CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3019|Reply: 0

[Perlis] Kerajaan hasrat tubuh Persatuan Industri Kreatif

[Copy link]
Post time 10-10-2021 12:02 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan hasrat tubuh Persatuan Industri Kreatif[size=0.8][size=0.9]Aizat Sharif
am@hmetro.com.my


ZAHIDI menyampaikan surat tawaran dana FINAS kepada peserta. FOTO Aizat Sharif



Kangar: Kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) berhasrat menubuhkan Persatuan Industri Kreatif dalam usaha menggalakkan aktiviti seni kreatif dalam kalangan masyarakat.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, penubuhan persatuan berkenaan akan meliputi peringkat kebangsaan dan negeri bagi mempermudahkan penyelarasan usaha pengembangan industri ini.

"Kita melihat bahawa penubuhan ini adalah sebagai satu usaha kita dalam melakukan inovasi pada setiap industri kreatif yang wujud di negara ini agar ia tidak ditelan zaman.

"Pelannya adalah untuk mengumpulkan penggiat industri kreatif yang bertaburan di negara ini dan menubuhkan satu persatuan yang dapat bekerjasama secara kolektif bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) kerana ia turut membabitkan pembabitan budaya dan belia," katanya selepas merasmikan Majlis Penutupan dan Penyerahan Surat Tawaran Dana serta Sumbangan Keluarga Malaysia Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sempena Program Komuniti@FINAS (KoFI) 2021 di sini, semalam.

Katanya, penubuhan persatuan berkenaan juga akan dapat 'memberi nafas' kepada penggiat seni kreatif seperti persembahan Awang Batil, Mak Yong dan Boria terutama kepada mereka yang sudah bergiat dari turun temurun dapat menurunkan seni kreatif mereka kepada golongan muda di negara ini.

"Sebagai contoh, persembahan Awang Batil kini tidak ramai yang aktif dan langkah ini mungkin membolehkan penggiat seni kreatif itu berinovasi menerusi penceritaan yang dimodenkan sedikit selagi tidak menjejaskan nilai seni turun temurun yang sudah sebati dalam persembahan Awang Batil ini selain mempunyai pewaris bagi seni berkenaan.

"Selain itu juga, persatuan ini turut akan mengambil keperluan dalam bidang lakonan seperti persembahan bangsawan dan sebagainya serta bagaimana kita hendak 'improvise' atau menyesuaikan dengan keadaan semasa. Sebagai contoh, persembahan Boria di Pulau Pinang pada waktu ini sudah banyak yang mengalami 'improvisation' dan kebanyakannya dipersembahkan oleh pelajar universiti.

"Begitu juga persembahan Mak Yong di Kelantan di mana pihak yang terbabit dalam kegiatan persembahan Mak Yong ini sudah mulai menurunkan kepada orang muda dan pada hari ini ia menjadi minat kepada orang ramai untuk menontonnya seperti di Istana Budaya," katanya.

Zahidi berharap penubuhan persatuan ini nanti akan merancakkan kegiatan industri kreatif tanah air selain mengumpulkan pejuang seni kreatif ini dalam satu bumbung serta meningkatkan pendapatan rakyat dan negara.

Terdahulu, Zahidi menyampaikan surat tawaran dana serta sumbangan keluarga Malaysia FINAS kepada peserta Bengkel Teknik Lakonan dan Bengkel Videografi dan YouTube dan penggiat seni kreatif Perlis sempena Program Komuniti@FINAS (KoFI) 2021 negeri itu.

Turut hadir, Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Produksi dan Teknikal) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Syirfan Indra Mitra Surya Hussin dan Pengarah Pembangunan Industri FINAS, Muhammad Ar-Riyyan Mohamad Roslan.

Disiarkan pada: Oktober 10, 2021 @ 10:42am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.267599 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list