CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CoKeLat-RaWkZ

[Kompilasi] AYAM

  [Copy link]
Post time 22-3-2005 07:52 PM | Show all posts
Ayam Kalio [Jonah]

Bahan-bahan   

2.2 kg ayam (dipotong)
40 g  cili kering dan cili padi
100 g buah keras - akak taruk sikit je
150 g bawang merah
100 g bawang putih
1 helai daun kunyit
4 helai daun limau purut
300 ml santan pekat
100 ml minyak masak
50 g lengkuas
30 g serbuk kunyit
garam secukup rasa
   
Cara Penyediaan   

1. Kisar cili kering, cili padi, bawang merah, bawang putih dan buah keras
   sehingga halus.

2. Goreng adunan tadi dengan lengkuas dan serbuk kunyit sehingga harum.

3. Masukkan ayam.

4. Kemudian, masukkan daun kunyit dan daun limau purut serta air sebanyak
   500 ml dan renehkan selama 10 minit.

5. Tambahkan santan dan masak sehingga ayam menjadi lembut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2005 09:17 PM | Show all posts
ayam simple [Jonah]

1/2 ekor ayam - goreng separuh masak atau biarkan saja
1 labu bawang putih - cincang
1 inci halia cincang
2 - 3 sudu besar sos tiram
sedikit minyak bijan

CARA MEMASAK:

Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan sehingga naik bau.

Masukkan ayam sehingga empok.

Masukkan sos tiram dan garam.


Perhatian:  minyak bijan memberikan rasa yang berlainan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2005 08:40 AM | Show all posts
AYAM PANGGANG MADU [hanieliza]

1 ekor ayam [boleh juga dipotong kecil jika buat BBQ]
1/2 cawan madu

bahan mesin
3 ulas bawang putih
3 batang serai
3 cm halia
2 cm kunyi hidup
1 s/b jintan manis
1 s/k garam

Cara
1. Bersihkan ayam dan toskan sehingga kering.
2. Gaulkan madu dan bahan mesin.
3. Ratakan bahan perap  besama ayam dan perapkan selama 3 jam atau semalamam dalam peti sejuk.
4. Bakarkan dalam oven 200'C selama 1 jam atau sehingga garing.

NOTA :
Jika buat BBQ..masaklah atas bara arang..mmg sodapppp...



ROASTED CHICKEN aka AYAM PANGANG [hanieliza]


Bahan:
1 ekor ayam (anggaran 1.5 kg atau 1.7 kg)
2 s/b madu
1 s/b air limau kasturi
2 s/b BBQ sos

1 labu bawang besar - belah 4 tapi tidak putus
2 kuntum bunga lawang ]
5 kuntum bunga cengkih ] bahan A
2 biji buah pelaga ]
2 inci kulit kayu manis ]
5 biji kentang kecil - buang kulit

Cara
1. Bersihkan dan tos sehingga ayam kering.
2. Gaulkan madu, air limau dan BBQ sos.
3. Lumurkan ayam dengan bahan yg digaulkan dan perapkan
selama 3 atau 4 jam.
4. Masukkan bahan [A] kedalam perut ayam.
5. Masukkan juga bawang besar yang telah dibelah tidak putus.
6. Susun ayam dan kentang dalam loyang tahan panas.
7. Bakar dalam oven selama 1 jam 15 minit pada suhu 200 C.
8. Bila sudah masak 30 minit terbalikkan ayam
dan bakar lagi sehingga masak dan lembut.
9. Setelah masak, susun daun salad dalam pinggan
dan letakkan ayam diatasnya.
10. Sediakan sos lada hitam.

GRAVY LADA HITAM

Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu besartepung jagung bancuh ngan 1/2 cawan sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam kukus atau ayam bakar atau pun chicken chop]


SOS CENDAWAN

Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar lada hitam
1 tin mushroom sup
1/2 cawan mushroom [cincang halus]
1/2 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu besar tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan mushroom soup, mushroom cincang, lada hitam, lada putih dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam atau ayam bakar atau pun chicken chop.

