CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7870|Reply: 2

NGO - Wargakilang.com

[Copy link]
nice72 This user has been deleted
Post time 30-7-2006 11:59 PM | Show all posts |Read mode
Salam buat semua saudara2ku di sini..

Just nak intro sebuah NGO yang dinaungi oleh pekerja-pekerja kilang... dikenali dengan nama Warga Kilang >>>  Pertubuhan Amal Wargakilang Muslim Utara Malaysia

Sejarah Penubuhan Pertubuhan Warga Kilang

Wargakilang.com atau nama penuhnya Pertubuhan Amal Wargakilang Muslim Utara Malaysia bermula daripada sebuah diskusi group yang diwujudkan secara maya pada tarikh 21 March 2000.

Diskusi group ini asalnya merupakan satu diskusi group khas untuk sekumpulan sahabat daripada sebuah kilang industri di Perai yang ditutup sekitar tahun 1999-2000.Secara sejarahnya, apabila pekerja-pekerja syarikat ini berpindah ke kilang-kilang lain, pada mulanya mereka berhubung sesama mereka dan juga dgn rakan-rakan terdekat mereka melalui CC List secara email.


Apabila CC list itu menjadi semakin panjang dengan kemasukan nama-nama kenalan baru mereka di kilang yang mereka baru sertai itu, maka salah seorang antara mereka (nickname: Fakir Mahmud) telah mengambil inisiatif mewujudkan sebuah diskusi group yang kemudiannya dikenali sebagai Warga_kilang@yahoogroups.com. Egroups ini kemudiannya ditadbir secara maya oleh seorang Moderator yang memakai nickname Pak Berahim at cut_paste03@yahoo.com.

Lama kelamaan Egroups ini semakin membesar dengan kemasukan rakan-rakan kepada rakan-rakan mereka dari kilang-kilang yang lain, bermula dari Utara hinggalah ke seluruh negara.

Egroups ini terus berfungsi sebagai sebuah Diskusi Group sebagai satu medan dan juga forum untuk mereka berkongsi cerita sesama mereka, hinggalah dua orang sahabat karib iaitu Mohd Warikh dan Mohd Monier mengambil inisiatif untuk masuk ke kampung-kampung di sekitar daerah Baling pada tahun 2003, menjengah kampung dan desa di sana menghulurkan bantuan peribadi kepada dua tiga orang fakir/miskin yang ditemui mereka di sana.

Mohd Monier (monier_matdin@yahoo.com) kemudiannya telah menulis beberapa email pendek dalam egroups ini pada tahun tersebut dengan tujuan untuk berkongsi cerita. Tulisan-tulisan tersebut yang pada mulanya dikenali sebagai "Di Celah-Celah Kesibukan Kilang" telah berjaya menarik perhatian beberapa rakan yang lain untuk turut serta dalam expedisi mereka yang seterusnya, yang kemudiannya menjadi asas kepada penubuhan NGO Pertubuhan Amal Wargakilang Muslim Utara Malaysia atau pun ringkasnya Wargakilang.com pada tahun 2004.


Yang lain-lain boleh dibaca di >>> http://www.myviper.net/wk/

"Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik" - Syed Mokhtar Al-Bukhary.


Wassalam

[ Last edited by  nice72 at 31-7-2006 12:02 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2009 11:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by mder at 10-9-2009 23:41

jalan jalan masuk kampung ramadhan 2009



Semalam 5-Sept-09, alhamdulillah seperti yg dirancang, bersama-sama dengan lebih kurang 30 orang rakan, dan di seperti musim ramadhan yang lepas-lepas, expedisi jln-jln masuk kampung untuk menjengah dan menghulurkan sumbangan kpd keluarga-keluarga yang memerlukan telah berlangsung dengan jayanya.

Saya pada mulanya agak risau juga kerana selepas tersiar artikel saya mengenai rancangan nak masuk kg 5 hb tu di merata blog dan mailing list, saya banyak menerima email dan sms drpd mereka yg berminat nak turut serta; bukannya apa saya risau takut tak dapat nak handle kalau terlalu ramai sangat yg nak turun. Hasilnya, alhmdulillah semalam, sewaktu berkumpul di KHTP parking lot dan juga di Petronas Sg Seluang, hasilnya setelah disusun pi susun mai, ada beberapa org yg terpaksa tinggalkan kereta mereka di KHTP, dan naik kereta-kereta lain nak bagi kurang sesak, last sekali cuma tinggal 11 kereta yang ikut pi; itu pun dah kira banyak dah tu.

