CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13847|Reply: 14

Wanita dan kanak-kanak menghidap HIV/Aids

[Copy link]
Post time 15-5-2006 11:40 AM | Show all posts |Read mode
Kasih ibu HIV/Aids
Oleh Fadzlena Jafar


CERIA: Kedatangan pelawat dapat membawa kebahagiaan kepada
penghuni Rumah Solehah.

Segala keperluan anak disediakan supaya hidup si kecil terjamin apabila mereka tiada kelak

TIADA ibu yang ingin melihat anaknya menderita terutama selepaspemergian mereka dari dunia ini. Seboleh mungkin, segala keperluan masadepan akan disediakan supaya si kecil dapat menikmati hidup yang baikapabila besar kelak. Inilah harapan beberapa ibu yang menghuni RumahSolehah, rumah untuk wanita dan kanak-kanak menghidap HIV/Aids.

Menyedari akan hakikat hidup yang mungkin tidak lama lagi, mereka cubamelengkapkan si kecil dengan pelbagai keperluan termasuk kemahiranmenjaga diri sendiri supaya dapat berdikari selepas ketiadaan ibu yangselama ini menjadi tempat mereka mengadu nasib.

Memang menyedihkan, tetapi itulah hakikat yang perlu diterima beberapakanak-kanak kecil di rumah berkenaan. Mungkin ketika ini mereka masihkurang mengerti maksud kematian ataupun HIV/Aids, tetapi bagikebanyakan kanak-kanak itu kematian dan kesakitan bagaikan lumrah dalamkehidupan mereka.


Melihat keadaan si kecil itulah yang mendorong penyelia Rumah Solehah,Wan Hava Wan Hussin (gambar), untuk terus menabur bakti membantu wanitadan kanak-kanak yang terkesan daripada virus yang tiada penawar itu.

"Kehidupan penghuni khususnya yang turut membawa anak ke rumah amal itukini jauh lebih baik berbanding sebelumnya. Malah, berkat sokonganrakan lain di sini, mereka sudah dapat menerima keadaan hidup merekadan tidak lagi menoleh ke belakang.

"Apa yang penting, ialah masa depan anak terutama selepas ketiadaanmereka kelak. Malah, kebanyakannya sudah bersedia sejak awal denganmeninggalkan wasiat membabitkan kepentingan anak mereka bagi memastikanhidup si kecil terjamin," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Beliau yang umpama ibu dan bapa kepada penghuni rumah amal itu sejakmula dibuka pada 1998, bersyukur kebanyakan kanak-kanak yang kematianibu di rumah berkenaan dapat menerima takdir Ilahi dengan penuh tabahmeskipun ada kalanya menunjukkan perubahan emosi yang ketara.

Lazimnya perubahan itu berlaku di kalangan kanak-kanak lebih dewasakerana mereka sudah dapat memahami apa yang berlaku, manakalakanak-kanak lebih kecil agak mudah untuk dikendalikan.

"Dua bulan lalu, seorang penghuni kami meninggal dunia. Dia mempunyaiseorang anak perempuan berusia tiga tahun yang tidak dijangkiti HIV.Sehingga hari ini, kanak-kanak berkenaan masih beranggapan yang ibunyasakit dan berada di hospital. Tetapi, ada kalanya dia teringat jugaibunya terutama pada malam hari dan ketika itu dia akan menangis.

"Berbeza pula dengan Abang Long, seorang kanak-kanak berusia 11 tahunyang kematian ibu, kira-kira enam bulan lalu. Selepas kematian ibunya,dia kelihatan begitu murung sekali dan ada kalanya air matanyaberlinangan, mungkin teringatkan ibunya kerana mereka dulu begiturapat," katanya yang lebih dikenali dengan panggilan Mak Wan dikalangan penghuni.

Tidak semua 22 penghuni kanak-kanak di rumah amal itu pembawa HIV.Malangnya, kebanyakan kanak-kanak yang kematian ibu di situ tidakdituntut ahli keluarga mereka, mungkin disebabkan stigma mengenaiHIV/Aids yang menakutkan orang ramai. Sudahlah bapa sendiri tidakmengendahkan mereka, saudara mara pula enggan mengambil mereka.

Wan Hava berkata, bagi membantu mengurangkan kesedihan si kecil yangkematian ibu, kanak-kanak berkenaan akan diberi kaunseling dari semasake semasa supaya dapat menjadi insan yang lebih tabah dan menerimakenyataan.

"Kami pujuk dan beri mereka motivasi. Ada kalanya saya jugamengingatkan nasib mereka yang jauh lebih baik berbanding penghunikanak-kanak lain, mereka yang ditinggalkan sejak kecil lagi.Kanak-kanak ini langsung tidak kenal siapa ibu bapa mereka,sekurang-kurangnya kanak-kanak yang kematian ibu ini dapat menjadikanpengalaman bersama ibu mereka, biarkan tidak lama, satu kenangan abadiuntuk selama-lamanya," katanya.

Harapan Wan Hava kepada ibu yang menghidap HIV itu, supaya tabahkanhati dan teruskan kehidupan demi diri mereka sendiri serta si kecilyang perjalanan hidup mereka masih panjang. Apa yang penting, merekaperlu lengkapkan si kecil supaya boleh berdikari apabila ketiadaanmereka kelak.

