CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 130784|Reply: 419

ANEKA LAKSA PANTAI TIMUR - LAKSAM, LAKSA KELANTAN & PAHANG

[Copy link]
Post time 29-6-2005 04:53 PM | Show all posts |Read mode



LAKSAM TERENGGANU

Bahan-bahan membuat laksam:

2 cawan tepung beras
4 cawan air
? sudu kecil air kapur
2  sudu kecil tepung ubi
secubit garam

Cara menyediakan:

Bancuh semua bahan-bahan hingga rata. Biarkan selama 10 minit.
Sapu minyak dalam tudung periuk dan panaskan pengukus, letakkan tudung periuk dalam pengukus.
Tuangkan satu senduk adunan ratakan nipis-nipis. Kukus hingga masak ( adunan akan terangkat menggelembung bila masak)
Angkat dan gulung kemas-kemas (spt gambar di atas). Buat begini hingga selesai semuanya.
Potong laksam bulat-bulat dan taburkan bahan ulam serta tuangkan kuah scukupnya.
Letakkan sedikit sambal belacan (cili ditumbuk dgn belacan dan sedikit garam)
Sedia dihidangkan.

Bahan untuk kuah:

4 ekor ikan kembung/selayang
1 sudu besar lada hitam
5 ulas bawang merah
1 biji kepala parut } diambil santannya
2 keping asam gelugur
1.5 cm halia
sedikit garam

Cara membuat kuah:

Ikan kembung dibersihkan kemudian direbus hingga masak.
Toskan kemudian ambil isi ikan ditumbuk hingga lumat.
Tumbuk bawang merah, lada hitam dan halia hingga lumat.
Masukkan semua bahan tumbuk serta santan dalam periuk, masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.
Jerang di atas api hingga mendidih dan sebati.

Bahan untuk ulam:

Daun kesum } dimayang halus
Kacang panjang } dimayang
Timun } dimayang
Daun selasih/kemangi } dimayang
Taugeh } buang ekor


[archived]


[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 7-1-2009 04:34 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2005 04:59 PM | Show all posts
ooooo kak, dalam gambar tu tak de pun kacangnya? laksam terengganu tak sama ke dengan laksam kelantan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2005 05:16 PM | Show all posts
Originally posted by shidaaziz at 29-6-2005 04:59 PM:
ooooo kak, dalam gambar tu tak de pun kacangnya? laksam terengganu tak sama ke dengan laksam kelantan?


oooo dik.., dlm gambar tu tak cukup ulam :malu:..maklum la buat disini mana nak carik ulam2 cam kat M'sia tu pun dlm gambo tu nasib ada daun kesum (tanam sendiri), timun dan green beans (tak serupa cam kacang panjang Mesia, bau maung.. tu pasal tak kelihatan sgt)..hehehe, dan taugeh lupa lak nak beli..sini byk taugeh kat TESCO

Laksam org Kelantan akak tak tahu lah plak..tak pernah makan di Kelantan..cuma kalau dulu beli kat pasar mlm mek2 Kelate jual rasanya lebih kurang je...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2005 05:42 PM | Show all posts
LAKSAM TERENGGANU

BAHAN....
1/2 kg ikan..kembung/selayang...bakar dan ambil isi
3 cawan santan ( 1 biji kelapa)
3 ulas bawang kecil
1 hiris halia
1 sudu besar lada hitam....tumbuk
garam secukupnya

ULAMAN...
Taugeh.....buangkan akar
kacang panjang
kobis
kacang botol
Daun kesum
bunga kantan
timun
Semuanya di mayang/racik/hiris halus

SAMBAL....[ ditumbuk saperti sambal belacan]
Cili api
Cili merah/hidup
Belacan
Air limau kasturi/limau nipis

Bahan penting.....
Laksanya...macam kuetiauw tu...(selalunya k.Liza beli siap dan balik buat kuah kat rumah jer....belum tamat belajar buat laksanya lagi...)

CARA:
1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan renehkan perlahan-lahan sampai mendideh.
2. Rasakan masinnya.
3. Hidang bersama ulaman yang telah dimayang/hiris halus.
4. Sediakan juga sambal belacan limau kasturi atau limau nipis.


