CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3045|Reply: 1

[Perlis] Polis pergiat usaha tangani aktiviti rentas negeri tanpa kebenaran di Perlis

[Copy link]
Post time 9-10-2021 07:37 PM | Show all posts |Read mode
Polis pergiat usaha tangani aktiviti rentas negeri tanpa kebenaran di Perlis[size=0.8][size=0.9]Aizat Sharif
am@hmetro.com.my


SEKATAN jalan raya (SJR) diteruskan dalam mengekang tindakan kemasukan tanpa kebenaran di Perlis. FOTO Arkib NSTP



Kangar: Polis giat menggandakan usaha bagi menangani masalah aktiviti merentas negeri tanpa kebenaran di Perlis susulan kenaikan mendadak jangkitan harian Covid-19 di negeri itu kelmarin.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan selain sekatan jalan raya (SJR) diteruskan dalam mengekang tindakan kemasukan tanpa kebenaran.

"Selain itu juga, pemeriksaan secara snap check juga masih terus dilaksanakan dan tindakan tegas akan diambil jika didapati ada yang cuba memasuki negeri ini tanpa kebenaran serta menggunakan laluan 'lorong tikus' di sekitar sempadan negeri ini.

"Individu yang mahu ke Langkawi menerusi Terminal Feri Kuala Perlis juga perlu melalui tindakan pemeriksaan di SJR, pasukan pematuhan SOP dan kawalan rapi kesihatan di terminal berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Surina berkata, pihaknya mengeluarkan 1,860 kompaun di Perlis sejak awal tahun ini sehingga 7 Oktober lalu terhadap individu yang melanggar SOP ditetapkan kerajaan berhubung penularan Covid-19 di negara ini.

Beliau berkata, daripada jumlah itu juga, 480 kompaun dikeluarkan ketika negeri itu memasuki Fasa Ketiga pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Ogos lalu.

"Bagi fasa ketiga ini, sebanyak 480 kompaun dikeluarkan dan 168 daripadanya adalah kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran.

"Kita melihat aktiviti rentas negeri tanpa kebenaran sehingga ke Perlis ini adalah suatu perkara yang serius malah ada individu masih berani untuk memasuki negeri ini menggunakan 'lorong tikus' yang sudah pun ditutup oleh polis sebelum ini," katanya.

Kelmarin, penularan Covid-19 di Perlis meningkat sehingga 200 kes dipercayai akibat aktiviti rentas negeri selain faktor wujudnya Kluster Penyayang Jejawi di sebuah pusat penjagaan warga emas di Jejawi, Arau.

Disiarkan pada: Oktober 9, 2021 @ 6:17pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2021 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya polis blh stop lah kot sbb dh gomen kata bbrp hari je lg nk bg rakyat berjimba seluruh negara...
Mana yg kuat blh survive, mana yg ajal dh diseru bertabahlah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.236726 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list