View: 9487|Reply: 18
|
Tercekik tali pusat boleh sebabkan kematian bayi
[Copy link]
|
|
BIASANYA, masalah kecacatan bayi dalam kandungan berkaitan rapat dengan masalah genetik yang serius dan boleh menyebabkan kematian. Beberapa punca lain yang berlaku ialah kemungkinan bayi mati kerana tercekik dengan tali pusatnya sendiri.
Masalah ini agak kerap berlaku namun jerutan tali pusat ini tidaklah begitu tegang atau kuat. Bagaimanapun, jika ia berlaku beberapa kali dan tegang jerutannya, bayi boleh lemas.
Bayi menerima bahan makanan dan oksigen melalui saluran darah di dalam tali pusat. Berikutan itu, apabila ia terjerut kuat, pengaliran bahan ini kepada bayi akan tersekat dan jika berlarutan, bayi akan mati.
Setakat ini, ada beberapa punca kematian yang berasaskan kepada faktor bayi. Kematian juga boleh berlaku akibat masalah yang dialami ibu ketika hamil dan antaranya ialah jangkitan kuman.
Uri adalah penghalang dan juga berfungsi sebagai penapis yang berupaya memilih dan membolehkan bahan yang baik untuk bayi melaluinya.
Asasnya ialah saiz bahan terbabit. Saiz yang besar tidak berupaya melepaskan tapisan uri tetapi yang teramat kecil mampu berbuat demikian. Banyak jenis jangkitan kuman boleh berlaku ketika hamil dan tidak semuanya berupaya melepasi tapisan uri. Hanya segelintir kuman serta virus yang mampu berbuat demikian dan ini termasuklah kuman siplis (penyakitkelamin), toxoplasmosis (kuman daripada najis kencing), virus herpes, cytomegalovirus dan HIV (yang menyebabkan penyakit AIDS).
Jangkitan kuman serta virus ini akan merosakkan sistem fizikal dan dalaman bayi selain berupaya membunuh bayi ketika dalam kandungan. Jika bayi berupaya melawan jangkitan kuman ini, mereka kemungkinan akan dilahirkan dengan pelbagai kecacatan contohnya buta atau rosak sistem pendengaran.
Selain itu, sistem dalamannya juga mungkin rosak dan ini termasuklah bahagian jantung serta otak.
Masalah lain yang berpunca daripada ibu termasuklah masalah kekurangan darah. Ia biasanya berlaku kepada wanita yang sudah kerap melahirkan anak, pernah mengalami tumpah darah (selepas kelahiran bayi) atau kerana masalah pemakanan. Semua ibu yang hamil akan menjalani pemeriksaan doktor untuk menentukan darahnya mencukupi. Ini termasuklah pemeriksaan fizikal dan penyelidikan darah. Jika didapati kekurangan darah, ibu terbabit akan dinasihatkan mengambil vitamin yang diberi. Selain itu, nasihat pemakanan yang betul juga akan diberi.
Bagaimanapun, jika kedudukan kewangan tidak membenarkan, bahan makanan yang berkhasiat mungkin tidak mampu dibeli. Sebagai gantinya, pil vitamin akan diberi oleh doktor.
Walaupun begitu, malang sekali kerana kebanyakan ibu terbabit tidak patuh kepada arahan doktor dan jarang mengambil pil terbabit sebagaimana yang dinasihatkan. Ini boleh menyebabkan kekurangan darah yang serius dan apabila ini berlaku, rawatan lain seperti suntikan serta proses memasukkan darah perlu dilakukan. Bagaimanapun, kedua-dua cara ini berisiko tinggi.
Darah amat penting bagi manusia untuk terus hidup. Fungsinya terlalu banyak dan satu antaranya ialah membawa bahan makanan serta oksigen ke seluruh tubuh badan.
Keupayaan ini akan terjejas jika berlaku masalah kekurangan darah. Bayi yang dikandung tidak dapat mengambil makanannya dan akibatnya mereka akan makan apa yang dimakan oleh ibunya.
Bahan ini akan sampai ke sistem bayi melalui tali pusatnya. Berikutan itu, jika kekurangan darah ibu berterusan, maka bayi bukan saja akan kelaparan malah pertumbuhan organ seperti jantung dan otak juga mungkin terjejas.