[ Last edited by  Syd at 29-1-2007 01:08 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2006 09:53 AM | Show all posts
Kikis prasangka HIV, Aids: Rosmah

SHAH ALAM: Masyarakat disaran membuka minda mengenai gejala HIV/Aids dan membuang sikap prejudis serta pandangan serong terhadap penyakit itu, sebaliknya menanganinya sama seperti penyakit lain.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata masyarakat dan pesakit perlu mengubah sikap bagi membanteras penyakit itu dengan lebih berkesan.

Katanya, Aids dan kematian memang sinonim sekitar 1980-an kerana belum ada ubat berkesan merawatnya sehingga mereka hanya mampu hidup dalam tempoh enam bulan atau maksimum dua tahun.

Namun, katanya, rawatan Highly Active Antiretoviral Therapy (HAART) bagi merawat Aids tidak lagi menjadi satu masalah.

"Bagaimanapun, pesakit masih enggan menerima rawatan kerana bimbang diskriminasi yang bakal dialami.

"Tanggapan itu membawa kepada stigma serta salah faham yang menyebabkan pesakit disingkirkan daripada masyarakat," katanya merasmikan Seminar Kanak-Kanak HIV/Aids di Malaysia: Realiti dan Penyelesaiannya di Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UITM) di sini semalam.

Hadir sama Ketua Lembaga Penasihat Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia, Tan Sri Zaleha Ismail; Isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Zahrah Kechik yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis); Timbalan Naib Canselor UiTM, Datuk Profesor Dr Sahol Hamid Abu Bakar dan Presiden Majlis Aids Malaysia, Dr Adeeba Kamaruzzaman.

Rosmah turut menyampaikan cek sumbangan warga korporat bernilai RM5,000 kepada Rosli Mansor, 49, suami Norizan Ismail, 45, yang meninggal dunia selepas menderita jangkitan virus HIV gara-gara kecuaian pihak lain pada 24 Mac lalu.

Rosmah yang juga Penaung Yayasan Harapan Kanak-Kanak meminta pihak yang bertanggungjawab dalam pengambilan darah memastikan penderma terlebih dulu menjalani ujian darah.

Mengenai pembinaan Rumah Harapan Kanak-Kanak HIV/Aids, beliau berkata, sumbangan masih diperlukan bagi memastikan rumah membabitkan kos RM2.8 juta siap dibina menjelang Disember tahun depan.

Sehingga kini, pihaknya mengutip RM450,000 hasil pelbagai projek, selain tajaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2006 03:15 PM | Show all posts
Penghidap HIV/Aids terus dipandang serong
Oleh Halina Mohd Noor



BELAJAR: Wan Hava membantu kanak-kanak dari
Rumah Solehah untuk belajar menerusi program
pembelajaran di televisyen.

STIGMA dan pandangan serong masyarakat masih menebal terhadap penghidap HIV/Aids. Akibatnya ramai insan yang tidak berdosa, terutama wanita dan kanak-kanak terus terperangkap dalam dunia yang berasingan daripada kehidupan sebenar.

Belum sempat mengenal erti dosa atau pahala, kanak-kanak ini terlebih dulu 慸ihukum

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2006 03:16 PM | Show all posts
Along dipinggir keluarga sendiri


KISAH Along, 11, seperti yang diceritakan Pengetua Rumah Solehah, Wan Hava Wan Hussain, cukup menyentuh perasaan. Malah, Wan Hava sendiri mengakui kisah Along cukup terlekat di hatinya yang akhirnya terbuka untuk membantu kanak-kanak lain senasib Along.

Ibu Along, dijangkiti HIV gara-gara perlakuan suami durjana. Wanita tabah yang sudah dihinggapi Aids ketika itu, datang ke rumah Solehah disebabkan diskriminasi dan stigma daripada keluarga sendiri. Mereka tiga beranak dibuang dan tidak diterima lagi dalam keluarga.

Ketika meninggal dunia Mac lalu, jenazah ibu Along tidak dituntut oleh sesiapa pun dari kalangan keluarganya. Mungkin kerana tidak mahu nasib Along dipersia-siakan oleh keluarga sendiri, ibunya meninggalkan wasiat agar Along terus berada di Rumah Solehah.

揂llahyarham tidak mahu anaknya itu diserahkan kepada sesiapa termasuk ahli keluarganya sendiri. Saya ada juga menunggu kalau-kalau ada saudara maranya yang datang tetapi sehingga ke hari ini, tiada sesiapapun menuntut untuk memeliharanya. Begitu sekali pandangan mereka terhadap Along yang memerlukan belaian daripada mereka yang boleh dipanggil ibu dan bapa,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2006 11:27 AM | Show all posts
KONSERT amal kutip dana PESAKIT AIDS

KESEDARAN terhadap Aids telah mendorong Idzman Abu dari DeZaine Management menganjurkan konsert amal yang dinamakan Konsert Malam Amal Untukmu bagi mengutip dana membantu mereka yang kurang berupaya terutama pesakit Aids.

Sempena Konsert Malam Amal Untukmu, penganjur menghasilkan album menampilkan Elly Zakaria dari rancangan realiti 揗encari Cinta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2006 01:05 PM | Show all posts
'Usah pinggirkan anak HIV'
Oleh Fadzlena Jafar


KURANG pengetahuan mengenai HIV/Aids menyebabkan masih ramai di kalangan masyarakat khususnya ibu bapa terus memandang serong terhadap mereka yang hidup dengan virus berkenaan. Bayangkan apabila ada ibu bapa menghalang kanak-kanak pembawa virus itu daripada menghadiri sekolah hanya kerana bimbang anak mereka terkena jangkitan HIV/Aids.

