CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 26164|Reply: 56

Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (merged: selendangmerah)

[Copy link]
Post time 18-1-2006 12:05 PM | Show all posts |Read mode
Silat Seni Gayong diasaskan oleh Allahyarham Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd.Hashim. Beliau mempelajari persilatan ini daripada nendanya Tuan Syed Zainal bin Syed Idris Al-Attas. Syed Zainal pula mempelajari persilatan ini daripada Daeng Ambok Solok di Pulau Temiang, berdekatan Jambi, Sumatera. Mat Kilau, Dato

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2006 12:10 PM | Show all posts
Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia Universiti Malaya

Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia Universiti Malaya merupakan antara persatuan seni mempertahankan diri yang tertua di Universiti Malaya. Persatuan ini dahulunya dikenali sebagai Kelab Gayong Universiti Malaya dan bergerak cergas di awal 1970-an. Persatuan ini telah terkubur sebentar pada pertengahan 1980-an. Usaha-usaha untuk menghidupkan semula persatuan ini telah dimulakan mulai sesi 1994/95. Persatuan ini berjaya dihidupkan semula mulai sesi 1997/98.

Gurulatih PSSGMUM ialah Cikgu Fadhil bin Hj.Ibrahim(Harimau Pelangi Cula Sakti Empat), dengan dibantu oleh Cikgu Radzwan bin Abdul Razak(Harimau Pelangi Cula Sakti Tiga).

Latihan dijalankan dua kali seminggu(Selasa dan Khamis) bertempat di padang belakang bangunan Baktisiswa, bersebelahan dengan stor sukan. Masa latihan:5.30 - 7.00 petang.

Keahlian persatuan terbuka kepada semua warga Universiti Malaya. Kepada yang bukan warga UM, anda juga dialu-alukan berlatih bersama-sama pelatih yang lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2006 12:12 PM | Show all posts
Contact:

e-mailnnmohdjadi@yahoo.com

Onn bin Mohd.Jadi
Cawangan Penyakit Bawaan Vektor
Bahagian Kawalan Penyakit,
Jabatan Kesihatan Awam,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Parcel E, Blok E10, Aras 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya
Malaysia
Tel: 03-88834266

link: http://members.tripod.com/~onnjadi/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

smanzz211 This user has been deleted
Post time 22-3-2006 11:55 PM | Show all posts
hidup gayong.....genggam angkat yakin waras ngeri
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2006 06:35 AM | Show all posts

salam

Member ada masuk aktiviti silat gayung ni...

Ada aktiviti mandi minyak panas... ngeri gak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2006 08:01 AM | Show all posts
minyak kelapa... minyak yg unik kerana haba yg dikeluarkan tidak setinggi yg diterima.. org biasa pun boleh cuba, seperti sy sendiri.. sy diberi peluang mncuba oleh sahabat sy yg mmpelajari silat ini... bkn kepercayaan dan tiada rahsia diantara bkn ahli kerana mereka merasakan semua org setaraf hanya hamba allah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
kamaruli This user has been deleted
Post time 20-5-2006 12:01 AM | Show all posts
kalau silat gayung nak tempah t-shirt pm la saya
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2006 08:10 PM | Show all posts
apa perbezaan silat seni gayong m'sia dgn silat seni gayong Fatani m'sia...?
buley huraikan...?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2006 04:16 PM | Show all posts
Originally posted by sesusah jer at 20-5-2006 08:10 PM
apa perbezaan silat seni gayong m'sia dgn silat seni gayong Fatani m'sia...?
buley huraikan...?


Silat Gayung Fatani berasal dari penempatan di Thailand iaitu Pattani
Dari segi bunga dan buah ader berlainan....pada peringkat atasan ader belajar
ilmu batin.... Hmmm ..aper lagi yek


p/s:>Bagaimana pun setiap aliran perguruan Seni Silat mempunyai kerohanian atau kebatinanya
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 12:19 PM | Show all posts
gayong fatani lebih terkenal dengan nama silat pulut..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 04:29 PM | Show all posts

Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM)



Gayong,  nama seorang hulubalang melayu yang teragong. Dia berpegang teguh pada amanah dan perintah Allah, seterusnya melahirkan Seni Gayong.  
Seni Gayong, Tujuh hulubalang adik beradik belayar di Lautan Tujuh. Mereka berpantun ditengah lautan katanya:  

Pecah Gayong di dalam dulang,
Dulang hanyut di lautan tujuh,
Perpecahan Gayong perpecahan sayang,
Di satu masa kita akan kembali bersatu dan teguh.


