CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 59419|Reply: 36

Sekolah/Asrama Pemulihan Akhlak

[Copy link]
Post time 1-8-2006 11:09 AM | Show all posts |Read mode
SEKOLAH TUNAS BAKTI, TAIPING

Sekolah ini terletak di Jalan Bukit Larut, Taiping telah memulakan operasi pada tahun 1999. pada awal penubuhannya institusi ini termaktub di bawah Akta Mahkamah Juvana 1947, tetapi mulai tahun 2002 ia temaktub di bawah Akta Kanak-kanak 2001. Memberi perkhidmatan pemulihan akhlak kepada juvana lelaki yang berusia kurang daripada 18 tahun. Institusi ini turut memberi latihan vokasional kepada remaja terbabit sebagai persediaan ke arah berdikari.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2006 11:10 AM | Show all posts
TAMAN SERI PUTERI, BATU GAJAH (TSP)

Taman Seri Puteri, Batu Gajah telah memulakan operasinya pada tahun 1977. pada awal penubuhannya institusi ini termaktub di bawah Akta Perlindungan Wanita dan gadis 1977, namun demikian mulai Tahun 2002 institusi ini telah termaktub di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Institusi merupakan institusi pemulihan akhlak bagi remaja perempuan yang berusia kurang daripada 18 tahun. Antara program/aktiviti yang dijalankan di sini adalah program latihan vokasional kepada pelatih.


ASRAMA AKHLAK SILIBIN, IPOH.

Asrama ini terletak di Silibin, Ipoh mula beroperasi sejak tahun 1957. asrama ini di sebelum ini termaktub di bawah akta Mahkamah Juvana 1947 namun kini ia memainkan peranan seperti yang termaktub di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. institusi ini memberi perkhidmatan pemulihan akhlah kepada remaja yang diperintahkan oleh mahkamah untuk menjalani pemulihan akhlak tidak lebih daripada 12 bulan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2006 06:55 PM | Show all posts

salam

Masa sekolah rendah dulu memang takut bila guru disiplin cerita mengenai sekolah pemulihan akhlak ini.  

Hmmm tak kan buat salah kat sekolah boleh masuk sekolah pemulihan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2006 09:58 AM | Show all posts
cikgu tuh citer sbb nak kasik ingatan

dari salah yang kecik2
kalau tak dibendung, tak ditegur
boleh meleret2 buat jenayah nanti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 02:04 AM | Show all posts
teringin nak lepak kat pusat pemulihan akhlak...sembang2 ngan dorang dan help them...takde di KL ek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2006 10:05 AM | Show all posts
nanti aku update
lom abis lagi

hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2006 11:51 PM | Show all posts
syd,
ada lagi update nye?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 12:28 PM | Show all posts
biasa pusat2 pemulihan ni dia x bg sgt org awam masuk mcm suka2 nak sembang.... kalu yg dtg utk interview.. org tv/akhbar tu adala.... jaga privasi... kalu yg biasa bg sumbangan leh la masuk kot

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2006 08:22 PM | Show all posts
nina,
gitu ek...kalau ada peluang nak sumbangkan dari segi mengajar komputer ke kelas tuisyen utk yg masih skolah, sherrina minat nak sumbang....tapi di KL takde le pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 12:19 PM | Show all posts
Originally posted by sherrina at 10-8-2006 02:04 AM
teringin nak lepak kat pusat pemulihan akhlak...sembang2 ngan dorang dan help them...takde di KL ek


sebenarnya buleh masuk...
asalkan dengan syarat untuk membantu mereka...
terutamanya dalam sesi kaunseling...

one of my friend pernah jadi kaunselor pelatih kat situ dan dia cakap...
memang buleh masuk...
tapi kena mintak buat permohonan  dengan JKM lah sebab sekolah tu under JKM
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 12:30 AM | Show all posts
thanks Uzi. Kalau ada peluang jadi trainer ke instructor ke bleh gak bantu2 mana2 yg masih bersekolah atau ajar mereka komputer coz sherrina ni cikgu komputer. Nnt nak risik2 kalau2 ada pusat2 sebegini di KL
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 06:52 AM | Show all posts
Originally posted by sherrina at 5-10-2006 12:30 AM
thanks Uzi. Kalau ada peluang jadi trainer ke instructor ke bleh gak bantu2 mana2 yg masih bersekolah atau ajar mereka komputer coz sherrina ni cikgu komputer. Nnt nak risik2 kalau2 ada pusat2 sebe ...


Sek macam ni memang banyak kat KL...
yang uzi tahu ada kat keramat dan jugak cheras...
kena pergi ke JKM dan cakap nak jadi volunteer kat tempat2 macam tu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 04:48 PM | Show all posts
dah hantar email...klau xde feedback sherrina akn call...thanks
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 05:27 PM | Show all posts
Originally posted by sherrina at 5-10-2006 04:48 PM
dah hantar email...klau xde feedback sherrina akn call...thanks


Rajin u nak volunteer... bagus la

I tak berani, kot2 ada kesan sampingan nanti.

