CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

Sekolah/Asrama Pemulihan Akhlak

[Copy link]
Post time 25-12-2006 04:10 PM | Show all posts
ada tapi ianya bernama Good Shepherd. walaupun mereka mengambil semua tanpa mengambil kita latarbelakang agama, saya tak penah lagi nampak budak melayu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2007 12:13 PM | Show all posts
Originally posted by uzisyaziha at 24-12-2006 10:47 AM
Assalamualaikum...

Nak mintak tolong pada kengkawan kat sini...
Ada tak sesapa tahu tentang sekolah atau asrama atau mana2 tempat macam sekolah yang turut ada kelas pemulihan akhlak...

tapi ...


waalaikumsalam uzi.. dah dpt tempat blom?? kalau belom, sila hubungi kak noor ya..
Reply

Use magic Report

sherilalia This user has been deleted
Post time 11-1-2007 04:47 PM | Show all posts

Reply #22 noor_hannah's post

Kak Noor, saya juga ingin menghantar adik saya ke tempat seperti uzi..cuma bezanyer adik saya.menghadapi masalah kemurungan.ingin menghantar ke pusat pemulihan yg mempunyai aktiviti2 di samping ubatan dr hospital. terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 01:32 AM | Show all posts
Originally posted by sherilalia at 11-1-2007 04:47 PM
Kak Noor, saya juga ingin menghantar adik saya ke tempat seperti uzi..cuma bezanyer adik saya.menghadapi masalah kemurungan.ingin menghantar ke pusat pemulihan yg mempunyai aktiviti2 di samping u ...


saya kenal satu klinik ni dengan izin Allah boleh merawat adik awak tu...PM..saya o.k
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 09:15 PM | Show all posts

Haii..

saya ada seorg adik bongsu yg dh xterkawal rasanye. dia macam dh terpengaruh dgn kwn2. baru berumur 11 tahun, tp dh tinggalkan alam persekolahan 2 tahun yg lepas. parents saya dh xtau nk buat camne dgn dia ni. dah puas bagi nasihat, dia buat xtahu je. kami adik beradik pun xsuka pada dia sbb dia selalu nk cari pasal. kami kena berjaga2 sbb dia pandai mencuri duit klu kami leka. saya rasa kesian dgn parents saya, sbb takut klu dia buat keje2 jahat diluar, nnt mesti diorg malu dgn org2 kampung. saya terfikir nk anta dia ke pusat pemulihan supaya dia tau skit mcmane rasanye bila dok berjauhan dgn family. bukan maksudnya kite xsayang pada dia, cuma nk dia berubah n belajar berdikari sbb dekat rumah, dia asyik merayap je, malas langsung nk tlg mak dan ayah. nk mintak tlg sesape yg ada info pasal pusat pemulihan (voluntary admission), tlg la share information tu ek... tq
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2008 10:58 AM | Show all posts

Balas #22 noor_hannah\ catat

hii..salam..
kak noor..

saya ada seorang adik bongsu berumur 15 tahun..hampir 1 tahun ini dia menunjukkan sifat2 negatif yg sngt keterlaluan kepada kami sekeluarga..pergaulan rakan2 yg tidak boleh dikawal..sy nak dia berubah sebelum terlambat untuk kami sekeluarga dan belajar hidup berdikari coz selama nie die releks je...boleh sy dptkan detai mengenai tpt kak noor atau mcmana nak contact kak noor..ASAP..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2008 11:20 AM | Show all posts
NGO's ada tak yg ada institusi macam ni? Juvana yg masuk kat sini memang yg dibawah pelindungan akta juvana. pengalaman anak gadis bawah umur 18 dijatuh hukum dimasukkan ke rumah pelindungan seri puteri amat menyayat hati gak. geram pun ada, sedih pun ada, kesian pun ada. yg gadis sure bawah akta wanita dan gadis. mcm2 kes yg i lihat masa g mahkamah doluuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2009 08:08 PM | Show all posts
Mengenal erti kehidupan

Oleh FATEN SAPHILLA
MOHAMMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com

Mereka pernah terlibat dengan pelbagai kes juvana. Ada yang memecah rumah, merompak, memeras ugut, menetak orang dan sebagainya. Bagaimana Sekolah Tunas Bakti mengubah akhlak remaja bermasalah ini?




