CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Rumah Anak-Anak Yatim / Rumah Kebajikan

[Copy link]
Post time 18-10-2006 01:46 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 18-10-2006 12:41 PM
jap, nak baca dari awal page

yang mana satu


reply no 89 kot... by gemukkk...

gambar no 2...

rasanya tu kenderaan orang yang bagi derma... bukan kenderaan penjaga @ pemilik pusat tu...
kalau tak silap uzi lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2006 10:34 AM | Show all posts
Mohd Najwa seronok dapat belajar di Syria
Oleh: ANGELINA SINYANG



MOHD. NAJWA ISMAIL.
--------------------------------------------------------------------------------

MOHD. Najwa Ismail baru berusia sehari semasa dibawa ke Asrama Anak-Anak Yatim/Miskin Yayasan Hikmah di Desa Kenangan, Kampung Pintu Padang, Sungai Itek di Gopeng, Perak.

Bayi yang masih merah ini diserahkan oleh seorang wanita yang tidak mampu membesarkan anaknya, lantaran ketiadaan suami akibat dipenjarakan kerana dadah.

Dalam tempoh 14 tahun membesar di asrama anak yatim itu, hanya sekali sahaja Mohd. Najwa berpeluang bertemu dengan ibunya, manakala si ayah langsung tidak pernah ditatap wajahnya sehingga kini.

Namun, remaja ini cukup tabah dan tidak pernah menjadikan ketiadaan kasih sayang daripada kedua-dua orang tuanya sebagai alasan untuk lalai dalam kehidupan.

Malah membesar dengan rakan-rakan senasib membakar semangatnya untuk berjaya dalam pelajaran dan terbukti apabila keputusan peperiksaannya sentiasa cemerlang setiap kali peperiksaan.

Melihat kesungguhannya mahu menimba ilmu, maka pihak pengurusan Asrama Anak-Anak Yatim/Miskin Yayasan Hikmah tidak ragu-ragu menghantarnya melanjutkan pelajaran ke Maktab A-Furqan di Syria pada tahun 2004.

Bagaimanapun, beliau terpaksa kembali ke tanah air tidak lama selepas itu kerana perlu menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Tamat sekolah rendah, Mohd. Najwa meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Teja di Gopeng sehinggalah ditawarkan semula melanjutkan pelajaran ke Syria.

Mohd. Najwa bersama lima rakan dari Asrama Anak-Anak Yatim/Miskin Yayasan Hikmah berlepas ke Syria untuk mengejar cita-cita mereka pada 30 September lalu.

Beliau bersama seorang lagi rakan, Afifah Ismail, 12, akan meneruskan pelajaran di Maktab Al-Furqan.

Dua beradik iaitu Norliyana Shahirah, 12, dan Norliyana Syawaty Razak, 14, turut melanjutkan pendidikan di Universiti Abu Noor bersama dua lagi rakan mereka iaitu Zahidi Adnan, 20, dan Norlatifah Roslan, 21.

Mohd. Najwa yang bercita-cita menjadi jurutera mekanikal ketika ditemui di Asrama Anak-Anak Yatim/Miskin Yayasan Hikmah baru-baru ini memberitahu, beliau berasa seronok apabila ditawarkan semula melanjutkan pelajaran ke Syria.

揝yukur tahun ini, saya sekali lagi diberi peluang menimba ilmu di Syria dan berharap pemergian saya mampu merealisasikan impian bergelar seorang jurutera mekanikal pada suatu hari nanti,'' katanya.

Bagi Mohd. Najwa pemergiannya ke Syria pada 2004 turut meninggalkan kenangan manis kerana ketika itulah beliau berpeluang bertemu ibu kandungnya buat pertama kali.

Norliyana Shawaty pula memberitahu, beliau berasa gementar tetapi seronok apabila ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Syria.

Biarpun berpeluang belajar bersama kakaknya, Norliyana Shahirah di Syria nanti, Norliyana Shawaty tetap berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan enam lagi adik-beradik mereka di asrama anak yatim tersebut.

``Sejak 12 tahun lalu, saya bersama tujuh adik-beradik yang lain menetap di asrama anak yatim ini dan semestinya saya berasa sedih apabila terpaksa berpisah dengan mereka,'' katanya yang bercita-cita menjadi guru.

Enam adik-beradik Norliyana Shawaty yang lain ialah Shahrol Ridzuan, 18; Shahrol Syazwan, 15; Norliyana Shazwani, 10; Norliyana Syafiqah, 9; Shahrol Akmal, 5, dan Shahrol Eadham, 4.

Kanak-kanak malang ini terpaksa menjadi penghuni asrama anak yatim tersebut selepas kematian ayah mereka, seorang bekas pesara tentera 12 tahun lalu.

