CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25171|Reply: 96

Peluang Bersukarela

[Copy link]
Post time 8-7-2005 02:35 PM | Show all posts |Read mode
KERJA SUKARELA MEMERLUKAN  anda berkongsi pengetahuan dan kemahiran dengan komuniti yang memerlukan, tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Bila anda bersukarela, komuniti yang anda berkhidmat akan mendapat manfaat hasil daripada perkhidmatan anda, atau dari pengetahuan yang anda kongsi. Anda pula bermanfaat hasil daripada pengalaman perkongsian itu, dan daripada pengajaran yang diperolehi daripada komuniti tersebut.

Kerja sukarela berbeza daripada kerja amal. Kerja amal melibatkan satu pihak memberi dan satu pihak lagi mendapat manfaat, sedangkan kesukarelaan merupakan satu gabungan di mana kedua-dua pihak bermanfaat.

SALAM mengenali dua kategori kerja sukarela: sepenuh masa dan separuh masa. Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas boleh memohon untuk menjadi sukarelawan SALAM. Anda harus:

    * suka membantu dan bekerja dengan orang lain
    * boleh berkomunikasi dan bergaul dengan orang ramai
    * sedia untuk menghadapi kesulitan dan kesukaran
    * sebaiknya mempunyai kemahiran atau pengalaman yang berguna yang boleh dikongsi dengan orang lain
    * sedia belajar
    * sedia untuk membuat komitmen penuh masa

Sukarelawan SALAM datang daripada berbagai latarbelakang. Anda mungkin lepasan baru graduan kolej atau universiti, sedang bekerja, usahawan, pesara, suri rumahtangga, atau sesiapa pun yang mempunyai kemahiran atau pengalaman kerja yang berguna yang boleh dikongsi dengan orang lain. Semua sukarelawan dikehendaki untuk menghadiri program orientasi anjuran SALAM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-7-2005 02:36 PM | Show all posts
SUKARELAWAN SALAM BEKERJA SEPENUH MASA dengan organisasi di mana mereka ditempatkan. Tempoh perkhidmatan yang lebih diharapkan adalah sekurang-kurangnya enam bulan. Dalam kes-kes tertentu, tempoh yang lebih singkat dapat diatur, terutamanya bagi mereka yang bekerja dalam bidang-bidang teknikal yang lebih khusus.

Sukarelawan SALAM menerima elaun untuk keperluan makan-minum dan penginapan. Elaun ini adalah antara RM 600 hingga RM 800 sebulan, bergantung kepada kos sara hidup di tempat mereka ditugaskan. Jika tempat tinggal disediakan oleh pertubuhan di mana mereka ditempatkan, maka jumlah elaun sebenar akan ditentukan, sewajarnya. Sukarelawan juga akan diberi kemudahan perubatan serta insuran kemalangan peribadi.
Soalan-soalan yang biasa ditanya
Bila sukarelawan SALAM ditempatkan di sesuatu organisasi, mereka menjadi "pekerja" organisasi tersebut. Walaupun SALAM memberi elaun serta mengawasi kerja mereka, sukarelawan berlapor terus kepada organisasi yang mereka ditugaskan dan menerima arahan daripada organisasi tersebut.

Sukarelawan SALAM boleh bekerja sama ada di luar atau dalam negara. Di mana sukarelawan ditugaskan bergantung kepada sama ada ada atau tidak sesuatu tugasan, dan kemahiran serta minat seseorang. Kerja sukarela sama ada di dalam atau di luar negera adalah sama penting dan bermanfaat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2005 02:36 PM | Show all posts
RAMAI ORANG TIDAK DAPAT bersukarela sepenuh masa, tetapi boleh meluangkan masa beberapa jam untuk membuat kerja sukarela. Ini mungkin beberapa jam dalam seminggu, hari minggu, atau atas dasar "bila perlu". Sukarelawan seumpama ini dikenali sebagai sukarelawan separuh masa atau ad hoc.

