CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Jamal Abdillah - Update - Kembara Seni Jamal Abdillah (5-9 Ogos) Di IB -

[Copy link]
 Author| Post time 18-8-2006 09:04 AM | Show all posts

Reply #40 lailamajnun04's post

laila...
betul sangat tu...
dan saya rasakan  - satu show macam tak cukup aje..

kalaulah rancangan cam ini ada tiap minggu..
dengan different topic -- ada kena mengena dengan
dadah - tapi ada specific issue - macam - permulaan dia..
then -- pengaruh2 dia...
then kesan2 dia.. bukan sekejap punya cerita...

dari buat topic bodoh sombong macam TIADA RAHSIA
(memang confirm saya tak tengok benda2 cam gini)
yang hampeh dan tak menjana minda --
baik lagi topic yang memberi pengajaran dan teladan
kepada  audience...   

syabas RTM - now saya tahu kenapa saya memang
selalu tengok RTM --  warta perdana dia yang paling best
prime news dia  memang best - dan berita dunia dia pukul
11pm  - very latest ---  syabas RTM..

syabas - jamal dan saleem..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2006 09:12 AM | Show all posts
elok banyakkan lg program macam ni...sebagai pengajaran utk semua
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2006 09:16 AM | Show all posts

Reply #42 greyrose's post

dan kalaula ada lagi artis yang insaf dan nak tampil
macam saleem dan jamal - masyarakat akan jadi
recovery partner gak -- kita semua mesti support -
dan beri dorongan...

mana tahu ye.. mungkin ada nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 02:44 PM | Show all posts
mlm esok  ulangan...jgn lupe
pd sape yg nk tgk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2006 02:50 PM | Show all posts

Reply #44 thelauncher's post

nanti esok saya bump kan thread..
so  tak ada orang lufe..

houdini kata dia nak tengok - hope dia ingatlah
*saya pun nak tengok lagi sekali sebab -
nak tape kan lagu  clip jamal nyanyi  senandung semalam tu..
tak pernah tengok -- first  time tengok malam tu..
BEST  - padanlah dia jadi juara -- suara tak berubah
dari dulu hingga sekarang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2006 07:40 AM | Show all posts
Rakan artis sokong Jamal, Saleem
19-08-2006  
Oleh DALILAH IBRAHIM



Jamal Abdillah akan turut memeriahkan Konsert Merdeka KLCC 2006
pada 30 Ogos nanti. (Foto The Star)



ATAS keinsafan dan perasaan ingin berbakti kepada masyarakat, penyanyi Jamal Abdillah menggagahkan diri diwawancara secara langsung oleh RTM Khamis lepas tentang  27 tahun penglibatannya dengan dadah.

Jamal yang ditemui di sidang media Konsert Merdeka KLCC mengakui bahawa dia sebenarnya tidak berminat untuk diwawancara di televisyen.

"Semasa rancangan tersebut saya cukup berhati-hati agar jangan tersalah cakap. Saya tidak mahu dianggap sombong atau bongkak.

"Walaupun dengan berat hati, saya penuhi juga undangan ini kerana ianya adalah permintaan daripada menteri-menteri dan pihak kerajaan di dalam usaha untuk memerangi dadah," katanya.

Tambahnya lagi dia berharap pendedahannya itu tidak akan memudaratkan dirinya kerana dia faham akan sikap masyarakat yang sukar untuk menerima bahawa dirinya telah berubah.

"Saya bimbang dugaan yang lebih berat lagi akan datang selepas ini," ujarnya lagi.

Menurut Jamal dia tidak mengetahui bahawa dia akan digandingkan dengan Saleem di dalam rancangan tersebut.

Jamal dan bekas penyanyi kumpulan Iklim itu diwawancara dalam rancangan Isu Semasa: Pengakuan Eksklusif Jamal dan Saleem yang disiarkan secara langsung pada 9.30 malam di TV1 Khamis lalu.

Rancangan tersebut yang dihoskan oleh Sabaruddin Ahmad Sabri dan turut menampilkan presiden Persatuan Pengasih Mohd Yunus Pathi, akan disiarkan sekali lagi pada 19 Ogos pukul 10 malam di saluran yang sama.