Manusia biasa, apabila kelaparan akan mencari serta makan apa ada hingga kenyang. Bagaimanapun, bayi dalam kandungan tidak mampu berbuat demikian.
Tidak semua bayi yang berhadapan dengan masalah begini akan mati malah kebanyakannya akan dilahirkan seperti biasa. Walaupun begitu, beberapa masalah mungkin berlaku.
Berat badan bayi terlalu ringan dan kesempurnaan organ dalaman juga terjejas. Ini bukan saja menyebabkan masalah selepas kelahiran sebaliknya turut berlaku ketika proses pembesaran bayi.
Tidak mustahil jika bayi ini membesar dalam keadaan tidak sihat untuk seumur hidup kerana pertumbuhan otaknya terjejas dan daya pemikirannya juga mungkin lemah hingga menjejaskan prestasi pembelajaran.
Sumber daripada Ruangan Kesihatan,Berita Harian Online. |
|
|
|
|
|
|
|
penah dgr baby mati dlm kand. sbb terbelit tali pusat nih...tapi kan apa puncanya dan apa cara utk mengelakkannya ke ini mmg diluar kwln seseorg ibu yg peknen?
[ Last edited by leena at 21-3-2006 03:55 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
risau kan kot2 baby kita dok pusing2 pastu terbelit plak ngan tali pusat.. |
|
|
|
|
|
|
|
tercekik ke terbelit?....nak tergelak plak psl kalo tercekik tu kalo nak telan tak lepas kat tekak...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
bahaya terbelit tali pusat kat leher baby nih
sbb tak dapat kesan
kalau scan pun rasanya, mmg tak nampak
just kalau uri ke bawah, doc tahu lah
ni yang belit2, rasanya susah skit
cuma kekadang kalau si ibu dah sampai hari
dan dah berlebih2 hari nyer tapi tak banak lagi
maka akan ditahan kat wad, doc akan buat apa tuh ek
yang pakai mcm tali pinggang tuh
yang nak check carta pernafasan ibu/anak, then degupan jantung etc
kat situ doc rasanya boleh tahu kalau ada apa2 hal kecemasan
samada nak soh banak cara induce atau prosedur pembedahan
correct me if i'm wrong |
|
|
|
|
|
|
|
oooo doc tak leh detect erk kalau time scan tu baby terbelit....nie yang buat fina risau lak....so apa lagi agaknya sintom2 yang boleh kita tahu erk.....risau lak...baby fina dalam perut nie rasanya aktif sesangat...walaupun baru 23 wks, tapi boleh nampak dah perut nie bergelombang bila dia main kat dalam...risau lak kalau terlampau aktif nie..... |
|
|
|
|
|
|
|
jangan risau pasal pergerakan bayi tuh
patut gembira sbb dia aktif
|
|
|
|
|
|
|
|
Aja ada dua pengalaman pasal baby terbelit tali pusat nih!
1st, jiran Aja.. sian... nasib baik sekrg dah dapat anak sorang lagik.
2nd, officemate.. anak sulung lelaki pulak tuh.. sian.. |
|
|
|
|
|
|
|
adik ipar ms anak yg first bbnyer terbelit tali pusat le jugak.ms tuh dah fully dilated dah.tg teran jek.skali nurse/dr ckp bb mcm terbelit jek.cepat2 le usung g OP.zas je ler secara emergency..Alhamdulillah selamat |
|
|
|
|
|
|
|
orang2 tua dulu2 ckp kalau baby yang lahir dan tali pusat dia belit2
dikatakan baby tuh bertuah...anak bertuah dan akan jadik somebody
bidan2 kampung selalu bila lahir baby mcm ni
dia belitkan benang 7 warna tak silap kat tangan
dan dgn kain kuning ke apa lebih kurang balut baby tuh |
|
|
|
|
|
|
|
semalam ada sahabat, yang opismate dia baru jerk kematian anak coz terbelit tali pusat.
kat sini, paste sedikit infor tuk panduang semua.
credit : Cakk aaa
emmm....terbelit tali pusat memang susah nak detect...selalunya mak akan perasan babyterlebih aktif atau tiba2 tidak bergerak mcm biasa.