SALAM mengalu-alukan sukarelawan seumpama ini dan akan merujuk mereka kepada organisasi yang telah menyatakan keperluan untuk sokongan sukarelawan separuh masa. Pada amnya, organisasi-organisasi ini beroperasi di tempat kerja atau kediaman sukarelawan tersebut. Kedua-dua pihak ini akan seterusnya bertemu untuk menguruskan ciri-ciri gabungan tersebut. Sukarelawan separuh masa tidak menerima elaun daripada SALAM.

[ Last edited by Syd on 8-7-2005 at 02:38 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2005 02:39 PM | Show all posts
Untuk memperolehi borang pendaftaran separuh-masa, anda boleh:

    * Dapatkan borang pendaftaran separuh masa (53k) atau


    * Pendaftaran on-line sukarelawan

Setelah anda habis mengisi borang pendaftaran, sila kirimkan borang tersebut kepada kami di:

    Yayasan Salam Malaysia
    8 Jalan Utara
    46200 Petaling Jaya
    Selangor
    Malaysia

    Tel: (603) 7958 4021
    Fax: (603) 7958 4031
    E-mail: info@salam.org.my

Bagi organisasi yang memerlukan sukarelawan, sila hantarkan butir-butir organisasi, bidang dan kerja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2005 02:41 PM | Show all posts
pautan:

http://www.salam.org.my/kandungan/bekerjasama/peluang.htm

utk senarai2 bantuan yang diperlukan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2005 08:44 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 8-7-2005 02:39 PM:
Untuk memperolehi borang pendaftaran separuh-masa, anda boleh:

    * Dapatkan borang pendaftaran separuh masa (53k) atau


    * Pendaftaran on-line sukarelawan

Setelah anda habis mengis ...


Memang tercari2 peluang untuk menjadi sukarelawan, sudahpun mendaftar.
Terima kasih kerna memberikan informasi ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-7-2005 09:56 AM | Show all posts
sama-sama sagun.
tahniah sbb awak dah mendaftar.

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2005 01:26 PM | Show all posts
bestnya...tingin nak jd sukarelawan...especially lepas tgk tsunami di Acheh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2005 01:32 PM | Show all posts
mila..
tadi terima satu pm dari satu kawan forumer, dia citer pasal dia p melawat orang dlm hutan...

tolong2 dorang....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2005 01:41 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 12-7-2005 01:32 PM:
mila..
tadi terima satu pm dari satu kawan forumer, dia citer pasal dia p melawat orang dlm hutan...

tolong2 dorang....


org dlm utan ke Org Utan?hhehee...watpe derang duk dlm utan? homeless ke? hutan mane tu?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2005 01:49 PM | Show all posts
Salam,

InshaAllah dah habis belajar nanti nak join badan sukarela la. Sekarangni mcm kelam kabut je hidup..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2005 08:40 PM | Show all posts
camana nak daftar nie?tak berapa paham lah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2005 11:22 PM | Show all posts
sape dah join program nie? citer le pengalaman....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2005 08:34 AM | Show all posts
Originally posted by flameboy35 at 12-7-2005 08:40 PM:
camana nak daftar nie?tak berapa paham lah...


awak klik kat pautan yang di'paste' tuh, then boleh ikut panduan kat situ
Reply

Use magic Report

grugals This user has been deleted
Post time 20-7-2005 04:07 PM | Show all posts
gru minat jadi sukerelawan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2005 09:16 AM | Show all posts
gru, dah daftar belum.
ceritalah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2005 01:46 PM | Show all posts
nak jadi sukarelawan ni perlu tak pada kekuatan fisikal...yelah mana tau kot kena angkut orang macam pbsm tu..cite sket syd..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2005 02:40 PM | Show all posts
boleh pilih mana bidang yang kita senang dan selesa nak jadik sukarelawan
kat salah satu pautan yang dah dipaste

kat situ semua ada - info yang diperlukan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2005 04:00 PM | Show all posts
catz pun nak daftar lah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2005 05:06 PM | Show all posts
alhamdulillah catz.
kat radio, tiap2 ari kuar iklan
soh daftar jadik sukarelawan kat salam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.079587 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list