Agama Islam & Muslim
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

my_wahida This user has been deleted

Fav
| Credits    
penyakit saka

Assalamualaikum kawan-kawan,

Saya mengalami penyakit ini sudah 8 tahun, dah sudah banyak tempat saya berubat tetapi, masih tidak berhasil sepenuhnya. Jadi saya ingin meminta pendapat kalian, bagaimana utk mengubatinya dan apa yg harus saya lakukan...

[ Last edited by  fleurzsa at 3-9-2006 10:20 PM ]
29.9K Views
144 Reply Positive sequence

ADVERTISEMENT


orangbesi Lv.13 145#

Challenger | Credits 15311   
salam

ILMU
ya memang penting
walaupun sipenipu pun kena berilmu jugak utk menipu
dan ILMU YANG DITURUNKAN
ADALAH SEBENAR BENAR ILMU
DAN SEBAIK BAIK IKUTAN ADALAH IKUTAN NABIMU

dan adakah melalui perantara
sebagaimana JIBRAIL diTURUNKAN kepada RASUL RASUL
dan adakah sekarang ILMU disampaikan melalui perantara
malaikat ka????
jin ka??????
setan ka?????
manusia ka??????
ATAU HANYA DARI DIA

ct_og Lv.9 144#

Adventurer | Credits 4609   
Salam...

Dalam thread ni banyak info... ada sesiapa lagi yang nak kongsi ilmu.... Thanks.

Presa1200 Lv.11 143#

Highlander | Credits 7315   

Ubat Hati - Satu lagu yg bagus dan mengharukan

nama asal 'tombo ati' mp3 dlm bhs jawa dan melayu. wlaupun tak paham bhs jawa tp ade versi melayu dkat akhir lagu. yg penting irama lagu nih mmg best:

download "tombo ati" drpd website nih:

http://nasydkoe.multiply.com/music/item/1

[ Last edited by  Presa1200 at 22-7-2006 07:32 AM ]
Follow Us

grugals This user has been deleted 142#

| Credits    
aku kena baca lagi sekali ni syd..panjang gila..hehe

orangbesi Lv.13 141#

Challenger | Credits 15311   
salam

sesuai tu
cukup sesuai
sebab pi mana pun
yg tu yg UTAMA
dan yg MEMULAKANNYA
disanjung di 7 lapis langit
dgn KALIMAH YANG MENGKAGUMKAN

Syd Lv.20 140#

Legenderer | Credits 214309   

Suami juga boleh nusus

Suami juga boleh nusus
Oleh Zuarida Mohyin


APABILA disebut perkataan nusus, sudah tentu tergambar dalam fikiran kita seorang isteri yang derhaka atau tidak mentaati suami tanpa ada sebarang keuzuran syarie. Gambaran tersebut seolah-olah nusus ini hanya berlaku pada pihak isteri sedangkan dalam al-Quran dan al-sunah jelas menunjukkan nusus tidak hanya berlaku pada pihak isteri bahkan ia juga berkemungkinan berlaku pada suami.

Berdasarkan realiti semasa yang berlaku pada hari ini, peratusan nusus dari pihak suami yang melibatkan penderaan dari segi fizikal dan mental terhadap isteri adalah lebih tinggi berbanding nusus isteri terhadap suaminya.

Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Wan Abdul Fattah Wan Ismail berkata, menurut Ibn Manzur, seorang penulis lisan al-arab, dari segi bahasa nusus berasal daripada perkataan Arab iaitu nashaza, yanshuzu, nushuzan yang memberi beberapa maksud, antaranya bangkit dari tempatnya atau bangun, tempat yang tinggi atau suami isteri saling membenci.

Katanya, para fuqaha dan ulama-ulama tafsir telah memberi pelbagai definisi mengenai nusus. Menurut Imam Syirazi dalam kitabnya al-Muhazzab, nusus ialah isteri yang menderhakai, angkuh serta ingkar terhadap apa yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. kepada mereka mengenai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan terhadap suami mereka.

