CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20834|Reply: 19

Siapa tahu PTCM?? Persatuan Tindakan Cemas Malaysia

[Copy link]
momo800 This user has been deleted
Post time 11-7-2006 04:09 PM | Show all posts |Read mode
Siapa adalah member of Persatuan Tindakan Cemas Malaysia??
Wat kind of this persatuan?? history?? power??

comment me pls

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2006 07:14 PM | Show all posts

salam

First time dengar ni..

Kalo ada saper2 yg tahu bagus gak...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2006 07:50 PM | Show all posts
adik-beradik dengan PBSM ngan St John ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2006 01:29 PM | Show all posts
tak bukan kroni PBSM/St John...aku amik kat web...nampak cam ada kaitan

http://bpms.kempen.gov.my/index. ... d=184&Itemid=97

PASUKAN KHAS PERSEKUTUAN MALAYSIA (PKPM)      
Kegiatan sebuah pertubuhan haram, Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM) terbongkar apabila polis menangkap tiga lelaki di sebuah hotel di Taman Maluri, Kuala Lumpur ketika sedang menemuduga beberapa lelaki bagi menyertai pertubuhan itu, pada 24 Julai lalu.

Nor Azami, berusia 35 tahun, berpangkat Jeneral dalam PKPM turut mendakwa dirinya bakal perdana menteri Malaysia keenam selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


PKPM adalah sebuah pertubuhan haram kerana penubuhannya tidak pernah mendapat kelulusan pihak berkuasa kerajaan. PKPM diwujudkan oleh ahli-ahli PTCM dengan menggunakan kelulusan yang diberikan kepada Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM) untuk merekrut anggotanya.


PKPM dikatakan telah merekrut seramai 8,000 orang anggota di seluruh negara dengan pelbagai cara penipuan terhadap orang ramai.


1.    Apakah PKPM dan kaitannya dengan PTCM ?


PKPM adalah pertubuhan haram yang ditubuhkan oleh 20 orang bekas anggota PTCM, diketuai Nor Azami Ahmad Ghazali.


Nor Azami yang dipecat daripada PTCM pada Jun 2002, mewujudkan PKPM dan merekrut anggota pertubuhan itu dengan surat kuasa menggunakan nama PTCM.


PTCM pula adalah pertubuhan yang sah di sisi undang-undang dan ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1952 (Semakan 1981). PTCM yang didaftarkan pada tahun 1998 dan dikawal selia oleh Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.

Objektif PTCM adalah menjalankan fungsi penyelamatan ketika kecemasan dan membantu agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Majlis Keselamatan Jalan Raya, selain menjalankan aktiviti-aktiviti khidmat sosial.

2.    Adakah PKPM mengancam keselamatan negara ?


Menurut pihak polis, kewujudan PKPM tidak mengancam keselamatan di negara ini.


Hasil siasatan awal polis mendapati kegiatan PKPM tiada kaitan dengan keganasan seperti kumpulan Al-Maunah, Jemaah Islamiah (JI) dan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) yang boleh mengancam keselamatan.


Bagaimanapun PKPM mesti dibanteras kerana ia adalah sebuah pertubuhan haram di sisi undang-undang negara dan melakukan kegiatan penipuan terhadap orang ramai.


Sementara itu, siasatan juga masih dijalankan bagi mengenal pasti jika ada agenda-agenda lain yang tersembunyi dan tersirat yang dibawa oleh pertubuhan ini.


3.    Berapa ramaikah anggota PKPM yang telah ditahan ?


Sehingga 1 Ogos lalu, pihak polis melalui gerakan khas Ops Impian berjaya menangkap 84 orang anggota PKPM, manakala 2,637 orang ditahan setelah menyerah diri.


Antara yang ditahan ialah 133 orang kakitangan awam (11 anggota tentera, 61 guru, dua pensyarah, tiga jururawat, dua pemandu, sembilan buruh dan 45 dalam perkhdimatan lain), tiga bekas polis dan 43 pesara tentera.