Norlatipah yang pertama kali berpeluang pergi ke luar negara turut gembira apabila mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Syria.

Anak kelima daripada tujuh beradik ini merupakan warden di Asrama Anak-Anak Yatim/Miskin Darul Hikmah. Selain dihantar belajar, beliau juga bertanggungjawab menjaga anak-anak yatim selama mereka berada di Syria.

Sementara itu, Pentadbir Asrama Anak-Anak Yatim/Miskin Yayasan Hikmah, Ismail Sidin berkata, anak-anak yatim berkenaan akan berada di Syria selama enam tahun belajar dalam bidang agama khususnya bahasa Arab dan al-Quran.

Beliau berkata, dasar pendidikan Syiria yang tidak eksrem dan seimbang menyebabkan ia dipilih sebagai pusat pengajian bagi anak-anak yatim berkenaan, di samping faktor musim yang sesuai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2006 10:34 AM | Show all posts
ASRAMA ANAK-ANAK YATIM/MISKIN
YAYASAN HIKMAH
383 KG. PINTU PADANG, 31600 GOPENG PERAK
TEL / FAX : 605-359-3190

Ismail Bidin (Pentadbir)
+6012 322 9850

Pn. Dahlia Din (Setiausaha Kerja)
+6012 503 6215

Account No
014-329406-114
(Tabung Anak-Anak Yatim / Miskin Yayasan Hikmah)

Rujukan Perlepasan Cukai
JHDN.01/35/42/51/176.6.3974

E-mail: dahikmah@tm.net.my
Laman Web: http://dahikmah.tripod.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2006 10:40 AM | Show all posts
Syarat daftar pusat anak yatim perlu dipermudah


KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor menggesa Jabatan Kesihatan, Bomba dan Penyelamat serta pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak terlalu cerewet sehingga menyukarkan pendaftaran pusat penjagaan anak yatim dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Beliau yang juga Pemangku Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) berkata, pada masa sama, rumah kebajikan harus mendaftar dengan JKM bagi memudahkan penerimaan bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau badan korporat.

揚rosesnya tidak sukar, daftar saja dan jika rumah kebajikan menghadapi masalah, tampil di JKM dan mereka akan dibantu,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2006 10:00 AM | Show all posts
RTK sebagai rumah sendiri
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH


KASIH seorang ibu yang dicurahkan Sharipah Adlan (tiga dari kanan) kepada penghuni RTK memberi sinar harapan kepada anak-anak yatim ini untuk meneruskan kehidupan.
--------------------------------------------------------------------------------

SEWAKTU kunjungan ke Rumah Titian Kasih (RTK) pada tengahari itu, suasana agak sunyi, penulis difahamkan sebahagian penghuni RTK sedang bersekolah dan ada yang keluar membeli kasut baru hasil sumbangan yang diberikan.

揃udak-budak ini kena dibahagikan kepada dua kumpulan untuk keluar membeli-belah. Jika tidak, nanti berebut pula mereka.

揝umbangan yang diterima pula, setakat ini cukup-cukup untuk membeli barang keperluan. Sebab itulah, mereka perlu mengikut giliran,拻 jelas Sharipah Adlan yang menguruskan RTK.

Tidak lama kemudian, kedengaran keriuhan suara kanak-kanak yang mencuri pandangan saya.

揗ak, kami dah balik,拻 kata seorang anak yatim kepada Sharipah yang memang dianggap sebagai ibu dan bapa mereka di RTK.

Sebaik sahaja melihat bungkusan pakaian yang baru disumbangkan sebentar tadi, mereka terus meluru kepada bungkusan tersebut.

Hiba hati melihat mereka yang begitu gembira dan tidak sabar melihat apa yang mereka peroleh walaupun hanya sekadar pakaian terpakai.

Kedatangan penulis bukan sahaja ingin berkongsi perasaan bersama anak-anak yatim ini, tetapi ingin mengupas kisah adik-beradik yang telah menjadi penghuni RTK bertahun lamanya.

Kami dipertemukan dengan dua beradik yang berasal dari Kelantan. Sayangnya, seorang lagi adik mereka, Murzalifa Jaafar, 10, pergi ke sekolah. Namun, melalui Nurshuhada Jaafar, 18, dan Nurizzura Jaafar, 13, kami berkesempatan menyingkap episod hidup yang mereka lalui.

Menurut Nurshuhada, mereka adik-beradik bersyukur kerana masih mempunyai tempat untuk berpuasa dan beraya.

揗ungkin tempat ini tidak seperti sebuah istana indah tetapi kasih sayang antara penghuni menjadi ubat kerinduan kami untuk bersama keluarga sendiri,拻 jelasnya.

Adik-beradik ini yang kehilangan kasih bapa mereka berasa bertuah kerana mereka tiga beradik dapat juga berkumpul setiap kali tibanya Ramadan dan Aidilfitri.

