CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 44174|Reply: 53

Pemulihan Dadah (merged: rayd, mimik )

[Copy link]
Post time 2-8-2005 05:26 PM | Show all posts |Read mode
PEMADAM, ~Persatuan Mencegah Dadah Malaysia

PEMADAM adalah singkatan dari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia. Ia
adalah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan untuk menolong mereka
yang bermasalah berbangkit daripada penggunaan dadah, untuk memberi
tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai bahaya-bahaya penggunaan dadah
dan juga untuk mendapat kerjasama orang ramai dalam usaha membasmi
DADAH.

[ Last edited by  fleurzsa at 27-5-2006 03:59 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2005 05:27 PM | Show all posts
PEMADAM iaitu Persatuan Mencegah Dadah Malaysia telah ditubuhkan pada 22 Mac 1976. Mengikut perlembagaan YAB Perdana Menteri Malaysia adalah penaung PEMADAM dan beliau melantik Yand DiPertua PEMADAM Kebangsaan


Yang DiPertua PEMADAM yang pertama ialah YB Dato' Athi Nahapan. Pada bulan Jun 1976, YB Dato' Rais Yatim telah dilantikan sebagai Yang DiPertua kedua. Pada 9 Jun 1987, YB Tan Sri Dato' Seri Megat Junid bin Megat Ayob pula telah dilantik menjadi Yang DiPertua PEMADAM Kebangsaan ketiga dan semenjak 16 Disember 1999 sehingga kini, Yang DiPertua PEMADAM ialah YB Dato' Zainal Abidin bin Zin.

PEMADAM ditadbirkan oleh satu badan yang dipanggil Majlis Anti
Dadah PEMADAM Kebangsaan; dan untuk melicinkan lagi jentera
pengurusan dan pelaksanaan program dan aktivitinya, 11 biro telah
diwujudkan. Sebagai satu badan yang bercorak kebangsaan,
PEMADAM juga bergerak di peringkat negeri, daerah dan unit.

Di dalam usia 25 tahunnya PEMADAM telah dikenali ramai dan bolehlah dikatakan PEMADAM telah menjadi " a household name ". Sebagai sebuah badan bukan kerajaan, PEMADAM telah bergerak cergas membantu kerajaan memerangi dadah, musuh utama negara.

Di dalam negara, PEMADAM menjalin hubungan rapat dan kerjasama
erat dengan beberapa kementerian dan jabatan, di antaranya
Kementerian Pendidikan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian
Kesihatan, Kementerian Penerangan, Kementerian Dalam Negeri, Agensi Dadah Kebangsaan dan Polis DiRaja Malaysia. PEMADAM juga memandang penting kepada peranan agama dan dengan itu sentiasa mendapatkan input-input yang konstraktif daripada badan-badan ini.

Peranan dan tugas utama PEMADAM adalah pendidikan pencegahan
dan penyebaran maklumat dan mesej anti dadah. Untuk mencapai
matlamat ini, PEMADAM memberi fokus kepada belia, murid, pelajar,
pekerja, pendidik dan ibubapa. Berbagai kursus, seminar, bengkel
diadakan supaya mesej anti dadah dapat tersebar meluas dan
kemahiran mengendalikan kerja-kerja pencegahan dadah dapat
dipertingkatkan.

PEMADAM telah menganjurkan, menaja, mengelola atau terlibat sama di dalam projek dan program seperti kursus panel penceramah, kursus anti dadah untuk ibubapa, seminar anti dadah untuk belia, skim lencana anti dadah untuk pelajar-pelajar sekolah dan juga bengkel bengkel celek komputer bagi pengendalian maklumat di zaman ledakan teknologi informasi ini.

Walaupun PEMADAM tidak terlibat dengan urusan rawatan dan
pemulihan, namun PEMADAM sangat peka terhadap nasib malang dan penderitaan orang-orang yang terdekat dengan penagih seperti ibu bapa, anak isteri dan saudara mara. Oleh itu, PEMADAM menubuhkan PENAWAR, sebagai badan rujukan dan sokongan kepada ahliI-ahli keluarga penagih yang disebut sebagai golongan penderita sepi atau "silent sufferers ".

Di luar negara, di arena antarabangsa pula, PEMADAM juga begitu
aktif sekali, khususnya di negara-negara jiran ASEAN dan di rantau
asia. Pemadam menjadi pertubuhan pengasas kepada penubuhan IFNGO (international federation of ngo's ), satu badan ikatan antarabangsa menentang penggunaan dadah. Sekretariat IFNGO adalah di ibu pejabat pemadam kebangsaan. IFNGO juga telah melahirkan bengkel ASEAN-NGO, juga satu forum anti dadah tetapi khusus untuk negara-negara ASEAN.

