CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2985|Reply: 1

[Perlis] Suri rumah didenda RM5,000 sebar berita palsu

[Copy link]
Post time 13-10-2021 10:19 PM | Show all posts |Read mode
Suri rumah didenda RM5,000 sebar berita palsu[size=0.8]Oleh Aizat Sharif - Oktober 13, 2021 @ 12:07pmbhnews@bh.com.my


Tertuduh, Nor Sakinah Razelan (berbaju kurung) di bawa keluar dari kamar Mahkamah Sesyen Kangar untuk dibawa ke dalam lokap mahkamah oleh anggota polis. - Foto NSTP/Aizar Sharif



KANGAR: Seorang suri rumah didenda RM5,000 di Mahkamah Sesyen, di sini selepas mengaku bersalah menyebarkan berita tidak benar berkenaan penularan jangkitan COVID-19 menerusi aplikasi media sosial di Arau, pada April lalu.

Tertuduh, Nor Sakinah Razelan, 31, yang berasal dari Chuping membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Musyiri Peet.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi status WhatApp melalui nombor talian yang didaftarkan kepada tertuduh dengan niat untuk menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam dengan menyebarkan berita tidak benar di Kampung Belukar, Arau jam 10.31 pagi pada 18 April lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya dan dalam hal suatu kesalahan berterusan, tertuduh boleh didenda selanjutnya tidak melebihi RM1,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Pendakwaan dilakukan oleh Pengarah Pendakwaan Perlis, Mohd Nordin Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hapiz Rajali dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mohd Nordin memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal kepada tertuduh sebagai pengajaran kepada masyarakat di luar sana.

Sementara itu, Mohd Hapiz merayu kepada mahkamah agar dapat mempertimbangkan satu hukuman denda memandangkan anak kedua tertuduh berusia tujuh tahun mempunyai penyakit buah pinggang yang memerlukan perhatian serius daripada tertuduh.

Selain itu, anak yang lain masih bersekolah manakala suaminya hanya bekerja sebagai buruh.

Mahkamah kemudian memerintahkan hukuman denda sebanyak RM5,000 kepada tertuduh dan tertuduh juga boleh dipenjara selama lima bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Tertuduh mengambil keputusan untuk membayar denda dengan ditemani suaminya.

Pada 20 April lalu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis membuat laporan polis berhubung penularan berita di media sosial yang mendakwa sembilan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Nangka disahkan positif COVID-19.

Penularan maklumat yang tidak benar itu mengundang rasa panik terhadap ibu bapa dan pelajar di sekolah seluruh negeri.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2021 10:20 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.051688 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list