Nurizzura memberitahu, ibu mereka juga pernah tinggal di RTK tetapi kini ibunya tidak lagi menjadi penghuni RTK.

Tidak banyak yang diberitahu oleh kedua adik-beradik ini tentang kisah ibu bapa mereka. Mungkin mereka tidak ingin mengimbau kisah duka yang telah berlalu.

揔ami sebenarnya rindukan bapa yang pergi di saat kami benar-benar memerlukan kasih sayang, perhatian dan pengawasan darinya. Kami benar-benar rindukannya,拻 rintih Nurshuhada.

Keduanya tampak tenang sahaja setiap kali berbicara, pengalaman yang telah ditempuhi banyak mengajar mereka agar lebih tabah dan kuat.

揝ebenarnya, kami mempunyai 15 orang adik-beradik. Lima orang tinggal di RTK dan yang lain di kampung.

揔ami lima beradik ketika itu mengikut ibu ke Kuala Lumpur dan tinggal di RTK. Sekarang saya sudah pun bekerja dan saya tetap mahu tinggal di RTK untuk menjaga dua lagi adik saya yang masih tinggal di sini,拻 kata Nurshuhada.

Menurut Nurizzura, selain bergantung harap kepada sumbangan orang, mereka bertuah kerana kakak mereka sudah bekerja.

憭Walaupun dia bergaji kecil tetapi sekurang-kurangnya kami ada juga tempat bergantung,拻 ujar Nurizzura yang gembira kerana ibu mereka masih datang menjenguk mereka di tempat itu.

Pada hari raya Aidilfitri nanti, mereka akan beraya di RTK dalam suasana yang sederhana.

揔ami akan memakai baju raya yang termampu sahaja berdasarkan sumbangan orang ramai. Mak Pah (Sharipah) selalu berpesan, agar kami perlu berjimat-cermat untuk kepentingan masa hadapan.

揗emanglah rasa sedih kerana tidak mampu memiliki sesuatu seperti remaja lain. Tapi kami tetap

bersyukur kerana dapat menyambut Ramadan dan hari raya mengikut sekadar termampu.

揔alau dulu, kami sempat memohon maaf daripada ayah pada pagi raya, tetapi kini tidak lagi. Kami tetap akan mendoakan kesejahteraan arwah bapa yang telah pergi,拻 kata Nurshahada lagi.

Nurizzura menambah, harapan mereka adik-beradik yang masih berada di RTK agar satu hari nanti keluarga mereka dapat bersatu dan menyambut Adilfitri di kampung

seperti dahulu.

揝elain itu, kami juga berusaha menjadi insan yang terbaik dan tidak mahu lagi melihat kanak-anak lain menerima nasib yang sama seperti kami,拻 ujar Nurizzura.

Kisah dua adik-beradik ini merupakan episod kecil di RTK. Di sebalik gelak tawa anak-anak yatim yang lain, sebenarnya mereka berharap untuk keluar daripada kehidupan yang serba kekurangan ini.

Jika anda ingin mendekati serta membantu mereka, bolehlah berkunjung terus ke alamat RTK, 62A-2, Lorong Maran, Jalan Kuantan, Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur atau menghubungi talian 03-40235769 atau 019-6455769.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 02:45 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 29-7-2005 09:27 AM
Pendahuluan:

Asrama ini di tubuhkan pada awal 2004.

Pengasasnya ialah Ustazah Sharimah Ali (tengok gambar),                    
                                                              ...

Masa hari raya pertama cuba cari rumah anak yatim ni, tapi diorang dah pindah, dah tak ada kat situ.
Jiran2 pun tak tahu ke mana mereka pindah.
Disebabkan nak tunaikan hajat, aku pergi pulak  ke rumah Titian Kasih kat Titiwangsa, tapi budak2 takda, diorang ada jemputan kat PWTC.
Just bagi sedikit sumbangan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-11-2006 02:57 PM | Show all posts
YB rela potong gaji

Oleh ZAINUDDIN ZAIN
zainuddin@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Datuk Mohd Shafie Apdal yang bersimpati dengan usaha keras sepasang suami isteri mengurus sebuah asrama anak yatim tanpa bantuan mana-mana pihak, berjanji membiayai sewa asrama itu melalui potongan gaji beliau sebagai Ahli Parlimen.


Ahli Parlimen Semporna yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu mengarahkan pembantunya segera menguruskan perkara itu ketika memberi ucapan sempena Majlis Kelab Umno Luar Negara bersama Rumah Baitu Saidati Khadijah (BSK) di Batu 8 3/4, Gombak, di sini, semalam.