Mereka berpecah di seluruh Tanah Besar Melayu. Namanya DaingJalak, Daing Celak, Daing Merawak, Daing Mempawah, Daing Telani, Daing Pelonggi dan Daing Kuning.

Daing Kuning mewarisi kepada Long Che Ngah tambah kemudian Long Che Ngah tambah mewarisi kepada Daing Uda Muhamad Hashim, di sinilah tertubuhnya Silat Seni Gayong.  

Silat Seni Gayong ditubuhkan pada tahun 1938, dengan usaha Dato' Daeng Uda Mohammad Hashim bersama anak-anaknya iaitu Daeng Meor Abd Aziz dan Daeng Meor Abd Rahman (Mahaguru Dato' Meor Abd Rahman berpusat di Ayer Kuning, Taiping, Perak.  

Pada tahun 1940, Dato' Meor Abd Rahman telah mengembangkan silat di Singapura.  

Pada tahun 1950, Dato' Meor Abd Aziz telah mengembangkan Silat Seni Gayong di Seberang Perai, Pulau Pinang.  

Pada tahun 1955, Allahyarham Tunku Kassim(Tunku Laksamana) telah membawa Dato' Meor Abdul Rahman dan ahli-ahli Silat Seni Gayong dari Singapura membuat persembahan di Istana Sultan Kedah dan menyertai Gayong.  

Pada tahun 1956 Pak Lang Yusuff Salleh dan saudara-saudaranya menyertai Silat Seni Gayong melalui Dato' Meor Abd Aziz.  

Pada bulan April 1957, Abd Majid Md Isa menyertai Silat Seni Gayong, berlatih dengan Guru Latih Ismail Mansor selama setahun dan pada tahun 1958 digantikan dengan Cikgu Qamari Melan dari Singapura.  

Pada tahun 1959, Dato' Meor Abd Rahman bersama Dato' Oon Jaafar dan ketua-ketua Silat Seni Gayong Singapura dan Johor membuat lawatan ke Kedah, dan membawa Abd Majid Md Isa ke Singapura untuk menjalani latihan selama setahun di Pusat Latihan Silat Seni Gayong Singapura.  

Pada tahun 1960, Abd Majid Md Isa dilantik menjadi Guru Latih, seterusnya menjadi Guru Latih di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Ramai muda-mudi di Kedah menyertainya iaitu Cikgu Ramli Ibrahim, Awang Daud, Ibrahim Abdullah, Hashim Muhamad, Ismail Chik, Samad Said, Ahmad Lazim serta lain-lain lagi.  

Pada tahun 1961, Abd Majid Md Isa sekali lagi dipanggil oleh Dato' Meor Abd Rahman ke Singapura untuk menjalani latihan bermain senjata seperti pisau, keris, sembat, seterusnya dilantik menjadi Guru Latih tertinggi di seluruh Malaysia, ditugaskan mengajar Silat Seni Gayong.  

Pada tahun 1962, Abd Majid Mat Isa, Ramli Mat Araff, Ramli Ibrahim dan Kamsiah Rashid telah dibawa oleh Dato' Meor Abd Rahman dari Kedah ke Singapura untuk membuat persembahan silat dan mendapat sambutan dari seluruh masyarakat melayu.  

Pada tahun 1963, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia didaftarkan dan diluluskan dengan nombor pendaftarannya 361 di Johor Baharu atas usaha Dato' Oon Jaafar.  

Pada tahun 1964, Perdana Gayong Pertama diadakan di Stadium Alor Setar, Kedah. Wang pungutan sebanyak RM 12,000 telah berjaya dipungut atas usaha Cikgu Md Nanyan Saad, Cikgu Othman Hanafiah dan lain-lain lagi.  