揘amun definisi ini hanya menjurus kepada nusus di pihak isteri sahaja sedangkan nusus juga berlaku pada suami. Maka nusus dapat ditakrifkan sebagai suami atau isteri yang cuai dalam melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap pasangan sebagaimana yang telah diamanahkan oleh Allah tanpa ada sebarang alasan yang disyarakkan untuk dikecualikan daripada melaksanakan amanah-amanah tersebut,

ADVERTISEMENT


ibnur Lv.22 139#

Moderator | Credits 31057   
sekali sekala apa salahnya borak pasal ugama kan?

tasha86 Lv.9 138#

Adventurer | Credits 3987   

Reply #3 grugals's post

tak sesuai kot kat Borak...:nerd:

:tq: :tq: :tq: Mod...

grugals This user has been deleted 137#

| Credits    
tak kisah pun nak letak sini..tapi kalau nak move..saye akan move kan

tasha86 Lv.9 136#

Adventurer | Credits 3987   
Mod...sori...tersilap bod la...tolong move ke Muslimin & Muslimat...:tq:

tasha86 Lv.9 135#

Adventurer | Credits 3987   

7 Kalimat

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan...

1. Mengucap 'Bismillah' pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap 'Alhamdulillah' pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap 'Astaghfirullah' jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap 'Insya-Allah' jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap 'La haula wala kuwwata illa billah' jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap 'inna lillahi wa inna ilaihi rajiun' jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap 'La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah' sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi biasa, kerana sudah biasa.

ussopp Lv.22 134#

Moderator | Credits 15676   

NICE....

what a nice simple typical advice......

much2 better than an endless typical arguement...


ps: suka point simple but  useful...

tasha86 Lv.9 133#

Adventurer | Credits 3987   

Petua Mencapai Kebahagiaan

Untuk mencapai kebahagiaan dan kejayaan adalah sebagai berikut, perhatikan perkara berikut:

1. Beriman Kepada Allah s.w.t.

Tidak ada kebahagiaan tanpa iman kepada Allah s.w.t. Kebahagiaan itu akan bertambah seiring dengan bertambahnya iman seseorang kepada Allah s.w.t., dan akan berkurang bersama dengan lemahnya iman kepada-Nya. Apabila iman semakin teguh maka makin memuncak pula kebahagiaannya. Sebaliknya jika iman menjadi lemah, maka jiwanya menjadi goncang dan fikirannya menjadi semakin negatif. Dia akan berasa kehidupan ini amat pahit dan dia akhirnya ditimpa kebinasaan dalam hidupnya.

2. Beriman kepada Kekuasaan Allah s.w.t.

Orang yang beriman bahwa Allah s.w.t. adalah yang Maha Kuasa, tanpa had, maka dia tidak akan dirundung duka. Dia tidak akan disapa kesedihan kerana dia mempunyai tempat bersandar yang kuat ketika ditimpa ujian dan kesulitan.

3. Beriman dengan Ketetapan Allah s.w.t.

Iman dengan qadha' dan qadar akan menumbuhkan sikap redha dalam hati, kelapangan jiwa dan ketenangan. Oleh kerana itu Nabi s.a.w bersabda,
"Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, sesungguhnya seluruh urusannya adalah baik. Jika diberi nikmat maka dia bersyukur dan itu adalah baik baginya. Dan jika ditimpa kesempitan, maka dia bersabar dan itu pun baik baginya.? (HR Muslim)

4. Mencontohi Orang yang Berjaya

Yang dimaksudkan di sini adalah orang yang telah menaburkan jasa yang besar dan luar biasa kepada umat manusia dan dia adalah orang yang beriman kepada Allah s.w.t . Yang pertama dan utama adalah ikutan kita Rasulullah Muhammad s.a.w Dengan mengikuti jalannya, maka seseorang akan bahagia dan dengan meninggalkan petunjuk dan sunnahnya, maka seseorang akan celaka.