Dua rumah yang disewa RM1,400 sebulan itu diuruskan sendiri pengasas rumah berkenaan, Harun Song dan Esah Lila, sebagai tempat berlindung 20 kanak-kanak anak yatim Orang Asli berusia di antara lima hingga 12 tahun.

揝aya berharap bantuan ini (potongan gajinya) akan dapat membantu rumah ini dan penghuninya,
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 10:57 PM | Show all posts
eloklahh YB2 lain ikut jejak langkah YB ini....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2006 09:38 AM | Show all posts
Othman curah bakti di Rumah Nur Hikmah
Oleh: ROSMAH DAIN

TIDAK ramai yang berpeluang untuk memelihara sendiri kanak-kanak kurang bernasib baik mahupun berusaha untuk membuka sebuah pusat perlindungan untuk mereka.

Ini yang dilakukan oleh Othman Ahmad, 32, yang membuka sebuah badan kebajikan untuk anak-anak yatim yang dikenali sebagai Badan Kebajikan Anak-Anak Yatim, Pusat Nur Hikmah yang ditubuhkan sekitar Januari tahun lalu.

Othman berkata, pusat ini memberi perlindungan dan kebajikan kepada 60 anak-anak yatim, anak-anak fakir miskin, anak-anak daripada keluarga bermasalah, anak-anak mualaf dan anak-anak yatim piatu.

Selain itu, pusat ini juga menempatkan sepuluh orang ibu tunggal yang sekali gus membantu pusat dari segi memasak, mengemas dan menjaga kanak-kanak secara sukarela.

Menurut Othman, pada awal pembabitan beliau membuka pusat ini, hanya 35 orang kanak-kanak sahaja yang berada di bawah kelolaan beliau yang pada masa itu berada di Gombak, Selangor.

Kanak-kanak yang berada di situ berusia di antara tiga hingga 17 tahun.

Doa Othman dimakbulkan apabila seorang individu telah mewakafkan sebuah rumahnya yang terletak di Lot 11552, Jalan 18, Taman Mesra, Kajang, Selangor untuk menjadi tapak pusat yang baru.

Untuk menampung jumlah penghuni dan mengasingkan penghuni wanita dan kanak-kanak lelaki serta perempuan, Othman juga telah menyewa beberapa premis lain yang berada berhampiran rumah berkenaan untuk dijadikan tempat tinggal dan pusat tuisyen.

Apabila ditanya bagaimana dirinya yang masih muda dan bujang sanggup melakukan kerja-kerja amal seperti ini, Othman berkata, itu semua kerelaannya.

Othman yang merupakan lepasan graduan Universiti Malaya dengan dibantu ahli-ahli keluarga, adik-beradik dan rakan-rakan sanggup menumpukan perhatian kepada kerja-kerja amal itu demi melihat masa depan kanak-kanak itu terjamin.

揝ebenarnya kita semua mempunyai tanggung jawab untuk memberi perhatian serta membantu mereka yang memerlukan terutama kanak-kanak dan itu yang saya lakukan,'' katanya.

Menyingkap sejarah beliau dalam membuka pusat berkenaan, Othman yang sebelum ini terlibat dengan kerja-kerja kaunselor bersama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) selalu menerima permasalahan daripada pelbagai individu termasuk kanak-kanak.

揂pabila kita tahu anak-anak ini menghadapi masalah, takkan pula kita hendak lepas tangan dan biarkan sehingga mereka ini semua tersasar dari kehidupan dan pada akhirnya kita akan menyalahkan mereka.

揝edangkan masyarakat yang tidak membantu biarpun pada asalnya mereka mengetahui kanak-kanak itu berhadapan dengan masalah, sama ada dari segi keluarga, diri, terbelenggu dalam kemiskinan, tidak boleh bersekolah dan sebagainya,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2006 10:57 AM | Show all posts
Dua kongsi Anugerah Kemanusiaan NSTP-PwC
Oleh Magendran Rajagopal


KUALA LUMPUR: Dua individu, Embun Mohd Ali dan mendiang Manikumar Kanan, dipilih sebagai penerima bersama Anugerah Kemanusiaan Malaysia NSTP-PwC, bagi kategori Anugerah Kemanusiaan Sepanjang Hayat.


PENGHARGAAN: Embun bersalaman
dengan Abdullah sambil
diperhatikan Ivan Kennedy
(kanan) dan R Uma Devi
yang mewakili suaminya
Manikumar, semalam.

Pemilihan dua individu sebagai penerima bersama anugerah anjuran The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) dengan kerjasama PricewaterhouseCoopers (PwC) itu, ialah yang pertama dibuat sejak pengiktirafan berkenaan diwujudkan pada 2004.

Embun, 87 dipilih kerana sumbangannya mengasaskan Asrama Anak Yatim/Miskin Yayasan Hikmah di Gopeng, Perak manakala mendiang Manikumar atas jasa menubuhkan Pusat Penjagaan Kanak-kanak Cacat Taman Megah, Shah Alam.