SOS REMPAH

bahan
2 s/b majerin
2 ulas bawang putih ]
2 ulas bawang merah ] cincang halus
1 s/b rempah kari
1/2 cawan stok ayam
1 s/k tepung jagung [bancuh ngan sikit air]
100 gm cendawan butang [cincang]
1 s/b sos tomato
garam

cara
1. Panaskan majerin dan tumiskan bawang sehingga layu dan wangi.
2. Masukkan rempah dan stok.
3. Masukkan sos tomato, cendawan dan garam.
4. Masukkan tepung jagung dan kacau rata. Biarkan sehingga mendideh dan pekat.
5. Tutup api dan siramkan pada ayam.

[ Last edited by  NoorMasri at 3-11-2006 07:18 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2005 08:44 AM | Show all posts
AYAM GORENG KACANG PANGGANG [ hanieliza]

Bahan-Bahan:
500 gm isi ayam [potong kecil dan nipis]
1 tin kacang panggang
2 biji bawang besar [potong bulat]
2 biji cili merah [mayang]
2 biji cili hijau [mayang]
4 biji bawang putih ([dititik]
1 biji lobak merah [hiriskan nipis]
4 sudu besar cili kering kisar
1 s/b sos tomato
Gula secubit
Garam
Minyak

Cara:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih sehingga berbau wangi.
2. Masukkan cili kering kisar & tumis lagi sehingga garing.
3. Masukkan ayam, garam, gula, lobak merah & sedikit air. S
4. etelah lobak merah empuk, masukkan pula kacang panggang.
5. Setelah ayam masak, bolehlah masukkan dalam pinggang hidangan dan hidangkan dengan ansi putih atau roti.



BAKED BEANS CHICKEN  - HANIELIZA


Bahan-Bahan:
1 tin baked bean
300 gm ayam [potong kecil]
3 s/b  minyak
3 s/b tomato sos
1 biji bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (cincang)
3 biji cili merah [cincang]
garam dan gula
1 pokok kecil daun sup [cincang]
kentang goreng [jika suka]

Cara:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang putih & bawang besar
3. Masukkan ayam (seeloknya ditutup bagi mempercepatkan daging itu masak).
4. Masukkan tomato sos
5. Masukkan baked bean dan gaul hingga rata.
6. Taburkan daun sup dan tutup api.
7. Hidang bersama roti bakar atau garlic bread atau nasi

[ Last edited by  NoorMasri at 1-6-2006 07:15 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2005 08:50 AM | Show all posts
AYAM KUAH KACANG [hanieliza]

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
200 gm kacang tanah [goreng dan tumbukkan]
1/2 cawan jus asam jawa
1 cawan air
1 s/b gula
Garam
Minyak

Bahan Mesin:
15 tangkai cili kering
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
4 cm halia
2 cm lengkuas
6 batang serai

Cara:
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan dibersihkan.
2. Panaskan minyak. Tumiskan Bahan-bahan yang telah dimesinkan sehingga naik baunya.
3. Masukkan air, jus asam jawa, gula, garam  dan ayam. Biarkan sehingga mendideh.
4. Biarkan sehingga ayam lembut & kuahnya pekat.
5. Angkat & hidangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2005 10:31 PM | Show all posts


AYAM BAM BAM [NoorMasri]

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam- dipotong 4
1 biji kelapa - jadikan 2 mangkuk santan
3 helai daun salam
3 helai daun limau purut
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan kisar:

15 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
8 biji buah keras
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai
2 cm lengkuas
jika suka sedikit pedas boleh masukkan 3-4 tangkai cili padi

Cara membuat:

Ayam dibersihkan, lumurkan dgn sedikit garam.
Panaskan minyak, goreng ayam sehingga 3/4 masak.
Di dalam periuk, panaskan sedikit minyak tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak
Kemudian masukkan masukkan santan, daun limau purut, daun salam ,garam dan gula secukup rasa
Masak hingga kuah menjadi agak pekat.
Masukkan ayam, masak hingga empuk. Angkat sedia untuk dihidangkan

[ Last edited by  NoorMasri at 31-12-2006 03:29 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2005 04:15 PM | Show all posts
AFRICAN CHICKEN@JUBEJEN[RasaCinta]



bahan2nya:

4 to 6 Chicken Thighs -- yg skinless n boneless
2 biji peppers (merah dan kuning), dihiris
1 ulas bawang, dihiris
2 sudu makan jus limau
2 camca halia, dihiris
2-3 cloves garlic, cincang
1/4 camca red pepper flakes/cili kering  
salt n ground pepper to taste
1 sudu makan minyak canola

1. Campurkan pepper, bawang, jus limau, halia, garlic, red pepper flakes, salt and pepper; reserved/biarkan..
2. Panaskan minyak dlm nonstick skillet..masukkan ayam.. pastikan api sederhana ..cover dan tunggu masak dlm 10 min.
3. Terbalikkan ayam dan masukkan bahan reserved tadi..cover separuh tutup.. tunggu hingga ayam masak ..turn occasionally.
4. Hidang dgn nasi or couscous..


