CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: xcaliburecruz

persatuan seni silat cekak ustaz hanafi (PSCCUH)

[Copy link]
Post time 20-9-2006 07:59 PM | Show all posts
Lahirnya Cekak kerana kesedaran
bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan

Silat Cekak benar-benar asli
tidak bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri

Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
Insya-Allah mendapat faedah

Silat Cekak pada lahirnya
pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya

Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat

Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat


Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
diakhirat kita masuk neraka

Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.

[ Last edited by  anakomar at 20-9-2006 08:01 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2006 10:59 AM | Show all posts
assalamualaikum,

sebenarnya walaupun secara rasmi bermula 17 sept, kes ini bermula sejak bulan Mac lagi.  dikhuatiri dakwaan-dakwaan ke atas abg mad boleh membawa perpecahan kalau diketahui umum.  tak mustahil ramai yang join pak hak pulak..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2006 04:19 PM | Show all posts
CM tetap maintain...
tanpa sebarang propaganda..
Dorang tetap istiqomah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2006 12:20 PM | Show all posts
x sangka org yg dok mengata org lain sesat last2 tertungging mcm tu je...sape xde keje skrg leh le apply, ada jawatan kosong ni...kuikuikui...

p/s:guru sebenar tuh...kalo guru x sebenar ntah jadi apa lak pun tak tau:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2006 11:44 PM | Show all posts
hukum karma tu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2006 11:46 PM | Show all posts
diminta pendukung2 CH tolong cerita sikit..
jangan dok terang pasal Pak Ak je..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2006 12:03 AM | Show all posts
assalamualaikum,

ada banyak kes dakwaan salah laku ke atas abg mad..  ada satu yang paling serius..  rasanya dah ada di internet pun..  harap ahli CH dapat bagi lebih info..  aku tak nak cerita sangat kerana tak nak nanti jatuh hukum fitnah..

aku tamat semasa sekolah, zaman 91-92 dulu..  dengan pak hak  (betul ke aku dengar orang panggil dia ustaz ishak sekarang?  bila dia dapat title ustaz?)..  dan aku juga pernah bekerjasama melatih bebudak CH semasa melanjutkan pelajaran selepas sekolah..

aku tak pernah ambik port CH atau CM..  pada aku, sama saja..  semasa belajar, kita dah berjanji tak nak gaduh sesama ahli silat cekak..  kenapa kita nak bezakan CH atau CM..  mereka tetap saudara seagama kita..  silat kita berpaksikan agama..  berbeza pendirian tak semestinya bermusuh..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2006 12:44 PM | Show all posts
Sila lawati http://silatcekakhanafi.org/

Selamat berpuasa dan hindarilah daripada buruk sangka yang boleh memecah-belahkan persefahaman antara kita...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2006 12:53 PM | Show all posts
Diambil daripada  http://silatcekakhanafi.org/


Perutusan Ramadhan YM Guru Utama        
Thursday, 21 September 2006  
PERUTUSAN SEMPENA RAMADHAN 1427 H/ 2006

YM TUAN GURU MD RADZI HAJI HANAFI

PRESIDEN MERANGKAP GURU UTAMA PERSATUAN SENI SILAT CEKAK HANAFI MALAYSIA

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh,



Bulan Ramadhan menjelma lagi dengan segala keberkatan dan kemuliaannya. Insya Allah kita semua bakal menunaikan ibadah puasa iaitu Rukun Islam ketiga  dengan penuh keikhlasan.

Semasa Baginda Rasulullah S.A.W masih hidup, kehadiran bulan penuh rahmat ini memang dinanti-nantikan. Rindunya Junjungan Besar kita itu kepada bulan Ramadhan sama seperti merindui seorang kekasih. Baginda merindui bulan ini kerana bulan ini  mempunyai banyak kelebihan berbanding bulan lain. Marilah kita bersama-sama merebut nikmat dan rahmat pada bulan ini. Marilah kita melakukan perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang mungkar.


Berkata Rasulullah S.A.W : ?uasa itu satu perisai. Apabila seseorang kamu berpuasa maka janganlah berkata PERKATAAN YANG KOTOR ATAU SIA-SIA. Jika ada orang yang menyerang atau mencela maka katalah : ?ku berpuasa, aku berpuasa.? Ya, bukan mudah menahan diri daripada berkata dengan perkataan kotor dan sia-sia apatah lagi di saat persatuan kita sedang dilanda krisis dalaman yang hebat.


