CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Tips/Petua Bod Hobbies & Living

[Copy link]
 Author| Post time 7-10-2007 11:52 AM | Show all posts
Serikan ruang makan




LUANGKAN masa untuk mengemas dan menghias ruang makan kediaman anda kerana ia menjadi tempat utama meraikan kehadiran tetamu sempena Aidilfi tri yang bakal menjelang tiba. Tanpa perlu mengupah pakar hiasan dalaman, hakikatnya anda boleh melakukan sendiri pengubahsuaian mengikut cita rasa dan kreativiti.


LUANGKAN masa untuk mengemas dan menghias ruang makan kediaman anda kerana ia menjadi tempat utama meraikan kehadiran tetamu sempena Aidilfi tri yang bakal menjelang tiba.

Tanpa perlu mengupah pakar hiasan dalaman, hakikatnya anda boleh melakukan sendiri pengubahsuaian mengikut cita rasa dan kreativiti.


Perabot seperti meja makan tidak perlu dibeli baru, memadai dengan menukar alas meja atau balut dengan plastik berwarna.

Penggunaan alas berfabrik organza dan nipis juga mampu menarik perhatian dan secara tidak langsung menyuntik suasana berbeza di ruang makan anda.

Hiasan seperti pemandangan dan bunga kering yang dilapik dengan kaca sama dengan ukuran permukaan meja.

Dari segi pencahayaan, anda tidak perlu membazir dengan berbelanja besar untuk membeli lampu meja makan yang mahal.

Cukup sekadar lampu gantung atau berterendak aneka warna. Jika ingin mewujudkan suasana romantis, pasangkan lilin di atas meja.

Bagi hiasan lilin aneka warna dan reka bentuk mampu mengubah suasana persekitaran ruang makan. Susun buah- buahan dalam bekas yang menarik menaikkan seri ruang makan dan menceriakan tetamu yang datang.

Sementara itu gubahan bunga segar kelihatan lebih semula jadi dan mendamaikan dan pastikan ia sesuai dengan warna dinding serta hiasan meja lain.

Bagi memberikan kesan lebih mempesonakan, anda dicadangkan meletakkan gubahan bunga segar tadi dalam bekas kaca telus.

Perlu diingat bahawa bunga atas meja tidak sesuai digubah dalam bentuk yang tinggi tetapi memanjang.

Dalam menyerikan ruang makan dengan aksesori tambahan, pokok bunga segar boleh diletakkan pada penjuru ruang berkenaan.

Bagaimanapun, penggunaan langsir nipis atau bidai juga sesuai untuk ruang makan yang dilengkapi tingkap.

Dalam keghairahan meraikan tetamu, jangan meletakkan terlampau banyak makanan di atas meja hingga mengganggu keselesaan menjamu selera.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-11-2007 01:24 PM | Show all posts
Panduan menyerlahkan keindahan kamar beradu


INGINKAN bilik tidur kelihatan menarik dan nyaman sentiasa? Di sini ada beberapa langkah untuk menyerlahkan lagi penampilan bilik tidur:


Jika bercadang menghias bilik, lebih baik membeli cadar selepas bilik dicat. Pilihlah cadar mengikut keserasian atau konsep warna bilik supaya keseragaman warna menjadikan bilik nyaman.

Jika membeli cadar sebelum mengecat bilik, jalan paling selamat ialah dengan membeli cadar putih atau polos. Bagi menaikkan seri boleh diletakkan bantal kecil berwarna-warni.


Elakkan cat warna terang seperti oren, merah muda atau hijau pucuk pisang untuk dinding bilik tidur. Pilihlah warna lembut yang boleh mendatangkan kesan harmoni.

Gandingkan cadar polos dengan sarung bantal berjalur atau corak kotak bagi menyerlahkan penampilan. Corak ini juga sentiasa segar dan tidak lapuk ditelan zaman.

Jangan pilih cadar bercorak besar jika bilik tidur kecil. Ia membuatkan bilik tampak sempit dan sesak. Sebaliknya, pilih cadar berwarna cerah dan bercorak kecil.

Cadar warna gelap menyerap cahaya dan tampak berseri pada waktu malam.

Cadar juga mengalami perubahan gaya. Untuk selamat, pilih cadar yang bersifat klasik kerana cadar seumpama ini tidak ditelan peredaran masa atau gaya. Jika memilih cadar mengikut peredaran zaman, anda terpaksa berbelanja lebih membeli cadar baru apabila musim bertukar.

Susun kusyen kecil beraneka warna di atas bantal tetapi pastikan ia tidak dibawa tidur untuk mengelakkan ia daripada kotor.

Anda boleh menggubah jambangan bunga kecil yang sesuai diletakkan di atas katil sebagai penyeri.

Elakkan daripada menggunakan cadar, sarung bantal dan sarung kusyen warna atau corak senada kerana ia memberikan kesan yang agak membosankan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2007 01:25 PM | Show all posts
Panduan menjaga fabrik putih


FABRIK warna putih sering menjadi pilihan pemilik kediaman untuk menghias bilik tidur kerana ia melambangkan kebersihan, kesucian dan kemurnian. Warna itu juga senang dan sesuai untuk digandingkan dengan apa juga warna perabot jika dijadikan pilihan.

Jika diperhatikan kebanyakan hotel atau rumah rehat menggunakan cadar, tuala dan alas meja putih kerana ia mampu membangkitkan suasana tenang dan harmoni.

Namun, tidak ramai sukakan warna ini kerana ia cepat kotor dan susah dijaga tambahan pula jika mempunyai anak yang sedang membesar. Di sini beberapa panduan bagi menjaga fabrik putih supaya sentiasa bersih dan berseri.




Cuci fabrik putih berasingan dengan pakaian berwarna dalam air suam dengan putaran sederhana jika menggunakan mesin basuh.


Gunakan hanya separuh daripada sukatan serbuk pencuci yang dicadangkan untuk menghalang kesan kerosakan fabrik pada jangka masa panjang.


Elak menggunakan peluntur berasaskan klorin untuk fabrik putih kerana ia akan melunturkan warna sebenar fabrik. Ia boleh merosakkan jalinan fabrik.


Asingkan mengikut jenis fabrik. Jangan cuci linen daripada kain kapas bersama cadar jenis polyester.


Basuh kain sebelum digunakan untuk kali pertama untuk melembutkan fabrik bagi mendapatkan keselesaan.


Untuk memanjangkan hayat fabrik bilik tidur, sediakan sekurang-kurangnya tiga set cadar dan gunakan secara berselang-seli, satu digunakan, satu dibasuh dan satu set bersih tersedia dalam almari.


Jangan perap cadar yang dibasuh dalam mesin basuh.


Jemur segera sebaik ia selesai dicuci untuk mengelakkan ia daripada berkedut.


Jemur di bawah pancaran matahari kerana cahaya terik adalah agen pemutih fabrik semula jadi.


Jika cadar berkedut, tambahkan secamca besar cuka masakan dengan air. Semburkan campuran ini pada cadar untuk memudahkan kerja menggosok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2007 01:26 PM | Show all posts
Dapur berpulau lebih selesa
Oleh Hamidon Abdullah (Ketua Program Diploma Reka Bentuk Dalaman, UiTM)


RUANG luas untuk kerja tambahan antara kelebihan dapur berpulau.


Sinki, tempat memasak dan peti sejuk zon utama tentukan reka letak

SUSUN atur dapur yang praktikal biasanya banyak mengikut keperluan pengguna selain daripada kedudukan ruang dan struktur seni bina yang ada.

Terdapat beberapa susun atur dapur yang praktikal antaranya memanjang pada satu dinding, memanjang pada dua dinding (yang dibincang pada minggu lalu), bentuk L, bentuk U dan bentuk pulau.


Semua susun atur ini mempunyai kelebihan tersendiri. Langkah sebaiknya adalah dengan menggunakan sepenuhnya kelebihan pada susun atur berkenaan untuk memenuhi keperluan harian.

Susun atur yang berkenaan diolah berdasarkan komposisi segi tiga kerja yang menghubungkan zon kerja utama iaitu membasuh (sinki), memasak (dapur) dan tempat menyimpan sumber makanan (peti sejuk).

Pergerakan tiga zon perlu jelas dan dekat bagi menjimat masa pergerakan. Sama ada dapur itu basah atau kering konsep segi tiga kerja mesti digunakan bagi memudahkan tugas memasak.


SUSUNAN ringkas, kemas dapur berbentuk L.



Susun atur dapur bentuk L

Dapur yang bersusun atur bentuk L membentuk segi tiga kerja dengan dinding berdekatan yang mana dinding kabinet panjang dan satu kabinet pendek membentuk huruf L.

Susun atur ini paling popular kerana memerlukan ruang yang sedikit dan menawarkan fleksibiliti dalam ruang kerja. Susun atur begini mudah disesuaikan sama ada ruang kompak, padat atau ruang yang besar yang mana boleh menempatkan meja makan dan ruang duduk.

Susun atur berbentuk L membenarkan meja dan tempat duduk diletakkan tanpa menghalang laluan kerja antara zon aktiviti. Fikirkan di mana harus diletakkan tingkap dan pintu kerana ini akan menentukan kedudukan terbaik untuk kawasan aktiviti.

Untuk keselamatan elak daripada meletakkan zon memasak berdekatan bukaan pintu. Jika boleh rancang, letakkan peti sejuk pada kedudukan bahagian hujung berdekatan pintu bagi memudahkan barang dibawa masuk.

Sudut L pada kabinet adalah bahagian yang amat sukar untuk dicapai dan sukar dilihat. Laci pula hanya boleh dibuka pada sesuatu masa saja. Bagi menyelesaikan masalah ini dan untuk membolehkan ia digunakan adalah dengan menggunakan bekas pusing keluar dan rak berputar.

Alternatif lain seperti meletak sinki atau hob secara menyerong dan ini boleh melahirkan titik fokus pada dapur.

Sangat baik membenarkan seberapa banyak cahaya semula jadi ke ruang dapur. Ini mungkin menjadi masalah jika dinding bersebelahan tingkap memerlukan kabinet. Cara mengatasi masalah ini dengan membina kabinet atas yang tirus dan terbuka supaya tidak menghalang cahaya memasuki ruang.

Susun atur dapur berbentuk U

Dengan menyusun kedudukan elemen dapur berbentuk U, kabinet dan kelengkapan dapur diletakkan pada kedudukan tiga bahagian dengan bukaan pada satu bahagian saja.

Susun atur ini sangat sesuai sama ada pada dapur besar atau kecil dengan menyediakan setiap sudut untuk digunakan dan lebih menarik jika satu bahagian kaunter terbuka disediakan.