Pada tahun 1965, Abd Majid Mat Isa melangsungkan perkahwinan dengan Enah bt Yaman, dan pada tahun ini juga Abd Majid Mat Isa bersama-sama Dato' Meor Abd Rahman, Siti Kalsom dan Md Khir Saad pergi ke Trengganu dan Kelantan untuk mengembangkan Silat seni Gayong.  

Pada tahun 1976, Abd Majid Mat Isa, bersama-sama 12 orang ahli Seni Silat Gayong telah mengadakan pertunjukan di Medan, Indonesia.  

Pada Ogos 1977, Abd majid Mat Isa telah dipecat daripada Guru Latih Tertinggi oleh Dato' Meor Abd Rahman.  

Pada April 1978, Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia ditubuhkan dengan no. pendaftaran 1756. Pada mulanya hanya 6 cawangan ditubuhkan iaitu 5 di Kedah dan 1 di Perlis dengan ahli seramai 200 orang. Pertubuhan ini bergerak dengan baik pada mulanya, Ia dapat menyusun mesyuarat agong selama 10 tahun, tetapi akhirnya tidak dapat bergerak kerana banyak cawangan dibubarkan pendaftarannya.  

Pada tahun 1994, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia berpecah menjadi dua, maka lahirlah Silat Seni Gayong Warisan Serantau yang dipimpin oleh Encik Badekrulzaman.  

Pada 31 Disember 1994, Pertubuhan Gayong Malaysia telah mengadakan Perdana Gayong kali ke2 dan dirasmikan oleh DYMM Sultan Kedah.  

Cawangan-cawangan yang didaftarkan 6 cawangan di Kedah, 1 di Perlis, 7 di Pulau Pinang, 1 di Selangor, 1 di Johor, 1 di Melaka, 2 di Trengganu, 5 di Pahang, dan 10 di Kelantan. Ahli-ahlinya lebih kurang 10, 000 orang.  

Perrtubuhan Seni Silat Pusaka Gayong masih berjalan dengan baik dan dapat mengadakan kursus-kursus pelajaran, persembahan silat serta menyertai pertandingan-pertandingan silat seni dan menjuarainya setiap tahun.  

Walaupun Dato' Meor Abd Rahman dan Pak Lang Yusuff telah meninggal dunia, usaha untuk menyatukan gayong masih tidak berjaya. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembelingkan usaha memajukan pertubuhan ini. Walaupun apa terjadi kita akan terus berusaha menyatukan kembali gayong kita melaui Adat Istiadat Gayong agar tercapai perpaduan bangsa Melayu. Insyaallah kita akan berjaya dengan berkat kesabaran dan keimanan, Allah akan memberi pertolongan akan niat baik kita ini.
  

       "GAYUNG BERGAYUT KATA BERSAHUT"

KEPADA SEMUA ANAK GAYONG, MARILAH KITA SEMUA BERSATU

      "SEGAYONG SEKENDI SEPERIGI SEMINUM SEJALAN SEJADI SEDARAH SEDAGING SEPADU"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 11:55 AM | Show all posts


Gayong in Illinois
At present Gayong is practiced at the following location;
American Academy Martial Arts
5225 Main Street
Downers Grove, IL.60515
Tel:  630-852-4422


Gayong classes in Illinois are currently conducted by Cikgu (teacher) Sheikh Shamsuddin  (Sam) and Cikgu Joel Champ. Sam is ranked Harimau Pelangi Cula Sakti (black belt) in the Gayong Malaysia hierarchy and carries the title Ketua Kalifah (Chief of Caliph). He has also studied other martial arts such as Hapkido and Aikido. He has given several seminars with other known self-defense practitioners such as Cikgu Majid Mat Isa and Cikgu Kahar from Malaysia, Cikgu Ariffin Mahidin (Gayong from London, England), Guru William De Thouars (Kuntao Silat) and Victor De Thouars (Serak Silat), Guru Jim Ingram (Mustika Kuwitang Silat), Guru Dr. Andre KnutGraichen, Guru Wayne Welsh, Hapkido instructor Randy Stigall and Hanshi Bruce Juchnik (Kempo).

