CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3576|Reply: 3

SUMBANGAN ANAK YATIM

[Copy link]
Post time 13-9-2006 09:58 AM | Show all posts |Read mode
Asalamualaikum wbt,

Umat Islam akan menyambut Ramadan tidak lama lagi. Bulan yang barakah itu akan menjadi bulan bagi semua umat Islam berlumba-lumba membuat kebajikan higga ketahap maksima. Anak-anak yatim juga tidak ketinggalan menerima limpahan barakah tersebut. Syarikat-syarikat dan orang persaorangan sudah mula menghantar jemputan berbuka puasa. Alhamdulillah dengan perkembangan yang sihat ini.

Selain dari berbuka puasa, anak-anak yatim juga perlu dihidangkan dengan makanan untuk bersahur. Rumah Anak-Anak Yatim Nur Hikmah, Taman Mesra, Kajang, Selangor kini dihuni oleh 60 orang anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal. Perbelanjaan bagi setiap hidangan makan ialah diantara RM150 hingga RM200 .

Yayasan Nurhikmah menjemput anda yang prihatin dan ingin berbuat kebajikan untuk menyumbang kepada TABUNG SAHUR anak-anak yatim Nur Hikmah.

Anda boleh menyalurkan sumbangan melalui Urusetia Sahur Nur Hikmah, Sdra Ahmad Fadzil Ahmad , akaun MAYBANK 514301119388 . Selepas anda melakukan pemindahan wang, sila SMS ke telefon 012-2968649 . Nyatakan nama dan jumlah yang dimasukkan.

Selain dari sumbangan diatas, kami juga menjemput anda untuk menghulurkan apa saja bentuk sumbangan, samada dalam bentuk wang ringgit, material atau tenaga sukarelawan. Sila berhubung terus ke email presiden@nurhikmah.org.my untuk tujuan tersebut.

Kami bagi pihak Rumah Anak-Anak Yatim Nur Hikmah mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan dan sumbangan anda. Semoga Allah swt memberkati usaha-usaha kita.

Wasalam


RENUNGAN:

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya." Riwayat Ibnu Majah

Huraian

i) Penghormatan dan bantuan kepada anak yatim mestilah dijaga terutama mereka yang terdiri daripada keluarga yang susah kerana anak yatim begitu memerlukan perhatian yang sewajarnya dalam meneruskan kehidupan sebagaimana yang dirasai oleh anak-anak yang lain. Mereka begitu rindukan belaian kasih sayang dan juga keprihatinan semua pihak agar mereka turut gembira.

ii) Rasulullah s.a.w juga merupakan anak yatim di mana bapanya Abdullah meninggal ketika umurnya 2 bulan dalam kandungan. Manakala ibunya Aminah pula meninggal ketika baginda baru berumur 6 tahun iaitu ketika usia seseorang itu dahagakan kasih sayang seorang ibu. Datuknya Abdul Muttalib turut meninggalkan baginda ketika usia baginda 8 tahun.

iii) Allah turut menyebut bagaimana keadaan nabi dan bagaimana pula Allah membantu baginda sehingga menjadi pemimpin yang teragung. Firman Allah dalam ayat 6 - 11 surah ad-Duha yang bermaksud :

"Bukankah Dia yakni Allah mendapati engkau wahai Muhammad yatim piatu lalu Dia memberikan perlindungan. Di dapatiNya engkau mencari-cari jalan kebenaran lalu Dia memberikan petunjuk. Didapati-Nya engkau miskin lalu Dia memberikan kekayaan. Oleh itu, janganlah engkau mengasari anak yatim. Jangan engkau menengking orang yang meminta pertolongan. Maka hendaklah engkau menyebut-nyebut nikmat Tuhanmu sebagai tanda syukur kepadaNya."

iv) Islam melarang umatnya daripada mengkhianati dan menghina anak yatim. Tetapi hendaklah memastikan agar hak mereka dalam memiliki harta, ilmu dan kasih sayang sentiasa terjaga. Pastikan mereka lahir sebagai anak yang soleh yang mampu membantu ibu atau bapa mereka yang telah meninggal dunia kerana sesungguhnya membiarkan mereka bererti kita telah mengkhianati agama dan menghina mereka bererti kita turut membenci Rasulullah s.a.w yang juga merupakan anak yatim piatu. Oleh itu bimbinglah mereka ke jalan yang diredhai Allah dan jauhilah mereka daripada jalan kesesatan. Allah telah memberi amaran melalui firmanNya dalam Ayat 1-2 Surah al-Ma'un yang bermaksud : "Tahukah engkau tentang orang yang mendustakan agama. Dia ialah orang yang menindas serta berlaku zalim terhadap anak yatim !"


Layari Laman web Yayasan Kebajikan Nurhikmah di www.nurhikmah.org.my

Anda juga boleh sama-sama berforum didalam Yahoo Group Nurhikmah di http://groups.yahoo.com/group/nurhikmah/






--------------------------------------------------------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/ __._,_.___

http://www.sim.org.my , adalah laman web komuniti Persatuan Sahabat Interaktif Malaysia (SIM) sebuah persatuan yang keahliannya terdiri dari pengguna ICT yang aktif dan interaktif disemua peringkat umur.

Anda boleh mendaftar dengan SIM dilaman web http://wwww.sim.org.my dan menyertai berbagai aktiviti SIM yang dijalankan dari masa kesemasa.

LAYARI http://www.sim.org.my

[IMAGE]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2006 12:09 AM | Show all posts
ada anak yatim nak jadi  anak angkat haku tak? Haku ada bela anak angkat sorang (lelaki 9 tahun) nak lagi sorang...so dia ada kawan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 09:30 AM | Show all posts

Reply #2 sciencefiction's post

alhamdulillah..  jika sciencefiction merupakan warga negeri perak, saya cadangkan anda cari calon dari rumah anak yatim Yayasan Nurul Iman..

ini link untuk details..
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=243283
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 09:05 PM | Show all posts
science dah kawin ke atau bujang yg memelihara anak angkat? sherrina tgk la ni ramai org bujang yg mengambil anak angkat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.094327 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list