Tetapi, itulah nasib yang dialami kanak-kanak HIV dari Rumah Solehah. Sudahlah dirundung malang kerana terpaksa bergelut dengan virus yang menjadi punca kepada serangan pelbagai penyakit itu, hidup pula terus dijadikan mainan masyarakat seolah-olah mereka tidak perlu meneruskan kehidupan seperti kanak-kanak sebaya lain.

Penyelia Rumah Soleha, Wan Hava Wan Husain, berkata sikap ibu bapa yang lebih mementingkan diri sendiri tanpa cuba memahami nasib malang kanak-kanak berkenaan cukup mengecewakan pihaknya.

"Baru-baru ini ketika menghadiri perjumpaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah yang turut dihadiri beberapa kanak-kanak dari rumah ini, ada ibu bapa yang membantah kehadiran si kecil di sekolah berkenaan. Mereka tidak mahu kanak-kanak ini satu kelas dengan anak mereka kerana takut dijangkiti HIV. Saya cukup terkilan kerana masih ada masyarakat yang kurang pengetahuan mengenai penyakit ini dan tidak memikirkan perasaan orang lain.

"Apa yang saya tidak boleh lupa ialah apabila mereka mengeluarkan ayat 'nyawa anak saya tidak boleh ditukar ganti'. Sedih saya mendengarnya. Bagaimana perasaan mereka jika anak mereka berada di tempat kanak-kanak ini? Kehadiran mereka umpama sesuatu yang cukup menakutkan," katanya sedih ketika ditemui baru-baru ini.

Bagaimanapun, Wan Hava bersyukur kerana pihak sekolah khususnya guru besar dan guru kelas berpihak kepadanya dan memahami keadaan kanak-kanak dari rumah berkenaan. Malah, sedikitpun mereka tidak menganggap kehadiran si kecil sebagai bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa.

Ketara sekali kebimbangan yang diluahkan tidak berasas kerana hakikatnya jangkitan virus HIV/Aids hanya boleh berlaku jika ada luka pada pembawa dan darah tercemar itu memasuki rongga seperti luka di tubuh orang lain. Kajian menunjukkan kebarangkalian jangkitan amat tipis, malah mustahil berlaku jika tiada persentuhan antara pembawa dengan individu lain.

"Kanak-kanak ini mempunyai tingkah laku yang baik. Sejak kecil mereka tahu keadaan yang dialami dan faham keunikan diri mereka. Malah mereka juga dilatih supaya memastikan kebersihan diri. Jadi, ibu bapa tidak perlu bimbang kerana kadar jangkitan sebenarnya sangat tipis.

"Pernah juga saya terfikir untuk mengupah pengasuh bagi memantau keadaan mereka di sekolah. Tetapi, dengan sumber kewangan yang terhad mana mungkin saya menyediakan kemudahan itu melainkan jika ada yang ingin menaja untuk membayar upah pengasuh," katanya.

Beliau berkata, apa yang menyedihkan tidak semua kanak-kanak di rumah berkenaan hidup dengan HIV atau menjadi pembawa virus berkenaan kerana hanya ibu saja yang dijangkiti. Malangnya, mereka tetap dipinggirkan masyarakat termasuk ahli keluarga sendiri meskipun keadaan mereka sudah dimaklumkan.

HIV/Aids tidak banyak berbeza dengan penyakit lain seperti talasemia, leukemia mahupun barah yang mungkin menyebabkan penghidapnya tidak hidup lama. Tetapi dengan pelbagai program penyelidikan dan pembangunan dalam bidang perubatan, kini ada ubat anti viral yang dapat membantu melewatkan perkembangan virus HIV.

Ini bermakna, ada kemungkinan pembawa virus berkenaan hidup lebih lama berbanding tempoh 10 tahun sebelum ini yang lazimnya dianggap tempoh matang HIV. Malah, kebanyakan pakar perubatan menjangkakan pengambilan ubat secara teratur dan tepat pada masanya membolehkan pembawa HIV hidup sehingga usia 25 tahun.

Dalam hubungan ini, Wan Hava berkata, sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan kanak-kanak berkenaan dapat menikmati kehidupan bermutu termasuk mempunyai hak dari segi pendidikan, keperluan bekerja dan mungkin berkahwin jika ada umur panjang.

"Bayangkan kalau kanak-kanak ini dapat hidup lebih lama daripada jangkaan. Tiada yang mustahil kerana setiap sesuatu itu adalah kehendak Tuhan. Tanpa hak untuk bersekolah apa akan jadi kepada mereka, ini akan menimbulkan isu terhadap gaya hidup yang lebih membebankan negara.

"Malah, kita perlu fikirkan masa depan mereka sekiranya ada umur panjang. Lumrah manusia tentu mereka ada keinginan untuk berkahwin dan paling penting mereka juga ingin mempunyai pekerjaan bagi menyara hidup. Jadi, pihak tertentu perlu memikirkan keperluan ini dari sekarang," katanya.

Mungkin ada benarnya persoalan yang diketengahkan Wan Hava. Dengan peningkatan jumlah pembawa virus HIV di kalangan kanak-kanak dan kebarangkalian mempunyai kehidupan yang panjang, sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan stigma yang dihadapi pembawa HIV ketika ini ditangani segera.