Usaha baik IFNGO telah mendapat pengiktirafan ECOSOC (Economic & Social Council) Bangsa-Bangsa Bersatu.

PEMADAM juga turut aktif di dalam aktiviti-aktiviti WFTC( World Federation of Therapeutic Communities) dan forum-forum anti dadah lain yang dianjurkan samaada oleh Colombo Plan atau lain-lain agensi anti dadah Bangsa-Bangsa Bersatu.


Maka dengan itu, jelaslah di dalam usia 25 tahunnya, PEMADAM telah dapat menyumbangkan berbagai khidmat yang membina dan bererti kepada usaha negara memerangi wabak dadah. Nyatalah sokongan padu dan bantuan ikhlas daripada semua warga malaysia akan dapat menggerakkan PEMADAM ke tahap pencapaian yang lebih tinggi dan lebih jitu demi kesejahteraan rakyat dan negara kini dan di masa hadapan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2005 05:28 PM | Show all posts
Tugas-tugas PEMADAM  


1. Mendidik orang ramai mengenai bahaya penggunaan dadah melalui rancangan pencegahan, pendidikan dan penerangan.
2. Mengumpul dan menyampaikan pendapat pakar-pakar mengenai penggunaan dadah dan menganjurkan seminar, majlis dialog, forum dan kursus-kursus.

3. Membantu dalam menyediakan perkhidmatan kaunselling.
4. Bekerjasama dengan Jabatan-Jabatan kerajaan yang bersangkutan dan lain-lain pertubuhan sukarela dalam usaha mencegah penggunaan dadah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2005 05:29 PM | Show all posts
Surat -menyurat:

     No.8, Jalan Ledang,
     50480 KUALA LUMPUR,
     Malaysia

     Email
     pemadam@po.jaring.my
     pemadam@tm.net.my

     Telefon
     (603) 20941187 ; 20941188; 20941190

     Faksmili
     (603) 20943233; 20951897

pautan:  Website: http://www.pemadam.org.my/

[ Last edited by Syd on 2-8-2005 at 05:48 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2005 05:31 PM | Show all posts
PENGASIH Malaysia

PENGASIH Malaysia Non-Profit Organization was initiated by reformed drug users in 1987.

Currently, we are providing treatment services for those suffering from substance abuse such as drugs, chemicals and alcohol. About 1,500 clients have benefitted from our program. We are the only Rehab Centre wholly operated by former drug users.


We grow through knowledge building, hard work as well as through moral support from the government, special interest groups and private citizens. We adopted the Therapeutic Community (TC) approach in 1993 and is an active member of World Federation of Therapeutic Community as well as the Asian Federation of Therapeutic Communities.

In training and development, we have worked with various organizations from USA, Indonesia, Thailand, Maldives, Sri Lanka, South Africa, South Korea, Singapore, Phillipines, Pakistan, India and etc. PENGASIH TC approach have been adopted by associates in Indonesia and Maldives. We have hosted so far about 100 international TC trainees, men and women.

By sharing knowledge, we will learn much from each other. The benefit we seek is, to live a better life - free from drugs. Together, we will make a difference in our future, from what we are today.
  
Mohd Yunus Pathi, CSAC
President, Persatuan PENGASIH Malaysia
Vice President, Asian Federation of Therapeutic Communities
Council Member, World Federation of Therapeutic Communities
Certified Substance Abuse Counsellor, WFTC New York
Consultant, Yayasan Insan Pengasih Indonesia (YIPI)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2005 05:34 PM | Show all posts
RUMAH PENGASIH (Perkhidmatan Rawatan Primer)  

Rumah PENGASIH ialah sebuah institusi pemulihan persendirian yang telah diwartakan, terletak di atas tanah rezab milik kerajaan seluas 6 hektar di Jalan Syers, Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Mula beroperasi pada tahun 1993, ia menggunakan modaliti 揃imbingan Kepulihan Rakan Sebaya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-8-2005 05:36 PM | Show all posts
SINAR KASIH (Perkhidmatan Program Integrasi)  

Sinar Kasih di Shah Alam, Selangor menempatkan residen di mana objektif utamanya ialah menyiapsediakan mereka untuk menghadapi cabaran-cabaran dan pahit getir ketika mengharungi laluan kepulihan dalam situasi kehidupan sebenar.