Manikumar yang juga orang kurang upaya (OKU), meninggal dunia pada usia 44 tahun dalam kemalangan jalan raya ketika melakukan kerja amal mengumpul dana bagi pusat itu, April lalu.

Turut memenangi anugerah bagi kategori Anugerah Kemanusiaan Muda ialah Ivan Kennedy, 32, manakala pasukan Deaf Against Child Sexual Abuse (Dacsa), dipilih penerima kategori Anugerah Kemanusiaan Berpasukan.

Semua pemenang menerima anugerah masing-masing daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam satu majlis yang diadakan di sini, malam tadi. Balu Manikumar, R Uma Devi menerima anugerah bagi pihak suaminya manakala Dacsa diwakili Jessica Mak.

Sikap sedia membantu perlu dikekal

Hadir sama Pengerusi NSTP, Datuk Seri Mohamed Jawhar Hassan; Timbalan Pengerusi NSTP, Datuk Kalimullah Hassan; Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Syed Faisal Albar dan Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Hishamuddin Aun.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif PwC, Datuk Johan Raslan, Ketua Panel Hakim Anugerah itu, Datuk Paul Leong dan Pengerusi Media Prima Bhd, Datuk Abdul Mutalib Mohamed Razak.

Embun dan Manikumar masing-masing menerima hadiah wang tunai RM25,000, piala, sijil dan peruntukan RM25,000 bagi disalurkan kepada pertubuhan amal pilihan mereka. Kedua-dua mereka memilih pertubuhan amal yang diasaskan masing-masing sebagai penerima dana itu.

Ivan dan Dacsa pula masing-masing menerima wang tunai RM20,000, sijil serta piala iringan.

Sementara itu, ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), Murugan Nagu Pandithan, 38, yang membantu mangsa tsunami di Aceh dan gempa bumi di Pakistan, dipilih pemenang tempat kedua bagi kategori Anugerah Kemanusiaan Muda.

Tempat kedua kategori Anugerah Kemanusiaan Berpasukan dimenangi Majlis Pusat Sathya Sai Baba Malaysia berikutan sumbangannya memupuk perpaduan kaum dan menyalurkan bantuan kepada golongan miskin.

Kedua-dua pemenang tempat kedua itu meraih hadiah wang tunai RM10,000, piala dan sijil.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Perdana Menteri berkata, sikap sentiasa sedia membantu mereka yang malang, tanpa mengira agama atau bangsa yang diamalkan rakyat negara ini perlu terus dikekalkan.

Beliau berkata, sikap mulia itu wajar dijadikan sebahagian budaya hidup murni rakyat negara ini bagi mengelak ia digugat arus pembangunan moden.

揜akyat harus berbangga kerana diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai antara negara yang paling berjaya melaksanakan pelbagai program kemanusiaan khususnya bagi membasmi kemiskinan,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2006 10:26 AM | Show all posts
Minda Pengarang: Golongan berada patut contohi semangat Embun buat kebajikan


KISAH Embun Mohd Ali, 87, bersama suaminya mengumpul wang gaji dan pencen selama 10 tahun untuk membina Asrama Anak-Anak Yatim dan Miskin Yayasan Hikmah di tanah milik mereka di Gopeng, Perak pada 1991 seharusnya menimbulkan keinsafan, terutama di kalangan yang lebih berkemampuan bahawa ruang untuk membuat kebajikan terbuka luas. Masih ramai insan yang perlu dibantu dan kita tidak perlu ke luar negara untuk menjadi sukarelawan sebenar. Kegigihan Embun sejak 15 tahun lalu membantu kanak-kanak miskin dan yatim untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa dihargai kelmarin apabila beliau menerima Anugerah Kemanusiaan Malaysia NSTP-PwC bagi kategori Anugerah Kemanusiaan Sepanjang Hayat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Kisah Embun adalah bukti bahawa di sebalik kehidupan yang semakin materialistik sekarang, masih ada golongan yang terpanggil mencurahkan bakti. Ternyata sikap penyayang tetap subur di negara ini.

Embun, yang pernah menghadapi keperitan hidup tanpa ibu bapa dan kini berkerusi roda kerana uzur, tidak pernah memikirkan bakti suci dan jasanya dibalas. Beliau juga tidak pernah meminta bantuan daripada orang lain, apa lagi mendabik dada atas kebajikan yang dilakukannya. Keikhlasannya boleh dijadikan iktibar dan seharusnya menyuntik kesedaran golongan korporat, kaya dan berada agar memperuntukkan sebahagian kekayaan untuk disalurkan kepada insan yang menghadapi pelbagai masalah seperti kemiskinan, kesihatan, pelajaran dan ketiadaan tempat tinggal atau kepada orang tua dan kanak-kanak terbiar yang dahagakan kasih sayang. Tiada siapa yang mahu dilahirkan miskin atau terus dibelenggu kemiskinan. Mungkin apa yang diperlukan hanya sedikit bantuan dan simpati untuk mereka berdikari. Sekecil mana pun sumbangan pastinya akan memberi manfaat yang besar kepada golongan kurang bernasib baik. Hanya berbekalkan semangat, keinginan dan naluri kemanusiaan menjadi penggerak bagi mencurah khidmat bakti dan menjaga kebajikan golongan yang amat memerlukan bantuan.

