View: 11448|Reply: 19
|
solat dalam kapal terbang
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum
Dah lama LL tak jenguk kat sini. hari ni LL ada persoalan sikit ttg solat dalam kapal terbang memandangkan LL akan balik Malaysia bercuti bulan lima ni. Masa mula-mula datang sini, LL period dan terlupa nak belajar solat dalam kapal terbang.
Maksud LL, LL tahu cara bersolat duduk semasa dalam kapal terbang cuma kurang arif macam mana nak menentukan waktu solat itu sendiri. Masa on the way ke sini, LL merentasi negara semua dalam keadaan siang. Jadi kemungkinan, bila hari LL balik Malaysia ini, either fligt LL akan sentiasa merentasi siang atau whole night.
persoalannya, bagaimana nak tahu sudah masuk waktu solat atau belum? adakah kita ikut waktu asal dari mana kita bertolak?
kesudian forumner2 menjawab LL dahului dengan ucapan terima kasih. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam,
persoalannya, bagaimana nak tahu sudah masuk waktu solat atau belum? adakah kita ikut waktu asal dari mana kita bertolak?
Sabda Nabi saw,
"Waktu Zohor itu ialah ketika matahari condong ke Barat sehingga bayang2 org spt tingginya selama mana belum masuk waktu Asar dan akhir waktu Asar ialah selama mana belum mengguningnya matahari, dan waktu solat Maghrib hingga sebelum hilangnya awan mega merah dan waktu Isya' ialah hingga tgh malam dan waktu subuh mulai dr terbit fajar hingga selama matahari belum terbit"
(Sahih Muslim - 612)
Yg I tahu...
Beberapa kaedah asas bg menentukan waktu solat ialah dgn menggunakan sebatang pen/ pensel, lalu dipegang di tingkap kapalterbang utk diukur banding bayangannya bg menentukan waktu Zuhor atau Asar. Melihat di ufuk timur bg tanda permulaan waktu Subuh atau ufuk barat bg tanda permulaan waktu Maghrib dan Isya'.
Puan boleh melakukan persiapan ringkas sebelum menaiki penerbangan, spt mencari arah purata penerbangan tersebut supaya mudah bg mengetahui beza condong bayangan dan arah matahari yg hendak dicari.
wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
cam dedulu, solat atas kapal laut. kalu tgh solat, kapal berpusing arah, maka dimaafkan.
tapi, kalo lama cenggitu, rasanya kalo jama' pun buleh. even kalo qadha' (kalo masuk darurat ler, kes tak ckup tempat, kemudahan takde, takut org lain takut pengganas, hehe... ). |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau naik MAS, dalam kapal terbang ada tempat untuk solat, ramai org yg tak tahu ni..tentang waktu solat pulak, ada yg kata ikut waktu bertolak ada yg sebaliknya..tetapi, boleh mintak stewardess tolong remindkan..saya x tahulah kalau semua steward/stewardess boleh informkan kita tentang waktu solat ni..ataupun kebetulan ja yg ayah saya dapat hari tu mmg yg baik hati..
ohh satu lagi, dekat airport pulak, kalau heathrow, ada tempat untuk solat, dia panggil Prayer Room, bukan khas untuk muslim, tapi semua agama boleh guna..yg selalu guna bilik tu biasanya muslim lah..
airport lain, saya x pasti pulak
[ Last edited by fairyjasmine at 13-3-2006 08:02 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam Kapal MAS ada tempat solat, sejadah dan monitor tunjuk arah kiblat. Waku sembahyang kena ikut pada tempat penerbangan bukan tempat asal kita bertolak. Macam puasa gak, tak leh ikut tpt kita Sahur contoh di M'sia on the way nak ke London, waktu buka di M'sia tapi kita dlm kapal Matahari terang menerang. Altitude yg tinggi sukar utk diramal keadaan waktu, so tanya dgn steward/ess diorang akan bagi tau lepas check dgn pilot. Bukan kira diorang tu baik hati ke tidak, diorang pun ramai yg sembahyang..jgn terkejut. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah dengar kawan aku cerita, ada sorang ni tanya ustaz macamana nak solat dlm kapal terbang yg kiblatnya berubah2, ustaz tu jawab balik secara melawak (sebelum dia jawab yg betul), org tu kena solat secara meniarap pasal kaabah duduk kat bawah..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orang_awam at 13-3-2006 10:41 PM
aku pernah dengar kawan aku cerita, ada sorang ni tanya ustaz macamana nak solat dlm kapal terbang yg kiblatnya berubah2, ustaz tu jawab balik secara melawak (sebelum dia jawab yg betul), org tu ke ...
he..he....
actually kiblat tak berubah so rapid bila dlm Kapal terbang.
cheers |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih atas kesudian yang menjawab.
mmg tahu di heathrow ada prayer room,tapi kali ni saya transit di amsterdam. dalam flight mmg ada penunjuk arah kiblat, cuma tak sure time waktu solat tu jer. tapi sebab naik mas, nampaknya saya boleh la tanya steward/ess.
p/s: fleursza, saya belum puan. masih cik lagi.
orang_awam, kelakar la pulak ustaz tu
terima kasih sekali lagi |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm...last time time kitorg fly ke london,my friend dia panggil pramugari tu je tanya dh masuk time ke tak...pastu dia g somewhere kat bhg depan plane utk solat....
