CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33792|Reply: 14

Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID)

[Copy link]
Post time 11-7-2005 01:40 PM | Show all posts |Read mode
Penubuhan
Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor, singkatannya PERKID, telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan kebajikan bukan kerajaan (NGO) pada tahun 2000 dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan peraturan- peraturan Pertubuhan 1984. Nombor pendaftaran PERKID ialah 562.  

PERKID adalah merupakan ahli Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Selangor, iaitu sebuah badan kerajaan Negeri Selangor yang bertindak sebagai penyelaras dan perunding bagi pertubuhan-pertubuhan kebajikan sukarela di peringkat negeri.

Pada mula penubuhannya ibu pejabat PERKID bertempat di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor. Mulai tahun 2002, PERKID beroperasi dari USJ Subang Jaya. Pada Januari 2004 PERKID beroperasi dari Kuala Lumpur. Pada Ogos 2004, PERKID berpindah ke pejabat baru di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, Selangor.
  

Objektif

Tujuan PERKID ditubuhkan adalah untuk mencapai matlamat-matlamat berikut :

1. Menegakkan sistem perubatan dan pemulihan secara Islam bagi menangani masalah gejala sosial yang sedang melanda masyarakat masakini.

2. Memberi pembelaan dan perlindungan kepada para pemuda dan pemudi Islam yang terjebak dengan anasir-anasir yang tidak sihat.

3. Menjalankan aktiviti dakwah untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya keruntuhan akhlak dan gejala sosial, yang merugikan semua pihak.

4. Bekerjasama dan berpadu tenaga dengan semua pihak samada badan-badan kerajaan,swasta dan badan-badan sukarela bagi menangani masalah gejala sosial yang melanda masyarakat dan negara.

5. Menubuhkan pusat-pusat pemulihan secara Islam bagi merawat, memulihkan dan mendidik generasi umat Islam yang terjebak dengan gejala sosial supaya kembali ke pangkal jalan.

6. Membuat kerja-kerja kebajikan umum bagi membantu masyarakat yang ditimpa bencana alam dan berbagai masalah kehidupan.
  

Keahlian

Keahlian PERKID adalah terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas dan beragama Islam yang tinggal atau bekerja di negeri Selangor serta berminat untuk melaksanakan segala matlamat pertubuhan.

[ Last edited by  fleurzsa at 10-9-2006 08:20 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-7-2005 01:41 PM | Show all posts
Keahlian  
1. Keahlian terbahagi kepada :

(a) Ahli Biasa : Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan beragama Islam yang tinggal atau bekerja di ri Selangor serta berminat untuk melaksanakan segala matlamat pertubuhan.

(b) Ahli Seumur Hidup : Ahli Biasa boleh menjadi Ahli Seumur Hidup dengan hanya membayar yuran sekali sahaja dan ia adalah berhak untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti Pertubuhan sebagaimana ahli biasa yang lain.

2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh, mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberikan sebab-sebabnya.

3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan seperti yang telah ditetapkan diterima menjadi ahli pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.
  

Bayaran Masuk, Yuran dan Bayaran Lain

1. Bayaran pendaftaran dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut :

Pendaftaran                  RM 10.00 (Sepuluh Ringgit Sahaja)
Yuran Tahunan              RM 30.00 (Tiga Puluh Ringgit Sahaja)
Yuran Ahli Seumur Hidup  RM 100.00 (Satu Ratus Ringgit Sahaja)

2. Yuran Tahunan tidak dikenakan kepada ahli seumur hidup.

3. Ahli dikehendaki membayar pendaftaran dan yuran tahunan selepas keahlian diterima oleh pihak pertubuhan.

4. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

5. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat ahli-ahli.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2005 01:44 PM | Show all posts
PERKID boleh dihubungi seperti berikut :

Alamat Pejabat :
17-2A, Jalan 15/1A
Seksyen 15
43650 BANDAR BARU BANGI, Selangor

Tel : 03-8925 3891, 019-257 2717

Pengerusi :  
Ust. Masridzi bin Sat

Timbalan Pengerusi :  
Hj Baharuddin Abdullah
Emel : bahruddi@yahoo.com

Setiausaha :
Roslina bt Musa

Bendahari :
Hj Nordin Ibrahim
Emel : ibnordin@yahoo.com

Webmaster :
Emel : perkidselangor@yahoo.com

pautan: http://perkid.net/index.html


Sumbangan:

Di dalam menjalankan aktivitinya, PERKID memerlukan sumber kewangan yang berterusan. Oleh itu sumbangan daripada anda yang perihatin amatlah dialu-alukan, dengan ucapan ribuan terima kasih. Hanya Allah jua yang berupaya membalas segala sumbangan yang anda berikan kepada PERKID. Semuga segala sumbangan yang kita buat ini diterima Allah sebagai amalan daripada hamba yang soleh, yang akan menjadi sebahagian dari pelaburan kita untuk akhirat, insyaAllah.