Sebagai rakyat negara yang bakal mencapai status maju, semangat sukarelawan seperti ini perlu dipupuk. Dalam mencari kejayaan dalam bidang masing-masing, mereka yang berjaya tidak harus kehilangan rasa kemanusiaan hingga lupa melaksanakan tanggungjawab sosial bagi membantu mereka yang miskin dan memerlukan pertolongan. Ketika mengejar kejayaan, kita tidak sepatutnya hilang pedoman sehingga tidak berminat membantu golongan kurang bernasib baik. Kematangan dan kemajuan masyarakat tidak diukur dengan kekayaan dan kecanggihan teknologi saja, tetapi apa yang perlu diambil kira ialah sikap bertanggungjawab, layanan adil dan semangat dermawan. Hanya dengan jiwa ihsan yang tinggi boleh melahirkan naluri kemanusiaan yang subur serta amanah yang teguh dan kukuh. Inilah asas utama semangat watan yang mengasihi negara dan bangsa dalam erti kata sebenar.

Pelan Intergriti Nasional (PIN) untuk menerapkan nilai murni adalah pendekatan terbaik memastikan hidup kita terus dipandu 慿ompas moral
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2006 11:40 AM | Show all posts
Bukan balasan diminta, cukup sekadar ingatan
Oleh Mohd Hamizar Hamid


Embun Mohd Ali guna duit pencen guru besar buka Asrama Anak Yatim dan Miskin Darul Hikmah



BUKAN balasan yang dipinta, cukup sekadar tanda ingatan daripada anak yatim dan miskin yang pernah dibelanya, meneruskan perjuangan membela lebih ramai lagi insan senasib mereka di Asrama Anak Yatim dan Miskin Darul Hikmah.

Itulah harapan Embun Mohd Ali, 87, seorang bekas guru besar yang mempunyai prinsip murni kerana tidak pernah berasa takut ditimpa kepapaan selepas mengeluarkan sebahagian daripada hartanya untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik itu.

Baginya, hanya Allah akan membalasnya dan percaya beliau bersama 11 anak-anaknya akan sentiasa dimurahkan rezeki.

Justeru, beliau bersama suaminya pada awal tahun 1990-an nekad menggunakan wang simpanan pencen mereka untuk membuka dan mengendalikan rumah kebajikan khusus untuk membantu anak yatim dan miskin itu.



Embun dan Allahyarham suaminya, Din Kimi mengumpul wang gaji serta pencen selama 10 tahun untuk membina Asrama Anak Yatim dan Miskin Darul Hikmah (Darul Hikmah).

Akhirnya, hasrat mereka termakbul apabila Darul Hikmah ditubuhkan dengan pembinaan bangunan di atas tanah milik mereka seluas lapan hektar di Gopeng, Perak pada 1991.

Pada peringkat awal seramai 10 anak yatim ditempatkan di Darul Hikmah. Di situlah mereka dibesarkan dengan pendidikan dunia dan akhirat.

"Tidak ada salahnya kita berbuat baik kepada orang susah (anak yatim dan miskin). Nasihat saya kepada semua orang terutama yang sudah tua, keluarkan sedikit harta kita untuk membantu golongan kurang bernasib baik.

"Jangan berhenti membantu mereka kerana kita tidak akan tahu nasib kita kemudian hari. Mungkin sempat, mungkin tidak. Jangan jadi seperti beberapa orang rakan seangkatan saya yang ingin membantu tetapi tidak kesampaian kerana meninggal dunia.