[archived]

[ Last edited by NoorMasri at 25-8-2005 02:39 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2005 09:11 AM | Show all posts
kakkk.....ikan selayang tu ikan macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2005 09:56 AM | Show all posts
Originally posted by shidaaziz at 30-6-2005 09:11 AM:
kakkk.....ikan selayang tu ikan macam mana?

ikan selayang tu kalau tak salah pernah juga dipanggil dgn nama ikan sadin..
tapi bukan ikan sardin dalam tin tu yer....

nanti kak liza amik gambar rupa ikan tu...insyaAllah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2005 10:09 AM | Show all posts
ooooooo.....ikan selayang dengan ikan sardin tu sama le ye. macam ikan kembung = ikan termenung.

alamak.....ikan sardin tu ada ulat kan kat insang dia. honey cakap ikan sardin ni sedap. tapi tak pernah buat laksa pakai ikan ni lagi. nanti nak try.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2005 06:33 AM | Show all posts
Originally posted by shidaaziz at 30-6-2005 10:09 AM:
ooooooo.....ikan selayang dengan ikan sardin tu sama le ye. macam ikan kembung = ikan termenung.

alamak.....ikan sardin tu ada ulat kan kat insang dia. honey cakap ikan sardin ni sedap. tapi tak ...


ulat kat insang? rasa kak Noor ikan sadin ni byk cacing halus kat perutnya..heheheh..tapi sedap woo ikan ni kalau wat kopok atau kuah pelbagai laksa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2005 08:07 AM | Show all posts
ulat kat insang?? OMG!!!!!! ni ler ikan kesukaan coki, especially bila kukus dan bakar
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2005 08:31 AM | Show all posts
pasal ulat & cacing tu shida tak ingat sebab shida tak eprnah siang ikan ni. adik shida yang siang. kemudian menangis-nangis dia marah kat shida sebab suruh siang ikan ni. mak pun tak berani siang ikan ni. tapi kat kl best. beli kat pasar, suruh je orang ikan tu siangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2005 12:19 PM | Show all posts
Originally posted by NoorMasri at 1-7-2005 06:33 AM:


ulat kat insang? rasa kak Noor ikan sadin ni byk cacing halus kat perutnya..heheheh..tapi sedap woo ikan ni kalau wat kopok atau kuah pelbagai laksa


kak Noor, kat KL ni ramai tak bape suka makan ikan selayang ni sbb ada cacing tu ah....tp kat ganu ikan selayang ni lah paling laku....:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2005 12:53 PM | Show all posts
ikan selayang ni cukup banyak khasiat protien dan jauh dari pencemaran bahan toksid kimia dalam lautan dalam...
tidak saperti ikan2 besar []tenggiri..merah..]..

ikan ini sedap dibuat ikan celup tepung yg femes kat Terengganu....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2005 01:01 PM | Show all posts
thks ciknoor tempek ghesepi tu..:ah: dah lama caghi...dulu maklang tak gheti makan laksam tapi bila dah pekena skali...alamak..besh ooo.. Maklang nak try buatlah...bila dah expert, nak buat utk makpak mertua laks...:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2005 01:24 PM | Show all posts
shida ingat nak buat. tapi tak de tudung periuk nak buat laksa dia. pernah tengok mak buat & tolong kukuskan laksa tu. senang je. nanti nak beli tudung periuk. tapi ada ke kedai yang jual tudung periuk je?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2005 04:41 PM | Show all posts
Pakai loyang pun boleh. Tudung periuk je orang tak jual la.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2005 04:43 PM | Show all posts
Originally posted by top40 at 1-7-2005 04:41 PM:
Pakai loyang pun boleh. Tudung periuk je orang tak jual la.


loyang tu yang orang nak bakar kek tu ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2005 04:44 PM | Show all posts
nak buat esok le. dah lama tak makan laksam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2005 05:12 PM | Show all posts
Originally posted by top40 at 1-7-2005 04:41 PM:
Pakai loyang pun boleh. Tudung periuk je orang tak jual la.


Tidak di galakkan pakai loyang..bukannya apa susah nanti nak amik tepi nak gulung, dah pernah try guna loyang aduh maaakk berpeluh den..

Eh tudung puyuk kat M'sia kan byk hok nipis2 tu..yg Noor guna kat sini pun tudung puyuk import dr M'sia hehehee sumer tudung puyuk mak akak hok lama2..puyuk nya dah bocor..tudungnya boleh pakai lagi..utk buat laksam..:cak:

shidaa..selamat mencuba..jgn lupa kasi report tau..moga berjaya :pray:
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2005 05:19 PM | Show all posts
Mmmm..salah satu peberet alin ni, tapi tak pandai buat. Alin ada sorang kawan tu, tapi dia org Kelantan, dia punya laksam perghhh memang terangkat. Alin nak tanya apa beza laksam Kelantan dan Terengganu?:hmm:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2005 05:21 PM | Show all posts
Originally posted by alin_raaz at 1-7-2005 05:19 PM:
Mmmm..salah satu peberet alin ni, tapi tak pandai buat. Alin ada sorang kawan tu, tapi dia org Kelantan, dia punya laksam perghhh memang terangkat. Alin nak tanya apa beza laksam Kelantan dan Teren ...


Alamakkk Alin tu kena tanya ore Kelate..calling calling saper ore Kelate sini buleh kabor dop resepi kuah laksam demer..samo ke dop dgn resepi ore Ganu..:bgrin:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.290742 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list