Secara intensif mereka dibimbing menangani isu-isu yang berkaitan dengan pekerjaan, keluarga, hubungan intim, jaringan sokongan sosial, keceriaan hidup dan rutin hidup yang normal. Projek ini juga terlibat dengan usaha-usaha untuk mendapatkan peluang bagi mereka mengikuti latihan vokesyenal dan akademik. Projek ini mula beroperasi pada tahun 1995.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 603-5210761
atau emel kami di sinar@pengasih.net
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2005 05:36 PM | Show all posts
BAKTI KASIH (Pusat Harian Singgah-Masuk)  

Projek Bakti Kasih merupakan sebuah fasiliti 搒inggah-masuk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2005 05:37 PM | Show all posts
LAUTAN KASIH (Perkhidmatan Persefahaman Antarabangsa)  

PENGASIH telah melakukan transformasi teknologi Therapeutic Community nya di seberang laut di mana Indonesia telah menjadi medan pertama bagi PENGASIH untuk mengembangkan perkhidmatan-perkhidmatannya.

Pada tahun 1998 satu perjanjian kerjasama di antara PENGASIH Malaysia dan Yayasan Insan PENGASIH Indonesia telah dimetrai.

Setelah hampir tujuh tahun PENGASIH beroperasi dengan memberi bimbingan nasihat, latihan dan kursus kepada anak-anak tempatan, pertukaran kakitangan terlatih dan berpengalaman, Yayasan Insan PENGASIH Indonesia kini telah berjaya menyediakan perkhidmatan program rawatannya seperti Pusat Singgah-Masuk, perkhidmatan Rawatan Primer, Kumpulan Sokong Bantu Program Integrasi dan Perkhidmatan Program Temuseru.



--------------------------------------------------------------------------------

SIDANG KASIH (Kumpulan Sokong Bantu)  

Perkhidmatan ini melibatkan usaha membentuk dan mengendalikan pelbagai kelompok sokong bantu (self-help) untuk ahli-ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan dengan masaalah penyalahgunaan dadah. Kelompok sokong bantu ini adalah penting kerana ia merupakan arena di mana pembelajaran sosial berlaku secara aktif sama ada dengan mengalami sendiri atau pun mengambil iktibar daripada pengalaman ahli-ahli kelompok yang lain.

Faktor penting di dalam kelompok ini ialah peranan contoh peneladan (Role Model). Ahli-ahli kelompok bukan sahaja diasuh mengikut teladan tetapi dirangsang untuk berusaha sehingga mampu memberikan teladan yang baik kepada orang lain. Semangat kekeluargaan dan setiakawan di kalangan ahli-ahli kelompok tidak terbatas kepada tempoh menghadiri sessi sahaja tetapi berterusan di dalam kehidupan sebenar mereka.

--------------------------------------------------------------------------------

MUARA KASIH (Pusat Rumah Rekreasi Untuk PLWHA)  

Muara Kasih adalah merupakan salah satu perkhidmatan yang disediakan kepada ahli-ahli atau bekas-bekas pengguna dadah yang dijangkiti HIV/AIDS atau sebarang jenis penyakit yang berjangkit.

Mereka diberikan penjagaan yang rapi di segi kebajikan, makan dan minum, keperluan perubatan, serta di segi keperluan emosi dan kerohanian (emotional and spiritual need).

Program-program tertentu disusun dengan terangcang. Sesi-sesi kaunseling dan motivasi kepada mereka diberikan dari masa kesemasa untuk memulihkan semangat juang mereka untuk terus hidup.


--------------------------------------------------------------------------------

SERUAN KASIH (Program Temuseru)  

Perkhidmatan ini melibatkan aktiviti temuseru secara terancang kepada kelompok-kelompok sasar di pusat-pusat serenti, penjara, pusat pemulihan akhlak, jalanan, pelajar-pelajar sekolah dan masyarakat umum.

Kegiatan yang dirancang dengan rapi ini berhasil mencelikkan anggota masyarakat terhadap tanggungjawab dan peranan mereka dalam menangani gejala penggunaan dadah dan penularan wabak HIV/AIDS.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2005 05:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

rayd This user has been deleted
Post time 2-3-2006 01:48 PM | Show all posts

pemulihan dadah - siapa boleh tolong?

Cam mane nak get drug addicts yg sekarang nih kat rumah to join pemulihan..kalau family force, nanti addict naik marah n mengamuk. Which agency yg boleh help intervention kalau cam ni? Kalau report polis, tahan reman n then court case, either bayar saman or penjara. Cam ner nak bagi dia join pemulihan dlm komuniti yg kene report to balai everyday n buat urine sample.pls help!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2006 02:46 PM | Show all posts
ada sikit infor:

http://forum.cari.com.my/viewthr ... amp;highlight=dadah

mungkin awak boleh contact dorang, dan suarakan pendapat/bantuan yang diperlukan:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2006 09:07 PM | Show all posts

bantu penagih dadah rembau

Akhbar hari ini menyatakan bahawa terdapat 1 juta
orang penagih dadah di Malaysia sekarang ini. Masalah
ini telah sekian lama melanda negara, bukan sahaja di
ibu kota bahkan di luar bandar, di kampung-kampung, di
Felda Felda, di pedalaman.