揝elain itu, kita hendaklah sentiasa patuh kepada orang tua dan mengasihani anak yatim dan miskin kerana mereka perlu bantuan daripada kita yang lebih bernasib baik,
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2006 12:01 PM | Show all posts
Jawatan Kosong :

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Pembangunan Nurhikmah (YPN) sedang menawarkan beberapa kekosongan jawatan sepenuh masa , sambilan dan sukarela untuk pejabat YPN di Kajang. Jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut :

1.   Pengurus Besar (sepenuh masa)
2.   Pengurus Pemasaran (sepenuh masa)
3.   Pegawai Tadbir (sepenuh masa)
4.   Eksekutif Pemasaran (sepenuh masa)
5.   Kerani (sepenuh masa)
6.   Guru Tusyen (sepenuh masa)
7.   Guru Tusyen (sambilan)
8.   Kaunselor (sukarela)
9.   Penolong Penerbit (sepenuh masa)
10. Pembantu Pejabat (sepenuh masa)
11. Pembantu Kebajikan (sukarela)
12. Webmaster (sukarela)
13. Penyelia Pembangunan Keluarga (sambilan)
14. Penyelia Program (sambilan)
15. Pembantu Siaran (sambilan)
16. Jurufoto (sambilan)
17. Juruteknik Komputer (sepenuh masa)
18. Juruteknik Komputer (sambilan)

Kepada yang berminat untuk memohon sila emailkan permohonan anda kepada hr@nurhikmah. org.my sebelum atau pada 23hb Disember 2006.

Bagi permohonan jawatan-jawatan sepenuh masa dan sambilan ,sila nyatakan dengan lengkap mengenai kelulusan, pengalaman serta gaji yang dipohon.

Bagi permohonan jawatan-jawatan sambilan sila nyatakan dengan lengkap kelulusan, pengalaman dan kenapa anda berminat untuk menjadi sukarelawan dengan YPN

Terima kasih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sender This user has been deleted
Post time 25-12-2006 02:32 PM | Show all posts
PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN NURUL IMAN

Plot 359, Lorong Dato, Off Jalan Dato,
Kampung Manjoi, 30020 Perak Darul Ridzuan
Tel: 05-526 0071 Fax: 05-528 0071
Homepage : http://www.nuruliman.org.my/ (Under Construction)

Pengurus/Pemegang Amanah : En. Khairul B. Mohmad Razi
H/P: 016-546 0071
email :khairul@nuruliman.org.my

Jika ingin menyumbang secara terus:
Nama Akaun Bank : Pusat Jagaan Anak Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman

No. Akaun : 508 225 215 570 (Maybank)
No. Akaun : 08-013-01-006136-1 (Bank Islam)

ATAU KE TABUNG TKO:
No. Akaun : 164726003365 (Maybank)
Pemegang Amanah Tabung TKO : Wan Shafareen Wan Abdul Halim
(tel: 013-3931057) Sila telefon/sms selepas bank-in


MEMBERI PELINDUNGAN, PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN KEPADA ANAK ANAK YATIM DAN MISKIN SECARA PERCUMA
(Mengikut surat akuan bersumpah bertarikh 12hb Okt, 2006)



Sedeh nya hati ini. Lawatan rumah anak yatim Manjoi 09-12-06
http://tranungkite.net/modules.p ... topic&t=19#8617

DANA PENDIDIKAN ANAK2 YATIM, MISKIN & DAIF
http://tranungkite.net/modules.p ... topic&t=67#8594

JAWATAN KOSONG
JAWATAN : TUTOR SAMBILAN
LOKASI : PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN MANJOI
GAJI : BOLEH DIRUNDING
KELAYAKAN : KELULUSAN AKADEMIK YANG SETARAF (mampu mengajar semua peringkat)
UPAH / GAJI AKAN DIBIAYAI MELALUI TABUNG TKO
(http://tranungkite.net/)

Individu yang ingin memohon mestilah mempunyai komitmen yang tinggi dan ikhlas untuk membantu anak-anak yatim tersebut untuk berjaya. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Encik Khairul.

[ Last edited by  sender at 25-12-2006 02:38 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2006 09:21 AM | Show all posts
Pusat Anak-anak Yatim Nurul Iman perlukan pembelaan
Oleh: AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI


PARA penghuni Pusat Jagaan Anak-anak Yatim dan Miskin Nurul Iman di Kampung Manjoi, Ipoh, Perak.
--------------------------------------------------------------------------------

TIDAK ada seorang anak pun yang mahu membesar tanpa kasih sayang ibu bapa apatah lagi menjadi yatim kerana kehilangan salah seorang orang tua.

Sememangnya menjadi impian seorang anak untuk memiliki keluarga yang sempurna walaupun dalam apa jua keadaan.

Bagaimanapun, bukan semua anak bernasib baik kerana ada anak yang menjadi yatim dan ada yang terpaksa tinggal berjauhan kerana desakan hidup.

Ada juga anak-anak yang malang ini terabai setelah ibu atau bapanya bercerai dan disebabkan bapa yang menjadi tempat bergantung dihukum penjara setelah terlibat dalam jenayah.

Walau apa jua kemelut yang melanda keluarga, anak-anak yang masih mentah ini tidak sewajarnya diheret sama dalam kancah itu sehingga tercicir dalam pelajaran dan terlibat dalam jenayah.