Tapi kalo ditugaskan I tak kisah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 01:42 PM | Show all posts
Originally posted by sherrina at 5-10-2006 04:48 PM
dah hantar email...klau xde feedback sherrina akn call...thanks


sherrina,
you kena call ataupun datang sendiri ke JKM...
senang sket...
kalau e-mail takut lambat lak dia orang nak balas...

kalau tak dapat nak buat volunteer ke rumah2 macam tu...
apa kata jadi volunteer kat rumah2 kanak2 yatim piatu dan  miskin...
kalau tak nak under gomen... buleh buat under NGO...
tentu ada banyak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 01:49 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 5-10-2006 05:27 PM


Rajin u nak volunteer... bagus la

I tak berani, kot2 ada kesan sampingan nanti.

Tapi kalo ditugaskan I tak kisah.


as for me...
memang ada kesan sampingan kalau buat volunteer kat tempat2 macam ni...
tapi kesan sampingan yang baik lah
kita akan rasa lebih bersyukur sebab kita masih lagi mempunyai pegangan agama yang kuat...
then... kita rasa yang semangat kita pun memang sebab tak terpengaruh dengan gejala2 buruk... walaupun banyak masalah yang melanda...

kekadang...
dia orang jadi jahat bukannya atas kemahuan dia orang sendiri...
tapi sebab beberapa masalah yang akhirnya dia orang tak dapat nak atasi...

contohnya masalah keluarga...
BF jahat...
terpengaruh dengan kengkawan yang nakal...
keluarga tak ambik peduli...
dan macam2 lagilah...

dan kadang2 tugas kita sebagai masyarakat sekeliling adalah untuk membantu mereka kembali ke jalan yang betul dan kita jugak perlu beri moral support yang kuat supaya mereka tak terpengaruh sekali lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2006 12:05 AM | Show all posts
hohoho..kesan sampingan terpengaruh..harapnya taklah..insya' Allah. Kalau nak terpengaruh, masa skolah dulu dah kene dah...siap tgk member layan ganja...skolah tgh Kolumpo..byk dugaan..

sherrina bukan apa, disamping nak sumbang mengajar sherrina nak bantu lah mereka supaya mereka kembali ke pangkal jalan. Lagipun bekerja dgn teenagers ni best dan challenging. Sherrina hari2 dah keje ngan budak2...nak gak ke level yang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2006 12:06 PM | Show all posts
Originally posted by sherrina at 7-10-2006 12:05 AM
hohoho..kesan sampingan terpengaruh..harapnya taklah..insya' Allah. Kalau nak terpengaruh, masa skolah dulu dah kene dah...siap tgk member layan ganja...skolah tgh Kolumpo..byk dugaan..

sherrina ...


sherrina...
satu niat yang terpuji...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2006 10:57 AM | Show all posts
PM kejut kanak-kanak bangun sahur

KEPALA BATAS: Seramai 160 kanak-kanak di asrama kebajikan Tunas Bakti di sini, menerima kejutan besar ketika sedang tidur nyenyak tengah malam kelmarin apabila dikejutkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, untuk bersahur.

Mereka bukan saja terkejut melihat Perdana Menteri memasuki bilik asrama untuk mengajak mereka bersahur, malah turut menerima hadiah duit raya yang disampaikan sendiri oleh Abdullah.

Abdullah yang diiringi Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dan Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, tiba di asrama itu kira-kira jam 11.30 malam kelmarin, selepas menghadiri majlis berbuka puasa dan sambutan Nuzul al-Quran di Masjid al-Jamiul Badawi di sini.

Ketika rombongan kenamaan itu tiba, kanak-kanak terbabit berusia enam hingga 18 tahun tertidur kerana keletihan membuat persiapan menanti ketibaan Perdana Menteri bagi program Rahmat Ramadan dan Sahur Perdana anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebelum itu.

Pada majlis itu, Abdullah turut menyampaikan cek RM786,728.88 hasil kutipan jamuan makan malam Titian Kasih kepada Pengerusi Lembaga Pelawat Rumah berkenaan, Azman Ahmad.

Wang itu akan digunakan pihak pengurusannya membina bangunan tambahan bagi menampung keperluan masa depan.

Rumah itu kini mempunyai empat blok asrama, dewan makan, pejabat pentadbiran, taska dan wad kanak-kanak membabitkan 40 tenaga kerja.

Sementara itu, Pengarah JKM negeri, Mahfuz Omardi, berkata kanak-kanak terbabit keletihan selepas seharian berpuasa selain membantu menjayakan majlis berkenaan.

揝elepas berbuka puasa dan bersembahyang jemaah Maghrib, Isyak dan Tarawih, mereka bersiap menanti kedatangan Perdana Menteri tetapi mungkin kerana keletihan, mereka tertidur.

揃ukan dibuat-buat, tidak sangka pula, Perdana Menteri mengejutkan mereka untuk sama bersahur,
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2006 10:47 AM | Show all posts
Assalamualaikum...

Nak mintak tolong pada kengkawan kat sini...
Ada tak sesapa tahu tentang sekolah atau asrama atau mana2 tempat macam sekolah yang turut ada kelas pemulihan akhlak...

tapi tak nak lah under gomen... sebab kalau under gomen... kena masuk sekolah tu... guna perintah mahkamah... kalau buleh... nak masuk under NGO... perlu sesangat asrama macam tu sebab adik kepada one of my friend... dah jadi liar... pulak tu suka pengaruh budak2 untuk jadi nakal macam dia...

sian plak my friend... sebab dia kena jaga nama baik mak dia...

thanx in advance...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.089048 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list