CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

GARDEN LIGHTING

[Copy link]
Post time 10-10-2006 08:55 AM | Show all posts
Originally posted by skyati at 8-10-2006 11:33 PM
adik saya pernah design lampu taman nee.. nanti skyati try mintak gambo utk upload kat sini..


Waaa....pernah design? Jangan lupe yer skyati...:pmuka:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2006 05:00 PM | Show all posts
bila hari malam n bukak lampu taman.....peh romantik jer rasa.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 08:20 AM | Show all posts
Apa kata kita bincangkan wiring bawah tanah untuk mengalirkan letrik ke lampu tersebut ? Ramai yg upah kontraktor untuk wiring.. tetapai berapa kos dan upah nya ?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 01:05 PM | Show all posts
yer la...nak tau gak roughly costnya dalam berapa?

sape2 tau..??
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 04:24 PM | Show all posts
bile tengok lampu ni, teringat lak game the sim.......

lawala lampu tu.....tapi harga dia mesti 'lawa' gak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2007 05:38 PM | Show all posts
Garden lights Hami ada dua dah lama tombang dik kena hentam bola bebudak. Ada kalanya globe diapun pecah....payah nak cari gantinya. Baru2 ni cuba pasang jenis yang tak boleh patah atau pecah melainkan di hempas dik krane.....??? Pasang yang kat depan je satu.



[ Last edited by  hamizao at 6-1-2007 05:41 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2007 12:35 PM | Show all posts
i hv just completed installing my garden lighting, spotlight type. sbb nak fokuskan pokok2 cam bonsai...
there are all types of color available... biru, merah, hijau, kuning... but yang paling cantik hijau & kuning. mujur boleh tukar...

nanti ada masa wa tepek kan kat sini...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 09:32 PM | Show all posts

Reply #12 guynextdoor's post

TEPEK, JGN TAK TEPEK..

OK, AKK ADA BLI LAMPU SOLAR YG DAH LAMOO HUSHA KAT LAMAN ARITU.  AKK BLI SEPASANG DULU SBB NK TENGOK KETAHANAN, KETERANGAN DSB.

SUKA DGN LAMPU NI.  AKK CUCUK KAT TANAH.  NNTI KALAU ADA DUIT, NAK BLI LAGI SPASANG, PEHTU, LAGI SEPASANG, NAK KASI KELILING UMAH.  GELAP JE, DIA ON.  NAMPAK WARM GITU..MMG TAK TERANG KALAU NAK SULUH MENYULUH NI..TAPI UTK MENCANTIKKAN, MMG CANTIK. :love:  LUPA NAK AMBIK GAMBO..  NNTI KALAU BALIK RMH SANA SKALI LAGI, KALAU HINGAT, AKK SNAP K..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2007 09:34 PM | Show all posts
OH, MEMANG DIA LASAK.  TUMBANG KER, HUJAN KER, ANAK AKK P CABUT2 DISMANTLE KAN LAMPU TU, PASANG BALIK, NYALAAA BALIK. :love:
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 09:41 PM | Show all posts

Reply #12 guynextdoor's post

there are all types of color available... biru, merah, hijau, kuning... but yang paling cantik hijau & kuning. mujur boleh tukar...

AGAKNYA SBB HIJAU & KUNING TU WANA NATURAL KUT..WANA DAUN-DAUNAN..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2007 02:33 PM | Show all posts
Cahaya 'hidupkan' suasana malam
Oleh Desmond Ho



ELEMEN pencahayaan tidak boleh dipandang remeh.


APABILA bercakap mengenai pencahayaan, apa yang terlintas di fikiran tentu tidak lari daripada penggunaan lampu untuk menerangkan kawasan yang gelap tetapi ada segelintir di kalangan kita berasakan pencahayaan lebih bermakna daripada sudut estetik, fungsi dan pencetus kenangan.

Pencahayaan di sesebuah taman memang penting, terutama sebagai elemen menghidupkan suasana taman bila malam menjelang. Isu kali ini, saya ingin berkongsi memori dan kesan pencahayaan khususnya dalam sesebuah taman menerusi pendekatan gaya dan inspirasi taman Neo Nusantara.

