CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adli

Abjad Malaysia

[Copy link]
 Author| Post time 6-11-2006 07:00 PM | Show all posts

Perkara Luar Biasa Yang Mencarik Adat

Allah telah menganugerahkan kepada manusia khusus dan awam 8 perkara luar biasa yang mencarit adat yang boleh berlaku ke atas manusia. Perkara luar biasa itu bolehlah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu, 4 perkara yang di puji dan 4 perkara yang di keji dan menyalahi ajaran Islam. Ramai daripada kalangan orang Islam sendiri yang terkeliru tentang konsep dan perbezaan perkara-perkara tersebut, kadang-kala masyarakat tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana mesti dijauhi. Bagi menjelaskan kekeliruan itu maka diperturunkan serba ringkas tentang perkara-perkara tersebut, agar pembaca semua dapat membuat penilaian dengan sebaik-baiknya.
Empat Perkara Yang Di Puji
1. Irhas.
Irhas ialah perkara luar biasa yang di anugerahkan oleh Allah kepada Nabi-Nabi dan rasul-rasul semasa baginda masih kecil. Contohnya seperti Nabi Isa boleh bercakap semasa baginda masih dalam buaian. Perkara ini tidak menjadi kekeliruan kerana Nabi dan rasul telah tiada pada masa sekarang.
2. Mukjizat.
Mukjizat ialah suatu perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah hanya kepada Nabi-Nabi dan rasulnya sahaja bagi melancarkan usaha rasul-rasul tersebut menyampaikan dakwah dan risalah Allah. Contohnya seperti Mukjizat Nabi Sulaiman yang boleh memahami bahasa semua binatang.
3. Karamah.
Karamah ialah suatu perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang-orang mukmin yang berakhlak rasul dan benar-benar berpegang dengan ajaran Islam zahir dan batin. Hal ini adalah perkara biasa bagi Mereka. Karamah merupakan suatu kemuliaan yang Allah kurniakan kepada diri zahir dan batin hamba-hambanya yang arif tentang Allah ( Arifbillah ) .
Mereka ini adalah merupakan orang-orang yang alim dan sentiasa beramal soleh. Mereka mahir sekurang-kurangnya tentang ilmu fardhu Ain, Usuluddin, Fekah dan tasauf serta mereka sentiasa beramal dengannya pada setiap masa dan kelakuan. Ikatan diri mereka sentiasa dengan Allah tanpa dapat dipengaruhi oleh alam sekeliling. Mereka dimuliakan oleh ahli di langit dan diperhinakan oleh kebanyakan ahli di bumi.
4. Maunah.
Maunah ialah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang mukmin awam yang soleh, yang apabila di timpa sesuatu musibah atau hal ke atas dirinya, mereka terus melipat gandakan pergantungan dan keimanan kepada Allah serta memantapkanya melalui berbagai-bagai wirid, jampi dan doa serta amalan-amalan sunat yang lain.
Maunah ini merupakan satu kemuliaan yang Allah kurniakan kepada diri zahir dan batin hamba-hambanya yang soleh. Mereka arif tentang ilmu fardhu Ain, Usuluddin, Fekah dan tasauf tetapi kemampuan beramal mereka adalah terhad. Apabila berlaku sesuatu hal ke atas diri mereka samada mutlak dari Allah atau yang bersangkut paut dengan manusia, mereka terus melipatgandakan pergantungan diri dan keimanan kepada Allah serta memantapkan lagi dengan berbagai-bagai wirid, jampi, doa dan segala amalan sunat. Mereka tidak merasa sedih atau kecewa sekiranya permintaan mereka tidak ditunaikan oleh Allah.

bersambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2006 07:02 PM | Show all posts
Empat Perkara Yang Di Keji
Perkara luar biasa yang di keji oleh Allah ialah perkara luar biasa yang berlaku ke atas orang biasa melalui pertolongan selain daripada Allah. Contohnya melalui pertolongan khadam-khadam yang terdiri daripada Jin dan Syaitan dan sebagainya. Perkara luar biasa jenis ini mestilah di jauhi oleh setiap orang Islam kerana ianya sesat dan menyesatkan. Perkara-perkara tersebut ialah :-
1. Istidraj
Istidraj ialah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada mereka yang berpura-pura beramal dengan amalan soleh, walaupun diri mereka mahir dengan fardhu ain, Usuluddin, fekah dan tasauf. Mereka berbangga dengan perkara luar biasa yang berlaku ke atas diri mereka sedangkan mereka mengetahui punca sebenar datangnya perkara luar biasa tersebut. Lazimnya golongan ini terikat dengan perjanjian serta mewujudkan pantang-larang yang selari dengan hukum syarak. Ini kerana khadam-khadam mereka adalah terdiri daripada golongan Jin Islam samada yang soleh, fasik atau terdiri daripada Jin yang kafir.
Setiap amalan wirid, jampi dan doa itu ada penjaganya (Khadam). Orang yang beramal dengan kaedah ini kebiasaannya mempunyai suatu perasaan tidak baik yang telah tersemat dalam diri mereka. Antara matlamat mereka ialah :-
a) Ingin di puja. b) Ingin dikunjungi oleh orang ramai
c) Cinta kepada pangkat dan kebesaran d) Ingin mendapatkan harta dan kuasa
Golongan khadam ayat dari golongan puak rohani alam rendah memang dijadikan Allah untuk menyukakan golongan yang seumpama itu dengan beberapa perkara luar biasa. Mereka pada zahirnya kelihatan seperti orang yang beriman dan sentiasa menjaga syariat Islam serta berakhlak Rasul tetapi sebenarnya mereka beramal dengan perkara-perkara kufur dan telah terjun ke lembah kekufuran, samada mereka sedari atau tidak.
Punca kesesatan golongan ini ialah apabila rohani-rohani alam yang rendah mengunjungi mereka dalam tidur ataupun semasa jaga, dengan rupa atas nama-nama orang-orang soleh samada yang masih hidup ataupun yang telah mati atau mereka membuat Tajalli ketuhanan. Lazimnya mereka dibebankan dengan beberapa syarat yang menepati hukum syarak untuk diamalkan sebagai syarat perjanjian persahabatan dalam semua kelakuan melalui lidah, anggota dan hati, di semua tempat, waktu dan masa. Maka bermula di saat itu diri mereka berada di dalam Syirik Uluhiyyah dan segala rupa bentuk amalan syariatnya tidak ada nilai di sisi Allah.
Mereka sebenarnya mengetahui dari mana datangnya zahir perkara luar biasa pada perkataan, perbuatan dan kasad hati, tetapi mereka enggan meninggalkan amalan tersebut kerana mereka ingin menjadi jaguh dalam bidang perubatan dengan mengadakan beberapa keajaiban dari berbagai-bagai jenis ubatan, kaedah perubatan dan sebagainya. Kadang-kadang melalui langkah mempertahankan diri. Mereka juga terjebak dalam permainan tunjuk kuat kebatinan supaya mereka di anggap orang yang paling makbul doanya atau paling keramat. Jika dia seorang ulama, maka dia inginkan supaya di kunjungi, di puja dan di hormati sebagai seorang Ahlillah secara mutlak, sedangkan dalam masa yag sama dia akan terasa hina dan hilang kewibawaan sebagai ulama, jika tiada pada dirinya, nyata beberapa perkara yang luar biasa.
2. Sihir.
Sihir ialah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang-rang Islam yang durhaka (慳si ) yang tidak faham aqidah, syariat dan ubudiah serta tidak beramal dengannya dan orang-orang yang fasik. Sihir juga diberikan oleh Allah kepada pendita-pendita bukan Islam samada Yahudi, Buddha, Nasrani, Majusi dan yang seumpama dengannya. Sihir ini terjadi melalui pertolongan daripada rohani Jin Islam yang fasik dan Jin-Jin yang kafir melalui perjanjian tertentu. Kebiasaannya golongan ini terikat dengan perjanjian dan mengadakan jamuan yang harus dan haram di sisi Syarak. Mereka mendapat perkara yang luar biasa ini adalah melalui pertolongan kumpulan Jin Islam yang fasik dan daripada Jin yang kafir.
Golongan orang Islam yang mendapat perkara luar biasa melalui kaedah ini selalunya sentiasa bergelumang dengan kejahatan dalam semua hal. Golongan ini sebenarnya Mulhid dan Zindik dalam bab aqidah. Selalunya mereka akan mengadakan berbagai cara atau upacara yang berselindung di sebalik ajaran Islam. Antara mereka yang termasuk dalam golongan ini ialah :-
a) Kumpulan Hassan Anak Harimau
b) Wali Suci
c) Budi (Buddha) Suci
d) Batin Sakti
e) Hakikat Insan
f) Pati Geni
g) Fahaman Wahdatul Ujud dalam I抜tiqad
h) Baginda Mukhtar
i) Lain-lain kumpulan yang tumbuh bagaikan cendawan di negara ini.