Ayam/Ikan Yassa [Mrs_livingstone]


BAHAN
*ikan/ayam
*seketul stock ikan/ayam
*2 labu bawang putih
*1 biji bawang besar
*4 sudu besar black pepper
*sebiji limau nipis
*garam+gula
*minyak utk menumis


CARA
*tumbuk semua bahan kecuali bawang besar dan limau nipis
+sebahagian dr bahan yg ditumbuk dilumur pada ayam/ikan
*perah limau nipis pd ayam?ikan. gaul hingga sebati,
*perap buat seketika sebelum bakar
*tumis sebahagian lagi bahan yg ditumbuk bersama bawang besar
*masukkan sedikit air
*tambah garam dan gula secukup rasa
*tuang kuah ini atas ayam/ikan yg dibakar tadi
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2005 05:28 PM | Show all posts
Malay India Curry [lacoste]

Bahan-bahan(Hidangan 3 orang dua kali makan)

tengok la apa kat pic tuh...yang tulis english tuh sebab nama melayu dia tau tau...



~bawang besar kalau 1 pun dah ok...then tomato 4 bijik pun dah ok

~3 ulas bawang putih

~Curry Powder

~Santan satu cawan (kalau pure India takde santan~sebab dah melayu punya taste Lacoste letak santan jugak)

~Ayam(di goreng dulu) or daging

Cara Memasak

~Potong bawang merah, bwg putih n tomato tuh....nak blend pun boleh
(tapi lacos masak bahan bahan nih terlebih dulu then blend...entah kenapa)

~Panaskan minyak then masukkan semua benda tuh

~Masukkan curry n santan

~Kacau bagi sebati...jgn sampai jadi kerak pulak

~Then masukkan semua bahan bahan yang belum dimasukkan

~Masukkan ayam tuh

~Tunggu sampai pecah minyak

~Garam secukup rasa


Siap dalam sejam je...termasuk cuci semua stuffs yang digunakan

Sampai pecah minyak macam nih...

siap untuk di makan



[ Last edited by CatLady on 15-4-2005 at 08:58 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2005 08:55 AM | Show all posts


AYAM BAKAR [hanieliza]

bahan A:
1 ekor ayam [1.5 kg berat]

Bahan B [Mesin Halus]
3 cm halia
3 batang serai
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam
3 biji cili merah [jika suka]

Bahan C
1 s/b kicap
1 s/b garam
2 s/b madu/gula
kunyit serbuk

sayuran hiasan:
salad..timun..tomato
kentang [hiriskan setbal 1/2 cm]

Cara
1. Ayam dibbersihkan dan toskan kering.
2. Perapkan semua bahan bersama ayam selama beberapa jam.
3. Masukkan ayam yg telah direpakan dan kentang hiris dalam loyang dan bakar pada suhu 200'C selama 30 minit.
4. Terbalikkan kedudukan ayam dan bakar lagi selama 30 mint.
5. Alihkan ayam dalam pinggan yg telah disediakan salad.
6. Susun kentang dan tomatao keliling ayam.
7. Siramkan kuah ayam badan ayam dan hidangkan bersama sos cendawan alda hitam dan coleslaw.

Ayam Bakar BBQ [hanieliza]



bahan:

1 ekor ayam [potong 8]

2 cm halia
3 batang serai
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 s/k lada hitam
3 biji cili merah
[semua bahan ini dimesin halus]

1 s/b kicap
madu/gula
garam
kunyit serbuk
minyak + serai yg diketukan [buat renjis sikit]

sayuran hiasan: salad..timun..tomato

Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan pada ayam selama 3 atau 4 jam.
2. Bakarkan ayam dengan api bara yg sederhana.
3. Renjiskan sikit minyak dengan serai yg diketuk.
4. Pusing/terbalikkan ayam supaya masak sehingga kedalam isi.
5. Bila sudah masak...hidangkan dengan salad..tomato..timun..
6. Makan dengan pencicah sos mengikut kesukaan sendiri

Nota:
Jika nak pergi camping pun boleh sediakan ayam yg diperapkan begini dan frozenkan sehingga betul2 keras...
Bila nak mulakan perjalanan...ambil ayam yg telah beku dan masukkan dlam bekas...
sampai di tempat camping..ayam akan lembut dan boleh dibakar.



