CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3094|Reply: 1

[Sabah] Covid19 09/10/2021

[Copy link]
Post time 9-10-2021 08:31 PM | Show all posts |Read mode
Kota Kinabalu 104 (84)
Kota Belud 80 (82)
Tuaran 59 (30)
Ranau 54 (45)
Tenom 52 (30)
Keningau 45(36)
Lahad Datu 42 (35)
Kota Marudu 35 (59)
Sandakan 33 (30)
Papar 30 (27)
Pitas 29 (26)
Penampang 24 (20)
Beaufort 23 (19)
Putatan 22 (9)
Tawau 20 (32)
Beluran 15 (17)
Tambunan 14 (16)
Telupid 14 (18)
Kinabatangan 14 (14)
Kudat 14 (12)
Kunak 12 (5)
Semporna 8 (10)
Nabawan 8(11)
Sipitang 4 (16)
Kuala Penyu 3 (4)
Tongod 3 (13)
Kalabakan 0 (5)

*Angka dalam kurungan*
*adalah jumlah  kes kelmarin*    *( 08/10/2021 )*

*Kluster Baru*
       -Tiada -

*RUMUSAN HARIAN*
*(09/10/2021)*

*Seperti yang diramalkan kes di Sabah ‘turun-naik’ umpama pergerakan permainan ‘yo-yo’. Hari ini jumlah kes naik 56 kes daripada 705 kepada 761. Jumlah kes kelmarin menurun 115 kes berbanding pada hari Khamis (7/10) dan hari ini naik 56 kes.*

*Banyak daerah mencatat penambahan kes. Kota Kinabalu kembali mencatat jumlah kes tiga angka kepada 104 (+20). Tuaran 59 (+29), Ranau 54 (+9), Tenom 52 (+22), Keningau 45 (+9) dan Lahad Datu 42 (+7).*

*Kawasan bandar yang lain seperti Sandakan, Putatan dan Penampang juga menunjukkan pertambahan tetapi pada kadar yang rendah. Di Tawau, kes menurun sebanyak 12 kes, daripada 32 kepada 20 kes.*

*Jangkitan dalam komuniti kekal tinggi. Pada hari ini hampir 38% (286/761) daripada semua kes baharu adalah melalui saringan bergejala. Peratusan kes yang diperolehi melalui saringan kontak rapat (54.1%) tidak terlalu jauh bezanya dengan jumlah kes daripada saringan bergejala. Di Kota Kinabalu, 41 daripada 104 kes adalah kes melalui saringan bergejala, Putatan, 11 daripada 22, Tawau, 11 daripada 20, Sandakan, 16 daripada 33, Lahad Datu, 19 daripada 42, Kota Belud, 36 daripada 80 dan Ranau, 21 daripada 54.*

*Seperti yang dinyatakan beberapa kali, apabila virus sudah berada dalam komuniti, ‘lockdown’ bukan lagi kaedah yang berkesan untuk membendung penularan Covid. Lockdown adalah satu-satunya pilihan terbaik dalam ketiadaan vaksin. Lockdown mampu mencapai matlamat “zero Covid”  di lokaliti2 tertentu sebelum virus berada dalam komuniti serta kemunculan varian2 baru yg lebih merbahaya dan mudah menjangkit seperti varian Delta.*

*Peratusan kes melalui sariangan bergejala yang tinggi di banyak daerah harus menjadi satu peringatan kepada masyarakat agar berhati hati bila berada di khalayak ramai. Patuhi semua SOP. Amalkan penjagaan kesihatan diri. Anggap diri kita sebagai ‘frontliners’ dalam usahan membendung penularan Covid. Elak menjadi pembawa virus ke rumah kita sendiri dan menjangkiti orang2 yang tersayang.*

*Daripada 761 kes hari ini, 120 pesakit (15.8%) adalah dalam Kategori 1, 574 orang (75.4%) adalah dalam Kategori 2, lima orang dalam Kategori 3, dan 4 orang masing2 dalam Kategori 4 & Kategori 5. 54 kes lagi masih dalam siasatan lanjut.*

*Jumlah kes yang rendah dalam kategori 3, 4 dan 5 adalah bukti keberkesanan vaksin. Walaupun mereka yang sudah diberi vaksin masih boleh dijangkiti tetapi hampir keseluruhan mereka yang dijangkiti tidak akan mengalami kesan dan simptom yg serius atau ‘life threatening’ kecuali mereka yang memang menghadapi penyakit2 lain.*




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2021 08:33 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.319857 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list