Pendedahan yang dibuat oleh Jamal dan Saleem itu mendapat reaksi positif daripada rakan-rakan artis yang berharap kedua-dua artis tersebut telah insaf dan pulang ke pangkal jalan.

"Semua orang membuat silap dan saya yakin orang ramai akan menghormati mereka kerana berani mengakui kesalahan mereka," ujar presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Freddie Fernandez.

Freddie berkata bukan mudah untuk seseorang itu mengaku kesilapan sendiri serta membuat pengakuan terbuka.

"Biarlah apa yang berlaku kepada mereka dijadikan iktibar kepada orang lain terutamanya rakan-rakan artis," katanya.

Penyanyi veteran Julie Sudiro pula berkata dia sentiasa mengharapkan agar Jamal dan Saleem benar-benar pulih daripada ketagihan mereka.

"Saya ingin katakan kepada orang-orang yang cuba menyogok mereka dengan dadah ini; lupakanlah mereka, kasihanilah mereka," katanya sambil menambah dia berasa cukup sedih apabila melawat Jamal di pusat tahanan di Sarawak suatu ketika dulu.

"Suaranya amat bagus dan Jamal mempunyai masa depan yang cerah di bidang nyanyian. Di awal penglibatannya di akhir 70-an dulu, suaranya sering dibandingkan dengan Broery Marantika," katanya.

Penyanyi Nash, yang juga timbalan presiden Karyawan, berkata dia bangga Jamal dan Saleem sanggup berkongsi penyesalan mereka secara terbuka.

"Mereka membuktikan bahawa ianya tidak terlalu lewat untuk seseorang itu kembali ke pangkal jalan dan berdikari," katanya.

Nash juga menasihatkan Jamal dan Saleem agar sentiasa berwaspada dan menghindari rakan-rakan yang boleh membuatkan mereka terjebak



Jamal dan Saleem mendapat sokongan padu daripada rakan-rakan artis
(Foto: The Star)



Pemain dram kumpulan Wings Azmi Hashim yang lebih dikenali sebagai Black berkata tindakan Jamal dan Saleem sepatutnya dipandang positif oleh masyarakat.

"Sudah menjadi lumrah bahawa masyarakat akan memandang serong terhadap bekas penagih tetapi inilah dugaan yang harus dilalui mereka.

"Sebagai rakan artis yang seangkatan, saya menyokong penuh usaha mereka untuk memulihkan diri walaupun sudah berpuluh-puluh tahun terjebak di kancah ini," ujar Black yang turut terlibat di dalam kempen anti dadah anjuran Agensi Dadah Kebangsaan
   
Pengarah dan penerbit drama A. Wahid Nasir berkata dia yakin kata-kata Jamal datang dari hati yang ikhlas.
"Penampilannya lebih baik sekarang dan dia nampak lebih handsome," katanya sambil menambah bahawa pengakuan Jamal dan Saleem patut menjadi panduan untuk generasi artis-artis muda.

Pelakon dan model Mazin Ameen Siraj pula berkata masyarakat perlu memberi peluang kepada artis-artis yang ingin berubah dan memahami bahawa adalah amat sukar bagi seseorang itu untuk melupakan ketagihan mereka.

"Masyarakat tidak patut prejudis terhadap mereka kerana hampir setiap orang mempunyai ketagihan terhadap sesuatu.

"Sekiranya anda menghisap rokok atau suka makan cokelat tiap-tiap hari, ianya juga ketagihan yang memudaratkan," katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-8-2006 07:42 AM | Show all posts
hensem jamal.... dan bagusla rakan2 artis dia
support dia dan saleem... dan beri dorongan cam ni..