Merancang satu ruang kerja yang efisien dengan susun atur berbentuk U ini akan menimbulkan masalah terutama pada ruang dapur yang sederhana saiznya. Kesannya mungkin tidak terasa jika pergerakan hanya beberapa langkah saja dari zon aktiviti dalam segi tiga kerja.

Untuk memaksimumkan ruang efisien dalam ruang berbentuk U yang besar, pastikan meletakkan kelengkapan dapur utama seperti ketuhar, sinki dan peti sejuk antara segi tiga kerja di mana setiap kelengkapan terletak antara tiga meter satu sama lain.

Ini akan menolong mengurangkan jumlah masa dan tenaga yang mungkin digunakan untuk bergerak menyeberangi ruang apabila bekerja pada jangka masa panjang.

Apabila merancang susun atur kedudukan hob dan ketuhar hendaklah diletakkan di tengah permukaan kerja. Kelengkapan ini seharusnya berada jauh dari pintu masuk atau sudut ruang supaya laluan keluar masuk bebas daripada gangguan.

Begitu juga dengan kedudukan peti sejuk yang seeloknya diletakkan pada bahagian penghujung kabinet di bahagian luar supaya penghuni rumah yang lain dapat mengambil minuman sejuk dan makanan dari peti sejuk tanpa menghalang laluan kerja.

Ruang dapur berbentuk U yang besar boleh menempatkan meja tengah untuk dijadikan meja makan. Ruang begini hanya boleh dilakukan pada dapur kering yang digunakan untuk kerja tidak membabitkan kerja memasak secara aktif.

Tip dapur L dan U yang praktikal



Lantai dapur semestinya tahan lasak, tidak licin dan mudah dibersihkan. Permukaannya rata dan tidak membahayakan. Meletakkan tikar akan menjadikan dapur lebih menarik.


Sumber cahaya tambahan amat perlu untuk membantu menerangkan kawasan kerja dan sekitarnya. Sistem operasi suis lampu berasingan dengan ruang makan perlu bagi memberi pilihan untuk menyediakan suasana berbeza antara dapur dan ruang makan.


Susun atur L boleh membentuk meja sarapan ala kaunter yang menggunakan kaki beroda yang mana kaki meja kaunter diikat jauh dari bucu meja. Dengan ini, kerusi boleh ditolak ke bawah meja apabila tidak digunakan.

Susun atur dapur berbentuk pulau

Dapur yang berbentuk pulau adalah tempat kerja efisen yang menggabungkan pelbagai aktiviti di dalam satu kawasan. Konsep yang agak terbuka membolehkan hubungan kekeluargaan dibangunkan untuk bersama menyediakan makanan.

Rumah banglo dan kondominium mewah kebanyakannya menggunakan konsep ini kerana mempunyai kelebihan ruang dapur luas. Dengan ruang luas mengizinkan kehadiran konsep pulau dalam reka bentuk dapur.

Bagi pemilik pangsapuri pula berpeluang menggunakan konsep ini jika bijak menyesuaikan kedudukan ruang dapur yang terhad. Secara ringkasnya dapur berbentuk pulau ini bermaksud satu ruang kerja tambahan seperti sebuah meja yang terletak di tengah-tengah ruang dapur.

Satu kelebihan susun atur berbentuk pulau ini adalah ia dapat menyediakan ruang yang luas untuk dua orang bergerak bebas di sekitar dapur kerana pulau di tengah-tengah boleh digunakan dari semua arah.

Ia juga membolehkan orang yang memasak menghadap ke ruang sekitarnya dan boleh bersama berbual dan bercakap berbanding dengan susun atur dapur lain yang mengasing ruang dapur dengan ruang lain.

Bilangan kelengkapan dan ruang simpanan dapur berpulau ini adalah pilihan persendirian bergantung kepada keperluan individu. Begitu juga dengan ketinggian, permukaan kerja seeloknya mempunyai dua ketinggian berbeza, kerana ada aktiviti dapur memerlukan permukaan kerja yang rendah.

Pemilihan bahan kemasan juga penting untuk diambil tahu supaya ia sesuai untuk kerja dapur yang efisien. Bahan kemasan seperti marmar amat sesuai untuk kerja memotong ikan dan membuat kuih.

Ini kerana mudah dibersihkan dan tahan lasak. Selain itu, besi tahan karat boleh diselitkan ke dalam permukaan marmar atau lain-lain permukaan sebagai bahan menahan panas periuk dan kuali tanpa merosakkan permukaan dapur.

Dapur berbentuk pulau ini perlu disediakan dengan kemudahan elektrik, saluran paip dan pembekalan gas. Oleh itu, kemudahan ini perlu mudah diselenggara dengan baik.

Oleh kerana dapur berbentuk pulau ini dijadikan sebahagian daripada kediaman ruang makan dan ruang tamu, ia perlu disediakan sistem pengaliran udara yang secukupnya bagi mengelak bau dan kesan minyak kepada ruang kediaman lain.

INFO: Kelebihan dapur berpulau

MEMPUNYAI dapur yang luas membolehkan pemiliknya membina dapur berpulau untuk kemudahan sekeluarga. Dapur jenis ini lebih praktikal dalam bentuk mudah alih kerana:


Mudah dialih ke posisi yang dikehendaki tanpa halangan


Kedudukan laci dan rak boleh dihalakan ke mana-mana arah bagi memudahkan aktiviti dapur


Kerja-kerja mencuci dan membersih lantai lebih mudah kerana segala kekotoran yang jatuh dari permukaan kerja mudah dicapai apabila membersihnya.


Bahan kemasan permukaan kerja yang sangat popular adalah bahan kayu dan besi tahan karat.


Kayu keras digunakan supaya tahan hentakan ketika memotong dan menghiris manakala besi menampakkan lagi moden.

Bagaimana menjadikan pulau tempat bekerja selesa:


Bucu kaunter perlu dibuat melengkung supaya tidak membahayakan kanak-kanak.


Pastikan soket diletakkan di bahagian sisi tepi pulau bukannya di permukaan kaunter bekerja.


Sinki tahan karat amat digalakkan kerana ketahanannya terhadap air serta mudah dibersihkan.


Tempat penyimpanan yang luas membolehkan banyak barang diletakkan di dalamnya bagi mengelakkan keadaan dapur yang bersepah. Sebaiknya, cari sistem laci yang boleh tertutup rapat secara sendiri.


Pemegang laci yang panjang dan besar memberi keselesaan untuk membukanya.


Tungku binaan dalam berasaskan kaca dan berpermukaan rata adalah disyorkan jika ingin melakukan aktiviti memasak di pulau.


Pastikan jarak antara pulau dan sistem kabinet sedia ada dalam jarak antara 90 sentimeter (sm) hingga 105 sm untuk memudahkan pergerakan atau membuka pintu pulau.


Pulau mudah disuaipadankan dengan sistem kabinet sedia ada mengikut pilihan bahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2007 10:30 AM | Show all posts
Bilik air jadi ruang terapi minda
Bersama Hamidon Abdullah (Ketua Program Diploma Reka Bentuk Dalaman, UiTM)

Penampilan, fungsi berubah mengikut masa

BILIK air adalah antara keperluan ruang utama sama seperti ruang tamu, ruang makan, bilik tidur dan dapur. Malah ruang ini sangat penting dari segi fungsinya kerana tanpa ruang ini aktiviti manusia akan menjadi tidak teratur. Aktiviti di ruang ini memerlukan privasi dan pergerakannya peribadi.

Ruang ini dinamakan bilik air kerana binaannya berbentuk bilik yang mana empat dinding mengelilingi dengan satu atau dua pintu.



Oleh kerana binaan ruang ini memerlukan keperluan privasi, binaan tingkap besar tidak sesuai dan hanya bukaan tingkap kecil untuk pengaliran udara dan kemasukan cahaya semula jadi saja diperlukan.

Bilik air biasanya menyediakan sama ada tandas dan bilik mandi. Kebanyakan rumah kediaman hari ini biasanya menyediakan dua keperluan iaitu bilik air dan tandas sekali.

Bagi kediaman mewah, keperluan ini dibuat berasingan dan pelbagai kelengkapan dan aksesori bilik air digunakan yang mempunyai pelbagai fungsi untuk memberi keselesaan kerana pemilik yang beranggapan bilik mandi sebagai tempat terapi memulakan hari mereka.

Keperluan bilik air dulu dan kini

Keperluan bilik air dalam kediaman masyarakat hari ini berbeza daripada masyarakat dulu. Jika dulu masyarakat menganggap bilik air adalah tempat atau ruang yang harus dipisahkan dari bangunan rumah mereka.

Ini kerana bilik air dan tandas adalah tempat bagi membersihkan diri dan membuang najis. Selain daripada itu tuntutan agama dan budaya yang memerlukan aktiviti pembersihan fizikal diri harus dilakukan di luar dan kedudukannya tidak seharusnya menghalakan ke kiblat.

Kemudahan infrastruktur seperti bekalan air bersih yang tidak terdapat pada ketika itu membuatkan masyarakat terpaksa menggali perigi atau membuat kolam takungan air yang puncanya dari air hujan.

Sistem pembetungan dan saliran yang tidak sempurna tidak dibuat secara berpusat menyebabkan penduduk kampung terpaksa membuat sistem pembetungan sendiri yang diletakkan di luar rumah bagi melupuskan sisa buangan.

Keadaan yang tidak bersih ini menyebabkan kerajaan sebelum ini terpaksa menjalankan kempen dan memberi bantuan kewangan kepada penduduk kampung terhadap perlunya tandas yang sempurna dan bersih.

Hari ini, dengan kemudahan sistematik dan pembetungan sempurna kebanyakan rumah kediaman mempunyai kemudahan bekalan air bersih yang baik. Oleh itu, kemudahan bilik air yang baik dan sempurna adalah satu kemestian, tambahan pula dengan taraf gaya hidup semakin meningkat.

Kebanyakan kediaman, binaan bilik air tidak lagi diletakkan di luar terutama bagi penduduk bandar dan taman perumahan. Keperluan bilik air sudah dipertingkatkan dengan setiap rumah harus mempunyai sekurang-kurangnya dua bilik air menempatkan tandas dan bilik mandi.

Ruang minimum satu bilik air dibesarkan dalam keperluan Undang-Undang Kecil Bangunan bagi memberi keselesaan kepada pemilik rumah.

Keperluan bilik air hari ini

Masyarakat hari ini sangat mengambil berat terhadap penampilan bilik air rumah mereka. Bilik air bukan lagi sekadar keperluan. Perubahan budaya hidup hari ini turut memberi dimensi baru kepada fungsi ruang ini.