Tenaga elektrik adalah sumber tenaga utama negara yang menjana pelbagai aktiviti dan tidak ketinggalan dalam menyediakan pencahayaan dalam sesebuah taman.

Bekalan elektrik begitu senang diperoleh, malah ada di mana-mana sehinggakan sampai satu tahap menyebabkan ada di kalangan kita tidak menghargai cahaya yang begitu bernilai.

Sebelum ada elektrik, pelita minyak tanah adalah asas dalam pencahayaan sama ada di dalam atau di perkarangan rumah. Obor dan jamung menjadi alat untuk berjalan pada waktu malam.

Bagi mereka yang pernah tinggal di kampung, masih ingatkah anda bila kita hendak ke luar rumah pada waktu malam atau pada zaman kita masih kecil, untuk masuk ke bilik tidur yang gelap perasaan takut dan curiga pasti menyelubungi fikiran. Paling tidak, eh! takut nak masuk, ada hantu.


LAMPU taman memberi kesan kepada emosi.


Inilah perasaan zaman kanak-kanak tetapi apabila kita dibekalkan lampu minyak tanah atau lampu picit, perasan itu akan hilang kerana kesan cahaya memberi kita satu semangat dan bertukar menjadi satu keseronokan.

Mana tidaknya, pasti anda pernah bermain bayang-bayang jari yang terpantul ke dinding dengan lampu pelita atau bermain lampu picit dengan menyelubungkan kain pelekat untuk menyakat adik atau jiran.

Peranan pencahayaan juga begitu penting untuk menghidupkan suasana sesebuah majlis. Ingatkah anda di kampung ketika majlis kenduri, terutama kenduri kahwin yang berlangsung sampai dua tiga malam. Terang benderang dengan lampu, unggun api masak gulai kawah atau untuk masak air mewujudkan suasana yang berbeza dengan hari sebelumnya.

Jika sebelum ini, ada sesetengah kawasan di perkarangan rumah itu gelap dengan pokok besar, cukup takut bagi kita untuk memandang ke arahnya apatah lagi berjalan di kawasan itu, tetapi bila ada kenduri dan pencahayaan dari pelbagai sudut ia memberi satu suasana meriah dan selamat bagi warga kampung.

Selain itu, bagi mereka yang berasal dari pantai Timur, cahaya terang yang menerangi padang ketika berlangsung persembahan wayang kulit pastinya memeriahkan suasana sesebuah kampung itu.

Gaya dan teknik persembahan wayang kulit yang dimainkan dengan kesan pencahayaan begitu simbolik sekali, harus kita perhalusi dan hayati. Ia bukan sekadar satu persembahan riadah masyarakat desa tetapi idea, teknik dan cara memanipulasikan kesan cahaya itu lebih penting untuk kita jadikan sandaran mewujudkan satu bentuk pencahayaan dalam sesebuah taman.

Ini yang perlu dihayati dan pertimbangkan dalam membolehkan kita menghasilkan konsep pencahayaan beridentitikan budaya kita. Begitu juga kenangan saya pada zaman remaja bersama rakan-rakan kampung, apabila ada persembahan wayang cina.

Dulu ketika kebanyakan warga desa yang masih belum memiliki peti televisyen, bila ada persembahan wayang cina atau opera cina kebanyakan masyarakat desa akan berkumpul dan menonton bersama-sama.

Ini secara tidak langsung, kesan pencahayaan sekali lagi dilihat begitu harmoni dalam mewujudkan suasana kekitaan sebagai rakyat Malaysia. Mana tidaknya, nama saja wayang cina, tapi yang datangnya ada kaum India dan Melayu.

Bila ditanya kepada rakan Melayu dan India sama ada nak tengok jugakah wayang cina? fahamkah? jawabnya mudah. Bukan sebab wayang, tapi 'happening' dengan lampu dekat padang ini, depa nak ambil tau juga!.