Satu lagi, saja nak habag, inilah kot yg dinamakan The Power of the Internet, hat turut serta selepas terbaca artikel Tazkirah Ramadhan: Jln-Jln Masuk Kg dlm pelbagai blog itu bukan saja geng-geng kerja kilang, tapi yg bukan geng kilang pun ada juga; antaranya ialah Dr Ramlee pakar bius dari Hospital Besar Pulau Pinang, sdra Zahari dari CIMB bank dan sdra Syazwan, pensyarah dari UiTM Permatang Pauh; terima kasih. Dan, terima kasih juga diucapkan kpd admin blog-blog berkenaan, moga sekiranya ada sedikit pahala daripada kerja buat rakan-rakan kami ini, tuan-tuan empunya blog itu juga insyaallah akan tertempias juga pahalanya, mudah-mudahan.

Mewakili AJK NGO Wargakilang, saya ingin mengucapkan terima kasih kpd rakan-rakan dari perlbagai kilang yang turut serta dan memberi sokongan untuk expedisi kali ini, antaranya ialah dari kilang INTEL (paling ramai sekali), Fuji, Seagate, Modenas, 1st Solar, Precico, Jabil (ramai jugak), Venture, Lumiled dan juga Continental; ada juga rakan-rakan dari kilang lain yg nak turut serta tapi sebab kerja shift dsg, tak dapat nak turun mai.

Berikut adalah catatan ringkas untuk perkongsian:

Rumah (1): Rumah anak-anak yatim piatu di Kg Paya Ketiau, Padang Serai Kedah.

Lihatlah sendiri gambar yg disertakan, boleh lihat garis-garis kepiluan yang terserlah di wajah-wajah anak-anak ini. Saya tersentuh dengan nada sebak Abang Man (bapa saudara mereka yg sulung) tatkala mengucapkan t.kasih di atas kunjungan yang begitu ramai ini (11 bijik kereta). Waktu dok sembang dengan Bang Man kat luaq rumah itu, Bang Man ada cakap, bukan senang nak jaga anak-anak yatim piatu ini sebab garisannya terlalu tipis umpama kulit bawang, jika tersilap maka API NERAKA lah jawabnya. Maka, memang berat sungguhlah tugas Abang Man dan adik-adiknya (sdra Azmi dan Kak Mek) untuk menguruskan anak-anak yatim piatu 5 bersaudara ini. Satu cabaran sebenarnya buat mereka. Semoga sumbangan secara terus oleh sahabat-sahabat yg berkunjung ke rumah mereka itu, sedikit sebanyak mampu meringankan beban dan menceriakan anak-anak arwah menyambut aidilfitri.





Rumah (2): Dari kawasan Parlimen Padang Serai kami bertolak ke kawasan Parlimen Sik, di situ kami singgah di sebuah rumah di pedalaman kawasan kebun getah tradisional. Satu keluarga yg tidak punya kerja tetap, mengharapkan kerja-kerja kampung di samping terpaksa menjaga dua org tua yg seorangnya buta. Tidak banyak yg mampu diceritakan mengenai keluarga ini, cuma ianya typical keluarga susah yg hidup nun jauh di pedalaman kebun-kebun getah di negeri Kedah ini. Sumbangan beras dan makanan kawan-kawan itu, tuan rumah itu habag akan diagih-agihkan kpd jiran-jiran sekeliling yg kami lihat lebih kurang sama susahnya dgn beliau.




Dlm perjalanan keluar meredah mini tar lama dlm kebun getah itu, saya berhenti mengejut kat satu selekoh, kwn-kwn dok hairan pasal apa - saya tak sampai hati tengok satu rumah kat tepi pokok getah tu - mcm pondok mainan ka apa, saya panjat belakang Triton saya, ambik beras 3 kampit terus pi huluq bagi.