Jika dulu, tiada siapa mahu berada lama di bilik air atau apabila saja selesai keperluan diri akan segera keluar dari bilik air tetapi keadaan itu berubah dan fungsi bilik air turut berubah dengan bilik air hari ini menjadi ruang terapi minda di dalam rumah.

Melangkah ke bilik air yang bersih dihias indah dapat menenangkan fikiran penghuni, apatah lagi jika bilik air dihias dengan kelengkapan kolam mandi dan jakuzi membolehkan anda berendam untuk mengurangkan ketegangan selepas penat seharian bergelut dengan tugas.

Dengan alasan ini, ramai sanggup mengeluarkan perbelanjaan lebih bagi membesarkan dan melengkapkan bilik air.

Bilik air seharusnya dijadikan tempat yang menenangkan kerana di sinilah tempat kita semuanya memulakan hari dalam mood positif dan hari yang akan lalui nanti dalam keadaan tenang.

Walau apa pun saiz ukuran bilik air yang ada namun peranannya sangat penting bagi memastikan kelancaran aktiviti seharian kita.

Tidak dinafikan ruang ini paling lembap memandangkan fungsinya banyak membabitkan penggunaan air. Jika tidak dijaga dengan betul dan dibersih secara berkala ruang ini akan menjadi tidak selesa dengan kehadiran lumut, kulat hitam.

Mengelakkan itu berlaku, kita perlu sedar mengenai penjagaan kebersihan dan penampilan bilik air yang bersih. Sikap memainkan peranan penting kerana walaupun kemasan dan kelengkapan mahal digunakan tetapi sikap pengguna tidak tahu menjaga kebersihan akan menyebabkan bilik air cepat kotor dan rosak.

Merancang bilik air yang baik

Bilik air baik, mampu menenangkan selain kebersihan dan kelengkapan berfungsi dengan baik. Dalam merancang ruang ini, bilik air seharusnya melambangkan keperluan individu itu sendiri sama ada keluarga kecil atau keluarga besar kerana keperluan setiap mereka berbeza.

Dalam rumah kediaman standard, biasanya menyediakan sekurang-kurangnya dua bilik air. Satu bilik air biasanya terletak di dalam bilik tidur utama dan satu lagi bilik air dikongsi bersama seisi rumah.

Bagi rumah kediaman yang besar pula akan menyediakan bilik air pada setiap bilik tidur dan menyediakan bilik air tetamu. Tidak kira berapa banyak bilik air yang ada pada rumah, anda seharusnya bijak dalam merancang keperluan bilik air supaya segala kelengkapan asas diperlukan disediakan, mudah diselenggarakan dan bersih persekitarannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2007 03:36 PM | Show all posts
Perabot rotan makin eksklusif
Oleh Norakmah Mat Youb
norakmah@nstp.com.my






Set mahal di taman tidak digalakkan kerana cita rasa sering berubah

JIKA sebelum ini rotan dianyam menjadi bakul, sofa dan meja kopi tetapi hari ini, produk daripada rotan dipelbagaikan termasuk sebagai perabot taman. Lebih menarik, produk dihasilkan juga lebih bernilai komersial dan mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Meskipun pelbagai jenis perabot taman berkonsepkan moden berada di pasaran, masih ramai berminat terhadap barangan diperbuat daripada rotan kerana ia kelihatan unik dan menarik.



Pengurus, Rattan Decor, Brandon Lim, berkata pelbagai jenis bahan boleh digunakan untuk dijadikan perabot laman. Ia bergantung kepada pemilik yang mahu mengetengahkan konsep rekaan perabot, dapat disesuaikan mengikut konsep laman.

Beliau berkata, perabot laman disediakan untuk kegunaan di laman atau taman. Ia melengkapkan sesuatu ruang laman sekali gus menjadikan ruang berkenaan sedia digunakan.

"Perabot laman boleh diperbuat daripada kayu, rotan, buluh, besi atau keluli, seramik, gentian kaca mahupun konkrit. Paling penting ia dapat digunakan dengan sepenuhnya," katanya.




Dengan adanya perabot laman, katanya, ia kelihatan hidup dan indah untuk dihayati pengguna. Perabot berseni ukiran atau reka bentuk unik hasil budaya sesuatu kaum, menjadikannya sesuai dengan karakter konsep laman.

"Pengguna tidak perlu risau kerana ada pelbagai jenis perabot sesuai mengikut konsep dan keluasan taman. Antara yang paling mendapat permintaan tinggi ialah perabot rotan kerana bentuknya unik," katanya.

Brandon berkata, perabot rotan paling laris kerana kebiasaannya kombinasi rotan dan besi menjadikan ia nampak serasi apabila digandingkan dan diletakkan di laman.

"Perabot rotan di sini berbeza dengan syarikat lain kerana ia direka khas dan memiliki keunikan dari segi reka bentuk dan warna. Penghasilannya pula mengambil masa lama dilakukan secara teliti bagi memastikan mutunya terpelihara," katanya yang mempunyai dua bilik pameran di Kampung Baru Subang dan Plaza Ampang City.

Beliau berkata, untuk memilih perabot laman, sebaiknya ia perlu tahan panas dan hujan. Material pula hendaklah tidak menyerap haba bagi mengelakkan hanya boleh digunakan pada waktu tertentu saja.

Katanya, set perabot rotan untuk taman dijual dengan payung sekali bagi memudahkan pengguna meletakkan di mana saja kawasan yang dikehendaki tanpa perlu pening kepala memikirkan sama ada hujan atau panas.

Beliau berkata, perabot laman banyak bergantung kepada konsep dan kemampuan kewangan pemiliknya. Pemilihan perabot yang mudah diperoleh dan diganti sangat digalakkan bagi mengelakkan pembaziran.

"Kebiasaannya perabot sedia dijual berharga lebih murah dan mempunyai pelbagai pilihan menarik. Pembelian perabot pada harga mahal tidak digalakkan kerana cita rasa pengguna sering berubah mengikut peredaran zaman," katanya.

Bagaimanapun katanya, ketahanan perabot rotan yang diletak di taman bergantung kepada penjagaan. Berikutan itu, Bradon mencadangkan perabot berkenaan diletakkan di bawah lindungan payung, gazebo atau bumbung.

Tip memilih perabot laman



Bahan untuk perabot laman sebaiknya tahan panas dan hujan kerana kebiasaannya ia diletakkan dalam laman tanpa bumbung .


Bahan perabot juga hendaklah yang tidak menyerap haba panas bagi mengelakkan hanya boleh digunakan pada waktu tertentu saja.


Ukiran pada perabot hendaklah harmoni antara satu sama lain supaya sejuk mata memandang.


Saiz dan ukuran serta kuantiti perabot hendaklah bersesuaian dengan saiz keluasan keseluruhan laman yang ada bagi mengelakkan laman kelihatan berserabut dan padat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-11-2007 03:38 PM | Show all posts
Panduan panjangkan hayat perabot laman


LANDSKAP taman lebih menarik jika diletakkan perabot sesuai. Pemilihan perabot pula banyak bergantung kepada kewangan pemilik selain kesesuaian konsep taman yang cuba ditonjolkan dengan keluasannya.

Hujan, panas terik berpanjangan, cuaca lembap menyebabkan perabot taman tidak tahan lama biarpun harganya mahal, berjenama serta berkualiti. Bagaimanapun, pemilik boleh memanjangkan hayat perabot taman di samping sentiasa cantik.

Sebelum membeli perabot buluh atau rotan, tanyakan kepada penjual jenis rotan atau buluh yang sesuai dan tahan jika mahu diletakkan di laman rumah.

Bagi memastikan perabot tidak nampak kusam, cuci sekerap mungkin dengan kain bersih yang disembur dengan pengilat perabot. Gunakan penyapu debu diperbuat daripada bulu burung untuk menghilangkan debu di celah rotan yang sukar dibersihkan menggunakan tangan.


Tempat paling sesuai untuk perabot rotan ialah di beranda kerana perabot jenis ini menyerap air dan tidak tahan lama jika selalu basah. Elak meninggalkannya di laman ketika hujan.


Jika mahu menikmati hidangan di tengah laman, boleh mengubahnya ke luar pada hari yang sederhana panas tetapi simpan kembali ke tempat teduh seperti beranda. Pancaran cahaya matahari yang berterusan akan melunturkan warna asal rotan atau buluh.


Begitu juga dengan kusyen kerusi rotan. Simpan setiap kali tidak digunakan dan jangan sekali-kali didedahkan kepada kelembapan atau kekotoran kerana air dan kotoran mempercepatkan lagi pereputan kusyen.


Selain perabot rotan atau buluh perabot kayu dan besi juga boleh dijadikan perabot taman. Pastikan jenis kayu itu sesuai atau tidak untuk kegunaan di luar rumah.


Biasakan menutup perabot kayu dengan plastik atau kain penutup debu pada setiap malam atau pada panas terik. Setiap enam bulan, sapukan dengan lapisan varnis supaya nampak berseri selalu.


Selain itu, cara mudah untuk menahan pancaran terus matahari ialah dengan menggunakan payung besar tetapi apa yang sering berlaku ialah payung itu terbiar dan tidak dibasuh sehingga terlalu kotor.


Apa yang perlu dilakukan ialah basuh sekerap mungkin dengan memancutkan air ke atasnya. Tutup payung ketika hujan supaya tidak rosak dan buka semula untuk mengeringkannya.


Guna air sabun untuk membersihkan jejari payung. Selepas itu keringkannya sebelum menyapu lapisan pengilat lilin untuk menghalangnya daripada berkarat dan memudahkan payung itu dibuka atau ditutup kelak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2007 04:48 PM | Show all posts
Panduan ringankan beban pindah


BERPINDAH ke rumah baru selalunya menjadi satu pengalaman pahit. Ketika itu, kepala berserabut hendak mengemas barang, perlu menyediakan banyak kotak, barang-barang pula perlu diberi perhatian sebaiknya mengikut jenis, barangan berharga, kaca, perhiasan mewah. Tidak cukup dengan itu, proses mengangkat dan memindahkan barang pula. Semua ini tidak akan memeningkan kepala jika tahu caranya. Berikut tip yang membantu meringankan masalah anda sebelum berpindah:

Mengemas

Sebaiknya tidak mencampurkan barang pada satu tempat sama bagi mengelak semak.

Elok jika buku diletakkan di dalam kotak buku, baju juga dikhususkan untuk kotak baju.

Jangan sesekali lupa menandakan kotak dengan kandungan barang di dalamnya untuk mengelakkan kekeliruan dan kerosakan barang ketika diangkat.

Barangan kaca perlu dibungkus dengan kertas bagi mengelakkan pecah dan terpelanting di dalam kotak.

Seeloknya, barangan berharga dan kaca dibawa sendiri dengan kereta bagi memastikan keselamatan dan menghindari daripada kerosakan.