Usaha membanteras musuh No 1 negara ini bukan hanya
terletak pada pihak polis, agensi anti dadah, Pemadam.
Ianya juga terletak di bahu kita semua.

Saya menyeru kepada semua warga kota agar
perhatikanlah apa yang berlaku di kampung mereka.
Jangan abaikan belia-belia di kampung bergelumang
dengan najis dadah dan gejala sosial. Gerakkanlah
pemuda pemuda kampung agar mereka menjadi insan
berguna. Dekatkanlah mereka ini dengan aktiviti yang
berfaedah.

Saya juga menyeru kepada warga kota, warga korporat,
dermawan, hartawan yang berasal dari Rembau, bila
balik Rembau tu tanyakanlah masalah dadah dan sosial
di kampung. Boleh katakan semua kampung di Rembau ini
ada penagih dadah, dari Kg Gadong, Kg Ulu Gadong, Kg
Perah, Kg Seberang Paya, Kg Batang Nyamur dan banyak
lagi kampung.

Kepada anak Rembau yang berminat untuk membangunkan
belia Rembau ini agar mereka dapat menjadi insan yang
berguna kepada agama , bangsa dan daerah Rembau
bolehlah menghubungi saya Rozmal bin Malakan Tal
012-2267406 , e-mel rozmal@yahoo.com

Alhamdulillah setakat ini terdapat beberapa program
yang telah dan sedang berjalan antaranya Perkhemahan
Ibadah, Motivasi Remaja, Pendakian Gunung Datuk.
Khidmat Kesihatan dan lain-lain. InsyaAllah dengan
sokongan anak Rembau yang berada di perantauan ,
program ini sedikit sebanyak akan mengurangkan penagih
dadah di Rembau.

Penagih dadah perlukan bimbingan, perhatian dan
belaian kasih sayang, bukan penghinaan, cemuhan
semata-mata.

Sekian, wassalam.

Rozmal bin Malakan
Ahli Kg Kota & Kg Tanjung & Kg Bongek
Rembau, N.Sembilan
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2006 06:39 PM | Show all posts
Belia-beliau kampung di Rembau sekarang ini bertekad
bersungguh-sungguh untuk membawa Rembau ke arah daerah
yang Bebas Jenayah dan Bebas Dadah dengan kerjasama
Polis Daerah Rembau. Berikut ialah laporan terkini
yang dikemukakan oleh belia Kg Chengkau mengenai
kemungkinan kegiatan pelacuran di Pekan Chengkau untuk
siasatan lanjut pihak polis. Belia-belia di Rembau
sekarang ini sentiasa memasang mata dan telinga dan
menyalurkan maklumat kepada pihak polis. Mereka ini
berada di mana-mana sahaja untuk mendapatkan maklumat
di pasar-pasar, di kedai kopi, di ladang getah, di
pusat snuker, di rumah-rumah tumpangan, di pasar tani
dan di tempat yang tidak diduga.

Semoga Allah memberi pertolongan kepada belia-beliau
Rembau ini yang walaupun tidak tinggi pelajaran mereka
tetapi bersungguh-sungguh menjaga kampung mereka
daripada sebarang unsur jenayah dan sosial.
*********************************
Tarikh : 21 Mac 2006

Kepada :
Ketua Polis Daerah
Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau
Tal  : 6852222 , Fax : 6857363

Assalamualaikum wrt wbt ,

Tuan ,

PER : LAPORAN AKTIVITI MENCURIGAKAN DI PEKAN CHENGKAU

Merujuk kepada perkara di atas adalah dengan ini pihak
kami memohon jasa baik pihak tuan untuk menyiasat
aduan penduduk setempat yang mengesyakki terdapatnya
kegiatan pelacuran pada skala kecil di pekan Chengkau
bermula sejak seminggu yang lalu.

Menurut maklumat yang diterima kegiatan ini dilakukan
di premis kedai terbiar bekas Bengkel Besi Wajib Juta
di pekan Chengkau (dilampirkan pelan lokasi). Disyakki
2 lelaki Melayu awal 20an dan seorang wanita Melayu
umur 20an terlibat dalam kegiatan ini, mereka ini
dikatakan semuanya berasal dari Rembau. Salah seorang
lelaki Melayu tadi menurut ceritanya adalah merupakan
anak saudara kepada pemilik bekas Bengkel Besi
tersebut.