Ironinya, reaksi orang ramai yang ditemui cukup positif. Rata-rata mengaku tidak kisah sekiranya anak mereka menghadiri kelas sama dengan kanak-kanak yang hidup dengan HIV/Aids. Hakikatnya, masih ramai yang mempunyai perasaan bimbang apabila berhadapan dengan situasi sebenar seperti yang dihadapi Wan Hava.

Sekiranya masyarakat terus meminggirkan pembawa virus HIV termasuk menafikan hak untuk mendapat pendidikan yang cukup penting pada zaman teknologi ini, negara akan menghadapi satu lagi beban kelak apabila generasi berkenaan membesar dan kemungkinan terbabit dalam gejala tidak sihat selain terpaksa bergantung kepada bantuan kerajaan untuk selama-lamanya.

FAKTA
Definisi HIV/Aids


HIV - human immunodeficiency virus

AIDS - Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit


Lazimnya pembawa HIV akan membawa virus berkenaan dalam tempoh 10 tahun sebelum menjadi matang dan kemudian diserang Aids.


Tiada penawar tetapi ada ubat digunakan untuk mengurangkan perkembangan HIV dalam badan.

Punca jangkitan HIV


Persetubuhan dengan pembawa virus.

Berkongsi jarum dengan pembawa (lazimnya penagih dadah)

Perpindahan darah tercemar dengan virus itu

Wanita yang membawa virus itu boleh menjangkitkan HIV kepada bayi dalam kandungan atau menerusi penyusuan.

[ Last edited by  Syd at 24-7-2006 01:10 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-8-2006 11:53 AM | Show all posts
AGENSI / PERSATUAN >
TALIAN BANTUAN BAGI IBU HIV POSITIF

PERTUBUHAN AIDS MALAYSIA & MAJLIS AIDS KEBANGSAAN

    * Perkhidmatan talian interaktif 24 jam mengenai HIV/AIDS : (03) 7807 7007
    * Menyediakan maklumat asas mengenai gejala HIV
    * Pemanggil boleh meninggalkan pesanan suara dan segala pertanyaan pemanggil akan dijawab oleh kakitangan dalam masa 72 jam.


      Pejabat

      No. 12, The Boulevard Shop Office
      Jalan 13/48A
      Off Jalan Sentul
      51000 Kuala Lumpur
      MALAYSIA

      Surat Menyurat

    Peti surat 11642
    50762 Kuala Lumpur
    MALAYSIA

    Tel: (603) 4045-1033
    Faks: (603) 4042-6133 (Majlis AIDS)
    Faks: (603) 4043-9723 (Pertubuhan AIDS)
    E-mel: contactus@mac.org.my (Majlis AIDS)
    indra@mac.org.my (Pertubuhan AIDS)

    Laman Web: www.mac.org.my

    Talian Maklumat Rawatan: 1 800 881 848
    * Isnin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2006 11:58 AM | Show all posts
6. Khidmat Komuniti AIDS Pulau Pinang (K, W, R)
(Community AIDS Service Penang) (CASP)

CASP memberi pendedahan kepada masyarakat, kaunseling, latihan kepada sukarelawan, Program jangkauan bersama pekerja seks, usaha membantu pesakit HIV/AIDS dalam bentuk emosi/fizikal melalui "Buddy Programme," dan banyak lagi. Kumpulan sasarannya ialah penduduk di bahagian utara Semenanjung Malaysia. CASP juga mengendalikan Hari AIDS Sedunia peringkat Negeri setiap tahun bagi memberi kesedaran kepada masyarakat selain daripada mendapatkan sokongan terhadap aktiviti kempen AIDS mereka.

Khidmat Komuniti AIDS Pulau Pinang
(Community AIDS Service Penang)
C-05 Tingkat Bawah
Kompleks Masyarakat Penyayang
Jalan Utama 10560 Pulau Pinang

Atau

Peti Surat 1206
10850 Pulau Pinang

Tel/Faks : 04 - 229 9566 / 229 7412
E-mel : casp@tm.net.my

7. Persatuan Perancang Keluarga Selangor/W.P (W, R)
(Selangor / Federal Territory Family Planning Association)

Antara aktiviti yang di tawarkan oleh Persatuan ini adalah sebaris dengan aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Perancang Keluarga Wilayah Persekutuan Malaysia. Sebagai tambahan, terdapat juga aktiviti seperti pendidikan dan kesedaran kepada remaja.

Persatuan Perancang Keluarga Selangor/W. P
(Selangor / Federal Territory Family Planning Association)
2-B Lorong Syed Putra Kiri
Off Jalan Syed Putra
50460 Kuala Lumpur

atau

Peti Surat 10710
50722 Kuala Lumpur

Tel : 03 - 2274 3489 / 03 - 2272 5817
Faks : 03 - 2273 8901
E-mel : yrc@tm.net.my
Laman Web : http://www.ffpam.org/my/selangor

8. Persatuan Perancang Keluarga Wilayah Persekutuan, Malaysia (W, R, S)
(Federation of Family Planning Associations Malaysia) (FFPAM)

Penglibatan FFPAM di dalam HIV/AIDS telah meluaskan lagi perkembangan terhadap Modul AIDS/STD untuk Pendidikan Kehidupan Berkeluarga. Antara aktiviti yang diadakan ialah seminar, ceramah, woksyop, kem remaja dan lain-lain aktiviti yang memberi sasaran kepada remaja dan masyarakat mengenai kehidupan yang sihat dan pendidikan mengenai kuman HIV/AIDS. FFPAM juga memberi maklumat mengenai bahaya HIV/AIDS di peringkat negeri, klinik dan Pusat Penasihat Remaja