Rumah (3): Dari jln besar, lebih kurang 2 km, kami terpaksa hadkan 4 bijik keta saja masuk, sebab kalau semua 11 keta masuk nanti ada masalah nak kona balik. Pakcik tua dlm gambaq (Tok Wan) ini begitu sebak dan hampir mengalirkan air mata, mungkin sbb dia terharu kerana masih ada insan yg sudi mai jenguk rumah anaknya yang agak jauh terpinggir ke dalam hutan getah itu. Ada satu gambaq kat situ yg saya tak sampai hati nak siar; cuma on the way keluar, saya habag kat kwn dalam kereta itu: "Mcm tu lah nasib rakyat marhain kat bawah ni - last sekali yg depa dapat cuma saki baki bendera p.raya hari tu, untuk dibuat tutup bilik air tak bagi org nampak waktu mandi" . Ironiknya, bendera besar penutup bilik air tu, lambangnya secara tidak sengaja diletakkan terbalik - kalau di Amerika, itu adalah lambang S.O.S - distress signal: isyarat ada org perlukan bantuan kecemasan!



Rumah no 4 & 5.

Dari sana kami terus ke kawasan Parlimen Pendang, dlm DUN Sg Tiang kalau tak silap: bab org miskin ini tak kira DUN sebenarnya, tak kira siapa YB, tak kira parti, org miskin ini mana-mana tempat pun ada, terpulang kpd kita nak ambik berat atau pun tidak. Yg saya nak tulisnya, ada dua buah rumah Ibu Tunggal yg kami kunjungi di situ - saya tak pernah merasai hidup sewaktu kecil tiada beribu atau pun tiada berayah - jadi saya tak berapa dapat menyelami bagaimana susahnya seorang Ibu Tunggal atau pun anak-anak itu sendiri besar cuma bergantung harap kpd ibu mereka semata-mata untuk mencari rezeki, apatah lagi cuma sebagai seorang penoreh getah di pokok org yg hasilnya bukan sahaja kena dibahagi 2, tapi pendapatannya pula tak menentu bergantung kpd cuaca dsgnya.



  


Kami berharap sumbangan beras entah beberapa kampit itu (saya tak kira) drpd rakan-rakan yg turut serta sedikit sebanyak mampu meringankan beban Ibu-Ibu Tunggal ini khususnya di musim-musim yg sebegini. Opss, ada sedikit cerita nak dikongsi, seorang Ibu Tunggal itu menangis teresak-esak bila seorang sahabat kami yg betul lurus bertanya bila laki dia tu mati? kisah ini mengingatkan saya dlm satu jln-jln masuk kampung beberapa tahun dulu bila seorang pakcik tu mcm tak mau jawab bila saya tanya sejak bila dia buta, sehinggalah kwn saya menyampuk dan bertanya dia sejak bila mata dia kelam? rupa-rupanya kita mengaji tinggi-tinggi pun belum sampai cucur atap lagi, banyak nak kena mengaji lagi ni.

bersambung.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 11:45 PM | Show all posts
part 2.....

Rumah (6): Penoreh Getah anak 8.

Hat ni saya tak tau nak kata apa, saya boleh kata arwah pak saya pun penoreh getah jugak tapi anak-anak semua habis mengaji - tapi perjalanan takdir abang dlm gambar ini mungkin tak sama dengan kami sekeluarga, maka tak bolehlah nak dibuat perbandingan. Rumah abang ini mengikut perkiraan kami agak jauh ke dalam, dia ada 8 orang anak, hat sulung terpaksa berhenti waktu form 4, hat no-2 berhenti lepas darjah enam - kalau tak silap. Hat lain-lain rasanya dok tunggu masa saja nak berhenti. Bila kami tanya lebih details, dia habag dia ada masalah nak hantar dan ambik budak2 tu sekolah dengan mutu - jauh nak keluar ke jln besar nu; pernah anak-anak dia nangis tunggu ayah (yg sibuk di kebun getah) tak mai-mai ambik lagi sedangkan org semua dah balik. Lalu, anak-anak dia kerap ponteng.