AYAM BBQ M/Wave [hanieliza]



bahan
1 ekor ayam [buangkan kulit ]
2 s/b sos BBQ
2 s/b sos Lea & Perrins
3 biji kentang [belah 4]
1 batang carrot kecil [potong kecil]
100 gm kacang sepat
100 gm cendawan tiram [koyakan kecil]
3 ulas bawang putih [hiris halus]
5 cm halia [racik halus]

cara
1. Ayam dipotong 4 dan bersihkan. Perapkan dengan sos L & P dan sos BBQ selama 1 jam.
2. Letakkan ayam dalam mangkuk tahan panas dan masakkan dalam m/wave pada HIDH selama 10 minit.
3. Kelauarkan ayam dan taburkan halia, bawang putih, kentang dan carrot . Tutupkan dengan pelastik dan masakkan semula selama 10 minit.
4. Keluarkan sekali lagi dan masukkan kacang sepat dan cendawan tiram. Tutupkan semula pelastik dan masukkan dalam m/wave dan masakkan selama 5 minit pada setting MEDIUM.
5. Hidangkan bersama sos BBQ Kraft.
AYAM PANGGANG TOMYAM[hanieliza]

Bahan
1 ekor ayam [anggaran 1.8 kg..potong 4]
6 helai daun limau purut [hiris halus]
2 s/b jus limau nipis [2 biji]

bahan mesin
3 batang serai
8 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
garam

Cara
1. Bersihkan ayam dan toskan sehingga kering.
2. Masukkan semua bahan dan gaulkan rata.
3. Perapkan ayam selama 4 jam atau lebih.
4. Masukkan ayam dalam amngkuk dan bakarkan dlam microwave selama 15 minit pada kuasa HIGH sederhana.
5. Semasa membakar, balikkan ayam dan renggangkan penutup mangkuk.
6. Keluarkan ayam dan bakar dalam oven 200'C selama 20 minit.

[ Last edited by  NoorMasri at 3-11-2006 07:25 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2005 09:40 AM | Show all posts
KARI AYAM [NoorMasri]

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
3 biji ubi kentang }dipotong 2 jika besar potong 4
1 paket serbuk kari Babas} campur sedikit air panas jadikan pes
4 cawan santan
minyak masak untuk menumis
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar:

2 cm halia
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kering kisar

Bahan tumis:

2 ulas bawang merah }dimayang
1 ulas bawang putih }dimayang
1 tangkai daun kari

Cara membuat:

Ayam di cuci dan ditoskan.Panaskan minyak di dalam periuk.
Masukkan bahan tumis. Goreng hingga wangi.
Masukkan bahan kisar. Tumis hingga naik minyak.
Masukkan ayam, air asam jawa, garam dan secubit gula.
Renehkan sebentar, masukkan santan
Bila mendidih, masukkan kentang.
Renehkan sehingga ayam dan kentang menjadi empuk
Rasakan garam secukupnya.
Bolehlah dihidangkan

GULAI AYAM TERENGGANU [NoorMasri]

Bahan-bahan :

1 ekor ayam }dipotong kecil
3-4 sudu besar rempah gulai ayam - boleh ganti rempah kari Babas jika suka} campur skit air panas jadikan pes
1 sudu besar kerisik
4 cawan santan
minyak masak untuk menumis
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
sedikit belacan

Bahan kisar :

2 cm halia
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1.5 cm lengkuas
2 sudu besar cili kering kisar

Bahan tumis:

2 ulas bawang merah }dimayang
1 ulas bawang putih } dimayang
2.5 kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

Cara membuat:

Ayam di cuci dan ditoskan.Panaskan minyak di dalam periuk.
Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
Masukkan bahan-bahan kisar, belacan dan rempah gulai. Tumis hingga naik minyak.
Masukkan ayam, air asam jawa, garam dan secubit gula.
Renehkan sebentar, baru masukkan santan dan kerisik.
Didihkan perlahan-lahan sehingga ayam menjadi empuk dan pecah minyak
Rasakan garam secukupnya.
Bolehlah dihidangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2005 03:37 PM | Show all posts
Thai Green Curry [dindazZz]



Bahan2:
6 ketul ayam (large size)
1 terung, potong dadu/memanjang
2 c. susu/santan
3 helai daun limau parut
10 helai daun kari
2-3 sb pes 'Thai Green curry' (lihat resepi dbawah)
1 biji bawang besar bombay (medium size)

minyak utk menumis

Cara2:
Tumiskan bawang besar, daun kari
Masukkan pula terung
Kemudian pes kari dan limau purut
Lepas tu susu/santan
Kacau2 sebati
Masukkan plak ayam
Tutup periuk, biar 10-15 min
Sedia utk dihidang...

Pes 'Thai Green curry':

10-12 cili hijau fresh, buang bijinya
3 batang serai, hiris halus
1 sb lengkuas, cincang
1 bawang merah besar, cincang
3 ulas b. putih
1 batang daun ketumbar(termasuk akar dan batang), cincang kasar
1/2 sb biji ketumbar
1/2 sb tsp jintan putih
1/2 st garam
1 sb minyak

minyak utk menggoreng

Cara2:
1. Blend semua bahan hingga hancur.
2. Panaskan minyak dan goreng campuran rempah hingga bertukar warna kpd hijau tua.
3. Sejukkan sebelum disimpan dlm bekas
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2005 03:50 PM | Show all posts
CHICKEN CHOP SOS REMPAH [hanieliza]

Bahan
3 keping daging dada ayam[buangkan tulang]
Kentang goreng
3 helai daun salad
1 jagung rebus [potong 3]
1 biji tomato [hiris ]

Bahan Perap
1 s/b rempah kari ayam
1 s/b sos tiram
1 s/k cili mesin
1 s/k serbuk lada hitam
1 s/b minyak

Cara
1. Gaulkan ayam dengan bahan perapan dan perap selama 3 jam
2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam yg diperap sehingga masak.
3. Susunkan semua bahan dalam pinggan steak dan siramkan dengan sos berempah.

SOS REMPAH
bahan
2 s/b majerin
2 ulas bawang putih  ]
2 ulas bawang merah ]  cincang halus
1 s/b rempah kari
1/2 cawan stok ayam  
1 s/k tepung jagung  [bancuh ngan sikit air]
100 gm cendawan butang [cincang]
1 s/b sos tomato
garam

cara
1. Panaskan majerin dan tumiskan bawang sehingga layu dan wangi.
2. Masukkan rempah dan stok.
3. Masukkan sos tomato, cendawan dan garam.
4. Masukkan tepung jagung dan kacau rata. Biarkan sehingga mendideh dan pekat.
5. Tutup api dan siramkan pada ayam.


CHICKEN CHOP [hanieliza]

bahan
2 keping dada ayam [buangkan tulang dan hiriskan besar tapi nipis]
1 s/k sos L & P
1 s/k kicap cair
1 biji putih telur
2 s/b tepung jagung
2 s/b minyak

bahan tumbuk halus
2 cm halia
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah

Cara
1. Perapkan ayam dengan bahan yang ditumbuk halus bersama sos L & P dan kicap cair selama 1 jam.
2. Panaskan minyak dalam non-stik pan.
3. Cucukkan ayam dengan garfu dan celupkan dalam putih telur yg telah dipukul.
4. Golekkan ayam dalam tepung jagung.
5. Gorengkan dengan api sederhana sehingga warna keemasan.
6. Angkat ayam dan letakkan dalam pinggan bersana kentang goreng dan salad dan juga sosnya.