Persatuan Perancang Keluarga Wilayah Persekutuan Malaysia
(Federation of Family Planning Associations Malaysia)

81-B Jalan SS-15/5A
47500 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan

Tel : 03 - 5633 7514 / 516 / 528
Faks : 03 - 5634 6638
E-mel : ffpam@po.jaring.my
Laman Web : http://www.ffpam.org.my

9. Majlis Belia Malaysia (R, K)
(Malaysian Youth Council)

Majlis Belia Malaysia merupakan organisasi remaja yang mempromosikan penyertaan para remaja di dalam pelbagai aktiviti yang memberi kesedaran terhadap HIV/AIDS

Majlis Belia Malaysia
(Malaysian Youth Council)
c/o Pusat Belia Antarabangsa
Jalan Tenteram, Bandar Tun Razak
56000 Kuala Lumpur

Tel : 03 - 973 2761/ 63
Faks : 03 - 973 2759
E-mel : mbm@tm.net.my

10. CARE, Malaysia (K, A)
( Malaysian CARE )

CARE memberi perkhidmatan sokongan kepada penagih dadah melalui Program Pemulihan Dadah dan Program Perkhidmatan Penjara selain daripada pusat rujukan mereka.

Program jangkauan diadakan di penjara, di jalanan dan pusat-pusat pemulihan dadah. Program anjuran CARE berbentuk rohani dan juga kependidikan

CARE, Malaysia (Malaysian CARE)
Pusat Kebajikan Good Shepherd
Lot 389 8.8 km Jln Hulu Kelang
68000 Ampang Selangor (urus setia)

Tel : 03 - 4256 8715 (urus setia)
Faks : 03 - 4251 4044
E-mel : mcare@po.jaring.my
Laman Web : http://www.mcare.org.my

Pusat Rujukan:

Tel : 03 - 7785 4627
Faks : 03 - 7981 2984
E-mel : mcaredrps@po.jaring.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2006 12:15 PM | Show all posts
11. Majlis Konsultansi Buddha, Kristian, Hinduisme & Sikhisme Malaysia (A, K)

(Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism & Sikhism )

Semenjak tahun 1995, Majlis ini telah mengadakan pelbagai seminar/woksyop kebangsaan mengenai HIV/AIDS bersama-sama dengan keempat-empat kumpulan penganut agama berserta masyarakat bertujuan untuk memberi pendidikan

dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai HIV/AIDS. Kempen ini disampaikan melalui sudut keagamaan.

Majlis Konsultansi Buddha, Kristian, Hinduisme & Sikhisme Malaysia
(Malaysian Consultative Council of Buddhism,
Christianity, Hinduism & Sikhism)
c/o Malaysia Hindu Sangam
No 5-1-1 Jalan Kasipillay
Off Jalan Ipoh
51200 Kuala Lumpur

Tel : 03 - 4041 4699
Faks : 03 - 4044 7304
E-mel : hsangam@po.jaring.my

12. Persatuan Pergigian Malaysia (S, K)
(Malaysian Dental Association )

MDA terlibat dengan kerja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2006 09:42 AM | Show all posts
MELAWAN HIV/AIDS DENGAN PENGETAHUAN

LIDAH PENGARANG

PENYAKIT Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) dan jangkitan HIV bukanlah suatu fenomena misteri yang mustahil untuk ditangani oleh masyarakat.

Tetapi kejahilan terhadapnya di kalangan masyarakat menjadikannya satu ancaman besar dan memburukkan lagi kesannya.

Justeru kita percaya musuh sebenar manusia berhubung AIDS bukanlah virus HIV dan penyakit yang timbul akibatnya tetapi adalah sebenarnya kejahilan mengenai perkara itu.

Akibat kejahilanlah, seseorang itu terdedah kepada penyakit AIDS dan virus HIV, khususnya di kalangan wanita yang tidak mengetahui kedudukan dan aktiviti pasangannya.

Begitu jugalah akibat kejahilan, orang yang menghidap jangkitan HIV dan penyakit AIDS tidak mendapat rawatan sewajarnya tetapi sebaliknya terlibat dengan amalan perubatan tidak konvensional yang akhirnya memburukkan lagi penyakit mereka.

Kejahilan juga merupakan punca golongan dijangkiti HIV serta pesakit AIDS menjadi mangsa penyisihan masyarakat dan selanjutnya menjadikan mereka menjalani hidup dengan penuh derita.

Maka sempena Hari AIDS Sedunia yang dilancarkan bagi peringkat kebangsaan semalam, kita menegaskan bahawa ilmu dan pengetahuan berhubung HIV dan AIDS merupakan penawar paling penting bagi menghadapi ancaman besar manusia itu.

Di peringkat dunia pun, kajian mengenai virus tersebut serta usaha mencari ubat bagi menyembuhkan penyakit itu merupakan sebahagian daripada usaha besar saintis sedunia dalam bidang perubatan.

Bukan itu saja, pengkaji dalam bidang-bidang sains kemanusiaan seperti sosiologi dan psikologi juga berusaha mencari jalan mengurangkan penderitaan mangsa penyakit itu di samping mengurangkan kesan buruk kepada masyarakat.

