CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3005|Reply: 0

[Perlis] Perlis benar masjid dibuka sepenuhnya mulai esok

[Copy link]
Post time 12-10-2021 01:59 PM | Show all posts |Read mode
Perlis benar masjid dibuka sepenuhnya mulai esokOktober 12, 2021 @ 12:25pm






KANGAR: Kesemua masjid di Perlis dibenarkan dibuka sepenuhnya mulai esok dengan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) pengimarahan masjid secara berperingkat.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah antara SOP utama mesti dipatuhi ialah setiap jemaah haruslah menerima suntikan vaksin COVID-19 yang lengkap, sama ada bagi dewasa atau kanak-kanak.

"Selari dengan suasana semasa dan kebenaran diumumkan kerajaan, beberapa perkara terdahulu yang dihadkan dengan ini dibenarkan seperti tiada lagi had kehadiran hanya kepada anak kariah dan mereka yang terbabit dengan aktiviti rentas negeri juga dibenarkan hadir ke masjid.

"Namun bagi mereka yang berstatus 'Person Under Investigation', 'Person Under Surveillance' dan berisiko dijangkiti, bergejala seperti demam, sesak nafas, sakit tekak, selesema tidak dibenarkan hadir ke masjid," titah baginda dalam kenyataan hari ini.

Baginda bertitah sebarang sentuhan fizikal seperti bersalaman adalah dilarang dan penjarakan fizikal perlu terus diamalkan sama ada ketika mendirikan solat, sesi kuliah atau ceramah.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah jemaah juga digalakkan memakai pelitup separuh muka jenis N95 atau K95 dengan kaedah dua pelitup muka, dilengkapkan dengan pelindung muka (face shield).

"Semua aktiviti pengimarahan sama ada solat fardu, solat Jumaat, solat jenazah, kuliah agama, ceramah dan akad nikah dibenarkan dengan syarat pematuhan SOP. Namun aktiviti jamuan hendaklah dilaksanakan secara edaran.

"Semua masjid di seluruh Perlis tertakluk kepada arahan SOP ini, manakala surau atau tempat solat umum kekal tidak dibuka. Larangan ini termasuk kepada agensi, institusi, parti, maahad tahfiz, melainkan dengan kebenaran khas daripada MAIPs," titah baginda.– BERNAMA


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.060030 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list