Bila ni berlaku cepat2 gi scan....tengok Heart beat normal ke tidak then kalau boleh check leher samada nampak tali pusat terbelit...
Selalu berlaku di 3rd trimester pregnancy...bila ruang utk baby bergerak sudah kecil.....
lagi satu sebab adalah bila bidan cuba betulkan kedudukan baby yg songsang......amat bahaya sekiranya tidak diperiksa semula dengan scan sebab baby pada masa ini cenderung utk terbelit tali pusat.
That's why current practice adalah utk tidak cuba pusing baby yg songsang.....terus caesar....
Soalan kedua pasal tali pinggang tu.....Tali pinggang tu ada probe doppler utk check denyutan jantung baby dan ...diaorang akan pasang utk suatu jangkamasa....lebih kurang 10 mins....
Satu lagi tali pinggang adalah utk mengesan pengecutan dinding rahim...dipasang semasa in labour utk menentukan kadar contraction....
kedua2 alat ni memang penting terutama masa bersalin.....dan akan dipasang berterusan semasa dalam labour room. |
|
|
|
|
|
|
|
my cousin anak nya terbelit tali pusat sewaktu melahirkan..
according to dr, kes tu very mild..maksudnya belitan tali pusat paling mild..
apa yang terjadi anak dia cacat sedikit, ie umur nak masuk 3 tahun masih tak boleh berjalan..tak boleh bercakap and do other things like other normal children..
but mujur mak dia rajin bawak dia gi treatment..now dah ada improvement banyak..syukur!
p/s: handsome giler anak dia tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
gynae gam cakap, tali pusat tu klw kita buat ultrasound, nmpk la cam bubble gitu. so my gynae mmg perati sangat kot ada bubble kat leher tiap kali buat ultrasound |
|
|
|
|
|
|
baiti_jannati This user has been deleted
|
thanks for the info Syd ;)
mmmm baby kat lam perut ni, yg sepatutnya gerak aktif sangat atau sederhana? takut jugak kalau aktif sgt nanti dia jadi kanak2 yg hyperaktif. |
|
|
|
|
|
|
|
masa kandungan 8-9 bulan, doc ada kasik satu carta kan
soh ibu tandakan berapa kali anak bergerak
dari situ kita boleh peka |
|
|
|
|
|
|
|
semlm aku buat chekup ngan gynae kat jhr..dia scan bgtau tali pusat anak aku terbelit kat leher..dia kate mild lg..riso gak aku..due date aku 29/11 ni..
aku plan deliver kat jhr..tp last friday time aku chekup kat bangi..gynae tu takde plak mention pasal tali pusat terbelit.. |
|
|
|
|
|
|
|
masa mengandung dulu, nenek saya ckp jgn mkn pegaga sb takut uri bersimpul.
kan akar pegaga tu terbelit2kan...
saya tak caya, saya makan jerk sb pegaga bagus..
tp bila bersalin, doktor tu siap tunjukkan lagi tali pusat ngan uri dan bersimpul. kalau lambat saya meneran, sure baby akan lemas akibat terbelit tali pusat..
nak percaya? mmm..kebetulan agaknya. lgpun masa scan doktor bg tali pusat dekat ngan muka dia..... |
|
|
|
|
|
|
|
Anak saya nombor 2 terbelit tali pusat di leher, bukan sekali belit, tapi 3 kali! Masa di labor room baru sedar. Bila saya push him out, dia turun dan kemudian akan tertarik masuk balik. Banyak kali cam tu. Last2 kena vacuum. Tambah pulak dia mendongak. Lebam dahi dia kena vacuum. It was not a pleasant birth experience. Dia mmg aktif sejak dari dalam perut lagi. Dia punya tendang dengan siku tu, sampai saya sakit perut dibuatnya. He's almost 3 now dan disahkan oleh paed nya sebagai hyperactive. Walaupun agak mencabar kesabaran saya menjaga dia, saya tetap bersyukur dengan kurniaan Allah. Apalagi muka dia mmg fotostat muka saya! |
|
|
|
|
|
|
| |
|