Inilah sebahagian memori kami di Terra Garden, cuba untuk merungkai dan jadikan ia landasan dalam membentuk, merancang dan menghasilkan suasana pencahayaan dalam Taman Neo Nusantara.

Pada umumnya, memasang lampu adalah untuk menerangkan kawasan gelap. Pernahkah terlintas di fikiran anda, cahaya yang terpancar dari lampu tadi cukup membuat kita teruja sekali gus mendorong kita sekeluarga berada di taman pada waktu malam atau, sebaliknya kita terasa hambar, hilang minat disebabkan suasana yang suram dan kelam.

Sayang sekali jika taman yang begitu indah dan menawan pada siangnya seolah-olah hilang seri malah terasa seperti mati bila malam menjelang tanpa pencahayaan yang sempurna.

Oleh itu, elemen pencahayaan di taman sering diberikan penekanan apabila mereka bentuk taman Neo Nusantara, supaya dapat mewujudkan taman yang hidup sepanjang waktu, tidak kira siang atau malam.

Penggunaan kaedah reka bentuk lampu taman siri `nature' dengan ukiran tumbuh-tumbuhan, bukan saja dapat memberi kesan dan `mood' pencahayaan yang baik, malah, boleh juga menyerlahkan `focal point' dalam taman pada waktu malam.

Begitu juga pencahayaan terancang mampu mengubah suasana taman yang kelam pada malam hari kepada suatu fantasi yang indah dan mengasyikkan. Adakala ia mengingatkan kita kenangan lama apabila kita di kampung suatu ketika dulu.

Pada asasnya, pencahayaan di dalam taman terbahagi kepada dua jenis iaitu pencahayaan secara menyeluruh, pencahayaan secara khusus atau tertumpu bagi menyerlah sudut ruang yang difokuskan itu saja.

Elemen cahaya dalam mereka bentuk sesebuah taman seharusnya tidak boleh dipandang remeh sekiranya kita ingin menghasilkan taman yang benar-benar hidup, kelihatan sentiasa menarik serta memberi kenikmatan kepada pemilik tanpa mengira waktu.

Sememangnya fungsi pencahayaan di taman berbeza jika dibandingkan dengan kegunaan di dalam rumah. Kebiasaannya, pencahayaan di taman perlu dihasilkan supaya ia dapat mewujudkan suasana selamat, memberi `mood' bila berada di situ dan menyerlahkan nilai estetik taman.

Gabungan ketiga-tiga ciri pencahayaan ini adalah antara olahan dalam perancangan reka bentuk taman Neo Nusantara. Bagaimanapun, beberapa faktor lain seperti bentuk rumah, gaya hidup pemilik dan susun atur ruang taman perlu diberi perhatian sebelum dapat merumuskan kaedah pencahayaan yang bakal digunakan.

Bagi taman Neo Nusantara, matlamat utama pencahayaan adalah mewujudkan suasana ceria dan rasa selesa bila berada di situ, bukan sekadar menerangkan taman yang gelap.

Sebagai contoh mudah, lampu panjut atau lampu pelita dipasang oleh umat Islam untuk menghiasi laman rumah mereka. Mengapa? Sudah tentu penggunaan elemen cahaya adalah untuk memeriahkan lagi suasana perayaan.

Sebelum mengundur diri, saya serta seluruh warga Neo Nusantara di Terra Garden mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada pembaca Berita Minggu. Serangkap pantun santai hari Lebaran dari kami, Terima kasih...

Anak Melayu, Cina dan India,
Pakat-pakat pasang pelita,
Sambut bersama hari raya,
Lebaran erat berbilang bangsa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2008 09:29 AM | Show all posts
Api jadi inspirasi pencahayaan taman
Bersama Desmond Ho (Pengarah Urusan Terra Garden Sdn. Bhd.)



TAMAN indah tetap berseri di malam hari jika disuntik elemen pencahayaan.