Maka pada keseluruhannya, usaha melawan virus HIV dan AIDS melibatkan komitmen kepada ilmu dan pengetahuan, baik di peringkat ahli-ahli sains dan pakar-pakar tetapi juga aktivis serta petugas berkaitannya dalam masyarakat.

Maka bagi anggota-anggota masyarakat pula, mereka wajar memahami dengan sebaik mungkin mengenai virus HIV dan penyakit AIDS untuk mengalahkannya.

Kita percaya manusia mempunyai kekuatan mengatasi virus HIV seperti mana kejayaan dalam menundukkan penyakit-penyakit lain sebelum ini seperti cacar, malaria, batuk kering dan seumpamanya.

Tetapi untuk itu, manusia di seluruh dunia wajar bekerjasama dan virus tidak mengenal batas negara, kaum atau agama.

Virus hanya mahu membiak pada hos yang sesuai untuknya dan kalau kebetulan manusia merupakan tempatnya, maka proses akan berlaku seperti yang telah ditetapkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2007 01:09 PM | Show all posts
Jangan sisih budak HIV/Aids
Oleh Nor Affizar Ibrahim


Stigma masyarakat terhadap pesakit mahupun anak pesakit boleh 慴unuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2007 01:11 PM | Show all posts
Tinta Citra: Along dirundung malang akibat HIV
Oleh Fadzlena Jafar


Assalamualaikum


KETIKA membaca tulisan wartawan Nor Affizar Ibrahim mengenai kesan HIV/Aids kepada kanak-kanak, saya teringat mengenai Along, seorang kanak-kanak yang hidupnya dirundung malang akibat penyakit merbahaya itu.

Saya bertemu Along di Rumah Solehah khusus untuk wanita dan kanak-kanak yang hidup dengan HIV/Aids dua tahun lalu. Kedatangan saya ketika itu adalah untuk menemubual wanita yang bernasib malang dibuang keluarga sendiri apabila disahkan positif HIV.

Kebetulan penyelia rumah berkenaan, Wan Hava Wan Hussain, mencadangkan saya untuk menemubual ibu Along, A. Kisah sedih A tidak banyak bezanya dengan wanita lain yang dijangkiti virus merbahaya itu menerusi suaminya. Sebaik disahkan positif, wujud pertelingkahan apabila beliau dianggap pembawa onar dalam keluarga berkenaan meskipun hakikatnya bukan A yang bersalah.

Suaminya, lari entah ke mana meninggalkan A dan dua anak sendirian menghadapi kecaman orang kampung. Bagi mengelakkan penghinaan berterusan, A membawa diri bersama anaknya ke Kuala Lumpur. Daripada seorang teman, beliau mendapat tahu mengenai Rumah Solehah dan sejak itu bermulalah satu hubungan yang akrab antara A dan anaknya dengan Wan Hava.

Kisah A sebenarnya agak panjang untuk saya ceritakan di sini. Cukup jika saya katakan, ketabahannya untuk meneruskan hidup demi dua anaknya itu amat mengagumkan saya.

Itu cerita lama. Pada Mei tahun lalu, sekali lagi saya ke Rumah Solehah untuk menemubual penghuninya sempena Hari Ibu. Sedang saya asyik berbual dengan seorang penghuni yang ditemubual, saya terpandang seorang kanak-kanak lelaki comel sedang mengambil wuduk di pili air di hadapan rumah. Ada sesuatu mengenai kanak-kanak kecil itu yang menarik perhatian saya. Meskipun beliau sedang ketawa, sinar matanya tidak bermaya bagaikan menanggung kesedihan yang amat sangat.

"Itu Along," kata Wan Hava kepada saya apabila mendapati saya asyik melihat kanak-kanak berkenaan. Sebaik mendengar nama nan satu itu, saya teringat akan temubual saya pada 2005 itu. Daripada Wan Hava, saya mendapat tahu A meninggal dunia beberapa minggu sebelum itu. Tinggallah Along dan adiknya yang kini khabarnya dipelihara seorang saudara mereka.

Along pula, terpaksa terus menetap di rumah kebajikan itu. Berbeza adiknya yang disahkan negatif, Along yang positif HIV dinasihatkan supaya terus menetap di rumah berkenaan kerana penjagaan bagi mereka yang hidup dengan HIV memerlukan perhatian sepenuhnya.

Sekali lagi saya memandang ke arah Along dan apa yang yang saya lihat adalah gambaran seorang kanak-kanak yang dikelilingi kesedihan. Sesekali dia merenung ke langit dengan pandangan yang kosong. Hanya Tuhan yang tahu perasaannya terutama apabila melihat rakan lain yang masih mempunyai ibu, walaupun satu hari nanti mereka juga mungkin akan melalui pengalaman yang sama.

Jika selama ini, setiap malam tidurnya ditemani ibu tersayang, kini dia terpaksa mengharungi hidup seorang diri. Tiada lagi tempat untuk mengadu nasib, melainkan Wan Hava yang amat memahami perasaan kanak-kanak seperti Along.

Saya diberitahu sejak kematian ibunya, kanak-kanak itu yang satu ketika dulu ceria bergurau senda dengan rakan lain di situ, kini lebih gemar menyendiri. Dia banyak menghabiskan masa termenung dan ada kalanya matanya kelihatan berkaca. Itulah wajah yang saya lihat pada malam itu.