Sebaiknya, peruntukkan masa lebih lama untuk mengemas barang jika merancang untuk berpindah.

Tindakan lebih awal dapat mengelak daripada kesuntukan masa dan penat. Buang atau beri kepada yang memerlukan barangan tidak perlu.


Asingkan barangan

Pisahkan setiap barangan mengikut kategori bersesuaian seperti barangan di dapur, ruang tamu, bilik tidur dan barangan elektrik.


Jika barangan perabot boleh diceraikan lebih elok berbuat demikian untuk memudahkan proses mengangkat dan penghantaran.


Lebih baik anda melakukan sendiri proses membuka barangan seperti perabot dan barangan elektrik untuk memastikan tidak rosak jika dilakukan orang lain.


Kategori barangan mengikut ruang yang bakal menempatkan sesuatu barang seperti lampu perhiasan di ruang tamu dan kipas di bilik tidur.


Keselamatan perabot

Bagi memastikan perabot seperti sofa tidak rosak atau kotor, bungkus dengan kain atau sarungkan dengan plastik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2007 09:46 AM | Show all posts
aktiviti ari nih...lom tau lagi....
tp ape2 pon kita makan nasi lemak bungkus dulu...
aktiviti pagi..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2007 01:45 PM | Show all posts
Tip penjagaan elak lantai nampak kusam


BIASANYA apabila menghias rumah orang jarang memikirkan soal lantai. Ramai yang fikir, asal bersih sudah memadai. Benar, tetapi jika tidak dijaga dengan baik lantai akan tampak kusam dan tidak tahan lama.

Malah, penjagaan lantai sebenarnya bermula daripada pemasangan. Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan.


Jubin

Jika memasang jubin pada tempat laluan, pastikan ia tidak dipijak selepas empat hari dipasang untuk memastikan kedudukannya mantap. Lantai hanya boleh diguna lasak selepas dua minggu dipasang.


Pastikan jubin dialas jika hendak meletakkan perabot atau benda berat di atasnya.


Jika ada kekotoran, berus hingga hilang, cuci dengan air dan lap kering. Ulangi proses ini beberapa kali bagi kesan degil. Jangan sekali-kali membiarkan jubin basah kerana ia mengundang bahaya.


Bersihkan sisa simen dengan pencuci asid sesuai.


Karat dan dakwat boleh dibersihkan dengan asid sulfurik dan hidraulik.


Bersihkan kesan tumpahan kopi, teh, aiskrim dan lemak menggunakan pencuci beralkali (kebanyakan sabun adalah beralkali).


Minyak tanah boleh digunakan untuk hilangkan kesan getah, cat dan gris.


Lap jubin dengan pencuci biasa untuk penjagaan harian.

Seramik granit


Untuk lantai yang baru dipasang, gunakan pencuci berasid lembut untuk membersihkan sebarang kotoran.


Untuk kotoran jenis minyak atau gris, gunakan air panas. Biarkan air yang bercampur dengan pencuci lima hingga 15 minit sebelum dicuci.


Lemak atau kotoran lain yang boleh meninggalkan kesan perlu dibersihkan segera menggunakan air panas dan bilas dengan air biasa. Lap kering.


Sesekali gunakan pancutan air deras untuk hilangkan kesan degil.

Parket


Lantai jenis ini perlu divarnis dengan bahan pelarut berasas air atau polyurethane supaya kayu lebih keras dan tidak mudah mengumpul habuk. Untuk membersihkannya, lap dengan kain lembap.


Jika lantai bercalar, kikis dengan kertas pasir, bersihkan dengan air panas dan varnis semula.


Jangan seret perabot di atas lantai parket kerana ia akan mencalarkannya.


Antara cara untuk mengelakkan lantai bercalar, alas kaki perabot dengan getah khas.


Jangan sekali-kali membiarkan lantai parket basah atau bergenang air. Jika ada bahan yang tumpah, keringkan segera.

Papan serpih


Untuk penjagaan biasa, lap lantai dengan kain lembap tanpa bahan pencuci.


Untuk membersihkan kesan gris dan kopi, cuci dengan air bercampur sedikit cuka dan keringkan segera.


Letak alas kaki pada pintu masuk utama dan ambal pada ruang laluan bagi memastikan lantai tahan lama.

Lain-lain


Tikar getah, PVC dan asbestos getah yang dilapisi pelindung berasaskan air boleh dibersihkan dengan mop basah atau kering setiap hari.


Lantai konkrit lebih mudah dijaga. Pastikan anda menyapunya untuk mengelak endapan habuk.

[ Last edited by  Syd at 26-12-2007 01:47 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2007 01:48 PM | Show all posts
Perhiasan kaca mesti rajin digilap

BARANGAN yang diperbuat daripada kaca, contohnya gelas minuman bukan saja boleh digunakan setiap hari, malah amat cantik jika dijadikan perhiasan rumah.

Jika kena dengan gaya dan kreativiti, barangan kaca akan kelihatan lebih cantik berbanding barangan perhiasan lain kerana kaca membenarkan cahaya menembusinya.

Contohnya, susunan pasu bunga kaca (dengan atau tanpa bunga) akan menyerikan tepi tingkap yang suram, terutama ketika ia menerima pancaran cahaya matahari pada waktu pagi.

Bagaimanapun, barangan kaca yang diatur atas para kaca pula kelihatan seolah-olah terapung di udara.

Selain para kaca, meja yang beralaskan cermin juga sesuai untuk dijadikan tempat mengatur barangan kaca.

Untuk menjadikan hiasan lebih menarik, aturkan sejenis barangan, contohnya gelas minum di tempat yang sama. Bagi memperoleh kesan yang lebih bermaya pada waktu malam, anda boleh meletakkan lampu berhampiran hiasan kaca anda. Cara terbaik adalah meletakkan lampu di posisi yang boleh menyuluh hiasan daripada bahagian atas atau bawah barangan itu.

Perlu ingat, habuk yang melekat di gelas mudah dilihat biar sekecil manapun, oleh itu, pastikan ia sentiasa digilap.


Berikut cara untuk menghias barangan kaca:


Bagi mereka yang mempunyai tingkap bercermin besar, aturkan beberapa pasu bunga kaca pelbagai saiz di tepi tingkap itu.


Anda juga boleh menyerikan susunan pasu itu dengan meletakkan sedikit bunga hidup di dalamnya. Hiasan itu akan nampak cantik pada siang hari, terutama apabila cahaya matahari memasuki tingkap dan menyinari pasu.


Satu cara lagi ialah dengan meletak beberapa pasu bunga kaca di atas meja `marble'.


Meja itu hendaklah dirapatkan ke dinding, manakala dinding di belakang pasu itu dihias dengan sekeping lukisan besar berwarna lembut. Anda juga boleh meletakkan bunga hidup ke dalam satu daripada kumpulan pasu berkenaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2007 01:26 PM | Show all posts
Kemasan lantai keras tanah lasak
Bersama Hamidon Abdullah


PELBAGAI jubin berada di pasaran.


Bahan bergantung cita rasa pemilik untuk serlahkan kediaman

APABILA melangkah masuk ke dalam ruang kediaman biasanya keselesaan kaki melangkah akan menentukan sama ada kemasan yang digunakan sesuai atau tidak. Keselesaan akan dapat dirasakan sekiranya kaki yang memijak tidak berasa sakit dan kita melangkah dengan yakin mengenai keselamatan dan tidak akan berasa licin atau mudah terjatuh. Selepas kita merasai dua faktor itu betul meyakinkan kita barulah kita dengan sendiri menikmati keindahan ruang secara keseluruhan.

Permukaan lantai bukan saja mengundang kepada keselesaan apabila memijak tetapi permukaan lantai juga membentuk identiti dan penggayaan bagi mencapai konsep, keperluan dan praktikaliti sebuah kediaman impian. Pilihan lantai yang pelbagai pada ketika ini meningkatkan lagi keyakinan cita rasa pengguna bagi menjadikan permukaan lantai lagi menarik dan menjadikan ruang menjadi lebih dramatik dan selesa untuk didiami.



Kemasan lantai dapat dikategori kepada dua iaitu kemasan lantai keras dan kemasan lantai lembut. Pada minggu ini kita akan membincangkan jenis kemasan lantai keras terutama ciri-cirinya, aplikasinya dan kelebihannya

JENIS KEMASAN LANTAI KERAS

Kemasan lantai keras yang terdapat dalam pasaran digunakan pada kebanyakan rumah kediaman dan bangunan pada hari ini adalah terdiri daripada:

KEMASAN JENIS BATU

Batu marmar, batu granit, batu terazzo (campuran pecahan marmar atau granit dengan simen), batu kapor (limestone) dan batu slate.

KEMASAN JENIS JUBIN

Jubin seramik, jubin mozek, jubin homogeneous dan jubin tanah liat (terra cotta).

KEMASAN JENIS SIMEN DAN KONKRIT

Simen berpasir (sand pebbles), simen berbatu (pebble stone), simen berjalinan (textured cement).

KEMASAN JENIS KAYU

Lantai parket, lantai kepingan kayu dan lantai kayu berlamina.

KELEBIHAN & KEKURANGAN BAHAN KEMASAN KERAS

Bahan kemasan keras seperti batu, jubin, simen dan kayu mempunyai kelebihan masing-masing. Antaranya:



Bahan yang keras mempunyai kekuatan dan tahan lama
Tidak menyerap dan kedap kepada haba panas dan hujan
Mudah diselenggarakan dan dibersihkan
Kekal dengan imej klasik yang mampu bertahan lama
Bergaya dan boleh diterima untuk kegunaan formal atau tidak formal.
Struktur atau unsur dekoratif, tekstur dan menghasilkan reka bentuk interior menarik.
Boleh menyediakan struktur binaan sebagai kemasan lantai yang terbaik.


Namun penggunaan bahan kemasan keras ini juga mempunyai kekurangannya iaitu:


Kos yang tinggi kerana kualitinya lebih tahan lama. Penyediaan lantai sokongan turut menyebabkan kos meningkat.
Ketegaran - bahaya kepada objek sekiranya jatuh pada permukaannya yang kasar.
Kehidupan akustik - penggunaan bahan keras juga memberi kesan pada bunyi dan bising.
Mudah sejuk - serap haba sejuk dengan mudah dan akan panas bila terkena sinaran matahari


KEMASAN JENIS BATU

1. Marmar

Ciri-ciri: Batuan jenis metamorfik dengan permukaan yang kelihatan berbutir dan berkilat seperti kristal. Hadir dalam warna putih dan kombinasi warna lain dengan kesan berjalur. Batu ini menjadi semakin mahal mengikut kualiti iaitu semakin tahan dan kuat batu berkenaan. Boleh digilap untuk mendapat kesan kilatan dan permukaannya adalah sejuk.