*jangan lupa malam ni!!  
LEBIH BAIK tengok rancangan ni dari rancangan
yang tak menjana minda  tiada rahsia yang cari
publisiti murahan tu  ;)   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2006 08:04 AM | Show all posts
guys...
saya akan copy satu article mengenai syabu -----
untuk pengetahuan kita.... -- inilah dia syabu yang
jamal bincangkan dalam rancangan exclusive tu....
saya pastekan kat sini  kerana ia berkaitan...

harap kita sama2 dapat membaca dan memahami supaya
kita dapat sedikit knowledge dan mengapakah syabu ini
sangat bahaya dan membunuh mental dan fizikal
kita dari hari ke sehari...   dan mengapa kita MESTI
menjauhkan diri dari syabu ----  knowledge is the basic
of all -- kita mesti memahaminya supaya dapat menyampaikan
dan understanding kepada orang2 yang menagih benda alah ni...

-- hope it helps --
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2006 08:07 AM | Show all posts
Seksa ketagih syabu
Oleh Nasron Sira Rahim


Ada penagih akhirnya memilih membunuh diri dengan anggapan lebih baik daripada mengalami kesengsaraan akibat ATS

PENGAMBILAN dadah rekaan, Amphetamine Type Stimulant (ATS) atau Syabu seumpama menempah tiket ke neraka - tidak saja neraka akhirat tetapi juga ?eraka? dunia berikutan penagihnya akan mengalami pelbagai kesengsaraan kesihatan dan mental.

Syabu mula diberikan perhatian sejak kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa pengambilan dadah jenis ini di kalangan generasi muda dikenal pasti punca utama peningkatan kes jenayah termasuk bunuh, rompak dan rogol,

Musa berkata, pengambilan dadah ATS menyebabkan mereka tidak mempunyai rasa takut dan belas kasihan terhadap mangsa ketika melakukan jenayah termasuk membunuh, seperti mana yang berlaku akhir-akhir ini.

Malah akibat tidak sanggup menghadapi tekanan kesengsaraan itu, ada penagih akhirnya memilih untuk membunuh diri mungkin dengan anggapan ?embunuh diri lebih baik daripada mengalami kesengsaraan syabu?.

Pakar Perubatan Penagihan dari Pusat Pakar Rawatan Dr Mahmud; Dr Mahmud Mazlan, berkata kali pertama mencuba syabu atau turut dikenali sebagai ?ce? dan ?il kuda?, seseorang akan berasa bertenaga, bersemangat dan penuh emosi secara sementara berikutan dadah itu adalah berjenis perangsang.

Malah akibat tidak sanggup menghadapi tekanan kesengsaraan itu, ada penagih akhirnya memilih untuk membunuh diri mungkin dengan anggapan ?embunuh diri lebih baik daripada mengalami kesengsaraan syabu?.

Beliau bagaimanapun berkata, sebaik berasa kesan ?uphoria? iaitu keseronokan akibat syabu, individu itu akan mengambil dadah itu secara berterusan bagi terus merasai kesannya sehingga menyebabkan ketagihan.

Kesan seronok akibat dadah ini lenyap sebelum kandungan dadah berkurangan dalam darah dan penggunanya akan cuba meneruskan kesan khayal dengan penggunaan dadah itu secara berulang kali.

Pengguna mengambil dos lebih dan berulang untuk meneruskan kesan khayal yang dialaminya. Pengguna tidak makan atau tidur tetapi pada masa sama terus menyuntik dadah ini sehingga satu gram setiap dua dan tiga jam dalam jangka masa beberapa hari sehingga bekalannya habis atau sehingga mereka tidak berupaya meneruskannya.

Syabu tidak perlu diambil setiap hari berbanding pengambilan heroin. Cukup sekadar dua kali dalam seminggu dan ia boleh membuatkan pengguna ketagih dan memudaratkan,? katanya yang juga bekas Pakar Psikiatrik Pemulihan Muar, Johor.

Katanya, kesan khayal dan keseronokan dipercayai akibat rangsangan terhadap ?opamine? iaitu penghantar neuron ke otak yang bersifat perangsang. Syabu perlu diambil berterusan bagi terus merangsang dopamine.

Jika penagih berhenti mengambil syabu, kadar dopamine dalam otak berkurangan sehingga mencetuskan pelbagai masalah kesihatan dan mental. Bagi mengembalikan dopamine kepada kadar normal seperti manusia biasa, ia memerlukan rawatan dan meninggalkan syabu selama setahun.