Kesemua anggota PKPM itu ditahan di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah iaitu kesalahan menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, Seksyen 41(1)(b) kerana menyertai pertubuhan yang tidak berdaftar dan Seksyen 42 Akta Pertubuhan 1966 kerana memegang jawatan dalam pertubuhan yang menyalahi undang-undang.


4.    Apakah kegiatan penipuan yang dilakukan oleh PKPM?


Beroperasi tanpa kelulusan pihak berkuasa dan tidak berdaftar dengan   Pendaftar Pertubuhan.

Menggunakan dokumen-dokumen palsu dengan logo Jabatan Perdana Menteri pada kepala surat rasmi dan kad kuasa.

Menawarkan pangkat-pangkat tentera dengan bayaran tertentu. Bagi pangkat Leftenan Muda - RM8,000, Leftenan - RM16,000, Kapten - RM25,000 dan Leftenan Jeneral - RM50,000 hingga RM100,000.

Mendakwa PKPM mempunyai kuasa melebihi kuasa Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Badan Pencegah Rasuah.

Mendakwa bahawa ketuanya, Nor Azami bakal dilantik Perdana Menteri Malaysia yang keenam, semata-mata menggunakan formula RAHMAN.

Penipuan-penipuan oleh Nor Azami, antaranya :-

-Mendakwa dirinya adalah pengarah kepada pelbagai syarikat perniagaan, antaranya dalam bidang hartanah, pemaju perumahan dan produksi filem dan cakera padat.
- Mendakwa dirinya seorang bergelar 慏atuk', pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan mengaku mempunyai 100 buah syarikat dan memiliki kekayaan berjumlah berbilion ringgit.
- pernah menyumbangkan cek palsu bernilai RM20,000 kepada sebuah majlis jamuan makan malam
- Mencetak wang yang mempunyai tanda tangannya sendiri
- memperdaya ahli-ahli perniagaan dengan menawarkan jawatan dalam PKPM.
- menggunakan nama kerabat raja dan menteri untuk meyakinkan anggota PKPM dan meraih peluang-peluang perniagaan


5.    Apakah tindakan yang yang akan dikenakan kepada mereka yang
menganggotai PKPM?


Mereka yang ditahan sedang disoal siasat oleh pihak polis dan akan didakwa mengikut undang-undang yang berkaitan, jika bersabit kesalahan.


Siasatan yang dijalankan secara terperinci merangkumi semua aspek. Pihak berkuasa akan meneliti samada mereka yang terbabit tertipu atau mempunyai niat tertentu apabila mereka menyertai sesuatu pertubuhan haram.


Seksyen 420 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 12 tahun, jika sabit kesalahan, kerana melakukan penipuan besar-besaran.


Mereka yang terlibat juga boleh didakwa di bawah Akta Persatuan 1966, kerana terbabit dengan pertubuhan haram, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun.


6.    Benarkah terdapat menteri kabinet terlibat dengan PKPM?


Daripada siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak polis, tidak ada menteri kabinet yang terlibat secara langsung atau menjadi anggota PKPM.


Walaupun Ketua Turus Umum PTCM, Staff Marshal Munsyi Muslim Yacob pernah mendakwa mempunyai maklumat mengenai pembabitan seorang menteri kabinet dalam PKPM, namun tiada bukti dikemukakan bagi menyokong dakwaan tersebut.


Munsyi juga pada 5 Ogos lalu telah mengakui tidak mempunyai sebarang bukti mengenai pembabitan menteri kabinet, sebagaimana yang dilaporkan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Dadam Negeri turut menyangkal dakwaan itu dan menafikan terdapat menteri kabinet menganggotai PKPM.

