CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BecKHaM

Pertubuhan Dakwah Kebajikan Islam Malaysia (PEKIDA)

[Copy link]
Otaimer This user has been deleted
Post time 8-5-2006 04:20 PM | Show all posts
Edisi KL: 'Simpan' Tiger Snook

Oleh Efindi Badarudin
efindi@hmetro.com.my

KLANG: Kepala samseng, Tiger Snook mungkin ditahan mengikut Undang-Undang Pencegahan bagi menghalang ketua Geng 77 itu meneruskan kegiatan samseng dan memeras ugut bersama pengikutnya.




Difahamkan, polis sedang mengumpul maklumat mengenai lelaki itu yang disyaki terbabit dalam kegiatan kumpulan samseng dan melakukan banyak kes jenayah seperti pergaduhan serta penggunaan wang palsu.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Azizan Abu Taat, berkata pihaknya masih menahan suspek terbabit yang berusia lewat 20-an bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung aktiviti kumpulannya.

Menurutnya, siasatan terhadap lelaki itu menjurus kepada pembabitannya dalam kumpulan samseng serta pengikutnya yang turut melakukan kes jenayah seperti peras ugut.

?ita kumpul bukti pada masa ini dan akan menjalankan tindakan lanjut terhadap suspek,? katanya.

Kelmarin, anak buah Tiger Snook yang didakwa `menjual? nama Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), dipercayai menghantar mesej menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) mengugut untuk memusnahkan pejabat Pekida.

SMS berkenaan dikirim kepada seorang pemimpin kanan Pekida berikutan rasa tidak puas hati anggota geng berkenaan selepas ketua kumpulan mereka ditahan dalam serbuan polis di Klang, minggu lalu.

Dalam SMS itu, anak buah Tiger Snook memberi amaran kepada seorang pemimpin tertinggi Pekida supaya tidak mencampuri urusan Geng 77 sekiranya tidak mahu menerima padah.

SMS terbabit berbunyi ?ang bagitau ayah Lan kalau nak hidup selamat, jangan cuba nak masuk campur dalam hal 77, lagi sekali kes 77 masuk Metro, pejabat Pekida akan kami langgar dan musnahkan, jangan bermain dengan buah 7 padah akibatnya?.

Berikutan ugutan itu, pemimpin kanan Pekida membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, malam Isnin lalu.

Tiger Snook yang dikehendaki Polis Kuala Lumpur dan Selangor kerana terbabit dalam kegiatan kumpulan samseng ditahan minggu lalu dalam satu serbuan.

Dia ditahan bersama tiga orang kanannya dan tiga wanita dalam serbuan sepasukan polis dari Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang, diketuai Inspektor Hairmi Miskon kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Difahamkan, suspek bersama beberapa rakannya yang masih bebas sebelum ini menubuhkan kumpulan berkenaan selepas mereka disingkirkan daripada sebuah pertubuhan yang terkenal dengan kegiatan kebajikan dan sosial, termasuk di utara Semenanjung dan Kuala Lumpur.

Tiger Snook juga dikatakan sering membawa senjata untuk keselamatan diri.

selain untuk meyakinkan pengikutnya bahawa dia mempunyai kuasa serta pengaruh bagi menghalang pihak berkuasa menahannya.

Selain itu, suspek memperoleh hasil daripada syarikat atau individu tertentu selepas memeras ugut mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Otaimer This user has been deleted
Post time 8-5-2006 04:21 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Anak buah Tiger Snook, ketua Geng 77 yang didakwa ?enjual? nama Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), dipercayai menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengugut untuk memusnahkan pejabat pertubuhan itu.




SMS berkenaan dikirimkan kepada seorang pemimpin kanan Pekida dipercayai kerana tidak puas hati selepas ketua mereka ditahan dalam serbuan polis di Klang, minggu lalu.

Dalam SMS itu, anak buah Tiger Snook memberi amaran kepada pemimpin kanan Pekida itu supaya tidak mencampuri urusan Geng 77 jika tidak mahu menerima padah.

SMS terbabit berbunyi: ?ang bagi tau kat ayah Lan kalau nak hidup selamat, jangan cuba nak masuk campur dalam hal (Geng) 77, lagi sekali kes 77 masuk Metro, pejabat Pekida akan kami langgar dan musnahkan, jangan bermain dengan buah 7 padah akibatnya.?

