CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45839|Reply: 129

Sejarah penubuhan Seni Silat Gayung Fatani Malaysia..............

[Copy link]
Post time 26-5-2006 04:20 PM | Show all posts |Read mode
History of Seni Gayung Fatani Malaysia
Seni Silat Gayung Fatani Malaysia originally came from the State of Patanni, a Malay State in the Southern of Thailand. It was first brought to Kedah in Malaysia in 1840 by Syeikh Abd. Rahman, a Malay man from Patanni. Later his son Tok Yah Ramli expanded this style. Another student from Syeikh Abd. Rahman was Pak Teh Mat Ali who taught this style to Pak Andak Embong.
Pak Andak Embong taught this style to Tuan Haji Anuar in 1965. Tuan Haji Anuar now is the Guru Utama PSGFM (Grand Master). In 1974, Cikgu Abd. Rahman learnt this style from Tuan Haji Anuar. This style is considered a classic Silat in Malaysia, that still maintain its traditional lessons, besides adding modern system. This club was registered under the Goverment`s club act in 1976. This style is the combination of the art that consist of soft and meaningful movement together with traditional music besides the beladiri techniques against weapon (close range fight).


-----------------------



Sejarah penubuhan Seni Silat Gayung Fatani Malaysia

Seni Silat Gayung Fatani berasal dari sebuah kerajaan Melayu lama diselatan Thai yang dikenali Pattani. Ia pertama kali dibawa dan diperkenalkan di Kedah pada 1840 oleh Syeikh Abdul Rahman yang berasal dari wilayah Pattani. Ilmu ini kemudian diturunkan kepada anaknya Tok Yah Ramli. Syeikh Abdul Rahman juga mengajar kepada beberapa anak muridnya yang dikenali Pak Teh Ali. Pak Teh Ali kemudian menurunkan ilmu ini seterusnya kepada Pak Andak Embong.

Pak Andak Embong pula kemudian menurunkan ilmu kepada Tuan Haji Anuar pd 1965. Tuan Haji Anuar sekarang ini juga dikenali pewaris terkini, Guru Utama Persatuan Seni Silat Gayung Fatani Malaysia PSSGFM. Pada 1974 Cikgu Abd Rahman kemudian mempelajari silat ini dan didaftarkan sebagai pertubuhan rasmi dibawah akta pertubuhan. Seni Silat Gayung Fatani merupakan kombinasi antara silat yang turut diiringi muzik tradisional. Gabungan kesenian dengan teknik beladiri menjadikan Seni Silat Gayung sebagai satu bentuk persilatan melayu lama yang menggabungkan teknik tempur jarak dekat & bersenjata


translations by enCoRE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-5-2006 05:05 PM | Show all posts
MENGAPAKAH   SENI   SILAT    DIANGGAP  SEMPURNA ?

(Hari tu ader buat gambar rajah yg sebenar tapi ,dah terdelete la.....)

RAJAH : KESATRIAAN FATANI

  HURAIAN AMALAN
         Amalan Kesatrian ini diambil dari Perguruan Seni Silat Gayung Fatani Malaysia dan amalan ini merupakan pengisian dan amalan penting bagi membina diri seorang PESILAT . Rajah berbentuk bulat merupakan lambang kesatuan dan kekuatan ilmu persilatan Melayu . bentuk 3 segi dihubungkan dengan kemantapan dan sesempurnaan didalam ilmu persilatan . Didalam rajah terdapat 3 lilit bulatan dan 3 tiga segi .

        Di dalam bulatan kaedah /teknik terdapat 3 perkara iaitu langkah , serang , bela . 3 perkara ini merupakan asas pembentukan isi silat . Tanpa salah satu daripadanya Silat tersebut tidak sempurna atau mudah goyah . Keadaan ini dapat diumpamakan seperti sebilah keris iaitu mempunyai hulu , sarung , dan mata . Sarung keris untuk menyimpan , mudah dibawa , keselamatan menyembunyikan ketajaman dan tuah keris dari mata musuh . didalam silat terdapat langkah yang menjadi penggerak , pelindung dan teknik untuk melaksanakan sesuatu serangan  . Serangan merupakan senjata silat , sama ada tanpa senjata atau bersenjata dapat diumpamakan sebagai hulu keris yang menjadi tempat berpegang  ketika menikam  .

        Setiap serangan yang baik memerlukan pembelaan seperti elakan tangkisan dan sambutan yang mantap untuk memusnah kan serangan lawan .

        Bulatan kedua iaitu Bulatan Seni . Bulatan Seni meliputi perkara Wiraga (sikap/ gerak) , Wirama (irama) , dan Wirasa(citarasa) . 3 perkara ini membentuk erti seni dalam seni silat .  