Sayang sekali jika mempunyai taman indah, selesa untuk bersantai disiang hari tapi hilang seri bila malam menjelang

ADA api ada cahaya, taman ceria sepanjang masa. Itulah realiti unsur api dan cahaya yang mempunyai peranan tersendiri kepada manusia. Ingatkah anda pentingnya api ketika kita di kampung dulu. Perit juga jika kenangkan macam mana untuk mendapatkan sumber api dalam menjalani kehidupan seharian.

Dulu bila nak masak contohnya, kena ada kayu api. Nak ada kayu api kenalah cari kayu, potong, susun, tambah pula jika kena musim tengkujuh. Kenalah "sediakan simpanan"! Lampu pelita, obor dan jamung pula akan digunakan menerangi ruang di dalam dan pekarangan rumah atau untuk berjalan malam.

Apa pun, saya pasti ada di antara kita pernah menggunakan lampu minyak tanah yang ada gambar 'amoi'. Jika kita kenangkan kembali, Fuh! klasik betul... mana tidaknya bila malam saja mesti kita didampingi 'amoi' ini. Makan pun sama, nak tidur atau membaca buku di bilik pun sama malah kalau kita nak ke tandas pun di temannya bersama! Itulah zaman kita dulu, waktu belum ada bekalan elektrik...

Seperkara lagi, ingatkah anda macam mana kanak-kanak dulu main masak-masak, kutip pucuk paku, daun dan bunga. Itu bagi yang perempuan. Saya sendiri dulu dengan kawan-kawan di kampung bila ada masa terluang, gila cari burung 'wak-wak'. Macam-macam cara, ada guna lastik, jerat belidas dan juga sangkar perangkap. Apa pun yang lebih penting, kalau dapat apa lagi sembelih, pangganglah. Jadi bila saya terkenangkan kembali, peranan dan fungsi api menjadi salah satu elemen yang mampu memberi pengalaman dan nostalgia kepada kita secara tidak langsung. Sekali gus mengingatkan kita kepada kawan-kawan seangkatan dulu.

Selain itu, bila hari nak senja pula, ayah atau pakcik kita mula mengumpul kayu atau sabut kelapa dan membuat unggun api dan ada juga dengan membakar sampah. Bukannya apa, tujuan sampingan untuk menghalau nyamuk. Ada juga untuk memberi haba bagi mereka yang membela lembu atau kambing yang diletakkan di bawah rumah atau diperdu pokok buah.


PERANCANGAN menyemai pencahayaan di taman mampu memberi kesan positif.


Inilah aktiviti dan suasana yang membentuk cara dan gaya hidup masa dulu. Jika dulu untuk tujuan pencahayaan, minyak tanah, sumbu dan pelita menjadi bahan utama tetapi tidak lagi pada hari ini. Kita hanya perlu, menekan suis 'klik' sekali teranglah rumah kita. Ada teka-teki orang Negeri Sembilan yang agak popular, "Apa bendanya, petik tepi tengah menyala? Itu di dalam rumah, bagaimana pula untuk menerangi ruang taman?

Sekarang ni, cakap saja mengenai pencahayaan, terus terlintas di fikiran kita kepada jenis lampu yang hendak dipasang. Perkembangan teknologi moden dan lambakan produk pencahayaan sama ada untuk digunakan di dalam rumah atau di taman memberi kita pelbagai pilihan.

Bentuk aplikasi api dan pencahayaan pada hari ini mengambil tempat bukan saja sebagai satu bentuk keperluan harian tetapi juga sebagai satu elemen estetik dan gaya hidup. Maka tidak hairanlah ada di kalangan kita sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk membeli dan memasang lampu sebagai hiasan.

Dalam konteks pencahayaan di taman rumah kita, masih ramai antara kita kurang peka akan kepentingan elemen api khususnya untuk tujuan pencahayaan. Ini mustahak, kerana rata-rata di antara kita bila hendak membuat taman hanya memikirkan kesan kecantikan dan kegunaannya pada waktu siang. Bagaimana pula keadaan sesebuah taman pada waktu malam? Di sini isu pencahayaan sudah tentu memainkan peranan penting dalam menghidupkan keindahan dan keceriaan taman berkenaan.