Berikutan ugutan itu, pemimpin kanan Pekida membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Dang Wangi, malam Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Kamal Pasha Jamal, mengesahkan menerima laporan berkenaan.

?es itu dirujuk ke IPPD Putrajaya untuk tindakan lanjut kerana mangsa menerima ugutan berkenaan di kawasan pentadbiran polis terbabit,? katanya.

Sementara itu, pemimpin kanan Pekida yang membuat laporan polis itu berkata, pihaknya tidak bermusuh dengan mana-mana pihak.

?ekida bukan ditubuhkan untuk bertelingkah dengan mana-mana individu atau pihak. Kami tidak akan mengambil tindakan terburu-buru atau menyalahi undang-undang untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

?ekida menyerahkan ugutan terbabit kepada polis untuk siasatan lanjut. Kami juga akan memberikan kerjasama kepada polis jika diminta berbuat demikian,? katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

SMS terbabit diterima selepas seorang pemimpin kanan Pekida mengeluarkan kenyataan mendakwa pertubuhan itu tidak akan menerima ahli yang bertindak samseng atau melakukan jenayah.

Selain itu, Pekida mendedahkan Tiger Snook ada ?enjual? nama pertubuhan berkenaan tetapi selepas mendapat tahu banyak pihak kurang senang dengan perbuatan berkenaan, dia melarikan diri ke Klang, Selangor.

Bagaimanapun, Tiger Snook bersama konco-konconya meneruskan aktiviti jenayah seperti mengugut peniaga Bumiputera serta merekrut ramai anggota baru Geng 77, terutama di kalangan remaja.

Dalam serbuan tengah malam Rabu lalu, Tiger Snook yang berusia lingkungan 20-an ditahan selepas menjadi buruan polis sejak beberapa tahun lalu kerana disyaki terbabit dalam pergaduhan, peras ugut dan pengedaran wang palsu di sekitar Lembah Klang.

Dia ditahan bersama tiga orang kanannya dan tiga wanita dalam serbuan sepasukan polis dari Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang, diketuai Inspektor Hairmi Miskon kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Polis melakukan intipan beberapa minggu lalu sebelum serbuan dilakukan.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Azizan Abu Taat, berkata Tiger Snook yang tidak mempunyai pekerjaan, dikesan bergantung hidup menerusi hasil kutipan bayaran yuran bulanan RM36 daripada setiap pengikutnya.

?emua pengikutnya perlu membayar yuran itu setiap bulan kerana mereka sudah mengangkat sumpah dan perlu mematuhi peraturan berkenaan,? katanya.

Azizan berkata, suspek juga dikehendaki polis Kuala Lumpur kerana disyaki terbabit kes jenayah di sekitar ibu kota.

?ita tidak menolak kemungkinan suspek bersama anggota kanannya melarikan diri ke Klang untuk berlindung,? katanya.

Difahamkan, suspek bersama beberapa rakannya yang masih bebas sebelum ini menubuhkan kumpulan berkenaan selepas mereka disingkirkan daripada sebuah pertubuhan yang terkenal dengan kegiatan kebajikan dan sosial.

, termasuk di utara Semenanjung dan Kuala Lumpur.

Tiger Snook juga dikatakan sering membawa senjata untuk keselamatan diri selain untuk meyakinkan pengikutnya bahawa dia mempunyai kuasa serta pengaruh bagi menghalang pihak berkuasa menahannya.

Selain itu, suspek memperoleh hasil daripada syarikat atau individu tertentu selepas memeras ugut mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2006 08:57 AM | Show all posts
double seven.. knp nama dia bkn nama islam? mmng kalo masuk perkida kena guna nama haiwan ek? rimau, burung mmng kalo nk berdakwah kena guna nama cam tu ke?