Sebagai pemimpin persatuan, ini merupakan ujian dan dugaan yang paling getir dalam hidup saya. Saya sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar krisis ini dapat diselesaikan dengan baik, aman, dan tidak semakin mengeruhkan keadaan atau mencalar imej persatuan. Saya ingin menasihati ahli-ahli sekalian terutama penyokong setia saya supaya bertenang dan bersabar menghadapi situasi ini, sementara pihak saya yang didokongi oleh sahabat-sahabat seperjuangan serta murid-murid yang setia cuba mencari jalan keluar dari kemelut ini.
Saya maklum akan fenomena akhir zaman yang diselaputi oleh pelbagai fitnah yang datang dari pelbagai arah menjadikan kita yang BERKATA BENAR ini seolah-olah terkepung, terpenjara dan lemah. Kedurjanaan yang bermaharajalela ini memang membuatkan kita marah, kecewa dan sedih tetapi kita tidak boleh berputus asa. Apapun, di sebalik segala kemelut yang melanda, saya menyeru semua ahli dan penyokong setia agar berdiri teguh dan berkeyakinan dalam menghadapinya.


Sebagai mana yang kita semua maklum, permainan Dajjal di akhir zaman adalah permainan yang berkaitan dengan FITNAH. Sekiranya Dajjal muncul pada zaman salafus soleh yakni pada zaman sahabat, makhluk ganas lagi merbahaya itu hanya layak diberikan kepada kanak-kanak untuk diselesaikan. Pun begitu, Dajjal tidak muncul pada zaman itu, sebaliknya muncul pada zaman jahiliyah kedua. Ciri-ciri zaman jahiliyah kedua ialah apabila umat Islam memandang remeh kepada agama, memilih untuk membuang mana-mana ajaran dalam agama sesuka hati atau melupakan terus agama. Permainan Dajjal pada zaman jahiliyah kedua ini bertunjangkan penipuan secara besar-besaran yakni fitnah. Fitnah itu sungguh dashyat sehingga berupaya membenarkan perkara palsu dan memalsukan perkara benar. Dajjal dengan permainannya yang licik itu mampu menukarkan perkara hitam menjadi putih dan perkara putih menjadi hitam. Nilai baik diterbalikkan menjadi nilai buruk manakala nilai buruk menjadi sebaliknya. Kita sudahpun merasai bahang itu  dalam persatuan kita sekarang.


Jangan terkejut wahai para sahabat, penyokong dan anak murid yang saya kasihi kerana ini bukanlah perkara baru. Nabi sudah pun memberitahu kita lebih awal lagi dalam hadis-hadis sahih. Jelas kita sekarang hidup dalam era yang dikatakan oleh Baginda yang dikasihi. Antaranya ialah apabila pengkhianat, penipu dan  pembelit dianggap sebagai orang baik, tempat bergantung dan pemimpin untuk diikuti. Justeru, marilah kita sama-sama berdoa agar dilindungi daripada segala fitnah yang dashyat yang menimpa persatuan kita sekarang. Sesungguhnya siapa  yang benar, akan tetap dalam kebenaran. Siapa yang sesat akan tetap dalam kesesatan. Bagi yang berada di jalan benar, sampaikanlah perkara ini kepada orang sekeliling dan pandulah mereka yang tersesat itu ke jalan benar. Sebagai mangsa fitnah, saya tetap yakin bahawa sedikit masa lagi, Silat Cekak Hanafi pasti akan dikembalikan kepada kedudukan asal sebagai mana yang ditinggalkan oleh Almarhum Ustaz Hanafi Haji Ahmad dua puluh tahun yang lalu.


Ayuh para sahabat, pengikut, penyokong dan anak murid yang setia dengan perjuangan Silat Cekak Hanafi, berdirilah dengan prinsip yang jelas, jangan berdiri di atas pagar atau menjadi lalang yang akan terbuai ke sana ke mari  mengikut arah angin.
Berbalik kepada bulan Ramadhan, suka saya mengingatkan bahawa banyak peristiwa bersejarah telah berlaku pada bulan ini. Antaranya ialah penaklukan Andalusia (Sepanyol) oleh tentera Islam pada 91 Hijrah yang dipimpin oleh Thariq bin Ziad. Dalam peristiwa yang dikenali sebagai ?utuh Andalusia? ini, beliau telah menyemarakkan semangat para panglima dengan berkata : ?usuh di depan kamu, Apabila kamu mundur, lautan di belakang kamu. Pilihlah yang mana lebih tinggi kehormatannya. Berjuang di jalan Allah ataupun mati ditelan lautan.? Semangat seperti inilah yang saya mahu lihat sebati dalam hati semua ahli khususnya para sahabat, pengikut, penyokong dan anak murid yang setia.




Akhir kata, sama-samalah kita menegakkan kebenaran dan mengharungi bulan Ramadhan yang penuh cabaran serta dugaan ini dengan penuh ketakwaan. Semoga segala amal ibadat kita pada bulan ini diberkati Allah S.W.T.
Sekian, wassalam.