"KETIKA ditangkap polis dan mahkamah menjatuhi hukuman agar saya dihantar ke sekolah pemulihan akhlak, seluruh badan saya menggeletar ketakutan.

"Banyak perkara yang bermain di dalam fikiran. Bagaimana keadaan dan budak-budak di sana?," luah remaja yang berumur 14 tahun itu yang mahu dikenali sebagai Amir.

Menurut Amir, dia ditangkap atas alasan mencuri dan memecah rumah. "Saya lakukan kerana desakan hidup", katanya.

Dia dihantar ke sekolah pemulihan akhlak, Sekolah Tunas Bakti, Taiping, Perak selama tiga tahun.

Di dalam fikiran Amir, mungkin ada dalam kalangan remaja di Sekolah Tunas Bakti ditangkap kerana kesalahan merogol, membunuh dan sebagainya. Amir juga tertanya-tanya tentang layanan tenaga pengajar terhadapnya. Adakah setiap hari dia akan dipukul?


TEMPOH pemulihan di Sekolah Tunas Bakti mengambil masa selama tiga tahun.

Telahan Amir itu ada benarnya. Memandangkan usianya muda dan bertubuh kecil, dia dibuli oleh pelajar-pelajar yang lebih senior. Malah, dia pernah bergaduh dan bertumbuk dengan mereka.

Jelas anak jati Pulau Pinang itu, sampai ke satu tahap dia menangis dan menyesal dengan apa yang dilakukannya. Pernah juga dia menyalahkan takdir yang menyebabkan dirinya ditangkap sedangkan dua rakannya terlepas.

Namun, semua ketakutan dan persepsi negatifnya terhadap sekolah yang dicop sebagai sekolah budak jahat itu kian lenyap. Sekolah itulah yang mengajar Amir erti sebuah kehidupan. Bahkan, sekolah itu jugalah yang menerbitkan rasa insaf dalam diri Amir.


EMPAT orang remaja bermasalah ini menjalani sesi pemulihan di Sekolah Tunas Bakti, Taiping.

Menyingkap kisah hidupnya, Amir merupakan anak kedua daripada enam beradik. Akibat pergaulan dengan budak-budak nakal, Amir mula merokok, menghisap ganja dan mencuri seawal usia 12 tahun.

Ditangkap

Perangainya menjadi semakin liar selepas dia dibuang sekolah. Ibunya seorang suri rumah dan ayah seorang pekerja kontrak di Jabatan Kerja Raya (JKR) juga sudah puas menasihatinya. Namun, semua nasihat tersebut bak mencurah air ke daun keladi. Lama kelamaan mereka tidak lagi mengendahkan tingkah laku Amir yang sukar dikawal.

Sejak itu Amir mula mengikut rakan-rakannya untuk aktiviti pecah rumah. Operasi mereka biasanya dilakukan ketika penghuni sedang lena diulit mimpi.


KEMAHIRAN mengimpal besi antara yang diajar kepada remaja di Sekolah Tunas Bakti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2009 02:59 PM | Show all posts
ha weh..aku ada prob..ishh..camni

mak pak mentua aku ada amik anak angkat..budak tu adalah anak ha*am...yg tensinya.....la ni umor dia dah 13 thn, tapi..adehh..lucah gila wehh,pantang tgk paper..hello paper je..dia buleh kunci dok dlm bilik air berjam2 lamanya dok buat apa tah..penuh paper dlm bilik air tu..kdg2 siap dok perati tubuh mak dia tu sama..scan okiey..aku naik geli,dan skrg mmg nampak dia ada ciri2 nak jadi perogol nnt..sbbnya dia pernah tarik budak pompuan masuk bilik..sep baik sempat nampak..gila ka apa..and dia pernah masuk bilik aku amik bra and panties aku sekali..haram jadahhh..