Cikgu Joel Champ is ranked Harimau Pelangi Cula Sakti in the Gayong Malaysia hierarchy and currently carries the title Khalifah Muda (Young Califh) given by cikgu Siti Kalsom in Taiping, Perak, Malaysia. He has also studied other martial arts such as Hapkido, Kempo, Kuntao Silat, Kick Boxing and the Philippines Arnis stick fighting. He has also trained Gayong under the guidance of cikgu Majid and Jazwan Kahar in Kuala Lumpur. Cikgu Joel has also given several silat seminars together with Sam in various locations within United States. He has written and published several articles on Silat Seni Gayong with the local martial art magazines as well as martial art magazine "Seni Beladiri" in Malaysia. Joel is also an adopted son of cikgu Siti Kalsom Meor Rahman.

Gurulatih Gene Scott Jr is also a member and assists the group in spreading the art. He is ranked Benkung Kuning Cula Tiga (yellow belt 3rd dan) in the Gayong Malaysia hierarchy.

Our group is proud to have two Jurulatih (assistance instructors) to spread the art of Gayong. They are Jennifer Para and Daniel Snyder. Both are currently studying Gayong under cikgu Sam and have also traveled to Malaysia and learned Gayong under the guidance of cikgu Jazwan Kahar. Jennifer and Daniel are the adopted daughter and son of Siti Kalsom Meor Rahman.

Overview of Gayong Form
Gayong is mostly the hard form of silat. Silat itself consists of two forms, hard and soft. The soft form is referred to as Bunga (flower) and the hard form as Buah (fruit) or tangkapan (grappling). From the flower we have fruit. Gayong seldom practices the flower form, but it does exist. The flower form acts as a means of camouflage for the hard style. The purpose of bunga is to confuse and bore the opponent. When the opponent is confused, the graceful motions suddenly change into explosive and lightning fast strikes to vital targets. Gayong style uses striking, grappling and bone breaking techniques. In addition to Buah Kunci Mati (body lock), there is a set of movements referred to as Kombat or Pukulan (combat), i.e. a combination of blows, claws, tears and pokes to the vital points. Gayong also teaches the "ground fighting form". Falling to the ground does not mean the fight is over. Falling to the ground enables you to use Gerakan Harimau (tiger movements). Another concept is to work on the opponents' center axis by pushing, twisting and using off balancing maneuvers.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 03:40 PM | Show all posts
ko budak gayong gak ke beck ??
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 04:46 PM | Show all posts
x der laa... tp ako slalu lepak ngan diorg jerk..... slalu gak turun gelanggang...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 05:21 PM | Show all posts
Naper ramai remaja suka join silat gayung eh?  Atau ahli tertinggi silat gayung ni yg aktif.  I lihat kat mana2 sekolah & institusi ada silat gayung.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 12:25 AM | Show all posts
dah silat nieh jerk yg paling snang dipelajari berbanding ngan silat² lain.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2006 09:52 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 9-4-2006 06:35 AM
Member ada masuk aktiviti silat gayung ni...

Ada aktiviti mandi minyak panas... ngeri gak.


tak de la ngeri sangat... sentuh tangan kat permukaan minyak..bukan gi celup tgn dlm tuh...then sapu2 kat badan macam sapu losyen...

pehtu mandi air limau...

bessssttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 09:55 AM | Show all posts
dalam forum ni takde lain2 ahli silat gayong ke?...

aku baru perasan ada thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 09:57 AM | Show all posts
Originally posted by BecKHaM at 5-9-2006 12:25 AM
dah silat nieh jerk yg paling snang dipelajari berbanding ngan silat² lain.....


senang2 pom...aku masih ngeri lagi kalo kene lompat org tu..eeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....sebuleh2 nak elak...lain la time kursus upgrade bengkong (belt) tu takleh lari de
:jeling:
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 04:13 PM | Show all posts
Originally posted by BecKHaM at 4-9-2006 04:46 PM
x der laa... tp ako slalu lepak ngan diorg jerk..... slalu gak turun gelanggang...


gelanggang mana ??

aku dok cari gelanggang neh,,

aku nak cari pusaka punya gelanggang,.,.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.371775 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list