Bagaimanapun, sepanjang tempoh itu, penagih akan menghadapi keseksaan termasuk gian, mengalami masalah kesihatan dan mental seperti delusi, halusinasi atau sakit mental,? katanya.

Tiada jalan keluar yang selesa sekiranya seseorang sudah terjebak dengan syabu kerana sebaik menagih dadah itu, sama ada untuk berhenti atau meneruskan penagihan, mereka perlu menempuh jalan keseksaan.

Jika tidak menghentikan penagihan, penagih menghadapi pelbagai komplikasi kesihatan seperti strok, saluran darah pecah, tekanan darah tinggi, lumpuh, masalah jantung, dan masalah otak yang akhirnya boleh menyebabkan kematian. Syabu juga boleh menghilangkan nafsu seks seseorang.

Kesan pengambilan syabu menyebabkan sakit emosi dan otak menjadi lembap, sakit jiwa dan mengalami kemurungan melampau sehingga mampu membunuh diri.

Antara kesan halusinasi adalah seperti mendengar suara asing atau merasa orang mengutuk dirinya manakala delusi adalah berprasangka, merasakan ada orang ingin menganiayainya selain mempercayai isterinya curang,? katanya.

Fakta: Kesan syabu pada kesihatan


Mental dan emosi: Gila akibat halusinasi dan delusi sehingga mampu membunuh diri, gelisah, cepat marah, gementar, kebingungan, fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas. Pada dos yang tinggi menaikkan suhu badan kepada tahap membahayakan, mengakibatkan sawan dan akhirnya maut.


Kepala: Mulut kering, berpeluh berlebihan, anak mata menjadi besar, menggeletar dan sakit kepala, dopamine pada otak kurang aktif, urat saraf pada otak putus hingga menyebabkan strok atau lumpuh.


Fizikal: Pengguna tidak tidur selama tiga sehingga 15 hari, hilang selera makan dan berat badan menurun, berpeluh, pucat, pengabaian kesihatan diri, badan berbau, gigi kekuningan, berparut dan luka di badan. Kudis jelas kelihatan akibat pengguna syabu menggaru kulit untuk menghapus bayangan serangga yang disangka berada pada kulitnya. Kurang daya tahan melawan penyakit akibat pengabaian kesihatan. Lumpuh.


Saraf: Kerosakan pada sistem saraf dan otak boleh menyebabkan gejala seperti penyakit Parkinson (dengan gangguan pergerakan anggota badan) dan penyakit Alzheimer (dengan fungsi otak menjadi lemah dan nyanyuk).


Jantung dan salur darah: Kerosakan pada jantung akibat degupan kencang, tidak menentu dan tekanan darah meningkat hingga mengakibatkan sakit jantung dan maut. Saluran darah pecah akibat bahan kimia syabu menghakis dinding salur darah.


Perut dan sistem penghadaman: Mengalami gangguan saluran makanan dan kebuluran berlanjutan sebab tidak makan ketika pengambilan syabu; bahan toksik dalam dadah yang dicampur dengan bahan lain menyebabkan gangguan kepada perut dan sistem penghadaman.


Sistem peranakan (wanita): Pengambilan syabu ketika mengandung akan menjejaskan pembentukan bayi, kelahiran sebelum cukup tempoh atau keguguran; bayi dilahirkan adalah kecil, terlalu aktif, mudah gelisah dan dikhuatiri mengalami masalah mental dan tumbesaran

Sistem seksual: Lemah dan tidak mempunyai keinginan yang tinggi dan sukar mencapai kepuasan

[ Last edited by  dexa at 19-8-2006 08:08 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2006 08:22 AM | Show all posts

Reply #49 dexa's post

:geram: :geram:

.. . seram baca info artikel kat atas...