TUAN GURU MD RADZI HAJI HANAFI
Kuala Lumpur
Ramadhan 1427H

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

kelamkabut This user has been deleted
Post time 25-9-2006 01:51 PM | Show all posts
Originally posted by myohmy at 20-9-2006 05:25 PM
pe citer dlm www.cekakhanafi.com ek?...x sangka Guru Utama pon leh kena gantung...saper sebenar guru nih?



aku pun dgr gak citer ni...aku bacca ler kat website die...apalah ank murid leh gantong guru...ni dah satu keajaiban....bukan apa...kite nk blajar berkat tu dtg dari guru tp skrg ni guru dah xada mcmana...kesian ler kat kawan PSCUH ni..erm...ada jawatan kosong ker?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2006 03:44 PM | Show all posts
Pertuduhan kepada guru utama CH ada kat link ini..


http://pak-kaduk.netfirms.com/

[ Last edited by  anakomar at 25-9-2006 03:49 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2006 04:24 PM | Show all posts
Dimaklumkan di sini bahawa Mesyuarat Majlis Muafakat Tertinggi (MMT) Persatuan Silat Cekak Hanafi telah bersidang pada 3 September 2006.

Majlis Muafakat Tertinggi telah membuat ketetapan bahawa
YM Tuan Guru Md Radzi Bin Haji Hanafi adalah
Guru Utama Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia.



Selaku pengamal Seni Silat Cekak Hanafi, bersamalah kita menuntut kebenaran dan keadilan terhadap fitnah dan aniaya yang dilemparkan kepada YM Tuan Guru Md Radzi Bin Hj Hanafi .



Harap maklum . Wassalam.



Mana satu yang betul entah la...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2006 04:30 PM | Show all posts
Originally posted by anakomar at 25-9-2006 03:44 PM
Pertuduhan kepada guru utama CH ada kat link ini..


http://pak-kaduk.netfirms.com/



Ini adalah kronologi daripada orang yang buat pertuduhan..

Soalan:

Sudah baca kronologi daripada pihak yang kena tuduh?

Analisis drp. kronologi tersebut, ada rasa tak sesuatu yang tak kena?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2006 07:58 PM | Show all posts
tu pasal aku tulis pertuduhan..
mesti ada jawapan dari mat radhi pulak..
anak buang 2 orang tu yang huru harakan CM
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2006 09:48 PM | Show all posts
Originally posted by anakomar at 25-9-2006 07:58 PM
tu pasal aku tulis pertuduhan..
mesti ada jawapan dari mat radhi pulak..
anak buang 2 orang tu yang huru harakan CM


ayat ko yang terakhir tu... aku nak komen sikit...
aku boleh dikatakan kenal la jugak dengan diorang yang dipanggil abang
terutama adik diorang yang bongsu... tapi tindakan diorang kali ini amatlah
mengecewakan aku... pada aku mereka ini lebih kepada tertipu dan tidak
mendapat maklumat yang tepat... aku pernah berbual panjang dengan salah
seorang daripada mereka...

pada aku ada dalang yang lain di sebalik ini semua..
dan aku rasa aku tau siapa... dan website pak-kaduk tu pun macam tau
je siapa penulis serta penerbitnya... cuma yang kesiannya ramai yang
percaya bulat-bulat tanpa menelitinya dengan mendalam terlebih dahulu...

Senang cerita lebih kurang macam kes Anwar Ibrahim je la...
Banyak cakap-cakap kosong aje... buktinya sampai sekarang tadak...

==> INNOCENT UNTIL PROVEN GUILTY <==

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2006 10:42 PM | Show all posts
takpa..
masa akan menentukan siapa yang benar...
dunia persilatan malaysia ni kecil..
lambat laun akan tahu jugak!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2006 01:12 PM | Show all posts
Dengki mendengki dlm politik berpersatuan memang lumrah alam...
Reply

Use magic Report

kelamkabut This user has been deleted
Post time 27-9-2006 01:46 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 26-9-2006 01:12 PM
Dengki mendengki dlm politik berpersatuan memang lumrah alam...



lo..ni bukan dengki namanya...ni ahli die sendiri yang keluarkan kenyataan pasal GURU diorang...hmm pikir ler korang baik2..kalo Guru yg mengajar kita berpelakuan kurang sopan perlu kah kita berada di bawah beliau untuk meneruskan sebarang ilmu dunia dan akhirat....:lebai:
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 02:49 PM | Show all posts
sejak bila cekak ni belajar ilmu akhirat?  guru cm dan ch ni ulamak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 02:55 PM | Show all posts

Reply #77 fleurzsa's post

setuju sangat-sangat..  
dengki-mendengki, tamak kuasa, gila wang, mabuk populariti dan perasan nak jadi no. 1 ni la yang memecah-belahkan umat..  

istiqomah? guru sebenar? yakin sangat ke masing-masing tu betul?
tak nampak pun penghayatan agama yang diwar-warkan..  yang aku nampak, cm kutuk ch, ch kutuk cm.. buat malukan allahyarham ustaz hanafi je..  anak murid bergaduh sesama sendiri mengalahkan benci kepada zionist..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.186682 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list