CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3109|Reply: 1

Malaysian Tigers menduduki ranking 10 dunia

[Copy link]
Post time 14-10-2021 06:42 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) yakin skuad hoki negara mampu menduduki ranking lebih tinggi selepas berjaya memperbaiki kedudukan ke-10 dunia daripada kedudukan ke-11 sebelum ini.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai sekiranya skuad negara terus mempamerkan aksi konsisten di kejohanan utama.

Katanya, kejayaan menduduki ranking ke-10 dunia adalah satu pencapaian besar selepas kali terakhir berada pada kedudukan itu sekitar 18 tahun lalu pada Oktober 2003.

"Mungkin orang kata ini (ranking) sementara sahaja sebab perlu lihat perlawanan demi perlawanan tetapi kami yakin pasukan negara akan menamatkan kalendar tahun ini dalam kelompok 10 terbaik dunia.

"Ranking amat penting kerana kita pernah jatuh selepas FIH (Persekutuan Hoki Antarabangsa) mula memperkenalkan sistem ranking dunia.

"Alhamdulillah hari ini kita dapat mengatasi Kanada dan berada pada kelompok 10 terbaik.

"Ini satu penghormatan buat skuad hoki negara dalam perjalanan ke arah pencapaian yang lebih tinggi," katanya pada sidang media hari ini.

Berdasarkan kemas kini terbaharu Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Malaysian Tigers naik satu anak tangga ke kedudukan 10 dunia dengan 1427.181 mata manakala Kanada jatuh ke kedudukan ke-11 dunia (1422.120 mata).

Kejayaan itu hadir selepas skuad negara bimbingan Arul Selvaraj berjaya menewaskan Wales 3-1 pada perlawanan ujian dalam siri Jelajah United Kingdom hari ini.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ki-ranking-10-dunia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-10-2021 06:42 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.138542 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list