Alhamdulillah Allah bagi rezeki kat saya sempat membaca Al Quran
kira2 selepas Subuh sampai naik matahari, itupun kalau tak ada
kuliah Subuh. Malam sebelum tidur pun ada juga berkesempatan
kalau tidak terlalu keletihan atau tewas oleh syaitan PAT SAGI.
Saya lihat amalan tuan2 dan puan2 di sini hebat-hebat belaka, terasa
kefaqiran diri ni - terutama yang mampu membaca setiap kali selepas
solat. Lemah saya ni, kerap perasan amalan dah cukup sedang yang
lain lagi ampuh.
Yang tak pernah baca Al Quran hari-hari itu mulakan SEKARANG!
Malu kita mengaku orang Islam tapi tidak membacanya setiap hari.
Baca setiap hari tu (tak termasuk bacaan dlm solat) bagi semua
umat Islam sepatutnya jadi minimum requirements. Tak kan nak harap
orang yahudi atau nasrani atau buddha nak bacakan kat kita? Kitab depa ka
kitab kita? Harian metro/The Star boleh baca dari front page ke end page
SETIAP HARI. Gossip Cari boleh baca sehingga beratus2 page SETIAP HARI.
Al Quran?
Semoga kita semua dijauhkan Allah dari sifat riyak dan 'ujub dengan
amalan kita dan semoga kita dijauhi sifat munafiq. Semoga kita dianugerahkan
sifat istiqamah dalam ibadat dan diberi taufiq dan hidayah.
Doa Pohon Rajin Baca Al Quran
Allahummarhamna Bil Quran
Waj'alhu lanaa Imaaman Wa Nuuran Wa Hudan Wa Rohmah
Allahumma Dzakkirna Minhu maa Nasiina
Wa'allimna Minhu maa Jahiilna
Warzuqnaa Tilaawatahu
Aana Al Laili Wa Athroofa An Nahaar
Waj'alhu lanaa Hujjatan
Yaa Rabbal 'Alamin
Ya Allah Rahmatilah daku dengan sebab AlQuran
Dan jadikanlah ia sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagiku.
Ya Allah ingatkanlah daku apa-apa yang aku lupa dari Al Quran,
Dan ajarilah apa-apa yang aku jahil dalam Al Quran,
Dan kurniakan daku rezeki selalu sempat membacanya pada setiap malam dan siang,
Dan jadikanlah ia sebagai hujjah bagiku,
Ya Allah Tuhan semesta alam
Selamat menempuh madrasah Ramadhan.