3. Silap Mata.
Silap Mata adalah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang-orang Islam yang fasik dan juga kepada orang-orang kafir, melalui pertolongan daripada Jin kafir. Oleh itu mereka juga terikat dengan perjanjian dan membuat perkara-perkara yang diharamkan oleh hukum syarak.

4. Sya抴azah.
Sya抴azah ialah perkara yang di kurniakan oleh Allah, yang berlawanan sama sekali daripada kehendak asal. Kebiasaannya perkara ini Allah berikan kepada golongan yang angkuh daripada orang-orang kafir. Misalnya apabila mereka meminta sesuatu yang baik, tetapi Allah kurniakan dengan sesuatu kejahatan yang berlipat ganda.

bersambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2006 07:04 PM | Show all posts
BALA TENTERA ALLAH.
Allah mempunyai bala tenteraNya yang tersendiri yang terdiri daripada sekelian makhluknya samada daripada manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang di lautan, daratan dan yang seumpama dengannya seperti angin, api dan segala carkawala di angkasa raya. Bala tentera Allah tersebut terbahagi kepada beberapa kumpulan yang akan diperintahkan oleh Allah untuk membantu manusia apabila dikehendakiNya.
Antara bala tentera Allah tersebut adalah terdiri daripada :-
A. Bala Tentera alam atas yang terdiri daripada seluruh malaikat alam tinggi.

Bala tentera ini apabila diperintahkan oleh Allah untuk menolong para nabi dan rasul-rasul, maka pertolongan yang menzahirkan perkara yang luar biasa itu akan dinamakan sebagai Mukjizat. Manakala pertolongan yang menzahirkan perkara luar biasa yang terjadi kepada nabi dan rasul semasa kecil pula, dinamakan sebagai Irsad. Bentuk pertolongan tersebut samada melalui lidah, anggota, kasad hati atau melalui ketiga-tiga bentuk tersebut secara sekali gus.

Jika mereka menjadi penolong kepada ulama-ulama dan orang-orang soleh yang arif billah ( iman, syariat dan akhlak mereka menepati sebagaimana iman, syariat rasul zahir dan batin ) maka pertolongan tersebut dinamakan sebagai Keramat.

Perkara luar biasa yang berlaku kepada ulama-ulama dan orang-orang saleh yang apabila, mereka di timpa bala dan musibah, maka mereka melipat gandakan ubudiah dan pergantungan kepada Allah dengan penuh ikhlas diri dan amalan mereka, maka perkara luar biasa tersebut dinamakan sebagai Maunah.
B. Bala tentera Allah Alam rendah
Bala tentera Allah alam rendah pula adalah terdiri daripada sekelian rohani jin-jin Islam yang soleh dan jin-jin Islam yang fasik dan kafir serta semua manusia dan makhluk Allah yang lain yang menghuni alam ini, seperti haiwan, tumbuhan, angin, batu dan sebagainya
Manakala rohani Jin Islam yang alim dan soleh daripada alam rendah yang apabila diperintahlan oleh Allah datang memberi pertolongan kepada manusia yang alim dan soleh yang wujud dalam diri mereka itu sifat-sifat mazmumah, maka pertolongan tersebut dinamakan sebagai Istidraj. Perkara luar biasa tersebut dinamakan sebagai istidraj kerana rohani jin Islam yang soleh tersebut akan mengenakan beberapa syarat yang menepati hukum syarak sebelum memberi pertolongan tersebut.

Jika rohani jin Islam yang fasik atau jin kafir diarah memberi pertolongan kepada manusia Islam yang fasik atau manusia yang pura-pura beriman atau yang seumpama dengannya pula dinamakan sebagai sihir atau silap mata, kerana mereka mengenakan beberapa syarat yang harus pada hukum syarak.