5. Mengenali Hakikat Kehidupan

Hidup pasti akan berhadapan dengan masalah dan kesusahan dan pasti ada rintangan dan ujian. Semua ini merupakan ketetapan dari Allah s.w.t. terhadap manusia, supaya diketahui siapakah yang lebih baik amalnya. Maka wajib bagi kita untuk mengenal hakikat hidup ini dan menerima sebagaimana sepatutnya dan tidak melarikan diri untuk menghadapi ketentuan Allah dengan ketentuan lainnya, menghadapi yang tidak kita senangi dengan sesuatu yang dapat menghilangkannya. Mengetahui permasalahan ini bukan bererti menyerah kalah dan putus asa, malah bersikap sebaliknya.

6. Mengubah Kebiasaan Negatif Kepada Positif

Doktor Ahmad Al-Bara' Al-Amiri mengatakan bahawa memulai kebiasaan baru yang bersifat aqliyah (mampu digarap dan dipikirkan) itu tidaklah sukar , diperlukan hanya sekitar 21 hari. Dalam hari-hari tersebut kita berfikir, bermuzakarah, lalu berusaha untuk mewujudkan kebiasaan baru itu, dan yang paling akhir kita bayangkan dengan jelas dan sempurna bahwa diri kita telah menjadi seperti apa yang kita inginkan.

Jika kita berfikir bahwa kita telah menjadi orang baru sebagaimana yang kita kehendaki, maka gambaran ini secara perlahan-lahan dan berperingkat akan menjadi suatu realiti. Hal ini seperti diungkapkan bahwa "al hilm bittahallum wal ilm bitta'allum" sikap lembut dicapai dengan selalu berusaha lembut dan ilmu itu diraih dengan belajar. (Durus nafsiyah linnajah wattafawwuq)

7. Tujuan Yang Mulia

Ramai orang yang gagal kerana dia tidak mempunyai objektif dan tujuan tertentu untuk dicapai. Ataupun mungkin dia mempunyai satu tujuan tetapi tujuannya bukan sesuatu yang mulia dan tinggi menyebabkan ia tidak merasa bahagia tatkala berusaha mendapatkannya. Sedangkan tujuan yang mulia akan menjadikan seseorang merasa bahagia ketika sedang berusaha untuk mencapainya.

8. Ringankan Derita

Orang hidup pasti mengalami musibah dan derita, namun tidak sepatutnya musibah itu dianggap sebagai titik noktah kepada segalanya, dan jangan beranggapan bahwa hanya dirinya seorang yang mendapat ujian hidup. Bahkan sepatutntya dia merasa ringan dengan musibah dan tidak terlalu membesar-besarkannya.

9. Jangan Membuatkan Kita Resah Disebabkan Perkara-Perkara Kecil

Ada sebahagian manusia merasa resah dan kalut dengan kejadian-kejadian biasa dan lumrah dalam kehidupan seharian. Di antara mereka ada yang begitu sedih dengan pecahnya piring atau gelas, saluran air atau kabel yang terputus, baju yang koyak dan lain-lain yang sebenarnya perkara biasa sahaja.

10. Kebahagiaan Ada Pada Diri Anda

Jika bahagia itu ada pada diri kita, maka mengapa mesti mencarinya di tempat yang jauh. Setiap manusia mempunyai kekuatan dan potensi untuk bahagia, tetapi kebanyakan mereka tidak mahu melihatnya. Sebabnya adalah kerana dia tidak pernah memperhatikan diri sendiri, tetapi sibuk melihat orang lain.

Kebahagiaan itu kadang-kadang ada di depan mata, tetapi kita tidak mengetahuinya, sehingga terpaksa mencarinya dari tempat yang jauh dan semakin jauh. (Khalif Muttaqin)

P/S : Terjemahan daripada buku : ?aliluka Ila As-Sa?dah An-Nafsiyah?, Dept. Ilmiyah Darul Wathan.

