CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4019|Reply: 17

[Perlis] Pemilik rumah maut dalam tragedi kutip sewa tertunggak

[Copy link]
Post time 9-10-2021 07:34 PM | Show all posts |Read mode
Pemilik rumah maut dalam tragedi kutip sewa tertunggak[size=0.8]Oleh Aizat Sharif - Oktober 9, 2021 @ 6:59pmbhnews@bh.com.my



KANGAR: Seorang pemilik rumah maut selepas bergelut dengan penyewanya ketika datang mengutip sewa tertunggak dalam kejadian di Kampung Guar Sabun di sini, malam tadi.

Susulan kejadian itu, polis menahan empat lelaki termasuk seorang pesara tentera bagi membantu siasatan pembunuhan itu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Wari Kiew, berkata kejadian berlaku jam 8.30 malam selepas mangsa, Kamarul Izahar Mat Nanyan, 49, terbabit dalam pergaduhan dengan seorang lagi lelaki di kampung berkenaan.

"Siasatan awal polis, mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada pertikaian tunggakan sewa rumah di mana mangsa sebelum itu pergi ke rumah suspek sambil membawa sebilah parang.

"Mangsa bertindak mengarahkan suspek yang menganggur itu segera membayar sewa rumah yang diduduki bersama isterinya namun suspek tidak mahu melayan tuntutan mangsa sambil mendakwa sewa itu sudah dibayar kepada seorang jiran di kampung itu dikenali sebagai Nana," katanya dalam kenyataan hari ini.

Wari berkata, jawapan suspek itu membuatkan mangsa berang, lantas menetak cermin kereta suspek yang diletakkan di hadapan rumah berkenaan.

"Melihatkan tindakan mangsa itu, suspek kemudian menghampirinya menyebabkan mangsa terus menetak sebelum berlaku pergelutan di antara mereka.

"Isteri suspek yang melihat kejadian itu kemudian menghubungi jiran yang bernama Nana terbabit dan apabila Nana tiba di tempat kejadian, mangsa dan suspek masih bergelut di tepi rumah, sebelum meminta bantuan empat jiran lain yang berada berhampiran.

"Ketika keempat-empatnya sampai, mereka terus membantu suspek menangkap dan mengikat mangsa sebelum mendapati mangsa sudah tidak bergerak. Susulan itu, mereka menghubungi polis dan paramedik," katanya.

Wari berkata, polis yang tiba di lokasi menemui mangsa dalam keadaan terlentang di luar rumah dalam keadaan tangan terikat di bahagian belakang menggunakan tali berwarna kuning.

"Pemeriksaan luaran badan mangsa juga mendapati ada luka kecil di atas dahi mangsa.

"Suspek turut mendapat cedera di kepala akibat tetakan parang oleh mangsa dan kini dalam rawatan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat.

Katanya, susulan daripada kejadian itu, polis menahan empat lelaki berusia 39 hingga 55 tahun yang berasal dari Jalan Kelab Golf Putra, Kangar dan Kuala Perlis bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Mereka kini direman sehingga 15 Oktober hadapan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2021 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Buku bertemu pensil la ni..kalah jadi abu,menang jadi arang..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2021 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut panggil nana dulu.
Btw kebanyakan 'Nana' usually tak boleh dipercayai
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2021 08:04 PM | Show all posts
siapa Nana?
jeng jeng jeng


Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2021 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak berapa nak faham...

Suspek sewa rumah mangsa,
Tapi bayar duit sewa pada jiran sekampung bernama nana,

Eh kenapa complicated sangat permasalahan depa ni. Dah tak pasal pasal jadi kes bunuh.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2021 08:15 PM | Show all posts
pasaipa pi bagi kat Nana?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2021 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa function nana dalam hal ni
Awat tak bagi terus pada TT kedaung?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca kat ig apa tah, katanya yang mati tu bukannya tuan rumah pun, sbb tu tenant tu taknak bayar kat dia. Mana 1 yg betul ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2021 06:43 AM | Show all posts
mabuk ketum tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni semua salah Nana
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca dalam fb ada yg kata Nana ni isteri Kamarul, ada yg kata anak buah tuan rumah pulak. Ada yg kata Kamarul ni bukan tuan rumah pun. Berbelit-belit kes ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
benda simple. bayar kat siapa ko mula2 sewa.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah pening citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenape sampai tertunggak? sampai bawak parang haa nk kutip hutang.. biase kalau penyewa buat muka kesian takkan nk diparang. Paling2 dihalau je.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
kenapa baca dlm awani mcm. lain ceritanya
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Megikari replied at 10-10-2021 01:22 AM
Baca kat ig apa tah, katanya yang mati tu bukannya tuan rumah pun, sbb tu tenant tu taknak bayar kat ...

betul.. baca di awani, lain ceritanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2021 03:17 PM | Show all posts
dapat penyewa baik mcm aku, bertuah sgt tuan rumah...tp aku yg malang dpt tuan rumah ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2021 10:26 AM | Show all posts
kerana mulut badan binasa..

ya allah jd kat perlih lak ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.490006 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list