Nasib malang Along hanyalah secebis kisah sedih kanak-kanak yang terkesan akibat penularan HIV/Aids. Hanya kerana darah yang tercemar dengan virus yang tiada penawarnya itu, masa depan mereka bagaikan sudah ditentukan. Bukan mereka yang pinta, tetapi kerana kurang kesedaran masyarakat menyebabkan lebih ramai kanak-kanak senasib Along melalui hidup yang tidak menentu.

Di Malaysia, penularan HIV/Aids terus meningkat meskipun pelbagai langkah dilakukan termasuk kempen kesedaran yang ditaja sektor swasta. Begitu pun, tidak bermakna apa yang dilakukan tidak membawa makna. Sekurang-kurangnya dengan kempen yang dijalankan dapat mencegah penularan HIV/Aids secara mendadak.

Ikuti tulisan wartawan Nor Afzan Mohamad Yusof, esok mengenai kempen Stop HIV: Spray To Change Attitudes yang ditaja jenama barangan kecantikan terkenal The Body Shop.

Sepanjang minggu ini, Citra turut memuatkan beberapa paparan menarik. Antaranya jalinan kerjasama jenama kecantikan terkenal, Chanel dengan pereka fesyen terkenal, Rizalman Ibrahim. Sempena jalinan itu, Rizalman tampil dengan satu rekaan baju yang diilhamkan daripada himpunan kosmetik terbaru Chanel bagi musim bunga/panas 2007 dan apa yang lebih menarik, pembaca berpeluang memenangi baju yang berharga ribuan ringgit itu.

Bagaimana caranya? Jangan lupa dapatkan Berita Harian, esok kerana kami akan paparkan temubual bersama pereka yang juga dikenali sebagai KL Six. sebaris dengan pereka handalan lain, seperti Tom Abang Saufi dan Melinda Looi dan juga borang peraduan bagi memenangi baju berkenaan. - fadzlena@bharian.com.my
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2007 09:52 AM | Show all posts
'Hentikan pandangan serong terhadap HIV'
Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Pembawa virus lebih rela sembunyikan penyakit kerana takut dipulau masyarakat setempat

SEKITAR 80-an dulu, kes HIV/Aids terlalu asing pada pendengaran kita, namun hari ini jumlahnya semakin meningkat mencecah ribuan kes. Walaupun jumlah itu semakin banyak, stigma masyarakat terhadapnya masih rendah.

Menafikan diri akan hidup dengan HIV/Aids selain tidak mengetahui mengenai penyebarannya secara khusus antara sebab utama menjadikan bilangan penghidap semakin bertambah dan tidak mustahil akan berterusan begitu andai tiada jalan menangani diambil.

Penyakit yang selalunya 慸i cop
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2007 09:48 AM | Show all posts
PMP bantu wanita HIV/Aids
Oleh Mona Ahmad


Dua beranak sanggup korban kerjaya, kemewahan kendali pusat di Bachok, bela nasib golongan pembawa virus berbahaya

LINDA (bukan nama sebenar) pernah dirogol bapa tiri yang menghidap HIV/Aids. Selepas kematian bapa tiri dan ibunya akibat penyakit sama, Linda dirogol abang tirinya pula ketika menumpang kasih di rumah mereka. Tidak lama kemudian, beliau disahkan menghidap HIV ketika usianya mencecah 17 tahun.

Selepas itu, beliau dan dua adiknya yang masih mentah diletakkan bawah jagaan ibu saudara di Tumpat. Malangnya, hasrat menumpang kasih bertukar mimpi ngeri apabila didera pula ibu saudaranya saban hari.

Nasib tiga beradik itu akhirnya terbela apabila Pengarah Urusan Pertubuhan Masyarakat Perihatin (PMP), Zahrain Zulkifly, tampil dan menyelamatkan mereka daripada neraka dunia itu.

Selepas tujuh bulan berlalu, episod ngeri tiga beradik itu berakhir dan mereka mampu tersenyum serta bersekolah seperti kanak-kanak lain selepas dibenarkan tinggal di rumah perlindungan PMP itu di pekan Bachok, Kelantan.

Bukan hanya mereka bertiga bertuah kerana sudah mempunyai tempat berlindung, malah dua lagi keluarga turut menumpang teduh di rumah perlindungan milik PMP itu yang baru dibuka Julai tahun lalu.

PMP yang diilhamkan Zahrain, 27, bersama ibunya, Zaimah Husin, 52, kini giat menjalankan kegiatan membantu ibu tunggal dan anak yang disahkan menghidap HIV/Aids seluruh Kelantan.

Minatnya yang mendalam untuk membantu golongan yang tidak berupaya itu menyebabkan Zahrain sanggup meletakkan jawatannya sebagai Pegawai Perubatan di sebuah hospital di Selangor untuk menumpukan sepenuh masa membantu golongan itu.

Selepas dua tahun menubuhkan pertubuhan itu, akhirnya impian untuk mewujudkan rumah perlindungan tercapai dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Kelantan memberikan tanah serta rumah yang tidak digunakan kepada PMP.

Objektif utama pertubuhan yang kini mempunyai 165 ahli yang terdiri daripada ibu tunggal yang dijangkiti virus itu ialah menyampaikan maklumat pencegahan dan mendorong mereka menjalani hidup yang lebih sihat.

Ketika ditemui di rumah perlindungan itu, Zahrain berkata, semua ibu tunggal yang menjadi ahli pertubuhan itu, mendapat jangkitan virus terbabit daripada suami masing-masing yang kebanyakannya menagih dadah dan melanggan pelacur.