Aplikasi: Sesuai sebagai kemasan lantai dan digunakan pada kediaman mewah.

2. Granit

Ciri-ciri: Sejenis batu kristal keras yang mengandungi sedikit jumlah feldspar, kuarzit dan lain-lain mineral. Kristal dalam kuantiti yang halus dimampatkan hingga membentuk [permukaan yang kasar. Kombinasi warna pula terdiri daripada warna cerah hingga gelap dengan jalinan warna-warna lain seperti kelabu, merah jambu, hijau, coklat dan hitam.

Aplikasi: Amat sesuai sebagai kemasan lantai dan lantai sokongan. Selalunya digunakan pada kediaman mewah.

3. Batu kapur

Ciri-ciri: Adalah batuan jenis kalsium karbonat bersama jalinan warna natural kelabu cerah. Batuannya nampak seakan-akan batu halus dengan hasil kemasan yang tampak berserabut.

Aplikasi: Boleh digunakan pada kediaman dan bukan kediaman untuk jenis lantai yang sering digunakan atau 'kawasan sesak'.

4. Batu Slate

Ciri-ciri: Sejenis batuan metafortik, butir-butir halus, dan membentuk seakan lapisan pada permukaan yang kasar. Pilihan warna kelabu kehijau-hijauan atau kelabu kemerah-merahan dan juga coklat atau hitam.

Aplikasi: Sesuai digunakan untuk ruang lantai kediaman

KELEBIHAN KEMASAN JENIS BATU


Lebih semula jadi dan mempunyai potensi yang tinggi untuk tahan lama.
Oleh sebab harganya mahal, ia mencurahkan penggayaan ruang yang mewah dan eksklusif.
Kesan luluhawa dan teksur yang kasar cukup untuk memberikan kesan rustik dan nilai estetika yang tinggi. Ia amat unik kerana tidak akan ada kepingan kedua yang sama coraknya. Eksklusif dan wujud hanya sekeping yang seumpamanya pada bloknya.
Tidak mudah terbakar, keras dan padat. Sesuai untuk digunakan pada bahagian laluan traik yang tinggi dan bebanan yang banyak.
Batu yang bercorak mewah iaitu marmar dan granit cukup anggun digayakan pada ruang formal. Tidak hairanlah ia menjadi pilihan utama lantai ruang tamu, ruang makan, lobi atau pintu masuk.
Mempunyai variasi warna yang luas seperti putih, hijau, kelabu, krim atau jingga. Semuanya adalah warna asli hasil pembentukan semula jadi.


KEMASAN JENIS JUBIN

Jubin seramik

Ciri-ciri: Halus, dihasilkan daripada tanah liat dan disepuh sebelum melalui proses terakhir menjadi jubin. Jubin daripada jenis mozek agak kecil dan dihasilkan dalam pelbagai bentuk mengikut selera dan cita rasa pemilik mengubah dan mengatur bentuk jubin berkenaan.

Aplikasi: Selalunya banyak digunakan pada bangunan-bangunan dan juga sesuai untuk kegunaan pada lantai kediaman. Ia juga sesuai dijadikan elemen dekorasi pada bahagian dinding sesebuah kediaman atau bangunan.

Kos: Harga bergantung pada dihias mengikut jumlah dan bentuk yang dihasilkan.

KELEBIHAN KEMASAN JENIS JUBIN


Mempunyai ketahanan terhadap suhu kepanasan yang tinggi.


Kemasan ini tahan lasak. Jubin mempunyai kepadatan berlainan untuk disesuaikan dengan ruang lasak seperti garaj, stor, dapur atau anjung balkoni berbanding ruang yang kurang lasak seperti kamar mandi dan kamar tidur. Dengan tata cara penjagaan yang teratur, jubin ternyata boleh tahan lebih lama berbanding lain-lain kemasan permukaan. Awas, jubi berglazed dan jubin berglass yang amat sensitif dan 'manja' kerana mudah pecah dan tercalar di samping sifatnya yang berkilat dan licin.


Jubin amat mudah dibersihkan. Bagaimanapun, ia bergantung pada tesktur permukaannya. Lantai berjubin tidak membebaskan sebarang kesan yang berbahaya serta ternyata bersih dan bebas daripada masalah hama. Ia mewujudkan persekitaran yang bebas daripada debu, satu ciri yang amat mustahak di pusat penjagaan kanak-kanak atau bilik kanak-kanak.


Penggunaan jubin boleh membantu memperkemaskan lagi skima rona ruang. Pilihan rona jubin dan rona grout membolehkan anda berkarya pada lantai. Anda boleh membentuk motif dengan cara penyusunan jubin dan boleh memotongnya mengikut saiz dan bentuk yang dikehendaki. Jubin boleh diperoleh dalam rangkaian warna, saiz dan kemasan supaya sesuai dengan hiasan mana-mana bilik dan ruang


Pilihan yang luas mengikut kemampuan. Jubin boleh diperoleh dalam pelbagai rangkaian, spesifikasi dan harga, sekali gus memberi lebih pilihan dan nilai wang anda.


KEMASAN JENIS SIMEN DAN KONKRIT


Simen berpasir dan simen berbatu

Ciri-ciri: Jumlah (sama ada batuan lembut atau kecil atau berpasir) yang disusun pada permukaan konkrit yang basah akan lebih menyerlah. Sebahagian daripada konkrit ini tidak disiram air agar jumlah atau kuantiti batu lebih menonjol. Ia juga dikenali sebagai batu kecil atau batuan konkrit.

Aplikasi: Selalunya mengalami proses penurapan pada bahagian dalaman dan luaran, sama ada pada lantai kediaman atau bukan kediaman. Amat praktikal untuk tahan geseran dan tahan licin. Banyak digunakan pada permukaan tangga, kolam renang dan ramp.


KELEBIHAN LANTAI JENIS SIMEN DAN KONKRIT


Mudah diselenggara kerana kesan daripada bahan yang digunakan tidak mahal.


Boleh digabung berbagai corak menarik pada lantai dengan berbagai corak susunan batu.


Kemasan simen berpasir lebih halus amat pada ruang dalaman berbanding kemasan simen berbatu kerana selesa dipijak.


Oleh kerana permukaan yang kasar maka amat sesuai untuk permukaan luaran yang memerlukan tahap tahan geseran yang tinggi.


Simen berjalinan tekstur sangat popular pada ruang berkonsepkan mediteranean dan ala Mexico.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2007 01:27 PM | Show all posts
KEMASAN JENIS LANTAI KAYU

Lantai kayu padu

Ciri-ciri: Menggunakan kayu padu tempatan seperti kayu balau, merbau, jati, cengal dan kayu yang diimport seperti oak, maple dan cheery. Susunan kepingan pada kedudukan antara 1 1/2 hingga 2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2008 01:17 PM | Show all posts
Tip: Penjagaan dan pembersihan permaidani


Jangka hayat dan rupa permaidani bergantung kepada cara penjagaan. Walaupun permaidani cepat rosak jika sering dipijak, penjagaan dengan betul memastikan permaidani kelihatan baru dan jangka hayat lebih panjang.

Kawasan permaidani yang sering dilalui atau digunakan seperti laluan ke bilik atau dewan dan tangga perlu dibersih menggunakan pembersih hampa gas (vakum) setiap hari. Kawasan yang kurang dipijak seperti bilik tidur cukup dibersihkan sekali saja.

Vakum berulang antara tiga hingga tujuh kali ke depan dan ke belakang akan menyedut dan menarik kekotoran dari dasar permukaan ke dalam mesin ini.

Tompokan kekotoran perlu segera dibersihkan tanpa membiarkan lama melekat. Bahan pembersih yang lembut dan air bersih boleh digunakan untuk membersihkan kebanyakan jenis kekotoran. Kekotoran yang sukar dibersihkan seperti yang ada kandungan minyak tar hanya boleh dibersih secara pembersihan kering.

Permaidani perlu dibersihkan secara basah atau kering apabila permukaan permaidani kelihatan tidak bermaya. Antara cara pembersihan permaidani adalah:

1. Pembersihan basah


Dilakukan dengan menyambungkan bahan kimia pembersih di permukaan dan kemudian dilap dengan pad bentuk bulat. Pembersihan berwap adalah selamat kerana tidak merosakkan benang. Basuh dan bilas permaidani dengan cuka cair dan air yang akan menanggalkan sisa sabun pembersih.

Pembersihan kering


Pembersihan cara ini dibuat dengan menyembur sabun pembersih seperti habuk kayu dan mesin berus pada permukaan permaidani. Permukaan yang terkena pembersih kemudian disedut dengan vakum yang menanggalkan segala kekotoran dari permukaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2008 01:18 PM | Show all posts
Kemasan lembut makin diminati
Bersama Hamidon Abdullah (Ketua Jabatan Reka bentuk dan Seni bina Dalaman UiTM Shah Alam)


PERMAIDANI sesuai di ruang kurang lasak seperti bilik tidur dan ruang tamu.


Permaidani, kemasan lantai sintetik seperti kepingan vinil, linoleum dan lantai getah amat popular

BAHAN kemasan lantai boleh dibahagikan kepada dua, iaitu bahan kemasan keras dan lembut. Bahan kemasan lantai keras telah dibincang minggu lalu dan pada minggu ini, kita akan membincangkan mengenai bahan kemasan lembut.

Bahan kemasan lembut mempunyai ciri bahan yang fleksibel. Bahan kemasan lembut yang popular dan selalu digunakan di rumah dan bangunan awam adalah permaidani, kemasan lantai sintetik seperti kepingan vinil, linoleum dan lantai getah. Semua bahan kemasan dihasilkan dari komposisi bahan semula jadi dan bahan tiruan, iaitu hasil campuran bahan kimia.

Seperti kemasan lantai keras, kemasan lantai lembut juga mempunyai beberapa kelebihan. Antara kelebihan itu adalah:

Kelebihan kemasan lantai lembut

Kos bahan kemasan lembut adalah lebih rendah berbanding lantai keras.

Bahan kemasan lembut menyediakan sentuhan hangat, berbanding bahan kemasan keras.


Penyerap bunyi yang baik serta melahirkan ruang yang senyap dan melembutkan suasana.


Kelembutan bahan menyebabkan selesa untuk berdiri lebih lama dan mengelakkan berasa pitam.


Boleh menyelamatkan bahan yang mudah pecah kerana menyerap hentakan.


Mempunyai pilihan yang banyak dari segi reka bentuk corak, warna dan pilihan tekstur.


Mudah diselenggara bergantung kepada jenis kemasan dan bahan kemasan.