Syd Lv.20 132#

Legenderer | Credits 214309   

Jangan tinggalkan waris yang daif

Jangan tinggalkan waris yang daif


Dr. Ahmad Hidayat Buang.
--------------------------------------------------------------------------------

Islam amat menggalakkan umatnya berusaha meningkatkan ekonomi dan pendapatan. Dalam dunia tanpa sempadan dan arus globalisasi sekarang, kekuatan ekonomi memainkan peranan penting dalam menentukan maju mundurnya sesebuah negara atau sesuatu bangsa.

Oleh yang demikian, Allah menegaskan dalam al-Quran tentang keperluan umat Islam bersedia dalam segala bidang termasuk ekonomi sebagaimana firman-Nya, Bersiap sedialah kamu bagi menghadapi musuh menurut kemampuan kamu dengan segala kekuatan yang dapat kamu sediakan dan daripada pasukan berkuda yang lengkap bersedia bagi menakutkan musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kamu. (Al-Anfaal: 60)

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto SHAIFUDIN MOHD. NOR menemu bual Timbalan Pengarah Akademi Islam, Universiti Malaya (UM) yang juga pensyarah Jabatan Syariah dan Undang-undang UM, Prof. Madya Dr. Ahmad Hidayat Buang untuk mengupas kepentingan menabung dan mengumpul harta dalam Islam.

Ayat 60 surah An-Anfal bukan sahaja merujuk kepada persediaan untuk berperang tetapi ia juga merangkumi persiapan ekonomi umat Islam. Apakah iktibar daripada ayat ini?

AHMAD HIDAYAT: Ayat ini menekankan pentingnya umat Islam menabung terutama bagi mereka yang dikurniakan rezeki lebih. Dalam erti kata lain, umat Islam disaran berbelanja apabila perlu sahaja. Perbelanjaan ini pula terbahagi dua iaitu yang wajib dan yang sunat.

Yang wajib ialah seperti mengeluarkan nafkah untuk keluarga, pendidikan, rumah dan zakat manakala yang sunat adalah lebihan daripada perbelanjaan tersebut. Berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakan orang Melayu kurang bijak mengurus lebihan wang ini. Ramai yang lebih suka berbelanja mewah sehingga berhutang walaupun kadangkala barang yang dibeli itu bukan barang keperluan. Sikap begini yang perlu dibuang.

Apakah yang perlu dilakukan untuk mengubah sikap tersebut?

Pertamanya, saya berpendapat kita perlu mengubah pepatah 慴iar papa asal bergaya

ADVERTISEMENT


ussopp Lv.22 131#

Moderator | Credits 15676   

hmmmmm

just very2 agreeee.....

ussopp Lv.22 130#

Moderator | Credits 15676   

marvelous.......

thanks 4 the reminder.....memang sangat10000 bagus...

kite hidup ni bkn sekali je....tapi due kali....

yang pertame pendek je.... yang kedue panjang sangat....

yang pertame ujian....... yang kedue balasan

yang pertame tu   sepatutnye  susah dengan care yang berbeze2..... yang kedue sepatutnye senang dengan               gandaan  setimpal.........

tapi still nampak hidup ni macam sekali je.....(dunia)

even saya pun susah nak nampak hakikat dunia kedue tu kerana kekurangan diri sendiri....

tapi sebab takut Dia... kite same2 kene cube...kan

mane lah tempat kite nanti ek....?

harap2 smua dapat hidayah dari reminder saudara presa...

orangbesi Lv.13 129#

Challenger | Credits 15311   
salam

terima kasih kerana surat ini
seronok betullah
pasal lama tak baca specis cam ni
walaupun KITAB dr sikeparat ni bertimbun timbun

teruskan AMANAH ini
semoga ada yang mendapat pengajaran darinya

orangbesi Lv.13 128#

Challenger | Credits 15311   
salam

susah juga nak kata
kalau pun dah terbuka
tentu TAKUT lebih dr GEMBIRA
lebih PATUH dari DERHAKA
lebih MERENDAH dari SOMBONG

gamaknya dah terbuka kot HIJAB SYURGA
semua masih bergembira
gembira sakan
1234.. 8Next