"Wanita yang menghidap HIV/Aids negeri ini kebanyakannya mendapat virus itu daripada suami masing-masing. Ketaatan kepada suami menyebabkan mereka tidak mampu menolak kehendak suami walaupun mengetahui mereka menagih dadah dan melanggan pelacur.

"Apa yang menyedihkan apabila suami meninggal dunia, mereka dihalau oleh keluarga. Jiran tetangga memandang serong dan enggan menerima mereka. Golongan inilah perlu dibantu kerana bukan hanya mereka disisihkan, tetapi juga demi anak mereka," katanya.

Zahrain berkata, menerusi PMP pihaknya menganjurkan pelbagai kegiatan bagi mengisi masa lapang ibu tunggal itu dan menjana ekonomi mereka termasuk belajar mengaji al-Quran, menjahit, memproses makanan sejuk beku, menanam tembikai susu dan menternak lembu serta kambing.

"Kini kita sedang menubuhkan kumpulan sokongan di kalangan ibu tunggal penghidap HIV/Aids bagi membantu golongan terbabit berkongsi pengalaman dan memberikan dorongan untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik," katanya.

Selain itu, Zahrain berkata, pihaknya turut mengadakan program penerangan mengenai penyakit itu di sekolah dan agensi kerajaan serta kakitangan hospital.

"Kita mahu menjadikan ibu tunggal penghidap HIV/Aids sebagai ejen untuk menyampaikan maklumat mengenai penyakit ini terutama di kalangan mereka sendiri serta masyarakat," katanya.

Menceritakan perkara yang mendorong kedua-dua beranak itu menubuhkan PMK, Zaimah yang juga Kaunselor HIV/Aids Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan berkata idea itu timbul kerana hatinya terlalu terdesak membantu seorang ibu tunggal.

"Pada 1997, seorang ibu tunggal yang menghidap Aids datang berjumpa saya untuk sesi kaunseling. Beliau memberitahu yang hidupnya susah dan tiada pekerjaan untuk menyara tiga anak. Suaminya sudah meninggal dunia akibat penyakit sama.

揔eluarga mentua menghalaunya dan menuduh anak mereka mati disebabkan wanita itu. Masa itu, wanita itu hanya ada RM12 saja tanpa tempat untuk dituju. Bayangkan, apa yang dapat dengan duit sebanyak itu. Mahu beli nasi bungkus untuk anak pun cuma cukup untuk sekali makan," katanya.

Zaimah kemudian mendapatkan pandangan seorang Pakar Penyakit Berjangkit, Dr Maheran Mustapa, yang mencabarnya menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan membantu golongan ibu tunggal yang menghidap HIV/Aids.

Tanpa sebarang pengetahuan mengenai cara dan urusan menubuhkan persatuan, Zaimah terus menghubungi Zahrain yang ketika itu masih bekerja di Selangor dan akhirnya hasil kerja keras mereka PMP ditubuhkan dua tahun lalu.

"Pada awalnya, arwah suami, Zulkifli Ismail tidak bersetuju saya dan Zahrain bergiat dalam bidang ini. Manalah ibu bapa yang mahu anak mereka berhenti kerja selepas belajar hingga menara gading. Alhamdulillah, sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir tahun lalu, arwah merestui perjuangan kami ini dan memberi sokongan," katanya yang juga nenek kepada seorang cucu.

Beliau berkata, PMP turut menyediakan talian Helpline yang beroperasi 24 jam bagi membolehkan orang ramai mendapatkan khidmat tele-kaunseling dengan kumpulan sokongan di talian 09-7787170.

Selain itu, mana-mana pihak yang sudi menyumbang untuk rumah perlindungan PMP itu bolehlah berbuat demikian menerusi Bank Bumiputera Commerce di akaun semasa 0310-0004938-05-2 atau Maybank di akaun 503015244493.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2010 05:26 AM | Show all posts
Remaja terima darah HIV kini hidap AIDS

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB
yunus.yakkub@kosmo.com.my



MUHD. KHAIRUN memeluk remaja lelaki malang yang kini dijangkiti AIDS di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Penderitaan seorang remaja yang dijangkiti virus HIV sejak 11 tahun lalu gara-gara kecuaian kakitangan Hospital Segamat, Johor semasa melakukan pemindahan darah ke atasnya berterusan setelah dia kini disahkan menghidap AIDS.

Remaja lelaki berusia 14 tahun itu dikesan menghidap AIDS sejak empat bulan lalu.

Dia dijangkiti virus HIV ketika mendapatkan rawatan di Hospital Segamat sewaktu diserang penyakit kuning ketika umurnya tiga tahun.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, pemindahan darah tersebut dilakukan tanpa mendapat sebarang persetujuan daripada keluarga remaja itu.

"Pihak hospital mengakui kesilapan yang mereka lakukan dan memberi pampasan sebanyak RM100,000 bagi meringankan beban pesakit. Bagaimanapun, ia jumlah yang amat kecil dan dianggap tidak berpatutan dengan kesalahan yang mereka lakukan.

"Lebih malang, remaja itu sekarang hidup menderita apabila disahkan menghidap AIDS oleh pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana sel darah putihnya semakin berkurangan," katanya di pejabat Biro Aduan Komuniti UMNO di sini semalam.

Menurutnya, remaja tersebut kini terpaksa menjalani rawatan yang terperinci di HKL akibat implikasi penyakit berbahaya tersebut kerana terdapat jangkitan kuman pada limpanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.073754 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list