Kekurangan kemasan lantai lembut


Memerlukan pembersihan dan penyelenggaraan yang kerap jika tiada perlindungan (treatment) pada permukaan kemasan.


Mudah tercalar atau terkoyak jika sesuatu bahan tajam terjatuh atau bukan berat yang tajam ditarik di permukaan.


Kurang tahan lasak, berbanding kemasan keras menyebabkan bahan ini mahal dalam tempoh jangka panjang kerana perlu sentiasa ditukar.


Proses pemasangan memerlukan kepakaran. Kemasan jenis ini akan terkopek, bergulung atau tertinggal jika tidak dipasang dengan betul.

PERMAIDANI

Permaidani adalah bahan kemasan lantai yang popular dan antara kemasan yang digunakan pada lantai dalam ruang dalaman. Pemilihan permaidani yang sesuai adalah merumitkan, terutama bagi ruang yang besar kerana permaidani diperbuat dari bahan fiber. Oleh itu, sudah tentu jalur warna dan tekstur akan berbeza.

Bahan kemasan lantai ini lembut dan diperbuat dari bahan seperti benang, nilon dan gentian polypropeylene (PP). Permaidani yang dipasang dari dinding ke dinding (wall to wall) tidak lagi banyak digunakan kerana ramai pemilik kediaman beralih kepada rug yang agak kecil dan boleh diperoleh dalam saiz tertentu.

Hamparan permaidani dan rug boleh diletakkan pada ruang yang dikehendaki. Aspek mobiliti atau senang alih menjadikannya popular pada hari ini. Permaidani yang diperbuat dari nilon lebih tahan lama walaupun agak mahal, berbanding permaidani dari gentian PP yang lebih murah.

Bagaimanapun, kemasan lantai jenis ini hanya sesuai untuk ruang yang kurang lasak seperti ruang tamu, kamar tidur dan bilik bacaan.


Permaidani yang diperbuat dari bahan nilon lebih tahan lama, tegap dan tidak mudah menerima kesan akibat perabot.


Revolusi dunia permaidani menyaksikan pembaharuan yang mewujudkan jubin permaidani (carpet tile) yang lebih praktikal. Permaidani jenis ini memudahkan proses pemasangan dan kerja mencuci kerana adalah dalam bentuk kepingan kecil. Ini juga memberi peluang untuk mewujudkan kombinasi dua atau lebih jenis permaidani yang mewujudkan formasi lebih menarik.


Seni lantai pada permaidani bukan saja dari segi warna dan corak, tetapi pemilihan tekstur permukaan yang berbeza.


Pemotongan bahagian loop (gelung) akan membentuk permukaan yang berbeza hingga boleh membentuk corak tertentu pada permukaan.

Panduan untuk memilih permaidani


Memahami jenis fiber yang digunakan dari segi kelebihan dan kekurangan.


Mengetahui cara binaan permaidani dan pemilihan tekstur yang ada.


Melihat pengeluar yang berpengalaman dari segi kualiti dan reputasi kerja. Pengeluar atau pengedar yang tiada reputasi akan menimbulkan masalah dari segi kualiti permaidani dan pemasangan.


Berhati-hati terhadap harga yang ditawarkan kerana harga murah akan menyebabkan kualiti yang rendah dari kualiti benang (yarn), getah pemegang dan warna. Dapatkan jaminan kualiti dari pengeluar mengenal mutu kawalan dan ketahanan.

Apakah yang anda perlu tahu mengenai permaidani


Kebanyakan permaidani diperbuat dari sejenis fiber, iaitu nilon. Bagaimanapun, ada permaidani diperbuat dari gabungan fiber seperti 65 peratus benang dan 35 peratus akrilik atau 80 peratus nilon dan 20 peratus benang atau polister.


Antara faktor gabungan kerana gabungan ini mempunyai kualiti yang berbeza dari segi fiber dan mewujudkan ketahanan dan kelembutan.


Permaidani diukur berdasarkan ketebalan. Semakin tebal semakin selesa dan harga lebih mahal.


Pilih yang tahan lama. Sebaik-baiknya permaidani yang diperbuat dari nilon atau benang, atau yang menggabungkan dua bahan ini kerana warna tidak mudah hilang dan binaan loop teguh.


Permaidani berkepadatan tinggi mempunyai jarak tenunan yang kecil. Permaidani yang padat kelihatan lebih teguh dan tidak mudah renyuk.


Jika diletakkan di kawasan yang sering dipijak, gunakan permaidani berkepadatan tinggi untuk mengelakkan kelihatan tidak menarik.


Gunakan penyedut hampa gas untuk menyedut kekotoran pada permaidani dan rug. Sekali sekala hantar permaidani ke pusat cucian khusus untuk membersihkan secara menyeluruh. Ikuti arahan pembersihan yang tertera pada label permaidani anda.

Kelebihan permaidani

1. Gentian lembut menjadikan permaidani penyerap bunyi yang baik. Sesuai untuk ruang menonton atau kamar tidur yang memerlukan suasana senyap.

2. Tekstur lembut pada permukaan membolehkan kaki melangkah selesa, terutama anda yang mempunyai anak kecil.

3. Sifat lembut mengurangkan risiko kecederaan apabila terjatuh.

4. Motif dan warna permaidani membantu melahirkan perwatakan pada ruang. Pelbagai motif seperti jalur, flora dan bintik bulat (polka). Ciri ini amat mustahak di pusat penjagaan kanak-kanak atau bilik kanak-kanak.

RUG

Rug juga digunakan sebagai antara bahan kemasan lantai lembut. Seperti permaidani dari segi struktur bahan dan tesktur, rug mempunyai saiz yang agak kecil sedikit berbanding permaidani. Konsep mudah alih menyebabkan rug mendapat lebih perhatian di kediaman mewah dan eksklusif. Rug yang cantik dari segi tenunan benang dan dihasilkan oleh penenun mahir dari negara Parsi mampu mencapai harga yang sangat tinggi.

Rug asli (accent rug) diperbuat sama ada dari benang atau nilon. Benang dibina dan diikat dengan kuat. Rug oriental juga diperbuat dari benang tenun atau nilon. Ia sangat kuat dan tidak mahal. Terdapat pelbagai kualiti pada rug oriental domestik. Rug oriental yang mempunyai reka bentuk dan corak yang menarik bentuk asli dipanggil rug seni (art rug).

Keaslian rug oriental menyebabkan penggunaannya di ruang dalaman menyerlahkan seni dan kecantikan kepada ruang. Gabungan warna dan corak motif yang terang pada rug oriental menimbulkan kesan kontras pada ruang.

Rug oriental banyak dibuat di negara Timur seperti Iran, Turki, Afghanistan, Pakistan, India dan China. Rug oriental yang paling asli berasal dari Parsi sejak abad ke-15. Keaslian reka bentuk dan bahan yang digunakan menyebabkan nilai rug ini di pasaran meningkat apabila semakin lama digunakan.

Folk rug pula dihasilkan oleh masyarakat setempat mengikut warisan masyarakat etnik mereka. Rug ini rata, boleh diterbalikkan dan diperbuat dari benang. Folk rug banyak berasal dari negara Eropah seperti Romania dan Sepanyol serta Scandinavia. Rug ini juga dihasilkan di Amerika Selatan dan Afrika.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2008 05:23 PM | Show all posts
Menghias bilik mandi


MASYARAKAT Malaysia umumnya kurang memberi perhatian kepada bilik mandi. Malah, tidak ramai sanggup menghabiskan masa dan membelanjakan wang ringgit untuk menghias bilik mandi.

Ini mungkin kerana bilik mandi jarang dilihat orang lain dan kita sekadar menyediakan kelengkapan asas yang perlu.

Apabila menghias bilik mandi, perkara utama perlu diambil kira ialah keselesaan, kesantaian dan keanggunan.

Dari segi warna, masyarakat Malaysia lazimnya menggunakan warna putih untuk bilik mandi. Putih memang sesuai bukan saja kerana warna ini cerah dan anggun, tetapi juga kerana kotoran pada permukaan putih mudah dilihat dan dibersihkan.

Hijau dan biru juga pilihan warna sesuai untuk bilik mandi. Hijau adalah warna alam semula jadi dan bilik mandi berwarna hijau gelap boleh menghidupkan suasana selesa dan tenteram. Manakala, sentuhan warna kebiruan pula menjadikan suasana tenang. Apatah lagi hubungan warna biru dengan air memang sepadan dan sesuai untuk hiasan bilik mandi.

Bagi bilik mandi yang mempunyai tingkap, anda boleh menggunakan fabrik menarik sebagai langsir untuk menampilkan suasana lembut tetapi selesa. Fabrik berkualiti boleh digunakan untuk langsir tingkap dan tirai mandi jika bilik mandi anda dilengkapi tab mandi panjang. Anda memerlukan tirai mandi plastik putih yang tidak mahal bagi lapisan dalam untuk memastikan tempias air tidak keluar dari tab mandi. Manakala penggunaan fabrik hiasan dengan corak yang menarik untuk tirai luar.

Andainya bilik mandi anda tidak mempunyai tab mandi panjang atau tingkap, anda boleh meletakkan fabrik di bawah dan di sekeliling ruang sinki atau sebagai alas kaki di bawahnya. Bagaimanapun anda tidak perlu menggunakan warna atau fabrik yang anda tidak suka semata-mata kerana ia sepadan dengan warna atau lekapan bilik mandi anda. Carilah fabrik yang anda gemari dan boleh dipadankan dengan keadaan keseluruhan bilik mandi anda.

Wangian penyegar udara juga penting untuk bilik mandi. Sentuhan keharuman buah-buahan sitrus mencetuskan persekitaran yang segar dan membantu meneutralkan bau yang tidak menyenangkan. Sebaliknya, kesegaran dan keharuman flora menambah sentuhan kelembutan dalam udara, dan menghidupkan suasana ceria.

Petua menghias bilik mandi dari Eric Leong

Skema Warna

Kebanyakan bilik mandi di Malaysia tidak besar justeru, skema warna bagi bilik mandi seharusnya cerah seperti putih susu, biru air, hijau muda dan kuning air. Elakkan penggunaan warna biru tua, hitam atau kelabu kecuali anda mempunyai bilik mandi yang besar.

Pembahagian Zon

Bahagi bilik mandi anda kepada ruang basah dan kering supaya tampak lebih kemas dan bersih. Anda boleh memisahkan zon kering daripada zon basah dengan menggunakan tabir dan skrin mandi.

Lampu

Bilik mandi patut dipasang lampu siang atau lampu terang (lampu pendarfluor), bukan lampu hangat (mentol kuning). Lampu terang untuk ruang kerja dan lampu hangat bagi menghangatkan suasana. Jadi anda boleh gunakan lampu terang untuk ruang basah dan lampu hangat untuk ruang kering.