Jika jin -jin yang kafir atau anak keturunannya diperintahkan memberi pertolongan kepada manusia yang kafir yang terdiri daripada rahib-rahib, padri-padri, sami-sami atau yang seumpama dengannya, maka pertolongan tersebut dinamakan sebagai silap mata atau sihir peringkat tinggi, kerana mereka mengenakan syarat-syarat yang haram pada hukum syarak.

[ Last edited by  adli at 14-11-2006 02:30 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2006 01:34 AM | Show all posts
Selasa depan aku dapat jemputan beraya ke rumah ahli2 abjad ni..
mereka jemput aku untuk muzakarah apa yang terpendam
Insya Allah akan aku ceritakan kat sini nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2006 04:42 PM | Show all posts
Hmmm kena digest n faham betul2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2006 04:47 PM | Show all posts
Originally posted by anakomar at 8-11-2006 01:34 AM
Selasa depan aku dapat jemputan beraya ke rumah ahli2 abjad ni..
mereka jemput aku untuk muzakarah apa yang terpendam
Insya Allah akan aku ceritakan kat sini nanti..


Right here waiting....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2006 11:31 PM | Show all posts
dengar kabar ada majlis talkin malam esok..
selanjutnya tunggu aku ke sana dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 12:03 PM | Show all posts
bermulalah satu perjalanan yang panjang
dalam muzakarah malam tadi dapatlah aku simpulkan jalan yang bawa oleh abjad ini
adalah wasilah dari nabi-nabi hinggalah masa kini
betapa pentingnya menunaikan tuntutan atas syahadah dan membawa islam pusaka yang bukan islam baka..
dalam masa yang singkat tak dapat aku huraikan panjang lebar takut silap tafsiran aku ini
aku pun masih cuba untuk memahami..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2006 10:06 PM | Show all posts

Reply #28 anakomar's post

Bermuzakarah dimana?

[ Last edited by  adli at 14-11-2006 10:08 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 11:45 PM | Show all posts

Reply #29 adli's post

di cheras dengan abang non...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2006 12:04 PM | Show all posts
Originally posted by anakomar at 15-11-2006 11:45 PM
di cheras dengan abang non...


apa yg dimuzakarahkan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 09:24 PM | Show all posts
Originally posted by adli at 19-11-2006 12:04 PM


apa yg dimuzakarahkan...



macam2...
tapi banyak tentang tauhid dan tuntutan atas kalimah syahadah
baru nak paham sikit2:hatdown:
Reply

Use magic Report

kja356 This user has been deleted
Post time 29-11-2006 12:44 AM | Show all posts
erm kalo bro dah paham nati tlg perincikan lagi penjelasan agar sume dapat kefahaman yg mudah...:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 12:18 PM | Show all posts
banyak citer pasal tauhid dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 01:26 AM | Show all posts
perasmian gelanggang dan perlancaran Abjad cawangan Cheras
dijangkan pada 14 Januari 2007
demontrasi silat abjad juga diadakan
pada hari ahad pkl 9 pagi hingga 4 ptg
sekelian yang baca dijemput hadir
sekian:tq:

[ Last edited by  anakomar at 20-12-2006 02:33 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2007 01:09 PM | Show all posts
Sesiapa yang ingin tahu dijemput hadir..
Wassalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2007 03:33 PM | Show all posts
assalamualaikum
abjad area petaling jaya ada?  sy tertarik ngan abjad baru2 ni ada terdegr tapi kurang paham. sy berminat lebih2 lagi bila salah sorang yg bg sanad adalah tok guru kenali.

[ Last edited by  hiburanmalam at 6-1-2007 03:36 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2007 12:31 AM | Show all posts
Ahli Abjad mungkin ada kat sana
tapi cawangan Abjad kat Bangi, Gombak dan Cheras yang baru nak ditubuhkan kat lembah klang ni:ting:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2007 10:09 PM | Show all posts
masanya telah samapai
esok, 14 jan.  bermula pukul 9 pagi hingga 4 ptg
jemput hadir ke dewan serbaguna desa baiduri cheras

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 03:37 AM | Show all posts
salam..
tumpang tanye..
cawangan gombak katne..
berminat ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.070294 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list