Chicken chop  (ringkas) [kiki]

dada /paha ayam tanpa tulang
dried oregano
dried thyme
dried rosemary
lada sulah
garam
sos lea n perrins

caranya;

Gaulkan dried (rosemary, thyme, oregano dan lada serta garam),sos lea n perrins dengan ayam. Biarkan seketika lebih kurang 10 minit. Pukul telur (masukkan sedikit garam dan lada sulah). Celup ayam (yg diperap) dalam telur tersebut lepas itu gulingkan dalam tepung gandum. Goreng dalam api yang sederhana supaya isinya masak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2005 06:32 PM | Show all posts
NUGGET AYAM [Noormasri]



Resepi I:

Bahan-bahan:

500 g isi ayam } dikisar/cincang
1/4 cawan fresh breadcrumbs
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
serbuk cornflake secukupnya atau serbuk roti utk 'coating'
1-2 biji telur }dipukul sedikit

Cara membuat:

Campurkan ayam bersama fresh breadcrumbs, serbuk lada sulah dan garam
Gaul sebati
Ambil sedikit adunan bentukkan menjadi leper, ulang sehingga habis
Kemudian celup ke dlm telur dan lepas itu digolek kedlm serbuk cornflake/roti ulang semula dgn mencelup ke dlm telur dan diakhiri dgn serbuk cornflake/roti supaya mendpt lapisan luar yg agak tebal
Goreng dgn api perlahan sehingga kekuningan
Sedia dimakan bersama sos.

Resepi II:

Bahan-bahan:

2 keping dada ayam } potong sebesar 2 inci
1 1/2 cawan serbuk cornflake (cornflake crumbs) atau serbuk roti (bread crumbs)
garam secukup rasa
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk bawang putih jika suka
1-2 biji telur } dipukul sedikit
minyak utk menggoreng

Cara membuat:

Ayam dicucikan dan toskan.
Campurkan garam, lada sulah, serbuk bawang putih ke dlm serbuk cornflake atau serbuk roti, kacau sekata.
Celup ayam kedlm telur kemudian golekkan kedlm serbuk cornflake/roti kemudian celup semula ke dlm telur dan ulang golek semula ke dlm serbuk cornflake/roti
Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan
Hidangkan bersama cili sos

Chicken Nuggets [chempaka-ku]

375g chicket thigh fillets, roughly chopped
1 egg
1 tbsp chopped fresh chives (kalau tak ada tukar or tinggalkan saja)
1/4 tsp sesame oil
2 tsps plum sauce
1 tsp soy sauce
1 cup cornflakes

1.  Preheat oven to 180 degree Celcius.
2.  Line a 32 x 28 cm tray dengan foil.  Brush dengan melted butter atau oil.
3.  Masukkan ayam, telur, chives, sesame oil dan sauces ke dalam food processor dan process hingga smooth ....or beli minced chicken dan gaul rata.
4.  Ambil heaped teaspoons mixture dan buat bebola.  Roll bebola tadi dengan cornflakes.  
5.  Simpan dalam tray tadi dan bakar selama 15 mins or until golden and crisp.

Selamat mencuba.



Chicken Nuggets [maisya]
From Diana Rattray

INGREDIENTS:
1 pound boneless chicken tenders
vegetable oil for deep frying
1/3 cup all-purpose flour
1/4 teaspoon salt
1 1/2 teaspoons vinegar
1/4 teaspoon baking soda
1/3 cup water

PREPARATION:
Cut chicken into nugget-size pieces, about 1x1/2-inch. Put oil in deep fryer or put about 2 to 3 inches in a Dutch oven; heat to 360
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2005 01:06 AM | Show all posts
KUNG PAO CHICKEN [cranko21]



Bahan A
600 gm isi ayam - potong dadu
tepung jagung
garam

- isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - then goreng dan toskan.

Bahan B
100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning)  - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 inci halia - ditumbuk halus
1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
3 sdm sos tiram
2 sdm cili sos
1/4 cwn air
minyak tuk menumis
garam - kalau perlu

Cara
Panaskan sedikit minyak dlm kuali
Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan
Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos  tiram dan cili sos dan sedikit air.
Biakan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2005 01:09 AM | Show all posts
Ayam Tairu [cranko21]



BAHAN A
1 ekor ayam (potong 12)
3 biji bawang besar (hiris )
2 inci halia - tumbuk halus
4 ulas bawang putih - tumbuk halus
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 jari kayu manis

BAHAN B
3 biji tomato (dipotong dadu)
3 biji lada merah (belah dua)
3 biji lada hijau (belah dua)
2 sudu makan tomato puree
3 sudu makan rempah kari daging
150 gm or 3 sudu makan tairu
segengam badam biji (kisar basah) - kalau takde badam boleh subsitute ngan gajus
segengam daun pudina (kalau takde daun pudina just lebihkan daun ketumbar )
segengam daun ketumbar
2 cawan air
Garam secukup rasa
        
CARA

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan kayu manis, pelaga, cengkih. Then tumis halia, bawang putih dan bawang goreng hingga naik baunya. Masukkan ayam, dan gaul sebentar.