Sentiasa buka tingkap bilik mandi supaya udara boleh masuk dan memastikan ia sentiasa kering dan bersih. Gunakan kelengkapan bilik mandi yang tidak mudah karat seperti pewter dan keluli tahan karat.

Untuk memberikan sentuhan yang lembut, pilih aksesori atas kaunter bilik mandi yang cantik seperti pemegang berus gigi dan bekas sabun diperbuat daripada pewter.

Tambah kehijauan dengan meletakkan pokok hiasan dalam pasu kecil untuk menjadikan bilik mandi anda lebih mesra alam.

Haruman penyegar udara boleh menjadikan ruang kecil dalam bilik mandi anda lebih santai, segar dan nyaman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2008 11:14 AM | Show all posts
Kemasan kayu lebih tahan

Bersama Hamidon Abdullah (Ketua Jabatan Reka Bentuk dan Seni Bina Dalaman UiTM, Shah Alam)


DINDING kayu selain memberi nilai estetika, ia juga tahan calar dan tidak mudah koyak.



Nilai dinding kediaman sebelum memilih kemasan sesuai

MINGGU lalu, saya menceritakan mengenai kemasan batu, jubin dan simen, dan artikel minggu ini akan menyambung mengenai jenis kemasan kayu.


Dinding yang dikemas dengan kemasan kayu boleh dikategorikan kepada tiga iaitu:

1. Kemasan Kepingan Kayu (wood boards)



Kemasan kayu jenis ini menggunakan kepingan kayu dalam bentuk blok yang disambung dengan mengguna sambungan tanggam bagi menampakkan kesan sambungan antara blok kepingan kayu.


Sambungan antara kepingan blok kayu ini sangat menarik dengan corak disusun bagi membahagikan ketinggian dinding dengan pelbagai ketinggian bermula dari tinggi skirting, dado dan cornice.

2. Kemasan Kayu Ply



Kayu ply dihasilkan melalui proses melekatkan kepingan veneer kayu bersama-sama dalam keadaan ira kayu bersilang dan digam dan kemudian dipanaskan dengan tekanan


Kebanyakan kemasan kayu ply digunakan bagi membuat kemasan dinding binaan kekal seperti dinding batu atau konkrit dan dinding binaan sementara sama ada dinding kayu atau dinding kepingan gipsum.


Kemasan kayu ply digunakan dengan kepingan veneer dilekatkan pada permukaan akhir. Kesan yang menarik pada veneer kayu adalah bagi menampak keaslian dan kesan semula jadi ira kayu pada veneer kayu berkenaan.


Corak boleh dibuat pada veneer kayu dengan membuat cantuman pelbagai corak dan kemudian dikemas dengan kemasan syelek dalam berbagai warna.


Kemasan kayu ply sangat sesuai digunakan bagi kabinet dinding dan dinding utama yang digabungkan dengan kabinet TV di ruang tamu ,ruang makan dan juga ruang tidur.

3. Kemasan Kayu Panel


Kemasan kayu panel banyak dihasilkan pada dinding bagi rumah kediaman mewah dan ruang ekslusif seperti di istana, hotel, kelab mewah dan lounge.


Bagi menghasil dinding kayu panel ini dinding hendaklah dikemas dengan kemasan kerangka kayu dan dipasang kepingan kayu berbentuk panel dalam bentuk padu. Biasanya reka bentuk panel dibuat berpandukan ketinggian dinding berdasarkan ketinggian pintu dan dari situ bahagian panel dibahagi bermula dari bawah iaitu skirting kemudian bahagian tengah yang di panggil aras dado dan panel bahagian tengah dan seterusnya bahagian yang paling atas sekali disempurnakan dan disesuaikan dengan cornice.


Pelbagai jenis kayu lembut tempatan seperti nyatoh, semangkok, meranti dan lain-lain kayu yang mempunyai ira kayu cantik selain kayu veneer import menjadi pilihan kediaman mewah kerana harganya yang mahal.


Panel kayu ini akan dikemas dengan pelbagai jenis syelek atau stain bagi menyerlahkan rupa ira kayu serta perincian rekaan pada panel berkenaan.

Langkah menilai dinding rumah

1. Nilai keadaan dinding dan kemasan sedia ada


Sebelum membuat keputusan terhadap pilihan jenis bahan kemasan yang sesuai pada dinding rumah seperti cat atau kertas dinding, periksa keadaan permukaan dinding. Permukaan rata dan tanpa lembapan sesuai untuk kemasan jenis itu.


Periksa keadaan dinding asas rumah. Jika ada kerosakan, keretakan dan lubang lakukan penutupan terlebih dulu. Sekiranya lubang itu kecil atau kerosakan itu kecil, kemasan kertas dinding boleh menutupnya.

2. Senarai pendek pilihan anda


Untuk memilih jenis kemasan dinding yang sesuai adalah amat sukar kerana ada pelbagai pilihan.


Walaupun mungkin pada awal perancangan ada idea mengenai kemasan dinding yang sesuai tetapi selepas beberapa kali cadangan atau inspirasi lain datang selepas melihat beberapa contoh di tempat lain, cadangan awal berubah.

Cara terbaik sediakan papan contoh bahan (material sample board) semua pilihan. Dengan meletakkan contoh kemasan dinding dan disesuaikan dengan keseluruhan cadangan skema warna yang ada pada bahan kemasan lain seperti jenis fabrik sofa dan permaidani.

3. Buat keputusan dengan bijak

Selepas melihat dan menilai serta meminta pandangan orang lain mengenai cadangan skema untuk jangkamasa tertentu, buatlah keputusan dengan bijak.

Sebelum apa keputusan akhir dibuat terlebih dulu, periksa di dalam poket anda jumlah wang yang anda mampu dalam jumlah keseluruhan kos bahan kemasan itu.

FAKTA; Kelebihan kemasan kayu


Dinding kayu mempunyai tahan calar jika dikemas dengan baik dan padat dan tidak mudah terkoyak, sesuai untuk kegunaan seharian terutama pada ruang kediaman.


Lebih kukuh, tahan panas dan sejuk. Senang digandingkan dengan pelbagai gaya penataan. Dinding kayu boleh digayakan dengan apa juga bentuk gaya dan konsep ruang yang diinginkan.


Boleh memberikan karakter yang kuat kepada ruang.


Kesan tebatan akustik dan bunyi yang baik. Risiko untuk terjadinya kecederaan adalah rendah jika terhentak pada dinding kayu kerana dinding kayu menyerap hentakan dan tidak terlalu keras seperti batu.


Lantai kayu juga mempunyai beberapa warna rustik yang tahan lama dan tidak akan hilang. Ia amat semula jadi dan mempunyai kesan urat kayu yang jelas.


Bahagian permukaannya boleh digilap, disapu varnis atau disapu minyak untuk menonjol keindahan rona asli dan urat kayu.


Kos pemasangan dinding kayu juga tidak terlalu mahal jika dibandingkan dengan lantai marmar atau batu asli cuma kos mendapatkan bekalan veneer yang baik agak tinggi kerana kekurangan bahan itu dalam pasaran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2008 11:15 AM | Show all posts
Panduan menjadikan bilik air ruang selesa



KEBERSIHAN perlu diutamakan.

Jangan pinggir keperluan menghias bilik air. Masukkan ke dalam senarai ruang yang perlukan sentuhan untuk dijadikan tempat yang selesa dan tenang disinggahi.


Bagi keluarga besar, pastikan kediaman mempunyai bilangan bilik air sepadan dengan bilangan penghuni bagi mengelakkan terpaksa berbaris panjang di waktu pagi selain mengurangkan kadar kerosakan.


Jika ruang bilik air cukup luas, pasang sekatan untuk ruang mandi dan tandas. Tapi jika ruang bilik air kecil, pastikan sekurang-kurangnya ada pancuran mandi, sinki membasuh, mangkuk tandas dan kemudahan untuk menyimpan pelbagai keperluan mandian.


Boleh gunakan tab mandi jika mahu dan mempunyai ruang lebih. Jika dipasang ia akan menjadi titik tumpu dalam bilik air. Tab mandi dijual dengan bentuk dan saiz yang berbagai jadi tidaklah susah untuk mencari satu yang sesuai.


Lekapan dan kelengkapan bilik air bukan murah dan tidak mudah dialihkan selepas dipasang. Kerana itulah perancangan rapi perlu dibuat sebelum pemasangan bagi mengelakkan keperluan pengubahsuaian yang sukar dan mahal.


Kemasan yang digunakan mestilah tahan lasak dan telap air. Bagi menjaga hiasan dan menghalang resapan, permukaan sudut semua benda yang dipasang di bilik air perlu dikedap menggunakan produk kedapan yang sesuai.


Sediakan ruang penyimpanan di bilik air. Ia penting untuk mengelakkan produk mandian tidak berselerakan. Cari pilihan tempat penyimpanan yang sesuai untuk bilik air sama ada kabinet, almari atau rak.


Sistem pencahayaan juga penting. Pastikan penggunaan lampu atau tingkap pada kedudukan sesuai bagi memastikan cahaya menyeluruh dan tidak menyilaukan.


Sistem pendawaian dan peralatan elektrik seperti lampu atau suis mestilah menggunakan produk berkualiti dan mendapat kelulusan Sirim. Elakkan memasang suis di sebelah dalam bilik air untuk tujuan keselamatan.


Jika menggunakan jubin sebagai kemasan lantai, gunakan lapik lantai basah adalah digalakkan. Penggunaan lapik basah akan mengurangkan risiko lantai licik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2008 04:47 PM | Show all posts
Kertas dinding banyak kelebihan
Bersama Hamidon Abdullah (Ketua Jabatan Reka Bentuk dan Seni Bina Dalaman UiTM, Shah Alam)


PEMILIHAN kertas dinding boleh disesuaikan dengan gaya keseluruhan hiasan dan seni bina bangunan.


Kemasan lembut yang berupaya menyerap bunyi serta mudah disesuaikan

KERTAS dinding antara bahan kemasan dinding lembut yang banyak digunakan selain bahan kemasan dinding lain seperti cat. Walaupun pemasangannya agak sukar kerana membabitkan bahan pelekat tetapi kemasan ini menjadi pilihan kerana keunikan warna, tekstur dan corak yang menarik.

Kertas dinding kebanyakannya diperbuat dari bahan seperti vinil dan tekstil dan juga bahan daripada fabrik. Pilihan terhadap jenis bahan kertas dinding itu dibuat bergantung kepada kesesuaian dinding, kegunaan ruang, pilihan terhadap corak yang ada pada kertas dinding dan yang penting sekali adalah kos.