[ Last edited by  mantan at 16-7-2006 01:31 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 07:30 PM | Show all posts
Thanks mantan

Pertubuhan haram pun ada gak kat M'sia ni... krn nak wang mudah la ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2008 07:10 PM | Show all posts
Hm... Repot polis telah dibuat...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2008 07:24 PM | Show all posts
uik... nik...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2008 07:51 PM | Show all posts
dan akulah org yg telah menempekkan fakta itu
tetiba je thread ni naik balik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2008 10:08 PM | Show all posts
Biar tak betul    
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2008 11:33 PM | Show all posts
Originally posted by mantan at 3-4-2008 07:51 PM
dan akulah org yg telah menempekkan fakta itu
tetiba je thread ni naik balik


mantan apa ko nak jawap ngan polis nanti? boleh tahan ker kena reman...aku bagi semangat kesukanan tunggu ko depan mahkamah hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 10:56 PM | Show all posts
Originally posted by abgboroi at 3-4-2008 11:33 PM
mantan apa ko nak jawap ngan polis nanti? boleh tahan ker kena reman...aku bagi semangat kesukanan tunggu ko depan mahkamah hihihi


katanya laporan tu berkaitan thread kat bod satu lagi, bukan kat sini lega aku..kalau tak kang tak pasal2 je,tapi ok gak boleh balik free
aku rasa thread ni lagi awal dr thread yg lagi satu tu tapi derang tak perasan yg kat sini...kira ok la
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2008 04:14 PM | Show all posts
kalau tak silap, PKPM dan PTCM tu pertubuhan yg berlainan. PTCM tu bawah Jabatan Perdana Menteri. Ahli anggotanya menjalankan tugas seperti anggota rela. Tetapi aktiviti2nya ada sekit perbezeaan. Aku mendapati matlumat ini apabila mengunjungi pejabat mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2008 04:15 PM | Show all posts
Lipa nak bagitau... I tak join dia org....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 10:03 PM | Show all posts
ada bape banyak pertubuhan nak bagi bantuan kecemasan nih..

kan bagus kalau anggota disalurkan kepada pertubuhan sedia ada

contoh rela, JPA3, PBSM, ST John
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2008 09:15 PM | Show all posts
Persatuan apa ini?!
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 02:23 PM | Show all posts

Balas #12 hero_khan\ catat

Mereka bukan berada di bawah Jabatan Perdana Menteri. Mereka bukan seperti RELA yang dibawah KDN. Mereka baik PKPM atau PTCM adalah pertubuhan sukarela yang SS. Dari satu sudut, bagus membantu orangramai, tetapi dari sudut lain, mereka tidak mampu melaksanakan apa-apa pun.

PKPM lagi hebat. Beberapa waktu sebelum PKPM ini dibenteras, ada ahlinya mendakwa mempunyai kad kuasa dan mempunyai kuasa lebih dari polis, tentera bahkan BPR. Mereka boleh menangkap sesiapa sahaja dan mereka tidak boleh ditahan. Banyak kali menunjukkan 'kad kuasa' mereka semasa road block, tetapi mereka ditahan juga

Mereka adalah orang awam yang tertipu apabila ditawarkan kuasa oleh orang yang gila kuasa juga...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2008 11:25 PM | Show all posts
alamak, aku cemas, cepat tolong aku! ubatnya duit! cepat2!

persatuan ni kejenya cemas 24/7/365 kah??
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 08:21 AM | Show all posts
heh .. banyak adaer kat Malaysia nie..
PTCM, PBSM, St John's, JPA3...

sayangnya takder langsung satu kolaborasi antara persatuan ni kalau ader kecemasan..
masing2 ikut kepala jer nak hantar 'ambulan'...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 09:23 PM | Show all posts
Thread pasal PKPM/PTCM kat bod MPSA : http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=343026
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2009 04:07 PM | Show all posts
PTCM ker...

sekarang ini aku tengok... ahli-ahli PTCM yang cemas bila pak polisi kita ambil tindakan... dengan ketua-ketua dia kene hangkut... pucat muka dia aku tengok... ( cemas le tu... )

aku rasa dia ini gagal nak masuk polis kot... atau pun gila nak pakai pangkat kat bahu... tapi le kan... bagi aku...

gila lagi orang awam yang percaya masuk perangkap dia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.321050 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list