Masukkan bahan B kacau rata dan biarkan sehingga ayamnya empuk dan kuahnya pekat. Kecilkan api dan biarkan sehingga minyaknya naik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2005 01:28 PM | Show all posts
ASAM TUMIS AYAM [NoorMasri}



Bahan-bahan:

1 kg ayam } potong kecil
1 kuntum bunga kantan }hiris
2 btg serai }diketuk
1 sudu besar asam jawa*
2 cawan air *
1 sudu besar gula
5 sudu besar minyak utk menumis
garam secukup rasa

* campurkan air dan asam jawa utk menghasilkan air asam jawa

Bahan kisar:

15 tangkai cili kering
sedikit belacan
2-3 btg serai
5 ulas bawang putih
1.5 cm lengkuas
1.5 cm kunyit hidup
5-6 ulas bawang merah

Cara membuat:

Panaskan minyak. Goreng bahan kisar, bunga kantan dan serai hingga wangi dan naik minyak
Masukkan ayam, goreng sekejap selama 2-3 minit
Masukkan air asam jawa dan biarkan sehingga mendidih
Masukkan gula dan garam secukup rasa
Kecilkan api, renehkan sehingga ayam empuk
Angkat dan hidangkan panas2 bersama nasi putih



ASAM PEDAS AYAM LADA HITAM [Jonah]




1 ekor ayam goreng

BAHAN MESIN
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2-3 sudu besar cili mesin
1" halia
1" kunyit hidup
1 peket kecil lada hitam biji (anggaran 1-2 sudu)
belacan sebesar ibu jari


1" lengkuas
2 batang serai
1 ikat daun kesum
1 keping asam / air asam jawa
2 biji tomato
10 btg bende


1.  Tumis bahan kisar dan serai sehingga pecah minyak.

2.  Masukkan air dan asam, biarkan mendidih lama sikit

3.  masukkan ayam, daun kesum dan garam.

4.  Masukkan tomato dan kacang bende.

Nikmatilah asam pedas ayam ini dengan aroma lada hitamnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2005 01:32 PM | Show all posts
smoke chicken [aloysh]

Ambik kuali (yang besar sbb dlm )
Lapikkan seluruh bahagian dalam kuali dgn aluminium foil
letak brown sugar dlm kuali (sukatan agak2)
letak sikit gula pasir
letak bunga lawang, kayu manis, gaul dlm campuran gula tu
(Ada lagi bhn yag di letak, tapi tak ingatla..rasanya anda semua boleh try and error, apa lagi ramuan yang boleh mewangikan dan menyedapkan)
letak cooling rack yang bentuk bulat dalam kuali
letak ikan/chicken wing yang telah dicuci bersih segala kekotoran dan kehamisannya
Tutup kuali dgn penutup periuk (penutup periuk yg digunakan dlm rancangan tu mcm penutup pengukus aluminium yang bertingkat2, yg boleh di beli di kelantan @ kedai hardware @ kedai brg plastik @ kedai cina yang menjual peralatan dapur)
pasang api kecik dan biarkan sehingga masak (masa agak2 sbb da tak ingat)
Harap ini dapat membantu serba sedikit

[ Last edited by  NoorMasri at 1-6-2006 06:45 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2005 02:49 PM | Show all posts
Manok pansuh @ Chicken Cooked in Bamboo [CoKeLat-RaWkZ]

Mula2 kita perlukan buluh yang agak besar.. sedang2 besar pon boleh..



Pastu korang stenbai lah ayam dlm sekor dua.




Lepas tu korang masukkan serai, bawang, garam, perasa, halia dll ikut citaraselaaa. Gaul rata.