Ada beberapa jenis kertas dinding dalam pasaran yang dihasilkan dengan pelbagai cara bagi memberi beberapa kelebihan antara satu sama lain. Antara jenis kertas dinding:

Kertas Dinding Vinil

Paling popular kerana tahan daripada kesan tapak tangan, lembapan, kesan air, minyak dan boleh bertahan lama. Terdapat tiga jenis vinil;

Vinil lapik belakang fabrik

Lapisan vinil yang membolehkan diberus apabila dikehendaki dan tahan lasak. Bahan ini berat dan memerlukan bahan perekat berasingan. Sesuai digunakan pada ruang dapur dan bilik air.

Vinil lapik belakang kertas

Bahan ini ringan, sedia dilekat (prepasted), mudah dikopek dan boleh dilap. Kesan corak boleh dihasilkan dalam pelbagai rupa seperti corak granit, kesan tekstur cat dan kerja plaster dan ini boleh membantu menutupi masalah dinding tidak rata dan dinding merekah.




Vinil lapisan kertas

Bahan ini tidak mahal dan tidak mempunyai daya tahan lasak seperti lapik belakang fabrik dan kertas. Mudah tertanggal dan mudah tercarik pada benda tajam dan mudah melekat pada benda kotor dan tidak boleh dibasuh.

Kertas Dinding Lapis (Foil)

Jenis ini memberi kesan seperti cermin kerana lapisan (foil) emas atau perak itu berkilat dan boleh membalikkan cahaya. Elak menggunakannya pada ruang yang banyak menerima cahaya kerana dikhuatiri memberi kesan silau. Permukaan dinding hendaklah rata kerana kemasan ini memerlukan kerja yang kemas.

Kertas dinding mempunyai beberapa kelebihan dari segi pilihan corak, warna dan tekstur. Selain daripada kelebihan yang disebutkan tadi, kertas dinding juga berupaya menyerap bunyi dan mudah disesuaikan atau fleksibel dalam apa juga keadaan fizikal ruang dalaman.

Kelebihan menggunakan kertas dinding



Warna, corak dan tekstur banyak pilihan dan boleh tukar bila dirasakan tidak sesuai atau sudah ketinggalan zaman.


Kertas dinding boleh mendapat kesan atau menyerupai kesan kemasan lain seperti kemasan batu, kayu, batu bata dan jubin dengan nilai harga lebih murah tetapi kesan visual yang sama.


Kos yang pelbagai iaitu daripada murah hingga ke mahal bergantung kepada harga bahan itu dan cara pemasangannya boleh dilakukan sama ada orang yang mahir dan atau anda sendiri.


Kertas dinding fabrik yang berbentuk 3 dimensi boleh menyerap bunyi dan memberi kesan senyap dan damai dalam ruang dalaman.


Selain berfungsi memberi nilai baru kepada dinding, kertas dinding boleh menutup kesan retak atau cat lama pada dinding atau menutupi kecacatan pada struktur fizikal dan bangunan.


Dengan cara kerja pemasangan kering, kertas dinding boleh menyediakan kerja dekorasi mudah siap yang cepat dan menyediakan kelebihan dari segi kecantikan dan karakter pada ruang.


Bukan saja pada dinding, kertas dinding boleh disesuaikan pada keseluruhan konsep ruang dan fabrik yang digunakan kerana kertas dinding digunakan sebagai latar belakang pada keseluruhan ruang.


Kertas dinding fabrik bukan dipasang secara rata tetapi boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti secara berlipat, tergantung, atau berlapik. Pelbagai cara dibuat untuk mengembangkan kreativiti bagaimana corak fabrik, warna dan tekstur boleh digunakan dan digabungkan.

INFO: Panduan menggunakan kertas dinding


Pilih kertas dinding yang boleh disesuaikan dengan gaya keseluruhan hiasan dan gaya seni bina bangunan. Contohnya jika hiasan pada kertas dinding berkonsepkan gaya klasik seperti zaman Renaissance atau Boroque sedangkan konsep reka bentuk ruang dan seni bina bercirikan moden atau tradisional, sudah tentu tidak sesuai dan terkeluar dari karektor sebenar ruang dalaman.


Gunakan prinsip reka bentuk yang baik kerana dalam membuat pilihan pastikan skala dan perkadaran ruang anda diketahui sebelum membuat pilihan kerana mata anda mungkin tertarik dengan corak pada kertas dinding sedangkan ruang anda mungkin terlalu kecil untuk menerima corak yang terlalu besar.


Pemilihan corak dan gaya kertas dinding mestilah dikaji supaya kertas dinding yang dipilih dan dipasang boleh bertahan bagi jangkamasa lama kerana jika sesuatu corak dan gaya dipilih atas dasar emosi dan kehendak semasa, kertas dinding yang dipilih mungkin menimbulkan kebosanan dari segi tarikan estatik.


Hadkan apa juga pilihan bilangan corak dan warna pada kertas dinding dan selaraskan supaya ada kesan harmoni dan keseragaman. Minta pandangan profesional supaya pilihan pelbagai corak dan warna tepat dan ada nilai harmoni.


Tesktur pada kertas dinding boleh memberi kesan tiga dimensi pada dinding ruang dalaman. Pastikan tekstur itu mempunyai kualiti yang baik dan halus supaya perubahan tidak ketara dari satu ke satu ruang yang lain. Ini bagi mengelak berlaku gangguan visual dan ketenteraman ruang.


Walau bagaimana baik sekalipun kertas dinding digunakan tetapi jika kerja pemasangan tidak sempurna dan tidak dilakukan orang yang mahir, kertas dinding tidak dapat memainkan peranannya dalam ruang dalaman.


Sebelum membuat sebarang keputusan menggunakan kertas dinding, pastikan anda selaraskan dengan bahan kemasan lain dan pilihan perabot. Ambil contoh beberapa kertas dinding yang dipilih dan dipadan dulu dengan keseluruhan pilihan fabrik perabot, fabrik langsir tingkap dan warna dinding yang lain. Ini bagi mengelak anda melakukan kesilapan yang nanti akan menyebabkan berlaku kerugian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2008 09:50 AM | Show all posts
Hiasan dinding beri mood, penampilan
Bersama Hamidon Abdullah (Ketua Reka Bentuk dan Seni Bina Dalaman UiTM Shah Alam)


SUSUNAN bingkai pada dinding dapat memberi kesan visual pada ruang.



Bingkai gambar, teknik cat, kertas dinding pelbagai corak antara tata hias menarik

KEDIAMAN ibarat gambaran personaliti anda, maka sesuaikan tata hias kediaman mengikut skema penggayaan tersendiri. Dinding boleh digayakan dengan dihiasi bingkai gambar, teknik cat dan warna yang menarik, penambahan tekstur, atau dihiasi kertas dinding pelbagai corak terkini. Memandangkan dinding adalah kawasan paling besar di sesebuah ruang, pemilihan warna, tekstur dan corak akan memberikan kesan jelas kepada mood dan penampilan ruang kediaman.

Hiasan bingkai



Seni hiasan bingkai sememangnya menjadi pilihan utama dalam menghias dinding kediaman. Selain penggunaan gambar atau hasil seni untuk dibingkaikan, cara menggantung serta mempamerkan bingkai dinding perlu bijak supaya hasil seni yang dipaparkan menarik dan selesa untuk dinikmati keindahannya.

Hiasan dinding berciri etnik

Bahan hiasan etnik pada dinding seperti tirai tingkap, bidai buluh, tingkap Bali, kain batik, songket dan sutera, anyaman fabrik tradisi masyarakat Sarawak, ukiran panel kayu awan larat, porselin, serta pedang dan keris tradisi, adalah antara ornementasi dan dekorasi dinding dari Asia yang paling digemari masa kini.


ELAKKAN letak perabot di bawah bingkai besar supaya imej tidak terganggu.



Kini gaya timur menjadi sumber inspirasi dan tarikan pereka dan dekorator seluruh dunia, dengan populariti gaya Zen, atau gaya Bali.

Inspirasi alam pada dinding

Bahan yang digunakan untuk dinding memberi kesan kepada apa yang boleh diaplikasi padanya. Dalam sesetengah keadaan, bahan yang digunakan memberikan karektor tersendiri pada dinding, seperti penggunaan bahan sama ada batu atau kayu. Sebelum menggunakan sesuatu bahan adalah perlu untuk mengenal pasti kecantikan hakiki bahan semula jadi itu termasuk warnanya.

Sebagai contoh meletakkan lapisan kayu di dinding untuk menghasilkan ruang yang hangat dan sensual. Sesetengah kayu bersifat aromatik menambahkan keindahan semula jadi serta satu pilihan dekorasi yang mengundang ketenangan. Ira kayu yang berombak sudah cukup menjadi elemen hiasan di dinding. Sebagai alternatif, anda juga boleh menggantikan penggunaan kayu dengan kemasan lamina bermotif ira kayu untuk efek tekstur yang sama. Batu juga menarik untuk hiasan kerana tekstur, warna dan jalinan corak pada batu menarik untuk digabungkan.

Warna dinding penyeri suasana

Warna mampu mengubah mood ruang, memberi gambaran personaliti, malah dari segi psikologi mampu membantu mengurang atau mengubati penyakit tertentu. Setidak-tidaknya mengurangkan tekanan kerjaya yang anda alami seharian di tempat kerja.

Warna biru bersifat meditasi, kombinasi warna perang dan kuning cair berfungsi sebagai pengurang tekanan, hijau memberi kesan segar dan bersih manakala merah jambu memberikan sentuhan feminin. Palet warna terang sememangnya menarik perhatian. Tiada siapa yang boleh memberi tahu anda, warna mana yang betul dan salah. Jika warna merah memberikan kekuatan atau warna jingga menggembirakan anda, tidak lagi menjadi masalah walaupun warna ini dikatakan boleh membuat ruang kelihatan sedikit kecil. Lagipun warna ini adalah antara kelompok warna yang sesuai untuk kediaman berciri moden.

Dinding kaca pemberi cahaya

Selain menggunakan dinding daripada bahan konkrit yang keras, apa kata anda menggantikannya dengan dinding kaca yang lebih meluaskan pandangan anda. Dinding kaca boleh dipilih daripada jenis telus dan jelas, yang memberikan 100 peratus cahaya semula jadi atau pilihlah bahan dinding kaca berkabut yang menggunakan teknik sand blasting, kaca berukir yang mewah, atau kaca berwarna untuk kesan cahaya semula jadi yang berwarna-warni. Jangan lupa memasang bidai sesuai, kerana cahaya matahari yang terik memancarkan sinaran ultra lembayung boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan jika tidak dijaga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.489274 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list