CAHAYA semula jadi mempunyai kelebihan dan mampu memberi seribu satu keunikan.


Bagi saya, tidak kira ruang taman kita besar atau kecil, perancangan mengenai pencahayaan di taman mampu memberi kesan positif. Pastinya, jika kita membuat perancangan baik, ruang taman khususnya pada malam hari jauh lebih cantik berbanding waktu siang dan apa yang lebih penting lagi kita masih boleh bersantai di taman pada waktu malam.

Bukan setakat itu, bayangkan jika taman kita diterangi limpahan cahaya di sudut yang gelap, ada pula riak bayang lampu di dalam kolam yang terpancar ke dinding rumah atau pokok, semua ini akan memberi kita satu 'mood' yang membuatkan kita rasa lebih selamat, selesa dan tenang.

Bayangkan pula bila hari hujan, membuatkan peluang kita untuk berada di taman terbantut, sudahlah lama asyik balik kerja lewat malam saja. Bila ada peluang balik awal nak duduk di taman, hujan pula! Hah! tidak mengapa. Jika taman kita mempunyai cahaya yang cukup untuk menerangi sesuatu sudut penting 'focal point', anda masih boleh menikmati keindahan taman dari dalam rumah. Kalau tiada lampu dan pencahayaan di taman, situasi ini tidak dapat dirasai.

Walau apapun jenis lampu dan pencahayaan yang kita gunakan, bagi saya cahaya semula jadi mempunyai kelebihan dan mampu memberi seribu satu keunikan tersendiri. Inilah! yang kita lupa atau kita tak pernah rasanya sendiri. Cahaya secara semula jadi dari bulan atau bintang.

Kalau anda perasan bila pernah duduk di luar atau jalan-jalan pada waktu malam masa bulan penuh, suasana persekitaran yang diterangi cahaya semula jadi ini begitu cantik sekali dan memberi satu perspektif yang berbeza. Ditambah dengan suasana sunyi mampu memberikan kita sumber inspirasi melakukan sesuatu.

Jadi, sayang sekali jika kita mempunyai taman yang indah dipandang dan selesa untuk bersantai siang hari hilang serinya seperti mati bila malam menjelang, semata-mata kita terlepas pandang semasa peringkat awal perancangan, mengambil kira elemen pencahayaan yang diperlukan.

Oleh itu, kami berharap pembaca mendapat sedikit petunjuk fungsi serta kelebihan pencahayaan di taman. Dengan perkembangan pembangunan dan kemajuan menerusi kemudahan infrastruktur khususnya kemudahan bekalan elektrik, tiada halangan lagi bagi kita sama-sama menyokong misi kerajaan mewujudkan sebuah negara dalam taman yang cantik.

Jangan ketinggalan mengikuti topik akan datang bagaimana untuk mewujudkan taman patriotik. Topik ini khusus bersempena dengan demam pilihan raya yang bakal kita laksanakan tugas untuk mengundi. Sebagai rakyat Malaysia, berganding-bahu mengekalkan kesejahteraan dan untuk mewujudkan rasa kecintaan kita untuk mengekalkan keamanan negara. Salam hormat.

Terang bulan dipagar bintang,
Indah dunia bila dipandang,
Taman berseri terang benderang,
Kenangan manis sentiasa dikenang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2008 09:30 AM | Show all posts
Tip: Jenis pencahayaan di taman


TIGA jenis pencahayaan yang biasanya digunakan dalam mencapai impak menarik dalam sesebuah taman. Sungguhpun demikian jenis dan teknik penggunaan lampu taman bergantung kepada kesesuaian reka bentuk sesuatu taman. Ia lebih kepada tujuan mendapatkan 憁ood

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2008 03:53 PM | Show all posts
Teknik dan panduan pencahayaan taman




# SEMBUNYIKAN sumber cahaya, sama ada menerusi kawalan kilauan cahayanya atau dengan menempatkannya di sebalik pokok renek, dahan besar, dinding atau batu. Secara prinsipnya, anda tidak akan mampu melihat dari mana datang punca cahaya.