        Wiraga ialah gaya penampilan silatnya dan wiraga kerap dihubungkan dengan motif  . Perguruan Seni Silat Gayung Fatani mengasaskan Sikap/Gerak bermotifkan Gerak Solat /Sembahyang dan lambang kalimah seperti berdiri , qiam , doa , takbir , rukok , duduk antara dua sujud , mengambil air sembahyang dan lain-lainnya . Menurut aliran Seni Gayung Fatani pendidikan sikap / gerak Silat amat mempengaruhi pembentukan sikap zahir batin seseorang . Oleh itu bagi menyemai akidah dan nilai Islam  merupakan aspek yang penting dalam perguruannya

        Wirama(irama)  ialah rentak permaianan dan kesinambungan lagu dari bunyi-bunyian yang mengiringi pergerakan silat . terdapat aliran silat yang mengunakan gerakan rentak permainan lembut , lunak dan perlahan . Manakala yang lain pula pantas dan keras serangannya . kedua

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2006 12:25 PM | Show all posts
ceritakan serba sedikit mengenai aliran nie...misalnya cara,adab,tertib or yg related...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2006 05:37 PM | Show all posts
Originally posted by anonymous at 13-6-2006 12:25 PM
ceritakan serba sedikit mengenai aliran nie...misalnya cara,adab,tertib or yg related...


soalan yang kurang jelas...dengan siapa???:hmm:
tapi....

>untuk memulakan latihan pesilat perlu membaca ummul kitab - al fatihah (wajib) bagi tujuan
  melindungi badan dari kecederaan
>selepas itu buka gelanggang dengan bunga silat dan seterusnya Warm up...     


>pesilat perlu bersih dari sebarang hadas semasa ingin membuat aktiviti kecuali pade bebudak pompuan :nerd:
>semasa besilat  atau sedang berlatih semua pesilat digalakkan  menutup aurat (Islam)

>pesilat tidak boleh mempersendakan lain² jenis aliran silat @ martial art...
>pesilat perlu menghormati gurunya seperti ibu/bapa sendiri....

>bagi pesilat putera dengan petera perlu bersalaman....
>tetapi dengan pesilat puteri hanya perlu hormat... bukan menyembah....

>pesilat perlu merahsiakan ilmu yang telah diajar(bukannya kedekut ilmu) tapi....
  seseorang itu perlulah berusaha sendiri untuk mencari ilmu..lagi pon kalau orang tak tanye
  tak kan nak kecoh²

>pesilat tidak boleh membuat sebarang bunga asas seperti Bunga Mohon Sembah
  secara main² kerana setiap pergerakan ade maksub yang pelu dikaji...
  (apabila kita telah lame mempelajari ilmu itu secara sendirinya ilmu tu kita akan paham rahsia yang tersimpan)

>untuk menutup gelanggang semua pesilat akan membaca al-Fatihah .....
>kemudian akan membuat bunga silat mengikut peringkat masing².....

>last sekali kita orang akan buat bulantan sambil berdiri dan akan bermesyuarat dalam 1 minit ..pastu semua salam dan     
  bersurai apabila Jurulatih bagi koman....



Kata Bersahut Gayung Bersambut

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2006 07:32 PM | Show all posts
KHAS UNTUK PENGUNJUNG SETIA FORUM CARI  


   Kita akan mengetahui sesuatu perkara itu melalui sejarah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2006 08:17 PM | Show all posts
Peringkat Kedua(Kuning)
>juga dikenali sebagai PESILAT MUDA

>Bunga Sembah Peringkat 2
>Jurus Mohon Sembah Peringkat 2
>Buah Pukulan*
>Tapak Empat
>Tempur*

TEKNIK
>Elakan
>Tangkisan

*dengan menampakan unsur² teknik

Peringkat Ketiga (Hijau)
>Dipanggil dengan nama PESILAT

>Bunga Sembah Peringkat 3
>Jurus Mohon Sembah Peringkat 3
>Buah Pukulan*
>Tapak Empat
>Tempur*
>Jatuhan
>Tangkapan

TEKNIK
>Elakan
>Tangkisan
>Kuncian/Tangkapan

*dengan menampakan unsur² teknik

Peringkat Keempat(Merah)
>Gelaran diberikan sebagai PENDEKAR MUDA

>Bunga Sembah Peringkat 4
>Jurus Mohon Sembah Peringkat 4
>?????*
>?????
>?????


Peringkat Kelima(Hitam)
>Dipanggil sebagai PENDEKAR®

>unknow
>unknow

*tidak diketahui lagi

p/s:> banyak lagi benda yang  kita semua tidak tahu ...ini menunjukan kita masih lemah .....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
peluruperak This user has been deleted
Post time 18-7-2006 10:43 AM | Show all posts
Saya tertarik dengan initiatif sazeryus membentangkan mengenai Gayung Fatani. Teruskan lagi. Ada website reference ke untuk perguruan ni? Nak tahu juga silibus silibus dalam persilatan ini. Ada belajar pukul gendang tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2006 12:28 AM | Show all posts
Originally posted by peluruperak at 18-7-2006 10:43 AM
Saya tertarik dengan initiatif sazeryus membentangkan mengenai Gayung Fatani. Teruskan lagi. Ada website reference ke untuk perguruan ni? Nak tahu juga silibus silibus dalam persilatan ini. Ada bel ...


untuk rujukan.. saya belajar dari buku lama seperti buku PENDEKAR...(abang saye dulu minat gile)
berikut merupakan laman web yang pernah saya pergi....

http://my-muslim.com/e-silat/mod ... =showgall&gid=2
>forum untuk semua silat

http://www.senibeladiri.com.my/
>majalah..

http://www.silat.at/gallery.php?type=3
silat gayung fatani...luar negara (austria)

tapi malang web ini tidak begitu aktif..



