat guaman percuma dan peguam-peguam disini adalah ahli-ahli daripada Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), jadi jika ada kes yang hendak dibawa ke mahkamah dan pemohon adalah layak, jadi bolehlah beritahu penyelia Pusat Khidmat Guaman tersebut dan mereka akan cuba mencari dana-dana yang ada.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 12:32 PM | Show all posts
yep..kalau anda adalah golongan yang berpendapatan rendah, rm 2500.00 ke bawah..n ada masalah berkaitan kes syariah...pegi jer ke biro bantuan guaman di negeri anda tinggal, n bayar 2 ringgit n dapat khidmat nasihat dan khidmat lawyer skali free bg yg berpendapatan kurang rm 2080.00...jgn lupa bwk slip gaji.
No. tepon:
BBG Selangor - 03-55106192
BBG KL - 03-26942700
BBG N.9 - 06-7630457
BBG Melaka - 06-2841952
BBG JB - 07-2234960
lenlain, bleh tanya dgn operator..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 10:41 AM | Show all posts
Minda: Syarat dapat khidmat Biro Bantuan Guaman

PELBAGAI kemudahan disediakan kepada masyarakat khususnya bagi mereka kurang berkemampuan dan yang memerlukan bantuan. Minggu ini kita akan mempelajari selok-belok bagi mendapatkan khidmat Biro Bantuan Guaman bagi mereka yang memerlukan khidmat nasihat dan bantuan guaman.

Biro Bantuan Guaman adalah alternatif terbaik kepada masyarakat yang mempunyai permasalahan berhubung perundangan terutamanya khidmat nasihat dan bantuan guaman. Ini termasuklah semua dalam prosiding mahkamah di Malaysia. Khidmat ini disediakan bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan khidmat peguam swasta.

Khidmat nasihat dalam semua perkara undang-undang, sivil dan syariah adalah antara peranan dan fungsi Biro Bantuan Guaman dalam masyarakat. Biro ini adalah sebuah jabatan di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri.

Inilah antara kemudahan disediakan dan perlu diketahui pengguna. Pengguna yang berkelayakan boleh menggunakan saluran ini bagi mempertahankan hak mereka dan menuntut keadilan sewajarnya. Syarat bagi mendapatkan khidmat dari Biro Bantuan Guaman ini terbahagi kepada dua kategori.

Bagi kategori pertama yang layak mendapat khidmat bantuan guaman, pemohon harus mempunyai pendapatan tidak melebihi RM25,000 setahun. Bagi kategori ini pemohon akan layak mendapat khidmat bantuan guaman secara percuma dan hanya dikenakan bayaran RM2 sebagai yuran pendaftaran.

Pemohon yang mempunyai pendapatan melebihi RM25,000 tetapi tidak melebihi RM30,000 mereka juga layak mendapatkan perkhidmatan ini tetapi akan dikenakan bayaran RM300 dan yuran RM2. Mereka yang terkeluar daripada senarai prasyarat berdasarkan pendapatan tahunan masih layak mendapatkan perkhidmatan ini, tetapi perlu mendapat kelulusan menteri dan permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Pengarah Biro Bantuan Guaman.

Justeru, pengguna disaran menghargai khidmat ditawarkan dan menggunakan sepenuhnya perkhidmatan Biro Bantuan Guaman sekiranya anda layak dan mempunyai permasalahan perundangan yang sukar diselesaikan akibat faktor kewangan dan pengetahuan berhubung aspek perundangan.

Perkhidmatan Biro Bantuan Guaman membantu anda menyelesaikan permasalahan berhubung isu kes sivil seperti membabitkan pampasan pekerja, penanaman padi, harta pusaka kecil, kemalangan, pinjaman wang, sewa beli, sewa menyewa, surat mentadbir pesaka, permohonan anak angkat dan tuntutan pengguna.

Masih ramai di kalangan masyarakat yang tidak mengetahui kewujudan Biro Bantuan Guaman dan hak mereka mengikut Akta Guaman 1971. Biro ini juga berfungsi bagi mengadakan perkhidmatan nasihat dan guaman kepada masyarakat yang tinggal jauh di pedalaman.

Bagi kes syariah dan kekeluargaan, kes yang boleh mendapatkan khidmat daripada biro Bantuan Guaman termasuklah tuntutan nafkah, perubahan perintah nafkah, menguatkuasakan perintah nafkah, tuntutan cerai, hak penjagaan, harta sepencarian atau harta perkahwinan dan isu mutaah.

Mereka, terutama golongan wanita yang berasa tertindas sila rujuk dan dapatkan khidmat Biro Bantuan Guaman. Anda juga berhak sebagai pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan ini. Pengguna disaran agar mendidik diri menggunakan saluran yang disediakan bagi menyelesaikan permasalahan. Ramai yang hanya pandai mengeluh, tetapi tidak mahu mencari penyelesaiannya. Sesungguhnya Allah menguji manusia daripada pelbagai sudut dan kita harus mensyukuri segala nikmat-Nya dan mencari jalan penyelesaian bagi setiap ujian Allah terhadap hamba-Nya.

Peruntukan perkhidmatan dalam bidang perkhidmatan Biro Guaman termasuklah bantuan khidmat nasihat dan bantuan guaman membabitkan kes jenayah. Ini disenaraikan bagi mereka yang ingin memohon untuk meringankan hukuman apabila telah mengaku salah dalam kes jenayah di Mahkamah Sivil. Perkhidmatan juga diberikan membabitkan prosiding jenayah mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 dan prosiding jenayah mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Gunakan platform ini sebaik mungkin demi mempertahankan hak anda. Dokumen pengenalan diri dan dokumen berkaitan tuntutan adalah perkara asas yang perlu disediakan tanpa perlu memikirkan implikasi kewangan. Anda tidak seharusnya membiarkan diri tertindas.

Hak anda sebagai pengguna atau ditakrifkan sebagai penyewa mengikut Akta Sewa Beli 1967, hak peminjam mengikut Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 adalah antara khidmat nasihat dan bantuan guaman yang anda sebagai pengguna rujuk sekiranya anda berasa teraniaya atau memerlukan penjelasan berhubung nasihat perundangan.

Biro Bantuan Guaman boleh dihubungi di talian 03-88851000 atau pengguna boleh melayari www.bbg. gov.my. Biro Bantuan Guaman mempunyai cawangan hampir di seluruh negara bagi mempermudahkan masyarakat menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan serta mendidik orang ramai untuk mempertahankan hak dan mendapatkan keadilan mengikut peruntukan undang-undang.

Penulis ialah Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.341245 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list