Kewujudan pusat-pusat jagaan anak yatim dan miskin dapat membantu anak-anak ini mengejar impian untuk berjaya dalam pelajaran dan kerjaya pada masa hadapan, seterusnya mengubah nasib kehidupan keluarga mereka.

Begitupun, ada juga tempat yang menjadi naungan anak-anak miskin dan yatim ini yang berada dalam serba kekurangan kerana tidak boleh menjana sumber pendapatan sendiri, sebaliknya banyak bergantung kepada sumbangan orang ramai.

Masalah itu dialami Pusat Jagaan Anak-anak Yatim dan Miskin Nurul Iman yang tidak mempunyai tetap serta kurang mendapat bantuan daripada syarikat dan organisasi.

Sejak mula beroperasi pada tahun 2001, pusat jagaan itu berpindah sebanyak empat kali kerana menyewa tanah dan bangunan orang.

Pada asalnya, pusat jagaan di bawah tajaan Yayasan Nurul Iman itu menyewa di Simpang Pulai, Perak sebelum berpindah sebanyak tiga kali di sekitar Kampung Manjoi antara tahun 2005 dan 2006.

Pusat jagaan itu kini menyewa di tanah seluas 36.5 x 21.3 meter di Lorong Datuk, Kampung Manjoi bagi tempoh dua tahun dengan pilihan tambahan setahun sekiranya perlu berpindah.

Menurut Pemegang Amanahnya, Khairul Anuar Mohmad Razi, pusat jagaan itu memerlukan kawasan sendiri yang mempunyai keluasan sekurang-kurangnya 0.4 hektar di kawasan luar bandar dan dua lot bagi kawasan dalam bandar.

Jelasnya, tanah yang luas diperlukan untuk keselesaan termasuk mengadakan kawasan permainan untuk para penghuni.

揔alau boleh, kami juga bercadang hendak bela ayam, kambing dan tanam sayur-sayuran untuk kegunaan harian dan sebagai pendapat tetap pusat ini.

揔ami tidak mahu asyik minta sumbangan sahaja sebab nanti orang akan bosan,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2006 10:37 PM | Show all posts
aku harap jgn le minyak naik thn depan, ingat nak pi jadi cikgu tuisyen kat Nurhikmah tapi kalau minyak naik mencanak kene think twice lah.....gomen, janganlah naikkan rega minyakkkkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2007 09:00 PM | Show all posts
Petang tadi sherrina berkesempatan mengunjungi Teratak Shifa' yg dikendalikan oleh Mak Tom di Setapak. Sblm tu sherrina cuma bersembang aje ngan Mak Tom di telefon, petang tadi baru dapat ke sana. Sampai disana terpegun juga dengan kawasan rumah. Besar dan luas, selesa bagi 10 org anak2 perempuan. 5 org sekolah rendah, 5 org sekolah menengah.

Ketika sherrina sampai, Mak Tom tiada di rumah. Sherrina dijemput masuk oleh pelajar tertua bernama Lina. Ketika tu anak2 sedang mengaji di ruang tamu. Tiada guru yg membimbing, hanya seorang pelajar yg sherrina rasa pelajar tu paling mahir antara semua. Lepas melihat kawasan sekeliling yg luas, peralatan asas yg lengkap....baru sherrina duduk bersembang dengan pelajar2 tu. Kesemua mereka dari Pahang, anak2 org asli. Agak sedih juga bila mengetahui tahap pelajaran mereka yg rendah. Semuanya gagal dalam subjek Math dan English.

Tak lama tu Mak Tom pun balik dari melawat cucu di hospital. Orangnya ramah dan baik, tegas dalam mendidik anak2 tersebut. Insya' Allah mula esok sherrina akan membantu anak2 tu dalam pelajaran mereka yg agak jauh ketinggalan. Terisi juga masa lapang di waktu petang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 09:17 AM | Show all posts
Seminggu mengajar di Teratak Shifa' mmg menyeronokkan. Walaupun level pelajaran mereka agak kebelakang, namum mereka tak putus asa utk blaja. Baru2 ni dapat berita mereka akan mendapat bantuan buku bernilai RM3 ribu. Jenuh juga nak pikir buku apa yg nak dibeli dengan wang yg banyak tu. Alhamdulillah, rezeki anak2 Shifa' :love:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2007 09:27 AM | Show all posts
Sherrina,
aku nih kan selalau kagum dgn ko
dgn apa yang ko selalu buat

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 10:07 AM | Show all posts
jangan Syd. yg aku buat ni tak seberapa compare dgn org lain.Nak bantu wang takde tapi ilmu yg ada ni aje yg leh bagi. Bagi yg mampu bantu wang, harap sumbangkanlah sebab umah anak yatim ni wang crucial utk bayar bil, belanja skolah dll...

Sikit2 membantu lama2 jadi bukit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.079646 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list