________________________________________________________________________________________


sesiapa yang berpengalaman atau orang lama pasti mengenali Cikgu AZIEWAHIJA BIN YEOP....
Cikgu tersebut orang yang agak aktif dlam pertubuhan ini...


mungkin kat vienna atau pon austria atau pon kat malaysia


buat jurus sembah....



kat mane ntah



dulu kawan..... kini isteri

sumber: ( http://www.silat.at/index.html )

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2006 11:25 AM | Show all posts
haha ! macam kenal jek mamat dlm pic tuh.. huhu !!
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2006 11:04 PM | Show all posts
teringat zaman persekolahan dulu........dulu den menuntut silat nih kat jeram, kuala selangor. selalu gak gi pertandingan silat melayu ngan olahraga. Alahamdulillah resultnye memberangsangkan. tp paling jauh den bleh pegi takat SUKSES, pas tuh smbg U kat KL so terputus hubungan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2006 11:05 PM | Show all posts
Originally posted by sazeryus at 28-7-2006 12:28 AM


untuk rujukan.. saya belajar dari buku lama seperti buku PENDEKAR...(abang saye dulu minat gile)
berikut merupakan laman web yang pernah saya pergi....

http://my-muslim.com/e-silat/modules. ...

dulu den biase nampak che'gu nih especially mase pertandingan kat Kajang dulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2006 12:47 AM | Show all posts
Originally posted by peluruperak at 18-7-2006 10:43 AM
Saya tertarik dengan initiatif sazeryus membentangkan mengenai Gayung Fatani. Teruskan lagi. Ada website reference ke untuk perguruan ni? Nak tahu juga silibus silibus dalam persilatan ini. Ada bel ...


takde pulak buat xtvt pukul gengang???er..pukul gendang tu cam mane? untuk silat tari ke?..saya aktif kalu silat olahraga je..
Reply

Use magic Report

peluruperak This user has been deleted
Post time 1-8-2006 08:55 AM | Show all posts
Terima kasih kepada sazeryus untuk informasi tersebut. Kalau tak silap, rasanya seperti pernah melihat guru silat di atas dalam rancangan 'Gelanggang'. Dengar khabar Tuan Haji Anuar hendak terbitkan buku Gayung Fatani. Bila hendak dipasarkan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2006 12:45 AM | Show all posts
Originally posted by peluruperak at 1-8-2006 08:55 AM
Terima kasih kepada sazeryus untuk informasi tersebut. Kalau tak silap, rasanya seperti pernah melihat guru silat di atas dalam rancangan 'Gelanggang'. Dengar khabar Tuan Haji Anuar hendak terbitka ...

:hmm::hmm::hmm: buku gayung fatani ?...taktau... buku pasal macam mane tu :jeling: ....kalau buku silat olahraga ade la
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2006 04:11 PM | Show all posts

Buku Gayung Fatani

ssssssssssss

Sekarang ini Cikgu Anuar sedang menyiapkan buku untuk diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan bagi ko-kurikulum Seni Silat Malaysia yang mengambil sukatan pelajaran berasakan Seni Gayung Fatani.Sukatan  Pelajaran mengandungi 5-6 buku yang akan dicetak secara berperingkat.Tak pasti bila kesemua buku ini akan siap dicetak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 05:31 PM | Show all posts

Gambar dengan cikgu anuar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2006 10:22 PM | Show all posts
Originally posted by adwim79 at 28-8-2006 04:11 PM
ssssssssssss

Sekarang ini Cikgu Anuar sedang menyiapkan buku untuk diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan bagi ko-kurikulum Seni Silat Malaysia yang mengambil sukatan pelajaran berasakan Seni G ...



pasal buku ni malas nak citer la..dah banyak buku dikeluarkan..dan diluluskan oleh kementerian tapi..

Pesaka pulak tak luluskan... :stp:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2006 10:25 PM | Show all posts
Originally posted by adwim79 at 20-9-2006 05:31 PM


cenonet nye gambar..kat mane ni ... macam dekat gelanggang utama je (kajang).....

adwim awak yang mane satu...?:nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 11:30 AM | Show all posts
Saya yang pakai baju warna merah..Yang lain tuh member satu gelanggang..Kecik je group kitaorang..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 11:41 AM | Show all posts
Macam mana nak buat gambar tuh besar?Tak tau....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.334850 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list