Bila selalu ponteng, cikgu pun rajin bertandang ke rumah: susah-susah punya pasal, bukan dia suruh, tapi anak-anak dia yg mintak nak berhenti. Saya tanya Tuan Pensyarah kita, sdra Syazwan dari UiTM tu kot-kot ada solution, nampak gayanya bukan kata saya atau pun Abang tu, pensyarah kita pun termangu tak tau nak kata apa. Bila ditanya mcm mana bila musim hujan tak leh menoreh, abang ini jawab "Kena Pekin la!!". Apa itu PEKIN? - saya pun tak tau; nak kena balik cek kamus dewan!!


Rumah (7): Abang Malek, kerja kampung anak 10.

Saya dpt nama beliau drpd seorang cikgu. Abang Malek merupakan org masjid dan termasuk dlm senarai penerima zakat Masjid di situ. Kami bertolak ke rumah beliau selepas bersolat zohor di masjid perupuk. Since dari masjid ke situ tak lalu jln besar, tapi melalui permatang (batas sawah), kwn-kwn pakat berebut-rebut naik belakang dua tiga bijik 4WD yg turut serta tu. Memang satu pengalaman yg tak dapat digambarkan, dok kat belakang 4WD meredah kawasan bendang.




Rumah (8), rumah last:

Hat ini, mcm dalam email personal sdra Aznee (dari INTEL) kpd rakan-rakan di kilangnya; beliau tulis:

"Last page dah - tak mau tulih apa dah - macam Nabil kata "lu pikir la sendiri"


  

Saya pun tak mau ulas apa-apa, cuma nak habag, saya sempat panggil Doktor Ramlee, doktor pakar yg turut serta tu, minta pandangan dia mengenai telaga belakang rumah itu yg dari jauh nampak mcm telaga, bila pi dekat memang ada ayaq tapi penuh daun-daun hutan dan dah naik warna coklat airnya. Sorang sahabat tu buat lawak, dia kata itulah dia yg dinamakan ayaq mineral. Doktor Ramlee cakap ayaq itu tak berapa baik untuk kesihatan. Entahlah, mungkin after sometimes, mcm gak virus H1N1, keluarga ini sekarang mungkin sudah punya anti-bodi tersendiri yg mengizinkan mereka untuk terus survive dengan bekalan air seperti ini.

Maka, perjalanan kami yg bermula lebih kurang jam 8:30 pagi di Kulim Hitech Park itu berakhir lebih kurang jam 5:00 petang apabila masing-masing kembali tiba ke tempat bertolak atau pun terus pulang ke rumah masing-masing.

Sedikit keletihan, namun mungkin kerana keikhlasan dan juga dek tazkirah ringkas sebelum bertolak yg mengingatkan masing-masing agar jauhkan diri drpd sifat riak dan ujub tetapi tetapkan hati untuk mencari pahala dan redha illahi semata-mata, maka perjalanan yg sepatutnya memenatkan itu bertukar ceria umpamakan pergi trip keluarga ke mana-mana. Lihatlah photo di bawah ini, 11 kenderaan berkonvoi di tengah permatang, amat sukar dibayangkan perasaan waktu itu, seolah-olah alam dan diri bergabung menjadi satu, hanya mereka yg turut serta dapat merasai suasana damai ini. Moga di lain kali, Allah SWT akan memberi peluang untuk kami meneruskan expedisi-expedisi yg sebegini.




Last sekali, malam selepas berbuka, saya menerima sms drpd En Azmi, bapa saudara 5 beradik yatim piatu dari Paya Ketiau:


"Salam barokah buat Encik Monier sekluarga. Saya wakil dr kami smua sgguh trharu di atas daya usaha En Monier kpd anak2. Hnya Allah yg dpt mmblasnya..tkasih"


Saya reply balik, saya tulis:
" x pelu bertrimakasih kpd saya, itu smua sudah ada dlm jadual Tuhan..sudah ditetapkan sejak azali lagi, kita manusia hanyalah penyebab.Terima kasih krana memberi peluang kpd kami berbuat pahala"


Sekian kisah perjalanan kami kali ini, moga ada manafaatnya buat semua; moga ianya kalau tak banyak pun, sedikit sebanyak mampu menjadi pendorong dan pemangkin untuk rakan-rakan yang lain melakukan aktiviti yang serupa di tempat mereka.



moniermatdin@yahoo.com
6-Sept-09
http://www.moniermatdin.blogspot.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.161527 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list