Sumbangan kewangan berbentuk cek, kiriman wang ataupun wang pos berpalang boleh dibuat di atas nama PERKID Selangor.

Bagi kemasukan terus ke akaun bank PERKID, butirannya ialah :

Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Cawangan : USJ Subang Jaya, Selangor
Nama : Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID)
Nombor Akaun : 12-065-01-002008-5

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2006 04:03 PM | Show all posts
Zuraini asah bakat berdakwah dalam Sukarelawan Perkid
Oleh ZUARIDA MOHYIN




HUBUNGAN mesra terjalin antara Zuraini Mohd. Shokori dengan pelajar-pelajar di Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Sungai Merab Luar, Kajang, Selangor.
--------------------------------------------------------------------------------




BERSAING dalam pasaran kerja adalah lumrah kepada mereka yang bergelar siswazah. Fenomena yang biasa berlaku adalah sikap segelintir graduan dalam atau luar negara berlumba-lumba mencari peluang pekerjaan biarpun ia tidak menepati bidang pengajian masing-masing. Semuanya kerana tidak mahu diri dilabel sebagai penganggur terhormat.

Namun bagi Guru Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam di Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Sungai Merab Luar, Kajang, Selangor, Zuraini Mohd. Shokori, 24, dia bukan sahaja berusaha untuk mencari pekerjaan tetap yang bersesuaian tetapi turut berazam agar bidang yang dipelajari selama di menara gading dapat dimanfaatkan untuk insan lain.

Bertekad atas dasar itulah maka pemegang ijazah sarjana muda Pengajian Islam dalam bidang Dakwah dan Kepimpinan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini telah melawat ke Rumah Kebajikan Perkid (Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor) di Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor pada saat-saat dia hampir menamatkan pengajian di universiti.

揝aya mengetahui tentang pusat ini menerusi seorang sahabat yang pernah ke sana. Pertama kali ke sana hati saya sudah jatuh cinta. Perasaan sedih dan simpati silih berganti dan ia menguatkan keazaman saya untuk membantu anak-anak yatim itu biarpun hanya bergelar sukarelawan.

揜umah ini menempatkan remaja perempuan yang menghadapi pelbagai masalah sosial seperti mengandung anak luar nikah, mangsa rogol, sumbang mahram, lari dari rumah dan paling kronik kes hampir-hampir murtad kerana terpedaya dengan teman lelaki yang berlainan agama. Tambah menyedihkan pelatih-pelatih di sini merupakan paar pelajar sekolah berumur antara 13 hingga 17 tahun.

揚erasaan simpati itu secara tidak langsung melahirkan semacam desakan dalaman untuk membantu mereka yang majoritinya anak-anak Melayu beragama Islam. Setelah bercampur gaul dengan mereka, saya dapati kesilapan yang dilakukan oleh remaja ini bukannya 100 peratus kesalahan mereka sendiri tetapi berpunca daripada kepincangan dalam institusi keluarga dan ketiadaan penghayatan Islam,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 03:59 PM | Show all posts
ehem.. akum.. PERKID neh macam PEKIDA gak ek ?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 11:56 AM | Show all posts
lain laa... :no:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2006 06:23 PM | Show all posts
nak macam je..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2006 01:53 PM | Show all posts
nak join...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2006 04:59 PM | Show all posts
PERKID ini adakah menerima gadis-gadis yg bermasalah?
kalau terima macam mana nak mohon agar gadis tersebut ditempatkan disitu dan diberi kaunseling dan pemulihan yang secukupnya?

Info kalian amat dihargai.
Harap dapat membantu :tq:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2006 09:58 AM | Show all posts
Edisi KL : 慘ami buat aduan palsu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 10:57 PM | Show all posts

minta tolong...

macam mana nak join ngan perkid ??

macam pekida gak ke join nya ??
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 12:03 AM | Show all posts

Reply #11 selendangmerah's post

kene main buah ckit..... hehehhe

buah yg bermula dgn huruf 'L'........:cak:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2006 03:15 PM | Show all posts
update:

Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID)
Rumah Kebajikan PERKID
No 15, Jalan Sentosa 20
Bt 15 3/4, Taman Desa Sentosa
43100 Dusun Tua
Hulu Langat
Tel No: 03-9021 3730
Tel bimbit: 019-2572 717 atau 019-3965 495

ATAU

Pejabat PERKID
17-2A, Jalan 15/1A, Seksyen 15,
43650 Bandar Baru Bangi
Tel No: 03-8925 3891 atau 03- 9069 907
Tel bimbit: 019-2572 717

ATAU

PERKID GOMBAK
Tel: 013-6682 940


BERSEPADU MENANGANI GEJALA SOSIAL


Sesiapa yang ingin menjadi sukarelawan atau menyumbang duit sila
hubungi Ustaz Masridzi bin Sat di no HP 019-2572 717

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 05:46 PM | Show all posts
ehem bechkam..

PERKID pun ada buah gak ka ??

hahahahha....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2009 09:49 AM | Show all posts
`Anak saya mati dipukul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.095727 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list