# Elak memasang lampu taman di semak pokok renek dan kawasan berumput tinggi. Lampu sorot harus ditempatkan di laluan terbuka daripada lekapan ke titik tumpu jadi tidak bintik gangguan yang disebabkan pantulan cahaya (melainkan anda memang mahu tonjolkan kesan bayang. Jika ini yang diingini pastikan lampu dipasang di sudut tersembunyi)

# Cahaya taman tidak sepatutnya melimpah ruah. Sebaiknya, sederhana dalam memasang lampu. Pencahayaan yang terlalu terang menukar suasana taman bagai pentas teater selain mengakibatkan silau. Sebab itu anda dicadangkan memasang kepala lampu besar dan terang untuk keselamatan dan penggunaan komersiol.

# Teroka pencahayaan belakang. Pokok yang disinar cahaya dan berlatar belakangkan hutan mencipta bayang latar depan. Begitu juga jika lampu pencahayaan ke atas di tempatkan di belakang pokok dan tumbuhan renek.

# Cipta kelainan menerusi kepelbagaian lampu taman. Ini kerana pemandangan pada waktu malam lebih dramatik berbanding pada siang hari. Namun, pastikan lampu dipasang di lokasi strategik bukan di segenap ceruk taman supaya mampu mencuri tumpuan.

# Gunakan kelebihan struktur taman seperti alur, kawasan semak dan berbukit untuk diselitkan lampu taman. Menerusinya, ragam suasana dapat dipelbagaikan.




# Guna bahan dan kelengkapan berkualiti tinggi yang dipercayai tahan lama.

# Jangan menerangi pelantar dengan lampu cahaya silau. Memandangkan di sini tempat anda duduk rehat dan bersantai, maka, sebaiknya lampu menyuluh terus ke muka dielakkan.

# Lampu tiang patut dipilih menerangi laluan taman kerana menawarkan ciri keselamatan terutama di sudut gelap dan bersemak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 10:54 AM | Show all posts
Gambar lagi tak ada ke? Queen baru buat taman kat laman ruma last week. Tanam rumput dan pokok2 pagar. Guna tips dari board nie la gak..Thanks guys... :handshake:

Hajat di hati nak letak lampu laman. tgh cari idea..hopefully kat sini bleh dpt idea & tips2 berguna..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 04:17 PM | Show all posts
Originally posted by sheila at 8-1-2007 09:41 PM
there are all types of color available... biru, merah, hijau, kuning... but yang paling cantik hijau & kuning. mujur boleh tukar...

AGAKNYA SBB HIJAU & KUNING TU WANA NATURAL KUT..WANA DAUN-DA ...



kat mana beli lampu solar tu?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2009 11:33 AM | Show all posts
Lampu mesra alam
Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com




ASPEK pencahayaan adalah satu elemen penting bagi menghiasi laman kediaman terutama pada waktu malam dan gelap ketika hujan.

Ia bukan setakat mengindahkan laman pada waktu malam, malah melalui pencahayaan kawasan berkenaan kelihatan hidup dan dapat dimanfaatkan penghuni kediaman.

Selain itu, pencahayaan menjadi alat keselamatan yang penting terutama sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi serangan serangga dan binatang berbisa seperti ular dan penyengat.

Melalui pencahayaan juga, penghuni dapat mengesan kehadiran orang yang tidak diingini seperti pencuri atau penjenayah.

Bagi menambahkan pencahayaan laman, ada pelbagai kaedah digunakan termasuk memasang lampu, pelita, jamung atau panjut dan unggun api.

Terbaru, sesuai dengan kempen alam sekitar, penggunaan lampu solar semakin banyak digunakan menghias laman sama ada menjadi lampu kolam, dinding tembok, lampu sorot, lampu gantung dan lampu keselamatan.



Antara rekaan lampu solar yang ada di pasaran.

Lampu solar menjimatkan tenaga kerana tidak menggunakan elektrik atau bahan api seperti gas atau petrol. Menariknya, seberapa banyak lampu solar yang diletakkan di laman, kosnya hanya ketika membeli lampu berkenaan manakala kos selepas digunakan sifar.