[ Last edited by  riffer_tapper at 11-5-2006 08:58 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2006 05:20 PM | Show all posts
apa la yg secret sangat.. kalau memang pertubuhan tu clean nape bila orang tanya lebih sikit, kata secret la, tak ble beritahu la.. memacam alasan.. bukan ke tu menambahkan suspect orang awam yg pertubuhan ni ada bau-bau bacang ngan kongsi gelap.. :hmm:
Reply

Use magic Report

gasket This user has been deleted
Post time 12-5-2006 11:29 AM | Show all posts
aduh...
ngantuknya....saya "tidur" dululah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2006 10:39 AM | Show all posts
Gasket, aku rase macam kenal ko... Ko kenal ke aku? Ahaks...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2006 01:56 PM | Show all posts
Originally posted by d34n at 11-5-2006 05:20 PM
apa la yg secret sangat.. kalau memang pertubuhan tu clean nape bila orang tanya lebih sikit, kata secret la, tak ble beritahu la.. memacam alasan.. bukan ke tu menambahkan suspect orang awam yg pe ...



btol tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2006 02:03 PM | Show all posts
Al Mu'minuun

52. Sesungguhnya (agama tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu, dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku.

53. Kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing).

Al Anbiya ayat 92.

Sesungguhnya (agama Tauhid) ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku.


**, mngkin sy silap melilai ditambah pula dgn statement kwn2 sy yg telah lama dlm perkida mngatakan pertubuhan ini semakin menyimpang mereka kata cth terdekat adalah perpecah-belahan diantara ahli kerana wujud kumpulan yg lebih kecil seperti 77,30,36 ranting long tiger, ranting tony simpang sini dan simpang sana...

sy menilai melalui nas yg sahih.. al-quran..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2006 03:59 PM | Show all posts
dgr citer budak2 PEKIDA standby kat segambut
ada betul ka?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2006 09:52 AM | Show all posts
standby aper lak nie..??? :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2006 08:26 AM | Show all posts
adeii.. lama nye gasket "tidur"......hehehhe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2006 01:28 AM | Show all posts
dia 'tido' cam beristighfar pon ader.... :lol
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2006 06:37 PM | Show all posts
Kat Perak kat mana ada PEKIDA ni eh? Seumur hidup I tak pernah jumpa lak pertubuhan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2006 01:17 PM | Show all posts
Originally posted by d34n at 11-5-2006 05:20 PM
apa la yg secret sangat.. kalau memang pertubuhan tu clean nape bila orang tanya lebih sikit, kata secret la, tak ble beritahu la.. memacam alasan.. bukan ke tu menambahkan suspect orang awam yg pe ...


sokong...sokong...
Reply

Use magic Report

soket123 This user has been deleted
Post time 5-7-2006 05:00 PM | Show all posts
aiiitt nape senyp je thread ni???
nak tanya.........
nape aku tgk bebdk muda jd kan pertubhn ni tuk mencari gaduh je
diorg jdkan pertubhn ni cam batu loncatan.
yg aku tau pertubhn ni memerlukan peribadi yg bersih
tp yg aku tgk yg kaki tonggang, kaki pompuan, kaki isap plak yg memonopoli pertubhn ni
3 line same ke ngan pertubuhn ni????
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2006 03:22 PM | Show all posts
Originally posted by soket123 at 5-7-2006 05:00 PM
aiiitt nape senyp je thread ni???
nak tanya.........
nape aku tgk bebdk muda jd kan pertubhn ni tuk mencari gaduh je
diorg jdkan pertubhn ni cam batu loncatan.
yg aku tau pertubhn ni memerlukan ...



ntah...dorang silap mengaplikasi konsep pekida kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-7-2006 01:34 AM | Show all posts
Originally posted by soket123 at 5-7-2006 05:00 PM
aiiitt nape senyp je thread ni???
nak tanya.........
nape aku tgk bebdk muda jd kan pertubhn ni tuk mencari gaduh je
diorg jdkan pertubhn ni cam batu loncatan.
yg aku tau pertubhn ni memerlukan ...


ko tau ker bdk² muda yg bergaduh tu ahli pekida...???? :cak:

bdk² nie tau persatuan nieh majoriti nyer masyarakat melayu, jadi itu jerk laa cara diorang utk petik jerk nama pekida nieh.... walhal bdk² tuh pon tatau aper itu Pekida kot....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 12:07 PM | Show all posts
ada gak simpang 3 dlm neh ek.. hehe !
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 12:09 PM | Show all posts
sayangnya, ramai yg dah salah guna PEKIDA neh..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 04:44 PM | Show all posts
ala nak tau senang je.. try salam.. pastu cite nak langgar je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.070066 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list