... thanks dexa... :tq: . . ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2006 08:29 AM | Show all posts

Reply #50 adik_nazgul's post

you're welcome..
memang seram - saya baca rasa gosh....
macamana la  depa ni face day to day  ye...

insya'allah kita tak termasuk dalam golongan tu
dan kalau kita tahu sesiapa yang ada ambil syabu ni
kalau dapat bagi nasihat -- berubat -- elok la cam gitu..
sebab i trust -- pompuan pun ramai yang ambil benda ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2006 02:01 PM | Show all posts
bump!!

jangan lufe malam ni ----
pada sesiapa yang tak tengok malam baru ni ---
boleh tengok malam ni..

dan pada sesiapa yang dah tengok tapi nak tengok lagi..
ha - boleh tengok juga malam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2006 02:14 PM | Show all posts
nape ye.. artis ni..lps kene tangkap psl dadah.. pastu mesti buat come back.. dan2 tu jugak la kuar album br.. album kompilasi.. tk bleh ke kite pulau je golongan camni.. aku da fedap da.. psl artis ngan dadah ni.. kalo btol2 insap takpe la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2006 03:58 PM | Show all posts

Reply #53 ReksakseHuduh23's post

ini lah dia -- contoh tak bagi benefit of doubt..
saya sangat2 cadangkan reksaksa tengok rancangan tu
malam ni--
tak ada kena mengena pun pasal keluar album baru--
cuz dia dalam seminar tu bukan nak cakap pasal album dia ka
or lagu2 dia ka..
BESIDES -- jamal tak ada keluar album baru dah lama
album RAJA CINTA tu -- dah berbulan dah keluar  since
april / mac lagi --- even before dia buat concert kat IB..

album saleem yang baru tu keluar--- even sebelum dia
kata dia dah insap and stuff --- so   saya urgekan
pada reksaksa  jangan memandang serong pada
insan cam gini --  kerana  menagih dadah ni -
bukan hanya pada golongan artis  tapi pada
sesiapa saja   even ramai pun POLIS yang menagih --

artis lebih jadi sasaran pengedar dadah kerana mereka
ada dough -- senang pengedar ni nak dapat  wang cepat...

so - please  dun just condemn them for this without
understanding the situation and their surrounding ---
please i urge you to watch the show -- and jangan
memandang rendah dan demeaning mereka...

- thanks --
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2006 04:34 PM | Show all posts

Reply #54 dexa's post

ok..sori then.. bgs ade org positive thinker mcm dexa.. hopefully derang tk terjebak lg..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2006 04:55 PM | Show all posts

Reply #55 ReksakseHuduh23's post

ah reksaksa -- saya ni kadang2 cynical..
tapi kekadang kena bagi benefit of doubt gak..
appreciate you tak terasa saya punya comment  (F)..

btw - ha -- jenguk2la RTM1 nanti tau ---
saya tak reti nak d/l dari TV ke pc -- gambar dari TV
kalau reksaksa atau sesiapa boleh buat  bagus gak
so boleh tempek kat sini -- tak apala dari TV pun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2006 06:00 PM | Show all posts

Reply #56 dexa's post

takde la.. aku just bg pendapat aku tru my observation.. aku pon minat gile ngan jamal n saleem ni.. sbb dua2 sore sedap.. tp kalo da berkali2 kena thn kes dadah..aku pon da mual nk minat..especially si saleem.. penah kua ngan imej janggut segala.. time tu pon br pas kes dadah kalo aku tk silap.. aku just terpk maybe sbb industri kite terlalu terbuka.. still terima walopon dah berkali2.. ok..just give them another chance..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2006 06:10 PM | Show all posts

Reply #57 ReksakseHuduh23's post

saya faham apa maksud you - dan saya percaya ramai yang
berpendapat macam you juga... -- tak salah beri pandangan..
masing2 punya rights  how you see the situation...

ha - janganla lupa tengok malam ni ye..  -
saleem tu je yang cara percakapannya di public masih macam
tak beralas sangat -- tak butir sangat..   in due times maybe..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2006 08:12 PM | Show all posts
BUMP!!!!! -----

jangan lupa  :ting:
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 01:26 AM | Show all posts
aku pun minat jamal...suka dengan komen & jawapan dia masa rancangan ni...tapi saleem nyer jawapan cam kurengggg sikit....kdg2 tak menjawab soalan pun..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.075521 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list