budak ni problematic-pi sekolah tak mau,lari ok..dah tu try hantar pi tahfiz,tapi lari gak bukan 1 tahfiz,dah 3 tahfiz..siap naik bas sendri pi kedai game..dia tak main game, tgk pun jadila..ye la bukan ada duit pun..skrg dia lepak ja dok umah,tak pi sekolah,mak mertua ni kira mak tiri laki aku..sayang apa sgt tah kat dia..manja sangatttt..itu pun satu le..aku mmg muak tapi terpaksa dok dgn depa pasal pak mertua(ayah kandung laki aku )tgh sakit...sabaq je la..

so skrg ni,aku yg dok gigih nak antar budak ni masuk sekolah pemulihan akhlak..camna nak buat,aku takut besar nnt dia jadi perogol weh...belajar camna nak masuk otak kalau otak blue!!........tolong akuu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 11:37 AM | Show all posts
Assalamualaikum Kak Noor,
Saya berminat dengan lebih lanjut mengenai sekolah pemulihan bukan atas arahan mahkamah nih.
22# noor_hannah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2009 12:09 PM | Show all posts
30# Maharanei

pun boleh terus PM kat noor
lagi cepat...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2009 08:50 AM | Show all posts
ha weh..aku ada prob..ishh..camni

budak ni problematic-pi sekolah tak mau,lari ok..dah tu try hantar pi tahfiz,tapi lari gak bukan 1 tahfiz,dah 3 tahfiz..
newyork Post at 4-11-2009 14:59


selalunya org tua, bila anak dorg ada masalah akhlak mesti nk hantar ke sek tahfiz.
yg saya perhatikan, byknya tak menyelesaikan masalah. budak tu dah tak minat belajar, apalagi nak paksa dorg hafal2.

tp mungkin boleh hantar ke pusat pemulihan akhlak / sek pondok yg khas utk remaja bermasalah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2011 04:55 PM | Show all posts
salam,

mod atau sape2 .nk tye skola tunas bakti ni ade kt area mane .klu bole dekat dengan kelantan sbb adk sdare sy dok sne..so spe bole bg info yg incharge skola 2 ataupon cne nk contact . URGENT !!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 04:32 PM | Show all posts
salam,

mod atau sape2 .nk tye skola tunas bakti ni ade kt area mane .klu bole dekat dengan kelant ...
loslocos Post at 1-9-2011 16:55


kalau tak silap kat area tanah merah ada 1.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 05:39 AM | Show all posts
mak saya dulu penah jadi warden dekat skola tunas bakti (tak yah sebut la kat mane eh). time tu saya kecik lagi. memang diorang terapkan disiplin betul. warden2 memang garang2. tapi diorang garang bertempat. kalau budak buat salah je diorang terpkan ketegasan.kalau budak tu perangai baik diorang pun baik.kira macam pengganti orang tua la.tapi life dekat sana bagus. semua sudah ade peraturan. even kalau pelajar yang tgh on medication pun dia akan pastikan waktu makan ubat untuk pelajar tu. macam2 aktiviti yang boleh pelajar tu buat. muzik, sukan, kemahiran, dan macam2lah. malam pulak kelas agama. banyak je pelajar2 yang dah keluar jadi orang yang berguna. even yang dah kawin dan ada anak pun banyak. sampai dah keluar pun diorang biasanya kontek lagi dengan warden2 sebab diorang anggap dah macam family. even yang jadi muallaf pun ada. tu semua saya tgk waktu saya kecik la sebab mak saya dah tukar jabatan dah lame dah.dah pencen dah pun. tapi banyak je anak didik dia yang dulu2 still kontek dia. terutama yang muallaf tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 01:40 PM | Show all posts
ape kebaikan dan keburukan yang kite boleh dpt bler hantar anak ke sekolah/asrama tunas bakti ini....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2016 01:36 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.059423 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list