Kebanyakan lampu solar mudah dipasang dan diletakkan di kawasan laman mengikut kreativiti masing-masing. Tanpa memerlukan sebarang sistem pendawaian serta sifar kemalangan dan litar pintas.

Penggunaan lampu solar bukan hanya menjimatkan tenaga tetapi menjimatkan duit kerana tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan membaik pulih atau kos penyelenggaraan yang rendah jika anda mahu memindah atau menukarkan gaya pencahayaan untuk laman.

Oleh kerana lampu solar bergantung kepada cahaya suria dan sesetengahnya bantuan bateri, maka tidak perlu mencaj tenaga selalu malah pemilik kediaman tidak perlu membuka suis lampu.

Lampu solar biasanya akan menyala dengan sendiri atau terbuka secara automatik tanpa bantuan manusia apabila hari gelap atau tiba waktu malam. Ia juga akan tertutup dengan sendirinya apabila hari cerah.

Bagaimanapun, sesetengah lampu solar yang baru dibeli perlu digoncang atau memerlukan tenaga daripada bateri sebelum berfungsi. Dinasihatkan membaca label dan peraturan pemasangan lampu sebelum menggunakannya.

Ada beberapa jenis lampu solar yang banyak digunakan untuk menghias laman, termasuk lampu di siar kaki sama ada yang ditanam dalam tanah menjadi hiasan pemijak kaki atau diletakkan di kiri kanan laluan pejalan kaki.

Satu lagi yang biasa adalah lampu untuk pelantar, dinding tembok dan pagar. Biasanya lampu solar jenis ini dipasang melekat di dinding, pelantar atau pagar. Namun, ia sesuai untuk kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari. Bagi kawasan tertutup lebih elok gunakan lampu elektrik.

Lampu solar lain termasuk lampu gantung digantung di celah dahan pokok, pancang kayu atau digantung di tengah laman. Biasanya lampu ini banyak mendapat tenaga suria kerana terdedah.

Lampu solar kalis air pula digunakan menghiasi kolam sama ada di letakkan dalam kolam, luar kolam berhampiran pancuran air atau terampung di dalam kolam.

Selain itu, lampu solar juga digunakan sebagai lampu keselamatan dan biasanya diletakkan di kawasan yang tersorok dicelah pasu bunga, kolam dan pokok. Selain mencerahkan kawasan yang terlindung, lampu keselamatan membolehkan penghuni menghindari daripada serangga dan haiwan berbisa.

Lampu solar keselamatan juga boleh menjadi lampu pengesan yang hanya akan menyala apabila ada benda asing atau makhluk tidak diingini melintas di laman.

Terkini, ada lampu solar yang dibina seakan pasu bunga yang diletakkan di meja taman. Lampu jenis ini kini banyak digunakan sebagai hiasan untuk majlis di taman pada waktu malam seperti resepsi perkahwinan dan parti hari jadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2009 11:37 AM | Show all posts
INFO: Pencahayaan lampu

# Lampu limpah atau 憇potlight
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2017 01:59 PM | Show all posts
Syd replied at 25-2-2008 09:29 AM
Api jadi inspirasi pencahayaan taman
Bersama Desmond Ho (Pengarah Urusan Terra Garden Sdn. Bhd.)

...

Ini sangat menginspirasi, terima kasih tipsnyaa. Saye nak pasang lighting di garden, tapi kurang paham model dan dekorasi macam-macam seperti itu. saye pun butuh pula rekomendasi lampu taman yang bagus supaya saye tak salah beli.. hehe

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2019 06:21 AM | Show all posts
I also choose the lighting for the garden now. I don't have electricity in the backyard, so I want to buy an LED floodlight. I have seen some good options in this article https://bestlightguide.com  . I think it will be very convenient, such a searchlight can be easily transferred. It's also possible to choose the lamp on batteries, that is, I don't have to carry cables with electricity and dig part of the garden.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.062273 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list