aku tak tahu plak sbb time tu tidak buleh solat lor |
|
|
|
|
|
|
|
baguslah topic ni..saya pun nak pi somewhoere awal bulan 5 ni, kena naik flight 8-9 jam jugaklah...bolehlah annti saya tanyer stewardes MAS yg bertugas.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pulak ada soalan len
pas dah 6 jam dlm ketebang tu
dah tiga kali aku masuk tandas
paham2 jela tandas ketebang
so..aku ragu2 dgn kesucian aku
(hehe.....)
so...camna eik
nak smayang jugak ke
sbb susahlah nak salin
underwear dlm ketebang
pastu...air terhad lak tuh
rs tak puas je cebok |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Duta lover at 16-3-2006 01:09 PM
aku pulak ada soalan len
pas dah 6 jam dlm ketebang tu
dah tiga kali aku masuk tandas
paham2 jela tandas ketebang
so..aku ragu2 dgn kesucian aku
(hehe.....)
so...camna eik
nak smayang ju ...
Actually benda ni kena amik berat jugak. Amik air sembahyang kat dalam tandas jer dah tak elok. Tandas tu kekadang nampak bersih, tapi kotor sebenarnya. Kalau nak jugak, minta botol mineral water isi dgn air biasa pas tu guna dlm tandas. |
|
|
|
|
|
|
|
oh.....MAS ada prayer's room yer. br tau. bleh guna masa blk nnti nih.
arituh sib baik tak yah slt. sbb smpt isha n subuh kat airport.
kalu mas mmg tahu yang ada arah kiblat tu.......sib baik ada MAS
thanks for this thread neway. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya solat menghormati tu boleh buat atau tak?
boleh tak solat duduk dalam kapal terbang dan wudu' gunakan tayammum? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 elbecks's post
MAS tak ada bilik solat. Biasanya solat di kawasan dekat pintu bahagian depan yang tak ada kerusi tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 land_lady's post
Salam,
Sila rujuk website MUIS di bawah bagi persoalan anda..
http://www.muis.gov.sg/eservices ... cSysID=200768154537
14. Bagaimanakah seseorang yang berada di kapal menunaikan solatnya?
Bagi solat dalam pelayaran, jika pelayarannya hanya kurang dari 3 hari, maka anda boleh jamak solat, dan juga qasarkan solat tersebut. Jamak bermakna melakukan solat Asar pada waktu Zuhur, atau Zuhur pada waktu Asar. Begitu juga melakukan solat Isyak pada waktu Maghrib atau Maghrib pada waktu Isyak. Tidak boleh jamakkan antara Asar dan Maghrib, dan antara Isyak dan Subuh, dan Subuh dan Zuhur. Qasar bermakna memendekkan solat 4 rakaat kepada 2 rakaat sahaja.
Jika pelayaran anda mengambil masa lebih dari 3 hari, maka anda tidak boleh jamak dan qasar. Tetapi solat seperti biasa pada waktunya. Waktu Zuhur adalah 10 minit selepas tergelincirnya matahari (meridian passing of the Sun). Waktu Asar lebih kurang 1 jam sebelum matahari tenggelam. Waktu Isyak selepas 2 jam matahari tenggelam. Waktu Subuh 1 jam sebelum terbit matahari.
Bagi mengadap kiblat, anda perlu mengetahui arah Kiblat. Ini dapat dikira dengan mudah menggunakan formula segi tiga (spherical trigonometry) dengan menggunakan koordinat kapal anda dan koordinat Mekkah (39 E, 21 N).
Sekiranya ketika dalam solat, kapal ubah haluan, solat anda tetap sah dan tidak perlu qadak, kerana anda sudah mengadap Kiblat pada awal
16. Bagaimakanakah seseorang yang berada di kapalterbang atau bercuti sepanjang hari menunaikan solatnya?
Jika terdapat tempat yang sesuai di kapalterbang untuk bersolat, seseorang itu haruslah menghadap kiblat. Akan tetapi, oleh kerana perkara ini amat sukar, seseorang itu boleh menunaikan solat di tempat duduknya, akan tetapi solat ini harus diqadha |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana kalau penerbangan selama 16jam.. bertolak dr KLIA dlm 3 petang, so maybe sempat utk jamak zuhur n asar di KLIA. then akan tiba dia LA jam 6 ptg camtu. tarikh yg sama. so.. kene solat apa2 tak? |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana kalau penerbangan selama 16jam.. bertolak dr KLIA dlm 3 petang, so maybe sempat utk jamak ...
talapia Post at 6-9-2011 14:54
Ada orang kata boleh cuti 5 waktu sebab LA lewat sehari dari Mesia.
Kalau tak silapnya, waktu solat ikut kedudukan matahari. Jadi kot berlepas waktu zohor samapi waktu asar, tak payah ler solat asar lagik. Tapi kalau sampai belum masuk asar, kena ler ulang yang asar tu. wallahu a'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 18# ibnur
kene ulang asar tu klau tak buat jamak kot. klau dah buat jamak... tp tiba sebelum asar jugak. kengkonon bertolak KLIA 3ptg, smpai LA 3.45 ptg. ala2 45 min perjalanan je. lom asar pon lg kt LA. tp since dah buat jamak taqdim , so tak perlu la kot ulang2 solat asar . |
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah ada pengalaman... but untuk tambah info....
boleh dipraktikkan nanti..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|