Aktiviti ini disyakki dilakukan pada setiap hari
antara jam 12 tengah malam ke jam 6 pagi. Mereka yang
menjalankan kegiatan ini dilihat menggunakan kereta
Proton Iswara Aeroback berwarna hijau muda metalik.

Oleh yang demikian pihak kami mengharapkan pihak tuan
dapat menyiasat perkara ini, dan sekiranya kes ini
benar diharapkan mendapat tindakan selanjut yang
sewajarnya daripada pihak tuan.

Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan
ucapan setinggi penghargaan.

Sekian , terima kasih.

KE ARAH REMBAU BEBAS JENAYAH DAN BEBAS DADAH

Yang menjalankan amanah,
Mohd Nidzamuddin bin Ishak
Jln Chengkau Lama, Kg Bongek, 71300 Rembau, NS

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

zulpru This user has been deleted
Post time 4-5-2006 04:28 PM | Show all posts

pusat rawatan dadah di n9

Reply

Use magic Report

zulpru This user has been deleted
Post time 4-5-2006 04:34 PM | Show all posts

pusat rawatan dadah - 3-5 hari

sila lihat www.geocities.com/rawatan_hi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


zulpru This user has been deleted
Post time 4-5-2006 06:56 PM | Show all posts

RAWATAN DAN PEMULIHAN PENAGIHAN DADAH ( 3- 5 HARI JE)

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2006 10:04 AM | Show all posts
kebanyakkan org kenal dgn pemadam & pengasih tp masih ramai blum tau kewujudan atau pun yg blum kenal Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2006 11:02 AM | Show all posts
Penagih tegar sembuh dengan kaedah metafizik Islam

SAYA amat tertarik dengan artikel bertajuk Sistem Pencegahan Dadah Perlu Diubah kiriman Isbi, Ampang, bertarikh 1 Ogos 2006. Dewasa ini, masalah ketagihan dadah kian berleluasa tidak kira lapisan usia.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya secara ringkas sebagai bekas penagih dadah tegar yang telah sembuh sepenuhnya.

Saya telah bergelumang dalam kancah dadah ini selama lebih lima tahun. Pelbagai jenis dadah telah saya ambil, siang malam tidak mengira tempat. Pelajaran terabai, duit juga sentiasa kering semata-mata kerana dadah.

Jauh di lubuk hati saya seringkali terlintas ingin bertaubat. Akhirnya terbuka hati saya untuk menghadiri seminar bertemakan 慚engubati Manusia dan Alam Dengan Pendekatan Metafizik Islam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2006 09:54 AM | Show all posts
Sahabat dikendalikan bekas penagih dadah
Oleh: MUZLINA ABU BAKAR


HAFIZI (kanan) bersama krew dan para sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3).
--------------------------------------------------------------------------------

SETIAP kali melihat wajah pengacara Sahabat, Hafizi Harun pada setiap hari Khamis pukul 9.30 malam di TV9, pasti hati penonton akan terasa sayu.

Anak muda berusia 29 tahun ini cuba tersenyum dalam setiap segmen program itu, namun pada wajahnya tergambar kesedihan silam yang tidak mampu disembunyikannya.

Hafizi yang dilantik sebagai Duta Belia Negara pada Mei lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyimpan cerita duka sendiri.

Mungkin ramai yang tidak menyangka Hafizi dulu ialah seorang penagih dadah. Bagaimanapun, setelah menyedari perbuatannya itu memusnahkan diri sendiri, Hafizi bingkas bangkit untuk menjalani kehidupan sebagai beliau yang berguna bukan sahaja kepada diri sendiri malah juga untuk bangsa dan negara.

Berkat kesabaran neneknya, anak sulung daripada lima beradik ini berjaya meninggalkan najis dadah yang membelenggu hidupnya selama 10 tahun.

揝aya mula menagih dadah ketika berumur 13 tahun. Semuanya gara-gara salah pergaulan. Walaupun ketika itu saya cuma menghisap rokok tetapi disebabkan kerap menjadi orang suruhan mereka, akhirnya saya terjebak dan menjadi penagih tegar.

揢ntuk menjauhkan saya daripada dadah, ayah dan ibu menghantar saya ke kampung di Kuala Pilah.

揟api perkiraan mereka silap kerana di sana saya bagaikan terkena kejutan budaya kerana duduk dengan nenek. Saya semakin liar dan mudah keluar rumah.

揃agaimanapun, apabila umur saya mencecah 19 tahun saya mula sedar betapa bodohnya saya menjadi penagih,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.076954 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list