Lepas tu masukkan ayam yg dah digaul tadi ke dalam buluh



jangan isi penuh sangat tau!  Tutup buluh tu ngan cuk ubi
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2005 10:23 PM | Show all posts
AYAM GAJUS(Chinese Style) [NoorMasri]



Bahan-bahan:  

500 g daging ayam dipotong dadu
125 g  gajus
4 ulas cendawan kering
1/2  biji cili capsicum hijau   }dihiris dadu
1/2  biji cili capsicum merah }dihiris dadu
3 ulas bawang putih dicincang
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil tepung jagung
2 tangkai daun bawang } di hiris
minyak kacang untuk menumis

Sos:

1/2 sudu kecil garam                       }
1 sudu kecil kicap cair                     } di campurkan dalam satu mangkuk
1/4 sudu kecil serbuk lada sulah       }
1 sudu kecil tepung jagung               }

Cara masak:

Rendam cendawan hingga lembut dan potong 4 segi kecil.
Campurkan tepung jagung, gula dan garam bersama ayam.
Panaskan minyak kacang dalam kuali dan goreng gajus hingga kuning. Keluarkan gajus dari kuali.
Masukkan ayam yang telah diperap tadi, goreng hingga masak. Keluarkan ayam. Keluarkan lebihan minyak dan tinggalkan hanya dalam 1 sudu besar sahaja.
Masukkan bawang putih , goreng hingga naik bau kemudian masukkan semua capsicum dan cendawan
Masukkan sos, goreng sekejap sehingga pekat kemudian masukkan ayam, gajus dan daun bawang.
Kacau seketika dan bolehlah dihidangkan

Ayam Goreng gajus [ninoZ]

Bahan
Isi ayam - dipotong kecil
2-3 ulas garlic - chopped
4-5 cili kering  - dipotong agak pendek n digoreng kejappp je
sedikit sos ikan [nampla]
2 tbsp sos tiram
1 tbsp kicap manis
gula perang secukup rasa [nak ganti dgn honey pun boleh]
1 tbsp cili panggang thai [nam prik pau] - kalau takde guna cili merah tumbuk pun boleh
air secukupnya
gajus yg dah disangrai/bakar secukupnya
daun bwg/daun ketumbar - dipotong kasar2
minyak masak n sedikit sedikit minyak bijan
skettt je serbuk lada putih

panaskan minyak pastu tumis garlic sampai naik bau then masukkan cili then kacau lagi ..kemudian masukkan ayam hingga agak2 hampir masak..then masukkan sos tiram, kicap manis, gula n sos ikan.
kacau hingga mesra..tambahkan air jika perlu
kemudian baru masukkan cili kering n gajus n lada hitam..kacau lagi n last sekali masukkan daun bwg

[utk sizzling]
kalau nak buat serve secara sizzling ade tambahan sket masa memasak ayam goreng gajus ni..
kene tambahkan larutan tepung jagung n air utk mendptkan kuah yg pekat..
then panaskan hotplate secukupnya..buh butter atau minyak sket [nak dpt effect splaterring]
then masukkan ayam goreng gajus dgn segera n hidangkan serta merta..


AYAM GAJUS [hanieliza]

Bahan
1 ekor ayam [baungkan kulit dan potong kecil]
150 gm gajus [gorengkan]
4 s/b kicap2 biji tomato [belah 4]
4 s/b minyak
garam

bahan kisar
15 biji cili kering
6 ulasa bawang merah
3 ulas bawang putih
2 s/b jintan manis
3 sm halia

Cara
1. Gaulkan ayam bersma bahan kisar dan perapkan sebentar.
2. Panaskan minyak dan masukkan ayam. Masakkan sehingga agak garing.
3. Masukkan gajus dan kacau raya
4. Masukkan tomato dan kacau.
5. Angkat dan hidangkan.

[ Last edited by  NoorMasri at 1-6-2006 06:48 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 12:21 AM | Show all posts
AYAM KASTURI [hanieliza]

Bahan:
300 gm isi ayam [hiris nipis tetapi agak lebar]
3 biji limau kasturi [ambil air]
2 sudu besar air
minyak tuntuk tumis
garam
kunyit

Bahan mayang
5 biji cili merah
3 biji cili hijau
5 biji cili api
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara:
1. Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mayang. [Kalau nak pedas boleh tambah ciliapi]
3. Bila dah layu dan wangi masukkan ayam dan air.
4. Bila ayam telah lembut masukkan jus limau kasturi dan gaulkan rata.
5. BBoleh angkat dan hidangkan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.087454 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list